sehati sejiwa membangun negara - pnm · 2016. 3. 30. · pegawai kadet pasukan latlhan pegawal...
Post on 24-Jan-2021
4 Views
Preview:
TRANSCRIPT
RENCANA 111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111
Mlr- ei--)-)
?'\ I S--I,$)( '1 SEHATI SEJIWA MEMBANGUN NEGARA
OMAR OSMAN
D ALAM b~lan ini banyak berlangsung upacara pentauliahan pasukan berpakaian seragam dalam kalangan mahasiswa
universiti di negara ini seperti pentauliahan Pasukan Latihan Simpanan Tentera Darat, Laut dan Udara (PALAPES), Pasukan Suk;uelawan Polis (SUKSIS) dan terkini pentauliahan dan perhimpunan Kor Siswa-siswi Jabatan Pertahanan Awam (SISPA) yang kesemuanya melibatkan lebih daripada 3,000 orang sukarelawan dalam kalangan anakmuda.
Tentunya acara-acara ini amat signifikan dalam menuntut anak muda menunaikan amanah dan tanggungjawab yang ada. Apatah lagi, simboliknya acara ini dilakukan menjelang sambutan hari kemerdekaan negara lJada hujung bulan ini yang bertemakan Sehati Sejiwa.
Sekali gus inimenggambarkan betapa pentingnya anak-anak muda bersatu hati dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara ini. Penglibatan di dalam aktiviti seperti ini memberi peluang kepada mereka mendisiplinkari diri dan menggunakan kemahiran yang diperoleh dalam mempertahankan negara ini daripada musuh yang dapat dilihat mahu pun yang tidak kelihatan di mata kasar.
Hakikatnya, kita lebih banyak berhadapan dengan musuh yang tidak jelas kelihatan ini. Musuh ini sedang gigih menanam kebencian dan mencari segala salah silap pemimpin negara, melaga-lagakan sesarna rakyat malah turut menabur fitnah melalui pelbagai.cara termasuk menggupakan media sosial tanpa berasaskan fakta sebenar atau hanya melihat dari sisi yang diinginkan oleh mereka semata-mata.
Tohmahan-tohmahan dan strategi serangan psikologi atau psi-war golongan yang tidak bertanggungjawab ini dalam cubaan menanam bibit kebencian, menghakis kepercayaan orang ramai malah ' cuba membuatkan kita memandang rendah kepada pemirilpin atau kumpulan tertentu ini amat berbahaya. Ini kerana yang difokuskan hanyalah segala ketidakupayaan yang ada atau sisi lemah yang boleh membuatkan kita dengan mudah menuding jari pada pihak tertentu dalam m.enghadapi sesuatu isu.
Kemahiran menangani musuh seperti inilah yang perlu dikuasai oleh anak-anak muda sekarang ini. Kemahiran untuk menangkis dan menentang segala tohmahan yang
PEGAWAI kadet Pasukan Latlhan Pegawal Simpanan (Palapes) Instltusl pengaJlan tlnggl awam (IPTA) melaungkan 'Daulat Tuanku' pada Istladat Pentaullahan DlraJa Pegawal Kadet Palapes IPTA Ke-34 dl Unlversiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada 1S Ogos lalu. - BERNAMA
boleh menghancurkan negara pada akhirnya ini amat penting.
Pelajar atau mahasiswa universiti perlu memandang serius perkara ini dan diharapkan juga mereka yang · berada dalam komuniti akademik, komuniti ilmuan dan komuniti cendekiawan sentiasa mempertahankan prinsip kebenaran yang berasaskan dan berteraskan kepada fakta dan angka yang tepat yang datangnya daripada sumber yang sahih serta dalam perspektifyangjuga benar dan tepat. .
saan dan semangat sehati sejiwa warganegara ini dalam mempertahankan kedaulatan negara. Lihat sahaja bagaimana kejadian dan tragedi dalam beberapa buah negara di dunia ini yang bermula dengan gerakan gigih menanam sikap kebencian dengan melaga-lagakan ' sesama rakyat atas nama apa jua pun, yang akhirnya mengorbankan
segala yang ada apa - . bila perasaan sehati sejiwa itu telah tiada.
Nilai-nilai akademia yang bertunjangkan kepada kebenaran ini harus menjadi paksi kepada warga pendidikan untuk melihat sesuatu itu dalam kon-
MALAYSIA
Kita juga sedar dan. dapat melihat dengan mata kepala, hati dan akal budi terhadap pelbagai .kemusnahan dalam beberapa buah negara yang terlibat yang puncanya adalah daripada gerakan
. #ull.tl seJi, ...
teks dan perspektif yang betul, bukan menerima bulat-bulat apa yang ditaburkan. .
Kita sentiasa percaya bahawa anggota pasukan berpakaian seragam diuniversiti-universiti ini haruslah sentiasa bersedia dengan ilmu pengetahuan dan kekuatan diri dalam menghadapi musuh seperti ini, malah perlu menjadi role model dalam mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat, adab, tatasusila bangsa dan negara, malah juga menjadi contoh sebagai yang berpegang teguh kepada Rukun Negara dengan lima prinsip asasnya.
Inilah semangat Hari Kebang-
berterusan untuk menghancurkan negara seperti ini.
Kita turut melihat negara-negara ini mengambil masa bertahun-tahun untuk bangun semula. Malah di sesetengah negara amat payah untuk bangun semula.
Kita melihat bagaimana kumpu- . lan-kumpulan tertentu dinafikan hak mutlaknya malah terdapat juga yang terpaksa menjadi pelarian di negara lain dan terpaksa memohon belas ihsan untuk meneruskan kehidupan.
Justeru anak-anak muda perlu prihatin dengan gerakan-gerakan ini dalam mempertahankan apa yang kita ada melalui ilmu pengetahuan sebagai teras utama uni-
Kita melihat bagaimana kumpulan-kumpulan tertentu dinafikan hak mutlaknya malah terdapat juga yang terpal{sa melarikan diri ke negara lain dengan menjadi pelarian dan terpaksa memohon belas ihsan untuk meneruskan kebidupan mere.ka.
versiti. Di Universiti Sains Malaysia (USM) misalnya, usaha gigih untuk mendidik dan menjalankan penyelidikan demi kesejahteraan dan kedamaian masyarakat sejagat telah dizahirkan melalui Unit Penyelidikan Pendidikan Perdamaian yang telah lama diwujudkan di universiti ini.
Malah kita menyokong kuat apa jua usaha dan langkah-langkah untuk memperkasakan anak-anak muda melalui kegiatan pasukan berpakaian seragam dalam kalangan mahasiswa mahupun warga lainnya termasuk para ahli akademik dan pentadbir.
. PROFESOR DATUK DR. OMAR OSMAN ialah Naib (anselor Universiti Sains Malaysia (USM)
top related