sejarah lembah bujang
Post on 29-Apr-2017
297 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LAPORAN ESKAVASI LEMBAH BUJANG
1.0 Sejarah Lembah Bujang
Lembah bujang terletak di kaki Gunung Jerai di Selatan Negeri Kedah dalam daerah
Merbok. Lembah Bujang bukanlah nama sebuah kerajaan tetapi ia diambil sempena nama
kajian arkeologi yang dijalankan di situ. Lembah Bujang pada abad ke-5 hingga ke-14
merupakan sebuah tapak kerajaan Kedah Tua. Kerajaan Kedah Tua yang mempunyai
hubungan perdagangan maritim dengan beberapa kuasa besar pada waktu itu. Perkembangan
pelabuhan entrepot Kedah Tua sering dikaitkan dengan hubungan rapatnya dengan kerajaan
Srivijaya. Penemuan tapak bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik sama ada dari
China, india atau sekitar kawasan nusantara telah ditemui di situ. Selain seramik, terdapat
juga penemuan terhadap runtuhan candi sama ada berunsur Hindu atau Buddha, struktur
bandar atau pelabuhan yang telah tenggelam, artifak budaya seperti arca atau patung-patung,
batu bersurat dan peralatan-peralatan yang berkaitan dengan masyarakat pada waktu tersebut.
Penemuan-penemuan barangan tersebut telah menzahirkan bahawa di kawasan Lembah
Bujanglah tempat terletaknya kerajaan Kedah Tua. Setakat ini, terdapat lebih 80 buah tapak
warisan bersejarah kerajaan Kedah Tua yang dijumpai di Lembah Bujang. Antara warisan
tersebut ada yang dijumpai terkumpul dalam kawasan yang luas dan strategik. Kawasan-
kawasan penemuan ini boleh ditakrif sebagai kompleks bersejarah seperti Sungai Mas. Bukit
Batu Pahat, Merbuk, Bukit Pendiat, Bukit Choras dan Kompleks Percandian Pengkalan
Bujang.
1.1 Lembah Bujang Menurut Pandangan Pedagang Arab
Pedagang-pedagang Arab yang belayar ke timur yang singgah di pelabuhan kerajaan
Kedah Tua telah menggelarkan Lembah Bujang sebagai Kalah. Sumber Arab ada menyebut
tentang sebuah pusat perdagangan yang dikenali sebagai Kalah atau Kalah-bar yang
lokasinya terletak di utara Semenanjung Malaysia. Antara hasil perdagangan ini ialah bijih
timah. Akhbar as-Sin wah’I-Hind menyatakan bar dalam bahasa Arab bermaksud kerajaan
ataupun pesisir pantai. Kalah-bar bermaksud sesebuah kerajaan yang lokasinya berdekatan
dengan pesisir pantai yang berada di bawah penguasaan al-Zabaj ( Srivijaya ). Kedudukan
Kalah sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai kebudayaan tinggi dan makmur yang
1
disingahi oleh para pedagang telah diperkuatkan lagi dengan tulisan Abu Dulaf Misa’r yang
menyatakan bahawa Kalah ialah sebuah kerajaan yang besar dengan dikelilingi tembok,
taman bunga, kemudahan sumber air, pasar dan penduduk yang ramai. Masyarakat yang
mendiami kota ini menjalani kegiatan sebagai tukang besi, mereka digambarkan makan
haiwan tanpa disembelih. Bagi tujuan membersihkan diri, mereka mandi di sungai. Bahan
makanan seperti gandum, sayuran yang dijual dengan kiraan berat dan roti yang dijual dalam
kiraan jumlah. Mereka digambarkan memakai Firand (sutera yan diimport dari China) yang
halus tenunannya. Masyarakat Kalah dikatakan telah mempunyai sistem sosial yang teratur
dari segi keadilan, layanan terhadap pesalah dan hal-hal berkaitan dengan denda.
1.2 Keagungan Lembah Bujang Menurut Ahli Pelayaran China
Pada kurun ke-7M, Lembah Bujang dikenali juga sebagai Chieh-Ch’a atau Kie-tch’a
oleh ahli-ahli pelayaran China. Pada ketika itu, ramai ahli-ahli agama Buddha berulang-alik
dari negara China ke India, dan salah seorang daripada mereka ialah I-Tsing (I-Ching) yang
memulakan pelayaran dalam tahun 671M dari China dan tiba di Srivijaya dalam tahun 672M
untuk mempelajarai bahasa Sanskrit. Pada tahun berikutnya, beliau pergi ke Lembah Bujang
melalui kepulauan Melayu untuk menumpang sebuah kapal Diraja ke India. Setelah belajar
selama 12 tahun di Universiti Nalanda, beliau sekali lagi singgah di Lembah Bujang pada
tahun 685M semasa dalam perjalanan pulang ke China. Di dalam penulisan beliau, kita dapati
bahawa Lembah Bujang merupakan sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan teragung di
rantau ini terutama semasa zaman kerajaan Srivijaya.
1.3 Lembah Bujang Menurut Karya Kesusasteraan India.
Catatan terawal mengenai Lembah Bujang terkandung dalam sebuah puisi Tamil yang
berjudul Pattanapalai yang ditulis pada kurun ke-2M dan 3M yang menyebut Lembah
Bujang sebagai Kalagam yang dikatakan mempunyai pengertian yang sama seperti Kadaram
iaitu Kedah ( Lembah Bujang). Batu Bersurat Kerajaan Chola bertarikh 1030M menunjukkan
dengan jelas bahawa Kadaram itu sama dengan Kataha yang terkandung di dalam cerita-
cerita lama Sanskrit terutamanya di dalam drama Kaumudimahotsava yang ditulis antara
kurun ke-7M atau ke-8M. Selain itu, Lembah Bujang juga disebut di dalam karya Prakrit
2
iaitu Kathasaritsagara. Di dalam karya-karya ini, Lembah Bujang dibayangkan sebagai
sebuah negara yang makmur dan gemilang serta dikenali sebagai seat of all felicities.
2.0 Galeri 1
Selepas taklimat yang disampaikan oleh Encik Kamaruddin, kami bergerak ke Galeri
Satu. Dipintu masuk kami disajikan dengan satu peta dan model bentuk muka bumi bagi
sekitar kawasan Lembah Bujang dan Gunung Jerai. Dalam galeri tersebut terdapat pelbagai
arca, patung-patung dewa, tinggalan manik-manik, seramik, kepingan logam berbentuk dewa,
batu bersurat, duit syiling, pelapik tiang dan gambar-gambar candi yang terdapat di sekitar
Lembah Bujang. Setiap artifak arkeologi yang terdapat dalam Galeri Satu ini akan
dilengkapkan dengan penerangan. Akan tetapi setiap penerangan di dalam Galeri Satu itu
masih boleh dipersoalkan. Hal ini kerana wujudnya kesilapan dari segi pentarikhan kepada
beberapa artifak arkeologi yang ditemui di situ. Pernyataan ini dinyatakan oleh Encik
Kamaruddin sendiri dan disokong melalui pembacaan yang dilakukan dalam buku Tamadun
Awal Lembah Bujang, yang ditulis oleh Mohd. Supian Sabtu. Pernyataan ini turut disokong
oleh beberapa pembacaan artikel lain dalam internet.
Terdapat pelbagai Arca yang ditemui di dalam Galeri Satu itu. Antara arca yang dapat
dilihat adalah Arca Siva, Arca Dewa Ganesha, Arca Dewa Brahma, Arca Dewa Wisnu, Arca
Dwarapala, Arca Durga Mahisasuramardhini, Arca Kurma, Arca Hariti, Archa Buddha
Bhumisparsamudra, patung gangsa Bodhisattva. Kebanyakan arca yang terdapat dalam galeri
ini merupakan arca bagi agama Hindu. Contoh jelas yang dapat dilihat adalah pada Arca
Dewa Ganesha yang boleh didapati di Candi Pengkalan Bujang. Arca Ganesha ini diperbuat
dari batu granit yang menyerupai gajah yang berkeadaan duduk. Hal ini dapat dibukti melalui
arca yang mempunyai penutup kepala berbentuk sangkha, mempunyai dua biji mata, dua
cuping telinga, bahagian leher yang mempunyai kalung dan belalai yang dipahat menghala ke
arah tangan kiri yang memegang kamandhalu. Arca Dewa Ganesha ini juga sedang
memegang mangkuk dalam keadaan menghisap. Bahagian kanan gading bagi arca ini lebih
kecil berbanding gading pada bahagian kiri arca ini. Selain itu, pada sebelah kanan dan kiri
tangan Arca Dewa Ganesha ini turut terdapat seekor ular yang dikenali sebagai atribut
upadita.
3
Di dalam Galeri Satu ini, kita juga dapat lihat terdapatnya pelbagai batu bersurat.
Antaranya seperti Batu Bersurat Buddha- Gupta, dan Batu Bersurat Cherok Tokun yang
bertulisan palava. Batu Bersurat Buddha Gupta ini dipercayai dibina sekitar kurun ke empat
hingga lima Masihi, di sekitar Lembah Bujang. Melalui batu bersurat ini, membuktikan
wujudnya hubungan antarabangsa dengan kerajaan luar.
Pelapik tiang pula merupakan suatu kadedah yang digunakan untuk menanggung dan
mengimbangi beban bangunan. Pelapik tiang ini menyerupai tiang kayu yang bersifat estetik.
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan pelapik tiang ini ialah batu granit, batu
lumpur dan juga batu laterit. Tiang pelapik yang dijumpai ini banyak ditemui di sekitar
Lembah Bujang, dalm bentuk segiempat, segitiga, dan bulat yang berlubang, yang berfungsi
sebagai ruang untuk meletakkan pasak, bagi mengukuhkan tiang-tiang itu. Manakal, tiang
pelapik yang berbentuk silinder pula adalah tidak berlubang. Pelapik tiang ini boleh
dibahagikan kepada dua iaitu, pelapik tiang berukir dan pelapik tiang tidak berukir. Pelapik
tiang berperanan sebagai penghubung antara bahagian badan dan bahagian atap candi.
Antara pelapik triang yang boleh ditemui di Lembah Bujang didapati daripada tapak candi
Sungai Batu. Pelapik Tiang yang boleh ditemui di Candi Sungai Batu, adalah berbentuk
segiempat di dasarnya, manakala lapisan kedua pula telah dipahat dalam bentuk segi lapan
yang lebih nipis. Pada lapisan ketiga pelapik pula, lapisan ini dipahat dalam bentuk bulat dan
bahagian permukaannya, ditebuk dengan sebuah lubang yang berbentuk segi empat.
Pelbagai serpihan manik, duit syiling, batu kristal, pelita minyak teracotta, serpihan
seledom, patahan muncung Ch’ing Pai juga merupakan antara artifak arkeologi yang
menarik yang dapat dilihat di Galeri Satu ini. Artifak-artifak ini dijumpai di tapak 23, iaitu
Candi Pengkalan Bujang. Serpihan-serpihan ini membuktikan wujudnya masyarakat yang
menerima pengaruh Hindhu-Buddha. Serpihan-serpihan ini ditemui oleh seorang ahli
arkeologi yang bernama Leong Sau Heng, pada tahun 1973.
Artifak Lingga, Yoni dan Somasutra juga merupakan antara artifak yang boleh dapat
dilihat dalam Galeri Satu. Ketiga-tiga artifak ini memperlihatkan wujudnya unsur keagamaan.
Sebagai contoh, Lingga merupakan suatu objek yang dihasilkan oleh penganut aliran Siwa.
4
Lingga mempunyai gabungan bagi ciri-ciri Dewa Trimurthi. Artifak Lingga ini ditemui di
Tapak 19 Candi Kampung Pengkalan Bujang. Dari segi bentuk, pada bahagian dasar Lingga
ini adalagh dalam bentuk segi empat (Brahma-bhaga), manakala bahagian tengahnya pula
berbentuk segi lapan (Vishnu-bhaga). Sementara di bahagian atas pula, tidak dapat dilihat
kerana wujud kesan pahatan, dan wujud kemungkinan bahawa bahagian itu adalah dalam
bentuk bulat. Bentuk Lingga ini merupakan perlambangan kepada unsur waktu yang dimiliki
oleh ketiga-tiga Dewa Trimurthi, iaitu Dewa Brahma sebgai dewa pencipta.
Yoni pula merupakan pelengkap kepada kewujudan Lingga dan yoni ini juga
berperanan sebagai satu pasangan kepada Lingga. Yoni dan Lingga ini membawa
perlambangan kepada unsur kesuburan dan juga kemakmuran. Yoni biasanya digunakan
sebgai batu pelapik kepada Lingga yang berbentuk segi empat. Yoni berperanan sebagai
tempat tadahan air bagi membasahi Lingga, sebelum air itu dialirkan ke Somasutra. Air yang
mengalir darip[ada Lingga dan Yoni ini akan diambil oleh penganut Hindhu dan akan
dianggap sebagai Amrta. Lingga dapat dianggap sebagai suatu perlambangan kepada
kewujudan Dewa Siva, manakala Yoni pula melambangkan sakti kepada Dewa Siva.
Somasutra pula merupakan suatu saliran air suci yang diterima daripada Yoni melalui saluran
batu yang dipahat, secara bersambungan. Air suci ini boleh diperolehi dari saliran ini,
digunakan sebagai suatu persembahan kepada dewa yang digunakan oleh para Brahma.
Dalam Bahasa Sanskrit, Soma membawa erti air minuman, untuk dipersembahkan kepada
dewa, manakala Sutra bererti suatu rangkaian yang bersambungan seperti sebuah tasbih.
Kesemua artifak-artifak yang dijumpai ini, adalah bukti kepada kewujudan Lembah
Bujang sebagai sebuah tapak arkeologi yang paling dikenali oleh para pengkaji protosejarah
di semenanjung Tanah Melayu, terutamanya di Kedah. Lembah Bujang ini dipercayai wujud
sejak abad ke lima sehingga 14 Masihi. Antara ahli arkeologi yang menghasilkan kajian
tentang Lembah Bujang ialah, Quaritch-wales, Dorothy wales, Alstair lamb, B.
A.V.Peacock, Leong Sau Heng, Nik Hassan Suhaimi, dan juga Jabatan Muzium, yang
sekaligus menyumbang kepada terbinanya Galeri Satu.
5
3.0 Galeri 2
Kunjungan kami mahasiswa dan mahasiswa sejarah ke galeri 2 memberikan banyak
info dan pengetahuan baharu mengenai sejarah Lembah Bujang. Galeri 2 yang belum siap
sepenuhnya ini, banyak mengungkap sejarah mengenai komoditi perdagangan di Lembah
Bujang dan Kepulauan Melayu. Kami berasa amat beruntung kerana kami kumpulan
exspidisi pertama yang dibenarkan masuk ke dalam galeri 2 ini kerana galeri ini belum
dibuka kepada orang awam. Bertemakan Lembah Bujang sebagai pelabuhan antarabangsa
yang terulung di Kepulauan Melayu bermula kurun ke-2 Masihi dan berakhir pada kurun ke-
14 Masihi. Galeri ini mempamerkan koleksi-koleksi yang membuktikan keagungan Lembah
Bujang ketika itu, dan hubungannya dengan pedagang dari China, India dan Asia Barat serta
hubungannya dengan kerajaan-kerajaan awal Kepulauan Melayu seperti Empayar Funan dan
Empayar Srivijaya.
Komoditi perdagangan Lembah Bujang telah diketahui sejak abad ke-3 S.M oleh
pelayar dan pedagang dari India, China dan Arab yang datang ke Lembah Bujang atau
Nusantara ini tidak berlaku secara serentak. Orang India merupakan pedagang asing yang
pertama sampai ke Lembah Bujang sejak abad ke-2 S.M, diikuti pedagang China pada abad
ke-2 Masihi dan seterusnya pedagang dari Arab pada abad ke-7 Masihi. Komoditi
perdagangan yang dikeluarkan oleh Lembah Bujang tidak banyak berubah walaupun selang
masa yang amat panjang sehingga 1600 tahun. Hasil hutan dan galian merupakan komoditi
keluaran yang menjadi rebutan masyarakat luar dan amat tinggi nilainya. Penduduk tempatan
menggunakan teknik tradisional secara turun-temurun untuk mendapatkan hasil hutan dan
galian ini tanpa menggunakan teknologi moden. Komoditi-komoditi yang dihasilkan di
Semenanjung Tanah Melayu ini diperdagangkan di Lembah Bujang mendapat sambutan
pedagang-pedagang dari India, China dan Arab.
Antara hasil bumi yang mendapat sambutan oleh pedagang seperti sumber hutan
seperti kemenyan putih, burung puyuh, benzoin, kelapa, tikar pandan, kayu cendana, pinang,
kayu gaharu, buah nangka, tuak, damar, sumbu badak, kulit kura-kura, gula, bulu burung raja
udang, kapur barus, pisang, rotan, kayu sapan, kayu aloe, gading gajah, kayu laka, lilin lebah,
madu lebah dan garam. Sumber laut juga menjadi rebutan para pedagang seperti batu karang,
6
kulit penyu, mutiara dan siput kimma. Mutiara dan batu karang menjadi komoditi utama
untuk pasaran luar terutamanya golongan bangsawan. Kekayaan sumber makanan daripada
hasil laut menjadi kelebihan pelabuhan Lembah Bujang untuk menjadi tempat persinggahan
pedagang pada jangka masa yang panjang. Selain itu juga, daripada hasil laut seperti penyu
yang amat mendapat sambutan di kalangan pedagang asing kerana cengkerangnya sesuai
dijadikan barang hiasan selain dagingnya dijadikan bahan makanan. Kulit cengkerang laut
yang unik dan cantik menjadi barangan yang mendapat sambutan pedagang asing yang
berdagang di Lembah Bujang.
Sumber galian merupakan bahan mentah yang berharga terutamanya di Nusantara.
Antara galian yang menjadi rebutan adalah emas, perak plumbum, kuprum, bijih timah dan
besi. Perlombongan secara tradisi digunakan oleh masyarakat terdahulu untuk mendapatkan
galian seperti emas dan bijih timah di dalam sungai. Teknik mendulang digunakan bagi
melombong bijih timah. Kawasan tebing-tebing sungai merupakan tempat yang kaya dengan
galian ini. Antara bahan galian yang utama dikeluarkan oleh pelabuhan Lembah Bujang
seperti bijih timah, plumbum dan juga besi. Ketiga-tiga galian ini amat diperlukan dalam
kerja-kerja logam di China, India dan Asia Barat.
Rempah ratus seperti bunga cengkih, buah pala, kayu manis, lada hitam, halia,
lengkuas dan bunga lawang amat penting terutamanya untuk kegunaan dalam masakan dan
menjadi pengawet makanan. Lada hitam antara rempah ratus yang menjadi tarikan pedagang
terutamanya dari Asia Barat. Selain itu juga, kayu gaharu dan kayu cendana merupakan kayu
wangian yang menjadi tarikan pedagang-pedagang ke Lembah Bujang.
Di dalam galeri 2 ini, turut dipamerkan gambar-gambar mengenai kajian arkeologi
penggalian Perahu Sagor di Kedah. Serpihan-perpihan perahu yang dipamerkan di galeri 2
ini, merupakan sisa-sisa Perahu Sagor yang ditemui dalam kerja-kerja penggalian arkeologi
dibeberapa penempatan disepanjang Sungai Muda yang menjadi laluan utama membawa
barang dagangan sejak kurun ke-3 Masihi lagi. Penemuan sisa-sisa ini membuktikan bahawa
Perahu Sagor merupakan pengangkutan utama yang digunakan oleh masyarakat tempatan
bagi membawa bahan komoditi untuk dipasarkan di pelabuhan Lembah Bujang yang
7
bertempat di Kuala Sungai Merbok. Perahu ini merupakan perahu tradisi masyarakat Melayu
Kedah yang diperbuat daripada sebatang kayu balak yang ditebuk ditengahnya. Antara kayu
lain yang digunakan bagi membuat perahu ini seperti kayu Merbau, Bongor dan Pulai.
Penggunaan Perahu Sagor terus berkembang sehingga kurun ke-20 apabila jalan darat
mengambilalih dan bertindak sebagai laluan utama. Kajian yang telah dilakukan
menunjukkan antara kawasan-kawasan penemuan perahu-perahu Sagor seperti di Kampung
Padang Pulai, Mukim Teloi Kanan, Baling, Kuala Ketil, Kedah yang ditemui pada tahun
1996. Pada tahun 2001 pula, Perahu Sagor telah ditemui di Kampung Pengkalan Lebai Man,
dan Sungai Petani Kedah. Manakala pada tahun 2002, di Kampung Padang Geh dan dan
Kuala Ketil Kedah. Hasil daripada kajian arkeologi pada tahun 2003, terdapat juga penemuan
Perahu Sagor di Kampung Ekor Padang, Kuala Ketil, Kampung Pulai dan Baling di Kedah.
4.0 Masjid Pengkalan Kakab
Kira-kira jam 10.45 minit pagi kami bergerak pula menuju ke satu lagi tapak
bersejarah iaitu Masjid Lama Pengkalan Kakap yang terletak tidak jauh dari Muzium
Arkeologi Lembah Bujang. Sekilas pandang, tiada siapa yang akan menjangkakan bahawa
bangunan masjid yang berwarna putih ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. Terdapat
tapak perkuburan di sebelah kanan masjid ini dan sebuah masjid baru di sebelah kirinya.
Sebaik tiba di sana, kami dibenarkan masuk ke dalam masjid untuk melihat sendiri stuktur
binaan bangunan tersebut. Memandangkan bangunan tersebut merupakan sebuah masjid,
kami perlu membuka kasut sebelum menjejakkan kaki ke bahagian dalam masjid. Walaupun
sudah lama tidak digunakan, namun bahagian dalamnya kelihatan bersih kerana dijaga oleh
jawatan kuasa masjid yang berdekatan.
Sebaik semua berkumpul di bahagian dalam masjid, Encik Kamarudin selaku
jurupandu memberikan penerangan mengenai masjid ini. Masjid ini dibina pada tahun 1897,
sekitar pertengahan abad ke-19 sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Bumbung masjid
yang berbentuk piramid dan berwarna merah ini bukanlah bumbung yang asal. Hanya
bentuknya yang sebenar dikekalkan, sebaliknya atap yang digunakan ialah atap genting
rumah Kapten Speedy. Pada asalnya di lantai masjid ini hanya terdapat 3 keping mozek
sahaja. Kemudiannya, masjid ini telah dibaik pulih dan lantainya telah ditutupi oleh mozek
8
yang berwarna merah. Selain itu juga, masjid ini dikelilingi oleh kaki lima. Struktur
bangunan ini merupakan bangunan asal dan tiada perubahan dilakukan terhadap masjid ini
melainkan pada bumbung dan lantainya sahaja.
Penemuan masjid ini telah membuktikan bahawa Islam telah pun bertapak di daerah
tersebut. Disebabkan masjid ini sangat penting dalam bidang arkeologi, masjid ini telah
diletakkan dibawah Jabatan Warisan Negara pada 1 April 2006. Kemudiannya kami
meneruskan perjalanan ke Pengkalan Bujang untuk melihat beberapa lagi candi yang berada
di sana.
5.0 Candi
Istilah candi di Lembah Bujang merujuk kepada Kuil Hindu Buddha yang pernah
digunakan oleh masyarakat Kedah Tua. Ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan
dengan kuil Hindu Buddha yang baru. Mengikut Kamus Dewan 1994, candi ialah bangunan
purba yang dibuat daripada batu (tempat orang Hindu atau Buddha menyembah berhala,
menyimpan abu mayat dan lain-lain) . Terdapat beberapa tapak candi terkenal yang kami
lawati di kawasan bersejarah Lembah Bujang. Setakat ini sebanyak 41 tapak Lembah Bujang
telah dijumpai. Namun begitu sebahagian daripadanya telah musnah.
Candi yang telah kami lawati ialah Candi Bukit Batu Pahat, Candi Kampong
Pengkalan Bujang, Candi Estet Sungai Batu, Candi Kampong Pendiat, Candi Kampung
Permatang Pasir dan Candi Kampong Bendang Dalam.
5.1 Candi Pendiat
Tapak candi pertama yang kami lawati adalah Tapak Candi Pendiat. Candi ini
merupakan Candi Buddha. Berdasarkan penerangan semasa lawatan didapati belum terdapat
bahan bukti bahan binaan. Ia dijumpai di Kampung Pendiat pada 1936. Ia telah dipindahkan
ke Bukit Batu Pahat dan dibina semula. Pembinaan semula candi ini adalah bertentangan dan
menyalahi prinsip arkeologi itu sendiri, kerana akan menyebabkan sesuatu ciri artifak akan
9
rosak. Contohnya ketiadaan bumbung pada candi setelah pembinaan semula. Candi tersebut
dibuat daripada batu lada yang dipahat. Tetapi batu asli yang sebenarnya terletak di
Singapura kerana penggalian dibuat sebelum merdeka.
5.2 Candi Bukit Batu Pahat
Candi ini mula dibina semula pada tahun 1959. Ia ditemui oleh Quaritch Wales di
Lembah Bujang pada 1936-1937. Ia merupakan candi utama di lembah bujang. Kaki candi ini
dibuat daripada batu granit yang diperoleh daripada Sungai Merbok kecil. Pada candi itu
terdapat pelapik tiang samasutra yang mengalirkan air suci. Terdapat juga dewan untuk
upacara tempat penganut berkumpul yang dipanggil Mandapa. Candi ini merupakan bahagian
Vimana dan Mandapa. Candi ini merupakan berunsur tantrik. Terdapat dua pencanggahan
tentang tarikh candi ini dibina iaitu samada pada abad ke 7 hingga 8 masihi atau sekitar abad
ke 2 dan 13 sebagai tarikh yang lebih tepat. Candi ini merupakan candi Hindu.
5.3 Candi Kampung Pengkalan Bujang
Tapak 19.
Tidak banyak yang diketahui mengenai candi ini melainkan maklumat daripada rekod
Wales. Candi ini telah dibina semula pada tahun 1972. Candi ini diperbuat daripada batu bata
serta mempunyai bentuk empat persegi panjang. Kemungkinan candi ini digunakan untuk
menyimpan barang keagamaan atau sebagai tempat tinggal para Bhiksu. Ia dibina sekitar
abad sekitar 12 dan 13. Terdapat banyak serpihan tembikar tanah, tembikar China semasa
cari gali dilakukan. Candi ini adalah candi ajaran Hindu.
Tapak 21 dan 22
Tapak ini digali secara serentak oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada 1974. Candi
ini dibina pada abad 9 dan 10. Tapak 21 cuma mengandungi sebuah struktur utama, manakala
tapak 22 mengandungi dua struktur utama. Ia merupakan kembar yag dipisahkan. Candi
10
tapak 22 masih kekal di tempat asal manakala tapak 21 dipindahkan di Muzium Arkeologi di
Merbok. Candi ini dibuat daripada batu bata pada abad 11 masihi. Tetapi terdapat jumpaan
paku besi oleh Wales yang menunjukkan bahagian badan candi dibuat daripada kayu. Candi
ini mempunyai lubang di bahagian tengah. . Candi ini merupakan candi Buddha. Tapak 22
merupakan candi Buddha kerana ada patung Stupa. Dijumpai 5 patung di kawasan candi ini
dan patung itu dipamerkan di dalam galeri 1, iaitu 4 patung gajah dan satu arca kala. Terdapat
ukiran bertulisan palava pada bata.
Tapak 23
Carigali dilakukan pada 1986-1991. Candi ini ditemui pada 1936. Ia juga dikatakan
masjid kerana struktur binaannya hampir sama dengan Masjid Pengkalan Kakap.
Persamaannya boleh dilihat pada bentuk Mihrabnya. Namun begitu tiada laporan ilmiah yang
boleh membuktikan bahawa ini masjid. Teori bahawa candi ini merupakan masjid
manimbulkan kemusykilan kerana adalah tidak logik di lingkungan candi-candi terdapat
masjid dan ia berkiblatkan barat daya. Sedangkan masjid berkiblatkan barat. Ia dibina pada
abad 10 dan 11 masihi. Bahan binaannya diperbuat daripada seramik. Candi ini merupakan
candi ajaran Hindu. Mengikut kajian saintifik, batu bata yang diperbuat di Kampung Sungai
Mas sama dengan candi tapak 23. Terdapat andaian bahawa kawasan ini merupakan
pelabuhan berdasarkan aktiviti perdagangan yang berlaku pada waktu tersebut. 90 peratus
jumpaan candi oleh orang kampung.
Terdapat beberapa permasalahan yang kami dapati di kawasan Candi Pengkalan
Bujang ini. Antaranya projek sakit iaitu projek terbengkalai. Hal ini berlaku ekoran daripada
pemecahan antara Jabatan Warisan dan Jabatan Muzium Negara. Ia memberi implikasi
kepada seluruh kajian pensejarahan. Kesan projek terbengkalai ini menyebabkan proses
carigali tergendala. Permasalahan seterusnya pemindahan dan pembinaan semula tapak candi
yang melanggar hukum arkeologi.
11
5.4 Candi Bendang Dalam
Pada asalnya candi ini berada di kawasan ladang getah. Tapak ini telah ditemui pada
akhir 1960 an dan mula dicari gali pada 1974 dan siap dicari gali pada tahun 1983. Candi ni
juga dibina semula. Ia dijumpai di Kampung Bendang Dalam. Di atas candi kebiasaannya
akan diletak patung gajah di penjuru candi. Patung gajah ini merupakan simbol dewa gajah
yang merupakan dewa kekuatan, pendidikan. Candi ini dibina pada abad ke 12 dan 13 dan
mewakili agama hindu. Struktur candi ini juga telah dipindahkan ke Muzium arkeologi
Lembah Bujang. Terdapat asas pelapik tiang pada empat penjuru mandapa. Sementara
bahagian utara dan selatan juga terdapat pelapik tiang dengan jarak yang sama. di bahagian
hadapan mandapan juga terdapat lorong yang dibuat daripada batu lada (laterit).
12
7.0 Lampiran
Peta Lembah Bujang Arca Ganesha
Seramik Arca Durgamahisasuramardihini
Manik Tembikar Tanah
13
Lingga Somasutra
Kepingan logam Pelapik tiang
Batu Bersurat Pelapik Tiang
14
Alatan Menyerpih Perahu Sagor
Masjid Pengkalan Kakap Binaan atap masjid
Candi Pendiat Candi tapak 19 (Kg. Pengkalan Bujang)
15
Candi Tapak 8 (Bukit Batu Pahat) Candi Tapak 23 (Kg. Pengkalan Bujang)
Candi Tapak 22 (Kg. Pengkalan Bujang) Candi Tapak 21 (Kg. Pengkalan Bujang)
Muzium Matang Kegiatan mendulang bijih timah
16
Penjara pejuang-pejuang Melayu Alatan pertanian
Batu Bijih Timah Pejabat British
Kamar Ngah Ibrahim Mahkamah
Bibliografi
17
Hall, D.G.E., 1977. A History of Kedah. Pulau Pinang: Penang Primier Press.
http://memorikedah.net/page_pengenalan.php?
p=2&idstopic=47&idskandungan=190&mtopic=5
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Bujang
Mohd Supian Sabtu, 2002. Tamadun Awal Lembah Bujang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
18
top related