selamat hari raya aidilfitri marilah sertai kami · mengalirnya darah daripada mulut mereka. ......
Post on 04-Aug-2019
223 Views
Preview:
TRANSCRIPT
8
Diriwayatkan dari Abu Said Al Khudri r.a., ia berkata :
“Dahulu Rasulullah S.A.W. biasa keluar menuju mushalla (tanah lapang) pada hari Idul Fitri
dan Idul Adha, maka pertama yang beliau lakukan adalah shalat…”
Hadits Riwayat Bukhari (956), Muslim (889) dan An-Nasaa’i 3/187
Editor: Mohammad Adib Bin Mohammad Suhaimi, Zon Tengah, c/o Persatuan Muhammadiyah
14, Jalan Selamat, Singapura 418534 www.muhammadiyah.org.sg
Persatuan Muhammadiyah akan mengadakan solat ‘eid di Stadium Serangoon, Yio Chu Kang Rd, jam 8.45 pagi pada 25 Jun 2017.
Oleh DR. MAZA
Ada isteri bersungut suaminya tiada di rumah pada malam raya. Bahkan suami membantah isterinya yang sibuk menghias rumah dan menyiapkan juadah kerana katanya bahawa disunatkan pada malam Hari Raya menunaikan solat Sunat Jibril sebanyak seratus rakaat, dibaca dalam setiap rakaat al-Fatihah dan sebelas kali Surah al-Ikhlas serta beberapa kaifiyyat yang lain. Kononnya fadhilatnya begitu hebat.
Terlebih dahulu saya jawab bantahan itu dengan berkata bahawa menghias rumah dan menyediakan makanan untuk Hari Raya termasuk dalam perkara yang diharuskan, itu adalah urusan umum kehidupan. Bahkan membawa pahala jika niat menjamu tetamu dan menzahirkan kegembiraan seperti yang diajar oleh Islam.
Adapun solat berkenaan, seperti kata al-Hafiz Ibn Jauzi (meninggal 597H) dalam karyanya al-Mudu’at : “Tiada syak lagi ia hadis palsu”. Bahkan hadis-hadis tentang menghidupkan malam Hari Raya berada dalam sekitar status ‘teramat dhaif’ dan ‘palsu’.
Bukan tidak boleh beribadah pada malam Hari Raya, sama seperti setiap malam, beribadah malam tetap disunatkan. Namun fadilat khusus yang sahih tidak sabit periwayatannya daripada Nabi s.a.w.
Maka tidak mengapalah jika suami atau seisi rumah bersiap pada malam Hari Raya untuk bergembira pada esoknya. Islam itu bak kata Nabi s.a.w pada pesta Hari Raya: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih).
Edisi Ramadhan 1438H (Jun—Julai 2017)
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MARILAH SERTAI KAMI
2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Bersandarkan dengan motto Persatuan Muhammadiyah yang dipetik dari surah Ali Imran ayat 104, kami lakari agenda kami. “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” Saudara, anggota Zon Tengah serta sahabat simpatisan, Tahun demi tahun jawatankuasa zon dibentukkan. Alhamdulilah, Zon Tengah telah melalui perubahan kepimpinan yang menggalakkan gabungan yang lama dan baharu. Seperti tahun lalu, program diatur mengikut tujuan dan maksud tema pergerakan zon. Bagi penggal 2017-2019 ini, kami merancang untuk bergerak sealiran dengan matlamat Dakwah, Perhubungan dan Kebajikan. 1) Bekerjasama dengan persatuan dan zon lain bagi mengadakan kelas hujung minggu untuk
warga bermasalah (bekas tahanan). 2) Menyediakan program untuk pembantu rumah bagi meningkatkan ilmu dunia dan akhirat. 3) Bantuan kepada 5 keluarga fakir miskin setiap bulan. 4) Mendekati pekerja asing dengan program dakwah dan gotong-royong. 5) Aktiviti-aktiviti bersama anggota-anggota Zon Tengah. Dengan kesempatan ini, saya menjemput anda untuk berganding bahu dengan kami, menyokong serta mengikuti aktiviti kami. Semoga Allah memberkati kekuatan dalam beribadah serta iman dan taqwa. Mudah-mudahan segala amalan yang diusahakan diberkati Allah s.w.t.
Jawatankuasa Zon TENGAH mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua anggota serta keluarganya. Semoga
anda semua diberkati pada bulan yang penuh makrifat ini.
KAMAL BIN OSMAN PENGERUSI
ISMAIL BIN HASSAN NAIB PENGERUSI
MOHAMMAD ADIB BIN MOHD SUHAIMI SETIAUSAHA
SUMARDI BIN ABDUL HADI NAIB SETIAUSAHA
MASTURAH BTE MOHD ALI HANAFIAH BENDAHARI
NURJANNAH BTE JUMAHAT NAIB BENDAHARI
ABDUR RAHIM S/O ABUL NASIR JAWATAN KUASA
ISAMUDDIN BIN ABUL LATIFF JAWATAN KUASA
MUHAMMAD NAZMI BIN MUSTAFA KEMAL JAWATAN KUASA
MUHAMMAD RUHIZAT BIN SALIM JAWATAN KUASA
MUHAMMAD SUHAIMI BIN PAAT JAWATAN KUASA
MUNIRAH BTE MOHD ALI HANAFIAH JAWATAN KUASA
ROSZANAH BTE ABDUL SALIM JAWATAN KUASA
7
Status Hadis Azab Berbuka
Sebelum Maghrib
Saya ditanya tentang status hadis di dalam gambar ini. Saya katakan ia adalah ringkasan daripada hadis yang panjang riwayat al-Nasaie, al-Hakim, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah.
Hadis ini dinilai SAHIH oleh al-Hakim dan dipersejui oleh al-Zahabi, dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban. Moga hadis ini menjadi peringatan kepada kita untuk memelihara ibadah puasa. Wallahua'lam.
Berikut merupakan potongan hadis tersebut:
Daripada Abu Umamah al-Bahili radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
يق فق بينا أنا نائم إذ أتاني رجالن ، فأخذا بضبعي ، فأتيا بي جبال وعرا ، فقاال : اصعد ، : إنيي ال أ ،ل
Ketika aku sedang tidur. Datang dua orang lelaki kepada ku lalu mereka menarik lengan ku. Mereka membawa ku ke sebuah bukit yang gersang. Lalu mereka berkata kepada ku: Naiklah. Aku menjawab: Aku tidak mampu melakukannya.
له لك ، فصعدت حتى إذا كنت في سواء الجبل إذا بأصوات شديدة ، قل : ما هذه األصوات ؟ ت فقاال : إنا سنسه
Mereka menjawab: Kami akan memudahkan hal ini untuk engkau. Lalu aku naik sehingga aku apabila tiba di puncaknya, aku mendengar bunyi-bunyi yang sangat kuat. Aku bertanya: Bunyi apakah itu?
ة أشداقهم ، تسيل أشداقهم دما :ق قالوا : هذا عواء أهل النار ، ثم انطلق بي ، فإذا أنا بقوم معلقين بعراقيبهم ، مشق
Mereka menjawab: Ini adalah jeritan ahli neraka. Kemudian aku dibawa pergi sehingga aku tiba kepada satu kaum yang dirantai pada betis mereka. Mulut mereka dalam keadaan terkoyak, dan mengalirnya darah daripada mulut mereka.
،قال قلت : من هؤالء ؟ قال : هؤالء الذين يفطرون قبل تحلة صومهم
Abu Umamah berkata: Aku bertanya: Siapakah mereka? Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Mereka adalah orang yang berbuka puasa sebelum tiba waktunya.
[Sahih Ibnu Khuzaimah, Kitab al-Sawm, hadis no: 1986]
Dr Rozaimi Ramle
6
Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Diri Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.
Kata ganti diri orang pertama: saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita, dan hamba. Kata ganti diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku, dan dikau. Kata ganti diri orang ketiga : ia, dia, mereka, baginda, beliau, dan -nya.
Contoh 1: Beliau ditangkap kerana didapati menghisap dadah. (salah) Dia ditangkap kerana didapati menghisap dadah. (betul)
Hujah: Kata beliau hanya boleh digunakan khusus untuk orang yang dihormati seperti ibu
bapa, guru, pegawai, menteri dan sebagainya.
Contoh 2: Mereka-mereka yang menghadiri bengkel itu akan diberikan sijil. (salah) Mereka yang menghadiri bengkel itu akan diberikan sijil. (betul)
Hujah: Kata ganti diri ketiga mereka sudah mendukung maksud jamak. Oleh itu, tidak
sesuai kata mereka dijamakkan lagi.
Contoh 3: Saya akan pergi ke rumah mu. (salah) Saya akan pergi ke rumahmu. (betul)
Hujah: Singkatan mu dan ku mesti dicantumkan dengan objek.
Cikgu Mohammad Adib Bin Mohammad Suhaimi Guru Bahasa Melayu
3
Qalbun Salim Oleh Khairul Abdullah Kamal
Setiap insan pasti menginginkan ketenangan jiwa yang tenang, bebas dari segala masalah duniawi dan mahukan kehidupan yang aman dan bahagia. Kesemua yang dingingan ini, tidak terlepas dari hati insan seseorang. Nabi s.a.w bersabda: “Ingatlah bahawa di dalam badan ada segumpal daging. Jika rosak, maka rosaklah seluruh anggota badannya, dan jika ia baik, maka baik seluruh anggota badannya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.” (Hadis al-Bukhari dan Muslim)
Untuk memiliki hati yang salīm, seorang insan perlu menjaga hatinya dengan baik. Ibarat segelas air jernih bila dicampurkan dengan bahan yang lain. Jika ia dicampur dengan madu, maka manislah ia. Tetapi jika ia dicampur dengan najis, maka kotorlah ia. Oleh itu, sifat dan akhlak mukmin terpuji yang terkandung di dalam ayat-ayat suci al-Qur’an dan contoh-contoh dari hadis Nabi s.a.w dapat membantu hati seseorang menjadi salīm.
Perkataan salīm berasal dari kata salima. Iaitu selamat, bebas dari kecacatan dan sihat. Maka Qalbun Salīm ialah hati yang selamat dari penyakit dan segala kerosakan zahir mahupun batin. Ibnu Kasir dalam tafsir al-Qur’anul ‘Azīm memetik perkataan Ibnu Sirin tentang maksud Qalbun Salīm ketika menafsirkan surah asy-Syu’ara’ ayat ke 89 dan as-Soffat ayat ke 84,
إلا من أتى ٱللا بقلب سليم “Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat (sejahtera).” (Asy-Syu’ara’: 89)
راهيم , إذ جاء رباهۥ بقلب سليم ب وإنا من شيعتهۦ ل“Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim. Ketika dia mematuhi perintah Tuhannya dengan hati yang suci murni” (As-Soffat: 83-84)
Dia (Ibnu Sirin) berkata: “Qalbun Salīm adalah mengetahui bahawa Allah s.w.t adalah hak (benar) dan sesungguhnya hari kiamat tidak ragu lagi pasti akan tiba, serta Allah akan membangkitkan para penghuni kubur”.
Para ulama berselisih dalam mengungkapkan makna hati yang salīm. Definisi yang menyeluruh dalam memahami hal ini adalah, hati yang selamat dari segala macam bentuk syahwat yang menyelisihi perintah Allah ta’ala atau melakukan perkara yang ditegah, memiliki rasa takut, harap, tawakkal, dan ‘inabah (taubat atau kembali) kepada Allah s.w.t. Hati yang salīm akan selalu mengharap redha Allah
Pengurusan Jenazah
Muhammadiyah
Sila Hubungi:
Sdr Zailani 9827 1004
atau
Sdr Shamsul 9685 9750
4
dalam segala keadaan dan menjauhi kemurkaannya dengan segala macam cara.
Ibnu Qayyim al-Jauziyah memberikan beberapa tanda-tanda hati yang salīm; Hati yang selalu utamakan perkara yang bermanfaat. Selalu mengutamakan perkara-perkara yang bermanfaat seperti membaca, tadabbur al-Qur’an dan sebagainya.
Utamakan akhirat daripada dunia. Dunia dijadikan sebagai bekal untuk akhirat yang kekal dengan mengerjakan amal saleh, patuhi perintah Allah dan jauhi larangannya.
Bertaubat kepada Allah dan mengharap kehidupan kepadanya. Memiliki kesedaran dan keyakinan bahawa kebahagiaan, kesenangan dan kenikmatan hanya kepada Allah s.w.t, tawakkal kepadanya, dan selalu bergantung kepada Allah serta selalu bertaubat.
Selalu ingat kepada Allah dan tidak bosan dalam beribadah kepadanya. Selalu berzikir dan ibadah sesuai sunnah Nabi s.a.w. Iaitu berbeza dengan orang yang beribadah secara musiman (yakni tidak istiqamah).
Lebih bersedih apabila terlupa wirid daripada kehilangan harta. Istilah wirid dalam hal ini ialah suatu amalan ketaatan yang terus-menerus (istiqamah). Seorang insan akan merasa sedih apabila dia terlupa dari wiridnya. Berbeza dengan orang yang membuang waktu dengan sia-sia.
Inilah yang dikatakan hakikat hati yang salīm, yang akan meraih keselamatan dan kebahagiaan. Semoga Allah menganugerahkan kepada kita hati yang sihat, bersih dari kesyirikan, bebas dari amalan yang tiada asalnya serta jiwa yang tenang, yang selalu mengingati Allah s.w.t.
Aktiviti-aktiviti Zon Tengah
5
Sumbangan wanita dalam perkembangan Islam Oleh Munirah Binte Mohd Ali Hanafiah
Islam adalah agama rahmatan lil
alamin. Islam diturunkan Allah untuk
menyempurnakan akhlak manusia dan
mengatur tujuan hidup dalam Islam menjadi lebih
harmoni dan damai. Begitulah kehadiran Islam juga
untuk memperbaiki darjat dan perlakuan orang
terhadap wanita. Allah dalam Al-Quran menjelaskan
bahwa kedudukan wanita dalam Islam sama dengan
lelaki. Wanita diciptakan sebagai pasangan buat
lelaki bukan sebagai hamba atau orang suruhan.
Dalam dunia moden ini, peranan wanita tidak lagi terhad kepada kerja-kerja di rumah sahaja. Wanita
hari ini telah menerima pendidikan yang sama dengan kaum lelaki. Oleh itu, tidak hairanlah jika mereka
menjawat jawatan penting seperti menteri, doktor, guru besar dan lain lagi. Namun yang lebih utama adalah
peranan wanita sebagai isteri, ibu dan khalifah Allah di muka bumi ini. Dalam banyak kegiatan, muslimah juga
turut menggembleng tenaga bersama-sama kaum lelaki untuk membangunkan ummah.
Ketahuilah, sifat semula jadi wanita yang lemah–lembut, penyayang dan penyabar menyebabkan
mereka sesuai mengambil hati suaminya yang harus keluar mencari nafkah serta menunaikan pelbagai
tuntutan rumah tangga. Melalui liku-liku rumahtangga, seorang muslimah itu pasti mengalami saat bahagia dan
duka bersama suami, anak-anak atau ibu bapanya atau ibu bapa suaminya. Proses melalui hidup rumahtangga
ini adalah rahmah berserta ujian yang Allah sediakan ganjarannya. Muslimah itu harus tabah apabila hatinya
terluka, serta mempunyai keikhlasan yang tinggi apabila kerja usahanya tidak dihargai oleh anggota keluarga.
Kerap-kali dia harus mengawal emosi dari sifat marah atau kecil hati dan mendidik dirinya untuk berfikiran
positif, demi meraih ganjaran dan keredhaan Allah.
Manakala muslimah yang tidak bersuami atau beranak, dia tetap berperanan sebagai hamba Allah dan
khalifah. Di samping melalui kehidupan duniawi yang penuh hiburan dan pancaroba, dia sentiasa mengingati
Penciptanya serta mengabdikan diri kepada Nya
sehingga dia sanggup berkorban apa saja demi
mematuhi suruhan Allah dan Rasul-Nya.
Hal ini termasuk peranan wanita dalam kegiatan luar
seperti menjadi sukarelawan di masjid atau organisasi
lain yang berusaha mengembangkan dakwah Islam.
Ada yang harus menyumbang idea, tenaga, masa serta
wang untuk memastikan satu-satu program berjalan
dengan efektif. Program yang Islami yang menerapkan
nilai-nilai mahmudah (yang terpuji, positif) dan
mengajak kepada yang ma’ruf (kebaikan dan ketaatan).
Ternyata sumbangan wanita dalam perkembangan Islam adalah penting. Maka hendaklah para bapa
menunjukkan akhlak yang mulia serta mendidik isteri-isteri dan anak-anak mereka dengan pendedahan kerja-
kerja sukarela tanpa mengetepikan nilai-nilai ubudiyyah (menghambakan diri pada Allah) dan ikhlas melakukan
segala pekerjaan lillaahi ta’ala (mengharap redha Allah).
top related