senaman otak
Post on 21-Jan-2016
38 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Senaman Otak/ Brain Gym Otak kita terdiri daripada 2 hemisfera. Anehnya, 85% orang di dunia ini hanya menggunakan
otak kiri sahaja. Sebahagiaannya menggunakan kombinasi kedua-duanya dan separuh lagi hanya
menggunakan otak kanan. Dari segi fungsi, otak yang terdiri dari dua hemisfera kiri dan kanan
itu memiliki tiga dimensi yang saling berhubungan. Dengan menggunakan seluruh bahagian otak
ini, fungsi otak dapat dioptimalkan. Sayangnya , tidak semua orang mampu melakukannya. Salah
satu cara mengoptimalkan penggunaan semua dimensi otak adalah senam otak atau dikenali
sebagai ‘Brain Gym’. Senam otak atau brain gym adalah serangkaian latihan berasaskan gerakan
tubuh. Gerakan itu dilakukan untuk merangsang otak kiri dan kanan (dimensi lateral) belakang
otak dan bahagian depan otak (dimensi pemfokusan), merangsang sistem yang berkait dengan
perasaan/emosi, yakni otak tengah (limbis) serta otak besar (dimensi pemusatan). Sebagai
pemulaan, BrainGym ini boleh dilakukan sambil melakukan aktiviti seharian. Ia boleh dilakukan
bila-bila masa sahaja tanpa waktu khusus. Brain gym mampu memudahkan kegiatan belajar dan
melakukan penyesuaian terhadap ketegangan dan aktiviti sehari-hari. Brain gym yang
diperkenalkan dan dikembangkan oleh Paul E Dennison dan Gail E Dennison terdiri dari 35
gerakan. Beberapa gerakan sederhana seperti Gerakan Silang (Cross Crawl), Mengisi Energi
(Energizer), 8 Tidur (Lazy 8’s), Sekalar Otak (Brain Button), Titik Positif (Positive Points),
Putaran Leher (Neck Rolls), Tombol Bumi (Earth Button) , dan Tombol Imbang (Balance
Button), Tombol Angkasa, Penyatuan dan Hook Ups,The Energy Yawn, The Thinking Cap, The
Elephant, Double Doodle, The Rocker, Belly Breathing, Cross Crawl Sit-Ups and Think of an X.
Sekalar Otak (Brain Button)
Letakkan jari telunjuk dan ibu jari tangan kanan di bawah tulang selangka dan gerak secara
membulat dengan perlahan. Telapak tangan kiri diletakkan di atas pusat.Gerakan ini diulang
dengan tangan kiri pula.
Gerakan Silang (Cross Crawl)
Angkat tangan kanan, tepuk peha kiri. Dan angkat tangn kiri, tepuk peha kanan. Gerakan ini
diulang dengan gerakan kanan dan kiri secara bergilir
Penyatuan
Julurkan tangan ke depan, satukan kedua belah telapak tangan kanan dan kiri, jari saling
bertautan. Buka tautan jari secara bergilir dari jari kelingking hinggalah ibu jari.
Hook-Up
Silangkan kaki, iaitu posisi kaki kanan di depan kaki kiri. Lalu silangkan kedua tangan, tangan
kanan berada di atas tangan kiri dan satukan telapak tangan dengan jari saling bersilangan.Putar
ke arah dalam. Letakkan di dada. Lakukan gerakan ini secara bergantian.
Tombol Bumi (Earth Button)
Letakkan dua jari tangan kanan di tengah dagu, sementara telapak tangan kiri di daerah pusat
(perut). Jari-jari telapak tangan kiri menunjuk ke bawah (lantai). Gerakan dari bawah (lantai) ke
atas (langit-langit), lalu kembali ke bawah sambil melakukan nafas dalam, yaitu menarik napas
dalam-dalam, dan membuangnya secara perlahan. Lakukan selama 1 minit atau sekitar 4-6 kali
nafas dalam. Ulangi gerakan dengan tangan kiri.
Tombol Keseimbangan (Balance Button)
Sentuh tombol keseimbangan yang terletak di belakang telinga kiri (bawah tulang tengkorak)
dengan beberapa jari tangan kiri. Sementara itu, letakkan telapak tangan di daerah pusat. Posisi
kepala lurus ke depan. Setelah 30 detik, lakukan untuk tangan kanan pula. Ulangi gerakan hingga
beberapa kali.
Titik Positif (Positive Point)
Sentuh titik dahi, kira-kira di antara perbatasan rambut dan alis. Lakukan selama 30-60 detik.
Manfaat : Menenangkan fikiran
8 Tidur (Lazy's 8)
Angkat tangan kanan. Lukis angka 8 tidur. Arahkan mata ke ibu jari, ikuti setiap gerakkan ibu
jari. Ganti tangan sebelahnya.
Posted by freddy at 9:17 PM
Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam
sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun matapelajaran pendidikan jasmani tidak diuji dalam
peperiksaan awam di Malaysia, subjek ini nyata signifikan kerana merupakan satu-satunya
bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh matapelajaran-
matapelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat taksonomi penting pendidikan iaitu
jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu
itu sendiri, subjek ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu
menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang
hayat.
Dalam konteks hubungan antara pendidikan jasmani dengan pendidikan formal, pendidikan
jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam masyarakat
(de Vries, 1995). Pendidikan formal ialah proses di mana masyarakat, melalui sekolah, universiti
dan lain-lain institusi pengajian menurunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkumpul
daripada satu generasi ke satu generasi. Sekolah merupakan salah satu institusi pengajian formal.
Subjek pendidikan jasmani di sekolah pula dirangkumkan ke dalam kurikulum persekolahan.
Pendidikan jasmani merupakan satu bentuk pendidikan formal (de Vries, 1995). Malah,
pendidikan jasmani dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan subjek lain. Subjek-
subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani
(afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal. Aspek-aspek yang
dinyatakan adalah amat penting kepada golongan berkeperluan khas kerana sebahagian pelajar
mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot dan deria yang tidak sempurna. Aktiviti
jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu
golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig,
1989). Masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan sahaja tetapi
pakar perubatan telah memperkenalkan program terapi fisio yang dapat mengurangkan masalah
yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan (Auxter, Pyfer dan Huettig,
1998). Oleh yang demikain pengajaran pendidikan jasmani suaian untuk pelajar khas yang
dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum bersepadu
yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.
Aktiviti jasmani suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada masakini. Malah,
jika dilihat daripada skop yang lebih luas, pendidikan jasmani suaian untuk golongan khas adalah
lebih kritikal daripada golongan normal.Di Malaysia tidak banyak tempat-tempat yang
disediakan sesuai untuk memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di
luar kawasan sekolah khas. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan khas pula
sukar mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti
pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan
kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang
kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999).
Banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas untuk melibatkan aktiviti pendidikan
jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan khas mengalami masalah fizikal
yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna. Contohnya terdapat
di kalangan pelajar yang mengalami otot-otot yang kurang sempurna tidak dapat melakukan
pergerakan seperti pelajar biasa. Begitu juga yang mengalami masalah deria tidak dapat bergerak
sebebas dan sepantas pelajar biasa. Ini akan mengakibatkan mereka merasa rendah diri dan
tersisih. Aktiviti pendidikan jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melatih dan
melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk
menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Selain daripada itu aktiviti pendidikan jasmani
suaian juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi
kepada golongan istimewa ini.
Masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani kepada
pelajar-pelajar khas yang disuarakan oleh guru-guru di sekolah percantuman dan sekolah khas
adalah seperti berikut:
i. kekurangan guru pendidikan jasmani yang berkelayakan
ii. jumlah pelajar yang terlalu ramai untuk pengajaran yang kondusif
iii. peralatan yang tidak sesuai bagi pelajar khas
iv. pelajar khas yang dipinggirkan oleh pelajar normal
v. cuaca yang panas dan tidak kondusif kepada pelajar khas
vi. masalah fizikal bagi pelajar-pelajar khas
vii. kurang upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas
viii. tingkah laku pelajar khas kerana terdapat mereka yang agresif
ix. masalah komunikasi antara guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal.
Faktor-faktor tersebut merupakan beberapa halangan yang menyebabkan kesukaran untuk
menjalankan aktiviti pendidikan jasmani atau walau pun guru-guru menyedari pentingnya
aktiviti ini kepada pelajar khas. Kadang-kadang aktiviti ini tidak dapat dijalankan langsung
kerana faktor-faktur keselamatan kawasan atau peralatan yang hendak digunakan tidak
bersesuaian dan boleh membahayakan pelajar sekiranya digunakan.
Pendidikan jasmani yang dilaksanakan secara tidak terancang dan sesuai untuk sesuatu kategori
keperluan khas tidak membawa sebarang kesan yang positif kepada perkembangan fizikal, emosi
dan mental. Kategori kesihatan yang paling utama untuk pelajar yang mempunyai kekurangan
upaya secara fizikal yang melibatkan aspek kesihatan ialah apabila kekurangan-kekurangan itu
sendiri boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan individu tadi secara timbal balik (Heller,
2000). Aktiviti fizikal terancang menjadi lebih penting kerana banyak kecacatan yang dialami
oleh pelajar khas seperti kekejangan otot menyebabkan mereka sukar untuk melakukan sesuatu
pergerakan dan menghadkan pergerakan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Otot-otot yang
kurang sempurna ini sepatutnya perlu dilatih dan dilazimkan ke tahap yang melebihi optimum
bagi membantu mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Aktiviti
pergerakan dalam pendidikan jasmani boleh membantu mengurangkan atau mengendurkan
ketengangan yang dialami. Selain itu aktiviti pendidikan jasmani juga perlu menyediakan situasi
ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini. Tanpa
aktiviti fizikal yang direka khas dan diubah suai juga adalah meyukarkan untuk golongan khas
ini berpeluang bermain dengan adil, bermain bersama rakan-rakan yang mempunyai kekurangan
yang sama, persekitaran kawasan yang sesuai dan selamat; dan peralatan yang khas yang
diperlukan untuk tujuan beriadah.
Guru yang mengajar pendidikan jasmani juga perlu mempunyai sikap penyabar dan positif
apabila berdepan dengan kanak-kanak khas ini. Tidak kurang penting juga, mereka perlu peka
mengenai perbezaan yang terdapat pada anak didik mereka. Contohnya guru yang mempunyai
pelajar spina bifida dalam kelasnya perlu membuat perubahan seperti merancang kelas supaya
pelajar ini berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal, mengubah suai persekitaran
untuk mengegalakkan mobiliti dan pergerakan dan mengelak pergerakan yang boleh
mendatangkan rasa kurang selesa dan kesakitan kepada pelajar tadi. Selain itu guru pendidikan
jasmani perlu mampu mengenalpasti dengan cepat tanda-tanda dan simptom seperti kulit yang
tercedera atau jangkitan urinari. Begitu juga, contohnya, kelas yang mempunyai pelajar sawan.
Guru perlu membuat perubahan supaya aktiviti itu tidak terlalu menekan jiwa pelajar. Sebagai
langkah berjaga-jaga, guru ini perlu mengingatkan pelajar untuk mengambil medikasi terlebih
dahulu dan dengan cepat mengenalpasti tanda-tanda dan simptom distres semasa aktiviti (Heller,
2000; Jansma & French 1994; Pangrazi & Darst, 1994).
Program aktiviti fizikal terancang untuk golongan khas tidak kurang penting seperti juga
golongan normal. Faedahnya tidak terhad kepada kesihatan fizikal, tetapi juga merangkumi
kesihatan psikologikal, termasuk pembentukan kognitif, sosial, afektif dan moral mereka yang
mengikuti program ini. Kesempatan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti memberi peluang
kepada pelajar khas untuk merasa seronok dan berguna. Sebagai tambahan, apabila seseorang
pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini akan meningkatkan konsep kendiri
(self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence)
(Hvozdovic, 2003). Keterangan-keterangan ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh
Jansma dan French (1994) yang merujuk pendidikan jasmani suaian sebagai “modifikasi aktiviti
fizikal tradisional bagi membolehkan individu kurang upaya berpeluang untuk mengambil
bahagian secara selamat, berjaya, dan mendapat kepuasan” (Jansma dan French, 1994).
Rujukan: http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/safaniUKM.pdf
Posted by freddy at 9:00 PM
Kesulitan Belajar
A. Pengertian
kesulitan belajar adalah suatu gangguan dalam satu atau lebih dari proses psikologi dasar
yang mencakup pemahaman dan pangunaan bahasa ujaran atau tulisan. gangguan tersebut
mungkin menampakkan diri dalam bentu kesulitan mendengarkan, berfikir, berbicara,
membaca, menulis, mengeja dan berhitung. batas tersebut mencakup kondisi-kondisi seperti
gangguan konseptual, luka pada otak, disleksia dan afasia perkembangan. batasan tersebut
tidak mencakup anak-anak yang memiliki problematika belajar yang penyebab utamnya
berasal dari adanya hambatan pengelihatan, pendengaran, atau motorik, hambatan karena
tunagrahita, karena gangguan emosinal, atau karena kemiskinan lingkungan, budaya atau
ekonomi.(The United State Office Of Educaion (USOE)).
sedangkan menurut the national joint commitee for learnin disabilities (NJCLD)
mengemukakan definisi sebagai berikut :
kesulitan belajar menunjukkan pada sekelaompok kesulitan yang dimanisfestasikan
dalambentuk kesulitan yang nyata dalam kemahiran dan penggunaan kemampuan
mendengarkan, bercakap-cakap, membaca, menulis, menalar, atau kemampuan dalam bidang
studi matematika. gangguan tersebut intrinsic dan diduga disebabkan oleh adanya disfungsi
sistem saraf pusat. meskipun suatu kesulitan belajar mugkin terjadi bersamaan dengan
adanya kondisi lain yang mengganggu (misalnya gangguan sensoris, tunagrahita, hambatan
social dan emosional) atau berbagai pengaruh lingkungan (misalnya perbedaan budaya,
pembelajaran yang tidak tepat, factor psikogenik), berbagai hambatan tersebut bukan
penyebab atau pengaruh langsung.
dan menurut the board of the association for children and adult whit learning disabilities
(ACALD) yaitu
kesulitan belajar khusus adalah suatu kondisi kronis yang diduga bersumber neurologis yang
secara selektif mengganggu perkembangan, integrsi, atau kemampuan verbal dan non-verbal.
kesulitan belajar khusus tampil sebagai suatu kondisi ketidak mampuan yang nyata pada
orang-orang yang memiliki intelengi rata-rata hingga superior, yang memiliki sistem sensoris
yang cukup . dan kesempatan untuk belajar yang cukup pula. berbagai kondisi tersebut
bervariasi dalam perwujudan dan derajatnya.
kondisi tersebut dapat berpengaruh terhadap harga diri, pendidikan, pekerjaan, sosialisasi,
atau aktivitas sehari-hari sepanjang kehidupan.
Salah satu kemampiuan dasar yang umumnya dipandang paling penting dalam kegiatan
belajar mengajar adalah kemampuan memusatkan perhatian atau yang sering disebut dengan
perhatian selektif. Perhatian selektif adalah kemampuan untuk memilih salah satu diantara
sejumlah rangsangan seperti rangsangan auditif, taktil, visual, kinestetik yang mengenai
setiap manusia.
Dalam istilah medis para dokter spesialis umumnya lebih menyukai untuk menggunakan
istilah disfungsi minimal otak (DMO) atau Minimal Brain Dysfunction (MBD). Sedangkan
asosiasi psikiater Amerika pada tahun 1980 menyarankanmenggunakan terminologi attention
deficit disorder (AAD) sebagai pengganti (MBD). Selanjutnya AAD dibagi menjadi dua
kelompok yaitu, dengan dan tanpa hiperaktivitas. Karakteristik diagnostik untuk anak yang
memiliki gangguan kekurangan perhatian dengan hiperaktivitas (attention deficit disorder
with hyperactivity) adalah :
1. kurang perhatian. Paling sedikit mencakup tiga karakteristik dari yang tersebut dibawah
ini :
sering gagal dalam menyelesaikan pekerjaan yang sudah dimulai
sering tampak tidak mendengarkan
mudah bingung, dan
kesulitan untuk memusatkan perhatian dalam pekerjaan sekolah atau tugas – tugas lain.
2. impulsif. Paling sedikit mencakup tiga karakteristik dari yang tersebut dibawah ini:
kesulitan untuk mengikuti suatu aktivitas permainanan
sering bertindak sebelum berfikir.
Mengubah-ubah aktivitas dari yang satu ke yang lain.
Kesulitan dalam mengorganisasikan pekerjaan.
Memerlukan banyak pengawasan.
Sering keluar kelas, dan
Sulit menunggu giliran dalam permainana atau dalam situasi belajar kelompok
3. hiperaktivitas. Paling sedikit mencakup dua karakteristik dari yang tersebut dibawah ini :
berlari-lari dan memanjat-manjat secara berlebihan.
Gelisa seecara berlebihan
Berjalan pada saat tidur.
4. sering mengembara tanpa tujuan.
5. Terjadi sebelum usia tujuh tahun.
6. Durasi dan lamanya paling sedikit enam bulan.
7. Bukan karena schizophrenia, gangguan afektif, atau retardasimental berat.
Gangguan kekurangan tanpa hiperaktivitas (attention deficit disorder without hyperactivity)
memiliki sifat yang sama dengan gangguan kekurangan perhatian dengan hiperaktivitas
kecuali tidak adanya hiperaktivitas; disamping itu sifat-sifat dan gangguan-gangguan tersebut
umumnya ringan.
B. Klasifikasi
Menurut Mulyono Abdurrahman, secara garis besar kesulitan belajar dapat diklasifikasikan
kedalam dua kelompok, yaitu:
kesulitan belajar yang berhubungan dengan perkembangan (developmental learning
disabilities). kesulitan belajar tipe ini mencakup gangguan motorik dan persepsi,
kesulitan belajar bahasa dan komunikasi, dan kesulitan belajar dalam penyesuaian
perilaku social.
kesulitan belajar akademik (academic learning disabilities). kesulitan tipe ini menunjuk
pada adanya kegagalan pencapaian pretasi akademik yang sesuai dengan kapasitas yang
diharapkan. kegagalan tersebut mencakup penguasaan keterampilan dalam membaca,
menulis, atau matematika.
C. Penyebab Kesulitan Belajar
Penyebab utama kesulitan belajar adalah factor internal, yaitu kemungkinan adanya disfungsi
neurologist; sedalangkan penyebab utama problem belajar adalah factor eksternal, yaitu
antara lain berupa strategi pembelajaran yang keliru, pengelolahan kegiatan belajar yang
tidak membangkitkan motivasi belajar anak, dan pembetrian ulangan penguatan
(reinforcement) yang tidak tepat.
berbagai penyebab yang menyebabkan disfungsi neurologist yang pada gilirannya dapat
menyebabkan kesulitan belajar antara lain:
1. factor genetic
2. luka pada otak karena trauma fisik atau karena kekurangan oksigen
3. biokimia yang hilang
4. biokimia yang dapat merusam otak
5. pencemaran lingkungan
6. gizi yang tidak memadai
7. pengaruh-pengaruh psikologis dan sosial yang merugikan perkembangan anak.
Senam Otak (Brain Gym)
A. Pengertian
Brain Gym adalah serangkaian latihan yang berbasis gerakan tubuh sederhana. Brain Gym
merupakan latihan yanterangkai dari gerakn tubuhyang dinamis yang memungkinkan di
dapatkan keseimbangan aktivitas kedua belahan otak secara bersamaan. metode yang
digunakan daam melakukan brain gym adalah Edu-K (Educational kinosiology) atau
pelatihan gerakan yakni melakukan gerakan yang bisa merangsang seluruh bagian otak untuk
bekerja.
menurut paul E. denisson, ahli senam otak dari lembaga educational kinesiology, amerika,
meski sederhana brain gym mampu meringankan kegiatan belajar dan melakukan pemusatan
terhadap ketegangan dan tuntutan hidup sehari-hari.
awalnya senam otak dimanfaatkan untuk anak yang mengalami gangguan hieraktif,
kerusakan otak, sulit berkonsentarasi dan depresi. namun dalam perkembangannya, setiap
orang bisa memenfaatkannya untuk beragam kegunaan.
B. Mekanisme Kerja Brain Gym
paul dan gail E. dennison, membagi otak ke dalam tiga fungsi yakni, dimensi lateralis (otak
kiri-kanan), dimensi pemfokusan (otak depan-belakang), dimensi pemusatan (otak atas-
bawah). masing-masing dimensi memiliki tugas tertentu, sehingga gerakan senam yang harus
dilakukan dapat bervariasi, diantaranya :
1. dimensi lateralis
otak terdiri atas dua bagian, kiri dan kanan dimana masing-masing belahan orak
mempunyai tugas tertentu. bila kerja sama antara otak kiri dan otak kanan kurang baik,
siswa sulit membedakan antara kiri dan kanan, gerakan kaku, tulisan tangannya jelek
atau cenderung terbalik, sulit membaca, menulis, mengikuti sesuatu dengan mata, sulit
menggerakkan mata tanpa mngikutinya dengan kepala, tangan miring kedalam ketika
menulis, cenderung melihat kebawah sambil berpikir, keliru dengan huruf (seperti d
dan b; p dan q), serta menyebut kata sambl menulis. beberapa gerakan untuk dimensi
ini adala 8 tidur, gajah dan sebagainya.
2. dimensi pemfokusan
Pemfokusan adalah kemampuan untuk menyeberang "giris tengah keterlibatan" yang
memisahkan otak bagian belakang dan depan. Informasi diterima oleh otak bagian
betakang (batang otak atau brainstem) yang merekam, semua pengalaman, lalu
informasi diproses dan diteruskan ke otak bagian depan untuk diekspresikan sesuai
tuntutan dan keinginannya.
Bila siswa takut, gugup atau mengalami stres saat belajar, secara refleks energi ditarik
ke otak bagian belakung, sehingga otak bagian depan mengalami kekurangan energi.
Akibatnya, jawaban yang tadinya sudah siap, tiba-tiba "terlupa" atau tidak mampu
dijawab dengan sempurna. Refleks alamiah ini muncul, bila anak merasa dirinya dalam
keadaan bahaya atau terancam hidupnya. Tidak ada waktu untuk berpikir, namun ia
harus segera "berjuang utau melarikan diri". Karena itu, tubuh akan segera
menenangkan otot-otot dan memperpendek tendon atau urat-urat di tubuh bagian
belakang dari kepala sampai ke kaki. Hal ini akan berpengaruh pada sikap tubuh dan
mengacaukan keseimbangan di dalam telingah dan orientasi gerak.
Bila tubuh telah terbiasa dengan refleks pelindung tendon tersebut, make sulit untuk
menghilangkannya. Gerakan meregangkan otot, telah terbukti efektif dalam
mengendorkan urat dan otot, sehingga energi dapat mengalir sampai di otak bagian
depan yang menunjang kemampuan memahami, mengontrol gerakan dan tingkah laku
yang logis, untuk melibatkan diri di dalm kegiatan sosial.
Ciri khas jika otak bagian depan dan belakang kurang bekerja sama adalah otot tengkuk
dan bahu tegang, kurang bersemangat untuk belajar, serta reaksi pelan. Lalu, hambatan
otak bagian belakang; menjadikan siswa terlalu aktif, konsentrosi dan analitis siswa
dalam rentang yang terlalu pendek, terlalu terinci, kurang fleksibel, kadang-kadang
agresif, dan kurang rileks atau istirahat untuk memikirkan sesuatu lebih lugas.
Hambatan otak bagian depan, juga menjadikan anak paisif, suka melamun, bila stres
bingung, hipoaktif (kurang aktif), serta kemampuan untuk memperhatikan kurang, tapi
perasaan dan suasano hati terekam dengan jelas. Contoh gerakan untuk dimensi ini,
adalah Burung Hantu.
3. dimensi pemusatan
Pemusatan adalah kemampuan uniuk menyeberang garis pemisah antara tubuh bagian
bawah dan atas, sesuai dengan fungsi otak bagian bawah dan atas, yaitu sistem limbik.
Apa yang dipelojari harus dapat dihubungkon dengar perasaan dan rnemberi arti. Bila
kerja sama antar otak besar (cerebral corteks) dan sistem limbik terganggu, anak sulit
merasakan emosi atau mengekspresikannya, cenderung bertingkah laku "berjuang atau
melarikan diri", serta dapat mengalami ketakutan yang berlebihan. Dalam keadaan
stres, tegangan listrik berkurang di otak besar, sehingga fungsinya pun terganggu.
Tubuh manusia adalah sistem listrik yang sangat kompleks. Semua kesan dan masukan
melalui mata, telinga dan gerakan diubah ke dalam sinyal listrik dan diteruskan melalui
serabut saraf ke otak. Sebaliknya, otak mengirim sinyal listrik lainnya, untuk
memerintah cara bereaksi pada sistem penglihatan, pendengaran dan otot-otot. Dengan
gerakan, untuk meningkatkan energi dan minum air, banyak energi elektromagnetis
menjadi lancar, sehingga komunikasi antara otak dan badan terjamin.
Ciri khas, jika otak bagian atas dan bawah kurang bekerja sama adalah bila bagian atas
terhambat. Misalnya saja, anak bicara dan bertindak pelan, kurang fleksibel, sulit
melompat, kurang berkonsentrasi, kurang terorganisasi penakut, kurang percaya diri,
ragu-ragu,sulit dalam berhubungansosial dan disekolah. Bila bagian bawah yang
terhambat menyebabkcn cepat hilang keseimbangan, mengabaikan perasaan atau
menilainya negatif, bicara dan bertindak tetialu cepat, serta ingin mendiskusikan segala
hal. Contoh gerakan untuk dimensi ini, adalah Tombol Bumi, Tombol Keseimbangan,
Tombol Angkasa, Pasang Telinga, Titik Positif, dan lain-lain.
C. Beberapa Gerakan Brain Gym :
Sakelar Otak (jaringan lunak dibawah tulang selangka dikiri dak dikanan tulang dada)
dipijat selama 20-30 detik dengan satu tangan, sementara tangan yang lainnnya
memegang atau memija sebelah kanan dan kiri pusar. mengoptimalkan pengirimana
pesan dari otak kiri dan otak kanan atau sebaliknya, meningkatkan penerimaan oksigen
dan menstimulasi aliran darah agar lebih lancar mengalir keotak.
Gerakan Silang, gerakan ini mengaktifkan hubungan dua sisi otak dan merupakan
gerakan pemanasan untuk semua keterampilan yang memerlukan penyebrangan garis
tengah bagian lateral tubuh. mengaktifkan gerakan mata ari kiri ke kanan, meningkatkan
harmonisasi pengelihatan (binokular). gerakan ini bertujuan untuk mengoptimalkan
pekerjaan menulis, mendengar, membaca da memahami, meningkatkan stamina,
memperbaiki pernafasan, pendengaran dan pengelihata.
Tombol Bumi, ujung salah satu tangan menyentuh bagian bawah bibir sedangkan
dipinggir atas tulang kemaluan ( 15 cm di bawah pusar). disentuh selama 30 detik/ 4-6
kali tarikan nafas penuh. gerakan ini bertujuan untuk eningkatkan koordinasi dan
konsentrasi (melihat secara vertikal dan horisontal sekaligus tanpa keliru seperti saat
membaca kolom dalam tabel) guna mengurangio kelelahan mental (stres),
mengoptimalkan jenis pekerjaan seperti organisasi, perancangan seni dan pembukuan.
Tombol Imbang, gerakan ini mengembalikan tiga dimensi keseimbangan tubuh (kiri-
kanan, atas-bawah, depan-belakang). tekan tombol imbang 4-5 cm kekiri dan kekanan
dari garis tengan atau lekukan di batas rambut antara tengkorak dan tengkuk di atas
tulang belakang sementara tangan satunya menyentuh pusar selama 30 detik. gerakan ini
berguna untuk meningkatkan konsentrasi, pengambilan keputusan, pemikiran asosiatif,
kepekaan indrawi, untuk keseimbangan menjernikan pikiran dan menjaga agar badan
tetap rileks. dan juga bermanfaat untuk mengerti konsep yang tersirat (saat menbaca) ,
mengkritisi, mengurangi mabuk perjalanan dan tekanan ditelinga karena perubahan
ketinggian , mengoptimalkan pekerjaan menulis
Kait Relaks, tupangkan kaki kiri di atas kaki kanan dan telinga kiri di atas tangan kanan
dengan posisi jempol kebawah. jemari kedua tangan saling menggenggam, kemudian
tarik tangan kearah pusar dan terus ke depan dada. pejamkan mata dan saat menarik
nafas, lidah ditempelkan kelangit-langit mulut dan lepaskan saat menghembuskan nafas.
berikutnya buka silangan kaki dan ujung ujung jari tangan saling bersentuhan secara
halus di dada atau di pangkuan sambil mengambil nafas dalam satu menit lagi. gerakan
ini berguna untuk meningkatkan organisasi motorik halus dan pemikiran logis dan
pemusatan emosional. dan juga berguna untuk meningkatkan pendengar aktif, berbicara
lugas, menghadai tes dan bekerja dengan papan ketik, pengendalian diri dan
keseimbangan.
Mengatasi Kesulitan Belajar Malalui Brain Gym
Dilihat dari penyebab terjadinya kesulitan belajar yang didominasi aoelh faktor internal yaitu
kemungkinan adanya disfungsi neurologis, amaka ayang harus diperhatikan adalah bagaimana
mengembalikan atau menormalisasikan fungsi-fungsi neurologis kembali seperti semula. Salah
satu cara untuk menormalisasikan kembali fungsio tersebut adalah dengan senam otak atau Brain
Gym.
Beberapa daerah pada otak yang mengalami disfungsi neurologis pada daerah sulkus sentralis,
sulkus lateris serta fisural longitudinal.
Sulkus sentralis atau fisura rolandi memisahkan lobus frontalis dari lobus parientalis. Disfungsi
pada bagian ini akan menyebabkan sulit membedakan antara kiri dan kanan, gerakan kaku,
tulisan tangannya jelek atau cenderung terbalik, sulit membaca, menulis, mengikuti sesuatu
dengan mata, sulit menggerakkan mata tanpa mngikutinya dengan kepala, tangan miring
kedalam ketika menulis, cenderung melihat kebawah sambil berpikir. Gerakan sennam otak yang
cocok untuk gangguan ini adalah gerakan burubng hantu.
Sulkus lateralis atau fisura silvius memisahkan lobus temporalis dari lobus frontalis (pada
sebelah anterior) dan dari lobus parientalis pada sebelah posterior. Disfungsi pada bagian ini
akan menyebabkan siswa terlalu aktif, konsentrosi dan analitis siswa dalam rentang yang terlalu
pendek, terlalu terinci, kurang fleksibel, kadang-kadang agresif, dan kurang rileks atau istirahat
untuk memikirkan sesuatu lebih lugas. Gerakan senam yang cocok untuk gangguan ini adalah 8
tidur, gajah, dan sebagainya.
Fisura longiotudinalis adalah celah dalam pada bidang medial yang membagi cerebrum manjadi
hemifer kanan dan kiri. . Disfungsi pada bagian ini akan menyebabkan anak bicara dan bertindak
pelan, kurang fleksibel, sulit melompat, kurang berkonsentrasi, kurang terorganisasi penakut,
kurang percaya diri, ragu-ragu,sulit dalam berhubungansosial dan disekolah. Bila bagian bawah
yang terhambat menyebabkcn cepat hilang keseimbangan, mengabaikan perasaan atau
menilainya negatif, bicara dan bertindak tetialu cepat, serta ingin mendiskusikan segala hal.
Gerakan senam yang cocok untuk gangguian ini adalah burung hantu.
Namun ada beberapa hal ayang perlyu diperhatikan ketika menghadapi kasus kesulitan belajar.
Kita tidak hanya berpaku pada aspek fisiknya saja tapi juga melihat aspek yang lain seperti
aaspek psikis, sosio dan budaya, serta spiritual dan perilaku kebuiasaannya agar kita tidak salah
dalam penanganannya.
Diposkan oleh psycobeet_88 di Minggu, Januari 06, 2008
Label: BRAIN GYM
top related