senarai penanda wacana dan kata
Post on 25-Jul-2015
239 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Senarai Penanda Wacana dan Kata/Frasa Permulaan Ayat
A
• Ada masanya
• Akan tetapi
• Andai kata
• Akibatnya
• Anggapan bahawa
• Alangkah baiknya
• Akhirnya
B
• Baru-baru ini
• Boleh dikatakan bahawa
• Bukan itu sahaja
• Biarpun begitu
• Berdasarkan
• Barangkali
• Berbanding dengan
C•
• Cara terbaik
• Cadangan ini
• Contohnya
D
• Ditinjau dari sudut ini
• Dewasa ini
• Demikianlah
• Dalam pada itu
• Di samping itu
E
• Ekoran daripada
F
• Faktor utama
• Fenomena ini
G
• Gejala ini
H
• Hal ini
• Hasilnya
• Harus diingati bahawa
• Hakikat ini
• Hampir kesemua
• Hanya
I
• Itulah sebabnya
• Itulah yang menyebabkan
• Implikasinya
J
• Justeru
• Jadi
• Janganlah kita
• Jelaslah bahawa
• Jikalau
K
• Kebanyakan
• Kesannya
• Keadaan ini
• Kesudahannya
• Kemungkinan besar
• Ketika
• Kita harus
• Kita tidak seharusnya
• Kita perlu sedar bahawa
• Kini
• Kalau
• Kesimpulannya
L
• Langkah utama
• Lagipun
• Lebih-lebih lagi
• Lazimnya
• Lantaran itu
• Lama-kelamaan
M
• Malang sekali
• Meskipun
• Menurut
• Memandangkan
• Misalnya
• Melalui
• Maka
• Memang
• Masalahnya kini ialah
• Menyedari hakikat ini
• Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa
• Matlamat utama
N
• Namun begitu
• Nyata sekali
• Nampaknya
O
• Oleh itu
• Oleh yang demikian
P
• Perkara ini menyebabkan
• Perkara ini disebabkan
• Perkara ini tidak harus dibiarkan
• Perkara ini amat membimbangkan
• Pada masa yang sama
• Pada pendapat saya
• Padahal
• Pendek kata
• Punca utama
• Perlu ditegaskan bahawa
• Persoalannya kini ialah
S
• Sebenarnya
• Selain itu
• Sekiranya
• Selepas itu
• Sungguhpun begitu
• Seandainya
• Sementara itu
• Salah satu
• Seterusnya
• Sehubungan dengan itu
• Sayang sekali
• Sebahagian besar
• Sememangnya
• Sewajarnya
• Sesungguhnya
• Selaras dengan itu
Sekurang-kurangnya
• Sesetengah pihak
• Sekadar contoh
• Segala
• Sehingga ke hari ini
• Sejajar dengan itu
T
• Tambahan pula
• Tanpa disedari
• Terdapat juga
• Terlebih dahulu
• Tujuan utama
• Tidak dapat dinafikan bahawa
• Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa
• Tindakan utama
U
• Usaha ini
W
• Walaupun begitu
• Walau bagaimanapun
• Walau apa sekalipun
• Walhal
-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang-mendukung kebenaran yang kita sepakati-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni-mengambil langkah sederap-menghirup udara hasil kemerdekaan-mengikut acuan sendiri-mengundang kontroversi-menjadi cerucuk utama pembangunan-menjulang negara ke puncak jagat-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi-menyambut gamitan menara impian-menyebabkan imej negara tercalar-menyediakan kursus dan latihan yang relevan-menyembunyikan masalah utama masyarakat-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi-muafakat merupakan inti kepada perpaduan-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat-nilai keinsanan yang syumul-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan-pelbagai cabaran yang bakal menghambat-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat-pembentukan masyarakat sakinah-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini-perlu dibaja kembali-perubahan yang diharap masih belum menjelma-petanda kehancuran generasi-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu-manifestasi kesanggupan bangsa-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi-masalah sosial dan susila yang meruncing-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan-melangkah dengan seribu kekuatan-melontarkan soalan yang cukup penting-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah-membetulkan ketidaktepatan fakta-membimbing mereka memenuhi impian-membina impian masa depan yang lebih gemilang-membongkar kepincangan-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka-mempengaruhi minda generasi muda-mempertahankan perasaan saling bersefahaman-mempertingkat dan memperteguh kefahaman-mempraktikkan elemen tolak ansur-memudaratkan kesejahteraan rakyat-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak-menampilkan wajah baru yang disulami tekad-menangkis tuduhan yang tidak berasas-mencapai tahap yang mencemaskan-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya-mendapat perhatian dan liputan media massa-mendepani masa depan yang tidak menentu
PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN
· Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …
PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN
· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas
PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN
· Bagi sesetengah orang …
· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan
· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini
· Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa
· Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
· Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih
· Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah
PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK
· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………
PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH
· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat
· Biar kita ambil contoh
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN
· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil
secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.
Bahagian 2
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,
ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,
iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala
iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti
v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,
vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar
viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,
x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......
koleksi frasa menarikPembentukan ayat Tanya:
persoalan ini perlu direnungkan dengan sikap berlapang dada dan
berpandangan jauh
pernahkah terlintas dalam gawang minda para........
sejauh manakah jalan penyelesaian yang dilaksanakan selama ini memberi
impak yang positif?
Tema perpaduan :
Setiap kaum menjunjung tinggi nilai perpaduan
Sikap bekerjasama dan bertolenrasi adalah ‘senjata’ utama yang
menampilkan Malaysia sebagai juara perpaduan
Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
Rakyat akur dengan nasihat peribahasa yang berbunyi kalah menjadi
abu,menang menjadi arang
Pepatah ada menyatakan ‘hidup bersama yang menjadi tradisi seikat bak
sirih, serumpun bak serai, dijadikan pegangan untuk kita terus kekal
menjadi juara perpaduan
konflik perkauman yang tercetus hanya membawa kehancuranyang total
Umpama telur sesangkar, pecah satu pecah semua ,tamsilan yang memberi
gambaran betapa pentingnya perpaduan masyarakat
terurainya ikatan perpaduan kaum telah menjerumuskan negara kita
sukan dilihat mampu memecahkan tembok perbezaan kaum
Tema kemajuan negara
cemerlang prestasi ekonominya dalam kalangan negara Dunia Ketiga
Pertumbuhan mapan ekonomi negara
Prestasi ekonomi yang mapan
Gahnya Malaysia di persada global
menjadikan Malaysia lebih tersohor
Malaysia mempunyai kewibawaan yang tinggi di mata dunia bak kata
peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
Putrajaya dan Cyberjaya merupakan lambang inspirasi pintar anak Malaysia
Hasil usaha gigih- menatijahkan kejayaan yang gilang-gemilang kepada
negara sehingga mendapat pengiktirafan dunia
Kemajuan yang dinikmati telah mengubah landskap wajah Malaysia
menterjemahkan matlamat menjadi sebuah negara maju
wawasan globalisasi tajaan Barat banyak menyimpan agenda untuk
melemahkan kebangkitan negara
mendepani abad milenium
tema : peranan kerajaan
citra budaya dan jati diri bangsa
tindakan secara kolaboratif
Tema : masyarakat
memperkasakan pemikiran rakyat berminda kelas pertama menjadi tuntutan utama
menuntut anjakan paradigma masyarakat seantero negara
Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
Apabila rosak budi pekerti rakyat, maka binasalah seluruh negara
rakyat yang memiliki minda kelas pertama adalah teras ketiga dalam kerangka lima
teras utama RMK-9
menjana pemikiran rakyat agar berpandangan jauh dan lebih positif
rakyat perlu memiliki nilai integriti yang bebas daripada segala tingkah laku negatif.
Kualiti minda rakyat perlu diubah daripada terus dibelenggu oleh pemikiran
jumud bak katak di bawah tempurung kepada minda yang merdeka dan
bermaruah.
Pemikiran rakyat hendaklah dibangunkan di atas landasan yang betul
revolusi pemikiran yang lebih agresif dan proaktif
umpama sepuluh jong masuk pelabuhan,anjing bercawat ekor jua-tidak mahu
berubah walaupun banyak melihat perubahan
masyarakat madani
bangsa yang maju dan kompetitif
Tema : semangat kejiranan
Jiran sepakat membawa berkat, ungkapan yang cukup signifikan untuk
Kita tidak boleh menjadi seperti kera sumbang, hidup umpama enau dalam belukar
yang melepaskan pucuk masing-masing dengan menyombongkan diri bak merak
kayangan
Kikis sikap prejudis
Membentuk bangsa yang berbudaya dan bertamadun
Berpaksikan acuan budaya sendiri/ berpaksikan nilai budaya
Bagi memperteguh tali-temali sosial
Budaya sekular semakin menguasai kehidupan masyarakat
Di bawah satu bumbung muafakat
Tema : generasi muda
Pembangunan modal insan yang berpaksikan anutan nilai dan peribadi luhur turut
menjadi saudara kembar kepada kemajuan sains dan teknologi
Terjebak dalam kancah krisis peradaban dan nilai moral
Generasi penggerak wawasan yang berkaliber, berwibawa dan berintelek
Darah baru setampuk pinang, remaja melakukan pelbagai onar
Akibat limpahan kemewahan, remaja semakin ghaflah akan tanggungjawab yang
digalas
Berkiblatkan budaya asing
Budaya hedonisme semakin subur bersarang di jiwa dan minda
Berpotensi untuk menggegarkan
Bertahan mendepani gelombang cabaran hidup
Bijak menyerap tekanan
Cabaran globalisasi yang kian menghimpit memberi impak terhadap kualiti insan
Dalam meniti perjalanan hidup
Dalam pancaroba dunia
Tema: kekeluargaan
mewarnakan jiwa anak-anak
menjadi uswah terbaik
tingkah laku negatif pasti diciplak habis-habisan oleh anak-anak. Sikap ini samalah
seperti kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan ke manakah
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Didedahkan dengan realiti kehidupan
Umpama rebung tidak jauh dari rumpun (perangai anak tidak jauh berbeza daripada
perangai ibu bapa
Hadis ; anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknnya sama
ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi
Bertunjangkan kekuatan intelektual
Dipacu oleh tenaga muda
Dipasakkan dalam jiwa
Media massa
akhbar arus perdana
mendominasi minda generasi muda
Pepatah Arab yang berbunyi mata pena lebih tajam daripada mata pedang
Pendedahan media sahaja dapat menghangatkan senario ini
Berupaya menjadi wadah yang efektif
Bijak menterjemahkan kehendak dan agenda kerajaan
Media massa yang berpengaruh seyogia menjadi pasak dan watak utama dalam
menyebarkan maklumat
Kempen :
Meniup / membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat
Aktiviti kempen secara agresif wajar dilaksanakan
Ketidaksampaian mesej kempen disebabkan pelaksanaannya yang hanya dijalankan
secara suam-suam kuku
Dilaksanakan secara berkesan dan efisien
Instrumen yang paling efektif
Semangat Patriotisme
Misi menyuburkan semangat patriotisme—bukan perkara enteng
Kegagalan misi---memberi kesan terhadap pembinaan jati diri bangsa
dan kelangsungan hidup negara
Menjiwai patriotisme yang kental
Tema sekolah
Guru selaku arkitek pembangunan insan
menjana pembangunan insan yang seimbang dan harmoni
menyemarakkan nilai-nilai murni
sekolah –wadah penting untuk penyaluran ilmu
pendekatan konvensional
sekolah medan interaksi sosial
golongan pendidik yang berketerampilan
pendidik perlu memahami aspirasi negara
menghayati Falsafah Pendidikan Negara
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Hubungan ibu bapa, anak dan pihak sekolah sepatutnya bagaikan ikan dengan air
Menggalas tanggungjawab mengisi kekosongan minda dengan pengetahuan dan
maklumat
Tema : Alam sekitar
Menjadi isu dominan yang menghiasi dada-dada akhbar
jika manusia semakin tandus dengan nilai akal budi, maka alamnya semakin gawat
dengan persekitaran yang tidak sihat
masyarakat Jepun percaya pada semangat alam sekitar. Jika alam sekitarnya segar
dan sihat maka penghuninya juga demikian
alam sekitar adalah gambaran wajah / imej kita
Tema Kesihatan :
pepatah Arab ada menyatakan otak yang cerdas terletak pada tubuh badan yang
sihat
tamadun klasik seperti di Rom dan di Athens telah memberikan keutamaan dalam
aktiviti riadah apabila sukan Olimpik bermula di situ.
Kelesuan,keletihan dan kemurungan berpunca daripada sistem fisiologi yang tidak
sempurna
Menyerang sistem imunisasi badan
Tema usaha.langkah
Umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan-Terus berusaha
Umpama patah tongkat berjeremang ,hulubalang habis bersiak– meneruskan usaha
sampai berjaya
Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Jika sayang hendak basahkan pendayung,perahu hanyut
Jangan lakukan kerja sekerat jalan
Sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan pihak lain
Jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan
Usah biarkan masalah ....terus membebani .................
Usaha secara kolaboratif
Menuntut sinergi pelbagai pihak
Janganlah usaha ---umpama mencurahkan garam ke laut
Mencari resepi terbaik
Teknologi Maklumat:
Internet, teknologi komunikasi yang berada di lingkaran mayapada menghampirkan
manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempada
Bagai galah di tengah arus –peribahasa yang dapat digambarkan mengenai sikap
remaja serta masyarakat yang serakahmenyalahgunakan teknologi
Revolusi teknologi maklumat mutakhir ini memberikan dampak malang kepada
masyarakat
Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi
maklumat dan kmunikasi
Internet dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia
Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia
top related