seni pribumi
Post on 02-Dec-2015
159 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ARTIFAK SEJARAH & HASIL SENI PERIBUMI
(KEPERCAYAAN ANIMISME & DINAMISNE)
DISEDIAKAN OLEH:
SITI SURAYA BINTI ISMAIL
NUR ZAWANI BT RASHID
PISMP PSV/PJ/BM SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2011
ISL 3
• artifak adalah "sesuatu yang dibuat atau diberi bentuk oleh
manusia, seperti alat atau kerja seni,”
•Dalam keadaan tidak ada rekod bertulis maka data artifak sangat
penting dapat membantu menentukan usia sesebuah
masyarakat dan seterusnya membantu menjelaskan sejarah awal
Malaysia. Walaupun kebanyakan artifak yang ada adalah daripada
batu dan gangsa tetapi ia tidak bermaksud bahan buatan daripada
material yang lain tidak wujud. Misalnya daripada buluh, kayu dan
rotan. Disebabkan cuaca di Malaysia yang beriklim panas dan
lembap sepanjang tahun, semua bahan organik ini tidak dapat
dikesan disebabkan telah mereput.
ARTIFAK
Di Semenanjung Malaysia jumpaan artifak menunjukkan bahawa
manusia telah menduduki seawal 74,000 tahun yang lalu melalui
jumpaan di Gua Gunung Runtuh, Perak. Manakala jumpaan di Gua
Niah pula membuktikan manusia telah menduduki kepulauan Borneo
seawal-awal 40,000 tahun yang lalu.
Justeru, bermula daripada utara Semenanjung Tanah Melayu hingga
ke Sabah dan Sarawak telah ada bukti-bukti yang menunjukkan
aktiviti manusia zaman lampau. Mereka tinggal di gua-gua dan
memperoleh makanan melalui aktiviti berburu.
Mereka memasak makanan di dalam gua dan kadang-kadang
mengkebumikan mayat di tempat yang sama. Pada zaman neolitik
antara artifak yang dijumpai ialah alat pemotong makanan, pemukul
batu, cincin atau gelang, mangkuk, pot dan kapak.
Sejarah Malaysia bermula seawal-awal pada zaman penglasieran
yang kedua apabila terdapat jumpaan wujudnya bukti artifak di Kota
Tampan, Perak.
Artifak yang dikesan merupakan tinggalan-tinggalan berupa alat-alat
yang menunjukkan mereka bergantung hidup kepada hasil pemburuan
dan mengamalkan budaya berpindah randah dan tinggal di gua-gua.
Kesan tinggalan di gua-gua, bukit dan lembah sungai yang
menunjukkan ia adalah budaya zaman paleolitik.
Artifak yang dijumpai di sini meliputi alat-alat pemotong yang
digunakan dalam kehidupan harian manusia purba yang dianggarkan
sejak zaman manusia homosapien lagi. Jumpaan lain misalnya alat
pengetuk batu (Nut Craker) yang digunakan memotong makanan.
Artifak zaman mesolitik turut dijumpai misalnya batu yang pipih dan
simetri pada kedua-dua sisinya untuk kegunaan harian. Batu kelikir ini
dipercayai untuk kegunaan harian misalnya memotong makanan oleh
manusia zaman awal.
•Setiap benda baik hidup maupun mati mempunyai roh atau jiwa. Rohitu mempunyai kekuatan gaib yang disebut mana. Roh atau jiwa itu padamanusia disebut nyawa. •Nyawa itu dapat berpindah-pindah dan mempunyaikekuatan gaib. Oleh kerana itu, nyawa dapat hidup di luar badan manusia.•Nyawa dapat meninggalkan badan manusia pada waktu tidur dan dapatberjalan kemana-mana (itulah merupakan mimpi). Akan tetapi apabilamanusia itu mati, maka roh tersebut meninggalkan badan untuk selama-lamanya.•Roh yang meninggalkan badan manusia untuk selama-lamanya itudisebut arwah. Menurut kepercayaan, arwah tersebut hidup terus di negeriarwah serupa dengan hidup manusia. Mereka dianggap pula dapat berdiam di dalam kubur, sehingga mereka ditakuti. Bagi arwah orang-orang terkemuka seperti kepala suku, kyai, pendeta, dukun, dan sebagainya itu dianggap suci dan dihormati. Dengan demikian timbullah kepercayaan yang memuja arwah dari nenek moyang yang disebut Animisme.
ANIMISME
•Kerana arwah itu tinggal di dunia arwah (kayangan) yang letaknya diatas gunung, maka tempat pemujaan arwah pada zaman Megalitikum, juga dibangun di atas gunung/bukit. •Demikian pula pada zaman pengaruh Hindu/Buddha, candi sebagai tempat pemujaan arwah nenek moyang atau dewa dibangun diatas gunung/bukit. Sebab menurut kepercayaan Hindu bahwa tempat yang tinggi adalah tempat bersemayamnya para dewa, sehingga gambaran gunung di Indonesia (Jawa khususnya) merupakan gambaran gunung Mahameru di India. •Pengaruh ini masih berlanjut juga pada masa kerajaan Islam, di mana para raja jika meninggal di makamkan di tempat-tempat yang tinggi, seperti raja-raja Yogyakarta di Imogiri dan raja-raja Surakarta di Mengadek. •Hubungannya dengan arwah tersebut tidak diputuskan dan dipelihara sebaik-baiknya dengan mengadakan upacara-upacara selamatan tertentu. Agar hubungannya dengan arwah nenek moyang terpelihara dengan baik, maka dibuatlah patung-patung nenek moyang untuk pemujaan.
•Istilah dinamisme berasal dari kata dinamo artinya kekuatan. Dinamisme adalah paham/kepercayaan bahwa pada benda-benda tertentu baik benda hidup atau mati bahkan juga benda-benda ciptaan (seperti tombak dan keris) mempunyai kekuatan gaib dan dianggap bersifat suci.
•Benda suci itu mempunyai sifat yang luar biasa (karena kebaikan atau keburukannya) sehingga dapat memancarkan pengaruh baik atau buruk kepada manusia dan dunia sekitarnya.
•Dengan demikian, di dalam masyarakat terdapat orang, binatang, tumbuh-tumbuhan, benda-benda, dan sebagainya yang dianggap mempunyai pengaruh baik dan buruk dan ada pula yang tidak.
• Benda-benda yang berisi mana disebut fetisyen yang bererti benda sihir. Benda-benda yang dinggap suci ini, misalnya pusaka, lambang kerajaan, tombak, keris, gamelan, dan sebagainya akan membawa pengaruh baik bagi masyarakat; misalnya suburnya tanah, hilangnya wabak penyakit, menolak malapetaka, dan sebagainya.
DINAMISME
Pengenalan Jah Hut
• Jah Hut ialah satu suku kaum orang asli yang tinggal di Pahang, Malaysia.
• Pada tahun 2000, jumlah penduduk Jah Hut ialah 2,442 dan pada tahun 2005, anggarannya ialah lebih kurang 4,000 orang yang tinggal di 11 buah kampung yang terletak di sepanjang tebing barat Sungai Pahang dari Jerantut di utara ke Temerloh di selatan.
• Antara kampung-kampung ini termasuk Kg.Pos Penderas dan Kampung Keboi di dalam hutan tropika yang terletak di daerah Jerantut, Pahang.
• Kampung Seboi merupakan salah satu kampung yang terkecil antara penempatan-penempatan orang Jah Hut dengan hanya kira-kira 100 orang.
• Orang Jah Hut tinggal di rumah gaya Melayu yang dibina di atas kaki bajang.
BAHASA JAH HUT
• Bahasa yang ditutur oleh orang Jah Hut dikenali sebagai “bahasa Jah-hut" dan merupakan sebahagian bahasa Mon-Khmer yang pula merupakan satu cabang keluarga bahasa .
• Dalam bahasa Jah Hut, 'Jah' bermaksud 'orang' dan 'Hut' bermaksud 'bukan' atau 'tidak'; bagaimanapun, penterjemahan harfiah ini tidak dapat menerangkan kata majmuknya disebabkan 'bukan orang' ini memang bukan erti yang dimaksudkan.
• Bahasa Jah Hut telahpun menyerap banyak perkataan bahasa Melayu dalam perbendaharaan katanya . Loghat-loghatnya termasuk Kerdau, Krau, Ketiar Krau (Terengganu), Kuala Tembeling, , Ulu Ceres (Cheres), dll.
KEPERCAYAAN
• Raja
• Panglima
• Batin
• Pawang
• Menteri
• Poyang(pengamal perubatan)
• 7 semangat roh dalam diri.
• 1) Semangat orang
• 2) Semangat angin
• 3) Semangat Hantu
• 4) Semangat rusa
• 5) Semangat Khinzir
• 6) Semangat lalat
• 7) Semangat Hiblis
KEGIATAN EKONOMI • Kegiatan-kegiatan pertanian
utama orang Jah Hut ialah penorehan getah, penanaman padi, dan penternakan ayam.
• Kegiatan pengukiran kayu juga diamalkan dan bukan sahaja merupakan satu sumber pendapatan untuk orang Jah Hut, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka.
• Walaupun orang Jah Hut tinggal di dalam hutan, mereka tidak terpencil secara langsung dan telah berdagang dengan orang-orang berhampiran sejak beberapa ratus tahun.
SENI PENGUKIRAN KAYU JAH-HUT
• Suku kaum ini memang terkenal dengan ukiran-ukiran kayu(arca).
• Setiap ukiran mempunyai pelbagai tujuan dan maksud dari segi kepercayaan,mistik,keagamaan,lagenda,serta menggambarkan kehidupan mereka.
• Kebiasaannya ukiran kayu berbentuk patung figura haiwan dan manusia serta alam ghaib seperti hantu.
• Ukiran(arca) akan dinamakan dengan karektor masing-masing kebanyakkannya hantu.
• Kesemua ukiran hanya menggunakan alatan tangan sahaja.
SENARAI NAMA TOKOH PENGUKIR KAYUSUKU KAUM JAH-HUT
1. Along b Hitam
2. Ayau b Bandak
3. Batin Hitam b Wahi
4. Bujai b Ali
5. Jatim b Bani
6. Kassim b Wahi
7. Menteri Bani b Wahi
8. Puteh b Debos
9. Salleh b Kahang
10. Gaga b Pandak
JENIS-JENIS KAYU YANG DIGUNAKAN
1. Merbau2. Cengal3. Tembusu hutan4. Sena 5. Merpati6. Kemuning7. Rhu bukit8. Raja kayu9. Arang10.Rengas
Seni tenunan pua kumbu
Pua Kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang
digunakan oleh kaum Iban, dihasilkan dan digunakan
di Sarawak, Malaysia.
Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap objek suci.
Ia digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuk
-kelahiran anak,
- sampai usia,
-menerima barangan penting kepada rumah panjang, dan bagi
- tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum
pengkebumian.
Motif pada Pua Kumbu/ spriritual
· Pua kumbu ditenun oleh wanita yang sudah mahir menenun kerana
pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. Bagaimanapun, motif-
motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang
mereka. Antara motif-motif yang digunakan:
Motif Engkeramba
Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkaramba ditenun
dengan teknik ikat. Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana
atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni
rumah panjang.
Biasanya, motif engkeramba hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri
ketua rumah panjang sahaja. Ini adalah kerana mereka benar-benar
mahir menenun cara ikat.
Motif Fauna
Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular,
katak, harimau dan tikus kasturi, rusa dan serangga.
• Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat
berhuma (tanaman padi).Adalah menjadi kepercayaan kaum Iban
bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka.
• Motif ular pula tidak ditenun dengan sewenang-wenangnya kerana
binatang ini membawa petanda buruk. Kemunculan ular dikaitkan
dengan kuasa jahat atau hantu
• Burung pula dikatakan pembawa alamat baik. Kain yang
mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit
dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan.
Motif Flora
Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain
pua. Antara tumbuh-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan,
pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bungha-
bungaan.
Kain tenunan pua dengan status wanita.
Perempuan Iban menceritakan bagaimana nenek moyang mengajar mereka dalam mimpi pola seni menenun Pua Kumbu. status perempuan pua-digambarkan sebagai sejarahwan/penceritaan,penyair dan 'chemist'. The Pua Kumbu adalah upacara selimut yang digunakan untuk upacara ritual keagamaan'Gawai'. Upacara ini adalah berkaitan dengan kelahian, kematian dan penyembuhan atau 'pencarian jiwa', dan perang memburuh kepala. Keadaan ini merupakan komunikasi antara dunia realiti dengan dunia ghaib.
*penyair: Design/corak asal diikuti simbol yang berkuasa/kuat akan diberikan nama pujian iaitu 'julok'. Contoh pengucapan adalah ' kilat ngerar terebai tau keh langit' disamakan dengan kilat bekelip di langit.*Chemist': semua pewarna yang diguna dalam Pua kumbu tradisional adalah asalnya daipada sayur-sayuran, dan kaedah penyediaan 'Mordant bath' untuk benang kapas dan pewarna adalah daripada mereka yang pakar dan mengetahui rahsiah mengukur untuk mendapatkan warna yang sesuai. Keseluruhan proses pewarna adalah dipanggil 'kayau indu' atau' berperang antara wanita'. Oleh itu, perempuan Iban amat menekankan kepentingan tenunan dan pencelupan dalam masyarakat seperti Pengayau/pemburu bagi lelaki Iban.
Suku kaum Mahmeri, dari kumpulan Senoi adalah antara pribumi yang
turut menghasilkan ukiran kayu. "Mahmeri" bermaksud orang hutan
manakala dalam istilah, mahmeri memberi maksud bersisik. mereka
juga dikenali sebagai orang laut. sesuai dengan lokasi penempatan
mereka yang berhampiran dengan laut iaitu di Pulau Carey, Selangor.
Seni ukiran kayu telah lama bertapak dalam masyarakat Mahmeri dan
mereka turut dikenali sebagai pengukir yang mahir. Kreativiti mengukir
patung-patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia, alam flora dan
fauna amat menakjubkan. Ada di antara ukiran-ukiran itu, pernah
mendapat pengiktirafan UNESCO.
KEPERCAYAAN
Kepercayaan tradisional orang Asli Mahmeri berkaitan dengan perubatan dan penyakit. Upacara mengubat orang sakit 'Genggulang' bagi orang Mahmeri sangat penting untuk mengubati penyakit mereka.
MUZIUM MAHMERI
2005 Muzium Orang Asli Mahmeri di kawasan seluas 2.4 hektar di Wetland, Dengkil, Sepang akan dibina oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan .Pusat Kraftangan Mahmeri akan mempamerkan hasil kreatif orang Asli khususnya suku Mahmeri. Selain itu menjalankan penyelidikan mengenai bahasa, budaya dan muzik masyarakat orang asli bagi mencungkil bakatnya.Hasil kraftangan masyarakat Mahmeri di Sungai Bumbun, Kuala Langat mempunyai nilai seni yang tinggi dan berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.Nilai kesenian produk masyarakat itu telah menarik minat wakil Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) .
http://provocallyism.blogspot.com/2010/10/discuss-nature-of-iban-weav
ing-and-its.html
http://provocallyism.blogspot.com/
http://gamapenta.blogspot.com/2012/06/pengertian-animisme-dan-din
amisme.html
http://terjahborneo.blogspot.com/2010/03/pau-kumbucotton-blanket-for
-sale.html
http://meelauk.blogspot.com/2010/03/kajian-etnik-masyarakat-orang-a
sli-mah.html
http://lamanseni09.blogspot.com/2011/05/perkembangan-seni-di-malay
sia.html
RUJUKAN
top related