shalat shalat sunat
Post on 24-Feb-2016
266 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SHALAT SHALAT SUNAT
SEMBAHYANG SUNAT
CONTOH-CONTOH SEMBAHYANG SUNAT
SUNAT WUDHUK
SUNAT MUSAFIR SUNAT JUMAT
SUNAT TAHAJJUD
SUNAT TERAWIH SUNAT
MUTLAK
SUNAT HARI RAYA
SUNAT SUNAT TAWAF
SUNAT HAJAT
SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH DAN SUNAT HARI RAYA
CONTOH SUNAT
TERAWIH
CONTOH SUNAT HARI
RAYA
SUNAT TERAWIH
Bulan Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyakkan ibadat bagi umat Islam. Bagi
mengiringi ibadat fardhu iaitu puasa di bulan Ramadhan, Allah S.W.T. menentukan ibadat Shalat
sunat Tarawih yang dikerjakan selepas mengerjakan fardhu Isyak pada setiap malam sepanjang bulan
Ramadhan.
LEPAS NIAT SEMBAHYANG TERAWIH
التراويح سنة أصليتعالى لله ركعتين
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
HUKUM
“Sesiapa mendirikan Shalat (Tarawih) pada malam di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
DALIL CARA BILANGAN
HUKUM SUNAT TERAWIH
Hukum Shalat Tarawih ialah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang Islam lelaki dan juga perempuan, sama ada
secara bersendirian atau berjemaah.
DALIL SUNAT TERAWIH
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak
mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-
dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan
sembahyang.
CARA SUNAT TERAWIH
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua
rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama
sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
BILANGAN SUNAT TERAWIH
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan
sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan Shalat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran Shalat ini Shalat yang wajib.
Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau
berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA
SUNAT HARI RAYA
HARI RAYA AIDIL FITRI
IAITU
IAITU
HARI RAYA AIDIL ADHA
SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA
HUKUM
Shalat 'Idil Fitri dan 'Idil Adha telah disyariatkan pada tahun Hijrah yang
kedua. Shalat hari raya pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah Shalat 'Idil Firi pada tahun yang
kedua Hijrah tersebut.
DALIL CARA WAKTU
HUKUM SEMBAHYANG HARI RAYA
Begitu juga ia disyari'atkan berjamaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, kecuali perempuan yang berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah berShalat di
rumah sahaja.
Berdasarkan hadith daripada Abu Sa'id al-Khudri yang terdahulu, Shalat hari raya disyari'atkan secara berjamaah namun sah dilakukan secara bersendirian.
Yang bermaksud, sabda Rasulullah S.A.W kepada seorang yang bertanya tentang Shalat yang difardhukan, "Lima Shalat sehari semalam. Baginda ditanya lagi, adakah wajib atasku selain daripada itu? Baginda menjawab, tidak kecuali engkau ingin mengerjakan Shalat sunat".
DALIL SEMBAHYANG HARI RAYA
Sementara dalil pensyariatannya pula ialah firman Allah yang ditujukan kepada Nabi S.A.W
Yang bermaksud ;
"Oleh itu kerjakanlah sembahyang kepada Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)"
'Ulama tafsir menyatakan maksud sembahyang dalam ayat tersebut ialah Shalat 'Idil Adhha. Hal ini berdasarkan hadith,
Yang bermaksud ;"daripada Abu Sa'id al-Khudri R.A katanya, "Rasulullah S.A.W pergi ke musolla pada hari 'Idil Fitri dan 'Idil Adha. Perkara pertama yang Baginda lekukan ialah Shalat. Kemudian Baginda
berpaling menghadap orang ramai yang masih duduk di dalam saf mereka, lalu Baginda memberikan nasihat dan menyampaikan apa-apa arahan kepada mereka. Jika hendak menghantar pasukan pejuang atau menyampaikan apa-apa arahan, Baginda membuat
keputusan dan mengarahkannya pada masa itu. Selepas itu Baginda pun bersurai.
CARA SEMBAHYANG HARI RAYA
-Shalat hari raya dua rakaat dimulai dengan ihram diikuti dengan doa iftitah.
-Kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali sambil mengangkat tangan selari dengan bahu sebagaimana takbiratul ihram-Hendaklah diselangi di antara dua takbir sekadar masa membaca satu ayat sederhana dan sunat membaca di antaranya-" Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar "
(Yang bermaksud, Maha suci Allah, dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.
-Seterusnya membaca "Auzubillahi minasy syaitonirrajim", Fatihah dan satu surah atau beberapa ayat.
-Selepas takbir ketika bangun pada rakaat kedua, hendaklah bertakbir sebanyak lima kali sebelum memulakan bacaan dan setiap takbir diselangi dengan bacaan tasbih sebagaimana yang disebutkan tadi.
WAKTU SEMBAHYANG HARI RAYA
Waktu Shalat hari raya bermula dari matahari terbit hingga gelincir.
Bermulanya hari adalah apabila fajar terbit. Pada waktu itu dilakukan Shalat Subuh sebelum matahari terbit dan
Shalat Zuhur selepas mataharigelincir. Namun waktu Shalat hari raya yang afdhal adalah ketika matahari naik
tinggi segalah. Ini kerana Nabi S.A.W sentiasa melakukannya pada waktu tersebut.
TAMAT
top related