shiqah binti jantan - fp.utm.my · hubungan interpersonal antara lelaki dan perempuan 53 4.11...
Post on 25-Aug-2019
228 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAHAP STRES DAN TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN
PENSYARAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SHIQAH BINTI JANTAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap stres serta tahap kepuasan kerja
dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan
tempat kerja dalam kalangan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Soal selidik
digunakan untuk mengumpul data bagi kajian berbentuk kuantitatif ini. Kaedah
persampelan dilakukan secara persampelan sistematik. Nilai kebolehpercayaan
keseluruhan instrumen adalah α = 0.83. Responden kajian terdiri daripada 128 orang
pensyarah dan pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia daripada pelbagai
fakulti. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian
dan diedarkan kepada responden. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan SPSS
(Statistical Package for Social Science Windows 13) dan dinyatakan dalam bentuk
kekerapan, peratusan dan min untuk item-item yang berkaitan dengan tahap stres dan
tahap kepuasan kerja. Bagi menguji perbezaan tahap stres dan tahap kepuasan kerja
antara lelaki dan perempuan, penyelidik menggunakan Ujian-t. Manakala Ujian Korelasi
Pearson digunakan untuk mendapatkan perhubungan antara tahap stres dengan tahap
kepuasan kerja dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat
kerja dan peraturan tempat kerja. Hasil kajian menunjukkan tahap stres dalam kalangan
pensyarah Universiti Teknologi Malaysia adalah rendah. Tahap kepuasan kerja bagi
semua aspek adalah tinggi kecuali bagi aspek peraturan tempat kerja adalah pada tahap
sederhana. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap
stres antara pensyarah lelaki dan perempuan. Dapatan juga mendapati bahawa tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja dari aspek
persekitaran tempat kerja dan hubungan interpersonal. Manakala terdapat hubungan
yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja dari aspek beban kerja dan peraturan
tempat kerja.
vi
ABSTRACT
This study was done to identify the stress level and work satisfaction from these
aspects i.e. work load, interpersonal relationship, workplace environment and
regulations among UTM lecturers. This is a quantitative research and questionnaire was
used for collection of data. Sampling method used was systematic sampling. The
reliability value of the instrument was 0.83. The 128 respondents recruited for this study
are UTM lecturers and senior lecturers from various faculties. Questionnaires were
distributed to the respondents and data collected was analyzed using SPSS (Statistical
Package for Social Science Windows 13). The stress and work satisfaction level were
analyzed in frequency, percentage and mean. The difference between the stress level
and work satisfaction level among males and females was analyzed using t-test. Pearson
correlation test was used to identify the relationship between stress level and work
satisfaction from the work load, interpersonal relationship, and workplace environment
and regulations aspects. The findings showed that work related stress level is low among
the UTM lecturers. Work satisfaction on the other hand was found to be high in all
aspects except for workplace regulation aspect which scored moderate. This study
revealed that there is no significant difference between the stress level and work
satisfaction among male and female lecturers. It also revealed that there is no significant
relationships between stress level and work satisfaction with work place environment
and interpersonal relationship aspects. Meanwhile, there is a significant relationship
between stress and work satisfaction from the workload and workplace regulation
aspects.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latarbelakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 9
1.6 Skop Kajian 10
1.7 Definisi Istilah 10
1.8 Kerangka Kajian 13
1.9 Penutup 14
viii
2 SOROTAN PENULISAN 15
2.0 Pengenalan 15
2.1 Kepelbagaian Definisi Stres 16
2.2 Model stres Hans Selye ( 1956 ) 17
2.3 Kajian-Kajian Lampau Dalam Dan Luar Negara 19
2.3.1 Tahap Stres Dan Kepuasan Kerja Dalam
Kalangan Pendidik 19
2.3.2 Aspek Kepuasan Kerja 24
2.3.3 Perbezaan Tahap Stres Dan Tahap Kepuasan
Kerja Antara Lelaki Dan Perempuan. 25
2.4 Penutup 28
3 METODOLOGI KAJIAN 29
3.0 Pengenalan 29
3.1 Rekabentuk Kajian 29
3.2 Populasi Kajian 30
3.3 Kaedah Persampelan 31
3.4 Instrumen Kajian 32
3.4.1 Bahagian A 34
3.4.2 Bahagian B 34
3.4.3 Bahagian C 36
3.4.4 Pengesahan Instrumen 36
3.5 Kajian Rintis 37
3.6 Prosedur Kajian 38
3.7 Kadar Pulangan Soal Selidik 38
3.8 Analisis Data 39
3.9 Skor Min 40
3.10 Batasan Kajian 41
3.11 Penutup 42
ix
4 DAPATAN KAJIAN 43
4.0 Pengenalan 43
4.1 Kebolehpercayaan Instrumen 43
4.2 Analisis data 44
4.3 Faktor Demografi 45
4.4 Tahap Kepuasan Kerja 46
4.4.1 Aspek Beban Kerja 47
4.4.2 Hubungan Interpersonal 48
4.4.3 Persekitaran Tempat Kerja 49
4.4.4 Peraturan Tempat Kerja 50
4.5 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Antara Lelaki
dan Perempuan 52
4.5.1 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Dari
Aspek Beban Kerja Antara Lelaki dan Perempuan 52
4.5.2 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Dari
Aspek Hubungan Interpersonal Antara Lelaki
dan Perempuan 53
4.5.3 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Dari
Aspek Persekitaran Tempat Kerja Antara Lelaki
dan Perempuan 53
4.5.4 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Dari
Aspek Persaturan Tempat Kerja Antara Lelaki
dan Perempuan 54
4.6 Tahap Stres 55
4.7 Analisis Perbezaan Tahap Stres Antara Lelaki dan
Perempuan 57
4.8 Analisis Hubungan Antara Tahap Stres dengan Tahap
Kepuasan Kerja. 57
4.9 Penutup 58
x
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 59
5.0 Pengenalan 59
5.1 Rumusan dan Perbincangan 59
5.1.1 Tahap Stres Dalam Kalangan Pensyarah-Pensyarah
Di Universiti Teknologi Malaysia. 61
5.1.4 Perbezaan Tahap Stres Antara Pensyarah Lelaki
Dan Perempuan 62
5.1.2 Kepuasan Kerja Pensyarah. 63
5.1.3 Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Antara Lelaki
dan Perempuan. 65
5.1.5 Perhubungan Antara Tahap Kepuasan Kerja Dari
Aspek Beban Kerja, Hubungan Interpersonal,
Persekitaran Tempat Kerja Dan Peraturan Tempat
Kerja Dengan Tahap Stres. 66
5.2 Implikasi Kajian. 67
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 69
5.5 Penutup 70
RUJUKAN 71
Lampiran A - D 76-89
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Populasi Pensyarah-pensyarah dan pensyarah-pensyarah
kanan di Universiti Teknologi Malaysia. 31
3.2 Jumlah Item Bagi Keseluruhan Instrumen Kajian Mengikut
Bahagian 33
3.3 Contoh Item Bahagian A 34
3.4 Skala Pemeringkatan Likert 35
3.5 Contoh Item Bahagian B 35
3.6 Contoh Item Bahagian C 36
3.7 Contoh Item Yang Diubahsuai 37
3.8 Kadar Pulangan Soal Selidik 38
3.9 Jenis Analisis Mengikut Persoalan Kajian 40
3.10 Pemarkatan Skor Tahap Stres Dan Tahap Kepuasan Kerja 41
3.11 Indek Perhubungan Kolerasi. 41
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 45
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jawatan 45
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut status
perkahwinan 46
4.4 Analisis deskriptif aspek beban kerja 47
4.5 Analisis deskriptif aspek hubungan interpersonal 48
4.6 Analisis deskriptif aspek persekitaran tempat kerja 49
4.7 Analisis deskriptif aspek peraturan tempat kerja 50
4.8 Analisis nilai min keseluruhan tahap kepuasan kerja 51
4.9 Analisis inferensi perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek
beban kerja antara lelaki dan perempuan 52
xiii
4.10 Analisis inferensi perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek
hubungan interpersonal antara lelaki dan perempuan 53
4.11 Analisis inferensi perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek
persekitaran tempat kerja antara lelaki dan perempuan 53
4.12 Analisis inferensi perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek
peraturan tempat kerja antara lelaki dan perempuan 54
4.13 Analisis deskriptif tahap stres 55
4.14 Analisis inferensi perbezaan tahap stres antara lelaki dan
perempuan 57
4.15 Analisis hubungan tahap stres dengan tahap kepuasan kerja. 57
xiv
SENARAI SINGKATAN
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
IPTA : Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS : Institut Pengajian Tinggi Swasta
GAS : General Adaptation Syndrome
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 76
B Pengesahan Instrumen Kajian 77
A Soal Selidik 81
i. Bahagian A
ii. Bahagian B
iii. Bahagian C
B Nilai Alpha Cronbach 88
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Dalam era global yang semakin pesat, negara menuntut supaya proses
pendidikan dilaksanakan dengan strategi-strategi baru selaras dengan kemajuan negara,
khasnya dalam kalangan pendidik. Mereka adalah insan yang diamanahkan untuk
melahirkan generasi pelajar yang berilmu, beriman dan bertaqwa. Pendidik ini
termasuklah pensyarah-pensyarah di universiti. Sehingga kini mereka telah banyak
menyumbangkan masa, tenaga dan ilmu kepada pelajar-pelajar tanpa rasa jemu.
Oleh itu, melalui pensyarah, sistem pendidikan yang berkualiti di universiti
mampu melahirkan tenaga kerja yang boleh menjadi global player dengan sifat jati diri
yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing, berdaya tahan dan kreatif
bagi menangani cabaran dalam arus globalisasi ini. Sistem pendidikan yang berkualiti
akan dapat menyumbang ke arah memenuhi hasrat kerajaan untuk mewujudkan budaya
pembelajaran sepanjang hayat.
Profesion sebagai pensyarah bukanlah sesuatu yang mudah berikutan
tanggungjawab yang banyak dan mencabar. Pensyarah bukan sahaja perlu memberikan
kuliah pengajaran, mereka juga perlu memberi dan menilai kerja-kerja kursus untuk
pelajar-pelajar. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu membuat penyeliaan dan
penyediaan berkenaan bidang-bidang yang di ajar. Mereka juga perlu membimbing
2
pelajar-pelajar dan memberi kaunseling kepada pelajar-pelajar. Selain itu, pensyarah
haruslah menjadi role model kepada pelajar-pelajar dengan menunjukkkan teladan yang
baik kerana setiap perlakuan pensyarah-pensyarah sentiasa di perhatikan oleh pelajar-
pelajar. Terdapat banyak lagi tugas-tugas pensyarah dari aspek kemajuan professional
seperti menghadiri kursus-kursus yang disediakan untuk menambah pengetahuan dan
dari aspek am seperti mengikuti undang-undang yang telah di tetapkan oleh universiti
dan kerajaan. Segala tanggungjawab yang membebani pensyarah-pensyarah inilah yang
boleh menyebabkan stres dan stres ini pula akan menyebabkan tegangan dari segi
psikologi, fisiologi dan perlakuan.
Stres perlu di ambil perhatian yang serius kerana stress yang sederhana boleh
menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk
bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Contohnya apabila
seseorang itu diminta melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan maka ianya akan
menjadi pendorong untuk mencuba sesuatu yang baru. Stres yang berlebihan akan
mengakibatkan kemudaratan seperti diganggu bebanan kerja yang banyak atau
berhadapan dengan terlalu banyak gangguan dan kejutan. Fakta imperikal telah
membuktikan bahawa kekerapan mengalami tekanan boleh menyebabkan masalah
kesihatan seperti migrin, tekanan darah tinggi, tiada selera makan, murung dan
sebagainya.
1.1 Latar belakang Masalah
Universiti bukanlah seperti sebuah sekolah di mana peranan bagi setiap pelajar
hanyalah belajar untuk lulus peperiksaan dan mendapatkan sijil. Peranan universiti
adalah lebih dari itu iaitu mendidik mahasiswa khususnya dan masysrakat umumnya
secara akademik dan intelek, agar pada masa hadapan akan lahir satu generasi yang
lebih berkualiti daripada generasi sebelumnya. Mahasiswa tidak hanya dibiarkan dalam
3
dunia akademik semata-mata, bahkan diberikan pendedahan tentang alam realiti
kehidupan dan dilengkapkan dengan segala macam kemahiran.
Dengan itu orang yang bertanggungjawab untuk melahirkan mahasiswa yang
berkualiti dan berdaya saing adalah bergantung kepada pendidik mahasiswa itu sendiri
iaitu pensyarah-pensyarah yang mengajar mereka. Dengan memikul tanggungjawab ini,
jelaslah bahawa profesion sebagai pensyarah ini adalah berat dan sukar untuk dilakukan.
Sekiranya seseorang pensyarah itu tidak dapat melaksanakan sesuatu tugas itu dengan
sempurna maka mereka akan merasa stres dan tidak berupaya. Ini selari dengan huraian
Morstt & Furst (1979: 7) tentang tekanan.Beliau menyatakan bahawa tekanan adalah suatu
keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan
keadaan tidak selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh
badan.
Masalah stres di kalangan pensyarah-pensyarah kurang diberi perhatian oleh
masyarakat kerana kurangnya pemahaman oleh masyarakat tentang profesion ini.
Selalunya kajian-kajian yang dibuat berkenaan dengan stress hanya mengaitkan guru-
guru di sekolah. Sebagai seorang pensyarah mereka juga sebenarnya adalah seorang
pendidik dan tanggungjawab mereka sama dengan guru bahkan lebih daripada itu.
Dengan ini mereka juga tidak terkecuali daripada mengalami tekanan.
Salah satu punca stress seperti yang di nyatakan oleh Gold dan Roth (1993)
adalah perubahan. Ekoran daripada kemajuan-kemajuan yang telah dikecapi oleh
negara, taraf kehidupan masyarakat juga turut berubah. Lantaran itu, masyarakat mula
membuka mata dan persaingan hidup pun mula meningkat. Sistem pendidikan juga
tidak terkecuali daripada mengalami perubahan dan menyebabkan pensyarah dibebani
dengan tugas–tugas baru. Pensyarah harus menyesuaikan diri dengan perubahan
tersebut dan keadaan ini mengundang stres dalam kalangan pensyarah. Antara
perubahan yang harus dilalui oleh pensyarah adalah perlaksanaan bahasa pengantar
dalam Bahasa Inggeris dan pemupukan kemahiran generik di peringkat pengajian tinggi
4
yang mana lebih menfokuskan kehendak dan keperluan pelajar tanpa menghiraukan
penerimaan pensyarah itu sendiri. Dengan itu mereka perlulah merancang dan bersedia
dengan strategi-strategi baru dalam pembelajaran bersesuaian dengan perubahan yang
berlaku.
Peranan pensyarah dalam proses pengajaran bukanlah sekadar mengajar dan
menyemak tugasan para pelajar bahkan lebih daripada itu, contohnya menjadi penasihat
akademik dan menyelia latihan industri dan latihan mengajar yang harus dilalui oleh
pelajar-pelajar. Selain itu, pensyarah juga dibebani dan dinilai melalui tugas-tugas lain
dalam bidang pengurusan, penyelidikan, penulisan, penerbitan, perkhidmatan
masyarakat dan perundingan.
Kepuasan kerja juga mempengaruhi stres seseorang pendidik. Menurut Cormick
dan Iigen (1985), konsep kepuasan kerja merupakan sikap atau tindakbalas seseorang
terhadap pekerjaannya. Tindakbalas afektif ini merupakan hasil dari penilaian individu
tersebut terhadap keseluruhan keadaan kerja mengikut jangkaan atau nilai kerjanya iaitu
memperlihatkan apa yang dijangka atau diinginkan dari pekerjaannya. Kepuasan kerja
juga adalah bergantung kepada sejauhmana faktor intrinsik dan ekstrinsik dapat
memenuhi kehendak atau jangkaan.
Di samping itu, peraturan tempat kerja yang berat sebelah turut mengundang
kepuasan kerja seseorang. Pembangunan kemahiran dan akademik tenaga pensyarah
juga telah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi melahirkan tenaga pengajar pakar
dan tenaga mahir negara. Sebagai satu penandaarasan, Key Performance Index (KPI)
untuk tenaga pensyarah telah diwujudkan. Metodologi penyampaian pembelajaran oleh
pensyarah perlu ditingkatkan agar lebih terkini serta mempercepatkan tahap kefahaman
pelajar. Kepatuhan kefungsian peralatan latihan, penjagaan komprehensif seperti
inventori, penggunaan, penyelenggaraan dan keselamatan peralatan perlu ditingkatkan
dari masa ke semasa. Sebahagian daripada peraturan-peraturan yang dibuat kadang-kala
menimbulkan kesulitan pada pensyarah untuk mengikutinya. Sekiranya tidak
5
dilaksanakan, ianya akan mempengaruhi key performence index pensyarah yang
berkaitan. Keadaan ini akan membuatkan mereka terancam dengan stres, ketegangan
dan burnout.
Persekitaran kerja juga mempengaruhi pensyarah dalam menjalankan tugas
harian mereka antaranya keadaan persekitaran bilik kuliah, kemudahan alat bantu
mengajar dan alat kelengkapan yang lain untuk memudahkan perhubungan pensyarah
dan pelajar. Persekitaran yang tidak selesa boleh mengganggu pekerjaan pensyarah dan
segala aktiviti-aktiviti yang hendak dilakukan akan tergendala. Keadaan ini akan
menimbulkan kekecewaan terhadap diri pensyarah itu sendiri sekaligus semangat
mereka untuk melakukan sesuatu pekerjaan akan merosot.
Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi pensyarah antaranya
berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan
sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau ketua jabatan. Kesusahan dan
rintangan kehidupan dan pekerjaan yang dialami oleh pensyarah sering mengakibatkan
kepuasan bekerja berkurang. Hubungan interpersonal yang tidak baik membawa
maksud kepada kurangnya kepercayaan dikalangan rakan sekerja dan pihak pentadbir
terhadap diri individu itu. Ketidakpercayaan yang timbul antara rakan sekerja dan pihak
pentadbir boleh menyumbang kepada tanda-tanda stres seperti kepuasan kerja yang
rendah, penurunan tahap kesihatan diri dan rasa diancam oleh pihak-pihak tertentu.
Owen (1984) menyatakan masalah stres di kalangan pendidik ini amat
merisaukan kerana ia memberikan kesan yang buruk kepada institusi itu sendiri yang
melibatkan prestasi kerja pensyarah-pensyarah. Antara masalah-masalah yang timbul
adalah ponteng kerja, menghidapi penyakit yang berkaitan dengan stres, kurangnya
kepuasan dan komitmen dalam kerja dan kurangnya kualiti pengajaran di dalam kelas. (
Cole & Walker, 1989 ).
6
Stres ini bersifat subjektif, kesulitan sama yang dialami kesan yang berbeza-beza
bagi individu yang berlainan. Ianya bergantung kepada penerimaan masing-masing
terhadap kesulitan tersebut dan bagaimana cara untuk menanganinya. Stres yang
dihadapi oleh golongan pendidik ini bukan sahaja menganggu kehidupan harian mereka
malah juga mempengaruhi prestasi kerja mereka dalam mendidik pelajar dan secara
tidak langsung, kemungkinan besar masalah ini akan mengakibatkan masalah-masalah
lain berbangkit. Marshall dan Cooper (1976) menyatakan jika tekanan tidak diatasi
akan timbul banyak masalah kesihatan dan penurunan aktiviti harian.
1.2 Penyataan masalah
Universiti adalah berperanan sebagai organisasi yang memberikan perkhidmatan
akademik kepada pelajar. Dalam soal ini pensyarahlah yang bertanggungjawab dalam
mendidik pelajar-pelajar tersebut. Untuk memastikan pensyarah selesa semasa sedang
mengajar adalah bergantung kepada tahap stres yang mereka alami. Pensyarah yang
mempunyai tahap stres yang tinggi berkemungkinan tidak akan kekal lama dalam
profesion sebagai pendidik. Kajian telah menunjukkan bahawa bidang pendidikan
merupakan salah satu profesion yang berisiko tinggi untuk mengalami stres (Dunham
dan Varma, 1998). Stres ditempat kerja haruslah di elakkan kerana ia boleh
mempengaruhi kemerosotan prestasi kerja yang akhirnya boleh menjejaskan organisasi (
Duo, 1994 ). Suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang sentiasa
didalam keadaan stres akan kurang berkesan dan menimbulkan masalah disiplin dan
mempengaruhi pendidik untuk meninggalkan profesion mereka (Wisniewski dan
Gargiulo, 1997 ).
Kepuasan kerja seseorang itu adalah penting kerana mereka akan melakukan
kerja-kerja mereka dengan ikhlas dan tidak akan merungut sekiranya mereka berpuas
hati dengan kerja mereka. Malah sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan kerja
mereka segala kerja yang dilakukan tidak bersungguh-sungguh. Raymond dan Daniel
7
(1975) mengaitkan kepuasan kerja dengan perasaan sejauh mana pekerja menyukai atau
tidak menyukai kerjanya. Menurutnya pekerja berpuas hati apabila mempunyai sikap
positif terhadap kerja dan prospek kerja dan dapat merasai pekerjaannya bersesuaian
dengan keadaan hidupnya.
Stres memberi kesan terhadap fisiologi, psikologi dan tingkahlaku. Antara
kesan-kesan fisiologi adalah menghidapi penyakit kronik seperti darah tinggi, buah
pinggang dan lemah jantung. Kesan psikologinya pula adalah mudah muntah hilang
semangat motivasi dan sebagainya. Manakala kesan tehadap tigkahlaku adalah
seseorang itu akan merasa mudah marah dan tidak melakukan kerja dengan sempurna.
Ramai di kalangan pengkaji telah membuat kajian berkaitan stres dalam
kalangan pendidik terutamanya dalam kalangan guru. Namun begitu tidak ramai yang
membuat kajian berkaitan stres dalam kalangan pensyarah. Dengan itu penyelidik
merasakan satu kajian perlu di lakukan untuk mengkaji tahap stres di kalangan
pensyarah-pensyarah. Kajian ini juga di jalankan untuk mengenalpasti tahap kepuasan
kerja dalam kalangan pensyarah-pensyarah. Selain daripada itu kajian ini juga mahu
melihat perbezaan tahap stres dan tahap kepuasan kerja di antara pensyarah lelaki dan
pensyarah perempuan. Hubungan antara stres dengan tahap kepuasan kerja juga turut
dikaji.
1.3 Objektif Kajian
1. Untuk mengenalpasti tahap stres dalam kalangan pensyarah-pensyarah di
Universiti Teknologi Malaysia.
2. Untuk mengenalpasti perbezaan tahap stres antara pensyarah-pensyarah lelaki
dan pensyarah-pensyarah perempuan Universiti Teknologi Malaysia.
8
3. Untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah-pensyarah
di Universiti Teknologi Malaysia.
4. Untuk mengenalpasti perbezaan tahap kepuasan kerja antara pensyarah-
pensyarah lelaki dan pensyarah-pensyarah perempuan di Universiti Teknologi
Malaysia dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat
kerja dan peraturan tempat kerja.
5. Untuk mengenalpasti hubungan antara tahap kepuasan kerja dari aspek beban
kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat
kerja dengan tahap stres dalam kalangan pensyarah di Universiti Teknologi
Malaysia.
1.4 Persoalan Kajian
1. Apakah tahap stres dalam kalangan pensyarah-pensyarah di Universiti Teknologi
Malaysia?
2. Adakah terdapat perbezaan tahap stres di kalangan pensyarah-pensyarah lelaki
dan pensyarah-pensyarah perempuan ?
3. Apakah tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah-pensyarah Universiti
Teknologi Malaysia?
4. Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek beban kerja,
hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat kerja
antara pensyarah lelaki dan perempuan?
5. Adakah terdapat perhubungan antara tahap kepuasan kerja dari aspek beban
kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat
top related