siasah syariah (pengenalan pemimpin)
Post on 08-Aug-2015
44 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SIASAH SYAR’IYYAHISE 4012
KURSUS: USULUDDIN DENGAN
KAUNSELING SEM 3
NAMA NO.MATRIK
SOLEHAH BT KHIDIR 12/13
NURUL ‘AIN BT RAMLY 12/13
NOR FADILA BT FAUZEE 12/13
ITRATULHUDA BT ABDULLAH
ALIM
12/13
NIK NOR ZURAIDAH BT NIK
SIDEK
12/13
WAN NUR SOFIYYAH BT WAN
SUHAIMI
12/13
CIRI-CIRI PEMIMPIN
NEGARA ISLAM
PENGENALAN
• Setiap manusia merupakan seorang pemimpin, setidaknya ia
bergelar pemimpin bagi dirinya sendiri.
• Istilah pemimpin juga digelar sebagai al-Khalifah, waliyul’amr, al-
Imam, al-Sultan, al-Malik, dan Amirul Mukminin.
• Kepemimpinan dalam pandangan al-quran bukan sekadar kontrak
sosial antara sang pemimpin dengan masyarakatnya, tetapi
merupakan ikatan perjanjian antara dia dengan Allah S.W.T.
• Dalam memilih atau melantik seorang pemimpin, seseorang
hendaklah memenuhi segala ciri-ciri yang diperlukan supaya
amanah yang akan diberikan kelak, mampu digalas dengan
sebaiknya.
APA ITU NEGARA ISLAM???
NEGARA
Negara m
erupaka
n
sebuah org
anisasi
yang
mempunyai a
turan untuk
mengatur hal-h
al yang
berkaita
n serta
berkewajib
an melin
dungi
masyara
kat d
idalamnya.
Sebuah negara yang
kuat dilengkapi dengan
wilayah, rakyat jelata dan
pemerintah
Al-Imam asy-Sya’ari (324H)
Negara Islam ialah negara yang berada di
bawah penguasaan Islam dan
dilaksanakan setiap hukum-hukum dan
Syiar Islam.
Syeikh Sa’id Hawwa (1989M)
Negara Islam ialah negara yang
meletakkan undang-undang Islam yang
tunggal untuk mentadbir negara, ia dipimpin oleh orang Islam yang komited
dengan ajaran agamanya.
Imam Abu Hanifah
Jika terdapat di dalam sesebuah negara, orang Islam yang
beriman dan negara tersebut berjiran atau berhampiran dengan negara-negara Islam, maka negara tersebut dikira sebagai negara
Islam.
DEFINISI PEMIMPIN
Seorang yang memiliki kecekapan dan kelebihan khususnya kecekapan dan kelebihan di satu bidang sehingga dia
mampu mempengaruhi orang-orang lain untuk bersama-sama melakukan aktiviti-
aktiviti tertentu demi mencapai satu atau beberapa tujuan.
Seorang yang memiliki kemampuan
memimpin, ertinya memiliki kemampuan untuk mempengaruhi
orang lain.atau kelompok
Orang yang memiliki kemampuan untuk
menggerakkan manusia menuju
tujuan-tujuan yang telah ditentukan
PEMIMPIN MENURUT ISLAM
Umara’ / ulul ‘Amriorang yang mendapat
amanah untuk mengurus urusan
orang lain
Khadimul Ummah (Pelayan Ummat)Pemimpin harus
meletakkankan diri pada posisi sebagai pelayan masyarakat, bukan minta dilayani
semata-mata
KRITERIA SEORANG PEMIMPIN
ISLAM
• “Hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.”
• "Dan ingatlah ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat perintah dan larangan (amanat), lalu Ibrahim melaksanakannya dengan baik. Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menjadikan engkau pemimpin bagi manusia. Ibrahim bertanya: Dan dari keturunanku juga (dijadikan pemimpin)? Allah swt menjawab: Janji (amanat)Ku ini tidak (berhak) diperoleh orang zalim".
BERIMAN DAN BERTAQWA
KEPADA ALLAH TAALA
MEMILIKI ILMU / KEBIJAKSANAAN
YANG TINGGI
Imam Al-Ghazali berkata "sesungguhnya Islam yang
diperjuangkan atas landasan kejahilan akan
lebih memudharatkan berbanding serangan
musuh Islam. Malangnya kebanyakan pendukung
Islam adalah dari kalangan orang-orang jahil.”
Perbalahan peletakan semula hajarul aswad
melibatkan 3 kabilah iaitu Amaliqah, Jurhum dan
kaum Quraish.
MENYERU DAN
MENAWARKAN JALAN KEBENARAN
Seorang pemimpin itu mestilah jujur dan ikhlas dengan amanah yang dipegang.
Mempunyai jati diri dan semangat yang teguh.
Kepimpinan bukanlah untuk menjadikan orang buruh kita.
Positif pada perbezaan pendapat.
Mempunyai kepekaan yang tinggi , iaitu apabila rakyat menderita dia yang pertama sekali merasakan pedihnya dan apabila rakyat sejahtera cukup dia yang terakhir sekali menikmatinya
MENGAMALKAN KEADILAN DALAM PEMERINTAHAN
Maksud ADIL : Memberikan hak kepada setiap yang berhak sama ada yang berhak tersebut individu, sekumpulan manusia. Hak tersebut dalam bentuk apapun sama ada bernilai atau tidak,tanpa melebihi atau mengurangi, sehingga tidak mengurangi haknya atau tidak menganayai hak orang lain..
Islam mewajibkan pemimpin supaya bersikap adil dalam semua keadaan.
Keadilan Rasulullah s.a.w sebagai seorang pemimpin amat terserlah dalam banyak perkara.
Contohnya : hadis daripada Saidatina Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; “Demi diriku yang berada di bawah kekuasaan-Nya, kalaulah Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya akan ku potong
tangannya”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
PEMIMPIN TERUNGGUL NRGARA ISLAM
NABI MUHAMMAD S.A.W
• Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan sekitar tahun 570 masihi di
Makkah dan wafat pada 8 jun 632M di Madinah.
• Kedua-dua kota itu terletak di daerah Hijaz, Arab Saudi.
CIRI KEPIMPINAN BAGINDA
Dakwah Islam yang dibawa oleh Muhammad ditentang oleh seluruh masyarakat Arab kecuali segelintir sahaja yang
menerima. Kebanyakan daripada mereka yang percaya dan yakin pada peringkat awal anggota keluarga dan beberapa
golongan masyarakat awam adalah seperti Khadijah, Ali, Zaid dan Bilal. Namun kemudian, setelah baginda mengumumkan
secara terbuka mengenai agama Islam dan pengislaman tokoh-tokoh terkemuka seperti Abu Bakar, Utman bin Affan
dan ramai lagi dan agama Islam terus tersebar dengan luas.
UMAR BIN AL-KHATTAB
• Nama Penuh Beliau Ialah Umar Bin Al-khattab bin Nufail bin Abd Al-uzza bin
Ryah bin Abdullah bin Qurti bin Rizah bin Adiyyi bin Kaab.
• Beliau dilahirkan 42 Tahun sebelum hijrah.
CIRI KEPIMPINAN BELIAU
Pada suatu hari, semasa beliau berucap dan bertanya kepada rakyat jelata “Sekiranya saya menyalahgunakan kuasa dan
tidak berlaku adil apakah yang kamu semua mahu lakukannya?” Lalu bangun seorang pemuda dan terus berkata
“Saya luruskan tuan dengan pedang ini, dan sekiranya tuan terus menyeleweng, saya terus pancung leher tuan”. Umar Al-
Khattab tersenyum apabila pemuda tersebut berkata begitu kepadanya. Beliau tidak marah malah rasa berbangga terhadap pemuda tersebut yang berani bangun untuk
menegakkan keadilan walaupun beliau seorang Amirul Mukminin di dalam negara tersebut.
UMAR BIN ABDUL AZIZNama penuh beliau ialah Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Abu
Al-'ash bin Umayah bin Abdu Syam bin Abdu Manaf bin Qushay bin Kilab dan
salah seorang daripada keturunan Bani Umayah pada sebelah bapanya dan
daripada sebelah ibunya pula Ialah cucu kepada Khalifah Umar bin Khatab.
Beliau lahir pada Tahun 61 H/ 682 M di Madinah ada sebahagian pendapat
yang mengatakan beliau dilahirkan di Mesir.
CIRI KEPIMPINAN BELIAU
Dikisahkan pada suatu hari Umar bin Abdul Aziz pernah mengidam-idamkan buah epal. Kemudian salah seorang
kerabatnya datang berkunjung lalu menghadiahi buah epal kepada beliau. Lalu ada seseorang yang berkata: "Wahai Amirul Mukminin bukankah Nabi Muhammad SAW dahulu pernah menerima hadiah dan tidak menerima sedekah?" Serta merta beliau pun menimpali, "Hadiah pada zaman Nabi Muhammad SAW benar-benar murni hadiah, tapi
pada zaman kita sekarang ini hadiah bererti suap".
RUMUSAN
top related