sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah di sebuah ... · nilai min sikap guru terhadap...
Post on 22-Jul-2019
237 Views
Preview:
TRANSCRIPT
i
Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah
Sekolah Menengah Swasta di Daerah Johor Bahru
SITI MAISARAH BINTI HARMAN @ HALMI
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat ayahanda dan bonda yang tersayang,
Harman @ Halmi Bin Shahir
Dan
Sakdiah Binti Abd. Rahman
Buat adinda-adindaku, Siti Musalmah, Muhd Abdul Kadir Jailani, Muhd Safuan,
Norhalimah, Norhaslinda dan Nurul Syafina
Tidak lupa kepada sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang demi secangkir ilmu
Iringan doa restu serta segala pengorbanan dari kalian semua merupakan azimat utama
dalam mengharungi liku-liku hidup di sepanjang perjuangan ini
Semoga Dirahmati Allah hendaknya
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya,
maka saya telah dapat projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik).
Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Hanim Binti Sulaiman di
atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta teguran sepanjang tempoh
menyiapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua dan guru-guru di sebuah
sekolah menengah swasta di daerah Johor Bahru di atas kerjasama dan bantuan yang
telah diberikan dalam menyempurnakan kajian ini.
Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan, semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama secara langsung
atau tidak langsung untuk menyiapkan kajian ini. Semoga mendapat keberkatan dunia
dan akhirat hendaknya.
Sekian, Terima Kasih.
Siti Maisarah Binti Harman @ Halmi
April, 2008
v
ABSTRAK
Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk meninjau sikap guru terhadap
faktor program sekolah, faktor proses sekolah dan faktor bahan sekolah dalam penentu
iklim sekolah di sebuah sekolah menengah swasta di daerah Johor Bahru. Kajian ini
melibatkan 44 orang responden yang terdiri daripada guru-guru di sekolah tersebut.
Reka bentuk kajian yang digunakan untuk mencapai objektif kajian adalah berbentuk
deskriptif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik skala Likert
yang terdiri daripada 30 item soalan. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.81. Data
yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS V13.0) for Windows. Nilai min sikap guru
terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini
menunjukkan tahap sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah adalah tinggi.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan guru-guru mempunyai sikap yang baik terhadap
ketiga-tiga faktor penentu iklim sekolah iaitu program, proses dan bahan. Secara
kesimpulannya, faktor penentu iklim sekolah di sekolah menengah swasta ini adalah
dalam keadaan baik dan harus dikekalkan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to survey teachers’ attitude regarding the school
climate determinant factors which are the school programme, the school process and the
school material which includes the teaching and learning facilities. The study involves
44 teachers in a private school located in Johor Bahru district. A descriptive survey was
carried out in order to fulfill this purpose. The instrument used was a set of
questionnaires consisting of 30 Likert scale items. The reliability of this instrument is
0.81. The data was analyzed using statistical package for social science (SPSS V13.0)
for Windows software. The mean value shows that teacher attitude towards school
climate determinant factor of programme, process and material is high. This research
finding also shows that teachers have a good attitude towards the three determinant
factors of school climate. In conclusion, the school climate determinant in this private
school is in a good condition and it should be maintained.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
viii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Objektik Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 12
1.8.1 Sikap Guru 13
1.8.2 Iklim Sekolah 13
1.8.3 Faktor Penentu Iklim Sekolah 14
1.8.4 Sekolah Swasta 14
1.9 Rumusan 15
BAB 2 SOROTON PENULISAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Sekolah Swasta 17
2.3 Iklim Sekolah 18
2.3.1 Model Interaktif Iklim Sekolah 22
2.3.2 Model Iklim Sekolah Fox et. al. 26
2.3.3 Faktor Penentu Iklim Sekolah 27
2.4 Kajian Dalam Negara 28
2.5 Rumusan 33
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 34
3.3 Prosedur Kajian 36
3.3.1 Kajian Rintis 36
3.4 Tempat Kajian 38
3.5 Sampel Kajian 38
3.6 Instrumen Kajian 39
3.6.1 Bahagian A (Biodata Guru) 40
3.6.2.1 Bahagian B (Faktor Penentu Iklim Sekolah) 40
3.7 Analisis Data 42
3.8 Rumusan 44
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Demografi Responden 46
4.2.1 Jantina 46
4.2.2 Umur 47
4.2.3 Kelayakan Tertinggi Akademik 47
4.2.4 Pengalaman Mengajar 48
4.2.5 Jawatan Yang di Sandang 49
4.2.6 Bidang 49
4.3 Analisis Bahagian B 50
4.3.1 Sikap Guru Terhadap Faktor Program Dalam
Penentu Iklim Sekolah 51
4.3.2 Sikap Guru Terhadap Faktor Proses Dalam
Penentu Iklim Sekolah 54
x
4.3.3 Sikap Guru Terhadap Faktor Bahan Dalam
Penentu Iklim Sekolah 57
4.4 Rumusan 60
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Ringkasan Kajian 62
5.3 Kesimpulan 63
5.4 Perbincangan 64
5.4.1 Sikap Guru Terhadap Faktor Program Dalam
Penentu Iklim Sekolah 65
5.4.1 Sikap Guru Terhadap Faktor Proses Dalam
Penentu Iklim Sekolah 67
5.4.1 Sikap Guru Terhadap Faktor Bahan Dalam
Penentu Iklim Sekolah 69
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.6 Rumusan 72
RUJUKAN 73
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Penentu Iklim Sekolah Fox et al. 26
3.1 Pekali Alpha Cronbach 37
3.2 Penggunaan Skala Likert 41
3.3 Taburan Item Soalan 41
3.4 Skor Skla Likert Lima Peringkat Kepada
Tiga Peringkat 42
3.5 Pembahagian Skor Skala Lima 43
4.1 Taburan Responden Kelayakan Tertinggi
Akademik 47
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Jawatan
yang Disandang di Sekolah 49
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bidang 49
4.4 Taburan Min Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu
Iklim Sekolah 50
4.5 Taburan Min Item-Item Bagi Sikap Guru Terhadap
Faktor Program Dalam Penentu Iklim Sekolah (n=44) 52
4.6 Taburan Min Item-Item Bagi Sikap Guru Terhadap
Faktor Proses dalam Penentu Iklim Sekolah (n=44) 55
4.7 Taburan Min Item-Item Bagi Sikap Guru Terhadap
Faktor Bahan Dalam Penentu Iklim Sekolah (n=44) 58
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Iklim Sekolah Fox et al. 23
2.2 Model Interaktif Iklim Sekolah 28
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 46
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 47
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman
Mengajar 48
4.4 Taburan Min Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu
Iklim Sekolah 51
4.5 Taburan Min Item-Item Bagi Sikap Guru Terhadap
Faktor Program Dalam Penentu Iklim Sekolah (n=44) 54
4.6 Taburan Min Item-Item Bagi Sikap Guru Terhadap
Faktor Proses dalam Penentu Iklim Sekolah (n=44) 57
4.7 Taburan Min Item-Item Bagi Sikap Guru Terhadap
Faktor Bahan Dalam Penentu Iklim Sekolah (n=44) 59
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan 76
B Surat Kebenaran Menjalankan di Sekolah Swasta 77
C Surat Pengesahan Menjalankan di Sekolah Swasta 78
D Soal Selidik 79
E Pengesahan Soal Selidik 80
F Analisis Data 81
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan berasal daripada perkataan Latin, “educare” yang bermaksud
mengasuh, memelihara dan membimbing, merupakan satu proses bagi mewujudkan
kesempurnaan mental dan perkembangan jasmani yang baik. Menurut Ibn Khaldun,
seorang pemikir Islam, pendidikan adalah satu proses untuk mempersiapkan seseorang
dari segi keagamaan bagi mengukuhkan potensi keimanannya, memebentuk akhlak,
menyediakan seseorang dari segi kemasyarakatan, membentuk pemikiran, persediaan
untuk pasaran kerja dan menyesuaikan diri dengan masyarakat (Hassan Langgulung,
1987). Ia juga merupakan aktiviti perkembangan dan perubahan pemikiran melalui
pembelajaran yang sudah dirancang, meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan
formal.
Sistem Pendidikan Negara mengalami perubahan yang sangat pesat. Umumnya
perubahan ini dibuat secara terancang selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang
bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan mampu bersaing dengan
negara-negara lain dari segi ekonomi, teknologi dan pembangunan. Ledakan dan
kepesatan perubahan ini akan berterusan dan dijangka lebih mencabar di masa akan
datang. Justeru itu, setiap warganegara telah diwajibkan untuk melalui satu proses yang
dinamakan persekolahan bagi melahirkan insan yang sempurna dan berdaya saing.
2
Di Malaysia, sistem pendidikan yang bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan
Negara telah dibahagikan kepada lima peringkat iaitu pra-sekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah, pra-universiti dan Intitut Pengajian Tinggi. Di peringkat rendah,
sekolah adalah sebahagian daripada pendidikan yang diadakan untuk masyarakat khusus
bagi memberi pendidikan kepada generasi muda bagi mempersiapkan diri dengan ilmu
yang bermanfaat kepada diri dan masyarakat. Sekolah juga sesuai dikatakan sebagai
kominiti, kerana ahli-ahlinya terdiri daripada para pelajar yang masih belum menjadi
ahli masyarakat yang sepenuhnya dan berada di sekolah untuk disosialisasikan ke dalam
corak kehidupan bermasyarakat (Muhammad Nor Che’ Noh, 1990).
Secara umumnya, Sistem Pendidikan Negara kita dipecahkan kepada dua
bahagian iaitu Pendidikan Awam yang ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan dan
Pendidikan Swasta yang ditanggung oleh orang perseorangan, syarikat-syarikat swasta
dan sebagainya. Bagi Institusi Pendidikan Swasta, proses penubuhan dan pendaftaran,
pengurusan dan operasi sesebuah adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996.
Sekolah Swasta pertama yang diakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
menjalankan kurikulum nasional ditubuhkan di awal tahun 1980.
Di peringkat sekolah, sekolah swasta mempunyai kuasa autonomi dari segi
pentadbiran, kewangan, pemilihan guru dan pelajar, kurikulum, kokurikulum,
pengajaran dan pembelajaran, yuran serta penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG). Bahagian Pelajaran Swasta di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
bertanggungjawab ke atas semua aspek penubuhan dan pendaftaran serta
pengawalseliaan pendidikan swasta untuk peringkat pra-sekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah, pusat tuisyen, pusat bahasa dan pusat kemahiran/perdagangan.
Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan ini untuk memastikan bidang pendidikan swasta
memainkan peranan dalam menambahkan peluang pendidikan bagi semua golongan
masyarakat. Pendidikan swasta semakin memainkan peranan yang penting dalam sistem
pendidikan kebangsaan kerana ia merupakan "supplementary" dan "complementary"
kepada institusi pendidikan di Malaysia.
3
Dalam konteks pendidikan, guru hendaklah sentiasa peka terhadap perubahan
kurikulum dan kehendak masyarakat serta negara. Dengan ini, guru sentiasa perlu
mengikuti perkembangan ilmu dan mengemaskini bahan serta kemahiran yang perlu
diajar (Esah Sulaiman,2003). Sealain, itu, guru merupakan seorang pemimpin. Oleh itu,
guru perlu sentiasa menyemak, memupuk, serta membentuk diri mereka sebagai
pemimpin yang berkesan. Guru juga merupakan penasihat, pakar rujuk, dan pembuat
keputusan. Oleh itu, guru hendaklah melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai.
Sekolah merupakan sebuah institusi formal untuk mendidik kanak-kanak dan
remaja menghadapi alam dewasa dan seterusnya menjadi insan yang berguna di hari
muka. Seseorang kanak-kanak akan menempuhi alam persekolahan sekurang-kurangnya
sebelas tahun iaitu di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Mereka juga akan menghabiskan sekurang-kurangnya enam jam atau lebih di sekolah
setiap hari persekolahan tidak termasuk aktiviti kokurikulum dan kelas-kelas tambahan.
Jadi, tidak hairanlah jika dikatakan sekolah sebagai agen sosialisasi kerana sebahagian
daripada usia seseorang itu akan dihabiskan di sekolah.
Dalam hal ini, suasana dan persekitaran sekolah atau lebih dikenali sebagai iklim
sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah seseorang. Menurut
seorang perintis dalam kajian iklim sekolah, Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah
digambarkan sebagai personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut
berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Haward et al.
(1974) pula menyifatkan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu
yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.
4
Dalam kajian Fox et al. (1971) yang melibatkan pengetua, guru dan staf
sokongan sekolah, mereka telah berjaya menghasilkan satu model iklim sekolah. Model
ini mengambil kira tiga kompenen utama untuk membentuk iklim iaitu faktor penentu
pembentukan iklim sekolah, matlamat iklim sekolah dan keperluan yang ingin dipenuhi
dengan wujudnya iklim sekolah yang positif. Menurutnya lagi, faktor-faktor penentu
iklim sekolah iaitu program, proses dan bahan yang merupakan asas kepada
pembentukan iklim sekolah yang telah ditetapkan. Matlamat utama iklim sekolah ialah
untuk meningkatkan produktiviti pelajar dan guru dengan memberikan penekanan dan
penumpuan kepada kemajuan akademik, kemahiran sosial dan fizikal, pengetahuan dan
sikap. Seterusnya ialah memberi kepuasan kepada mereka, kerana iklim sekolah yang
positif menyebabkan mereka gembira dan seronok berada di sekolah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Institusi pendidikan amat penting dalam meneruskan kesinambungan dan
penentu ke arah mencapai tujuan sesebuah negara. Menurut Hussein M. (1993) dalam
Najeemah Md Yusof (2006), institusi pendidikan merupakan tulang belakang negara
untuk mencapai wawasan pembangunan. Hazil Abdul Hamid (1990) dalam Najeemah
Md Yusof (2006) pula menyatakan bahawa pembangunan membawa kepada kemajuan
dan sekaligus mengarah kepada pembaharuan dan perubahan dari aspek nilai dan norma-
norma masyarakat.
5
Di negara-negara membangun, pendidikan merupakan medium bagi mencapai
matlamat pembangunan kerana melalui pendidikan, pengetahuan dan kemahiran akan
dapat diperbaiki dan dipertingkatkan. Sistem pendidikan telah berkembang dari semasa
ke semasa, sama ada di peringkat rendah ataupun tinggi. Secara tidak langsung,
pendidikan dapat meluaskan pandangan individu selari dengan kehendak negara. Pada
umumnya, sekolah mempunyai fungsi yang serupa, tetapi yang membezakannya adalah
dari segi fizikal, budaya ilmu yang dijalankan, bahasa yang digunakan serta keadaan
sosial sekolah berkenaan.
Abd. Raof (1991) menjelaskan, pengukur utama kejayaan sesebuah sekolah ialah
darjah keupayaannya memberi pendidikan yang baik kepada pelajarnya.
Pengklasifikasian sekolah yang baik adalah ditentukan melalui pencapaian para
pelajarnya dalam pepriksaan awam iaitu UPSR, PMR, SPM, dan STPM yang mengatasi
sekolah-sekolah lain. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa faktor
guru dan dan persekitaran sekolah berkenaan turut berperanan dalam membantu
kejayaan sesebuah sekolah. Sekolah yang cemerlang biasanya mempunyai suasana yang
dapat menarik minat para pelajar dan guru-guru untuk sama-sama menaikkan nama
sekolah.
Justeru itu, iklim sesebuah sekolah haruslah berada dalam keadaan yang kondusif
bagi memastikan pelajar dan guru berasa selasa untuk berada di sekolah dan seterusnya
membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain itu,
iklim sekolah yang positif juga menjadi sebahagian daripada tuntutan dalam arena
pendidikan bagi melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sahsiah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
6
Iklim sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah
seseorang. Menurut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah menggambarkan personaliti
seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap
organisasi iklim sekolah berkenaan. Haward et al. (1974) pula menyifatkan iklim
sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku
orang di dalamnya.selain itu, iklim sekolah dipengaruhi oleh banyak pihak termasuk
pelajar, ibu bapa, guru-guru, pengetua, peruntukan kewangan dan sebagainya.
Memandangkan faktor iklim sekolah turut membantu mewujudkan sekolah yang
berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang telah mengetengahkan beberapa ciri
iklim sekolah berkesan hasil daripada kajian yang mereka lakukan. Mengikut Halpin dan
Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri yang berikut:
1) Guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan
2) Guru-guru tidak berasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan
murid-muridnya
3) Pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa dalam
memberi sesuatu arahan.
4) Pelajar berasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh
7
Dalam dunia pendidikan, kebanyakkan penilaian dijalankan melalui tafsiran,
tanggapan atau melalui sikap sahaja. Dengan itu, guru-guru juga boleh menentukan dan
menilai keadaan penentu iklim sekolah melalui pemerhatian, pengamatan dan tafsiran
pancaindera mereka. Ini melibatkan ramai guru dan akan mencetuskan pelbagai
perspektif dalam bentuk sikap mereka sendiri. Perbezaan terhadap sikap guru juga
dipengaruhi oleh jantina, umur, pengalaman mengajar di sekolah tersebut, serta jawatan
yang disandang. Hal ini jelas memberi gambaran kepada kita bahawa sikap guru
terhadap faktor penentu iklim sekolah boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, dan ia
berperanan penting dalam menentukan pembentukan iklim sekolah yang positif
sekaligus menjamin pencapaian pelajar-pelajar sekolah tersebut.
1.3 Pernyataan Masalah
Pendidikan merupakan proses yang berterusan dan bersepadu untuk
mengembangkan potensi individu. Hasilnya adalah generasi yang bakal mewarisi,
menjaga dan mengurus segala peninggalan bangsanya. Justeru itu adalah wajar jika isu-
isu yang berkaitan dengan pendidikan dijadikan perkara pokok dalam setiap urusan.
Secara positifnya, respon yang diberikan dapat memperelok dan memperkayakan proses
perlaksanaan dan pngurusan pendidikan itu sendiri.
Kebanyakkan isu pendidikan adalah berkisar kepada masalah di dalam kawasan
sekolah seperti kes ponteng sekolah, vandalisme, keciciran, imej buruk pelajar-pelajar di
luar sekolah dan sebagainya. Ini memberi gambaran negatif kepada orang ramai
terhadap peranan sekolah dalam melahirkan insan yang mulia budi pekertinya,
cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga sahsiah dan tingkah laku.
Hal ini sama ada dinyatakan secara tersirat atau tersurat, ianya mengarah kepada
permasalahan dan kemerosotan disiplin di sekolah.
8
Fenomena ini amat bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berhasrat untuk melahirkan insan yang berguna untuk kemajuan negara. Adalah menjadi
harapan kerajaan agar dapat mewujudkan satu masyarakat yang bertatasusila, bersatu
padu, demokratik, liberal dan progresif (Muhd Mansur, 1986). Untuk itu, proses
pembentukan sesuatu masyarakat akan bermula di peringkat sekolah. Ini bertepatan
dengan fungsi sekolah sebagai agen sosialisasi kepada pelajar-pelajarnya. Sekolah yang
mempunyai iklim yang kondusif akan mampu untuk mewujudkan suasana yang ceria
dan harmoni di samping menggalakkan para pelajar untuk hadir ke sekolah bagi
menimba ilmu pengetahuan.
Iklim sesebuah sekolah dapat dilihat dengan menilai kewujudan faktor-faktor
yang mempengaruhi proses pembentukannya. Apa sahaja program untuk memperbaiki
iklim sekolah yang ingin dilaksanakan perlulah ditumpukan kepada aspek kemanusiaan
bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sahsiah (JERIS) selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Kompenen utama yang membentuk iklim sekolah ialah faktor penentu iklim
sekolah. Menurut Fox et .al. (1971), faktor penentu iklim sekolah meliputi program,
proses dan bahan yang merupakan asas kepada pembentukan iklim sekolah. Ia perlu
digunakan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat iklim sekolah yang telah
ditetapkan. Matlamat utama iklim sekolah ialah untuk meningkatkan produktiviti pelajar
dan guru dengan memberikan penekanan dan penumpuan kepada kemajuan akademik,
kemahiran sosial dan fizikal, pengetahuan dan sikap. Seterusnya ialah memberi
kepuasan kepada mereka, kerana iklim sekolah yang positif menyebabkan mereka
gembira dan seronok berada di sekolah.
9
Secara umumnya, iklim sekolah swasta dan sekolah kerajaan adalah berbeza
disebabkan sistem dan struktur pentadbiran sekolah yang berlainan di antara satu sama
lain (Amir Hasan Dawi, 2006). Sekolah swasta dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta
dan orang perseorangan. Walaubagaimanapun, ia masih tertakluk di bawah Akta
Pendidikan 1996 di mana kurikulum dan kokurikulum sekolah perlu selari dengan
sekolah kerajaan yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala
keperluan sekolah termasuk kemudahan infrastruktur disediakan oleh pihak swasta dan
ibu bapa.
Kebanyakan pelajar yang bersekolah di sekolah swasta adalah terdiri daripada
mereka yang berasal dari kalangan keluarga yang berpendapatan sederhana dan tinggi.
Mereka akan dikenakan yuran bulanan atau tahunan oleh pihak sekolah. Guru-guru pula
kebanyakannya bukan daripada mereka yang mempunyai ijazah atau diploma dalam
bidang pendidikan. Walaubagaimanpun, mereka akan diberi kursus secara intensif oleh
pihak pentadbir bagi memastikan mereka berupaya melahirkan modal insan yang
berkualiti tinggi untuk negara.
Sekolah swasta mempunyai struktur organisasinya yang tersendiri. Pada
kebiasaannya, sesebuah sekolah swasta mempunyai Lembaga Pemagang Amanah,
Lembaga Pengelola, Jawatankuasa PIBG, Jawatankuasa Khas Sekolah, Pengetua,
Penolong Pengetua, kakitangan akademik dan bukan akademik. Sekolah ini juga
mempunyai struktur pentadbirannya yang tersendiri di mana segala program, proses dan
bahan yang menjadi faktor penentu kepada iklim sekolah ditentukan oleh pihak tersebut.
10
Tidak seperti sekolah bantuan kerajaan, penyediaan kemudahan asas di sekolah
swasta seperti bekalan air dan elektrik, bilik darjah, makmal, alat-alat bantu mengajar
dan sebagainya disediakan sendiri oleh pihak pengurusan sekolah dengan dibiayai oleh
individu tertentu. Suasana dan persekitaran sekolah juga ditentukan sendiri oleh pihak
sekolah berdasarkan sumber kewangan yang diperolehi oleh mereka. Walau
bagaimanapun, penyediaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah swasta masih terikat
dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian, yang berbezanya
adalah cara dan kaedah perlaksanaan yang disesuaikan mengikut prasarana dan
kemudahan yang ada di sesebuah sekolah swasta tersebut. Hal ini akan menyebabkan
dua kemungkinan iaitu sama ada iklim sekolah akan berada dalam keadaan yang baik
atau sebaliknya.
Iklim sesebuah sekolah haruslah berada dalam keadaan yang kondusif bagi
memastikan pelajar dan guru berasa selasa untuk berada di sekolah dan seterusnya
membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain itu,
iklim sekolah yang positif juga menjadi sebahagian daripada tuntutan dalam arena
pendidikan bagi melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sahsiah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya, tinjauan ini mempunyai tiga objektif, iaitu:
1) Untuk meninjau faktor program dalam penentu iklim sekolah menurut
sikap guru.
2) Untuk meninjau faktor proses dalam penentu iklim sekolah menurut sikap
guru.
3) Untuk meninjau faktor bahan dalam penentu iklim sekolah menurut sikap
guru.
11
1.5 Persoalan Kajian
Tiga persoalan dikemukakan bagi memenuhi pernyataan masalah dan objektif
kajian, iaitu:
1) Apakah sikap guru terhadap faktor program dalam penentu iklim
sekolah?
2) Apakah sikap guru terhadap faktor proses dalam penentu iklim sekolah?
3) Apakah sikap guru terhadap faktor bahan dalam penentu iklim sekolah?
1.6 Kepentingan Kajian
Dapatan kajian yang berbentuk tinjauan ini boleh memberi sumbangan yang
bermakna kepada pelbagai pihak seperti pihak Kementerian Pelajaran, pihak pengurusan
dan pentadbiran sekolah, guru-guru, para pelajar, ibu bapa dan sebagainya. Antara
sumbangannya adalah:
1) Membantu pihak Kementerian Pelajaran untuk menyediakan satu garis
panduan dalam membentuk satu keadaan iklim sekolah yang positif.
2) Membantu pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah untuk menyusun
pelbagai aktiviti yang menjadi penentu kepada iklim sekolah sekaligus
menjadikannya barada dalam keadaan yang positif.
3) Menyediakan panduan kepada guru-guru dan para pelajar dalam
merancang kerangka aktiviti yang lebih baik dalam usaha menjadikan
sekolah sebagai pusat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
top related