simbolik motif seni tekatan dalam … kurator 20.9.2019.pdfsusunan motif [3 corak seniatekat] 1....
Post on 26-Dec-2019
51 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SIMBOLIK MOTIF SENI TEKATAN DALAM MASYARAKAT MELAYU
Tekat adalah satu daripada seni tekstil warisan Melayu .
Sulaman tekat dikenali juga dengan nama bersuji.
Tekat diperbuat daripada sulaman benang emas atau
perak ke atas kain dasar ( jenis baldu ) untuk
menghasilkan motif hiasan timbul.
Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk
merenggangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan
motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.
Fungsi tekat
Penghasilan tekat hanya digunakan untuk istiadat dan
upacara tertentu dan khusus. Ia digunakan sebagai
kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran,
berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya.
Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian
kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan
masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya
merupakan bahan mewah.
Peralatan Tekatan
Pemidang Kayu digunakan untuk meregang kain dasar bagi
memudahkan sulaman di samping mengelakkan kedutan
atau lipatan. Ukuran pemidang bergantung pada lebar kain
dasar atau jenis barang yang hendak dihasilkan.
Peralatan Tekatan
Cuban
ialah jarum besar untuk melilit benang emas atau perak.
Peralatan Tekatan
Benang
digunakan untuk menekat iaitu benang emas, benang perak,
benang putih atau benang kapas dan benang pelbagai
warna. benang putih digunakan untuk mengetatkan
kedudukan tekat emas pada mempulur.
Kain Dasar
kain yang sesuai untuk membuat kain dasar ialah yang
berwarna terang. Kain baldu ini dilapisi dengan sehelai kain
kapas putih yang berfungsi untuk mengukuh dan
mengemaskan sulaman benang.
Mempulur digunakan sebagai bentuk atau struktur utama.
Mempulur dibuat daripada rotan sega, kertas tebal dan
gam.
Membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di
atas beberapa helai kertas yang dilekat
tindih antara enam hingga lapan helai.P
RO
SE
S M
EN
EK
AT
bentuk motif ini dipotong dan diasingkan.
Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas
dibuat antara 0.5 dan 0.25 sentimeter.
Mempulur daripada kertas digunakan
untuk membentuk motif tumbuhan
kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada
jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat
ditegangkan pada pemidang kayu.
Baldu yang ditegangkan pada pemidang
disambungkan dengan kain putih yang
diikatkan ke bingkai pemidang
benang emas akan ditindih dan diikat jahit
oleh benang putih melalui jarum
Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari
bawah batang mempulur hinggamempulur ditutupi benang emas.
• Kegunaan gubahan tekat/ Barang yang di tekat ialah
• tudung saji,
• tepak sirih,
• kasut pengantin,
• sejadah,
• penutup pahar,
• peralatan upacara perkahwinan,
• lemudi pintu,
• pakaian diraja
• alas tempat tidur,
• muka kasut pengantin,
• kipas pengantin,
• baju pengantin,
• bekas barang kemas dan
• bekas perhiasan
• bantaL,
• set perkahwinan,
• set pelamin,
• set bilik tidur
aSusunan motif [3 corak seni tekat]
1. Susunan satu atau tunggal
Memerlukan satu atau tunggal untuk sulaman
[ tepak sirih, sarung bantal atau kusyen, kasut, Kipas ]
2. susunan sulur bayung [sulur kacang,pucuk melata dll ]
Tirai, lemudi pintu, pelamin, kusyen 4 segi, beg tangan
P
3. susunan awan larat
MOTIF SENI TEKAT
• Motif dan rupa bentuk tekatan
• Motif tumbuh-tumbuhan dan motif geometri.
• Rupabentuk tekatan terbahagi kepada dua iaitu dua dimensi
dan tiga dimensi.
• Rupabentuk dua dimensi ialah seperti tikar, kipas dan
penyangkut kelambu, selempang dan tetampan (Lapik
dulang).
• Rupabentuk tiga dimensi pula seperti tepak sirih, sarung
bantal, kusyen, kasut dan tudung saji.
RAGAM HIAS
Mutu dan keindahan tekat sangat bergantung kepada motif-
motif yang dihasilkan. Motif-motif berkenaan juga bukan sahaja
indah secara visual tetapi juga memancarkan falsafah dan
nilai hidup masyarakat yang mendukungnya iaitu masyarakt
Melayu.
Pemilihan subjek yang selektif dan penampilan motif flora,
fauna, geometrik dan awan larat sangat serasi dengan budaya,
pemikiran dan gaya hidup orang Melayu yang telah
mewujudkan suatu pengutaraan seni rupa Melayu dengan
identiti yang tersendiri dalam seni Tekat.
Tumbuhan yang menjadi pilihan ialah tumbuhan menjalar,
terutamanya bunga, daun, akar menjalar dan kudup bunga
mampu mengangkat suatu pengutaraan seni rupa Melayu
dengan identiti yang tersendiri.
Ragam hias dalam seni tekat masyarakat melayu banyak
diilhamkan daripada motif flora dan fauna yang telah
diolah seperti meringkaskan rupa haiwan, pengurangan
dan penambahan.
Selain daripada motif flora dan fauna , motif geometri
[bersudut] dan motif awan larat juga terdapat dalam seni
tekat. Ada di antara motif diilhamkan daripada makanan
atau bentuk benda lain yang diringkaskan rupa
bentuknya.
UNSUR DAN BENTUK MOTIF
i. Motif tumbuhan [flora]
ii. Motif geometri [bersudut]
iii. Motif burung [unggas]
iv. Motif awan larat
Motif flora mendominasi di samping motif fauna dan geometri.
Tumbuhan menjadi pilihan ialah tumbuhan menjalar,
terutamanya bunga, daun, akar menjalar dan kudup bunga.
Motif tumbuhan ini dimanipulasi dan diubahsuai menjadi variasi
yang menarik. Contoh motif flora yang biasa digunakan
ialah bunga cempaka,
bunga asam batu,
bunga bakung,
bunga bercula kelopak pecah lapan,
bunga kenanga,
bunga pecah lima,
bunga raya,
bunga teratai,
bunga atau buah delima,
daun bunga jermin,
daun keladi,
daun peria,
daun atau buah padi dan
daun atau pucuk paku.
Motif Fauna
Motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam, itik, serangga
dan unggas. Motif ini selalunya diolah atau digabungkan
dengan motif flora.
Motif Geometri
Motif geometri lebih mudah dan ringkas. Antara motif geometri
yang popular ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, garisan
lurus, swastika, gandaan huruf 'S' dan sebagainya.
Motif Awan Larat
Corak yang berkait-kait yang digabungkan dengan motif
tumbuhan
Kombinasi cahaya keemasan benang emas
warna tanah kain
Bentuk corak
Ruang yang tepat,
Cahaya benang yang bergemerlapan
Faktor Penghasilan tekat berkualiti
warna kain baldu yang lembut,
Jalinan motif yang halus dan rumit
Pemilihan warna kain dasar
Motif tumbuhan ini dimanipulasi dan diubahsuai menjadi variasi yang
sangat menarik. Motif flora yang digunakan ialah:
Bunga Kekwa
Daun atau Buah Padi
Bunga Kenanga,
Bunga Raya,
Bunga Orkid
Bunga Asam Batu,
Bunga Teratai,
Bunga atau Buah Delima,
Bunga Pecah Lima,
Daun Mali Alam
Daun sireh
bunga cengkih
Bunga Lawang
Bunga Bakung,
Bunga Bercula Kelopak Pecah Lapan,
Daun Bunga Jermin,
Daun Keladi,
Daun Peria,
Daun atau Pucuk Paku.
Motif Bunga Asam Batu
Motif Bunga Asam Batu
Motif Bunga Asam Batu
Hiasan Gerang PintuPenyangkut Kelambu bertekat dengan motif bunga teratai yang dihiasi dengan jahitan manik dan labuci bertekat, sekitar tahun
1970an
Bunga teratai
Motif Bunga teratai
Labuci bertekat
Motif Bunga teratai
Motif Daun Mali Alam
Tampok bantal pipih ditekat
menggunakan benang
emas dengan motif Daun
Mali Alam dengan dihiasi
dengan jahitan manik dan
labuci ditekat sekitar tahun
1960an
Motif Bunga Cengkih
Motif Bunga Cengkih
Motif Bunga Cengkih
Motif bunga cengkih
Motif bunga cengkih
Motif Bunga Anggerik
Motif bunga orkid
Motif Bunga Orkid
Hiasan sisi sejadah digunakan sebagai hiasan Tikar Solat bermotifkan Bunga Orkid
Motif Bunga Orkid
Hiasan kepala sejadah digunakan sebagai tikar solat
bermotifkan Bunga Orkid
Motif Bunga Orkid
Motif Bunga Orkid
Hiasan sisi sejadah digunakan sebagai hiasan tikar solat bermotifkan Bunga Orkid
Motif Bunga Padi
Bantal
Motif Buah Padi
kipas
Motif Buah Padi
Motif Bunga Padi bantal
Bantal
Motif Bunga Padi
Motif Buah Padi
Motif Buah Padi
Tepak Sireh
Motif Buah Padi
Motif Buah Padi
Ciak
Motif Bunga kekwa
Motif Daun Sireh
Ciak
Motif Daun Sireh
Beg Tangan
Motif Daun Sireh
Beg Tangan
Motif bunga daun Delima
daun
Motif Bbunga Raya
Motif bunga kekwa Tampok bantal pipih motif bunga kekwa ditekat di atas kain baldu dengan menggunakan benang emas dihasil sekitar tahun 1970an
Motif Buah Anggor
Motif bunga kekwa
Motif bunga kekwa
Motif bunga kekwa
Motif bunga kekwa
Motif bunga kekwa
Motif bunga kekwa
Motif bunga kekwa
tampok bantal pipih motif bunga kekwa ditekat di atas kain baldu dengan menggunakan benang emas dihasil sekitar tahun 1970an
Motif bunga kekwa
Motif Bunga Cengkih
Motif bunga kekwa
Motif bunga kekwa
Motif Fauna
Motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam, itik,
serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah atau
digabungkan dengan motif flora.
Motif awan larat
• Awan larat merupakan rangkaian dari motif yang tersusun rapi berdampingan dan berhubungan.
Motif awan larat
Motif awan larat
M
Motif Awan larat
Motif awan larat
Motif awan larat
Motif awan larat
Motif Geometri
Motif geometri bentuknya lebih mudah dan ringkas.
Antara motif geometri yang popular ialah segi tiga
pucuk rebung, segi empat, garisan lurus, gandaan
huruf 'S' dan sebagainya. Rupa Geometri ialah rupa
yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi,
empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
Motif Geometri
Motif Geometri
Motif Geometri
Motif Geometri
Motif Geometri
Motif Geometri - BENTUK S
Bentuk S
Motif Geometri
Motif Geometri
Motif Geometri
Motif Geometri
Motif Geometri
Sekian terima kasih.
top related