sistem endokrin esei
Post on 10-Jun-2015
4.175 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SISTEM ENDOKRIN
Sistem endokrin adalah sistem yang melibatkan kelenjar-kelenjar tertentu
yang menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan hormon. Hormon yg
dilepaskan akan menyerap terus ke dalam darah dan dibawa oleh sistem pengaliran
darah ke seluruh tubuh. Sistem saraf dan sistem endokrin memainkan peranan
penting dalam mengawal sistem tubuh.
Terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon. Fungsi yang
pertama ialah membantu mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur
kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan. Kedua, membantu tubuh
dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan trauma, stres, pendehidratan,
pendarahan dan perubahan suhu yang melampau. Ketiga, memainkan peranan
dalam pertumbuhan dan perkembangan badan dan yang keempat, hormon
memainkan peranannya dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan
kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru
lahir. Ciri utama tindakan hormon ialah dirembes terus ke sistem peredaran darah
dan diangkut oleh darah ke bahagian lain dalam badan, kuantiti yang sedikit
menghasilkan kesan yang besar, kesan hormon lama kerana hormon dapat berada
dalam darah untuk beberapa ketika, dan hormon bersifat spesifik. Hormon tertentu
merangsang aktiviti tertentu pada organ tertentu.
Setiap hormon mempunyai fungsi yang berbeza. Kebanyakan hormon peptida
terikat kepada reseptor protein yang terdapat di dalam membran plasma dan ia
mengaktifkan sistem pengangkutan yang kedua. Seterusnya, sistem pengangkutan
yang kedua akan menyebabkan sel-sel berubah untuk mengenalpasti hormon yang
perlu disimpan dan yang perlu dibebaskan. Kebiasaannya pengangkut yang kedua
akan dijumpai di dalam sel-sel badan termasuk di cyclic AMP dan kalsium.
Pengangkut kedua akan bergerak ke suatu enzim kerana setiap enzim akan
bertindak aktif diantara satu sama lain. Enzim intrasel mengakibatkan perubahan
pada sel yang bersatu dengan hormon. Enzim tersebut akan mengubah atau
hentikan proses tersebut.
Dalam tubuh sesuatu organisme, terdapat suatu mekanisme kawal atur yang
berupaya untuk mengekalkan badan dalam keadaan seimbang yang dipanggil
homeostasis. Homeostasis merupakan suatu mekanisme pemeliharaan ciri-ciri kimia
dan fizikal persekitaran dalaman iaitu bendalir luar sel tubuh organisma hidup secara
fisiologi supaya berada dalam keadaan yang seimbang. Antara kepentingan
homeostasis ialah organisma dapat hidup dan menyesuaikan dirinya dalam julat
habitat dan persekitaran yang lebih luas, mampu menyediakan suatu keadaan
dalaman yang stabil untuk menjalankan segala proses hidup sel dengan cekap,
kadar metabolisme atau aktiviti-aktiviti lain dapat ditingkatkan atau diturunkan pada
bika-bila masa sahaja dan enzim-enzim dalaman dapat berfungsi dengan kecekapan
yang optimum. Walaupun kesemua proses ini adalah bertentangan dan bersaing
antara satu sama lain, tetapi melalui suatu proses yang di sebut suap balik, proses-
proses ini tersusun dalam sebegitu cara untuk menghasilkan satu nsistem yang
dapat berfungsi dengan baik.
Proses homeostasis adalah proses suap balik negatif dan positif. Persekitaran
dalaman atau bendalir luar sel suatu organisma berfungsi secara konsisten melalui
kawalan suatu sistem hemeostasis. Terdapat beberapa faktor yang dikawalatur oleh
bendalir luar sel iaitu kepekatan glukosa, urea, garam, pH, suhu dan kandungan air.
Setiap faktor ini mempunyai julat normal masing-masing. Sebarang pesongan dari
julat normal akan dikesan oleh reseptoe tertentu dalam badan yang seterusnya akan
menghantar maklumat ke suatu pusat kawalan, biasanya otak. Di pusat kawalan,
langkah yang sesuai akan diambil untuk mengembalikan keadaan ke aras normal.
Terdapat beberapa kelenjar endokrin yang utama iaitu kelenjar hipotalamus
dan pituitari, kelenjar tiroid dan paratiroid, kelenjar adrenal dan pankreas. Kelenjar
endokrin yang lain ialah testis dan ovari, kelenjar timus dan kelenjar pineal. Kelenjar
hipotalamus adalah bahagian kecil Diencephalon (otak) pada bahagian bawah
(inferior) talamus. Kelenjar ini penting untuk hubungan sistem saraf dan endokrin.
Hipotalamus mengawal persekitaran dalaman dalam tubuh. Ia membantu untuk
mengawal denyutan jantung, suhu badan dan kandungan air supaya seimbang di
dalam badan. Kelenjar pituitari pula merupakan kelenjar utama kerana dapat
menghasilkan banyak hormon yang mengawal kelenjar endokrin yang lain serta
mengawal aktiviti tubuh. Ia berbentuk bulat dan berdiameter 1.0 cm. Ia terletak di
dalam ruang tengkorak. Kelenjar pituitari dan kelenjar hipotalamus dihubungkan oleh
infundibulum.
Kelenjar hipotalamus dan pituitari hormon di bahagian anterior dan
posterior
Kelenjar pituitari mempunyai dua bahagian utama iaitu cuping anterior dan
cuping posterior. Cuping posterior merembeskan pelbagai hormon. Antaranya ialah
Thyroid stimulating hormon (TSH) untuk mengawal penghasilan hormon tiroksina
oleh kelenjar tiroid, Follicle stimulating hormon (FSH) bagi merangsang pertumbuhan
folikel Graaf & penghasilan estrogen dlm ovari dan merangsang tubul semen dalam
testis, Growth hormone (GH) adalah untuk mengawal proses pertumbuhan. GH
berlaku dalam otot, tulang, hati, rawan dan tisu lain. Selain itu, cuping anterior juga
merembeskan Adrenocorticotrophin hormon (ACTH) bagi mengawal rembesan
hormon kortisol dari korteks adrenal, Luteinising hormon (LH) untuk merangsang
pembentukan korpus luteum, penghasilan progestron dan estrogen di ovari serta
merangsang rembesan testosteron di testis dan juga merembeskan hormon Prolactin
untuk merangsang perkembangan kelenjar susu bagi wanita yg hamil dan
memelihara rembesan susu.
Cuping anterior pula hanya merembeskan dua jenis hormon iaitu hormon
Oksitosin dan Antidiuretic hormon (ADH). Hormon oksitosin adalah untuk
pengecutan otot uterus semasa kelahiran anak dan merangsang penghasilan susu
dari kelenjar susu. Manakala ADH pula adalah untuk duktus pengumpul ginjal
menjadi telap kepada air supaya lebih banyak air dapat diserap semula ke dalam
ginjal.
Jumlah GH yang dihasilkan oleh cuping anterior akan memberi kesan kepada
ketinggian seseorang. Kuantiti GH akan mempengaruhi tumbesaran seseorang
semasa kanak-kanak dan juga pada masa remaja. Jika terlalu sedikit GH semasa
zaman kanak-kanak, tumbesarannya akan terbantut. Perwatakan pula adalah seperti
kanak-kanak normal tetapi ketinggiannya terbantut. Ini dipanggil sebagai orang
kerdil. Jika terlalu banyak GH, seseorang itu akan menjadi terlalu tinggi atau gergasi.
Biasanya orang itu akan menghadapi masalah kesihatan kerana kandungan gula di
dalam badan dan menyebabkan penyakit kencing manis. Kanak-kanak akan
menghadapi pertumbuhan luar biasa pada tulang tangan, kaki dan tengkorak
Kelenjar tiriod terletak pada bahagian bawah (inferior) larinks (peti suara).
Kelenjar tiroid dipenuhi oleh folikel tiroid. Dinding bagi setiap folikel terdiri daripada
sel folikular. Sel folikular menghasilkan hormon triiodothyronine (T3) dan thyroxine
(T4). Kelenjar tiroid berfungsi mengatur susunan kimia tisu dan sebagai perangsang
proses pengoksidaan. Hormon yang dirembeskan oleh kelenjar ini ialah tiroksin.
Hormon tiroksin berfungsi sebagai pengawal kadar metabolisme sel dan sebagai
pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta mental yang normal. Selain itu, hormon
tiroksin juga berperanan penting dlm proses tumbesaran tubuh bdn pd peringkat
kanak-kanak dan memelihara kesihatan kulit tubuh & rambut.
tiroid proses perembesan hormon
dalam tiroid
Apabila kekurangan hormon tiroid di dalam darah, ia akan menggalakkan
penghasilan tirotrofin dan hormon perangsang tiroid (TSH) di pituitari anterior.
Kemudian, ia akan merangsang penghasilan hormon tiroid di dalam badan.
Sekiranya sudah mencukupi, hormon tiroid akan menghantar maklumat bahawa
hormonnya sudah mencukupi dan proses perembesan akan berhenti. Proses
sebaliknya akan berlaku sekiranya peningkatan hormon tiroid di dalam darah.
Kekurangan hormon tiroksina,akan berlakunya kretinisme iaitu kekurangan
rembesan pada waktu bayi yang seterusnya akan mengakibatkan pertumbuhan
mental dan fizikal terencat. Bagi golongan dewasa, keadaan ini menyebabkan
miksedema di mana proses metabolik sangat perlahan dan cenderung untuk menjadi
gemuk, pergerakan lembap, kulit menjadi tebal dan kering, rambut gugur dan
menjadi jarang, suhu badan di bawah normal dan denyut nadi perlahan. Sekiranya
berlebihan hormon tiroksina, kadar metabolisme menjadi tinggi dan suhu badan
menjadi lebih tinggi daripada normal. Pada keadaan ini, pesakit kehilangan berat
badan, gelisah dan mudah marah, kadar denyutan nadi naik, output jantung
bertambah, dan mengalami simptom kardiovaskular seperti fibrilasi atrium dan
kegagalan jantung. Seseorang itu juga akan menghadapi penyakit goiter,terlalu aktif
dari segi mental dan juga menghadapi kesukaran untuk tidur.
Kelenjar paratiroid terbina daripada tisu yang kecil dan bulat. Hormon
paratiroid yang dikeluarkan berfungsi untuk mengatur metabolisme kalsium dan
mengawal jumlah kalsium di dalam darah dan tulang. Ia memainkan peranan dalam
metabolisme dan fosfat.
Kelenjar paratiroid regulasi kalsium dalam darah
Apabila kalsium di dalam darah tinggi, kelenjar tiroid akan merembeskan
calcitonin. Calcitonin akan menyuruh tulang mengeluarkan kalsium kerana tulang
mengandungi banyak kalsium. Kemudian kalsium di dalam darah kembali normal.
Manakala apabila kalsium di dalam darah rendah, kelenjar paratiroid akan
merembeskan hormon paratiroid (PTH). Hormon ini menyebabkan tulang
merembeskan kalsium. Ia juga menyebabkan ginjal menyerap semula kalsium dari
tubul dan mengaktifkan vitamin D. Kemudian, usus akan menyerap kalsium dan
kandungan kalsium dalam darah akan kembali normal. Proses ini dinamakan proses
hemeostasis.
Kekurangan hormon di dalam kelenjar paratiroid menyebabkan kekurangan
kalsium di dalam kandungan darah. Keadaan ini menyebabkan keadaan seperti
tetanus iaitu gejala kekejangan otot dan konvulsi terutamanya pada tangan dan kaki
yang dikenali sebagai karpopedal spasma. Gejala ini dapat diredakan dengan
memberikan kalsium dalam kadar segera. Aktiviti kelenjar yang berlebihan berkaitan
dengan pembesaran (tumor) kelenjar. Pengagihan kalsium terganggu di mana
kalsium dikeluarkan semula dari tulang dan dimasukkan kembali ke serum darah. Ini
akan menyebabkan penyakit tulang di mana bahagian tulang menjadi nipis.
Kegagalan ginjal juga boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam ginjal.
Kelenjar adrenal adalah berpasangan yang terletak di bahagian atas
(superior) ginjal. Ia mempunyai bentuk piramid yang rata dan mengandungi darah
yang banyak serta dilapisi dengan kapsul berserat. Kelenjar adrenal mempunyai dua
bahagian utama iaitu korteks adrenal (bahagian luar) dan medula adrenal (bahagian
dalam). Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan kortisol manakala
bahagian medula menghasilkan adrenalin dan noradrenalin.
-kelenjar adrenal
Medula adrenal berada di dalam bahagian dalam kelenjar adrenal. Ia terdiri daripada
sel kromafin (chromaffin cells) yang menghasilkan hormon epinephrine dan
norepinephrine atau nama lain adrenaline dan noradrenaline. Rembesan hormon
dikawal oleh sistem saraf autonomik. Korteks adrenal terbahagi kepada 3 bahagian
iaitu zon glomerulosa yang berada di bahagian paling luar,di bawah lapisan kapsul.
Ia menghasilkan rembesan mineralokortikoid. Hormon ini mengatur keseimbangan
elektrolit dengan meningkatkan penyerapan natrium dan kumuhkan kalium. Aktiviti
fisiologi ini membantu dalam mempertahankan tekanan darah normal dan kadar
denyutan jantung. Bahagian yang kedua ialah zon fasikulata berada di bahagian
tengah dan bahagian paling besar. Selnya merembeskan glukokortikoid. Bahagian
yang ketiga adalah zon retikularis merupakan bahagian korteks paling dalam dan
menghampiri bahagian medula. Selnya merembeskan hormon androgen.
Proses yang berlaku ketika
dalam keadaan takut
Proses ini berlaku di dalam medula adrenal. Apabila seseorang itu takut,
oksigen akan berkurang di dalam darah dan ia memberi kesan kepada medula
adrenal. Apabila ini berlaku, lobus frontal akan merangsang hipotalamus. Kemudian,
hipotalamus akan ke medula oblongata seterusnya menghantar impuls di sepanjang
saraf simpatetik yang akan menyebabkan pembebasan adrenalin oleh medula
adrenal ke dalam aliran darah. Apabila keadaan telah stabil, maklumat akan dihantar
semula ke hipotamus dan hipotalamus akan berhenti memproses.
Pankreas merupakan tisu endokrin bagi sistem penghadaman. Pankreas
terdiri daripada kelenjar endokrin serta eksokrin (exocrine). Pankreas adalah organ
leper yang berukuran antara 12.5 hingga 15cm. Ia berada pada lengkungan
deodenum (bahagian pertama usus kecil). Ia juga terdiri daripada 3 bahagian utama
iaitu head (kepala), body (badan) dan tail (ekor). Terdapat kumpulan sel istimewa
yang dinamakan sel Langerhans. Sel Langerhans menghasilkan hormon insulin yang
terus menyerap masuk ke dalam aliran darah (endokrin).
Pankreas proses hemeostasis kandungan
glukosa dalam darah
Insulin adalah penting untuk proses metabolisma karbohidrat. Sel langerhans
terdiri daripada 4 jenis sel iaitu sel alpha (sel A) yang rembeskan glukagon, sel beta
(sel B) yang rembeskan insulin, sel delta (sel D) yang rembeskan somatostatin dan
sel F yang merembeskan polipeptida pankreatik. Insulin membantu menurunkan
kandungan gula dalam darah manakala glukagon meningkatkan kadar gula dalam
darah. Tindakan glukagon bila kadar gula dalam darah rendah, dan asid amino
dalam darah meningkat. Kesannya glukoagon ini juga sama dengan kesan kortisol,
GH dan epinefrin. Dalam meningkatkan kadar gula darah, glukagon merangsang
glikogenolisis (pemecahan glikogen menjadi glukosa) dan meningkatkan asid amino
dari otot serta meningkatkan glukoneogenesis (pemecahan glukosa dari yang bukan
karbohidrat). Dalam metabolisme lemak, glukagon meningkatkan lipolisis
(pemecahan lemak).
Kekurangan insulin akan menyebabkan aras glukosa meningkat dan
berpenyakit diabetes melitus. Akibat berlebihan insulin pula akan menyebabkan aras
glukosa menurun. Sekiranya glukagon kurang di dalam badan, seseorang itu akan
menjadi kurang aktif dari segi mental dan fizikal dan jika berlebihan, seseorang itu
akan menjadi terlalu aktif dari segi mental dan fizikal.
Testis adalah berpasangan yg berbentuk oval dilitupi kantung skrotum. Selain
menghasilkan sperma, testis turut menghasilkan hormon androgen iaitu Testosteron.
Hormon ini penting untuk regulasi penghasilan sperma dan merangsang
perkembangan sifat maskulin seorang lelaki. Testis juga menghasilkan Inhibin bagi
merencat penghasilan FSH. Ovari merupakan telur atau jasad tisu berbentuk oval
yang hadir sepasang pada rongga pelvic wanita. Ia menghasilkan beberapa jenis
hormon iaitu estrogen dan progesteron. Hormon estrogen adalah untuk mengawal
perkembangan organ seks dan ciri sekunder seks dalam perempuan dan untuk
merangsang penebalan dinding uterus bagi membolehkan proses penempelan ovum
tersenyawa pada dinding uterus. Hormon progesteron pula bagi mengekalkan
penebalan dinding uterus yang dapat menyokong perkembangan zigot dan fetus,
menghalang proses pengovulan dan merangsang pembesaran kelenjar susu
semasa kelahiran.
Testis ovari
Kesan kekurangan hormon aldestron, badan akan kehilangan air dan garam
mineral secara berlebihan dan otot-otot juga menjadi lemah. Manakala kesan
daripada berlebihan hormon ini, menyebabkan perkembangan otot yang kuat. Akibat
kekurangan hormon estrogen dan progestron dalam ovari, ciri seks sekunder dan
organ seks tidak akan berkembang dengan sempurna dan akan menyebabkan
keguguran fetus. Jika berlebihan hormon ini, kanak-kanak akan mempunyai ciri
perempuan dan mencapai kematangan terlalu awal pada peringkat kanak-kanak.
Jika berlebihan hormon progestron pula akan membuat kegagalan untuk melahirkan
anak pada masa yang betul dan kegagalan pengecutan uterus semasa kelahiran
anak. Kekurangan hormon testosteron akan menjejaskan perkembangan ciri seks
sekunder dan berlebihan hormon, kanak-kanak akan bersifat kelelakian dan
mencapai kematangan pada peringkat awal.
Kelenjar timus terletak dalam toraks. Ia berwarna kemerah-merahan dan
terdiri daripada dua lobus. Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10g bagi bayi
yang baru lahir dan beratnya bertambah kepada 30 hingga 40g pada waktu remaja
dan kemudian mengecut semula. Kelenjar timus berkaitan dengan penghasilan
antibodi. Ia berperanan dalam pertahanan tubuh terhadap jangkitan. Sebahagian
besar strukturnya terbina daripada tisu limfatika.
Kelenjar timus
Kelenjar pineal terletak pada korpus kalosum dan bersaiz kecil dan berwarna
merah. Ia dilapisi oleh kapsul yang bernama pia mater. Kelenjar ini menghasilkan
hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin. Melatonin boleh merencatkan aktiviti
pembiakan dengan cara merencatkan hormon gonadotropik. Adrenoglomerulotropin
pula merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikod.
Kelenjar pineal
BIBLIOGRAFI
Mohd Zairi Husain, 2009, Asas Anatomi Dan Fisiologi, OUM, Meteor Doc. Sdn. Bhd
top related