sistem pengurusan masjid al-azhar kolej universiti islam...
Post on 12-Aug-2021
3 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732
6th International Conference on Information Technology & Society
November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA
1
Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS):
Modul Hebahan Aktiviti
Che Wan Shamsul Bahri CW Ahmad, Khirulnizam Abd Rahman,
Saifulah Samsudin, Mohd Shahrul Nizam Mohd Danuri and
Nur Muizz Mohammed Salleh
Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
{cwshamsul, khirulnizam, msnizam, saifulah, muizz}@kuis.edu.my
Abstrak. Dalam perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) pada
hari ini, organisasi seperti masjid seharusnya boleh memanfaatkannya untuk
meningkatkan lagi pentadbiran dan pengurusan sesebuah masjid agar menjadi lebih
berkesan dan berkualiti. Kertas ini lebih memberi tumpuan kepada sistem pengurusan
masjid yang memfokuskan kepada modul hebahan aktiviti masjid. Terdapat modul
lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan rekod, sistem waqaf dan infak,
sistem keahlian jemaah masjid (anak kariah), pengurusan khairat kematian dan
pelbagai lagi. Dalam konteks Masjid Al-Azhar KUIS (MAA), selain daripada
menjalankan program utama iaitu solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat
terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk dakwah memerlukan hebahan
seperti Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, Ceramah Perdana, Kuliah Dhuha, Kuliah
Muslimah, Program Talaqqi/Daurah Kitab, Usrah Pelajar/Staf, Program Qorban, Ihya
Ramadan, Qiyamulail dan pelbagai lagi. Di sinilah pentingnya setiap aktiviti-aktiviti
ini perlu dihebahkan kepada semua warga kampus dan masyarakat sekitar MAA.
Katakunci: pengurusan masjid, program masjid, sistem hebahan
PENDAHULUAN
Masjid adalah satu tempat umat Islam berkumpul untuk beribadah, perkongsian ilmu
dan khidmat masyarakat untuk mendapatkan barakah dan pahala yang berlipat ganda
daripada Allah swt. Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
Solat berjemaah adalah lebih utama (baik) daripada solat
bersendirian dengan 27 darjat.
(Bukhari, 2001:645; Muslim, 1999:650)
Peranan masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat mengerjakan ibadah tertentu
sahaja seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir bahkan masjid juga menjadi pusat
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732
6th International Conference on Information Technology & Society
November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA
2
pembangunan masyarakat Islam. Oleh itu, pihak pengurusan masjid perlu mempunyai
keazaman, pengetahuan dan pengalaman untuk menganjurkan pelbagai program dan
aktiviti yang berjaya menarik minat masyarakat untuk mengambil bahagian dengan
menyertai program dan aktiviti tersebut (Rosmawati & Syafiqah, 2016).
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mengimarahkan masjid
serta mengekalkan fungsi masjid sebagaimana firman Allah SWT:
Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu
ialah yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada
Allah. Maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat
petunjuk.
(Al-Taubah, 9:18).
Selain daripada fungsi utama masjid sebagai pusat ibadah, ia juga berfungsi sebagai
pusat aktiviti untuk kemakmuran masyarakat. Antaranya berniaga, pendidikan, tempat
musyawarah, tempat penjagaan sosial dan sebagainya (Basiron et al., 2017) (Mohd Ismail
Mustari & Kamarul Azmi Jasmi, 2008). Ini boleh dirujuk di dalam firman Allah SWT
dalam Al-Quran yang bermaksud:
Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk
dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan
waktu petang. Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak
(pula) oleh jual beli dari mengingat Allah, dan (dari) membayarkan zakat.
Mereka takutkan hari kiamat yang padanya berbolak balik hati dan
pandangan.
(An-Nur: 36-37)
Masjid bukan sahaja terdiri daripada sebuah bangunan, namun terdiri daripada
pelbagai aktivti sama ada berbentuk ibadah khusus seperti solat, membaca al-Quran dan
berzikir atau aktiviti berbentuk umum seperti kuliah, ceramah agama, usrah dan
sebagainya
Untuk menjadikan sesebuah masjid itu berperanan sepenuh, terdapat satu kumpulan
yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan masjid yang terdiri
daripada pegawai-pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK).
Pada masa kini, kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran masjid adalah berbeza dengan
pengurusan masjid pada masa dahulu. Terdapat banyak cabaran dalam pengurusan masjid
pada hari ini terutamanya berkaitan pengurusan kewangan, pentadbiran, aktiviti-aktiviti
yang dijalankan dan pelbagai lagi (Siraj et al., 2007).
Untuk mewujudkan pengurusan dan pentadbiran masjid yang terbaik, cekap dan
menjadi contoh kepada organisasi-organisasi lain, kami mencadangkan satu sistem
pengurusan masjid bersepadu yang mana dapat membantu masjid dalam melicinkan
tugas-tugas yang dilaksanakan secara manual dan secara terasing sebelum ini.
Justeru itu, kami mencadangkan satu sistem dibangunkan agar dapat membantu tugas
pegawai-pegawai masjid dalam merekod secara sistematik berkaitan kewangan,
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732
6th International Conference on Information Technology & Society
November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA
3
pentadbiran, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan pelbagai lagi dan berkemampuan untuk
menjana laporan secara automatik sebagaimana yang diperlukan. Projek yang
dicadangkan ini mengandungi beberapa modul. Namun, kertas ini hanya memfokuskan
kepada pembangunan modul hebahan aktiviti masjid sahaja.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Antara cabaran utama pihak masjid adalah mempromosikan aktiviti masjid. Kehadiran
jemaah yang menyertai aktiviti dan program masjid masih rendah iaitu sekitar 5 hingga
10% sahaja (Ashaari & Mokhtar, 2018). Dalam konteks masjid Al-Azhar KUIS,
kehadiran pelajar ke masjid amat menyedihkan, iaitu tidak sampai 5% daripada populasi
pelajar KUIS keseluruhan.
Dalam usaha memperkasakan fungsi masjid, sokongan TMK perlu digunakan secara
optimum untuk meningkatkan penyebaran maklumat aktiviti dan peranan masjid kepada
ahli kariah (Wahab et al., 2017). Satu daripada dorongan utama ahli qariah mengakses
sistem/web masjid adalah ingin mengetahui aktiviti keagamaan yang dijalankan, kelas
agama, dan mengajukan pertanyaan berkaitan Islam (Baig et al., 2012)(Bushral Huda
Abd Manan & Muhamad Faisal Ashaari, 2014).
Penggunaan platfom media sosial sepeti Facebook, Instagram, Whatsapp, Telegram
dan sebagainya didapati merupakan kaedah yang berkesan dalam menyampaikan
maklumat berkaitan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak masjid.
Rajah 1 di bawah menunjukkan penggunaan media sosial berdasarkan platform yang
berbeza-beza. Didapati Facebook, Youtube dan Whatsapp menduduki tiga ranking paling
tinggi berbanding platfom-platfom yang lain.
.
RAJAH 1. Ranking penggunaan platfom media sosial di dunia pada Julai 2020
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732
6th International Conference on Information Technology & Society
November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA
4
Sumber : https://www.smartinsights.com/social-media-marketing/social-media-strategy/new-global-
social-media-research/
PENGGUNAAN PELBAGAI SALURAN MEDIA SOSIAL
MAA mempunyai fb rasmi. Sebelum sesuatu program diadakan, biasanya hebahan di
lakukan 2-3 hari sebelum sesuatu program. Namun begitu, jadual kuliah bulanan program
masjid untuk sebulan sebagaimana Rajah 2 di bawah biasanya dikongsikan lebih awal di
platfom media sosial MAA seperti Facebook masjid, WhatsApp, Telegram dan laman
web masjid. Ini untuk memudahkan warga maya, ahli kariah dan warga kampus serta
masyarakat sekitar mengikuti dan mengambil bahagian dalam aktiviti dan program-
program yang dianjurkan oleh MAA.
RAJAH 2. Jadual Kuliah Atas Talian (Online) Masjid Al-Azhar KUIS Nov 2020 semasa PKPB di Lembah
Klang (Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur) serta beberapa kawasan lain lagi di Sabah kerana
gelombang ke 2 Covid-19. Jadual ini dikongsi di dalam pelbagai platfom media sosial secara bulanan.
Rajah 3 di bawah menunjukkan kadar tontonan laman fb live Masjid Al-Azhar KUIS
daripada 5 Oktober hingga 4 November 2020 untuk tempoh masa sebulan. Terdapat
sesetengah hari yang mempunyai bilangan view 0 kerana tiada kuliah di atas talian
menggunakan fb life pada hari tersebut.
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732
6th International Conference on Information Technology & Society
November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA
5
RAJAH 3. Kadar tonton (view) laman fb Masjid Al-Azhar KUIS daripada 5 Okt - 6 Nov 2020
Berdasarkan Rajah 3 di atas, kita dapati bahawa kadar tontonan paling tinggi adalah
sebanyak 694 untuk Kuliah Zohor pada 4 Nov 2020 manakala kadar tontonan paling
rendah pula adalah sebanyak 106 sahaja iaitu untuk Kuliah Zohor pada 16 Oktober 2020.
Kadar tonton kuliah Maghrib paling tinggi pula ialah pada 21 Oktober 2020 dengan
jumlah tontonan sebanyak 487 tontonan. Manakala kadar tontonan paling rendah pula
adalah sebanyak 99 tontonan sahaja iaitu Kuliah Maghrib pada 8 Oktober 2020.
Rajah 4 di bawah menunjukkan graf kadar tontonan tertinggi fb live Masjid Al-Azhar
KUIS daripada April hingga September 2020. Jadual 1 di bawah adalah statistik lengkap
berdasarkan program. Di sini kita dapati bahawa program Kuliah Dhuha Muslimat
mencatatkan tontonan yang paling tinggi iaitu sehingga 56 ribu tontonan.
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
483
173
0 0 0
647
230
134
0 0 0 0
533
0
214
0
106
0 0
324
0
184
0
477
0 0 0 0
152
0
295
0
176133
365
694
0 0
99
0
140
0
223218302
196
0 0 0 0
179
0
487
0
278
0 0 0 0 0 0 0 0
146
422
185
444
0
100
200
300
400
500
600
700
800
5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 1 2 3 4
Kadar Tonton (View) Laman fb live Kuliah Masjid Al-Azhar 5 Okt hingga 6 Nov 2020
Kuliah Subuh Kuliah Zohor Kuliah Maghrib
0
10000
20000
30000
40000
50000
60000
26/4/2020 26/5/2020 26/6/2020 26/7/2020 26/8/2020
Kadar Tontonan Tertinggi di fb live fb live Masjid Al-Azhar
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732
6th International Conference on Information Technology & Society
November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA
6
RAJAH 4. Kadar tonton (view) tertinggi di laman fb Masjid Al-Azhar KUIS April – September 2020
Data diambil pada 9 Nov 2020
Kebanyakan program yang mempunyai ranking tontonan yang tinggi adalah disebabkan
oleh penceramah jemputan yang terkenal. Namun begitu, ada juga ranking yang tinggi di
sebabkan oleh program wajib usrah. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan usrah, wajib
mengikuti kuliah tersebut dan gagal jika tidak mengikutinya kerana kehadirannya adalah
wajib. Namun begitu, ada juga tontonan yang tinggi dalam kalangan pensyarah dalaman
KUIS dan tidak juga melibatkan kehadiran usrah yang wajib.
JADUAL 1. Kadar tontonan (view) tertinggi di laman fb Masjid Al-Azhar KUIS April – September 2020
Data diambil pada 9 Nov 2020
Tarikh Tontonan Program
26/4/2020 1,300 Kuliah Dhuha
28/4/2020 7,800 Kuliah Zohor
10/5/2020 56,000 Kuliah Dhuha (Muslimat)
11/5/2020 1,700 Kuliah Zohor (Muslimat)
8/6/2020 1,800 Kuliah Zohor (Muslimat)
28/6/2020 1,100 Kuliah Zohor
23/7/2020 10,000 Kuliah Maghrib
10/8/2020 1,100 Kuliah Zohor (Muslimat)
13/8/2020 12,400 Ceramah Bandar Ilmu
16/8/2020 1,400 Kuliah Subuh
16/8/2020 8,400 Kuliah Dhuha (Usrah Perdana)
2/9/2020 1,400 Kuliah Subuh
5/9/2020 1,400 Kuliah Dhuha
6/9/2020 7,600 Kulah Dhuha
15/9/2020 1,500 Seminar IMAM
Justeru itu, kami mendapati bahawa dengan penggunaan pelbagai saluran media sosial
secara optimum dan menggunakan strategi hebahan yang berkesan. Kadar tontonan akan
dapat ditingkatkan dengan lebih tinggi lagi.
Oleh itu, kami mencadangkan satu projek yang akan membangunkan satu sistem
pengurusan masjid dengan fungsi unik (niche) modul hebahan aktiviti masjid kepada
ahli-ahli melalui integrasi dengan media sosial utama. Maksudnya di sini, hanya dengan
satu butang pada aplikasi hebahan aktiviti yang akan dibangunkan, aplikasi ini akan
berfungsi untuk meviralkan dengan menyebarkan maklumat berkaitan aktiviti masjid
kepada orang ramai dengan pelbagai platfom media sosial. Bukan itu sahaja, ahli group
yang bukan pentadbir sistem (system Admin) juga boleh mencadangkan hebahan aktiviti
mereka yang melibatkan masjid menggunakan aplikasi ini setelah disokong atau
diluluskan oleh pentadbir sistem.
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732
6th International Conference on Information Technology & Society
November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA
7
OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah beberapa objektif yang telah dikenalpasti untuk menjayakan kajian ini
iaitu:
• Menentukan permasalahan dan keperluan hebahan aktiviti masjid yang boleh
diselesaikan dengan modul hebahan aktiviti sistem pengurusan masjid integratif.
• Membangunkan modul hebahan aktiviti sistem pengurusan masjid integratif yang
boleh digunakan oleh Masjid.
• Membuat pengujian modul hebahan sistem pengurusan integratif masjid yang
dibangunkan.
FUNGSI AM SISTEM MASJID
Dalam pentadbiran dan pengurusan Masjid secara umunya terdapat beberapa sistem iaitu
Pengurusan kewangan (Abd Razak et al., 2019)
• Rekod pembayaran gaji/elaun staf dan AJK masjid.
• Rekod derma mingguan Masjid
• Rekod penerimaan wakaf/sumbangan pembangunan infrastruktur masjid.
• Pembayaran yuran atau khairat Masjid.
• Laporan pendapatan dan perbelanjaan masjid mengikut mingguan, bulanan dan
tahunan.
Pengurusan Rekod Am
• Surat Keluar
• Surat Masuk
• Sebut Harga projek berkaitan masjid
• Senarai Asnaf
• Senarai Anak Kariah
• Senarai Penceramah dalaman dan luar
• Senarai AJK masjid
• Minit Mesyuarat
• Senarai Aktiviti/program
• Laporan Aktiviti
Fungsian niche (Pengurusan Ahli)
Interaksi group
Salurkan cadangan aktiviti.
Memohon sumbangan dari Masjid.
Mencadangkan bantuan kepada ahli qariah dalam kesusahan.
Hebahan aktiviti + integrasi dengan Media Sosial utama (Rujuk Rajah 5)
Notifikasi hebahan acara kepada ahli qariah.
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732
6th International Conference on Information Technology & Society
November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA
8
Pengguna ahli qariah lain juga boleh subscribe notifikasi dari masjid.
RAJAH 5. Fungsi Hebahan
METODOLOGI KAJIAN
Projek modul hebahan aktiviti masjid ini menggunakan metodologi Pembangunan
Aplikasi Pantas atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai Rapid Application
Development (RAD) (Synopsys Editorial Team, 2017). RAD adalah proses
pembangunan yang ringkas yang menghasilkan sistem berkualiti tinggi dengan kos yang
rendah sebagaimana Rajah 6 di bawah.
Manfaat utama pendekatan RAD adalah tempoh masa projek yang pendek,
menjadikannya pilihan yang menarik bagi pembangun perisian yang bekerja dalam
persekitaran pantas. Ini sesuai dengna kekangan masa pihak yang terlibat bersama dengan
komitmen-komitmen lain lagi. Kajian ini mengambil masa lebih kurang 9 – 12 bulan
untuk disiapkan. Langkah cepat ini menjadi fokus RAD untuk meminimumkan tahap
perancangan dan memaksimumkan pengembangan prototaip.
Dengan mengurangkan masa perancangan dan menekankan iterasi prototaip, RAD
membolehkan pengurus projek dan pihak berkepentingan untuk mengukur kemajuan dan
berkomunikasi secara tepat pada masa nyata mengenai isu atau perubahan yang sedang
dalam kemajuan (progress). Ini menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi,
pengembangan yang lebih cepat, dan komunikasi yang berkesan.
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732
6th International Conference on Information Technology & Society
November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA
9
RAJAH 6. Metodologi Pembangunan RAD
Sumber : (Lucidchart Content Team, 2020)
Secara umum, RAD mempunyai empat fasa utama seperti berikut.
Fasa 1: perancangan keperluan
Fasa ini bersamaan dengan mesyuarat skop projek. Walaupun fasa perancangan
dipadatkan berbanding dengan metodologi pengurusan projek yang lain, ini adalah
langkah penting untuk kejayaan sesuatu projek.
Pada tahap ini, pembangun perisian, klien (pengguna perisian) dan team
berkomunikasi untuk menentukan tujuan dan jangkaan untuk projek ini serta isu-isu
semasa dan isu-isu yang mungkin berlaku untuk ditangani semasa proses pembangunan.
Kami mengadakan perbincangan bersama pihak MAA selaku pengguna utama dan kami
di pihak pembangun sistem. Pecahan asas fasa ini melibatkan:
• Mengkaji masalah semasa
• Menentukan keperluan untuk projek
• Menyelesaikan syarat dengan persetujuan setiap pihak berkepentingan
Adalah penting bahawa setiap ahli yang berkepentingan mempunyai peluang untuk
menilai matlamat dan jangkaan untuk projek tersebut dan mempertimbangkannya dengan
mendapat persetujuan semua supaya masalah komunikasi dapat dielakkan.
Fasa 2: Reka bentuk pengguna
Setelah skop projek ditetapkan, maka tiba masanya untuk pembangun membangun reka
bentuk pengguna melalui pelbagai lelaran prototaip.
Sepanjang fasa ini, pihak MAA bekerjasama dengan pembangun sistem untuk
memastikan keperluan mereka dipenuhi pada setiap langkah dalam proses reka bentuk.
Ini penting agar pihak MAA selaku pengguna dapat menguji setiap prototaip produk,
pada setiap peringkat, untuk memastikannya memenuhi harapan mereka.
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732
6th International Conference on Information Technology & Society
November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA
10
Semua pepijat dan permasalahan diselesaikan dalam proses berulang. Pembangun
merancang prototaip, MAA (pengguna) mengujinya, dan kemudian kami semua
berkumpul untuk berkomunikasi mengenai apa yang berjaya dan yang tidak. Kaedah ini
memberi peluang kepada pembangun untuk mengubah model dalam fasa ini sehingga
ianya mencapai reka bentuk yang memuaskan.
Fasa 3: Pembangunan pantas
Fasa 3 menggunakan prototaip dan sistem beta dari fasa reka bentuk dan mengubahnya
menjadi model berfungsi.
Sebahagian besar masalah dan perubahan diselesaikan semasa fasa reka bentuk secara
berulang membolehkan pembangun dapat membuat model kerja akhir dengan lebih cepat
daripada yang mereka dapat dengan mengikuti pendekatan pengurusan projek tradisional.
Fasa ini terbahagi kepada beberapa langkah yang lebih kecil:
• Persiapan untuk pembangunan yang cepat
• Pembangunan program dan aplikasi
• Pengekodan
• Unit, integrasi, dan pengujian sistem
Pasukan pembangunan perisian terdiri daripada pengaturcara, pengekod, penguji, dan
pembangun bekerjasama dalam peringkat ini untuk memastikan semuanya berjalan lancar
dan hasil akhirnya memenuhi harapan dan objektif yang pelanggan kehendaki.
Fasa ketiga ini penting kerana pihak MAA masih dapat memberi input sepanjang
proses. Mereka dapat mencadangkan perubahan, penambahbaikan, atau bahkan idea baru
yang dapat menyelesaikan masalah yang mungkin timbul.
Fasa 4: Pemotongan (Tamat)
Ini adalah fasa pelaksanaan di mana produk siap untuk dilancarkan. Ini termasuk
penukaran data, pengujian, dan peralihan ke sistem baru, serta latihan untuk pengguna.
Semua perubahan akhir dibuat semasa pembangun sistem dan pihak MAA selaku
terus mencari bug dalam sistem.
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732
6th International Conference on Information Technology & Society
November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA
11
CADANGAN REKABENTUK APPS
Rekabentuk aplikasi hebahan aktiviti MAA yang dicadangkan mestilah mempunyai ciri-
ciri berikut iaitu:
Skrin depan + paparan/carian awam
Antaramuka admin
+ tambah aktiviti
+ kemaskini, & carian
Antaramuka rakan masjid sharer
+ skrin gemilang
+ carian aktiviti
+ cadangan aktiviti baharu
+ perkongsian
Rajah 7 menunjukkan skrin pengguna aplikasi ini. Sebelum pengguna dapat
menggunakan sistem ini, pengguna perlulah mendaftar terlebih dahulu bagi pertama
penggunaannya. Selepas itu, pengguna akan dapat login ke sistem setelah mendaftar kali
pertama.
RAJAH 7. Skrin utama (Perkongsian awam, login)
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732
6th International Conference on Information Technology & Society
November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA
12
Rajah8 di bawah menunjukkan skrin papan pemuka (dashboard) pentadbir sistem.
Pentadbir sistem boleh menambah aktiviti baru, kemaskini dan meluluskan cadangan
aktiviti oleh ahli atau Al-Azhar member (ALAM)
Sebelum pengguna dapat menggunakan sistem ini, pengguna perlulah mendaftar
terlebih dahulu bagi pertama penggunaannya. Selepas itu, pengguna akan dapat login ke
sistem setelah mendaftar kali pertama.
RAJAH 8. Papan Pemuka Pentadbir Sistem
Rajah 9 di bawah di bawah pula menunjukkan skrin papan pemuka (dashboard) Papan
Pemuka Rakan Masjid - Al Azhar Member (ALAM).
RAJAH 9. Papan Pemuka Rakan Masjid - Al Azhar Member (ALAM)
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732
6th International Conference on Information Technology & Society
November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA
13
KESIMPULAN
Hasil dapatan kajian masih awal untuk disimpulkan kerana proses pembangunan
masih sedang berjalan. Dijangka sistem hebahan ini akan mula diguna pakai selewat-
lewatnya awal Mac 2021. Namun, apa yang dijangka berdasarkan penggunaan media
sosial sebelum ini dalam keadaaan wabak covid-19 sepanjang April – Jun 2020 dan
pertengahan Oktober 2020 hingga kini, penggunaan media sosial akan meningkat di
dalam masyarakat Malaysia pada hari ini untuk mendapatkan ilmu sebagai alternatif
kepada kaedah tradisional sebelum ini. Tambahan pula, kerajaan Malaysia telah
menyediakan pakej data percuma melalui penyedia perkhidmatan internet (telco)
sebanyak 1GB satu hari persamaan 30GB/bulan sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
PENGHARGAAN
Penghargaan kepada pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
kerana penganugerahan Geran Penyelidikan KUIS (GPIK 2020) di bawah kategori Geran
Penyelidikan Sekunder (GPS) Kluster Teknologi & Inovasi dengan nombor kod
KUIS/2019/GPIK-28/GPS/02.
RUJUKAN
1. Abd Razak, S. N. A., Yusoff, R., Wan Mohamad, W. N. B., & Abdul Rahman, S.
A. (2019). Al-Falah: sistem pengurusan rekod masjid. Kelantan International
Learning & Innovation Exhibition (KILIEx) 2019, 17–19.
2. Ashaari, M. F., & Mokhtar, F. (2018). Pandangan Imam dan Pentadbir Masjid
tentang kehadiran masyarakat ke Masjid. Jurnal Hadhari, 10(2), 205–224.
3. Baig, B., Kumar, M., Das, S., & Scholar, M. T. (2012). Rule Based Hindi to Urdu
Transliteration System. 3(8), 1200–1204.
4. Basiron, M. I., Bushrah, M., Jasmi, K. A., & Ajmain@Jimain Safar, A. M. (2017).
Membangun Potensi Masjid Sebagai Sebuah Institusi Pendidikan Islam &
Masyarakat. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(2), 46–58.
5. Bushral Huda Abd Manan, & Muhamad Faisal Ashaari. (2014). Konsep Nilai Guna
dalam Penilaian E-Masjid : Tinjauan Awal. Jurnal Islamiyyat, 36(2), 15–26.
6. Lucidchart Content Team. (2020). 4 Phases of Rapid Application. Lucid Software
Inc. https://www.lucidchart.com/blog/rapid-application-development-methodology
7. Mohd Ismail Mustari, & Kamarul Azmi Jasmi. (2008). Fungsi dan Peranan Masjid
dalam Masyarakat Hadhari. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
8. Siraj, S. A., Ibrahim, S. H. M., & Sulaiman, M. (2007). PENGURUSAN
KEWANGAN: MEMPAMERKAN AKAUNTABILITI MASJID. In Pengurusan
berkualiti memacu kecemerlangan pengurusan masjid (pp. 67–79).
9. Synopsys Editorial Team. (2017). Top 4 software development methodologies.
https://www.synopsys.com/blogs/software-security/top-4-software-development-
methodologies/
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732
6th International Conference on Information Technology & Society
November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA
14
10. Wahab, N. A. A., Hamid, N. A., & Man, N. C. (2017). Pemerkasaan peranan
masjid di Malaysia era kontemporari. E-Academia Journal, 5(2).
11. Abd Razak, S. N. A., Yusoff, R., Wan Mohamad, W. N. B., & Abdul Rahman, S.
A. (2019). Al-Falah: sistem pengurusan rekod masjid. Kelantan International
Learning & Innovation Exhibition (KILIEx) 2019, 17–19.
12. Ashaari, M. F., & Mokhtar, F. (2018). Pandangan Imam dan Pentadbir Masjid
tentang kehadiran masyarakat ke Masjid. Jurnal Hadhari, 10(2), 205–224.
13. Baig, B., Kumar, M., Das, S., & Scholar, M. T. (2012). Rule Based Hindi to Urdu
Transliteration System. 3(8), 1200–1204.
14. Basiron, M. I., Bushrah, M., Jasmi, K. A., & Ajmain@Jimain Safar, A. M. (2017).
Membangun Potensi Masjid Sebagai Sebuah Institusi Pendidikan Islam &
Masyarakat. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(2), 46–58.
15. Bushral Huda Abd Manan, & Muhamad Faisal Ashaari. (2014). Konsep Nilai Guna
dalam Penilaian E-Masjid : Tinjauan Awal. Jurnal Islamiyyat, 36(2), 15–26.
16. Lucidchart Content Team. (2020). 4 Phases of Rapid Application. Lucid Software
Inc. https://www.lucidchart.com/blog/rapid-application-development-methodology
17. Mohd Ismail Mustari, & Kamarul Azmi Jasmi. (2008). Fungsi dan Peranan Masjid
dalam Masyarakat Hadhari. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
18. Siraj, S. A., Ibrahim, S. H. M., & Sulaiman, M. (2007). PENGURUSAN
KEWANGAN: MEMPAMERKAN AKAUNTABILITI MASJID. In Pengurusan
berkualiti memacu kecemerlangan pengurusan masjid (pp. 67–79).
19. Synopsys Editorial Team. (2017). Top 4 software development methodologies.
https://www.synopsys.com/blogs/software-security/top-4-software-development-
methodologies/
20. Wahab, N. A. A., Hamid, N. A., & Man, N. C. (2017). Pemerkasaan peranan
masjid di Malaysia era kontemporari. E-Academia Journal, 5(2).
top related