skim ar rahnu koperasi: kajian perbandingan...
Post on 11-Feb-2018
327 Views
Preview:
TRANSCRIPT
24
SKIM AR RAHNU KOPERASI:
KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AR RAHNU YAPEIM DAN POS AR RAHNU
MALAYSIA
Asiah Alkharib Shah1*, Salmy Edawati Yaacob2
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bandar Bangi, Selangor, Malaysia
*asiahasyraf@yahoo.com
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat kemampuan dua penyedia perkhidmatan Ar Rahnu yang
boleh dijadikan model dalam kalangan koperasi iaitu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
Malaysia (YaPEIM) dan Pos Malaysia. Tiga parameter yang dinilai bagi kajian ini ialah
strategi menjana keuntungan, keistimewaan produk dan perkhidmatan serta pengawasan
dalaman. Kajian telah menggunakan kaedah pengumpulan data melalui temubual dan
pemerhatian ke atas dua penyedia perkhidmatan Ar Rahnu yang dijalankan oleh Koperasi
YaPEIM dan Koperasi Pos Nasional Berhad (KOPONAS). Data dianalisis menggunakan
kaedah tematik dan perbandingan. Hasil kajian mendapati setiap agensi mempunyai
kelebihan yang tersendiri. Yapeim dilihat terkhadapan dari sudut pengurusan Ar Rahnu
manakala Pos Ar Rahnu mendahului aspek perkhidmatan dan ciri-ciri produk yang
ditawarkan.
Kata kunci : Ar Rahnu, YaPEIM, Pos Malaysia, koperasi, pajak gadai Islam
PENGENALAN
Institusi Ar Rahnu semakin rancak berkembang dikalangan institusi kewangan bank dan
bukan bank. Realitinya, institusi Ar-Rahnu sedia ada wujud dalam empat bentuk kategori
iaitu syarikat di bawah rangkaian negeri seperti Ar-Rahnu MAIDAM, melalui institusi
1 Asiah Alkharib Shah merupakan pelajar sarjana Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia
2 Salmy Edawati merupakan pensyarah Jabatan Syariah fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia
25
kewangan seperti AgroBank dan Bank Rakyat, dalam bentuk syarikat iaitu Al-Amin Habib
Jewels Sdn. Bhd dan juga dalam kategori koperasi seperti Ar Rahnu YaPEIM dan Pos
Malaysia. Namun, rata-rata Ar Rahnu dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan dalam
kalangan koperasi. Berdasarkan sumber Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sehingga
awal tahun 2016, sebanyak 85 buah koperasi telah berdaftar dan menjalankan aktiviti Ar
Rahnu dengan pembukaan sebanyak 476 cawangan Ar Rahnu.
Skim Ar Rahnu di peringkat koperasi telah bermula melalui inisiatif beberapa
kerajaan negeri. Bermula pada Januari 1997, kerajaan Perlis menubuhkan pajak Gadai Islam,
Pahang menubuhkan Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Kecil Perak
Berhad dan Koperasi Badan Berkanun Berhad (Kokanun) di Terengganu (Shamsiah &
Safinar Salleh 2008). Semua koperasi adalah berlesen di bawah seliaan Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) iaitu di bawah Akta Koperasi 1993. Ar-Rahnu dilihat lebih mendekati
prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan) oleh anggota.
Melalui wang tabungan tersebut, ia dijadikan pinjaman kepada anggota atau ahli koperasi
yang memerlukan (Abdul Halim 2015: 76). Malah risikonya terlalu kecil jika dibandingkan
dengan pinjaman peribadi atau mikro kredit lain berdasarkan wujudnya sandaran marhun
yang berupaya untuk mengembalikan kecairan modal yang diperlukan sebagai pusingan.
Di peringkat koperasi Ar-Rahnu dijalankan dalam dua keadaan sama ada dalam
bentuk francais ataupun dengan mengguna pakai model tersendiri. Ketika ini operasi
perniagaan Ar Rahnu menerusi sistem francais boleh didapati melalui jenama Ar-Rahnu
X’Change yang disediakan oleh Rakyat Management services Sdn Bhd (RMS) sebagai
sebuah anak syarikat Bank Rakyat ataupun melalui Permodalan Kelantan Berhad (PKB).
Pelaksanaan francais (format perniagaan) ini adalah berkonsepkan pemindahan kepakaran
dan pengalaman institusi induk dalam Ar-Rahnu kepada francaisi dalam usaha membantu
membangunkan usahawan dan koperasi. Antara kelebihan Francais Ar-Rahnu X’Change iaitu
jenama Ar-Rahnu Bank Rakyat yang telah kukuh dan berpengalaman sejak tahun 1993,
mendapat latihan yang sistematik dari tenaga pelatih yang berpengalaman, mempunyai
manual, garis panduan, prosedur dan sistem perisian yang sistematik di samping kos pakej
francais yang rendah berbanding prospek keuntungan yang tinggi (Norwatim et.al 2011 : 55).
Menurut kajian (Norwatim et.al 2011 : 54) lagi, perniagaan francais Ar-Rahnu
X’Change ini dilihat berpotensi dan menguntungkan kerana skim Ar Rahnu itu sendiri
26
mendapat permintaan yang tinggi, saiz pasaran yang besar, peningkatan penggunaan
barangan kemas bersandarkan nilai emas yang kukuh, peningkatan kesedaran emas sebagai
instrumen pelaburan dan sumber modal perniagaan selain bersifat mesra pelanggan. Selain
francais, sebahagian koperasi turut menjalankan Ar-Rahnu dalam bentuk model tersendiri.
Antara koperasi yang menjalankan Ar-Rahnu dengan model sendiri ialah Ar-Rahnu koperasi
YaPEIM, Koperasi Pekerja Bank (COBE) Berhad, Koperasi Seruan Emas Perak Berhad dan
Koperasi UNIKEB Berhad.
Berdasarkan literatur lepas, telah banyak kajian yang menyentuh modus operandi
sistem Ar Rahnu di antara penyedia perkhidmatan. Misalnya kajian Selamah Maamor &
Abdul Ghafar Ismail (2007) menunjukkan pelaksanaan operasi Ar-Rahnu tajaan bank seperti
Bank Rakyat dibuktikan lebih cekap berbanding operasi Ar-Rahnu yang lain atas faktor
teknologi dalam pengendalian Ar-Rahnu. Kajian Mohamed Nazim, A.R., Kalaithasan, K.,
(2005) terhadap amalan Ar Rahnu di MGIT, Bank Rakyat, PKB, Bank Islam dan Kedai Ar
Rahn Perlis turut melihat kepada modus operandi setiap penyedia perkhidmatan dengan
harapan tahap kesedaran orang ramai dapat ditingkatkan. Manakala Mohamad Sollehin
(2012) menyentuh perbandingan operasi di antara Yapeim dan Bank Rakyat. Hasil dapatan
beliau mendapati tidak wujud banyak perbezaan dalam modus operandi kedua-dua agensi
berkenaan. Othman & Hashim (2013) pula menyentuh pelaksanaan sistem dan latar belakang
Ar Rahnu MAIDAM.
Namun, kajian secara khusus menyentuh amalan skim Ar Rahnu di kalangan koperasi
masih banyak untuk diteroka. Kajian Mohd Rafi, Ghazali et.al (2011) ke atas 109 responden
menunjukkan terdapat lima faktor kritikal yang mempengaruhi keupayaan Ar Rahnu yang
dijalankan oleh koperasi dan francais. Lima faktor kritikal tersebut meliputi kepercayaan
pelanggan, caj upah simpan yang kompetitif, kompetensi pekerja, sistem dan lokasi
perniagaan. Kajian (Azila Abdul Razak, Fidlizan Muhammad 2014) turut menunjukkan caj
upah simpan yang rendah menjadi faktor kepada peningkatan jumlah pelanggan Ar Rahnu
MAIDAM.
Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan dan strategi yang digunakan
oleh kedua-dua penyedia perkhidmatan Ar Rahnu dalam tiga aspek iaitu strategi menjana
keuntungan, keistimewaan produk dan perkhidmatan serta pengawasan dalaman.
27
METODOLOGI
Dua institusi Ar Rahnu dalam kalangan koperasi dipilih sebagai responden bagi kajian ini
iaitu Ar Rahnu YaPEIM dan Pos Ar Rahnu Malaysia. Dapatan diperoleh melalui temu bual
separa berstruktur yang dijalankan ke atas informan Encik Salleh bin Bakar; Ketua Jabatan
Penyelidikan INPUT YaPEIM dan Encik Khairul Nizan bin Che Nik; Pengurus Operasi Pos
Ar Rahnu yang mewakili pihak pengurusan tertinggi bagi kedua-dua agensi. Ar Rahnu
YaPEIM dipilih berdasarkan prestasi dan merupakan pelopor kepada skim Ar Rahnu di
Malaysia sejak awal pengenalan Ar Rahnu. Manakala Pos Ar Rahnu merupakan koperasi
baru dalam Ar Rahnu namun telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
a. Ar Rahnu YaPEIM
YaPEIM merupakan Yayasan yang ditubuhkan di bawah kerajaan persekutuan pada 13
Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952. Penglibatan
aktif YaPEIM dalam Ar Rahnu bermula pada 21 Ogos 1993 apabila Bank Negara Malaysia
mengumumkan skim Ar-Rahnu akan dilaksanakan oleh Bank Rakyat dengan kerjasama
YaPEIM melalui satu memorandum persefahaman yang diwujudkan pada ketika itu.
Beberapa faktor pemilihan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) untuk
melaksanakan Ar-Rahnu adalah kerana pindaan akta Pemegang Pajak Gadai 1972 akan
mengambil masa yang panjang dan Bank Rakyat sebagai sebuah koperasi dikecualikan
daripada akta tersebut, Bank Rakyat mempunyai cawangan yang banyak di setiap negeri dan
komited dalam menjalankan aktiviti selaras dengan kehendak syarak.
Kemudiannya, melalui inisiatif dan kerjasama dengan pihak YaPEIM, Ar-Rahnu terus
berkembang di Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1998. Model Ar Rahnu YaPEIM
hanya bermula pada 2 Oktober 2002 melalui penubuhan Koperasi YaPEIM dengan matlamat
untuk membantu masyarakat setempat melalui kemudahan mikro kredit Ar Rahnu. Tujuan
penubuhan koperasi ini antara lainnya adalah bagi membolehkan YaPEIM menjalankan
sistem Ar Rahnu tanpa tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972 yang memberikan
pengecualian kepada koperasi melalui seksyen 46. Sebagaimana koperasi lain, koperasi
YaPEIM telah didaftarkan di bawah seliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Akta
Koperasi 1993 serta tertakluk segala peraturan di bawahnya. Sehingga kini, YaPEIM telah
berjaya mengembangkan cawangan Ar Rahnu kepada 202 cawangan di seluruh Malaysia.
28
Pencapaian Operasi
Dianggarkan seramai 1.2 juta kumpulan sasar telah menerima manfaat pembiayaan DARI Ar
Rahnu YaPEIM semenjak 11 tahun operasi (2004-2013) (Utusan Malaysia, 29/3/2013).
Perkembangan aktiviti Ar Rahnu YaPEIM semenjak awal permulaan dapat dilihat
sebagaimana berikut :
Jadual 1 : Perkembangan pelaksanaan Ar Rahnu YaPEIM 2002 hingga 2014
Butiran Ar Rahnu YaPEIM
Jumlah cawangan 202 buah dan 6 premis bergerak
(perkhidmatan melalui kaunter bergerak)
Transaksi gadaian 2.23 juta (396,125 orang keahlian)
Jumlah pembiayaan RM3.70 bilion
Sumber : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, 10 Mac 2016
Pengalaman dan kepakaran YaPEIM dalam pembangunan Ar-Rahnu tidak hanya terhad di
Malaysia malah diperluaskan ke peringkat negara serantau. YaPEIM telah menggerakkan
Sekretariat Ar Rahnu Serantau dengan penglibatan strategik negara-negara seperti Malaysia,
Indonesia, Brunei, Thailand, kemboja dan Timor Leste. Matlamat penubuhan Sekretariat ini
adalah menggalakkan perkembangan perkhidmatan Ar Rahnu di kalangan negara anggota di
samping perkongsian kepakaran dan maklumat seperti penipuan emas bagi tujuan
penyelarasan.
b. Pos Ar Rahnu
Pos Malaysia merupakan sebuah syarikat yang pernah diletakkan di bawah seliaan kerajaan
sebelum menjadi sebuah GLC pada tahun 1992 dan akhirnya bertukar kepada sebuah institusi
korporat pada tahun 2010. DRB Hicom merupakan pemegang saham terbesar bagi Pos
Malaysia walaupun kerajaan masih memegang saham utama (golden share). Atas peranannya
sebagai penghubung dan komunikasi utama di Malaysia, ia telah diletakkan di bawah seliaan
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan tertakluk di bawah peraturan-
peraturannya. Di sebalik peranan Pos Malaysia yang utama dalam industri perhubungan, Pos
Malaysia telah meluaskan lagi fungsinya dengan menggerakkan aktiviti pajak gadai Islam Ar
Rahnu melalui penubuhan koperasi Pos Nasional Berhad (KOPONAS). KOPONAS telah
didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Sejarah pengenalan koperasi di
Malaysia yang pertama hakikatnya telah melibatkan Jabatan Pos ketika itu yang namanya
29
Syarikat Bekerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Pekerja-pekerja Jabatan Pos dan
Telekom Berhad pada 21 Julai 1922. Kini nama tersebut dikenali sebagai Koperasi Pos
Nasional Berhad dan Koperasi Kakitangan Telekom Malaysia Berhad. Matlamat kewujudan
aktiviti Ar Rahnu oleh Pos Malaysia adalah bermatlamatkan untuk mendidik masyarakat dan
niat murni tersebut disertai dengan memberi perkhidmatan yang tidak membebankan rakyat.
Setelah mendapat kebenaran untuk menjalankan aktiviti Ar Rahnu dari SKM, jenama Pos Ar
Rahnu telah bermula pada 2 Julai 2012 dengan pembukaan outlet pertama Ar Rahnu di
Bandar Baru Bangi dan Kuala Terengganu. Dalam tempoh 3 tahun, Pos Malaysia telah
mengembangkan cawangan Ar Rahnu kepada 70 cawangan di mana operasinya berjalan
dengan memanfaatkan bangunan pos Malaysia sedia ada.
Pencapaian Operasi
Walaupun Pos Ar Rahnu baru menjangkau usia empat tahun, Pos Ar Rahnu telah mencipta
pelbagai pencapaian yang memberangsangkan apabila jumlah pembiayaan yang dikeluarkan
dalam tempoh Ar Rahnu berjalan melebihi 1 bilion manakala pangkalan data pelanggan Pos
Ar Rahnu dalam anggaran 200 ribu orang. Dengan pencapaian tersebut menjadikan Pos Ar
Rahnu sebagai penyedia perkhidmatan Ar Rahnu ketiga terbaik selepas Bank Rakyat dan
YaPEIM (Khairul Nizan 2015).
Jadual 2 : Perkembangan pelaksanaan Pos Ar Rahnu Malaysia 2012 hingga 2016
Butiran Ar Rahnu YaPEIM
Jumlah cawangan 70 buah cawangan
Transaksi gadaian 200 ribu orang
Jumlah pembiayaan RM 1 bilion
Sumber : Pos Ar Rahnu Malaysia, 25 Mac 2016
1. Strategi Menjana Hasil
a. YaPEIM
YaPEIM memperoleh modal pusingan untuk menggerakkan operasi Ar Rahnu melalui dua kaedah
iaitu bantuan pinjaman dari pihak kerajaan (soft loan) dan pelaburan dari pelabur-pelabur luar
antaranya Majlis Agama Islam Negeri. Selain daripada dua sumber tersebut, YaPEIM menjana hasil
melalui pendekatan meluaskan jumlah cawangan Ar Rahnu.
YaPEIM melihat strategi meningkatkan jumlah cawangan sebagai satu pendekatan untuk meraih
keuntungan. Oleh yang demikian, YaPEIM menyasarkan 400 jumlah cawangannya di seluruh
30
Malaysia pada tahun 2018. Berdasarkan temu bual dengan Salleh Bakar (2015) yang mewakili
YaPEIM menyatakan jumlah keuntungan yang minimum boleh dijana melalui cawangan yang
banyak.
b. Pos Ar Rahnu
Bagi Pos Ar Rahnu, aspek modal pusingan tidak menjadi satu masalah besar kerana sumber
modal pusingan diperoleh daripada badan induk Pos Malaysia yang mempunyai kewangan
yang kukuh. Dalam masa yang sama kos dana (cost of fund) dibantu dengan dana tambahan
melalui pinjaman bank dengan kadar faedah berubah. Bentuk pinjaman bank memberi kesan
terhadap hasil yang diperoleh kerana bagi dana dalam bentuk pinjaman bank kos kewangan
(cost of fund) yang dikenakan oleh pihak bank agak tinggi. Oleh yang demikian, antara
strategi yang diambil oleh Pos Ar Rahnu adalah dengan membuat aktiviti rightsizing dan
mempelbagaikan (business diversifications) saluran hasil tambahan bukan kewangan bagi
meminimumkan pinjaman bank.
Buisness rightsizing merupakan pendekatan yang diambil oleh Pos Ar Rahnu untuk
memastikan keuntungan dapat dimaksimumkan. Cawangannya yang berjumlah 100 outlet
pada awal tahun 2011, kemudiannya telah dikurangkan kepada 70 cawangan sahaja sekarang.
Tujuan pengurangan jumlah cawangan ini dilakukan bagi meningkat hasil di samping
mengawal kos yang terpaksa dibelanjakan. Oleh sebab Pos Malaysia telah mempunyai premis
sedia ada bagi setiap daerah, tindakan menambah atau mengurangkan jumlah cawangan tidak
memberi kesan yang besar kepada pelanggan malah faktor pengurangan telah berjaya
mengurangkan kos operasi perniagaan yang dianggarkan antara RM200 ribu hingga RM250
ribu setahun. Ini kerana operasi Ar Rahnu hanya dipindahkan kepada cawangan yang
berhampiran. Antara jumlah kos yang dapat dikurangkan termasuklah kos pekerja dan bil
elektrik. Berdasarkan temu bual dengan Khairul Nizan (2015) yang mewakili Pos Ar Rahnu,
strategi yang diambil masih dapat mengekalkan momentum hasil yang disasarkan dan kekal
positif ke arah hasil dan penurunan kos.
2. Keistimewaan Produk dan Perkhidmatan
a. YaPEIM
i. Mewujudkan Kelab MASA
Polisi Ar-Rahnu YaPEIM adalah menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat
sesuai dengan matlamat kewujudannya. Oleh itu, YaPEIM telah membantu mereka yang rata-
ratanya bergadai untuk tujuan perniagaan dengan menghimpunkan mereka dalam Kelab
31
Masa. Penggadai yang layak akan menerima manfaat daripada latihan dan bimbingan yang
yang digerakkan oleh pusat keusahawanan YaPEIM atau dipanggil YaPEIM Entrepreneur
Centre (YEC). Antara program yang diberikan adalah program pembangunan komuniti,
program latihan dan bimbingan usahawan (Teori), mempertingkatkan latihan kemahiran
(Praktikal) program lawatan sambil belajar dan program pemasaran produk dan
perkhidmatan. Selain itu penggadai mendapat sokongan bantuan & insentif seperti Skim
Sahabat Emas (pembiayaan 100% Ar Rahnu), sokongan bantuan berasaskan projek
PERKASA dan anugerah tokoh Sahabat Ar Rahnu.
i. Kadar Upah Simpan Rendah E-Kasih
YaPEIM turut menawarkan kadar khas (caj istimewa) iaitu kos upah simpan RM0.10 kepada
penggadai yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan negara khususnya bagi mereka
yang berdaftar dalam pangkalan Data e-Kasih.
ii. Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM (INPUT)
INPUT merupakan Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM yang berperanan untuk
meningkatkan penyelidikan YaPEIM termasuklah dalam bidang Ar Rahnu. Antaranya,
YaPEIM telah menerajui beberapa aspek penyelidikan bagi membangunkan Ar Rahnu.
Antaranya YaPEIM menjadi pembekal dan penyelenggara mesin Spectrometer XRF yang
mempunyai keupayaan menilai logam dan emas yang lebih baik berbanding peralatan sedia
ada. Hasil penyelidikan yang dijalankan, YaPEIM turut mewujudkan Pusat Pemurnian Emas
dan menghasilkan produk emas YaPEIM termasuk mempunyai gold bar tersendiri. Selain itu,
YaPEIM dalam usaha untuk mewujudkan Pusat Pencerakinan Emas yang mana akan menjadi
rujukan kepada industri Ar Rahnu untuk menilai ketulenan emas.
iii. Pengukuhan evolusi SOP Ar Rahnu YaPEIM
Dengan mengambil kira keperluan semasa YaPEIM telah membangunkan SOP secara
berperingkat dalam tempoh operasinya sebagaimana jadual di bawah :
Jadual 2 : Evolusi dalam SOP Ar Rahnu YaPEIM
32
Aspek Fasa I
Permulaan
(2000-2004)
Fasa II
(2005-2008)
Fasa III
(2009-Sekarang)
Keselamatan Perlindungan Takaful
bagi marhun dan tunai
Sistem penggera
keselamatan
Perlindungan Ar Rahnu
dan lain-lain perlindungan
Takaful (Money in Transit
(MIT), Money In Transit
(MIP), risiko dan
kejujuran staf
Sistem penggera
keselamatan
Pengawal keselamatan
CCTV Berkomputer
Penggunaan pintu besi
pada bilik kebal
Perlindungan Takaful Ar
Rahnu (Jewelers Block)
secara lengkap
Sistem penggera lebih
sistematik dan
kepelbagaian fungsi
CCTV DVR (online)
Peti besi dilengkapi time
lock
Pintu besi bilik kebal
(custom made)
Sistem/Rekod Rekod transaksi dan
laporan harian secara
manual di komputer
masing-masing
Pelaksanaan sistem Ar
Rahnu.net secara on line
Pelaksanaan sistem Ar
Rahnu.net diperkukuh
dengan beberapa Pakej
Mikro Kredit Ar Rahnu
mengikut kategori
pelanggan
Infrastruktur/
kaedah
pengujian
barang gadaian
(emas)
Kaunter Ar Rahnu
berkonsepkan ‘money
changer’
Peralatan komputer
asas
Alat asas pengujian
emas asas seperti asid,
batu asah
Peti besi manual
Kaunter terbuka dan
mempunyai ruang
menunggu
Penambahan peralatan
ICT bagi menyokong
sistem pengoperasian
online dan real time
Penambahan
teknologi/alat pengujian
emas seperti densimeter
Penggunaan Kebuk Udara
(FumeBox) bagi
pengujian asid
Wujud kaunter yang lebih
moden dan kemas
Sitem QMS bagi
kemudahan pelanggan
Kaunter Khidmat
Pelanggan termasuk
kaunter premier dan OKU
Sistem dan peralatan ICT
terkini
Pengujian barang kemas
melalui teknologi XRF
dan densimeter
Peti besi (custom made)
Perkhidmatan Harga emas
berdasarkan Harga
Bank Negara Malaysia
Harga emas berdasarkan
Harga Bank Negara
Malaysia
Penggunaan harga emas
YaPEIM
Kadar khas kepada
kumpulan sasar
berdasarkan pengkalan
data kerajaan Malaysia –
Data eKasih
Sumber : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, 2014 melalui Buku
Inovasi Dalam Industri Emas dan Ar Rahnu
33
a. Pos Ar Rahnu
i. Menjadikan Harga Emas Mentah Sebagai Penentu Harga Emas
Antara perkhidmatan yang diberikan oleh Pos Ar Rahnu adalah menawarkan harga emas
berdasarkan harga emas mentah sebagai penentu harga emas harian. Ini bermakna harga emas
semasa yang digunakan dalam Pos Ar Rahnu adalah lebih rendah berbanding harga emas
yang mempunyai factors iaitu selepas mengambil kira tambahan harga. Dalam masa yang
sama, Pos Ar Rahnu menawarkan margin pinjaman yang tinggi iaitu sebanyak 75% daripada
nilai marhun yang memberi nilai pinjaman lebih kepada pelanggan. Justeru, pelanggan akan
mendapat caj upah simpan harian yang lebih rendah kerana upah simpan diperoleh
berdasarkan harga emas mentah dan dalam masa yang sama memberikan margin pinjaman
yang tinggi iaitu 75% daripada nilai marhun. Selain itu, Pos Ar Rahnu membenarkan
pelanjutan transaksi gadaian untuk tempoh 6 bulan selanjutnya dan ini menjadikan tempoh
gadaian berjalan selama setahun maksimum.
ii. Kaedah Pelelongan melalui Pemborong
Keunikan operasi Pos Malaysia dapat dilihat melalui kaedah lelongan yang memberi
kelebihan kepada pelanggan. Untuk memastikan wujud keadilan ketika proses lelongan
dibuat, Pos Ar Rahnu melindungi hak pengguna berdasarkan jaminan harga yang sama
dengan nilai pasaran semasa apabila proses lelongan dijalankan. Demi menjaga kepentingan
pelanggannya, Pos Ar Rahnu memilih untuk menguruskan proses lelongan secara tertutup
dengan lantikan pemborong emas yang dapat memberi harga premium.
Pos Ar Rahnu telah mengikat kontrak dengan pemborong emas yang akan mengambil
emas lelong dengan penolakan 2% dari nilai harga emas semasa di pasaran. Dengan ini,
pelanggan akan menerima tawaran harga lelongan semasa apabila proses lelongan dijalankan.
Demi menjaga kepentingan pelanggannya, Pos Ar Rahnu memilih untuk menguruskan proses
lelongan secara tertutup dengan lantikan pemborong emas yang dapat memberi harga
premium. Pos Ar Rahnu telah mengikat kontrak dengan pemborong emas yang akan
mengambil emas lelong dengan penolakan 2% dari nilai harga emas semasa di pasaran.
Dengan ini, pelanggan akan menerima tawaran harga lelongan berdasarkan nilai pasaran dan
tidak perlu menanggung kerugian atau wujud manipulasi dari pihak-pihak tertentu kerana
34
pemborong yang terlibat dipilih secara eksklusif dan tertakluk kepada perjanjian bersama Pos
Malaysia. Pendekatan yang diambil oleh Pos Malaysia ini bertujuan untuk menjaga
kepentingan pelanggan khasnya bagi penggadai yang tidak mampu melakukan penebusan.
Pendekatan ini bukan sahaja dilihat strategik malah memberi kelebihan kepada perkhidmatan
Pos Ar Rahnu berbanding penyedia perkhidmatan Ar Rahnu yang lain.
iii. Produk One-Stop Gold Centre
Dalam tempoh empat tahun operasi (2012-2016), Pos Ar Rahnu telah mencetuskan beberapa
produk dan perkhidmatan yang memberi tambah nilai kepada agensi ini. Bermula dengan
perkhidmatan gadaian semata-mata pada tahun 2012, sebanyak 2 produk baru diwujudkan
pada tahun 2013 iaitu Ar Rahnu Simpan dan cuci emas. Ar Rahnu simpan mempunyai
konsep yang sebagaimana peti simpanan deposit yang diamalkan di institusi perbankan.
Melalui perkhidmatan tersebut caj upah simpan yang minima bagi membiayai kos dikenakan
kepada mereka yang berhasrat untuk menyimpan barang kemas dengan selamat dan terjamin.
Seterusnya, perkhidmatan Ar Rahnu cuci diperkenalkan dengan mengenakan bayaran upah
cuci sebanyak RM3 bagi setiap cucian. Walaupun kedua-dua perkhidmatan tersebut nampak
kecil tetapi menurut Khairul Nizan (2015), hasil yang diperoleh memberikan pulangan
sehingga mencecah sejuta ringgit setahun.
Selain itu, Pos Ar Rahnu telah merangka pelbagai bentuk perkhidmatan yang bersifat
produk kewangan dan jualan dari tahun ke tahun. Perkembangan yang ditunjukkan bukan
sahaja menjadikan Pos Ar Rahnu sebagai one stop gold centre malah turut menjana
keuntungan yang lumayan. Antaranya, Pos Malaysia telah mencipta emas tersendiri dan
diiktiraf sebagai organisasi perkhidmatan pos yang pertama di dunia mencipta emas sendiri.
Produk emas yang dikeluarkan ini diiktiraf sebagai Logam Pelaburan Bernilai (Investement
Precious Metal) atau ringkasnya IPM dan dikecualikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST). Seterusnya pada tahun 2015, Pos Ar Rahnu memperkenalkan dua bentuk aliran hasil
(revenue stream) dalam bentuk jualan.
Pertama, penggadai berhasrat untuk menjual barang gadaian yang digadai kepada
pihak Pos Ar Rahnu. Sebanyak 90% daripada jumlah margin barang berdasarkan harga
semasa akan diberikan kepada pelanggan. Berdasarkan amalan tersebut, pelanggan akan
cenderung untuk memilih perkhidmatan ini kerana harga jualan yang tinggi dalam pasaran
35
tanpa dikenakan caj upah simpan. Malah Pos Ar Rahnu turut menerima semua jenis emas 750
ke atas.
Kedua, Pos Ar Rahnu membuat jualan IPM dari serendah setengah gram hingga 1
kilogram. Penjualan IPM tersebut merupakan kaedah mampu milik yang boleh dibeli oleh
mereka yang berminat kepada simpanan dalam bentuk pelaburan emas. Secara keseluruhan,
Pos Malaysia bukan sahaja telah menyediakan pelbagai perkhidmatan emas secara berpusat,
malah inisiatif yang diambil telah memberi pulangan dan manfaat untuk menjana kos dan
modal operasi yang berjalan. Berdasarkan perkembangan tersebut, kajian merumuskan
evolusi perkembangan produk yang ditawarkan oleh Pos Ar Rahnu sebagaimana carta berikut
:
Carta Evolusi bagi Produk Pos Ar Rahnu
Fasa I
(2012)
Fasa II
(2013)
Fasa III
(2015 – Sekarang)
Produk /
perkhidmatan
Transaksi gadaian Memperkenalkan Ar
Rahnu Simpan
Menawarkan
perkhidmatan Cuci
Emas
Membeli emas dengan
harga 90% daripada
harga semasa emas
Menjual IPM
serendah 0.5 gram
sehingga 1 kilogram
j. Pengawasan Dalaman
a. YaPEIM
i. Audit Dalaman
Untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan selari dengan matlamat organisasi dan
kehendak pemegang taruh, YaPEIM mengambil inisiatif dengan melaksanakan audit dalam,
memastikan audit luaran yang dilakukan oleh pihak SIRIM pada setiap tahun serta
menyelaras aktiviti dengan mewujudkan pusat rujukan setempat. Semakan audit dalam ini
dilakukan pada setiap hari sejam sebelum operasi ditutup iaitu antara pukul 4 dan 5 petang.
36
Pihak audit dalam akan menyemak simpanan emas, dan kira-kira kewangan agar sentiasa
selari dengan transaksi yang berjalan pada hari tersebut. Selain itu, audit secara berkala turut
dilakukan dan pengauditan meliputi aspek penyemakan proses kerja, pemeriksaan dokumen
dan pemeriksaan fizikal barang gadaian.
Untuk memastikan kemudahan penyelarasan dan perhubungan di antara cawangan,
YaPEIM turut mewujudkan Pejabat Pengurusan Negeri (PPN) sebagai pusat rujukan
setempat di peringkat pusat dan negeri untuk memastikan segala arahan dan maklumat dapat
diselaraskan dengan baik di peringkat cawangan-cawangan operasi setiap negeri. PPN ini
berperanan sebagai rujukan bagi setiap permasalahan dan kemusykilan serta akan
melaksanakan audit di peringkat cawangan pada setiap bulan.
ii. Panel Pengawasan Syariah
Dalam aspek pematuhan syariah pula, YaPEIM mempunyai dua jawatankuasa yang
bertanggungjawab untuk memantau aspek syariah ini iaitu Jawatankuasa Khas Program
Mikro Kredit Ar Rahnu serta Jawatankuasa Penasihat Syariah. Jawatankuasa Penasihat
Syariah ini diketuai oleh mantan mufti Wilayah Persekutuan; Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
Kesemua program dan perkara berbangkit akan dirujuk kepada panel ini sebelum sesuatu
keputusan dilaksanakan. Dalam masa yang sama, YaPEIM turut mewujudkan panel khas
syariah untuk memantau perjalanan operasi Ar Rahnu yang bertanggungjawab untuk melihat
aspek pematuhan syariah terpelihara. Sehubungan dengan itu, YaPEIM sedang berusaha
untuk mendapatkan pengiktirafan ISO Syariah daripada pihak SIRIM
iii. Audit luaran
Selaras dengan matlamat YaPEIM untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada
pelanggan dan pelabur khususnya serta masyarakat amnya, YaPEIM telah memilih untuk
memperkukuh sistem pengurusan kualiti agensi dengan membuat penambahbaikan SOP yang
berterusan. Pendekatan yang diambil ini penting bagi meningkatkan kepuasan pelanggan
selaras dengan kehendak Standard Antarabangsa. Sehubungan itu, YaPEIM telah
memperoleh pengiktirafan MS ISO 90001:2008 – Sistem Pengurusan Kualiti dari Jabatan
Standard Malaysia semenjak 2009 sehingga sekarang. Pengiktirafan MS ISO 90001:2008 ini
diperoleh berdasarkan 3 prosedur yang diamalkan YaPEIM iaitu Prosedur Gadaian, Prosedur
Jualan dan Prosedur Penebusan.
37
b. Pos Ar Rahnu
Aspek pematuhan syariah Pos Ar Rahnu disandarkan kepada Jawatankuasa Syariah DRB
Hicom selaku pemegang saham terbesar Pos Malaysia. Oleh itu, operasi Ar Rahnu yang
berjalan perlu mengikut Garis Panduan Syariah yang disediakan. Khususnya dalam aspek
harga dan akad, audit pematuhan akan dilakukan pada setiap bulan berserta pengawasan
CCTV 24 jam.
RUMUSAN HASIL KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menyingkap keistimewaan tadbir urus dan perkhidmatan yang
diberikan oleh kedua-dua agensi utama dalam kalangan penyedia perkhidmatan Ar Rahnu
iaitu YaPEIM dan Pos Malaysia. Parameter yang digunakan adalah strategi yang digunakan
untuk menjana hasil dan keuntungan, keistimewaan produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan serta bentuk pengawasan dalaman yang dipraktikkan untuk memastikan
keberkesanan dan kestabilan kedua-dua agensi.
Ar Rahnu YaPEIM Pos Ar Rahnu
Strategi Menjana
Keuntungan
- Mengembangkan
cawangan
- Mengembangkan dan
business rightsizing
- Menggunakan premis
sedia ada
Keistimewaan Produk dan
perkhidmatan
- Kelab Masa
- Pakej e-Kasih dengan
pakej harga upah
simpan terendah
- Institut Penyelidikan
dan Perundingan
YaPEIM (INPUT)
- Kaedah Pengujian
Emas Berteknologi
Tinggi
- Pengukuhan Evolusi
Ar Rahnu YaPEIM
- Harga Emas Mentah
Sebagai Penentu
Harga Emas
- Kaedah Pelelongan
Melalui Pemborong
- One Gold Stop Centre
- Pengukuhan Evolusi
Pos Ar Rahnu
Pengawasan Dalaman - Audit Dalaman
Harian dan Berkala
- Audit Luaran berkala
- Panel Pengawasan
Syariah Khusus
- Audit Bulanan
- Pengawasan CCTV
24 Jam seminggu
- Panel Syariah dari
DRB Hicom
38
Berdasarkan strategi untuk menjana hasil, kedua-dua agensi telah mengambil pendekatan
yang berbeza di mana YaPEIM bertindak untuk mengembangkan cawangannya dari semasa
ke semasa manakala Pos Malaysia mengambil pendekatan business rightsizing iaitu
penyusunan jaringan berdasarkan keperluan. Hakikatnya kedua-dua agensi berusaha untuk
meluaskan jaringan cawangan masing-masing namun Pos Malaysia mengambil pendekatan
business rightsizing sebagai strategi mengurangkan kos secara efisien. Kajian melihat kaedah
meluaskan cawangan bukan sahaja dilihat mampu memperoleh jenama dan pengaruh malah
mampu menjana keuntungan dengan lebih efisien jika dibandingkan dengan kadar upah
simpan yang diperoleh melalui satu cawangan. Kedua, kajian mendapati, strategi Pos Ar
Rahnu yang menggunakan premis sedia ada sebagai operasi lebih menjimatkan berbanding
keperluan mengeluarkan modal yang lebih besar. Melihat kepada realiti sedia ada, gabungan
antara koperasi yang berkapasiti kecil dengan koperasi yang lebih besar sudah tentu akan
memberi penjimatan.
Secara umum untuk parameter kedua, kajian dapat membuat beberapa rumusan.
Pertama, YaPEIM dan Pos Ar Rahnu masing-masing berusaha untuk menjalankan
tanggungjawab sosial dengan memberikan perkhidmatan yang tidak membebankan kumpulan
sasar. Oleh yang demikian, YaPEIM memberi pelbagai insentif kepada kumpulan sasar iaitu
golongan peniaga kecil dengan mewujudkan Kelab Masa di samping menyantuni golongan
kurang berkemampuan melalui pakej e-kasih. Manakala Pos Ar Rahnu menerima kadar harga
emas mentah dalam transaksi sebagai mengelakkan caj upah simpan tinggi dikenakan ke atas
penggadai. Apa yang lebih menarik adalah kaedah pengendalian lelongan melalui pemborong
yang dilaksanakan oleh Pos Ar Rahnu bukan sahaja memberi kepuasan kepada pelanggan,
malah dilihat efisien dan mampu mengurangkan kos dan risiko agensi. Kedua, kedua-dua
agensi berusaha untuk menjadikan agensi lebih kompetitif. Ini dibuktikan apabila YaPEIM
telah mewujudkan satu institut penyelidikan khusus Ar Rahnu yang menjadi nadi kepada
peningkatan operasi YaPEIM khasnya dalam bidang penyelidikan dan teknologi pengujian
emas. Manakala Pos Ar Rahnu juga tidak hanya selesa dengan menawarkan perkhidmatan
gadaian semata-mata sebaliknya terus memenuhi hasrat dan keperluan pelanggannya yang
pelbagai dengan menjadikannya sebagai ‘one stop gold centre’. Kelebihan yang ada pada
kedua-dua agensi menjadikan mereka lebih bersifat kompetitif dan inovatif.
Seterusnya, dalam memastikan pengurusan organisasi berjalan secara efisien
pengawasan dalaman merupakan aspek yang tidak harus dipandang remeh. Dalam aspek ini
YaPEIM menunjukkan konsistensi agensi untuk mendapatkan reputasi tadbir urus yang
39
tersusun. Oleh itu, strategi pengawalseliaan dan penyelarasan di antara pusat dan cawangan
dan di antara agensi diperkukuh melalui kewujudan PPN dan audit dalaman secara harian dan
berkala. Tidak cukup dengan itu, YaPEIM turut mewujudkan Jawatankuasa Syariah yang
berperanan dalam menasihati, memantau dan memutuskan setiap perkara yang bersangkutan
dengan syariah. Seterusnya, YaPEIM dilihat lebih terkehadapan bagi memperkukuh sistem
kualiti pengurusan yang diamalkan melalui pengiktirafan ISO. Manakala Pos Ar Rahnu yang
masih baru dalam industri Ar Rahnu dilihat bergantung pada pengawasan syariah daripada
induk iaitu DRB Hicom.
Sehubungan dengan itu, kedua-dua agensi dilihat mempunyai kelebihan yang berbeza
dalam aspek penawaran perkhidmatan dan tadbir urus. Kesemua faktor yang memberi
kelebihan kepada agensi boleh dijadikan rujukan kepada penyedia perkhidmatan Ar Rahnu
yang lain. Dalam masa yang sama, agensi perlu sentiasa memberi tambah nilai kepada tadbir
urus sedia ada untuk memastikan momentum kecemerlangan organisasi dikekalkan.
KESIMPULAN
Pengurusan yang efisien bukan sahaja dapat meningkatkan keupayaan industri malah ia
mampu menjadi rujukan dan model kepada industri Ar Rahnu sama ada dalam kalangan
koperasi mahupun bukan koperasi. Apa yang penting, industri Ar Rahnu perlu sentiasa kreatif
untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan kehendak pasaran di
samping memperkukuh tadbir urus pengurusan sesuai jumlah cawangan Ar Rahnu yang
banyak. Keistimewaan produk dan perkhidmatan serta pengukuhan tadbir urus merupakan
dua aspek penting untuk meningkatkan bilangan pelanggan yang sekali gus menyumbang
kepada keuntungan agensi. Selain itu, ia mampu meningkatkan keyakinan umum terhadap
agensi serta menjadi tarikan kepada pelabur.
BIBLIOGRAFI
Abdul Halim bin Zulkifli. 2015. Kontrak hubungan penggadai dan pemegang gadaian dalam
pelaksanaan ar-rahnu di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azila binti Abdul Razak, Fidlizan Muhammad, M. Y. M. H. & N. M. 2014. Kemapanan dan
Daya Saing Pajak Gadai Islam di Malaysia. Prosiding PERKEM ke-9 (2014), hlm.Vol.
9, 551–560. Kuala Terengganu, Terengganu.
Mohamad Sollehin bin Mohamad Hair. 2012. Ar-Rahnu : Kajian Perbandingan Antara Islam
40
dan Konvensional di Bank Rakyat dan Yapeim. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamed Nazim, A.R., Kalaithasan, K., & N. 2005. Practices of Islamic Oawn Broking
Operators in Malaysia. Prosiding 3rd International Islamic Banking and Finance
Conference 2005,. Petaling Jaya, Selangor: Monash University Malaysia.
Mohd Rafi bin Yaazob, Ghazali bin Ahmad, Mohamed Dahlab bin Ibrahim, Norwatim bt
Abd Latiff, Noraesyah bt Shari, Shamsul Khairi b Abu Hasan, Norsyeirawani bt Shari,
R. Z. bt M. A. K. 2011. Islamic Pawn Broking (Ar-Rahnu) : Critical Success Factor And
Application For Co-operatives. Kelantan.
Norwatim Abd Latiff, Noraesyah Saari, Shamsul Khairi Abu Hassan, R. Z. N. A. K. dan N.
S. 2011. Ar-Rahnu Sebagai Sumber Pembiayaan Mikro kredit : Amalan Penyedia
Perkhidmatan. Maktab Koperasi Malaysia.
Othman, A. & Hashim, N. 2013. Perkembangan Ar-Rahnu di Terengganu : Kajian Kes
Terhadap Ar- Rahnu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM ).
Prosiding Perkem viii, hlm.Vol. 2, 951–959. Kolej Perniagaan Universiti Utara
Malaysia.
Selamah binti Maamor & Abdul Ghafar Ismail. 2007. The Ar-Rahnu Efficiency and Its
Determinants. Journal of Islamic Economics, Banking and Finance, Volume-6, 105–126.
Shamsiah Mohamad & Safinar Salleh. 2008. Upah Simpan Barang Dalam Skim Ar-Rahnu:
Satu Penilaian Semula. Jurnal Fiqh, 5, 47–65. Retrieved from
http://myais.fsktm.um.edu.my/8000/
Salleh bin Bakar. 2016. Temu bual cabaran bagi industri Ar Rahnu. Yayasan Pembangunan
Ekonomi Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Temu bual, 10 Mac
Khairul Nizan Che Nik. 2016. Temu bual cabaran bagi industri Ar Rahnu. Pos Malaysia,
Kuala Lumpur. Temu bual, 25 Mac
top related