slaid taklimat tender kbk-2nd half 2015.pdf
Post on 31-Jan-2017
339 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KENYATAAN TAWARAN
TENDER PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal Bumiputera yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang /
Perkhidmatan di bawah Kepala dan Sub-Kepala 221001 (Pembersihan
Bangunan dan Pejabat) dan 221002 (Membersih Kawasan) yang masih sah
dan berkuatkuasa. Sub-Kepala 220401 (Mencuci Bangunan) dan 220402
(Mencuci Kawasan) adalah TIDAK DITERIMA.
2. Tender ini adalah bagi sekolah / institusi seperti yang disenaraikan dalam
kenyataan tawaran di akhbar Berita Harian bertarikh 15 Jun 2015 (Isnin).
2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3. Setiap petender yang hendak memasuki tender adalah DIWAJIBKAN HADIR
KE TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK. Selaras dengan arahan
Kerajaan, 1Pekeliling Perbendaharaan: PK 2/2013 , Petender yang
menghadiri taklimat dan lawatan tapak MESTILAH terdiri daripada
Pemilik / Ahli Lembaga Pengarah SAHAJA dan TIDAK BOLEH
MEWAKILKAN pegawai selain daripada penama dalam Sijil Akuan
Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan Malaysia.
4. Iklan tender boleh dirujuk di laman web Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan,
laman web Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset
http://www.moe.gov.my/bppa, laman web Kementerian Pendidikan Malaysia
http://www.moe.gov.my dan portal MyPROCUREMENT. Ralat terhadap
maklumat iklan ini juga akan dimaklumkan menerusi laman web yang
dinyatakan, sekiranya ada.
5. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak terikat untuk menerima mana-mana
tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa apa sebab
di atas penolakan sesuatu tawaran tender.
3
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6. Tawaran tender tidak akan dipertimbangkan sekiranya:
Petender LEWAT mengemukakan tawaran tender;
Petender GAGAL mengemukakan dokumen wajib seperti yang dinyatakan
dalam Dokumen dan Borang Tender;
Petender GAGAL menghadiri taklimat tender; dan
Petender GAGAL menghadiri lawatan tapak.
7. Di antara KRITERIA UTAMA yang akan diberi pertimbangan adalah petender
seperti berikut:
a. Petender mempunyai keupayaan pembiayaan kewangan untuk
menampung kos operasi bersamaan dua (2) bulan tuntutan bulanan
kontrak; dan
b. Petender berdaftar dalam daerah berkenaan.
8. Keputusan tender ini adalah MUKTAMAD dan sebarang surat-menyurat tidak
akan dilayan.
4
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAHAN AM &
SYARAT-SYARAT AM TENDER
5
“Pelawaan terikat kepada Arahan Am dan Syarat-Syarat
Tambahan Tender serta syarat-syarat yang akan dikeluarkan bersama-sama dengan Dokumen Tender berkaitan.”
Petender boleh melihat arahan am dan syarat-syarat am tender
dalam Dokumen Tender yang dibeli. Petender perlu baca
berkenaan perkara ini bagi memudahkan petender memahami
skop perkhidmatan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Petender hendaklah membaca dengan teliti spesifikasi melibatkan skop kerja
perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan di Dokumen Tender (LAMPIRAN
3) seperti berikut :
a) Jumlah bilangan pekerja
b) Waktu bertugas
c) Tempat / kawasan perkhidmatan pembersihan dan pencucian
d) Kekerapan
2. Petender hendaklah membaca dengan teliti keluasan kawasan keseluruhan dan
jumlah pelajar. Ini turut mengambil kira bilangan tandas dan bilangan blok bangunan
supaya tidak timbul masalah kesilapan meletak harga.
3. Untuk memudahkan membuat anggaran harga tawaran, petender DIWAJIBKAN
membuat lawatan ke sekolah-sekolah dalam zon berkenaan.
6
SPESIFIKASI SKOP PERKHIDMATAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7
Satu Borang bernilai
RM50.00-Bank Draf / Bankers Cheque sahaja Atas nama
Ketua Akauntan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bawa Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat
Bawa Sijil Akuan
Pendaftaran Syarikat yang
ASAL
Bawa Sijil Akuan
Pendaftaran Syarikat
Bumiputera yang ASAL
Dibenarkan membeli satu
(1) Borang Tender bagi satu tawaran
PEMBELIAN BORANG &
DOKUMEN TENDER
1. Sila simpan resit pembelian.
2. Bayaran dokumen ini tidak
akan dikembalikan.
3. Borang Tender yang
mempunyai nombor siri yang
sah sahaja akan
dipertimbangkan.
4. Penggunaan borang salinan
atau dokumen palsu akan
menyebabkan tender tidak
akan dipertimbangkan.
5. Petender dibenarkan untuk
menyertai semua zon yang
dinyatakan dalam iklan.
Walaubagaimanapun, hanya
satu tawaran yang dibenarkan
untuk setiap zon yang disertai.
Jika didapati terdapat dua (2)
atau lebih tawaran di satu zon,
petender tidak akan
dipertimbangkan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BORANG TENDER
8
Tawaran Kewangan
Tawaran Teknikal
1) Lampiran G – Senarai Bahan-Bahan / Kenderaan /
Mesin / Peralatan yang digunakan dalam
perkhidmatan
2) Lampiran H – Skim Perkhidmatan Pekerja
1) Lampiran A – Senarai Semak
2) Lampiran B – Keterangan Mengenai Petender
3) Lampiran C – Surat Akuan Petender
4) Lampiran D – Surat Akuan Pembida (Petender)
5) Lampiran E – Jadual Harga Tawaran (2 salinan)
6) Lampiran F – Borang Pengesahan Lawatan Tapak
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9
1. Petender perlu membaca arahan dimuka hadapan Borang Tender dan di
dalam Dokumen Tender.
2. Cap Rasmi Syarikat mestilah sama dengan nama syarikat di Sijil Akuan
Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
3. Kesemua Lampiran wajib diisi dan dihantar.
4. Semua dokumen salinan hendaklah DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan
dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (cap mestilah
mempunyai nama, jawatan dan tempat bertugas) atau Pesuruhjaya
Sumpah kecuali Penyata Bank asal. Pengesahan dokumen oleh individu
selain daripada yang dinyatakan diatas adalah tidak diterima. ADUN, Ketua
Kampung, Penghulu, Jaksa Pendamai, Ahli Parlimen tidak termasuk dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
5. Mengisi Borang Tender dengan lengkap, jelas dan kemas serta mematuhi
arahan. Setiap ruangan perlu diisi. Jika ruangan berkenaan tidak berkaitan
nyatakan “TIDAK BERKENAAN / TIADA”.
PENGISIAN BORANG TENDER
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
6. Borang tender hendaklah diisi dengan pen berdakwat BERWARNA BIRU
dan dicap menggunakan dakwat BERWARNA BIRU.
7. Semua dokumen hendaklah dijilid dengan kemas menggunakan binding comb
dan diletakkan separator berlabel (tagging). Tawaran Kewangan dan Tawaran
Teknikal hendaklah dijilid secara BERASINGAN.
8. Sebarang pindaan mesti dipotong dan ditandatangan ringkas oleh individu
yang menandatangani Borang Tender.
9. Penggunaan sebarang pemadam cecair tidak dibenarkan.
10.Borang yang difotostat / scan / ditaip semula tidak akan dipertimbangkan.
11.Borang tender yang dikemukakan tidak mengikut arahan di atas TIDAK
AKAN DIPERTIMBANGKAN. Keputusan tender ini adalah MUKTAMAD dan
sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
PENGISIAN BORANG TENDER
SAMBUNGAN…
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
11
1) Muka hadapan borang tender:
a. wajib dikembalikan dan dikepil bersama borang tender tawaran kewangan;
b. nombor sijil kehadiran taklimat dinyatakan; dan
c. nama dan cap rasmi syarikat dinyatakan.
2) Di bahagian atas setiap muka surat terdapat ruang kod tender dan no siri
borang tender yang perlu diisi oleh petender. Pastikan setiap ruangan ini
diisi dengan lengkap.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
12
3) Lampiran A (Senarai Semak):
a)Menyenaraikan senarai dokumen wajib dan dokumen tambahan untuk
Tawaran Kewangan dan Dokumen wajib bagi Tawaran Teknikal dan
mempunyai tiga (3) muka surat.
b)Dokumen-dokumen yang memerlukan pengesahan dan maklumat terperinci
berkenaan setiap dokumen yang perlu dihantar juga dinyatakan dalam
Lampiran ini.
c) Semua yang disenaraikan sebagai dokumen wajib perlu dikemukakan. Jika
dokumen wajib tiada akan menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan.
d) Setiap dokumen yang dihantar petender perlu ditanda ( √ ) pada ruangan
pengesahan oleh syarikat. Dokumen yang tidak dihantar ditanda ( X );
e)Pemilik perlu menandatangani dan mengecop di ruangan yang ditetapkan;
dan
f) Nama Pemilik, No.K/P dan tarikh hendaklah dinyatakan.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER
SAMBUNGAN…
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
13
4) Lampiran B (Keterangan Mengenai Petender):
a. Mengisi semua maklumat mengenai petender (profail dan kewangan).
Sekiranya tiada maklumat sila isikan “TIDAK BERKENAAN/TIADA”;
b. Maklumat Kewangan perlu sama dengan penyata bank yang disertakan;
c. Jikalau petender mempunyai kemudahan kredit, Laporan Sulit oleh pihak bank
atau institusi kewangan lain hendaklah dikemukakan mengikut format yang
disediakan;
d. Hanya pemilik syarikat atau penandatangan cek sahaja boleh
menandatangani di lampiran ini bagi ruangan PEMILIK;
e. Nama Pemilik, No.K/P, tarikh dan cap syarikat hendaklah dinyatakan;
f. Ruangan SAKSI hendaklah ditandatangan, dinyatakan nama, No. K/P dan
tarikh; dan
g. Borang ini akan dikemukakan kepada pihak bank sebagai perakuan pihak
syarikat membenarkan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membuat
semakan akaun syarikat.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER
SAMBUNGAN…
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
14
5) Lampiran C (Surat Akuan Petender):
a. Mengisi maklumat nama daerah dan zon. Pastikan maklumat yang ditulis
tepat;
b. Pemilik syarikat perlu menandatangani diruangan yang disediakan ;
c. Nama Pemilik, No.K/P, tarikh dan cap syarikat hendaklah dinyatakan
diruangan PEMILIK; dan
d. Ruangan SAKSI hendaklah ditandatangan, dinyatakan nama, No. K/P dan
tarikh.
6) Lampiran D (Surat Akuan Pembida(Petender):
a. Mengisi semua maklumat di ruangan yang disediakan; dan
b. Pemilik syarikat perlu menandatangani dan menyatakan nama, no. K/P dan
cap syarikat diruangan yang disediakan .
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER
SAMBUNGAN…
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
15
7) Lampiran E (Jadual Harga Tawaran):
a. Lampiran ini mempunyai dua salinan. Tawaran tender tidak akan
dipertimbangkan sekiranya terdapat kesilapan pengiraan atau petender
menawarkan harga berbeza di antara salinan pertama (JPN) dan salinan
kedua (KPM);
b. Harga yang ditawarkan hendaklah menggunakan mekanisma penggenapan
yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu dalam DUA TITIK
PERPULUHAN SAHAJA;
c. Harga tawaran petender adalah termasuk kos pentadbiran, pengangkutan,
penggajian dan kos-kos lain yang berkaitan;
d. Harga ditawar adalah tetap, harga bersih dalam Ringgit Malaysia (RM)
sahaja dan tidak boleh dipinda selepas penawaran tender ini ditutup
serta berkuatkuasa sepanjang tempoh sah laku tender (210 hari dari tarikh
tutup tender);
e. Harga dipatuhi sepanjang masa kontrak dan tidak berubah kecuali atas
persetujuan kedua-dua pihak;
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER
SAMBUNGAN…
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
16
Sambungan -Lampiran E (Jadual Harga Tawaran)
f. Kerajaan tidak terikat dengan mana-mana harga terendah.
g. Pastikan semua maklumat yang diminta, ditulis dengan betul dan tepat;
h. Pemilik syarikat perlu menandatangani diruangan yang disediakan ;
i. Nama Pemilik, Jawatan, No.K/P, Alamat Syarikat, Tarikh, No telefon terkini,
No. Faks, No Pendaftaran KKM dan cap syarikat hendaklah dinyatakan; dan
j. No. telefon yang diberikan perlulah nombor yang senantiasa dapat dihubungi.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER
SAMBUNGAN…
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
17
Sambungan -Lampiran E (Jadual Harga Tawaran)
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER
SAMBUNGAN…
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18
8) Lampiran F (Borang Pengesahan Lawatan Tapak):
a. Lawatan tapak adalah diwajibkan di semua premis. Pengesahan hanya
boleh dibuat oleh pihak pentadbir sekolah/premis sekurang-kurangnya gred
17 ke atas;
b. Bagi lawatan tapak di Pusat Kegiatan Guru / Kuarters Institusi Pendidikan,
pengesahan lawatan tapak adalah oleh Pejabat Pendidikan Daerah / Jabatan
Pendidikan Negeri / Pengerusi KIP berkenaan / Guru Besar / Pengetua
(Sekolah Berhampiran);
c. Lawatan tapak hanya boleh dilakukan Oleh Pemilik / Penama Dalam Sijil
Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER SAMBUNGAN…
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
19
Sambungan -Lampiran F (Borang Pengesahan Lawatan Tapak):
d. Petender perlu membawa dokumen berikut ketika lawatan tapak:
• Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan Malaysia;
• Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau
Borang E (Perakuan Pembaharuan Pendaftaran), Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise; lengkap bersama senarai nama
pemilik; dan
• Kad Pengenalan;
e. Cap syarikat diperlukan pada setiap helaian borang lawatan tapak;
f. Setiap ruangan hendaklah diisi dengan lengkap; dan
g. Perakuan pelaksanaan lawatan tapak hendaklah ditandatangani oleh
pemilik selepas lawatan tapak dilaksanakan.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER SAMBUNGAN…
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
20
9) Lampiran G (Senarai Bahan-Bahan/Kenderaan/ Mesin/Peralatan):
a. Terdapat empat (4) bahagian untuk lampiran ini;
b. Bagi Bahagian A iaitu BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN;
• Sila isi setiap ruangan jenama dengan lengkap. Ruangan yang tidak diisi
dengan lengkap dianggap gagal;
• Petender wajib mengemukakan dua (2) jenama bagi setiap item. Ruangan
yang tidak diisi dengan lengkap dianggap gagal;
• Hanya jenama yang disenaraikan sahaja boleh digunakan; dan
• Petender digalak menggunakan bahan-bahan yang berkonsepkan hijau
(green product);
c. Bahagian B pula adalah KENDERAAN YANG DIGUNAKAN. Petender perlu
memastikan kenderaan yang digunakan adalah bersesuaian dengan
perkhidmatan;
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER SAMBUNGAN…
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
21
Sambungan -Lampiran G (Senarai Bahan-Bahan/Kenderaan/ Mesin/Peralatan):
d. Bahagian C- MESIN YANG DIGUNAKAN UNTUK SATU (1) ZON
• Setiap satu (1) zon perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) mesin. Jika
kurang, tawaran tender akan ditolak; dan
• Sila pastikan mesin-mesin yang disediakan adalah SENTIASA BERFUNGSI
bagi menjalankan perkhidmatan.
e. Bahagian D -MESIN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN DI SETIAP
SEKOLAH (WAJIB)
• Sila pastikan mesin-mesin dan peralatan yang disediakan adalah SENTIASA
BERFUNGSI, SENTIASA ADA DAN MENCUKUPI bagi menjalankan
perkhidmatan; dan
• Kuantiti yang dinyatakan oleh petender perlu ada di setiap sekolah pada
setiap hari.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER SAMBUNGAN…
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
22
10)Lampiran H (Skim Perkhidmatan Pekerja):
a) Petender perlu mematuhi perkara-perkara yang ditetapkan dan hanya perlu
menanda (√) di petak berkenaan;
b) Caruman KWSP dan PERKESO adalah diwajibkan bagi setiap pekerja dan
hendaklah selaras dengan peraturan/akta yang sedang berkuatkuasa;dan
c) Petender DILARANG mencatat atau menurunkan cop atau melampirkan
maklumat syarikat di Lampiran ini.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER SAMBUNGAN…
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
23
1) Penyata bank (3 bulan) terkini iaitu Mac 2015, April 2015 dan Mei 2015 yang
lengkap dengan transaksi dan baki;
2) Penyata bank asal bagi setiap bulan WAJIB disahkan di setiap muka surat
oleh pegawai bank yang mengeluarkan penyata tersebut.
3) Pengesahan penyata bank oleh pegawai bank perlu mempunyai kriteria
seperti berikut:
a) Tandatangan Pegawai Bank;
b) Nama Pegawai Bank;
c) No. ID pegawai bank; dan
d) Cap Rasmi Bank
4) Penyata bank yang disahkan tidak mengikut kriteria yang ditetapkan tidak
akan dipertimbangkan.
5) Salinan penyata bank yang telah disahkan oleh pegawai bank memadai diakui
sah disetiap muka surat oleh Pegawai Kerajaan dalam kumpulan Pengurusan
& Profesional atau Pesuruhjaya Sumpah.
6) Penyata Bank yang dikemukakan selain daripada bulan-bulan yang dinyatakan
TIDAK AKAN DIAMBIL KIRA.
PENYATA BANK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
24
Contoh pengesahan yang lengkap DI SETIAP MUKASURAT:
PENYATA BANK SAMBUNGAN…
NAMA PEGAWAI
BANK
NO. ID PEGAWAI
BANK
CAP RASMI BANK
TANDATANGAN
PEGAWAI BANK
Salinan penyata bank
yang telah disahkan oleh
pegawai bank memadai
diakui sah disetiap muka
surat oleh Pegawai
Kerajaan dalam
kumpulan Pengurusan &
Profesional atau
Pesuruhjaya Sumpah
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
25
FORM 24
TANDATANGAN SETIAUSAHA
SYARIKAT
Salinan Form 24 perlu DIAKUI SAH oleh
SETIAUSAHA SYARIKAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
26
FORM 49
TANDATANGAN SETIAUSAHA
SYARIKAT
Salinan Form 49 perlu DIAKUI SAH oleh
SETIAUSAHA SYARIKAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
27
MOA
TANDATANGAN SETIAUSAHA
SYARIKAT
Salinan Memorandum
And Article of
Association (MOA) perlu
DIAKUI SAH oleh
SETIAUSAHA SYARIKAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
28
1. BORANG TAWARAN KEWANGAN (SAMPUL TAWARAN KEWANGAN)
1.1 DOKUMEN WAJIB UNTUK TAWARAN KEWANGAN
Muka Hadapan Borang Tender;
Lampiran A, B, C, D, E & F;
Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat/ Sijil Virtual yang lengkap
menyatakan Kod Bidang berkaitan;
Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera; dan
Penyata bank (3 bulan) terkini iaitu Mac 2015, April 2015 dan Mei 2015
Salinan Form 24, 49 dan Memorandum And Article of Association (MOA)
- Bagi Syarikat Sdn Bhd/Bhd;
Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D atau Perakuan Pembaharuan
Pendaftaran Borang E, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) lengkap
bersama senarai nama pemilik DAN DIAKUI SAH- Bagi Syarikat selain
Sdn Bhd/Bhd; dan
Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi / Sijil Pendaftaran
Pertubuhan DAN DIAKUI SAH- Bagi Koperasi / Pertubuhan / Persatuan.
PENGHANTARAN DOKUMEN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
29
1.2 DOKUMEN TAMBAHAN UNTUK TAWARAN KEWANGAN (JIKA ADA)
Salinan Laporan Tahunan Syarikat bagi Tahun 2013/2014 yang diaudit oleh
Juruaudit Bertauliah bagi Syarikat Sdn. Bhd. / Berhad atau syarikat selain
Syarikat Sdn. Bhd. / Berhad, salinan Borang B LHDN bagi tahun 2014
boleh dikemukakan;
Salinan dokumen/surat pengesahan/perakuan yang menunjukkan syarikat
mempunyai sumber kewangan lain yang diakui sah oleh pihak institusi
berkenaan. Rujuk Lampiran B untuk contoh;
Salinan penyata buku ASB/ASN/ASD/ ASW (tidak termasuk pinjaman) atau
Tabung Haji SERTA DISAHKAN;
Salinan sijil / surat pengiktirafan bagi jawatan Chef / Tukang Masak
berpengalaman;
Salinan SST / Surat Perlantikan bagi syarikat yang mempunyai pengalaman
dalam penyediaan makanan;
Salinan Surat Pengesahan Prestasi Syarikat yang dikeluarkan agensi-
agensi lain selain KPM; dan
Salinan sijil kursus / seminar berkaitan yang disertai oleh pemilik / pekerja.
SAMBUNGAN…
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
30
2. BORANG TAWARAN TEKNIKAL (SAMPUL TAWARAN TEKNIKAL)
DOKUMEN WAJIB UNTUK TAWARAN TEKNIKAL
Muka hadapan Tawaran Teknikal
Lampiran G DAN Lampiran H
SAMBUNGAN…
1) Tidak perlu disertakan apa-apa perkara
lain melainkan dua Lampiran ini.
2) Lampiran ini tidak perlu dicop syarikat. 3) Apa-apa dokumen atau sebarang perkara
yang menzahirkan nama syarikat di Borang
Tawaran Teknikal akan menyebabkan
tawaran tidak dipertimbangkan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
31
3. PENGHANTARAN DOKUMEN
a) Borang Tawaran Kewangan dan Borang Tawaran Teknikal
hendaklah disediakan dalam sampul yang BERASINGAN dan
berlakri.
b) Setiap satu (1) sampul hendaklah dilabelkan “Tawaran Kewangan”
dan “Tawaran Teknikal” di sebelah kiri atas sampul.
c) Kedua-dua sampul ini kemudiannya dimasukkan ke dalam satu (1)
SAMPUL BESAR.
d) Hantar ke alamat seperti yang dinyatakan dalam iklan tender.
e) Tawaran tender hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender
selewat-lewatnya pada tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari.
f) DOKUMEN TENDER adalah untuk simpanan petender dan tidak
perlu dihantar.
SAMBUNGAN…
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TENDER PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN KE SEKOLAH / INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI PERAK
KEPADA:
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (BERKAITAN)
RUJUK ALAMAT PPD DI IKLAN)
Kod Tender : (diisi oleh Petender)
Nama Zon : (diisi oleh Petender)
32
SAMBUNGAN…
4. Muka hadapan sampul hendaklah ditulis seperti berikut:
Peringatan: Pastikan maklumat diluar sampul ini sama dengan borang tawaran
yang dimasukkan ke dalam sampul. Kesilapan akan menyebabkan tawaran ditolak.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
33
1.Hanya PEMILIK/ PENGARAH yang boleh mengambil dan
menandatangani SST.
2.Surat Setuju Terima (SST) hendaklah DITANDATANGANI DAN
DISERAHKAN dalam tempoh 7 HARI dari tarikh SST tersebut .
3.Kegagalan menyerahkan kembali SST dalam tempoh tersebut akan
menyebabkan tawaran tender tersebut TERBATAL DENGAN
SENDIRINYA.
SURAT SETUJU TERIMA (SST)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
34
1. Petender-petender yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan seperti
berikut:-
a) 2.5% Daripada jumlah nilai kontrak termasuk GST bagi kontrak perkhidmatan yang
kurang dari RM500,000.00 setahun; dan
b) Daripada jumlah nilai kontrak termasuk GST bagi kontrak perkhidmatan yang bernilai
RM500,000.00 atau lebih setahun.
2. Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam Ringgit Malaysia (RM) dari bank-bank
atau institusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan sama ada dalam bentuk:
a) Jaminan Bank / Syarikat Kewangan; atau
b) Jaminan Bank Islam; atau
c) Jaminan Insuran; atau
d) Jaminan Takaful; atau
e) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Bank).
3. Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam TEMPOH TIGA PULUH (30) HARI
tanpa surat peringatan dikeluarkan oleh Kementerian. Kelewatan penyerahan Bon
Pelaksanaan akan menyebabkan SST dibatalkan dan seterusnya perjanjian
ditamatkan.
BON PELAKSANAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGATAN!!! “PERBUATAN RASUAH
ADALAH
DILARANG KERAS!!!
35
SELAMAT MAJU JAYA
SEKIAN, TERIMA KASIH
“1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
top related