slide unit 1koj3434

Post on 14-Jul-2016

23 Views

Category:

Documents

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

notes

TRANSCRIPT

UNIT 1:SEJARAH KEWARTAWANAN

PEMBANGUNAN 

1

PENGENALAN

Kewartawanan pembangunan merupakan proses komunikasi yang

berlaku di Negara Dunia Ketiga. Di Malaysia, kewartawanan

pembangunan mula berkembang bermula pada tahun 1960.

Setelah Negara mencapai kemerdekaan, Negara mula melakukan

proses pembangunan fizikal dan mental. Di sinilah bermulanya

peranan wartawan pembangunan membantu kerajaan.

2

DEFINISI KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN

Kewartawanan pembangunan ialah berteraskan kepada penyebaran

maklumat kepada masyarakat dengan misi untuk membentuk dan

memperkenalkan nilai baru, sikap baru dan perlakuan baru yang

bersesuaian dengan arus pemodenan melalui saluran seperti media

massa.

3

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DASAR DAN AMALAN KEWARTAWANAN

PEMBANGUNAN

Sejarah negaraBudaya politik (Political culture)Dasar-dasar Kerajaan (dahulu, semasa, masa depan)Pembangunan ekonomiSistem perundangan (legal system)

4

KEPENTINGAN KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN

1. Wartawan menyampaikan sesuatu berita yang menjurus ke arah pelaporan yang berhubung dengan isu-isu pembangunan terutamanya berkaitan dengan kerajaan dan Negara.

1. Bertindak sebagai agen perubahan dan dianggap wartawan kerajaan dalam menyalurkan sesuatu mesej berhubung dengan sesuatu projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

5

3. Menyumbang kepada usaha membuka minda masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup, ekonomi, nilai kemasyarakatan, norma dan sikap masyarakat.

4. Penggerak utama kerajaan dalam membangkitkan aspirasi nasional dan memainkan peranan penting sebagai pemangkin serta pengembleng pembangunan masyarakat

6

TEORI KEWARTAWANAN

7

Jika membincangkan teori dengan

kewartawanan pembangunan, ia masih

berkait dengan tiga teori utama ini iaitu:-

8

1. Autoritarian,

2. Libertarian,

3. Tanggungjawab Sosial

9

1. Autoritarian

Teori ini mula diperkenalkan pada pertengahan abad

ke-15 England, Perancis dan Sepanyol. Ketika itu,

pemerintah adalah Raja.

10

Ketika itu, raja melihat akhbar sebagai amat berkuasa

sebagai alat membangunkan Negara kerana akhbar

mampu:-

•Menarik perhatian rakyat

•Memujuk pendapat rakyat

•Mempengaruhi pilihan rakyat

•Membentuk persepsi rakyat terhadap sesuatu isu

11

2. Libertarian

Sistem ini wujud di England pada akhir abad

ke-17. berkembang ke Amerika Syarikat dan

benua Eropah pada abad ke-19

12

Dipelopori oleh ahli falsafah John Milton. Konsep

Libertarian bererti manusia sebagai individu yang

rasional hendaklah bebas mencari kebenaran.

13

Teori ini menunjukkan bahawa masyarakat bukanlah

penerima maklumat yang pasif tetapi aktif, mereka

mampu membezakan antara yang betul dan salah. Apabila

masyarakat aktif, maka akhbar dijadikan medium untuk

menyalurkan maklumat pembangunan Negara.

14

3. Tanggungjawab Sosial

Berkembang pada pertengahan kurun ke-20 di

Amerika Syarikat apabila Suruhanjaya Hutchins

dibentuk untuk mengkaji kedudukan kebebasan

media.

15

Asas kemunculan teori ini ekoran daripada

kebimbangan terhadap kuasa media yang bercorak

monopoli kesan daripada teori Libertarian.

16

Melalui teori ini “Media perlu diberikan

kebebasan – tetapi mesti dengan

tanggungjawab”.

Pendirian utama: Kebebasan perlu seiring

dengan tanggung jawab

17

ANTARA PRINSIP TEORI AKHBAR TANGGUNGJAWAB SOSIAL

-Media perlu bertggjwb dlm menyebarkan maklumat.-Berita-berita yg disebarkan perlu profesional, tepat, berobjektif, dan berfokus.-Akhbar berkecuali dlm hal keganasan / jenayah / provokasi.-Masyarakat punya hak & ruang utk kemuka pendapat. -Wartawan & media punyai tggjwb kpd masyarakat, majikan, kerajaan & pasaran.

18

top related