soalan 1
Post on 29-Oct-2015
366 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE
SMP PPG MAC 2012
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
SOALAN 1
PRINSISP REKA BENTUK VISUAL DALAM BAHAN PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
NO. MATRIKULASI : 740617125393001
NO. KAD PENGNEALAN : 740617125393
NO. TELEFON : 0135574406
E-MEL : lee5393@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE
-
HBEF3103
2
SENARAI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENDAHULUAN 3
2.0 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER 3
3.0 PRINSIP REKA BENTUK VISUAL DALAM PPBK 4
4.0 PRINSIP REKA BENTUK VISUAL DALAM PPBK TERPILIH 5
4.1 Prinsip Reka Bentuk Simplisiti 6
4.2 Prinsip Reka Bentuk Dominan 8
4.3 Prinsip Reka Bentuk Pola 10
4.4 Prinsip Reka Bentuk Seimbang 11
4.5 Prinsip Reka Bentuk Variasi 12
4.6 Prinsip Reka Bentuk Harmoni 14
5.0 PENUTUP 16
4.0 RUJUKAN 17
-
HBEF3103
3
1.0 PENDAHULUAN
Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mempengaruhi
pelbagai aspek dalam gaya hidup masyarakat khususnya perkembangan bidang pendidikan
negara. Konsep dunia tanpa sempada melalui kewujudan aplikasi pelbagai dalam penggunaan
komputer dan talian internet telah mencetuskan revolusi dalam aspek cara guru dan pelajar
menjalakan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) khususnya dalam konteks bilik darjah.
Penggunaan bahan P&P berbantukan komputer dari internet menjadi satu elemen penting yang
memerlukan kemahiran guru untuk memilih aspek-aspek yang berguna untuk menjayakan
objektif P&P mereka. Bahan-bahan yang berkaitan banyak dimuat naik ke pelbagai laman dan
kadangkala ada di antara bahan yang betul-betul memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh
sistem pendidikan negara. Antara aspek penting yang akan difokuskan dalam perbincangan ini
ialah bagaimana visual diolah dan disesuaikan dengan bahan P&P berbantukan komputer dan
boleh dikongsikan oleh warga pendidik di Malaysia.
2.0 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Proses pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) sering dirujuk sebagai
perisian yang dibangunkan dengan bahasa pengaturcaraan, pengarangan dan pengaturcaraan
multimedia untuk mengajar dan belajar. Oleh yang demikian, dalam era teknologi masa kini,
proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan buku teks.
Malahan kaedah pengajaran guru melalui penggunaan kapur tulis dan papan hijau sahaja tidak
lagi menjadi elemen yang mampu mencetuskan minat dan motivasi pelajar. Penggunaan
teknologi yang menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi memupuk minat pelajar adalah
amat penting khususnya penggunaan PPBK ini.
Fungsi utama BPPBK adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran dan dapat
membantu proses P&P. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang
sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa
tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada BPPBK adalah
penting selaras dengan konsep pendedahan pelajar kepada teknologi ICT. Antara perkara penting
yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah BPPBK dapat memberi manfaat kepada guru dan
pelajar-pelajar melalui konsep reka bentuk visual yang penting.
-
HBEF3103
4
3.0 PRINSIP REKA BENTUK VISUAL DALAM PPBK
Prinsip-prinsip reka bentuk visual perlu difahami oleh guru secara khusus bagi menghasilkan
bahan PPBK yang boleh meransang motivasi dan minat pelajar. Ini kerana visual merupakan alat
komunikasi yang mampu menyampaikan mesej yang lebih berkesan daripada penggunaan lisan
atau pernyataan bertulis. Malahan keberkesanan penggunaan visual sering dikaitkan dengan
kualiti yang ada pada PPBK yang digunakan oleh guru dan prinsip reka bentuk visual yang
difahami dengan baik boleh diaplikasikan dalam proses penghasilan PPBK. Ini kerana dengan
adanya komputer, proses pembelajaran dan pengajaran akan berjalan dengan lebih sistematik dan
berkesan dalam ruang lingkup bilik darjah dan selepas waktu persekolahan.
Penggunaan alatan dan bahan seperti komputer dan alat pembesar suara di bilik komputer dapat
membantu seseorang guru menerangkan sesuatu hukum, konsep dan hujah dengan lebih
berkesan. Ini dapat memperkaya pengalaman murid-murid dan juga guru di samping penggunaan
prinsip reka bentuk visual yang menarik. Malahan PPBK melalui reka bentuk visual mampu
menterjemahkan isi pembelajaran kepada pelajar. Hal ini menggambarkan para pelajar
mengalami persekitaran seperti di dunia sebenar setelah mendapat gambaran yang jelas,
penerangan yang baik dan spontan. Antara prinsip reka bentuk visual yang akan dikaitkan
dengan PPBK yang telah dipilih adalah seperti jadual berikut:
PRINSIP PENERANGAN RINGKAS
Simplisiti Kejelasan atau kesederhanaan dalam reka bentuk visual
Dominan Objek utama yang ingin ditonjolkan
Pola Menentukan fokus pandangan terhadap PPBK
Seimbang Pembahagian yang sama antara item atau objek dalam PPBK
Variasi Penggunaan elemen grafik dalam PPBK
Harmoni Ulangan elemen grafik atau objek yang tersusun
Jadual 3.1: Prinsip-prinsip Reka Bentuk Visual
-
HBEF3103
5
4.0 PRINSIP REKA BENTUK VISUAL DALAM PPBK TERPILIH
Perkembangan web 2.0 telah mencetuskan pelbagai idea melalui konsep perkongsian dan antara
laman web yang boleh digunakan oleh guru dan ialah Slideshare dengan capaian asas di
http://www.slideshare.net/. Laman web media untuk berkongsi persembahan, dokumen, dan
pelbagai fail berbentuk pengarangan ini adalah mudah untuk digunakan apabila pengguna
mewujudkan akaun berdaftar dengan hanya menggunakan email. Laman ini banyak digunakan
oleh komuniti profesional untuk berkongsi bahan dan tersebar melalui laman perkongsian seperti
facebook dan blog. Guru boleh membuka akaun di laman terbabit dan boleh berkongsi dengan
kenalan guru dari seluruh dunia untuk berkongsi PPBK yang menarik dan boleh menjimatkan
masa dan kos bagi menghasikan proses P&P di kelas. Ini kerana fail-fail PPBK yang menarik
boleh dikongsi dan dimuat turun serta dikemaskini untuk kegunaan semasa.
Bahan PPBK yang telah dimuat turun sebagai tugasan analisis ialah sebuah fail perkongsian
yang boleh digunakan oleh guru-guru sejarah tingkatan 2 sekolah-sekolah menengah di
Malaysia. Tajuk PPBK ialah Bab 4 Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan
Keluarga Brooke dan mengandungi hampir keseluruhan skop bab terbabit. Bahan dalam bentuk
Microsoft Office PowerPoint 97-2003 Slide Show (.pps) ini mengandungi 18 slide yang boleh
diakses atau dimuat turun di http://www.slideshare.net/smkmnpk/bab-4-9769757. Sejauh
manakah PPBK yang dipilih direka bentuk berdasarkan prinsip-prinsip reka bentuk visual adalah
seperti berikut:
-
HBEF3103
6
4.1 Prinsip Reka Bentuk Simplisiti
Simplisiti atau kesederhanaan merupakan prinsip seni reka visual yang bersifat sederhana dan
tidak terlalu berat komposisinya. Prinsip kesederhanaan ini dapat memberikan para pelajar ilusi
yang menarik dan mendorong mereka untuk terus menghayati proses pembelajaran dan
pengajaran yang dilakukan oleh guru. Prinsip kesederhanaan ini akan mampu memberi motivasi
kepada pelajar dan mereka mampu untuk menggunakan PPBK yang dihasilkan sekiranya
mempunyai komputer di rumah. Malahan ibu bapa yang berkemahiran turut mampu memahami
kandungan bahan PPBK yang anak-anak mereka gunakan di rumah. Kekangan dalam aspek
kemahiran teknikal guru menjadikan konsep simplisiti ini mudah untuk diterjemahkan oleh
para guru dalam aspek asas menggunakan perisiaan pengarangan multimedia seperti PPBK yang
telah dipilih seperti berikut:
Gambar 4.1 : Muka hadapan PPBK yang sederhana
Berdasarkan gambar 4.1 di atas, konsep kesederhanaan diaplikasi dengan baik apabila ruangan
slide hanya melibatkan 2 aspek penting sahaja iaitu tajuk utama isi pembelajaran dan
perkembangan proses P&P melalui peringkat-peringkat yang perlu dicapai atau dilalui semasa
menggunakan PPBK ini. Dalam slaid asas ini, konsep kesederhanaan mewujudkan tarikan
kepada pelajar untuk mengetahui isi pembelajaran dan peringkat seterusnya. Walau
bagaimanapun, penggunaan grafik yang bercorak abstrak dalam bahagian ini mungkin boleh
digantikan dengan gambar yang lebih bermakna untuk mengaitkan dengan tajuk isi pembelajaran
seperti peta negeri Sarawak atau ilustrasi tokoh iaitu Keluarga Brooke
Warna yang
tidak begitu
terang
Tajuk (Isi
Pembelajaran)
Peringkat yang
terdapat dalam
PPBK
(Langkah dalam
penggunaan)
Butang yang
diwujudkan untuk
kawalan ke atas
semua slide (tidak
berfungsi selepas
muat turun
-
HBEF3103
7
Selain itu, konsep simplisiti turut menekankan lukisan atau grafik yang jelas dan mudah dibaca.
Tulisan yang digunakan dalam PPBK ini mudah dilihat dan senang untuk dibaca oleh para
pelajar dalam jarak normal sebuah bilik darjah. Malahan sesuatu bahan visual PPBK perlu
nampak mudah (simple) bagi mengelakkan penerima daripada merasa tertekan untuk mengetahui
apakan maklumat sebenarnya yang hendak disampaikan. Seterusnya prinsip reka bentuk visual
dari aspek simplisiti ini dapat diterjemahkan melalui PPBK ini dengan beberapa gambarajah
berikut:
Gambar 4.2 : Pecahan tajuk 4.2
Gambar 4.3 : Objektif Pembelajaran dalam PPBK
Grafik Animasi
yang boleh
menarik minat
pelajar
Grafik menjadi
asas untuk
menunjukkan
kronologi
Butang Navigasi
untuk kembali ke
halaman utama
berfungsi dengan
baik
Penggunaan
Gambar yang
ringkas
Objektif yang
perlu dicapai :
Saiz tulisan
boleh
dibesarkan lagi Butang Navigasi
untuk kembali ke
halaman utama
berfungsi dengan
baik
Tajuk
Pembelajaran
Objektif
Pembelajaran
-
HBEF3103
8
4.2 Prinsip Reka Bentuk Dominan
Dominan merupakan salah satu prinsip yang selalu digunakan dalam penghasilan reka bentuk
visual. Antara aspek mudah ialah penggunaan warna yang dominan dalam reka bentuk kad
jemputan dan juga papan iklan. Dominan berasal dari perkataan Dominance yang bermaksud
keunggulan. Sifat unggul dan istimewa ini menjadikan sesuatu unsur seni tersebut sebagai
penarik dan menjadi pusat perhatian dalam satu-satu PPBK. Prinsip dominan ini boleh dirujuk
kepada warna dan grafik asas dalam PPBK dipilih seperti berikut:
Gambar 4.4 : Muka hadapan PPBK Penggunaan warna, grafik, dan teks
Gambar 4.5 : Prinsip Dominan (Warna, Grafik, dan Carta)
Grafik yang
terdapat pada
sebahagian
besar slaid
Bentuk carta
yang dominan
Warna yang
dominan
-
Menjejaskan
bentuk tulisan
yang perlu
ditonjolkan
sebagai isi
pembelajaran
Prinsip dominan
grafik yang
terdapat pada
sebahagian besar
slaid diambil alih
oleh carta
Warna biru laut
dominan dalam
setiap slaid
Tajuk
Pembelajaran
Tulisan dan
butang grafik
sebagai unsur
dominan
-
HBEF3103
9
Prinsip dominan dalam reka bentuk visual mempunyai beberapa tujuan iaitu menarik perhatian,
menghilangkan kebosanan dan memberi titik fokus pada sesuatu PPBK yang dihasilkan. Oleh
yang demikian objek atau item utama yang ingin disampaikan perlu ditonjolkan dalam slaid
tersebut. Selain itu prinsip dominan ini boleh dibangunkan menggunakan panduan berikut dan
gambarajah PPBK berikut:
i. Menggunakan peraturan Satu Per Tiga (Rule of Third)
ii. Warna dan bentuk yang kontras
iii. Saiz yang lebih besar
iv. Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama
v. Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual
vi. Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar
Gambar 4.6 : Panduan Prinsip Dominan PPBK
Grafik
memenuhi
peraturan 1/3
Prinsip dominan
tidak diterapkan
kepada tulisan
sebagai isi
utama
pembelajaran
Grafik Visual
yang bergerak
Tajuk
Pembelajaran
Warna yang
kontras
-
HBEF3103
10
4.3 Prinsip Reka Bentuk Pola
Prinsip visual ini amat penting dalam proses menghasilkan PPBK kerana susunan item-item
dalam sesuatu rekaan visual akan mampu menarik minat pelajar. Ini kerana prinsip ini mampu
menarik menarik penglihatan ke arah isi yang utama, mengerakkan penglihatan mata kepada
keseluruhan visual dalam arah yang betul dan mengekalkan penglihatan mata dan mengikut
aliran persembahan. Unsur-unsur seperti ruang, garisan dan ilustrasi boleh digabungkan dalam
satu slaid PPBK bagi menghasilkan pola yang menarik. Prinsip ini juga boleh dibahagikan
mengikut bentuk rekaan iaitu pola mengikut geometri dan pola mengikut huruf. Gambar
berikut menjelaskan bagaimana prinsip rekaan visual ini dalam PPBK yang terpilih.
Gambar 4.7 : Pola Mengikut Geometri
Gambar 4.8 : Pola Mengikut Huruf
Isi dipecahkan
mengikut
kategori
Tulisan menjadi
asas dalam
menjelaskan isi
pembelajaran
Kotak dan anak
panah sebagai
panduan
Tajuk
Pembelajaran
Tajuk
Pembelajaran
Anak panah
sebagai panduan
pembaca Bahan geometri
berwarna
digunakan
Aspek tidak sesuai
kerana grafik
dibahagian
belakang
menjejaskan
penglihatan
-
HBEF3103
11
4.4 Prinsip Reka Bentuk Seimbang
Imbangan ditakrifkan sebagai suatu keadaan kesamaan dan berpadanan dari segi berat, tarikan
dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan unsur-unsur seni visual. Imbangan
merujuk kepada pembahagian yang bersebelahan atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan
kanan atau atas dan bawah. Ia terbahagi kepada dua iaitu imbangan simetri dan juga imbangan
tak simetri. Melaui imbangan, susunan tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan
kesan kesatuan dalam PPBK yang dihasilkan. Prinsip ini boleh dijelaskan melalui gambar
berikut:
Gambar 4.9 : Prinsip Imbangan Simetri
Gambar 4.10 : Prinsip Imbangan Tak Simetri
Isi dipecahkan
mengikut
kategori
-
Imbangan
dibahagian kiri
dan kanan slaid
diterapkan
Imbangan
dengan Grafik
yang berlainan
bentuk dan
warna
Isi Pembelajaran
Tajuk
Pembelajaran
Tajuk
Pembelajaran
Isi pembelajaran
disusun dengan
prinsip
imbangan
Kelemahan dari
aspek jarak
boleh diperbaiki
-
HBEF3103
12
Prinsip imbangan simetri kadangkala dinyatakan sebagai Seimbang formal iaitu pembahagian
yang sama bahagi antara dua bahagian visual, sama ada bahagian kiri dengan kanan atau
bahagian atas dengan bawah. Manakala imbangan tak simetri pula disebut sebagai Seimbang
tidak formal apabila pembahagian tidak sama rata antara item kiri dan kanan atau atas dengan
bawah sesuatu rekaan. Panduan yang boleh digunakan untuk menerapkan prinsip reka bentuk
visual ini adalah seperti berikut:
i. Penggunaan mata adalah cara terbaik menentukan keseimbangan
ii. Elakkan meletakkan objek yang gelap di atas objek yang cerah @ Objek
yang besar di atas objek yang kecil
iii. Objek yang gelap lebih berat daripada objek yang cerah & Objek yang
lebih besar lebih berat daripada objek yang kecil
iv. Hukum graviti perlu diaplikasi
Keseimbangan merupakan prinsip yang membolehkan sesuatu paparan kelihatan seimbang
samada secara vertikal atau horizontal dan mampu menarik minat pelajar. PPBK yang dipilih
menunjukkan konsep keseimbangan dalam penghasilannya. Malahan elemen-elemen seperti
butang, garisan, teks, grafik, dan warna disusun secara seimbang hingga keseluruhan paparan
dapat dilihat dengan jelas dan selesa.
4.5 Prinsip Reka Bentuk Variasi
Dalam satu-satu PPBK reka bentuk variasi ini merupakan satu elemen yang sukar untuk dibuat
tanpa melibatkan perisian yang berbentuk komersil. Penggunaan perisian Microsoft Power Point
hanya mampu menghasilkan variasi yang ringkas dan guru perlu memahami konsep penggunaan
elemen ini supaya bahan yang dihasilkan tidak memasukan variasi yang kurang berkaitan dengan
isi pembelajaran. Elemen ini menjadikan PPBK sebagai bahan rangsangan yang boleh
menimbulkan perasaan hidup atau seolah-olah visual yang dipaparkan itu hidup dan bergerak.
Elemen variasi ini boleh diwujudkan dengan menggunakan pelbagai elemen grafik dalam
penghasilan visual agar kelihatan hidup, meningkatkan tarikan dan minat terhadap persembahan.
Prinsip ini dapat dijelaskan dalam PPBK terpilih melalui gambar disebelah:
-
HBEF3103
13
Gambar 4.11 : Prinsip Reka Bentuk Variasi 1
Gambar 4.12 : Prinsip Reka Bentuk Variasi 2
Prinsip reka bentuk variasi ini boleh digerakkan dengan ringkas apabila pergerakan antara slaid
PPBK berlaku. Ia adalah secara manual dan perisian pengarangan Microsoft Power Point boleh
melakukan variasi mudah jika melibatkan pergerakan eleman multimedia seperti teks, grafik,
gambar, dan animasi. Walau bagaimanapun, reka bentuk variasi ini perlu disesuaikan dengan isi
pembelajaran dan pergerakan asas berlaku dalam setiap slaid PPBK yang dipilih walaupun
penggunaan gambar tidak diaplikasi. PPBK ini masih lagi menarik dengan pergerakan atau
variasi asas yang mudah.
Kumpulan
elemen grafik
yang bergerak
Kumpulan
elemen grafik
yang bergerak
Tajuk
Pembelajaran
Tajuk
Pembelajaran
Kumpulan Elemen
grafik yang
bergerak sekali
Elemen grafik
yang bergerak
(kurang berkaitan
dengan isi
pembelajaran)
-
HBEF3103
14
4.6 Prinsip Reka Bentuk Harmoni
Harmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu
prinsip reka bentuk visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual
mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks
seni, ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau
berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan
harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan
mata dalam PPBK. Ini supaya pelajar dapat dirangsang dengan isi pelmbelajaran yang ingin
disampaikan. Antara prinsip reka bentuk harmoni dalam PPBK ini ialah seperti berikut:
Gambar 4.13 : Prinsip Reka Harmoni 1
Gambar 4.14 : Prinsip Reka Harmoni 2
Elemen grafik
yang pelbagai
warna
mewujudkan
kesan harmoni
Elemen grafik
disusun dalam
satu pola yang
sama dan
menghasilkan
prinsip harmoni
Tajuk
Pembelajaran
Tajuk
Pembelajaran
Susunan elemen
grafik yang
bergerak sekali
dan bentuk yang
harmoni
-
HBEF3103
15
Dalam prinsip reka bentuk harmoni ini juga, penggunaan elemen grafik yang berkesinambungan
antara satu dengan lain membolehkan mata dan fikiran penonton mengikuti perkembangan
keseluruhan visual. Secara langsung hubungan antara elemen-elemen, arah aliran persembahan,
perspektif dan kesatuan mesej dapat dihasilkan. Malahan susunan atau ulangan unsur-unsur seni
yang seimbang dan mempunyai perhubungan dalam PPBK ini menonjolkan prinsip reka bentuk
harmoni seperti yang boleh dijelaskan dalam gambar berikut:
Gambar 4.15 : Prinsip Reka Harmoni 3
Gambar 4.16 : Prinsip Reka Harmoni 4
Elemen grafik
disusun dalam
satu pola yang
sama dan
menghasilkan
prinsip harmoni
-
Elemen ini
muncul secara
manual dan
memenuhi
prinsip variasi
Tajuk
Pembelajaran
Tajuk
Pembelajaran
Susunan elemen
grafik yang
yang harmoni
Penyusunan
soalan selaras dari
aspek kedudukan
memenuhi prinsip
harmoni
Grafik asas untuk
setiap slaid
memenuhi prinsip
harmoni
Elemen grafik
yang pelbagai
warna
mewujudkan
kesan harmoni
-
HBEF3103
16
5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, bahan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer atau PPBK
mempunyai perisian yang bercirikan pendidikan dan mempunyai unsur-unsur multimedia
interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan
pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas darinya. Apabila cara
pendidikan yang konvensional diganti dengan cara yang lebih moden, semestinya ia haruslah
dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan
produktif. Secara langsung golongan pelajar yang memang terdedah dengan teknologi ICT dapat
mengikuti proses P&P yang dekat dengan zaman mereka. Malahan PPBK yang menekankan
prinsip utama dalam proses P&P adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu,
mana-mana perisian yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran dan PPBK
yang telah dipilih memenuhi kriteria utama prinsip reka bentuk visual yang telah dijelaskan dan
sedikit pengubahsuaian boleh dilakukan terhadap bahan PPBK tersebut.
[2178 patah perkataan]
-
HBEF3103
17
4.0 RUJUKAN
Bushro binti Ali. (2006). Memadankan Rekabentuk Pengajaran dengan Kecenderungan
Kecerdasan Pelbagai Pelajar: Mi-Maths. Muat turun atas talian pada 5 April 2012 di
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/Memadankan%20Reka%20Bentuk%20Pengajaran
%20....pdf
Fatimah H., Zuriani Z., dan Khairiah Salwa H.M. (2007). Elemen Reka Bentuk dan Kandungan
Bahan Sebagai Faktor Kritikal Kejayaan E-Pembelajaran. Dalam Siti Rahayah Ariffin
dan Norazah Mohd. Nordin. Pedagogi dan Pembangunan E-Pembelajaran di Institut
Pengajian Tinggi. Pusat Pembangunan Akademik: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muat turun atas talian di
http://eprints.usm.my/20550/1/PEDAGOGI_DAN_PEMBANGUNAN_E-
PEMBELAJARAN_DI_INSTITUSI_PENGAJIAN_TINGGI.pdf
Hasmawati Hassan, Fatimah Hassan, dan Zuraini Zakaria (2007). Pembangunan E-Kuliah
Menggunakan Perisian Articulate. Dalam Siti Rahayah Ariffin dan Norazah Mohd.
Nordin. Pedagogi dan Pembangunan E-Pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi. Pusat
Pembangunan Akademik: Universiti Kebangsaan Malaysia. Muat turun atas talian di
http://eprints.usm.my/20550/1/PEDAGOGI_DAN_PEMBANGUNAN_E-
PEMBELAJARAN_DI_INSTITUSI_PENGAJIAN_TINGGI.pdf
Jamalludin Harun dan Nor Elina Bt Tukiman. (2011). Pembangunan Sistem Pembelajaran
Menerusi Web Menggunakan Pendekatan Inkuiri Berpandukan Model Webquest Bagi
Topik Asas Rekabentuk Laman Web. Muat turun atas talian pada 5 April 2012 di
http://eprints.utm.my/11969/1/Pembangunan_Sistem_Pembelajaran_Menerusi_Web_Me
nggunakan_Pendekatan_Inkuiri_Berpandukan_Model_Webquest_Bagi_Topik_Asas_Rek
abentuk_Laman_Web.pdf
Jamalludin Hj. Harun dan Nur Izzah binti Abdul Kadir. (2010). Pembangunan Sistem
Pembelajaran Menerusi Web Berasaskan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Situasi
Bagi Topik Reka Bentuk Visual. Muat turun atas talian pada 3 April 2012 di
http://eprints.utm.my/11559/1/Pembangunan_Sistem_Pembelajaran_Menerusi_Web_Ber
asaskan_Pendekatan_Pembelajaran_Berasaskan_Situasi_Bagi_Topik_Reka_Bentuk_Vis
ual.pdf
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1994). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
top related