soalan- soalan lazim (faq)btp.moe.gov.my/media/faq/faq-btp.pdf · pengurusan untuk menyediakan...
Post on 12-Mar-2019
293 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
________________________________________________________________________________
SOALAN- SOALAN LAZIM
(FAQ)
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERSIARAN BUKIT KIARA
50604 KUALA LUMPUR
Tel : 03 2081 7777
Fax : 03 2081 7788
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Bil Soalan Jawapan
1 Apakah Sekolah Bestari?
Sebuah Sekolah Bestari adalah sebuah ‘institusi pembelajaran yang
telah direka semula sistem amalan pengajaran-pembelajaran dan
pengurusan untuk menyediakan murid menghadapi Zaman
Maklumat’.
Ia dimantapkan secara menyeluruh bagi meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif
berasaskan ICT, dan pengurusan sekolah berbantukan ICT.
(Rujuk The Malaysian Smart School- A Conceptual Blueprint, July
1997).
2 Apakah yang dimaksudkan dengan Pembestarian Sekolah?
Mulai tahun 2006, konsep Sekolah Bestari yang sebelum ini terhad
kepada 88 sekolah diperluaskan ke semua sekolah di seluruh
negara melalui konsep Pembestarian Sekolah. Semua inisiatif ICT
yang sedang dilaksanakan oleh KPM dimanfaatkan. Proses ini
dijalankan secara berterusan untuk meningkatkan tahap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta
pengurusan sekolah (PdT) secara interaktif menggunakan ICT
sebagai pengupaya.
Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan transformasi
semua sekolah meningkatkan penggunaan ICT yang berkualiti dari
segi amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan
dan pentadbiran sekolah (PdT) supaya murid menjadi modal insan
berupaya menghadapi cabaran abad ke-21 dan berfungsi dalam
masyarakat berpengetahuan (knowledge society).
3
Apakah ciri-ciri yang menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sekolah bestari?
Sekolah Bestari mempunyai ciri-ciri berikut: • falsafah bahawa semua murid boleh belajar • kurikulum yang mengambil kira keupayaan dan keperluan semua murid • persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran • sistem pentaksiran yang berterusan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran • pengetua dan guru yang professional • penglibatan serta sokongan tinggi daripada ibu bapa,
komuniti, agensi dan industri
4
Apakah matlamat
Pembestarian Sekolah?
Matlamat Pembestarian Sekolah adalah seperti berikut: • Menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan • Meningkatkan kadar pembelajaran berpusatkan murid • Membangunkan modal insan yang berkemahiran ICT untuk memenuhi keperluan masa hadapan
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
5
Apakah kaedah pengajaran
dan pembelajaran dalam
Pembestarian Sekolah?
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan kepada
sekolah bestari ialah yang bercorak terarah kendiri mengikut kadar
individu, akses kendiri, terarah kendiri dan reflektif. Ini berlaku
dengan adanya sokongan teknologi pelbagai media dan jaringan
talian internet. Pembelajaran juga berubah daripada berpusatkan
guru kepada berpusatkan murid. Murid dididik dengan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif dan disemai dengan nilai-nilai
murni.
Selain itu, guru digalakkan menggunakan strategi pembelajaran
abad ke-21 seperti Pembelajaran Kolaboratif, Pembelajaran
Berasaskan Projek, Pembelajaran secara Inkuiri-Penemuan,
Penyelesaian Masalah, Pembelajaran Masteri, Konstruktivisme,
Pembelajaran Penerokaan dan sebagainya.
6
Apakah kaedah
pengurusan dan
pentadbiran dalam
Pembestarian Sekolah?
Dengan bantuan komputer dan capaian Internet, pentadbir dapat
merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan
fizikal dengan berkesan. Perkongsian maklumat secara atas talian
akan memudahkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam
aktiviti sekolah dan menjadikan mereka rakan kongsi yang
berkesan dalam pendidikan anak mereka sendiri dan
menggalakkan perkongsian pintar dengan komuniti. Dengan
adanya pangkalan data, maklumat tentang murid dan guru lebih
mudah didapati.
7 Apakah program Sekolah
Bestari Luar Bandar?
Program Sekolah Bestari Luar Bandar merupakan usaha mentransformasi 50 sekolah-sekolah yang berlokasi di luar bandar sebagai model untuk membantu menyegerakan Pembestarian Sekolah, lanjutan daripada kejayaan pelaksanaan pemantapan 88 sekolah bestari diantara 2006 – 2008.
Selaras dengan dasar pembestarian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Multimedia Development Corporation (MDeC) berkerjasama dalam merealisasi sekolah bestari luar bandar di bawah rasional keperluan pelaksanaan model yang khusus untuk jenis-jenis sekolah yang berbeza.
Antara objektif pelaksanaan program bestari sekolah luar bandar ini adalah meliputi aspek-aspek berikut:-
Menyediakan perkhidmatan pengurusan dan pemantauan secara end-to-end kepada sekolah dalam pengintegrasian bahan-bahan berasaskan ICT dan alatan bantuan mengajar yang inovatif di dalam PdP
Mewujudkan model-model pelaksanaan menaiktaraf yang efisyen dan kos efektif bagi sekolah-sekolah di luar bandar seperti sekolah orang asli dan penan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah felda dan sekolah agama
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Manakala pendekatan yang digunapakai bagi tujuan pelaksanaan ini mengambil kira perkara berikut:
Mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran
Mengurangkan bebanan kerja pengurusan dan menambahkan produktiviti dan pembangunan profesional
Mengupayai inovasi dalam proses pengajaran
Menarik minat murid melalui bahan pembelajaran yang kreatif dan inovatif
Menyediakan sokongan profesional
Program bestari sekolah luar bandar telah disesuaikan untuk tujuh kategori sekolah iaitu sekolah menengah harian, sekolah rendah harian, sekolah orang asli dan penan, sekolah agama, sekolah felda, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil. Pemilihan sekolah-sekolah ini berdasarkan kepada kriteria berikut:
Mempunyai kemudahan asas bekalan elektrik 24 jam dan air
Mempunyai kemudahan asas infrastruktur ICT yang dibekalkan oleh KPM
Mewakili salah satu kategori sekolah di atas
8
Bagaimanakah sekolah
bestari luar bandar dapat
membantu sekolah-
sekolah berhampiran?
Sebagai sekolah model, sekolah bestari luar bandar boleh dijadikan
rujukan kepada sekolah-sekolah berhampiran. Sebagai contoh kepada
sekolah-sekolah yang lain, strategi yang digunakan di sekolah bestari
luar bandar boleh digunakan oleh sekolah lain bagi mencapai ciri-ciri
sekolah bestari. Ciri-ciri sekolah bestari adalah seperti membangunkan
juara sekolah bestari di sekolah, dan menggunakan amalan terbaik bagi
integrasi ICT dalam PdT dan PdP.
9
Apakah Smart School
Qualification Standards
(SSQS)?
Pencapaian pembestarian sekolah boleh diukur dengan melihat ciri-ciri murid yang dihasilkan, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran sekolah, kemahiran guru, penglibatan komuniti dan pencapaian murid, guru dan sekolah
Smart School Qualification Standards (SSQS) merupakan sistem piawaian bagi mengukur amalan-amalan terbaik pembudayaan ICT sesebuah sekolah. Penarafan dalam bentuk bintang diberikan berdasarkan lima bidang yang ditetapkan dengan indikator-indikator tertentu.
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
10 Apakah objektif SSQS?
SSQS dibangunkan untuk mencapai objektif berikut:
• Meningkatkan penggunaan ICT di sekolah
• Membangunkan satu sistem (terdiri daripada indikator
untuk mengukur pengintegrasian dalam PdP dan PdT
• Menyediakan satu asas kepada perancangan polisi dan
penambahbaikan program
• Meningkatkan standard dalam pendidikan
• Menjadi pemangkin kepada perubahan dalam pendidikan
• Memberi autonomi kepada guru dan murid
11 Apakah komponen utama
SSQS?
Komponen utama SSQS ialah Pembangunan profesiona, kepimpinan Berwawsan, Persekitaran Kondusif, Kerangka Kerja Kurikulum dan Penilaian serta Pembelajaran Berpusatkan Murid. Setiap kluster mempunyai indikator-indikator tertentu. Penerangan dan pemberat untuk setiap domain adalah seperti berikut:
Kluster Penerangan
Pembangunan Profesional
(20%)
Kemahiran dan kompetensi ICT berhubung pemilihan sumber pendidikan dan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kepimpinan Berwawasan
(20%)
Kepimpinan proaktif dalam pembangunan, perancangan dan pencapaian visi berkaitan pengintegrasian ICT dan pengurusan sumber pendidikan digital dikongsi bersama dalam kalangan pihak berkepentingan.
Persekitaran Kondusif
(20%)
Akses kepada teknologi serta sumber pendidikan digital yang mantap dan boleh dipercayai untuk semua murid, guru, staf sokongan dan pentadbir sekolah.
Kerangka kerja Kurikulum dan Penilaian
(20%)
Penerapan ICT dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan sumber pendidikan serta penilaian pengintegrasian ICT yang berterusan.
Pembelajaran Berpusatkan Murid
(20%)
Pengintegrasian ICT dalam PdP yang tertumpu kepada keupayaan dan keperluan murid.
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
12
Bagaimanakah tahap
bestari sesebuah sekolah
diukur?
Tahap bestari sesebuah sekolah dinyatakan dengan “bintang” atau star
ranking iaitu dari 1 bintang (terendah) hingga 5 bintang (tertinggi)
berdasarkan skor yang ditetapkan. Tahap 3 bintang ialah tahap
minimum pencapaian ke tahap bestari.
Star Ranking SKOR SSQS (x)
5 bintang X ≥ 80
4 bintang 60 ≤ X < 80
3 bintang 40 ≤ X < 60
2 bintang 20 ≤ X < 40
1 bintang X < 20
13 Apakah konsep
perkongsian pintar KPM?
Konsep perkongsian pintar dalam pelaksanaan Pembestarian Sekolah amat digalakkan untuk mempercepatkan kadar transformasi Pembestarian Sekolah bagi penyediaan persekitaran yang kondusif, dan kemahiran ICT yang kemaskini berdasarkan perubahan teknologi dari semasa ke semasa. Matlamat memperhebatkan jalinan perkongsian pintar adalah seperti berikut:
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT terkini
Meningkatkan kecemerlangan dan penyampaian perkhidmatan ICT dalam pendidikan melalui penyediaan dan sumbangan peralatan, perisian, program / aktiviti
14
Apakah peranan bahagian-
bahagian dalam KPM
dalam menjayakan
Pembestarian Sekolah?
Bahagian-bahagian KPM bekerjasama dalam menetapkan hala tuju
pembestarian sekolah mengikut fungsi dan peranan masing-masing
melalui Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari. Jawatankuasa ini
bersidang dan membuat keputusan dalam perkara-perkara yang
melibatkan program pembestarian sekolah.
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
1BESTARINET
Bil Soalan Jawapan
Kategori : Capaian
1 Apakah Projek 1BestariNet?
Projek 1BestariNet adalah projek bagi menyediakan
prasarana teknologi kepada Sistem Pendidikan di Malaysia.
Ia merupakan penambahbaikan kepada SchoolNet dengan
menekankan aspek perkhidmatan penyelesaian bersepadu
end-to-end melalui ketersediaan dua komponen utama
iaitu capaian internet dan pelantar pembelajaran maya
(VLE) untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan dan pentadbiran di semua sekolah KPM.
2.
Apakah struktur 1BRIS
(1BestariNet Receiver Intergrated
System)?
1BRIS ini merupakan struktur telekomunikasi bagi
menyediakan liputan tanpa wayar dengan teknologi 4G
Wimax untuk membekalkan capaian internet ke sekolah-
sekolah berhampiran.
Jenis struktur pemasangan 1BRIS adalah bergantung
kepada kawasan persekitaran geografi sekolah serta
dapatan lawatan tinjauan tapak di sekolah. Terdapat tiga
(3) jenis struktur dibenarkan iaitu jenis Monopole, Rooftop
dan Watertank bergantung kepada kesesuaian
keselamatan dan kekuatan signal yang diterima.
3.
Kenapa struktur 1BRIS perlu
dipasang di sekolah-sekolah yang
terlibat?
Pemasangan struktur 1BRIS (Base Station) diperlukan bagi
menyediakan perkhidmatan 1BestariNet khususnya bagi
sekolah-sekolah yang tidak mempunyai infrastruktur
liputan 4G. Pemasangan 1BRIS ini adalah untuk
menyediakan infrastruktur komunikasi bagi sekolah
menerima capaian internet di seluruh negara. Ia perlu
dipasang bagi menjamin capaian 99.9% dan kestabilan
rangkaian. Sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti sahaja
yang akan dipasang dengan 1BRIS.
4.
Apakah kriteria yang diperlukan
bagi pemasangan struktur 1BRIS di
sekolah?
Pemasangan 1BRIS adalah bergantung kepada capaian
rangkaian internet 4G di kawasan sekolah. Sekiranya tiada
liputan rangkaian internet, struktur 1BRIS akan dipasang
dengan mengikut garis panduan yang di sediakan. Antara
kriteria berkenaan adalah kelulusan dari pihak berkuasa
tempatan, persetujuan KPM atau JPN atau PPD atau
sekolah, mempunyai ruang tanah yang mencukupi, aspek
keselamatan, pengurusan dan penyelenggaraan
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
5.
Adakah pemasangan struktur
1BestariNet (1BRIS) mengundang
bahaya?
Setiap peralatan yang digunakan dalam pemasangan
struktur 1BRIS adalah mengikut spesifikasi dan garis
panduan yang ditetapkan oleh SKMM dan agensi lain
seperti Agensi Nuklear Malaysia dan SIRIM. Kelulusan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diperoleh sebelum
pemasangan dibuat. Sebarang perubahan tapak 1BRIS
memerlukan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah
dan pihak PBT.
6. Apakah Customer Premise
Equipment (CPE)
CPE adalah peralatan khas yang dipasang oleh kontraktor
di lokasi yang telah dipersetujui bagi tujuan sambungan
kepada rangkaian 1BestariNet merangkumi Zoom dan
Dongles. Peralatan ini disediakan oleh kontraktor dengan
syarat:
Hakmilik peralatan CPE akan kekal di bawah nama
kontraktor
Kontraktor boleh menyediakan tahap keselamatan bagi
melindungi peralatan CPE contohnya seperti menyediakan
atau diletakkan di rak yang selamat, menyediakan pelekat
peralatan “ini tidak boleh ditutup”, menyediakan lightning
arrester untuk melindungi peralatan bagi kawasan yang
sering mengalami kilat atau apa-apa sahaja garis panduan
bagi memastikan CPE berfungsi, dikawal, dijaga dan
diawasi sepenuhnya dengan selamat oleh pengguna.
Semua urusan, penyelenggaraan dan/atau pengendalian
peralatan CPE yang siap dipasang adalah khusus di bawah
tanggungan kontraktor dan bukannya oleh mana-mana
pihak ketiga atau pihak yang tidak diizinkian/dibenarkan
oleh kontraktor.
7.
Siapakah yang harus dihubungi
sekiranya berlaku sebarang
gangguan capaian rangkaian
1BestariNet?
Untuk bantuan teknikal dan penyelesaian, sila hubungi
pentadbir IT sekolah anda. Jika anda seorang pentadbir IT,
Self-Care Portal (perlu log masuk pentadbir) boleh diakses
untuk bantuan teknikal. Aduan juga boleh dipanjangkan
melalui emel, moesupport@ytlcomms.my atau melalui
talian bantuan 1BestariNet: 0187998787
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
8
Capaian rangkaian 1BestariNet
perlahan, apakah tindakan yang
perlu diambil?
Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian
rangkaian 1BestariNet perlahan:
Periksa keadaan ZOOM untuk tentukan sama ada ia
berfungsi atau tidak
Sekiranya ZOOM tidak berfungsi sila hubungi
helpdesk 1Bestarinet melalui emel,
moesupport@ytlcomms.my atau melalui talian
bantuan 1BestariNet: 0187998787
Sekiranya ZOOM berfungsi, sila lakukan speedtest
untuk melihat kapasiti ZOOM tersebut
menggunakan
OOKLA melalui url:\\www.speedtest.net.
Sekiranya masa ping terlalu lama sila maklumkan
kepada helpdesk 1Bestarinet.
Sekiranya download/upload speed tidak mencapai
tahap minimum 1Mbps bagi ZOOM dan 2Mbps bagi
Super ZOOM, sila maklumkan kepada helpdesk
1Bestarinet. Sila semak sekiranya ada kawasan lain
yang mempunyai signal yang lebih baik.
Pihak sekolah boleh mendapatkan khidmat bantu daripada
PKG dan BTPN
9
Capaian Internet perlahan, apakah
tindakan yang perlu diambil?
(Bagi perbekalan perkhidmatan
capaian Internet bukan
1BestariNet)
Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian
internet yang perlahan (bagi perbekalan perkhidmatan
bukan 1BestariNet), sila berhubung dengan pembekal
perkhidmatan Internet (Internet Service Provider – ISP)
yang berkenaan.
Pihak sekolah boleh mendapatkan khidmat bantu daripada
PKG dan BTPN
10 Apa itu Teknologi Cloud?
Teknologi Awan ialah penggunaan teknologi berasaskan
internet di mana perkhidmatan perkongsian sumber,
aplikasi perisian, penyimpanan data, capaian dan
pengurusan data boleh digunakan secara dalam talian oleh
pengguna. Antara teknologi pengkomputeran awan yang
sering digunakan adalah Amazon dan Google.
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Kategori : Perkhidmatan
1. Bagaimana prosedur Web hosting
untuk laman sekolah?
Buat masa ini, Web Hosting untuk sekolah dikendalikan
sendiri oleh pihak sekolah dan tertakluk kepada arahan
pekeliling semasa kementerian dan MAMPU. Berikut
adalah maklumat pekeliling yang boleh diguna pakai buat
masa ini :-
Garis Panduan Perlaksanaan Rasionalisasi Laman
Web Sektor Awam
Surat Pekeliling ICT Bil. 2 Tahun 2014 - Garis
Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus
Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian
Pendidikan Malaysia
Surat Pekeliling ICT Bil. 1 Tahun 2008 - Garis
Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus
Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian
Pelajaran Malaysia
Pihak sekolah boleh mendapatkan khidmat bantu dan
nasihat daripada pihak PKG dan BTPN.
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Kategori : Aplikasi Frog VLE
1
Selaku pentadbir, adakah boleh
dan bagaimana untuk saya
memantau penggunaan VLE oleh
guru dan murid?
Penggunaan VLE oleh guru dan murid boleh dipantau
melalui aplikasi Analytics yang boleh dicapai melalui Frog
VLE oleh Pentadbir VLE sekolah.
2
Adakah boleh menggunakan VLE
lain selain daripada VLE yang
disediakan oleh KPM?
Sekolah boleh menggunakan sebarang pendekatan dan
aplikasi VLE yang dirasakan sesuai dengan keperluan
sekolah. Tetapi memandangkan pihak KPM telah
membelanjakan ribuan RM dalam menyediakan
kemudahan VLE sedia ada, pihak sekolah bertanggung
jawab untuk memaksimakan penggunaannya terlebih
dahulu. VLE lain boleh digunakan sebagai tambahan
kepada VLE yang disediakan oleh pihak kerajaan. Walau bagaimana pun, ini tertakluk kepada dasar ICT KPM
semasa.
3 Apakah kebaikan VLE frog
berbanding VLE lain?
Bahan PdP yang disediakan dalam VLE Frog di Malaysia
telah diberi pengiktirafan oleh pihak KPM dan menepati
kurikulum semasa. Di samping itu, VLE Frog yang
disediakan oleh KPM membolehkan sekolah-sekolah di
bawah seliaan kerajaan membina jaringan di bawah satu
platform yang sama. Setiap pengguna Frog VLE di Malaysia dibekalkan dengan
ID 1BestariNet yang membolehkan pengintegrasian
dengan Google Apps secara Single-Sign-On; seperti
perkhidmatan YESmail, Google Drive, Google Hangouts,
dan lain-lain aplikasi pihak ketiga Google yang boleh
didapati di Chrome Store.
4
Siapakah yang perlu menggunakan
VLE?
Pentadbir sekolah, guru, murid dan ibu bapa.
5 Apakah syarat untuk memohon
pengaktifan backup zoom?
Permohonan pengaktifan backup zoom boleh dibuat
melalui Meja Bantuan 1BestariNet bagi program/aktiviti
sekolah berdasarkan terma penggunaan backup zoom
seperti berikut:
a) permohonan pengaktifan perlu dibuat sekurang-
kurangnya 3 hari sebelum tarikh penggunaan b) tempoh pengaktifan tidak melebihi 30 hari penggunaan c) penggunaan haruslah di dalam kawasan PKG / sekolah
berkenaan sahaja
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
d) tujuan penggunaan adalah untuk keperluan latihan PdP
dan PdT sahaja
Peruntukan bandwidth ditetapkan kepada 4Mbps sahaja
bagi setiap sekolah. Dengan pengaktifan zoom backup tiada
tambahan bandwidth akan diperuntukkan, sebaliknya ia
akan dikongsi oleh semua peralatan zoom yang diaktifkan.
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Bil Soalan Jawapan
Kategori : eBahan
1
Adakah KPM telah membekalkan
bahan PdP digital kepada setiap
sekolah?
Bahan PdP digital dalam bentuk multimedia telah
dibekalkan kepada setiap sekolah secara dalam talian.
2
Apakah jenis-jenis bahan yang
dibekalkan?
Bahan yang dibekalkan berbentuk video, audio dan
multimedia interaktif.
3 Apakah yang dimaksudkan dengan
e-Bahan?
e-Bahan adalah jenama yang diberikan kepada bahan
multimedia interaktif yang dibangunkan oleh pihak BTP
untuk KPM.
4
Adakah e-Bahan ini merangkumi
semua mata pelajaran?
e-Bahan ini merangkumi semua mata pelajaran teras dari
pra-sekolah hingga tingkatan lima.
5
Adakah e-Bahan ini mengikut KSSR
ataupun kurikulum semasa?
Ya.
6. Adakah penggunaan e-Bahan ini
dikenakan bayaran?
Penggunaan e-Bahan TIDAK dikenakan bayaran.
7 Bagaimanakah e-Bahan ini
dibekalkan ke sekolah?
e-Bahan dibekalkan secara dalam talian melalui Sistem
Pengurusan Pembelajaran (spp.moe.edu.my) dan di
widget e-BAHAN dalam Persekitaran Pembelajaran Maya
( FROG VLE).
8 Siapakah yang boleh mengakses e-
Bahan ini?
Sesiapa sahaja boleh mengakses e-bahan melalui
spp.moe.edu.my dan hanya guru boleh mengakses di
FROG VLE
9
Adakah bilangan e-Bahan ini
dikemaskini dari semasa ke semasa?
Ya.
10
Bolehkah e-Bahan diakses melalui
telefon pintar/tab
e-Bahan TIDAK boleh diakses melalui telefon pintar/tab
buat masa ini
11 e-Bahan boleh digunakan sebagai bahan sokongan dalam
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Bolehkah e-Bahan digunakan untuk
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS)?
PBS
12
Bolehkah e-Bahan dimuat turun? e-Bahan TIDAK boleh dimuat turun.
13
Bolehkah saya menggunakan e-
Bahan untuk program khas seperti
MBMMBI/LINUS/i-think dan
sebagainya?
e-Bahan boleh digunakan sebagai bahan sokongan dalam
program khas seperti MBMMBI/LINUS/i-think.
14
Siapakah yang boleh dihubungi
sekiranya ada masalah berkaitan e-
Bahan?
Hubungi email resos@moe.gov.my.
Kategori : Bahan Digital Bahasa Inggeris Berjajarkan Common European Framework of Reference for
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Languages (CEFR)
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan
Common European Framework of
Reference for Languages (CEFR)?
Common European Framework of Reference for
Languages (CEFR) adalah standard piawaian
antarabangsa untuk menggambarkan keupayaan murid
dalam sesuatu bahasa. Ia digunakan di kebanyakan
negara untuk menggambarkan kemahiran berbahasa
pelajar. Standard piawaian ini telah dicadangkan di dalam
PPPM 2013 – 2025 dan ianya telah diangkat sebagai
standard piawai pendidikan Bahasa Inggeris di dalam
English Language Education Reform in Malaysia – The
Roadmap 2015-2025. Dengan itu, pendidikan Bahasa
Inggeris Malaysia akan melalui satu proses reformasi di
mana kurikulum, Pembelajaran dan Pengajaran dan
Pentaksiran akan dijajarkan mengikut CEFR yang
merupakan standard piawaian antarabangsa.Kemahiran
dan kefasihan berbahasa Inggeris murid ditakrif oleh
CEFR sebagai kefasihan berbahasa yang perlu untuk
penglibatan sepenuhnya dalam kehidupan dunia
professional dan akademik. Rajah di bawah
menunjukkan tahap kemahiran dan kefasihan Bahasa
Inggeris yang perlu dicapai oleh murid.
2.
Apakah jenis bahan yang
dibekalkan?
Bahan yang dibekalkan berbentuk multimedia interaktif.
3.
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Bagaimanakah bahan ini dibekalkan
ke sekolah?
Bahan ini dibekalkan ke sekolah dalam bentuk :
DVD yang dihantar ke sekolah ( 1 salinan untuk satu sekolah dan boleh dibuat Salinan untuk kegunaan di dalam sekolah)
widget e-Bahan di VLE e-Bahan di Sistem Pengurusan Pembelajaran
http://spp.moe.edu.my/
4.
Adakah e-Bahan ini mengikut
KSSR/KSSM ataupun kurikulum
semasa?
Ya.
5.
Adakah penggunaan Bahan Digital
Bahasa Inggeris Berjajarkan CEFR
dikenakan bayaran?
Penggunaan Bahan Digital Bahasa Inggeris Berjajarkan
CEFR TIDAK dikenakan bayaran.
6.
Siapakah yang boleh mengakses
Bahan ini?
Sesiapa sahaja boleh mengakses e-bahan melalui
spp.moe.edu.my dan hanya guru boleh mengakses CD dan
di VLE. Tetapi guru boleh memberi akses kepada murid
melalui tugasan di VLE.
7.
Adakah bilangan e-Bahan ini
dikemaskini dari semasa ke semasa?
Ya.
8.
Bolehkah Bahan ini diakses melalui
telefon pintar/tab?
Boleh.
9.
Bolehkah Bahan digunakan untuk
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS)?
Bahan boleh digunakan sebagai bahan sokongan dalam
PBS.
10.
Bolehkah Bahan dimuat turun?
Bahan ini BOLEH boleh dimuat turun dari CD.
11.
Bolehkah saya menggunakan Bahan untuk program khas seperti MBMMBI/LINUS/i-think dan sebagainya?
Bahan boleh digunakan sebagai bahan sokongan dalam
program khas seperti MBMMBI/LINUS/i-think.
12.
Siapakah yang boleh dihubungi
sekiranya ada masalah berkaitan
Bahan?
Hubungi email sti@moe.gov.my.
Kategori : Portal EduWebTV
1 Apakah Portal EduwebTV?
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
EduwebTV merupakan portal yang mengandungi bahan
PdP berbentuk video dan audio pendidikan serta slaid
sumbangan guru-guru yang boleh diakses melalui
www.eduwebtv.com
2
Berapakah saluran yang terdapat di
Portal EduwebTV?
EduwebTV mempunyai 3 saluran utama iaitu:
• Kurikulum
• e-Guru
• Ehwal Semasa
3
Bagaimanakah cara untuk muat
turun bahan dari Portal EduwebTV?
Tata cara muat turun bahan daripada portal EduwebTV
boleh di dapati melalui ikon PANDUAN MUAT TURUN
yang dipaparkan di sebelah kanan skrin.
4 Adakah guru boleh muat naik video
ke Portal EduwebTV?
Tidak. Semua bahan di Portal EduwebTV hanya boleh
dimuat naik oleh Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kategori : Portal & Perpustakaan Video e-Guru
1
Apakah Portal & Perpustakaan Video
e-Guru?
Portal & Perpustakaan Video e-Guru merupakan satu
inisiatif PPPM 2013-2025
Bahan video e-Guru diterbitkan khas sebagai perkongsian
amalan pengajaran yang boleh dicontohi ke arah
peningkatan kualiti PdP guru-guru dalam bilik darjah.
Portal & Perpustakaan Video e-Guru boleh diakses
melalui www.eduwebtv.com
2
Berapakah jumlah video yang
terdapat di Portal & Perpustakaan
Video e-Guru?
Sehingga kini, terdapat sejumlah 321 video PdP terbitan
BTP yang terdiri daripada 12 matapelajaran sekolah
rendah dan menengah, video-video Prasekolah, LINUS,
dan penggunaan Frog VLE.
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
PUSAT SUMBER _________________________________________________________________________________________________________________
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
PUSAT SUMBER Bil Soalan Jawapan
Kategori : Pusat Sumber Sekolah
1 Apakah itu Pusat Sumber Sekolah ?
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat
perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang
mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam
bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital.
Piawaian Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk
memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi
yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan
cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum
bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran.
Strategi Pelaksanaan Piawaian PSS adalah seperti
berikut: Memastikan Pusat Sumber Sekolah
mempunyai Kemudahan fizikal dan infrastruktur yang
sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi
bahan yang menepati piawai dan terkini.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan
cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi
maklumat masa kini.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru
Perpustakaan dan Media yang menepati syarat
kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling
semasa.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa
meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti
penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam
meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran.
2 Apakah objektif Pusat Sumber
Sekolah
Menyediakan perkhidmatan dan sumber
pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan
semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat
yang efektif dan pemikir yang kritis
Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab,
adil dan saksama kepada semua warga sekolah
Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam
pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran,
penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Melahirkan individu bestari yang mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
3 Bagaimana peranan dan fungsi Pusat
Sumber Sekolah?
Merancang dan mengurus perolehan bagi membina
koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini
yang selaras dengan keperluan kurikulum dan
memenuhi keperluan warga sekolah.
Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses
maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.
Memberi panduan dan kemahiran kepada warga
sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan
penggunaan maklumat.
Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan
supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.
Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik
dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti
perkhidmatan.
Kategori : Literasi Maklumat
1 Apakah maksud Literasi Maklumat?
Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang
digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang
diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan
memperolehi maklumat dalam apa jua format serta
mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga
boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses
dan menilai maklumat bagi membantu membuat
pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.
Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai
satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan
mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian
Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan
Literasi Maklumat sebagai “keupayaan untuk
mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat
pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara
efektif.”
2
Bagaimanakah penguasaan
kemahiran Literasi Maklumat dapat
dilaksanakan di sekolah?
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui
pelbagai strategi pengajaran melalui;
Kerja Kursus
Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu
(Sejarah,Geografi, Kemahiran Hidup dan lain
lain)
Aktiviti di dalam Kelas
Aktiviti Ko-Kuriklum
Kerja Kendiri (independent study)
Program/Aktiviti PSS
Program Membaca
Aktiviti Penyelesaian Masalah dan lain-lain.
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
3 Mengapa Literasi Maklumat itu
penting kepada pelajar ?
Pelajar tahu cara yang teratur dan tepat bagi
mendapatkan maklumat yang sesuai kerana
maklumat memainkan peranan penting dalam
kehidupan.
Melibatkan pelajar secara terus dengan sumber
pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih aktif
dan memberangsang. Melatih pelajar, belajar berdikari
secara beransur-ansur untuk memudahkan mereka
menghayati konsep pendidikan seumur hidup.
Melatih pelajar untuk menangani ilmu yang pelbagai dan
menjadikan sumber sebagai punca pembelajaran.
Kategori: Program NILAM
1
Bagaimana Kementerian Pendidikan
Malaysia menggalakkan minat
membaca dalam kalangan murid-
murid sekolah?
Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia adalah Program ‘Nadi
Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah
mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan
Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat
Membaca peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia
pada tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula
dengan Prasekolah bagi sekolah rendah dan Tingkatan
Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod
pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga
mereka tamat persekolahan.
2 Apa itu Program NILAM ?
NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan
penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan
membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan
yang berterusan sepanjang tahun dan markah
dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka
tamat persekolahan. Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program
Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Pada tahun 2016 Mesyuarat Profesional KPM Bil.
08/2016 pada 3 Mac 2016 telah meluluskan Kertas
Cadangan Penambahbaikan dan Penjenamaan Semula
Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM).
Ini adalah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan matlamat untuk membina tabiat membaca yang
berkualiti dalam kalangan murid. Program NILAM yang
ditambahbaik ini membolehkan murid membaca
pelbagai jenis bahan sama ada buku atau bahan bukan
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
buku. Ini termasuklah sumber bahan bacaan digital.
3 Apakah objektif Program NILAM?
• Melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu proses pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat • Menyediakan murid Malaysia untuk menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi, dan menilai melalui aktiviti pengayaan • Menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum • Menggalakkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat/ pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan
4 Bilakah aktiviti Program NILAM
boleh dilaksana-kan?
Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana-
mana sahaja.
Di sekolah – waktu perhimpunan, waktu PdP, waktu
guru ganti, waktu PSS, waktu rehat dan program anjuran
sekolah.
Di luar waktu persekolahan – di rumah, di kawasan yang
sesuai (taman, pameran, dewan orang ramai,
perpustakaan desa)
Kategori: Guru Perpustakaan dan Media
1
Apakah yang dimaksudkan dengan
Guru Perpustakaan dan Media
(GPM)?
Dalam usaha untuk memantapkan dan memajukan lagi
system pendidikan (rujukan KP (BS-DSR)8787/008/2
(10) bertarikh 18 Julai 2005), Kementerian Pendidikan
Malaysia sentiasa memberi penekanan yang
sewajarnya dalam pelaksanaan pelbagai program
berkaitan Pusat Sumber Sekolah. Sehubungan itu,
melalui Waran Peruntukan B.41 Kementerian
Pendidikan Malaysia, setiap sekolah telah
diperuntukkan seorang Guru Perpustakaan dan Media
Sekolah (Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) sepenuh
masa. Pelantikan ini diharap dapat membantu
meningkatkan keupayaan pengurusan dan
kepimpinan pengurusan pusat sumber sekolah yang
lebih cemerlang dan berkesan.
GPM yang dilantik perlu memenuhi kriteria berikut:
Telah disahkan dalam jawatan
Telah mengajar sekurang-kurangnya tiga tahun
Mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam Sains
Perpustakaan / Sains Pengurusan Maklumat
/Teknologi Pendidikan, ATAU
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Menghadiri Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber
Sekolah dalam masa setahun selepas lantikan
Pelantikan perlu dibuat berdasarkan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.3/2005, Penyelarasan Waktu Mengajar bagi
Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan dan
Media (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah),
bertarikh 18 Julai 2005. (Tertakluk kepada perubahan
pekeliling semasa).
2 Bagaimana GPM berperanan di
sekolah?
GPM berperanan penting menyokong visi dan misi
sekolah,membangunkan PSS dan menilai keberkesanan
PSS. Beliau juga perlu bekerjasama dengan pentadbir
dan guru untuk merancang pelan pembangunan PSS
dan menyokong pelaksanaan kurikulum. GPM perlu
mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyediakan
maklumat dan berkebolehan menyelesaikan masalah.
Beliau perlu mengetuai program, aktiviti dan kempen
galakan membaca dan galak guna PSS.
GPM juga perlu mempunyai kepakaran dalam
menggunakan pelbagai jenis sumber bercetak, bukan
cetak dan digital. Beliau perlu menyedia dan
menguruskan semua dokumen dan rekod berkaitan
perolehan, pendokumentasian dan perkhidmatan
perpustakaan.
Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 bertarikh
18 Julai 2005
Lampiran 2 dan Buku Panduan Pusat Sumber `Sekolah
Untuk Guru Perpustakaan dan Media.
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
SOKONGAN TEKNIKAL DAN PERALATAN ICT
Bil Soalan Jawapan
1
Apakah yang dimaksudkan peralatan
ICT Di Sekolah KPM?
Peralatan komputer yang dibekalkan ke sekolah yang
didaftarkan sebagai aset alih kerajaan. Kad Daftar
disimpan dan dikemaskini, terdapat tanda “HAK
KERAJAAN MALAYSIA” pada peralatan tersebut.
Nota : Perkara di atas merupakan tatacara pengurusan
aset alih kerajaan yang perlu dipatuhi. Kegagalan pihak
sekolah mengurus peralatan ini seperti ditetapkan boleh
menyebabkan peralatan tidak layak disenggara
menggunakan peruntukan kerajaan yang ada. Selain itu
ada juga sekolah yang mampu membeli peralatan ICT
sendiri. Peralatan ini juga tidak boleh disenggara
menngunakan peruntukan kerajaan kecuali jika didaftar
terlebih dahulu.
2
Apakah jenis-jenis peralatan yang
dibekalkan?
Komputer Peribadi (PC), Komputer Riba (Laptop),
Pencetak (Printer), LCD Projektor, Server, Netbook
1Malaysia
3
Di sekolah biasanya di mana
peralatan ICT ini berada?
Dalam Makmal Komputer, Pusat Akses, Pusat Sumber,
Pejabat Pentadbiran, Bilik Guru, Bilik Pengetua dan Guru
Besar
4
Adakah setiap sekolah terima
peralatan yang sama?
Tidak. Ada sekolah dibekal peralatan ICT untuk Makmal
Komputer. Ada sekolah dibekal peralatan ICT untuk
Pusat Akses. Ada sekolah terima Netbook. Bagi Sekolah
Kurang Murid (SKM) hanya dibekalkan dengan
beberapa bilangan PC sahaja.
Nota : Pelbagai projek dilaksanakan bagi memenuhi
keperluan peralatan ICT di sekolah. Sekolah di Malaysia
lebih 10,000 buah. Peruntukan tidak mecukupi, maka
keutamaan pembekalan akan melihat keperluan
pelbagai program yang dilaksanakan. Pemilihan sekolah
akan memastikan tiada pertindihan projek dalam
sekolah yang sama.Pemilihan sekolah biasanya dibuat
dengan kerjasama dari BPSH dan dari JPN.Dalam pada
itu KPM terus berusaha memastikan semua sekolah ada
peralatan ICT yang baik untuk membantu PdP
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
5
Apakah beza antara Makmal
Komputer dengan Pusat Akses
Sekolah?
Makmal Komputer digunakan untuk satu kelas
pembelajaran. Satu makmal computer dilengkapi
dengan 20 PC murid dan 1 PC guru. Pusat Akses Sekolah
pula merupakan satu ruang untuk pembelajaran kendiri
ala Cyber Café dengan 10 PC
6
Adakan semua sekolah mempunyai
Pusat Akses?
Tidak. Ketika ini hanya 3022 buah sekolah dibekalkan
dengan peralatan ICT dalam Pusat Akses masing-
masing. Sekolah ini juga dibekalkan dengan jawatan
FT17 Juruteknik Komputer. Namun begitu banyak
sekolah yang telah menyediakan pusat akses sendiri. Ini
satu langkah yang bagus, namun pusat akses ini tidak
layak untuk terima peruntukan penyenggaraan atau
penggantian atau jawatan juruteknik
7 Bolehkan sekolah menukar lokasi
Pusat Akses Sekolah?
Boleh dengan syarat mendapat kelulusan bertulis
daripada BTP dengan implikasi kos perlu ditanggung
oleh pihak sekolah itu sendiri dan tidak mengubah
fungsi asal Pusat Akses Sekolah itu diwujudkan.
8
Jika peralatan rosak apa yang perlu
dilakukan?
Buat aduan kerosakan melalui STS di alamat
http://sts.moe.edu.my
9
Mengapakah sesuatu kerosakan itu
begitu lambat dibaiki?
Antara faktornya :
Kerosakan tidak dilaporkan melalui STS
Dokumen Kew.PA alat tidak lengkap dan tidak
dikemaskini
Tidak ada peruntukan (OS28000)
10
Apakah Jenis kerosakan ICT yang
boleh dipohon kerosakan?
Peralatan rosak dan tidak boleh digunakan untuk PdP
11
Apakah SOP di peringkat sekolah
untuk pembaikan peralatan ICT?
Peralatan ICT telah didaftarkan sebagai aset alih
kerajaan. Peralatan telah tamat tempoh waranti. Pihak
sekolah perlu melaporkan kerosakan melalui aplikasi
STS.
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Pentadbiran
&
pengurusan
(P&T)
Makmal
Mudah Alih
Pusat Akses
Sekolah
(PuAS)
Makmal
Bahasa
MBMMBI
Makmal
Komputer
PERALATAN
ICT DI
SEKOLAH
KPM
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Soalan: Berapa lama masa di ambil setelah aduan di lakukan?
SEKOLAH PKG BTPN BTP
ADUAN VERIFIKASI
ADUAN
- Telefon /
hubungi
sekolah
- Lawatan
tapak /
verifikasi
- Rekodkan
- Klasfikasi ke
utamaan
PENYELARASAN
DATA ADUAN PENGURUSAN
PERUNTUKAN
SENARAI
PENDEK
BERDASARKAN
KE UTAMAAN
DAN
PERUNTUKAN
YANG
DIPEROLEHI
DAN PEROSES
PENYENGGARA
AN
5 hari waktu bekerja 0 hingga 12 bulan
- Permohonan
ABM
- Agihan waren
- Kontrak
Perkhidmatan
- Penyelarasan
permohonan
- Laporan
Prestasi
- Senarai untuk
senggara
- Pengeluaran
LO
- Bayaran
- Kemaskini
status aduan
- Kumpul dan selaraskan
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
SUMBER:
Sektor Pembestarian Sekolah
PMO
Sektor Resos Pembelajaran
Sektor Penyiaran Pendidikan
Sektor Pengurusan Literasi Teknologi Pendidikan
Sektor Repositori dan Rangkaian
Sektor Teknologi Maklumat Komunikasi Pendidikan
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SEKTOR YANG TERLIBAT.
T A M A T
top related