sulit prinsip perakaunan kertas 1 ogos 2017 smk...
Post on 01-Feb-2018
262 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SULIT
PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 1
Ogos
2017
1 ¼ jam
SMK BAGAN SERAI, 34300 BAGAN SERAI, PERAK
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017
PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 1
Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.
Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada
kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.
5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.
Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak
3756/1 [Lihat halaman sebelah
SULIT
Koleksi Percubaan SPM 2017
3756/1 SULIT
SULIT 2
1 Manakah pernyataan berikut menunjukkan tujuan simpan kira?
A Merekod urus niaga dalam dua akaun yang berbeza.
B Menyediakan maklumat mengenai penghutang dan pemiutang
C Mengelas, merekod, mentafsir, melapor dan menganalisis kewangan
D Merekod urus niaga secara tepat dan sistematik berasaskan sistem catatan
bergu
2 Pernyataan di bawah menunjukkan ciri-ciri sebuah perniagaan.
Liabiliti pemilik terhad
Bilangan ahli 2 – 50 orang
Saham tidak disenaraikan di Bursa Saham
Penyata kewangan tidak perlu didedahkan kepada orang ramai
Manakah perniagaan yang menepati ciri-ciri di atas?
A Aiman Berhad
B Aiman Trading
C Aiman Sdn. Bhd.
D Aiman dan Co Trading
3 Berikut adalah dua jenis perniagaan.
Pasar Mini Solehah
Bengkel Motor Afiq
Manakah yang benar bagi kedua-dua jenis perniagaan di atas?
A Diuruskan oleh rakan kongsi
B Dikawal oleh Lembaga Pengarah
C Liabiliti perniagaan adalah terhad
D Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
4 Rajah berikut adalah sebahagian daripada proses kitaran perakaunan.
Buku
Catatan
Pertama
Imbangan X Duga
Koleksi Percubaan SPM 2017
3756/1 SULIT
SULIT 3
Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik
Perabot +RM180 - Modal +RM180
Perabot +RM180 Pemiutang +RM180 -
Perabot +RM180 - Ambilan +RM180
Perabot – RM180 Pemiutang – RM180
-
Apakah butiran X ?
A Lejar
B Buku Tunai
C Dokumen Sumber
D Penyata Kewangan
5 Apakah kesan pemilik membawa masuk perabot bernilai RM180 dari rumahnya
untuk kegunaan perniagaan ke atas persamaan perakaunan?
A
B
C
D
6 Syarikat Dalina menggunakan sistem kod yang berikut untuk membina carta akaun
dalam sistem perakaunan berkomputer.
Kod Jenis akaun
1000-1999 Akaun Aset
2000-2999 Akaun Liabiliti
3000-3999 Akaun Ekuiti Pemilik
4000-4999 Akaun Hasil
5000-5999 Akaun Belanja
Apakah nombor kod yang betul bagi Akaun Gadai Janji?
A 1001 C 3005
B 2010 D 4006
7 Dokumen berikut diterima oleh Cik Evelyn seorang kerani akaun.
Peringatan :
MEMO
Kedai Buku Ri Jin
Tarikh : 1 Mac 2017
R Jin Pengurus
Pemilik telah mengambil 3 dozen pen yang bernilai
RM15 untuk didermakan kepada anak-anak yatim.
R
J
i
n
P
engu
Koleksi Percubaan SPM 2017
SULIT 4
3756/1
Butir Debit(RM) Kredit(RM)
Ambilan
Alat Tulis 15
15 Derma
Belian 15
15
Alat Tulis
Ambilan 15
15 Belian
Derma 15
15
Apakah catatan dalam Jurnal Am?
A
B
C
D
8 Berikut ialah dialog antara seorang peniaga dengan pekerjanya.
Johan : Umi, invois yang kita keluarkan kepada Kedai Hatta telah
terlebih caj, sila betulkan kesilapan itu.
Umi : Baiklah, tuan.
Apakah dokumen yang perlu dihantar kepada Kedai Hatta ?
A Memo
B Invois
C Nota Debit
D Nota Kredit
9 Dokumen di bawah dihantar oleh Kedai Perabut Eng Hong kepada pelanggannya.
Apakah Buku Catatan Pertama yang digunakan untuk merekod urusniaga tersebut?
A Jurnal Jualan C Jurnal Pulangan Jualan
B Jurnal Belian D Jurnal Pulangan Belian
SALINAN NOTA KREDIT
No. 88
Kedai Perabut Eng Hong
30 Jln Bersih, Ipoh Perak
Tarikh: 26 Mei 2015
Kepada,
Kedai Wei Xiang
8 Jaln Hati, Ipoh
No
rujukan
Butir Kuantiti Harga
seunit
RM
Jumlah
Inv 703 meja makan (dipulangkan
kerana rosak)
2 250.00 500.00
JUMLAH 500.00
Ringgit Malaysia: Lima ratus sahaja
Eileen
Pengurus
Koleksi Percubaan SPM 2017
SULIT 5
3756/1
Debit Kredit
Akaun Ambilan Akaun Perabot
Akaun Ambilan Akaun Belian
Akaun Belian Akaun Perabot
Akaun Perabot Akaun Belian
10 Manakah urus niaga berikut dicatatkan dalam Jurnal Am ?
I Membayar insurans kediaman dengan wang perniagaan
II Membayar yuran sekolah anak dengan wang perniagaan
III Membeli lengkapan secara kredit untuk kegunaan perniagaan
IV Membawa masuk sebuah kenderaan untuk kegunaan perniagaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
11 Maklumat berikut diambil dari buku Perniagaan Sam.
Pada 6 Januari 2017, peniaga membeli barang niaga dengan harga RM8 000.
Syarat diskaun niaga dan diskaun tunai adalah seperti berikut:
Diskaun niaga 20%
Diskaun tunai 10% 10 hari ; 5% 15 hari
Berapakah jumlah yang perlu dibayar jika hutang dijelaskan pada 14 Januari 2017?
A RM4 800
B RM5 760
C RM6 400
D RM6 080
12 Fahmi, pemilik Kedai Perabot Fahmin mengeluarkan sebuah meja dari stok
bernilai RM260 untuk kegunaan pejabat.
Apakah catatan lejar untuk urus niaga tersebut?
A
B
C
D
Koleksi Percubaan SPM 2017
SULIT 6
3756/1
Akaun Kawalan Penghutang Akaun Kawalan Pemiutang
Kredit Debit
Kredit Kredit
Debit Debit
Debit Kredit
13 Akaun Kawalan Pemiutang berikut diambil daripada Kedai Shu Ming Trading.
Akaun Kawalan Pemiutang
RM RM
Dis
31
Bank
Diskaun diterima
Baki h/b
10890
420
2560
Jan 1
Dis
31
Baki b/b
S
2120
11750
Apakah S?
A Belian C Pulangan Belian
B Kontra D Angkutan keluar
14 Manakah catatan berikut menunjukkan catatan kontra dalam Akaun Kawalan?
A
B
C
D
15 Data di bawah diperoleh daripada buku akaun Perniagaan Husaini pada
31 Januari 2017.
RM
Modal 10 200
Belian 6 200
Jualan 9 200
Lengkapan 4 500
Sewa dibayar 3 000
Bank 5 700
Berapakah nilai Imbangan Duga Perniagaan Husaini?
A RM 12 200
B RM 16 400
C RM 19 400
D RM 25 600
16 Manakah pernyataan yang benar mengenai Imbangan Duga?
A Imbangan Duga hanya boleh disediakan pada akhir setiap tempoh
perakaunan
B Ketepatan catatan dalam akaun boleh disemak sepenuhnya menggunakan Imbangan Duga
C Jumlah debit dan kredit yang seimbang tidak semestinya menunjukkan
semua catatan dalam lejar dibuat dengan betul
Koleksi Percubaan SPM 2017
SULIT 7
3756/1
Butir Debit(RM) Kredit(RM)
Pulangan jualan
Hafidz 360
360
Pulangan jualan
Hafidz 54
54
Hafidz
Pulangan jualan 360
360
Hafidz
Pulangan jualan 54
54
D Imbangan Duga ialah sebahagian daripada akaun yang akan dipindahkan ke
Akaun Perdagangan , Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira.
17 Pulangan jualan RM360 oleh Hafidz tersilap catat sebagai RM306 dalam
kedua-dua akaun.
Bagaimanakah kesilapan ini dibetulkan dalam Jurnal Am?
A
B
C
D
18 Manakah antara berikut menunjukkan kesilapan ketara ?
A Belian alat tulis RM80 telah direkodkan ke Akaun Alatan Pejabat.
B Penerimaan diskaun RM200 tidak direkodkan dalam mana-mana buku.
C Bayaran insurans RM170 telah didebitkan ke Buku Tunai dan dikreditkan ke Akaun Insurans.
D Bayaran sewa RM320 telah direkodkan dengan betul dalam Buku Tunai
tetapi direkodkan RM230 dalam Akaun Sewa.
19 Berikut adalah petikan Imbangan Duga Perniagaan Shahidan pada 30 Jun 2017.
Butir Debit
RM Kredit
RM
Kenderaan
60 000
Susut nilai terkumpul kenderaan
3 000
Perniagaan Shahidan telah memperuntukkan susut nilai kenderaan
dengan kadar 20% setahun atas kos.
Berapakah jumlah belanja susut nilai kenderaan bagi tahun berakhir 30 Jun 2017?
A RM 11 400
B RM 12 000
C RM 12 600
D RM 15 000
20 Sewa diterima terdahulu dicatatkan dalam kunci kira-kira sebagai
A Aset Semasa
B Liabiliti Semasa
C Aset Bukan Semasa
D Liabiliti Bukan Semasa
Koleksi Percubaan SPM 2017
SULIT 8
3756/1
21 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kedai Wira pada 31 Disember 2016.
RM
Mesin (kos) 30 000
Susut nilai terkumpul mesin 6 000
Mesin tersebut dijual pada harga RM 25 500 pada 31 Disember 2016, Berapakah untung
atau rugi pelupusan mesin tersebut?
A Rugi pelupusan RM 1 500
B Rugi pelupusan RM 4 500
C Untung pelupusan RM 1 500
D Untung pelupusan RM 4 500
22 Data berikut diperoleh daripada Kedai Jeevan pada 30 Jun 2017.
RM
Stok pada 1 Julai 2016 10 250
Stok pada 30 Jun 2017 9 870
Jualan 45 120
Angkutan keluar 260
Belian 35 170
Pulangan belian 540
Berapakah kos barang untuk dijual?
A RM 35 010
B RM 35 270
C RM 44 880
D RM 45 420
23 Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Naufal pada 30 Jun 2017.
RM
Tunai 1 200
Alatan pejabat 600
Pemiutang 800
Sewa dibayar terdahulu 200
Penghutang 500
Komisen diterima terdahulu 700
Koleksi Percubaan SPM 2017
SULIT 9
3756/1
Berapakah jumlah modal kerja?
A RM 1 000
B RM 1 400
C RM 2 000
D RM 2 400
24 Penyata bank Syarikat Umi menunjukkan baki kredit RM 21 500. Baki ini
berbeza dengan Buku Tunai disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
Cek-cek berjumlah RM 2 800 masih belum dikreditkan oleh pihak bank
Dividen atas pelaburan RM 380 belum direkodkan dalam Buku Tunai
Berapakah baki Buku Tunai?
A RM 18 320
B RM 23 920
C RM 24 050
D RM 24 680
25 Jadual berikut menunjukkan anggaran jualan Perniagaan Arif.
Bulan
Anggaran Jualan
Januari
Februari
Mac
RM 20 000
RM 22 000
RM 18 000
Jualan adalah 70% secara tunai dan 30% secara kredit . Tempoh kredit ialah satu bulan.
Berapakah anggaran tunai yang akan diterima pada bulan Februari?
A RM 18 320
B RM 21 400
C RM 22 000
D RM 28 000
26 Urus niaga manakah direkodkan dalam Akaun Realisasi ?
A Memberi diskaun kepada penghutang
B Menjelaskan belanja pembubaran
C Membayar faedah atas pinjaman
D Pembayaran kepada pemiutang
Koleksi Percubaan SPM 2017
SULIT 10
3756/1
27 Apakah butiran yang direkodkan di sebelah debit dalam akaun semasa pekongsi?
A Gaji pekongsi
B Kongsi Untung
C Faedah Atas Modal
D Faedah Atas Ambilan
28 Maklumat yang berikut dipetik daripada buku Perkongsian Ammar
Imbangan Duga pada 31 Disember 2016 ( petikan)
RM RM
Pinjaman dari Pekongsi A 30 000
Faedah atas pinjaman A 1800
Maklumat tambahan
Kadar faedah atas pinjaman ialah 8% setahun
Antara yang berikut , manakah yang benar tentang catatan bagi faedah atas pinjaman?
Debit RM Kredit RM
A Akaun untung rugi 2400 Akaun Semasa A 1800
B Akaun pengasingan 2400 Akaun Semasa A 2400
C Akaun untung rugi 2400 Akaun Semasa A 600
D Akaun pengasingan 2400 Akaun Semasa A 600
29 Saranya dan Vaani ialah pekongsi dalam firma Perunding SANI yang
membahagikan untung atau rugi mengikut nisbah 2:3
Penyata Pengasingan Untung Rugi firma Perunding SANI bagi tahun
berakhir 31 Julai 2017 adalah seperti berikut:
Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Julai 2017
RM
Untung Bersih 45 600
Tolak Faedah atas Modal
Saranya 3 200
Vaani 4 800
Gaji pekongsi : Vaani 12 000
25 600
Kongsi Untung
Saranya X
Vaani Y
25 600
Koleksi Percubaan SPM 2017
SULIT 11
3756/1
Berapakah kongsi untung yang diterima oleh Vaani?
A RM 10 240
B RM 15 360
C RM 18 240
D RM 27 360
30 Apakah dimaksudkan dengan modal nominal bagi sesebuah syarikat berhad ?
A Modal yang belum dikeluarkan untuk dijual kepada orang ramai
B Modal yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
C Modal yang dikeluarkan untuk dijual kepada orang ramai
D Modal sebenar yang dibayar oleh pemegang saham
31 Maklumat yang berikut berkaitan saham yang dibeli oleh Encik Azam.
Pada 1 Januari 2015, Encik Azam telah membeli 20 000 unit 8% saham
keutamaan RM 2 sesaham. Pada 31 Julai 2015, lembaga pengarah telah
mengistiharkan dividen interim saham keutamaan 5%.
Berapakah dividen akhir?
A RM 5 200 C RM 2 000
B RM 3 200 D RM 1 200
32 Maklumat yang berikut diperoleh daripada Kelab Badminton Suria pada 1 Januari 2016
RM
Alatan Sukan
Tunai
Yuran terdahulu
Stok bulu tangkis
1 650
250
60
36
Berapakah dana terkumpul pada tarikh tersebut?
A RM 1 804 C RM 1 924
B RM 1 876 D RM 1 996
33 Akaun Perdagangan kantin Kelab Riadah Taman Serai Permai menunjukkan untung
berjumlah RM 2 450. Untung tersebut akan dipindahkan ke
A Akaun Yuran
B Akaun Untung Rugi
C Akaun Penerimaan dan Pembayaran
D Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
Koleksi Percubaan SPM 2017
SULIT 12
3756/1
34 Penyata Untung rugi berikut digunakan untuk membantu peniaga yang menyimpan rekod
perniagaan secara tidak sistematik.
Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir ….( petikan)
RM
Modal akhir
( P) Ambilan
(Q) Modal awal
(R) Modal tambahan
Untung bersih
xx
xx
xx
xx
xx
xx
xx
Operasi manakah yang diwakili oleh P,Q dan R?
P Q R
A Tambah Tolak Tolak
B Tolak Tambah Tambah
C Tambah Tolak Tambah
D Tolak Tambah Tolak
35 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Hanisha.
Tarikh Aset
RM Liabiliti
RM 1 Januari 2016
31 Disember 2016
85 000
100 000
25 000
35 000
Berapakah untung atau rugi perniagaan tersebut?
A Untung RM 5 000
B Rugi RM 5 000
C Untung RM 25 000
D Rugi RM 25 000
36 Kilang Kek Murni merupakan pembekal kek dan roti di sekitar bandar Parit Buntar.
Antara yang berikut, manakah kos tetap kilang tersebut?
I Angkutan masuk bahan langsung
II Upah operator pengeluaran
III Susut nilai mesin
IV Sewa kilang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Koleksi Percubaan SPM 2017
SULIT 13
3756/1
37 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Kembar.
RM
Kos buruh langsung
Kos bahan langsung
Kos overhed
Kerja dalam proses awal
Kerja dalam proses akhir
18 700
48 100
51 200
5 010
6 250
Berapakah kos pengeluaran?
A RM 106 740 C RM 119 240
B RM 116 760 D RM 129 260
38 Berapakah margin caruman seunit?
RM
Kos berubah 100 unit 800
Harga jualan seunit 20
Kos tetap 3 000
A RM 36
B RM 28
C RM 12
D RM 8
39 Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Azizul pada 31 Disember 2016.
Stok purata RM 19 000
Untung Kasar RM 42 400
Kadar pusing ganti stok 4 kali
Berapakah kos jualan?
A RM 93 600
B RM 76 000
C RM 61 400
D RM 47 150
Koleksi Percubaan SPM 2017
SULIT 14
3756/1
40 Maklumat berikut berkaitan dengan nisbah semasa dua buah perniagaan.
Nisbah semasa Perniagaan Indah Makmur Enterprise
2:1 3:1
Apakah tafsiran yang betul menggambarkan kedua-dua perniagaan tersebut?
A Makmur Enterprise memperoleh kadar keuntungan kasar lebih tinggi berbanding
Perniagaan Indah
B Kedudukan untung keseluruhan Makmur Enterprise adalah lebih baik berbanding
Perniagaan Indah
C Harga jualan Makmur Enterprise lebih tinggi berbanding harga jualan Perniagaan
Indah
D Kedua dua perniagaan berkemampuan untuk menjelaskan liabiliti semasa
KERTAS SOALAN TAMAT
Koleksi Percubaan SPM 2017
top related