surat pemberitahuan pejabat ... - recruitment.gov.bn · surat pemberitahuan ini hendaklah dibawa...
Post on 30-Jul-2019
239 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 38(b)
Hanya dibukakan bagi pemohon daripada kalangan pegawai dan
kakitangan yang sedang berkhidmat di kementerian / jabatan di mana
kekosongan jawatan diiklankan sahaja.
AHLI BOMBA KANAN (P.3)
JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
==========================================================
Syarat-Syarat Am:
(A) Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam.
(B) Pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan
yang sedang berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam.
(C) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam,
adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan
politik Negara Brunei Darussalam.
(D) Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa di luar waktu bekerja
biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti
awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-
mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.
SURAT PEMBERITAHUAN
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN : IKLAN 48/2018
Surat Pemberitahuan ini hendaklah dibawa kepada pengetahuan serta perhatian semua Pegawai-Pegawai yang layak untuk memohon
Senarai semak sebelum memohon jawatan kosong dalam Bahagian V
Untuk mengelakkan permohonan awda ditolak, sila pastikan maklumat-maklumat berikut
hendaklah lengkap dan di muat naik ke dalam Profil awda sebelum menekan butang ‘Apply’;
Kad pengenalan dan Lesen Memandu (Jika berkenaan).
SIJIL KELULUSAN atau PENGESAHAN JABATAN PEPERIKSAAN sebagaimana yang dikehendaki
oleh Skim Iklan.
Bagi pemohon yang memenuhi syarat pengalaman sahaja, memastikan mempunyai
pengalaman sebagaimana kehendak skim.
√
√
√
Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan pastikan di dalam profil awda
terdapat ruangan “Current Government Employee” / ”Warga Perkhidmatan Awam Negara
Brunei Darussalam”. Jika sekiranya tidak ada, pemohon hendaklah memaklumkan kepada POC
(Kementerian / Jabatan) dan seterusnya POC (Kementerian / Jabatan) akan memaklumkan
kepada POC (SPA).
√
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) Lulus 2 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Lanjutan (‘A’
Level) atau sebanding.
Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
b) Telah berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam sebagai Ahli
Bomba dalam tanggagaji P.2 tidak kurang dari 3 tahun.
2. Telah mengikuti dengan jayanya kursus / Latihan lanjutan kebombaan.
3. Mempunyai lesen memandu kelas 5 yang sah. Ahli Bomba yang tidak
mempunyai lesen memandu kelas 5 tetapi berkhidmat lebih 15 tahun
sebagai Ahli Bomba akan juga dipertimbangkan.
4. Mempunyai Diploma ‘IFE Graduateship’ adalah satu kelebihan.
5. Lulus pemeriksaan kesihatan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan.
6. Lulus Ujian kecergasan Fizikal (BFT), Ujian bertulis dan ujian-ujian yang
ditetapkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal
dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
7. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya
SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
1. JAWATAN : AHLI BOMBA KANAN KEMENTERIAN/JABATAN : JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
BAHAGIAN : V
TANGGAGAJI : P.3 ($750 – $1,070 SEBULAN)
KEKOSONGAN : TIGA (03)
SYARAT-SYARAT KHAS
a) Ahli Bomba Kanan yang dilantik ke jawatan ini adalah dikehendaki
mengikuti Kursus/Latihan Ahli Bomba Kanan.
b) Ahli Bomba Kanan yang dilantik kejawatan ini dikehendaki mengikuti
Kursus/Latihan ‘Pegawai Rendah Bomba’ (Junior Airport Fire Officer)
daripada sebuah Pusat Latihan yang diiktiraf oleh ICAO atau yang
sebanding dengannya.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
1. Melapor diri kepada Timbalan Pegawai Balai.
2. Bertanggungjawab ke atas Ahli Bomba di bawah jagaannya dalam
perkhidmatan menyelamat dan melawan kebakaran dengan sempurna dan
berkesan.
3. Menghadiri dan mengetuai sebarang panggilan kecemasan / kemalangan
termasuk perkhidmatan khas.
4. Memandu dan menyelenggara kereta / jentera bomba.
5. Mengetuai tugas-tugas penjaga bilik kawalan (control room officer).
6. Mengambil alih tugas-tugas Timbalan Pegawai Balai semasa ketiadaannya.
7. Menjalankan apa jua tugas yang diarahkan oleh Ketua Unitnya dari semasa
ke semasa.
top related