surat pemberitahuan pejabat suruhanjaya … documents/arkib iklan/2019/7.julai 2019/ta… · surat...
Post on 22-Oct-2020
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 7(a)
Iklan adalah dibukakan kepada orang ramai dan pegawai-pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Negara
Brunei Darussalam.
PENYUSUN KEGIATAN LUAR (G.14) JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Syarat-Syarat Am: (A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat,
kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau
bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah
mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh tiga (03) tahun kebelakangan.
SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN : IKLAN 48/07/19
-
KELAYAKAN MINIMUM: 1. i) Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pendidikan /
Pendidikan Jasmani / Kesenian dan Kebudayaan / Keagamaan / Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Kejurulatihan / Pentadbiran dan Kewangan atau bidang bersesuaian.
Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pendidikan / Pendidikan Jasmani / Kesenian dan Kebudayaan / Keagamaan / Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Kejurulatihan / Pentadbiran dan Kewangan atau bidang bersesuaian dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 atau sebanding tidak kurang dari 5 tahun.
2. Bagi yang tidak mempunyai kelulusan:
i) Telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 atau sebanding tidak kurang dari 7 tahun.
ATAU
ii) Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan dalam jawatan
bersesuaian dalam tanggagaji C.3 atau sebanding tidak kurang dari 9 tahun.
3. Hendaklah mempunyai Diploma Pendidikan / Sijil Pendidikan / Sijil
Perguruan. Bagi yang tidak mempunyai kelulusan dalam bidang Pendidikan adalah
dikehendaki untuk menjalani latihan dalam bidang pendidikan seperti kursus-kursus Diploma Pendidikan / Post Graduate Diploma in Education
1. PENYUSUN KEGIATAN LUAR JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN G.14 ($2,740 - $3,160 SEBULAN) KEKOSONGAN = SATU (01)
-
/ Master of Teaching dan yang berhubungkait dengan Pendidikan dalam tempoh 3 tahun mulai tarikh dilantik ke jawatan ini.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 1. Merancang, menyelaras, menasihat, membimbing, melatih, membuat
tinjauan dan melaksanakan kegiatan-kegiatan pendidikan kokurikulum.
2. Mengadakan dan menyelaras taklimat / kursus / seminar / bengkel dan seumpamanya bagi maksud memperkembangkan kegiatan-kegiatan pendidikan kokurikulum.
3. Merancang, menyelaras dan menyediakan peruntukkan dan kemudahan bagi perlaksanaan kegiatan-kegiatan pendidikan kokurikulum.
4. Menjadi pegawai penghubung, penyelaras, pemudah cara serta pegawai rujuk kepada pihak sekolah / maktab / pusat tingkatan enam / berhubung dengan penglibatan / penyertaan sekolah / maktab / pusat tingkatan enam / dengan pihak berkenaan (dalam dan luar negara).
5. Menyediakan laporan kegiatan / tahunan kepada Ketua untuk dihadapkan kepada Pengarah.
6. Menyediakan kertas kerja latihan-latihan / kegiatan-kegiatan / aktiviti-aktiviti kokurikulum dan menyampaikannya dengan baik dan berkesan.
7. Meneliti, mengkaji dan menilai serta memperbaiki rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah.
8. Menyediakan statistik-statistik penglibatan pelajar-pelajar di dalam aktiviti-aktiviti peringkat sekolah-sekolah, kluster, daerah, kebangsaan dan antarabangsa.
9. Menerima dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah dan pegawai-pegawai atasan.
-
Senarai semak sebelum memohon jawatan kosong dalam Bahagian II
Sila pastikan maklumat-maklumat berikut hendaklah lengkap dan di muat naik
ke dalam Profil awda sebelum menekan butang ‘Apply’;
Kad pengenalan dan Lesen Memandu (jika berkenaan).
SIJIL Degree (Ijazah Sarjana Muda) serta KELULUSAN TRANSKRIP yang
dikehendaki oleh Skim Iklan dan PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN
(MKPK) bagi kelulusan Institusi Pengajian Swasta dan Institusi dari luar negeri.
Hendaklah ada maklumat bidang kelulusan (‘field’) seperti contoh Business
Administration di ruangan yang tersembunyi dengan menekan tanda “+” disebalah
kiri diruangan Bachelor of Arts. jika sekiranya belum diisikan maklumat bidang
(‘field’), sila tekan tanda “+add” dibawah kelulusan tersebut dan seterusnya menaip
bidang awda seperti contoh Business Administration, Employment Relation dan
sebagainya.
√
√
-
Bagi pemohon yang memenuhi syarat pengalaman sahaja, pastikan mempunyai
pengalaman sepertimana kehendak skim dan seterusnya memastikan SIJIL
Kelulusan Tertinggi yang diperolehi berserta KELULUSAN TRANSCRIPT (jika
berkenaan) dan PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN kelulusan (MKPK) bagi kelulusan
Institusi Pengajian Swasta dan Institusi dari luar neger.
Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, pastikan di dalam profil
awda terdapat ruangan “Current Government Employee”/”Warga Perkhidmatan
Awam Negara Brunei Darussalam”. Jika sekiranya tidak ada, pemohon hendaklah
memaklumkan kepada POC (Kementerian/Jabatan) dan seterusnya POC
(Kementerian /Jabatan) akan memaklumkan kepada POC (SPA).
√
√
top related