tahap pengetahuan pelajar aliran pertanian …€¦ · dan industri berasaskan pertanian,...
Post on 01-Apr-2018
233 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN TERHADAP BIDANG
PEKERJAAN DALAM PERTANIAN
ZAWANI ANIS BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN TERHADAP
BIDANG PEKERJAAN DALAM PERTANIAN
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya ZAWANI ANIS BINTI ISMAIL
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
_____________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
LOT G-30 KG ULU JEMPOL, CIK NUR HUSNA BINTI ABD WAHID
26400, BANDAR JENGKA, Nama Penyelia
PAHANG DARUL MAKMUR .
Tarikh: _____________________ Tarikh:_______________________
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ...................................................
Nama Penyelia : Cik Nur Husna Binti Abd Wahid
Tarikh : ...................................................
TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR ALIRAN PERTANIAN TERHADAP
BIDANG PEKERJAAN DALAM PERTANIAN
ZAWANI ANIS BINTI ISMAIL
Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei 2011
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : ZAWANI ANIS BINTI ISMAIL
Tarikh : ........................................................
iii
DEDIKASI
Buat Abah Dan Mak
Ismail Bin Sulaiman Dan Zaharah Binti Singah
Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai
Terima Kasih Atas Segalanya
Pengorbanan Dan Kepayahan Mendidikku Hingga Menara Gading.
Buat Seisi Keluarga Yang Disayangi
Zarina , Zainita, Zalma , Zalizan, Zainila, Zainila,
Ismarudin, Nasharudin, Mohd Nazri,
Mohd Syazwan, Noor Akinah,
Segala Jasa, Doa Dan Sokongan Kalian
Akan Dikenang Selamanya.
Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan yang Di lakukan Selama Ini...
Buatmu Pembimbing Yang Disanjungi,
Cik Nur Husna Binti Abd Wahid
Bimbingan, Tunjuk Ajar Dan Jasamu Yang Diberikan Tidak Akan Saya Lupai…
Serta Buat Rakan-rakan Seperjuangan SPH
Jasa Baik Kalian Amat Ku Hargainya
Kejayaan Ini Adalah Milik Kita Bersama
Terima Kasih Kepada Semua…
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi syukur pada tuhan yang maha penyayang teramat sekali
rahmat-Nya. Syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka dapatlah
saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dalam jangka masa yang telah
ditetapkan. Seterusnya, penulis ingin mengucapkan jutaan ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada penyelia tesis iaitu Cik Husna Binti Abd wahid atas segala
bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang tidak terhingga kepada penulis menjayakan
projek penyelidikan ini.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia, pihak pengurusan sekolah dan para pelajar yang
terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang baik kepada saya
menyempurnakan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam
memberi teguran, semangat dan perangsang kepada saya dalam menghadapi setiap
cabaran semasa menyiapkan PSM ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha membantu saya
menjayakan projek penyelidikan ini
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan pelajar aliran
pertanian terhadap jenis pekerjaan dalam bidang pertanian. Terdapat 4 objektif kajian
yang akan dikaji oleh pengkaji iaitu untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar
pertanian terhadap jenis pekerjaan dalam bidang pertanian, untuk mengenalpasti
hasrat pelajar pertanian terhadap pemilihan pekerjaan dalam bidang pertanian,
mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan pelajar pertanian berdasarkan ciri
demografi yang terpilih (jantina), dan perbezaan hasrat pelajar terhadap jenis
pekerjaan dalam pertanian berdasarkan ciri demografi yang terpilih
(jantina).Terdapat seramai 93 orang pelajar aliran sains pertanian dipilih sebagai
sampel kajian ini. Borang soal selidik adalah merupakan instrumen kajian yang
mengandungi 93 item mengikut skala likert 5 peringkat. Nilai kebolehpercayaan bagi
setiap bahagian dalam instrument kajian ini adalah melebihi α = 0.6.Cara perolehan
data adalah dengan mencari peratusan, min dan sisihan piawai dengan menganalisis
data menggunakan perisisan Statistical Package forThe Social Sciences (SPSS versi
15.0).Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan pelajar pertanian terhadap bidang pekerjaan dalam pertanian pada tahap
yang sederhana (min, 3.00), tahap pengetahuan pelajar terhadap jenis pekerjaan
dalam pertanian (min, 3.31) dan hasrat pelajar pertanian terhadap pemilihan
pekerjaan dalam bidang pertanian adalah pada tahap yang tinggi (min, 399). Dapatan
kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
tahap pengetahuan pelajar pertanian terhadap jenis pekerjaan dalam bidang
pertanian.
vi
ABSTRACT
The study was conducted to determine the flow of agricultural students'
knowledge of the types work in agriculture. There are 4 research objectives that will
be studied by the researchers is to determine the level of agricultural students'
knowledge of the types jobs in agriculture, agricultural students to identify the intent
of the selection of jobs in agriculture, to identify differences in student knowledge of
agriculture based on selected demographic characteristics (gender), and differences
in students' desire of work in agriculture based on selected demographic
characteristics (gender).There were 86 agriculture students were choose as this
research sample. Questionnaire form was this research instrument which is contained
32 items following the Likert 5 Stage Scale. The reliability value of this research is α
= .6. The method how to get the data was find the percent and all data were analyzed
using SPSS (Statistical Package of Social Science) software version 15.0. Entire
finding for this research shows that level of agricultural students' knowledge of the
domain jobs in agriculture is a moderate (mean, 3.00), the level of agricultural
students' knowledge of the type’s jobs in agriculture is a moderate (mean, 3.31) and
the desire of students to the selection work in agriculture is at a high level (mean,
3.99). The findings also indicated that there was no significant difference between
the levels of agricultural students' knowledge of the types of jobs in agriculture.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1-4
1.2 Latar Belakang Masalah 4-8
1.3 Pernyataan Masalah 8-9
1.4 Objektif Kajian 9-10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10-11
1.7 Skop Kajian 12
1.8 Batasan Kajian 12-13
1.9 Definisi Istilah 13
viii
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Pekerjaan dalam Bidang Pertanian 14-23
2.3 Penglibatan Golongan Muda dalam Bidang 23-26
Pertanian
2.4 Kurikulum Sukatan Pelajaran Pertanian 26-29
2.5 Pemilihan Pekerjaan Dalam Bidang Pertanian 29-31
2.6 Kajian-Kajian Lepas 31-32
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Lokasi Kajian 34
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 35-36
3.5 Instrumen Kajian 36-38
3.6 Prosedur Kajian 39
3.7 Kesahan dan kajian rintis 39-41
3.8 Analisis Data 41
3.9 Ujian t Sampel Tidak Bersandar (T-Test) 42
3.10 Penutup 42
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Bahagian A 44
4.2.1 Taburan Bilangan dan Peratusan 45
Responden Mengikut Jantina
4.2.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan 45
Responden Mengikut Bangsa
4.2.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan 46
Responden Mengikut Sebab Pelajar
Mengikuti Aliran Pertanian Di Sekolah.
ix
4.3 Analisis Bahagian B 46
4.3.1 Taburan Terhadap Bidang 47-50
Pekerjaan dalam Pertanian
4.3.2 Taburan Terhadap Jenis 50-55
Pekerjaan Dalam Pertanian
4.3.3 Taburan Hasrat Pelajar Pertanian 55-56
dalam Pemilihan Pekerjaan
dalam Bidang Pertanian.
4.4 Keputusan Keseluruhan bagi Setiap Aspek 57
Persoalan Kajian
4.5 Ujian T 58
4.5.1 Taburan Terhadap Bidang 58
Pekerjaan dalam Pertanian
4.5.2 Taburan Terhadap Jenis- jenis 58-59
Pekerjaan dalam Pertanian
4.5.3 Taburan Responden Terhadap 59
Hasrat Pelajar Pertanian Terhadap
Pemilihan Pekerjaan dalam
Bidang Pertanian.
4.6 Penutup 60
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Rumusan 62-63
5.3 Perbincangan 64
5.3.1 Tahap Pengetahuan Pelajar 65-68
Terhadap Bidang Pekerjaan Pertanian
5.3.2 Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap 69-72
Jenis Pekerjaan dalam Bidang Pertanian
5.3.3 Hasrat Pelajar Pertanian Terhadap 72-75
Pemilihan Pekerjaan dalam
Bidang Pertanian
5.4 Cadangan 75-78
x
5.5 cadangan kajian lanjutan 78-79
5.6 Penutup 80
BIBLIOGRAFI 81-86
Lampiran A – F 87-98
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Sumbangan Pertanian Kepada Keluaran 2
Dalam Negara Kasar (KDNK), (1970-2010)
1.2 Statistik Guna Tenaga dan Nilai Ditambah 4
Setiap Tenaga Kerja dalam Pertanian
dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010.
1.3 Kekosongan Dalam Sektor Industri Mengikut 8
Piawaian Pengelasan Perindustrian Malaysia,
pada tahun 2010
2.1 Bidang dan Jenis Pekerjaan di dalam Sektor 18
Pertanian di Malaysia
2.2 Perangkaan Utama Tenaga Buruh, Malaysia 23
2.3 Latihan Pertanian Mengikut Agensi,2001-2010. 26
3.1 Nama Sekolah dan Bilangan Pelajar 36
3.2 Instrumen Bahagian A dan B 37
3.3 Skala Likert 38
3.4 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 38
3.5 Nilai Kebolehpercayaan 41
3.6 Analisis Skor Min 41
3.7 Analisis Ujian T Berdasarkan Hipotesis 42
4.1 Taburan Jantina 45
4.2 Taburan Bangsa 45
4.3 Taburan Sebab Mengikuti Aliran Pertanian 46
4.4 Analisis Skor Min 47
4.5 Taburan Bidang Pekerjaan dalam Pertanian 49-50
4.6 Taburan Terhadap Jenis- jenis Pekerjaan 52-54
xii
dalam Pertanian
4.7 Taburan Hasrat Pelajar Pertanian 56
dalam Pemilihan
Pekerjaan dalam Bidang Pertanian.
4.8 Keputusan Keseluruhan bagi Setiap Aspek Kajian 57
4.9 Ujian T bagi perbandingan tahap pengetahuan 58
pelajar pertanian terhadap bidang pekerjaan dalam
berdasarkan jantina
4.10 Ujian T bagi perbandingan tahap pengetahuan 59
pelajar pertanian terhadap bidang
pekerjaan dalam berdasarkan jantina
4.11 Ujian T Bagi Perbandingan Hasrat 59
Pelajar Pertanian Terhadap Pemilihan
Pekerjaan Dalam Bidang Pertanian
Berdasarkan Jantina
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
Graf Bar 2.1 Bilangan penduduk bekerja mengikut 18
pekerjaan1, Malaysia, Q1/2010 dan Q2/2010
xiii
SENARAI SINGKATAN
FAMA = Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
MARDI = Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia
R&D = Penyelidikan dan Pembangunan
RMK-9 = Rancangan Malaysia kesembilan
LKIM = Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia
RRJP3 = Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
DPN = Dasar Pertanian Negara
KDNK = Keluaran Dalam Negara Kasar
SPH = Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran
Hidup
EPRD = Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
JPN = Jabatan Pendidikan Negeri Johor
UTM = Universiti Teknologi Malaysia
KPM = Kementerian Pelajaran Malaysia
SPM = Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS = Statistical Package Of Sciences
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soalan Soal selidik 87-93
B Pengesahan soal selidik 94
C Surat mendapatkan maklumat 95
D Surat Kebenaran Dari Jabatan 96
Pelajaran Negeri Johor
E Surat Kebenaran Dari Kementerian 97
Pelajaran Malaysia Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD)
F Surat Pengesahan Pelajar 98
Fakulti Pendidikan
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sektor Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat tumpuan
dalam perdagangan dunia kerana merupakan pembekal makanan dan sumber bahan
mentah yang utama kepada penduduk dunia. Menurut Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani, kebolehan sesebuah negara memajukan sektor pertanian dalam
negara menunjukkan keupayaan negara tersebut untuk membekalkan makanan yang
mencukupi kepada rakyat.Oleh itu, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat,
Australia dan juga Belanda tidak meminggirkan pembangunan sektor pertanian di
negara mereka, malahan ia dimajukan sebagai satu entiti perniagaan yang berdaya saing
dan menguntungkan (Kementerian Pertanian dan Asas Tani, 2010).
Di Malaysia, sektor pertanian telah menjadi nadi utama pertumbuhan ekonomi
negara sejak merdeka hingga akhir tahun 1970-an, di mana tanaman yang penting adalah
getah, koko dan kelapa sawit.Namun menjelang tahun 1980-an, ekonomi Malaysia telah
beralih arah kepada sektor perindustrian, dan seterusnya kepada sektor pembuatan,
perkhidmatan dan pembinaan yang telah menerajui pertumbuhan ekonomi negara pada
masa kini. Kerajaan Malaysia juga tetap memberi perhatian yang sepenuhnya kepada
sektor pertanian kerana sektor ini telah memainkan peranan penting dalam memastikan
sekuriti makanan, peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi dan juga sumber rizab
wang asing kepada negara (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2010).
Sektor pertanian juga telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi
Malaysia di dalam era selepas merdeka dengan sumbangan kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) sebanyak (46.0%) pada tahun 1957. Pada masa tersebut, aktiviti
ekonomi penduduk lebih tertumpu kepada pertanian dan perlombongan. Sehubungan
dengan itu, kerajaan telah melaksanakan Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1)
(1984-1991) pada tahun 1984 dengan memberi penekanan kepada dasar expansionary
mengutamakan tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko dan Dasar Pertanian
Kedua (DPN2) (1992-1998) yang mana telah membawa kepada pembaharuan dari segi
memajukan industri asas tani, serta Dasar Pertanian Negara ketiga (DPN3) (1998-2010)
pada tahun 1998 yang mana menentukan halatuju pembangunan sektor pertanian negara.
Hasil daripada perlaksanaan ketiga-tiga Dasar Pertanian tersebut, sumbangan
sektor pertanian kepada KDNK Negara telah bertambah kepada RM27.518 juta iaitu
sebanyak (7.8%) pada tahun 2010 (Jadual 1.1).
Jadual 1.1: Sumbangan Pertanian Kepada Keluaran dalam Negara Kasar
(KDNK), (1970-2010)
(KDNK), (1970-2010)
Tahun
RM (Juta) Peratus (%)
1970* 3.797 30.8
1980** 10.190 22.8
1990*** 17.308 15.2
2000*** 18.662 8.9
2005**** 21.585 8.2
2010**** 27.518 7.8
(Sumber: Dasar Pertanian Negara, 2010)
Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) yang telah dibentangkan pada 10
Jun 2010 adalah merupakan pelan rancangan pembangunan sosio-ekonomi negara yang
dizahirkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai asas kepada Model Baru Ekonomi
(MBE). Pendekatan utama peralihan kepada ekonomi berpendapatan tinggi adalah
strategi berteraskan pengkhususan, di mana tumpuan diberikan kepada 12 bidang
ekonomi utama negara (NKEA) yang berpotensi untuk menjana pendapatan tinggi,salah
satu bidang yang diperlukan ialah sektor pertanian yang mempunyai nilah tambah yang
tinggi kepada negara. Kepakaran dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
penting dalam meningkatkan sektor pertanian dalam negara.
Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi dalam pertanian dapat
meningkatkan pengeluaran pertanian dengan baik dan dapat membantu meningkatkan
jumlah pengeluaran makanan domestik negara yang semakin tinggi. Para petani moden
juga digalakkan memanfaatkan sepenuhnya kegunaan teknologi moden dalam pertanian
(Utusan Malaysia, 2008).
Penggunaan teknologi moden yang lebih meluas juga dapat meningkatkan
pengeluaran produk pertanian yang berkualiti dan mempunyai nilai tambah yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, sektor pertanian moden seperti bidang kejuruteraan
bioteknologi dan kepakaran dalam pelbagai bidang biologi molekul, kejuruteraan
genetik, diagnostik, teknologi bioreactor, proteomik fungsian, dan biokeselamatan dapat
menjana teknologi terkini dalam sektor pertanian (Institusi Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia, 2010).
Sektor pertanian ini telah menjadi nadi utama kepada negara dalam penggunaan
pelbagai teknologi baru, dan sentiasa meningkat dalam produktiviti hasil pertanian.
Peluang pekerjaan dalam bidang pertanian juga sentiasa terbuka luas terutama kepada
masyarakat yang masih mencari pekerjaan. Pembabitan golongan muda dalam bidang
pertanian ini amat digalakkan dan menjadikan bidang ini sebagai satu kerjaya kepada
mereka supaya dapat meransang sektor pertanian ke arah yang lebih moden, positif dan
dinamik (Utusan Malaysia, 2008).
Justeru itu, penglibatan golongan muda dalam bidang pertanian sekurang-
kurangnya dapat mengurangkan masalah kebergantungan kepada pekerja asing yang
telah dibawa masuk seramai 19,343 orang, diantara tahun 2001-2003 untuk bekerja
dalam sektor pertanian dan juga boleh menggantikan kudrat golongan tua untuk
meneruskan aktiviti pertanian ini. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh
Kementerian Pertanian pada tahun 2002/2003, 39% daripada petani yang ditemubual
berumur lebih dari 55 tahun (Noorzihan, 2004).
Jadual 1.2: Statistik Guna Tenaga dan Nilai Ditambah Setiap Tenaga Kerja dalam
Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian, 2000-2010.
Guna tenaga
2000
2005
2010
Kadar pertumbuhan purata
( % )
RMKe-8
Sasaran
Pencapaian
Sasaran
RMKe-
9
Guna tenaga
pertanian
Bilangan ( „000 )
% daripada jumlah
guna tenaga.
Nilai Ditambah
Setiap Tenaga
Kerja. (RM pada
harga 1987)
1,423.0
15.3
13,115
1,405.7
13.3
15,572
1,328.8
10.9
21,299
-1.4
4.5
-0.2
3.7
-1.2
6.2
Guna Tenaga
Industri
Berasaskan
Pertanian
Bilangan ( „000
)% daripada
jumlah guna
tenaga
Nilai Ditambah
Setiap Tenaga
Kerja. (RM pada
844.0
9.1
16,107
981.9
9.1
17,002
1110.2
9.3
19,688
3.1
1.1
2.5
3.0
harga 1987)
Jumlah pertanian
dan industri
berasaskan
pertanian
2,267 2,387.6 2,434.0 1.0 0.4
(Sumber: Jabatan Perangkaan dan Unit Perancang Ekonomi)
Berdasarkan jadual 1.2, menunjukkan guna tenaga dan nilai ditambah setiap
tenaga kerja dalam sektor pertanian di Malaysia. Pada tahun 2000, jumlah tenaga kerja
adalah seramai 1423 ribu orang, manakala pada tahun 2005 seramai 1405.7 ribu dan
pada tahun 2010 seramai 1328.8 ribu, telah menurun kerana penglibatan golongan muda
dalam sektor pertanian kurang dan mereka tidak berminat untuk bekerja dalam bidang
pertanian ini. Tetapi, guna tenaga industri berasaskan pertanian telah meningkat
sebanyak 0.2% kerana permintaan yang tinggi untuk menceburi bidang pertanian
tersebut.
1.2 Latar Belakang Masalah
Tumpuan penuh yang diberikan oleh kerajaan kepada sektor pertanian pada masa
sekarang menjadi petanda bahawa kerajaan begitu serius dan mengharapkan kemajuan
yang boleh dibawa oleh sektor ini kepada negara. Sektor pertanian ini juga tidak
mungkin pupus dan semakin berkembang dengan adanya pelbagai teknologi moden
yang baru digunakan.Walaubagaimanapun, kemajuan sektor pertanian ini bergantung
kepada golongan muda atau beliatani sebagai penggerak dan peneraju utama dalam
bidang pertanian.Golongan muda yang produktif, kreatif, imaginatif serta mempunyai
daya saing tinggi amat diharapkan di dalam komuniti tani negara Malaysia (Norsida,
2007).
Menurut Azrina (2006), masyarakat juga perlu disedarkan bahawa bidang
pertanian mempunyai faedah yang sangat tinggi. Ini kerana, masyarakat masih memberi
pandangan yang negatif kepada bidang pertanian dan merupakan satu bidang kerjaya
yang rendah. Pendidikan boleh digunakan sebagai alat untuk mengubah imej bidang
pertanian yang sering dikaitkan dengan kemiskinan. Sebagai perbandingan, di Filipina,
matapelajaran pertanian telah diajar sejak dibangku sekolah lagi.Melalui pembelajaran,
pelajar-pelajar didedahkan dengan kepentingan pertanian.
Kewujudan pendidikan pertanian di sekolah menjadi tapak penyediaan sumber
tenaga manusia dalam sektor pertanian yang kemudiannya akan diteruskan oleh pusat
pengajian tinggi dalam melahirkan golongan profesional dan teknokrat dalam bidang
pertanian. Hal ini sejajar dengan dasar pertanian negara yang mahukan
penggembelengan sumber-sumber negara secara cekap dan berkesan.Kursus yang
ditawarkan oleh sekolah-sekolah berkaitan dengan pendidikan adalah seperti sains
pertanian,teknikal pertanian dan vokasional pertanian. Pelajar ini akan didedahkan
dalam bidang kerjaya pertanian, maka peluang untuk mendapat pekerjaan dan
melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi dapat ditingkatkan di kalangan pelajar. Hal ini
selanjutnya akan mengurangkan masalah pengangguran yang semakin tenat dalam
negara kita (Jabatan Pendidikan Teknikal, 2006)
Dengan ini, pendidikan teknik dan vokasional dalam aliran pertanian amat
penting untuk melahirkan tenaga pekerja teknikal dan vokasional iaitu lebih kepada
kumpulan mahir dan separa mahir dalam sektor pekerjaan pertanian di Malaysia yang
menjadi pemangkin menjelang tahun 2020. Justeru itu, negara memerlukan tenaga kerja
yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berkompetensi, terlatih dan bermotivasi,
mudah memahami perubahan dan mempunyai nilai-nilai yang jelas (Ahamad, 2003).
Menurut Ramlee (1999), pendidikan vokasional secara umumnya boleh
ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran
teknikal untuk melahirkan guna tenaga mahir dan separa mahir. Ini juga untuk
melahirkan pekerja yang mahir dalam bidang pertanian dan dapat meningkatkan
produktiviti hasil pertanian negara.
Justeru itu, Kerajaan Malaysia melalui program pembangunan juga tidak pernah
terlupa untuk merangka agenda mengenai pendidikan ke arah pertanian di dalam setiap
dasar dan tindakan yang dirancangnya. Peluang-peluang untuk menceburi dalam bidang
pertanian sentiasa terbuka kepada golongan muda dan sokongan dari berbagai aspek
sentiasa diberikan untuk memastikan kejayaan di dalam sektor pertanian yang mereka
ceburi (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2010).
Dengan ini, pelbagai bidang pekerjaan pertanian yang boleh diceburi kepada
pelajar pertanian untuk meningkatkan nilai tambah pertanian seperti bidang penternakan,
hortikultur hiasan, perikanan, peladangan, nanoteknologi, akuakultur, agronomi,
patologi tumbuhan, keusahawanan teknologi pertanian dan sebagainya. Di Malaysia,
bidang pertanian sangat luas dan boleh diceburi oleh golongan muda untuk menceburi
bidang pertanian ini. Sebagai contoh, peluang pekerjaan dalam sektor perladangan
adalah banyak seperti di ladang kelapa sawit di Sabah (Utusan Online, 2010).
Bidang pertanian ini juga dilihat dapat mengurangkan masalah pengangguran
dan masalah rakyat yang miskin. Ini jelas dengan laporan yang dikeluarkan oleh
Kementerian dan Industri Asas Tani Malaysia yang menunjukkan bahawa bidang
pertanian ini adalah salah satu jentera kepada pendapatan negara. Rakyat Malaysia
seharusnya sedar bahawa peluang ini perlu diambil dan berhenti dengan sifat bermalasan
dalam bekerja yang hanya memikirkan bahawa “kerja makan gaji” sudah cukup untuk
mereka dan yang terbaik bagi mereka (Mohd Dzulfadli, 2008).
Selain itu juga, sektor pertanian di Malaysia mempunyai persaingan dengan
sektor industri yang lain dalam menyediakan lapangan pekerjaan kepada golongan
muda. Penghijrahan tenaga buruh dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini
mengakibatkan kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian. Malah, bilangan ladang di
Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh turut meningkat dari
tahun demi tahun (Jackof All Trades, 2007).
Jadual 1.3: Kekosongan dalam Sektor Industri Mengikut Piawaian Pengelasan
Perindustrian Malaysia, pada tahun 2010.
SEKTOR INDUSTRI TAHUN 2010
Bilangan Peratus ( % )
Pertanian, perburuan dan perhutanan 185,271 22.3
perikanan 2,833 0.3
Perlombongan dan kuari 861 0.1
Pembuatan 348,302 41.9
Bekalan elektrik, gas dan air 2,227 0.3
Pembinaan 129,586 15.6
Perdagangan, jual borong, jual runcit. 26,315 3.2
Hotel dan restoran 41,641 5.0
Pengangkutan, penyimpanan, dan
komunikasi
8,287 1.0
Kewangan 11,564 1.4
(Sumber: Jabatan Tenaga Kerja (JCS/ELX), Kementerian Sumber Manusia)
Kekosongan dalam sektor industri mengikut piawaian pengelasan perindustrian
pada tahun 2010, menunjukkan bidang industri pertanian, perburuan dan perhutanan
adalah bilangan yang paling tinggi berbanding dengan industri yang lain, selain industri
pembuatan. Hal ini kerana, kekurangan penglibatan golongan muda dalam
membangunkan industri pertanian kerana masih beranggapan bahawa bidang pertanian
adalah satu bidang yang kotor dan kurang pengetahuan kepada bidang pertanian.
Industri lain seperti hotel dan restoran, kewangan, dan perdagangan telah mendapat
sambutan yang tinggi kepada golongan muda.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah di atas, pengkaji mendapati bidang pertanian
ini harus dipertingkatkan lagi dengan lebih baik khususnya kepada pelajar sekolah yang
mengambil matapelajaran aliran pertanian kerana terdapat pelbagai peluang pekerjaan
kepada mereka di dalam sektor pertanian di Malaysia. Pelajar ini juga terdiri daripada
tenaga mahir dan separuh mahir dalam sesuatu pekerjaan yang akan diceburi kelak.
Pekerjaan dalam pertanian ini, sama pentingnya dengan doktor, guru dan pentadbir yang
juga memainkan fungsi memenuhi keperluan kehidupan manusia (Berita Harian, 2008)
Pelajar yang ingin bekerja di dalam sektor pertanian ini juga harus memerlukan
minat yang mendalam dalam bidang pertanian dan pengetahuan dalam bidang pertanian.
Selain itu, guru-guru juga harus memberi pendedahan awal kepada para pelajar yang
mempelajari mtapelajaran pertanian ini dengan prospek kerjaya pertanian di Malaysia.
Sebagai contoh, sains pertanian, prospek kerjaya sebagai juruteknik pertanian,
juruteknik lanskap, operator jentera ladang, pegawai penyelidik, pegawai pertanian,
pegawai pengembangan, pembantu veteriner, pegawai/doktor veteriner, pegawai
pemasaran dan lain-lain kerja berkaitan aktiviti pertanian (Portal Akademik Pendidikan
Teknik dan Vokasional, 2010).
Oleh yang demikian kajian ini akan menumpukan kepada 2 aspek yang berkaitan
dengan tahap pengetahuan pelajar terhadap bidang pekerjaan pertanian di Malaysia.
Aspek yang akan dikaji ialah pengetahuan pelajar terhadap jenis pekerjaan pertanian dan
hasrat pelajar pertanian dalam pemilihan pekerjaan dalam bidang pertanian.
1.4 Objektif Kajian
Objektif umum kajian ini ialah untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar
pertanian terhadap bidang pekerjaan pertanian di Malaysia. Secara khususnya kajian ini
bertujuan:
1.4.1 Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar pertanian terhadap jenis
pekerjaan di dalam bidang pertanian.
1.4.2 Untuk mengenalpasti hasrat pelajar pertanian terhadap pemilihan pekerjaan
dalam bidang pertanian.
1.4.3 Untuk mengenalpasti perbezaan signifikan terhadap tahap pengetahuan pelajar
pertanian kepada jenis pekerjaan di dalam bidang pertanian terhadap aspek demografi
yang terpilih (jantina).
1.4.4 Untuk mengenalpasti perbezaan signifikan terhadap hasrat pelajar pertanian
kepada pemilihan pekerjaan dalam bidang pertanian terhadap aspek demografi yang
terpilih (jantina).
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan utama ialah:
1.5.1 Apakah tahap pengetahuan pelajar pertanian terhadap jenis pekerjaan di dalam
bidang pertanian?
1.5.2 Apakah hasrat pelajar pertanian terhadap pemilihan pekerjaan dalam bidang
pertanian?
1.5.3 Apakah perbezaan signifikan terhadap tahap pengetahuan pelajar pertanian
kepada jenis pekerjaan di dalam bidang pertanian terhadap aspek demografi yang
terpilih?
1.5.4 Apakah perbezaan signifikan terhadap hasrat pelajar pertanian kepada
pemilihan pekerjaan dalam bidang pertanian terhadap aspek demografi yang terpilih?
top related