tahap penguasaan kemahiran membina inferens, hipotesis … · tahap penguasaan kemahiran membina...
Post on 03-Mar-2019
250 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBINA INFERENS,
HIPOTESIS DAN PEMBOLEH UBAH DI KALANGAN PELAJAR
TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN
AZLINA BINTI MOHD FADZIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBINA INFERENS,
HIPOTESIS DAN PEMBOLEH UBAH DI KALANGAN PELAJAR
TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN
AZLINA BINTI MOHD FADZIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2004
ii
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat ayahbonda tersayang
Ayahanda Mohd Fadzil Mohd Elah dan Bonda Kassih Saliman
Segala kasih sayang, pengorbanan dan doamu
Mengiringi setiap langkahku untuk terus berjaya
Untukmu nenda yang dirindui
Hjh. Karminah @ Juminah Marmin (Opah), Saliman Abdul Samad (Opah Besar)
& Dara Abdullah (Nek Ara)
Kasih dan doamu tak bertepi menjadi sumber inspirasi ku
Buat aruah Bak Tok dan Mak Wa
Moga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya
Untuk keluarga tercinta
Apit, Ujang, Mak Su, Mak Andak, Pak Uda dan seisi keluarga
Segala jasa, doa dan sokongan kalian akan ku kenang selamanya
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur di atas rahmat dan limpah kurnia-Nya, selawat dan salam
ke atas Rasul junjungan. Berkat belas ihsan dari-Nya maka dikurniakan kudrat untuk
menyempurnakan projek penyelidikan ini. Syukur tidak terhingga di atas segala
pinjaman dan kurniaan dari-Nya.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Meor Ibrahim B.
Kamaruddin selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini. Bimbingan dan nasihat beliau
telah banyak membantu dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
Ribuan terima kasih di atas kerjasama En. Johari B. Hassan dan En. Mohd Fadzli
B. Ali kerana membenarkan mengedarkan borang seoal selidik kepada anak didik beliau.
Tidak dilupakan kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak
memberi dorongan untuk meneruskan cita-cita ini. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja
yang dapat membalas jasa baik kalian.
v
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan
kemahiran proses sains. Kemahiran proses sains yang diuji ialah kemahiran membina
inferens, hipotesis dan pemboleh ubah. Kajian melibatkan 75 orang pelajar tahun satu
yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains), (Kimia)
dan (Fizik). Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik Ujian Penilaian Tahap
Kemahiran Proses Sains (UPTKPS) yang mengandugi 25 soalan subjektif. Data yang
diperolehi dianalisis menggunakan Microsoft Excel. Data dianalisis dalam bentuk
peratusan yang kemudiannya dikelaskan kepada 5 ketegori tahap pencapaian. Hasil
kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran membina inferens dan kemahiran
membina pemboleh ubah berada di tahap yang lemah. Manakala kemahiran membina
hipotesis pula berada di tahap sederhana. Diharapkan kajian ini dapat memberikan
maklumat kepada pihak Fakulti Pendidikan, tentang pengetahuan sedia ada para pelajar
tahun satu, supaya langkah sewajarnya dapat diambil untuk menigkatkan tahap
penguasaan kemahiran proses sains para pelajar tersebut.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine the level of science process skill among
first year students. The science process skills that were determined were constructing
inferences and hypothesis and controlling variables. This study involved a sample of 75
first year students of Bachelor in Science and Education (Science), (Chemistry) and
(Physic) courses. A set of questionnaire, about testing appraisal levels of science
process skill (UPTKPS) which consists of 25 open-ended questions were distributed to
the students. The data were analysed in terms of percentage by using Microsoft Excel
and classified into five categories of achievement levels. Finding of this study shows
that the ability of students’ skills in constructing inferences and hypothesis and
controlling variables are at the poor level. Whereas, skill in constructing hypothesis are
at the moderate level. It is hoped that the finding of this study could contribute to
improving the level of knowledge and skills of science process of the first year students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Halaman Judul i
Akuan Penulis ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Daftar Isi Kandungan vii
Senarai Jadual x
Senarai Singkatan xi
Senarai Lampiran xii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Istilah 9
1.9.1 Pelajar Tahun Satu 9
1.9.2 Kemahiran Proses Sains 10
1.9.2.1 Kemahiran Membina Inferens 10
1.9.2.2 Kemahiran Membina Hipotesis 10
1.9.2.3 Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah 11
1.10 Rumusan 11
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Kemahiran Proses Sains 14
2.3 Kajian Lepas Yang Berkaitan Dengan
Kemahiran Proses Sains 18
2.4 Rumusan 21
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Populasi Kajian 23
3.3 Sampel Kajian 23
3.4 Instrumen Kajian 24
3.4.1 Bahagian A 24
3.4.2 Bahagian B 24
3.5 Prosedur Kajian 25
3.6 Analisis Data 26
3.7 Rumusan 28
ix
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 29
4.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains 30
4.3 Pencapaian Setiap Kemahiran Proses Sains 30
4.3.1 Tahap Penguasaan Pelajar-Pelajar Tahun Satu
Mengenai Kemahiran Membina Inferens,
Kemahiran Membina Hipoteses Dan
Kemahiran Membina Pemboleh Ubah 31
4.3.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Membina
Inferens, Hipotesis, Dan Pemboleh Ubah
Merentasi Keputusan Peperiksaan SPM
Bagi Subjek Sains 32
4.4 Ringkasan 34
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 35
5.2 Perbincangan 35
5.2.1 Pencapaian Kemahiran Proses Sains 36
5.2.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Membina Inferens 38
5.2.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Membina Hipotesis 39
5.2.4 Tahap Penguasaan Kemahiran
Membina Pemboleh Ubah 40
5.3 Rumusan 41
5.4 Cadangan 41
5.4.1 Cadangan Tindakan 42
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 42
5.5 Ringkasan 43
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 45
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Nombor Item Bagi Kemahiran Proses Yang Diuji 25
3.2 Pemeringkatan Aras Dan Tahap Penguasaan 27
4.1 Tahap Penguasaan KPS Secara Keseluruhan 30
4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Penguasaan Dalam
Kemahirran Membina Inferens, Kemahiran Membina
Hipotesis Dan Kemahiran Membina Pemboleh Ubah 31
4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Penguasaan Dalam
Kemahirran Membina Inferens, Hipotesis Dan Pemboleh
Ubah Merentasi Keputusan Peperiksaan SPM Bagi Subjek Fizik 32
4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Penguasaan Dalam
Kemahirran Membina Inferens, Hipotesis Dan Pemboleh
Ubah Merentasi Keputusan Peperiksaan SPM Bagi Subjek Kimia 33
5.1 Tahap Pencapaian bagi Setiap Proses Yang Dikaji 37
5.2 Taburan Pencapaian Responden Berdasarkan
Kemahiran membina Inferens 38
5.3 Taburan Pencapaian Responden Berdasarkan
Kemahiran Membina Hipotesis 39
5.4 Taburan Pencapaian Responden Berdasarkan
Kemahiran Membina Pemboleh Ubah 40
xi
SENARAI SINGKATAN
SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KPS - Kemahiran Proses Sains
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PKBS - Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
UPKPS - Ujian Penilaian Kemahiran Proses Sains
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 49
B Skema Jawapan Dan Permarkahan 57
1
BAB I
PENGENALAN 1.1 Pendahuluan
Tun Dr. Mahathir Muhammad telah menyuarakan tentang wawasan 2020 di
dalam persidangan pertama Majlis Perdangan Malaysia pada 28 Februari 1991. Dalam
ucapan beliau berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian dan
mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 (Shahril@Charil dan Habib, 1999).
Bagi mencapai taraf negara maju yang dibentuk mengikut acuan sendiri maka sembilan
cabaran Wawasan 2020 harus diharungi. Cabaran yang ke enam di dalam Wawasan
2020, menyatakan tentang pembentukan masyarakat saintifik yang progresif, inovatif
dan berpandangan jauh. Ini bermakna negara Malaysia sedang menuju ke arah
pembentukan sebuah masyarakat yang celik sains. Pembentukan masyarakat saintifik
ini juga diharapkan akan menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains
pada masa hadapan (Kerajaan Malaysia, 1991 dalam Shahril @ Charil dan Habib, 1999)
Selaras dengan itu sektor pendidikan yang memainkan peranan penting sebagai
pembentuk masyarakat masa depan, telah memasukkan unsur-unsur sains dan teknologi
di dalam kurikulum di sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi. Di dalam Dasar
Pendidikan Negara seperti mana yang termaktub dalam Ordinan 1957, juga bermatlamat
mewujudkan sebuah masyarakat yang berorentasikan sains dan teknologi moden
(Abdullah Sani, 2003). Sektor pendidikan juga berperanan untuk mewujudkan
masyarakat yang peka kepada sains dan teknologi, bukan sahaja menjadi pengguna sains
2
dan teknologi tetapi juga tahu membuat inovasi dan perubahan kepada teknologi yang
ada untuk diperkenalkan kepasaran tempatan dan antarabangsa (Shahril@Charil dan
Habib, 1999).
Oleh itu, untuk memajukan bidang sains dan teknologi, dalam Rancangan
Rangka Jangka Panjang 2 (RRJP2), kerajaan akan terus meningkatkan pelaburan dalam
bidang pendidikan sains dan teknologi. Perhatian juga ditumpukan kepada penyusunan
semula sistem pendidikan sains dan teknologi bagi memupuk daya cipta di kalangan
genersi muda (Kerajaan Malaysia, 1991 dalam Shahril @ Charil dan Habib, 1999)
Melalui pendidikan, para pelajar dapat diberikan pendedahan dan peluang untuk
menyiasat tentang sains setiap masa. Oleh itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
berusaha memastikan sains memainkan peranan yang penting dalam pembangunan
potensi manusia ke arah pembangunan negara Malaysia yang maju. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menyarankan agar unsur sains dan teknologi diterapkan ke
dalam semua mata pelajaran di semua peringkat sekolah dengan nisbah kemasukkan
pelajar-pelajar ke dalam aliran sains dan aliran sastera adalah 60:40 menjelang tahun
2000 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1995).
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Kamariah et al.(1996), bagi mendapatkan
sumber tenaga yang lebih saintifik, progresif dan inovatif serta masyarakat yang celik
sains maka, penekanan yang lebih kepada mata pelajaran sains perlu dilakukan untuk
menagani abad sains dan teknologi ini. Oleh itu, mata pelajaran sains diwajibkan di
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kurikulum Sains KBSM
menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang sains kepada para pelajar.
Kurikulum Sains KBSM juga, memberikan penekanan yang jelas terhadap
penguasaaan kemahiran saintifik (KS) iaitu kemahiran proses sains (KPS) dan
kemahiran manipulatif melalui aktiviti-aktiviti amali. Kemahiran proses yang
3
dimaksudkan melibatkan pemikiran secara sistematik, objektif, kreatif, kritis, analitis
dan rasional. Kemahiran proses sains, memberikan tumpuan terhadap proses-proses
berikut :
1. Mengenal pasti masalah
2. Membina dan menguji hipotesis
3. Mereka bentuk dan menjalankan kajian
4. Membuat pemerhatian
5. Membuat pengukuran secara sistematik dengan mengunakan cara yang betul
6. Merekod pemerhatian dan pengukuran
7. Membuat pengelasan
8. Membuat inferens
9. Membuat kesimpulan
10. Membuat ramalan
11. Membuat laporan mengenai segala yang diperolehi semasa melakukan kajian
atau penyelidikan.
12. Berkomunikasi sama ada secara lisan atau tulisan, dengan menggunakan
nahu dan laras bahasa yang sesuai dengan aras pelajar, (Abu Hassan, 1998)
1.2 Latar Belakang Masalah
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah mula diperkenalkan di sekolah
pada tahun 1983. Pada ketika itu, mata pelajaran sains, sejarah, geografi, kesihatan dan
sivik digabungkan menjadi satu mata pelajaran yang diberi nama alam dan manusia
telah dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah rendah pada tahun 1988. Mata
pelajaran sains telah menggantikan mata pelajaran alam dan manusia di sekolah rendah
pada sesi persekolahan 1994/95, dengan tujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap
4
mata pelajaran sains dalam usaha menyediakan pengetahuan dan kemahiran sains
apabila mereka memasuki sekolah menengah. Sebagai lanjutan kepada KBSR
Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan KBSM pada tahun 1989. Mata
pelajaran sains dalam KBSM bertujuan membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran sains, mengembangkan daya pemikiran saintifik serta memberi penekanan
kepada kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif (Tamby Subahan, 1999)
Setelah hampir 15 tahun Kurikulum Sains KBSM mewarnai arena pendidikan
negara, didapati bahawa tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran proses sains
masih lagi di tahap sederhana. Berikutan dari laporan keputusan peperiksaan SPM
2003, didapati bahawa para pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang tepat bagi
soalan yang menguji konstrak kemahiran proses sains seperti membuat hipotesis,
membuat inferens dan juga keliru dengan pemboleh ubah serta tidak dapat membuat
hubungkait antara pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bebas (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2004). Begitu juga dapatan kajian-kajian lepas yang berkaitan
dengan pegujian tahap peguasaan kemahiran proses sains seperti kajian Samini (1986),
Tan (1991) dan Kamariah (1996), mendapati bahawa tahap penguasaan pelajar masih
lagi ditahap yang tidak boleh dibanggakan.
Penguasaan kemahiran proses sains merupakan asas bagi membolehkan sains
lebih mudah didekati dan disukai oleh semua pelajar, dan kemahiran-kemahiran yang
mereka kuasai dapat digunakan bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah dalam
pembelajaran sains tetapi juga dalam menyelesikan masalah kehidupan seharian
(Poh,1997). Dalam komponen sains sendiri menyatakan, bahawa sains sebagai proses
dan dari proses sains maka timbulnya komponen sains yang kedua iaitu sains sebagai
hasil dan dari hasil inilah timbulnya sikap-sikap sains. Dari komponen sains ini, dapat
dilihat betapa pentingnya penguasaan kemahiran proses sains untuk menguasai
komponen-komponen sains yang lain melalui penyiasatan sains. Menurut Hajira dan
5
Ong (2000), dalam penyiasatan sains, kemahiran-kemahiran proses sains serta
kemahiran manipulatif digunakan untuk membina pengetahuan yang baru. Oleh kerana
itu kemahiran proses sains merupakan suatu kemahiran yang penting dan harus dikuasai
oleh para pelajar khususnya pelajar yang mengikuti aliran sains serta pelajar-pelajar lain
amnya.
Oleh kerana kemahiran proses sains merupakan suatu pegetahuan asas yang
penting yang harus dikuasai oleh setiap pelajar, maka kajian ini merupakan salah satu
usaha untuk mendapatkan maklum balas terhadap tahap penguasaan kemahiran proses
sains pelajar tahun satu yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan Sains (SPN), Pendidikan Fizik (SPF) dan Pendidikan Kimia (SPC).
Pengetahuan asas seperti kemahiran proses ini penting kepada pelajar tahun satu kerana
ia dapat membantu mereka ketika melakukan amali dan pembelajaran sains yang lain,
kerana menurut Asubel (1968) dalam Tamby Subahan (1999) menyatakan bahawa
semakin banyak pengetahuan latar belakang seseorang individu dalam sesuatu disiplin
tertentu dan makin stabil pengetahun itu, makin lebih berjaya dia dalam pembelajaran
bahan yang berkaitan.
1.3 Penyataan Masalah
Laporan Prestasi SPM 2003, memberikan usul atau cadangan untuk menangani
kelemahan para pelajar terhadap penguasaan kemahiran proses sains iaitu guru-guru
sains diminta agar dapat memastikan para pelajar melaksanakan semua langkah
penyiasatan saintifik melalui kerja amali supaya mereka dapat menguasai semua
kemahiran proses sains dengan lebih berkesan. Tetapi, lumrahnya seorang guru
menegaskan pengetahuan konten adalah lebih penting manakala seorang guru yang lebih
6
memihak kepada proses pula lebih membincangkan apa yang berlaku di dalam sesuatu
eksperimen daripada mengajar pelajar mempraktikkannya (Nott & Smith, 1995 dalam
Hajira Bee & Ong, 2000).
Oleh kerana itu, pandangan dan sikap guru sains akan mempengaruhi cara sains
disampaikan kepada para pelajar (Hajira Bee & Ong, 2000). Justeru itu, kajian ini
merupakan suatu usaha untuk melihat tahap penguasaan proses sains para pelajar tahun
satu, agar para pelajar ini mempunyai kemahiran proses sains yang mantap sebagai
persediaan sebelum mereka menjadi warga pendidik. Diharapkan dengan kemahiran
proses sains yang mantap, para pelajar tahun satu yang merupakan bakal guru ini dapat
menyampaikan ilmu sains melalui penyiasatan sains bukan sekadar menekankan
pengetahuan konten sahaja bahkan dapat mengaplikasikan kemahiran proses sains yang
telah dikuasai, apabila mereka mengajar di sekolah kelak. Dengan tahap penguasaan
yang sangat baik di dalam kemahiran proses sains juga, dapat membantu para pelajar ini
mendalami ilmu sains melalui latihan amali dan mengaplikasikan teori-teori yang
dipelajari di sepanjang pengajian mereka.
Kemahiran proses sains adalah penting kepada pelajar tahun satu di Fakulti
Pendidikan kerana kemahiran proses sains merupakan asas kepada pendekatan inkuiri
penemuan (Gagne,1985 dalam Fauziah,1999). Oleh kerana itu mereka memerlukan
kemahiran ini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti amali dan mengaplikasikan teori
sepanjang pengajian mereka di sini. Untuk jangka masa panjang, pelajar ini juga bakal
menjalani latihan praktik serta seterusnya bakal menjadi pendidik di dalam bidang sains.
Kemahiran ini amat perlu di dalam aktiviti penyiasatan sains. Sebagai persediaan awal,
sebaik-baiknya pelajar ini dapat menguasai kemahiran proses sains sebelum mereka
menjalani latihan praktik dan menjadi tenaga pengajar di sekolah selepas tamat
pengajian mereka di sini.
7
Seperti pepatah orang tua, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Oleh itu, jika
tahap penguasaan para pelajar ini dapat dikesan pada peringkat awal, maka tindakan
sewajarnya dapat diambil. Ini adalah sebagai suatu langkah jangka masa panjang untuk
melahirkan graduan yang benar-benar berkualiti, dan bakal mendidik generasi akan
datang agar mampu mengeksplor dunia sains dengan kemahiran proses sains yang
mereka miliki.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran
membina inferens, hipotesis dan pemboleh ubah dikalangan pelajar tahun satu SPN, SPC
dan SPF.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang dipertimbangkan di dalam kajian ini adalah seperti berikut:
Apakah tahap penguasaan pelajar-pelajar tahun satu mengenai kemahiran membina
inferens, kemahiran membina hipotesis dan kemahiran membina pemboleh ubah ?
top related