tajuk 2 -pemilihan pakaian
Post on 22-Jan-2018
705 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEMILIHAN PAKAIAN
Apa itu pakaian?Pakaian :Sebagai penutup untuk badan dan anggota, serta
tangan (sarung tangan), kaki (sarung kaki), kasut, sandal, but dan kepala (topi, kep).
Manusia memakai pakaian atas alasan-alasan fungsi dan sosial.
Pakaian melindungi badan manusia daripada keterlaluan cuaca, ciri-ciri persekitaran yang lain, serta atas alasan keselamatan.
Setiap pakaian juga membawa maksud kebudayaan dan sosial.
Barang-barang yang dibawa tetapi berbanding dipakai (seperti dompet, tongkat, dan payung) biasanya dianggap sebagai hiasan tambahan dan bukan dianggap sebagai pakaian.
Barang kemas dan cermin mata juga digolongkan dalam hiasan tambahan walaupun dalam bahasa biasa, barang-barang ini diperihalkan sebagai dipakai dan bukan dibawa
Prinsip asas pemilihan pakain Menyembunyikan ciri fizikal yang lemah
dan menonjolkan penampilan
luaran yang positif.
PRINSIP ASAS
bentuk badan
Corak/ warna
teksturStail
rupa fabrik
PRINSIP ASAS1. BENTUK BADAN
Manusia mempunyai bentuk badan yang berbeza beza. Secara amnya, bentuk badan boleh dibahagi kepada empat jenis seperti yang berikut:
• tinggi dan langsing• rendah dan langsing• rendah dan gempal• tinggi dan gempal
ELEMEN Tinggi dan langsing Tinggi dan gempal Rendah dan kurus Rendah dan gempal
GARISAN DAN CANTUMAN
Garis empayar, bahu mendatar
Garis puteri, garis bentuk A, garis lurus
tegak
Garis empayar, garis bentuk A
Garis V dibahagian badan
FABRIK Sederhana tebal Nipis, lembut Sedehana tebal Lembut, sederhana nipis
GARIS LEHER Bulat, bekolar Berbentuk U,V, segiempat, bulat dengan
belah slit berlapik
Berbentuk U, sampan Berbentuk V, segiempat
LENGAN Lengan gelembung,bisyop, kaki
kambing, kimono, magyar
Lengan padanan rata, Raglan
Padanan rata, kaki kambing, gelembong,
bisyop
Lengan padanan rata, raglan
WARNA Terang dan cerah Gelap dan lembut Terang dan cerah Gelap dan lembut
CORAK Melintang, bertabur, saiz besar
Tegak, saiz sederhana Kombinasi tegak dan melintang, saiz besar
Tegak dan serong, saiz kecil
HIASAN Kocek sisi, kocek tampal, skirt berpesak,
berkedut, berlisu
Kocek sisi, kolar rever atau lepet, kolar simpul
hias
Kocek tampal, ropol, kedut, lisu
Kocek sisi
2. STAIL PAKAIANStail pakaian ialah cara sesuatu pakain itu dibuat atau
digayakan. Pemilihan stail pakaian kerap dipengaruhi oleh bentuk badan kerana elemen asas reka bentuk pakaian seperti corak, warna, tesktur, dan rupa fabrik, garisan dan cantuman, garis leher, dan garis lengan akan menampilkan
bentuk badan yang menarik dan bergaya.
STAIL PAKAIAN
3. CORAK
• Corak ialah motif pada fabrik yang beraneka seperti garisan, bunga, bentuk geometri, genggang, dan lain-lain yang bertujuan mengenal fabrik. Corak boleh dihasilkan melalui proses mencetak, menenun, atau mengait fabrik. Penggunaan perisian CAD (Computer Aided Design) merupakan teknik moden yang mempercepat proses rekaan bentuk daripada yang mudah kepada corak-corak yang lebih kompleks.
FAKTOR PEMILIHAN PAKAIAN
KEPERLUAN FISIOLOGI
BUDAYA DAN AGAMA
PENDIDIKAN GEOGRAFI
KEWANGAN
KEMAJUAN TEKNOLOGI
KEPERLUAN SOSIAL
KEPERLUAN FISIOLOGIPakaian diperlukan sebagai pelindung tubuh dalam
semua keadaan iklim panas dan sejuk. Pakaian adalah keperluan fisiologi kerana pakaian dapat melindungikulit daripada menjadi kering dan mengawal suhu tubuh.Umur dan bentuk tubuh seseorang dapat mempengaruhi pemilihan pakaian. Contohnya pakaian wanita yang sedang mengandung perlulah longgar dan mempunyai stail yang ringkas agar mereka selesa memakainya.
KEPERLUAN SOSIAL
Seseorang individu memainkan berbagai-bagai peranan dalam masyarakat. Mereka perlu menyesuaikan pakaian dengan peranan mereka pada msa atau keadaan tertentu.Contohnya, pakaian kasual dipakai pada situasi yang informal, pakaian formal untuk rasmi dan pakaian seragam unutk menjalankan tugas tertentu.
PENDIDIKAN
Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga menjadikan individu mempunyai pandangan yang luas terhadap fesyen. Dengan pengetahuan ini individu dapat meningkatkan minat dan kehendak kepada fesyen yang baru dan dapat membuat pertimbangan yang wajar terhadap pemilihan pakaian. Pengetahuan ini juga dapat mempelbagaikan fesyen pakaian mengikut peredaran zaman.
GEOGRAFI
Iklim mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. Di negara panas, fabrik yang sesuai untuk dijadikan pakaian ialah fabrik yang dapat menyerap lembapandan stail yang sesuai ialah stail longgar untuk memudahkan peredaran udara.
Pakaian tebal daripada fabrik buli biri-biri atau kulit diperlukandi negara sejuk. Biasanya pakaian ketat dan menutup keseluruhan tubuh dipakai untuk mengurangkan peredaran udaradan mengekalkan haba tubuh
PENDAPATAN KELUARGA
Fabrik yang eksklusif yang diperbuat daripada fabrik yang mahal atau berjenama yang terkenal akan menggambarkan status seseorang.
BUDAYA DAN AGAMA•
Pakaian tradisional melambangkan budaya sesuatu kaum. Pakaian tradisional ini digenerasikan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya tetapi diubahsuai mengikut peredaran zaman.Contohnya, kebaya ialah pakaian tradisi orang Melayu, ceongsam adalah pakaian tradisi orang Cina dan sari adalah pakaian orang India.
Bagi orang Islam, pakaian mereka perlu menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk tubuh badan. Bagi agama lain mereka memiliki ketetapan pakaian masing-masing. Selain itu, warna seperti putih, hitam, merah, kuning, dan hijau pada pakaian member pengertian member pengertian mengikut keadaan dan situasi tertentu.
KEMAJUAN TEKNOLOGI
Perkembangan teknologi membolehkan pakaian siapdikeluarkan denagn mudah, cepat dan banyak. Hasil ciptaan gentian sentitik, membolehkan kita mempunyai fabrik dan kemasan yang baru seperti menjadikan pakaian tidak mudah renyuk dan mudah dijaga.
Perkembangan media massa seperti filem dan video turut mempengaruhi stail dan pemilihan pakaian individu
top related