tajuk 9 - pemikiran dan komunikasi
Post on 14-Apr-2018
339 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
1/20
1KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
UNIT PELAJARAN 13
KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
HASIL PEMBELAJARANDiakhir unit ini, anda diharapkan dapat;
1. Menerangkan maksud pemikiran dan konsep-konsep yang berkaitan dengannya.
2. Menghuraikan kepentingan dan tujuan pemikiran.
3. Membincangkan faktor-faktor mempengaruhi pemikiran
4. Membincangkan hubungan pemikiran dan komunikasi.
5. Menghuraikan jenis-jenis pemikiran logik.
PENDAHULUAN
Anda telah didedah dengan pelbagai aspek tentang komunikasi, khususnya dari segi konsep
dan amalannya. Sekarang kita cuba reungkan apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran
berfikir dan kaitannya dengan komunikasi. Dalam bab ini, kita terlebih dahulu akan
memdefinisikan pemikiran dan konsep-konsep yang berkaitan. Kita juga akan menyentuh
tentang kepentingan dan tujuan pemikiran, faktor-faktor yang mempengaruhi corak dan pola-
pola pemikiran. Seterusnya, kita akan membincangkan hubungan kemahiran berfikir dengan
komunikasi serta akhir sekali, kita akan membincangkan tentang jenis-jenis pemikiran logik
yang perlu digunakan dalam komunikasi.
APAKAH PEMIKIRAN?
Fikir, berfikir, memikir dan pemikiran. Apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan istilah-
istilah tersebut? Adakah berfikir dan pemikiran itu hanya melibatkan aktiviti interaksi manusia
ataupun ia berlaku secara tanpa sedari atau/dan tanpa kawalan? Mampukah manusia
mengawal gaya dan cara pemikirannya? Terdapat tingkah laku dan komunikasi manusia yang
dilakukan kerana menjadi kebiasaan atau di luar kawalan. Contoh tindakan di luar kawalan
adalah seperti mengelipkan mata, menarik tangan jika tersentuh benda panas dan mengelak
bila ternampak air di atas lantai. Manakala contoh aktiviti yang dilakukan menjadi kebiasaan
atau menjadi rutin harian sepertipunch in danpunch outketika sampai dan keluar pejabat, guru
kelas mengambil kehadiran pelajar ketika masuk kelas, pelajar bangun memberi hormat ketika
guru masuk dan keluar kelas. Oleh hal yang demikian sama ada tindakan tersebut adalah
kebiasaan atau di luar kawalan, aktiviti tersebut tidak melibatkan keseluruhan proses pemikiran
kerana tindakan itu dilakukan secara spontan tanpa melibatkan pemikiran yang kompleks.
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
2/20
2KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
Tindakan tersebut merupakan gerak balas kenalurian (instinctive) atau tindak balas automatik
kepada sesuatu situasi. Jika begitu apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran?
Menurut John Dewey (1933), pemikiran ialah perilaku penyelesaian masalah. Sementara de
Bono (1985) mendefinisikan pemikiran sebagai satu kemahiran operasi yang menyaksikan
bagaimana kepintaran bertindak berdasarkan pengalaman. Ruggiero (2010) pula mentafsirkan
pemikiran sebagai suatu aktiviti minda bertujuan untuk merumus atau menyelesaikan masalah,
membuat keputusan atau memenuhi kehendak untuk memahami tentang sesuatu perkara.
Pemikiran melibatkan proses pencarian jawapan dan mencapai makna atau pengertian bagi
perkara-perkara tertentu. Aktiviti minda dalam pemikiran manusia itu pula adalah seperti
membuat pemerhatian yang teliti, imaginasi, bertanya, menterjemah, menilai, dan membuat
pertimbangan.
Pemikiran hendaklah dibezakan dengan day dreamingatau berangan yang merupakan suatu
aktiviti minda tanpa hala tuju dan kawalan. Sebaliknya, aktiviti pemikiran pula merupakan aktiviti
minda yang mempunyai tujuan yang terarah. Apabila seseorang itu dikatakan berfikir, umumnya
aktiviti tersebut mempunyai tujuan yang tertentu; seperti untuk mencapai matlamat, membuat
keputusan atau menganalisis isu. Pemikiran juga merupakan proses yang terancang dan
mempunyai kawalan untuk memberikan jawapan atau keputusan terhadap perkara yang
difikirkan. Walau apa pun tujuan seseorang itu berfikir, proses pemikiran pada umumnya akan
melalui beberapa peringkat seperti dalam Rajah 9.1.
Rajah 9.1
Peringkat-Peringkat Berfikir
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
3/20
3KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
Berikut adalah contoh untuk diaplikasikan dalam peringkat-peringkat berfikir seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 9.1:
Pertama:
(Minat)
Ali melihat jam di tangan yang menunjukkan pukul 8.45 pagi dan berfikir
dia sudah lewat untuk ke kuliah.
Kedua:
(Perhatian)
"Bagaimana saya hendak sampai ke dewan kuliah tepat pada jam 9
pagi? hujan pula turun dengan lebatnya. Bas penuh sesak dengan
pelajar yang juga berebut untuk sampai awal ke dewan kuliah. Tidak
ada sebuah teksi pun yang kelihatan berhenti. Sebuah kereta sapu pun
tidak kelihatan"
Ketiga:
(Cadangan)
"Tunggu bas? Tunggu teksi? Tunggu kereta sapu? Telefon kawan?
Telefon pensyarah? "
Keempat:
(Justifikasi)
"Bas? Teksi atau kereta sapu? Ketiga-tiga kenderaan ini tidak boleh
diharap sebab hujan lebat menghalang perjalanan kenderaan. Jika
telefon kawan yang ada kenderaan pun sudah terlewat sebab mereka
pasti semua sudah bertolak ke dewan kuliah. Pertimbangan terakhir
ialah telefon pensyarah dan beritahu akan sampai lewat atas sebab-sebab tertentu."
Kelima:
(Kesimpulan)
"Telefon pensyarah adalah jalan penyelesaian yang terbaik."
Keenam:
(Uji)
Ringringring..Maaf Encik, saya hendak beritahu bahawa saya
akan terlewat sedikit sampai ke dewan kuliah kerana masih menungguhujan teduh sambil menunggu bas
Ini bermakna bahawa pemikiran dikatakan bukan merupakan suatu aktiviti spontan yang
berlaku dengan tiba-tiba. Sebaliknya pemikiran adalah suatu proses kognitif yang terancang,
bermatlamat, berperingkat-peringkat dan mempunyai kawalan yang digunakan oleh seseorang
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
4/20
4KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
untuk menjustifikasikan sesuatu perkara (Chaffee, 2000). Pemikiran boleh juga dilihat sebagai
suatu pemikiran yang kritis dan juga kreatif. Pemikiran kritis ini memerlukan seseorang individu
berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea
bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman seseorang. Pemikiran kreatif pula merupakan
proses kognitif yang digunakan oleh individu untuk mengembangkan idea yang unik, berfaedah
dan bermakna untuk dikembangkan dan dipanjangkan.
Persoalannya, di mana letaknya pemikiran? Kebiasaannya kita akan merujuk kepada bentuk
fizikal yang terletak di dalam kepala. Ia dikenali sebagai otak. Otak adalah organ yang pertama
dijadikan sewaktu pembentukan janin. Pembinaan otak bermula dari hari keenam dalam
kandungan seseorang ibu. Perkembangan otak kemudiannya berlaku dengan pesat.
Otak terdiri daripada grey matter (40 peratus) dan white matter(60 peratus) yang terkandung
dalam tengkorak kepala serta akan membentuk 2 peratus daripada berat badan seseorang.
Otak pula mempunyai tiga bahagian yang utama :
Rajah 9.2
Bahagian Otak
Serebrum (Cerebrum atau Neocortex) merupakan bahagian otak yangterbesar dan mengawal sebahagian besar fungsi otak dimana menjadi pusat
pemikiran dan kesedaran seseorang. Bahagian otak ini mengawal
kemampuan dan keupayaan manusia terutama sekali keupayaan minda dan
tahap keintelektualan (IQ). Lain-lain aspek yang dikawal oleh bahagian ini
juga adalah seperti penguasaan bahasa, pemusatan perhatian (focusing),
pendengaran, memori dan fikiran. Serebrum juga boleh dibahagikan kepada
dua bahagian, iaitu hemisfera kanan yang mengawal bahagian kiri badan dan
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
5/20
5KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
hemisfera kiri yang mengawal bahagian kanan badan. Korpus Kalosum
adalah penyambung komunikasi di antara kedua-dua hemisfera ini.
Serebelum (Cerebellum atau Cerebral cortex) pula terletak di bahagian
bawah serebrum dan di belakang medula oblongata. Serebelum merupakan
bahagian otak yang kecil dan menjadi pusat kepada koordinasi otot dan
keseimbangan badan, mengawal proses pernafasan, penghadaman dan
metabolisme badan. Kerosakan pada bahagian ini berupaya mengganggu
pergerakan yang halus dan imbangan badan.
Medula Oblongata (Brain Stem) merupakan sistem limbik yang terdiri
daripada hipotalamus dan hippocampus. Ia terletak di hujung atas saraf
tunjang. Kegagalan medula berfungsi akan menyebabkan kelumpuhan.
Fungsi utama bahagian ini ialah mengawal emosi, deria bau, deria rasa dan
tingkah laku seksual. Sistem limbik ini juga merupakan pusat kawalan
kepada tindakan logikal untuk merangsang keinginan seseorang seperti rasalapar, dahaga, tindakan mempertahankan diri ketika berada dalam keadaan
mencemaskan atau refleksi (bahaya, takut dan ketegangan emosi). Bahagian
ini jugalah yang mengawal tahap kepintaran emosi (EQ) seseorang.
Otak dan minda mengalami perubahan fizikal sebagai tindak balas kepada persekitaran. Otak
dan minda mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Otak boleh dilihat dan disentuh tetapi
minda tidak boleh. Otak memerlukan makanan yang berkhasiat dan bekalan oksigen yang
mencukupi agar otak dapat berfungsi dengan sempurna. Sebaliknya minda pula memerlukan
ilmu pengetahuan, pengalaman dan kekerapan seseorang itu berfikir secara positif akan
melahirkan minda yang sihat. Dalam proses pemikiran otak tidak membina minda tetapi minda
akan berfungsi melalui otak. Otak juga merupakan repositori yang dapat mengumpul dan
menyimpan pelbagai jenis maklumat dalam setiap masa untuk digunakan oleh minda.
TEORI-TEORI PEMIKIRAN?
Ada pelbagai teori pemikiran yang biasa digunakan bagi menjelaskan bagaimana pemikiran itu
berfungis antara Teori Otak Triune,Teori Split Brain dan Teori Pelbagai Kecerdasan.
Paul MacLean merupakan seorang ahli neurologi telah membahagikan otak kepada tiga
bahagian, iaitu :
a. Otak Reptilia (Medula Oblangata).
b. Otak Mamalia atau Sistem Limbik (bahagian pertengahan
otak).
c. Otak Neokorteks (bahagian atas otak).
Otak Neokorteks
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
6/20
6KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
Rajah 9.3
Teori Otak Triune
Otak Reptilia
Otak Reptilia merupakan bahagian otak yang paling awal terbentuk dalam
evolusi perkembangan seseorang manusia. Otak ini telah mendapat gelaran
Otak Reptilia kerana mempunyai persamaan dengan elemen-elemen
pengekalan mandiri (survival) dalam reptilia dan melibatkan kecerdasan palingrendah. Fungsi utamanya ialah untuk mengawal secara automatik kelakuan
kelima-lima pancaindera manusia. Bahagian otak ini juga dikatakan mempunyai
hubungan dengan kebolehan seseorang untuk terus hidup atau bertahan dalam
sesuatu keadaan yang susah. Otak ini akan mengerakkan manusia untuk
mendapatkan makanan, perlindungan, keselamatan dan pengekalan kewujudan
manusia.
Otak Mamalia/Sistem Limbik
Bahagian otak ini mendapat gelaran otak mamalia kerana mempunyai
persamaan dengan elemen reaksi pemikiran semua haiwan mamalia. Fungsi
utamanya ialah afektif dan emosi yang terdiri dari kesihatan, perasaan, ingatan
dan nafsu seks. Sekiranya salah satu daripada elemen ini terganggu, daya
belajar seseorang juga akan di ganggu. Ini menjelaskan mengapa perasaan
sedih akan mempengaruhi kesihatan fizikal seseorang individu. Selain ini, otak
mamalia juga mengawal pola bioritma seseorang individu seperti -pola tidur,
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
7/20
7KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
kelaparan, dahaga, tekanan darah, kadar denyutan jantung, suhu badan, kadar
metabolisme, sistem imuniti, dan lain-lain fungsi badan.
Otak Neokorteks
Otak Neokorteks terletak di bahagian atas otak dan terdiri daripada 80 peratus
daripada jisim otak. Bahagian ini dikatakan merupakan pusat pemikiran dan
kecerdasan manusia. Fungsi utamanya terdiri dari mentafsir, menyusun,
menterjemah maklumat, menaakul, membuat keputusan, kelakuan bertujuan
(cita-cita, wawasan dan lain-lain), bahasa dan pemikiran tahap tinggi.
Kecerdasan tahap tinggi inilah yang membezakan antara manusia dengan
makhluk-makhluk lain.
TEORI SPLIT BRAIN (OTAK KIRI-OTAK KANAN)
Kajian-kajian tentang fungsi otak kiri dan kanan yang mengandungi bukti khusus telah
dihasilkan oleh Dr. Roger W. Sperry, seorang ahli psikologi dan rakannya Dr. Michael S.
Gazzaniga. Kajian mereka tentang otak telah memenangi hadiah Nobel dalam tahun 1981.
Otak manusia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu hemisfera otak kiri (HOKI) dan hemisfera
otak kanan(HOKA). HOKI mengawal semua anggota di sebelah kanan badan manakala HOKA
mengawal semua anggota di sebelah kiri badan. Melalui satu pembedahan yang memutuskan
korpus kalosum, saraf yang menghubungi hemisfera otak kiri dan kanan, didapati HOKI lebih
menguasai bahasa dan kemahiran motor manakala HOKA lebih baik dalam fungsi visual dan
spatial. Korpus kalosum membolehkan satu otak berkomunikasi dan berinteraksi dengan otakyang sebelah lagi. Pemikiran HOKI lebih cenderung bersifat analitikal, menganalisis maklumat
secara linear, dan mengenal pasti urutan. Pemikiran HOKA pula menggabung dan
mensintesiskan bahagian-bahagian atau pecahan maklumat kepada satu bentuk menyeluruh.
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
8/20
8KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
Rajah 9.4
Fungsi HOKA dan HOKI
Kombinasi faktor warisan dan juga gaya didikan menyebabkan manusia lebih cenderung
menggunakan salah satu daripada hemisfera otak untuk berfungsi. Contohnya orang kidal lebih
menggunakan HOKA. Pendidikan sekolah di Malaysia juga lebih cenderung menggalakkan
penggunaan HOKI iaitu melalui subjek-subjek yang diajar seperti bahasa, Matematik dan Sains.Pelajar-pelajar diberi kemahiran verbal, analitikal, rasional, logikal dan linear. Kemahiran yang
berkaitan dengan HOKA seperti nonverbal, sintesis, bukan rasional, intuitif dan holistik melalui
subjek-subjek seni dan muzik adalah agak terabai. Apabila guru-guru ingin menghabiskan
kurikulum atau membuat ulang kaji bagi peperiksaan penting, subjek-subjek seni dan muzik
biasanya digunakan untuk subjek-subjek bahasa, Sains dan Matematik.
Rajah 9.5 menunjukkan perbandingan ciri-ciri HOKI dan HOKA. Manakala Jadual 9.1 pula
menunjukkan perbandingan ciri-ciri mod kiri dan mod kanan.
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
9/20
9KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
Rajah 9.5
Perbandingan Ciri-Ciri HOKI dan HOKA
Hemisfera
Otak Kiri
HOKI
Hemisfera
Otak Kanan
HOKA
Verbal
Analitikal
Simbolik
Abstrak
Temporal
Nonverbal
Sintesis
Nyata (concrete)
Analogik (Metafora)
Bukan Temporal
BETTY
EDWARDS
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
10/20
10KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
PERBANDINGAN CIRI-CIRI MOD KIRI DAN MOD KANAN
MOD KIRI MOD KANAN
Verbal - Menggunakan perkataan untukmenamakan, menghuraikan, mendefinisikan
Bukan Verbal - Kesedaran terhadap benda tanpapenggunaan perkataan.
Analitik - Mentafsirkan sesuatu secara langkahdemi langkah dan bahagian demi bahagian.
Sintetis - Menggabungkan beberapa perkaramenjadikan satu.
Simbolik - Menggunakan simbol-simbol untukmewakili sesuatu. Contohnya, melukis bentukuntuk mewakili bulan, simbol untuk proses tambah.
Konkrit - Berhubung kait dengan benda sepertiyang wujud pada sesuatu masa itu.
Abstrak - Mengeluarkan sebahagian kecilmaklumat dan menggunakannya untuk mewakilikeseluruhan perkara itu.
Analogik - Melihat kesamaan antara benda;memahami hubungan metafora mereka.
Temporal - Mengawas masa, mengsekuenkansatu perkara selepas satu: membuat perkarapertama diikuti dengan perkara kedua.
Bukan Temporal - Tidak mempunyai kesedaranterhadap masa.
Rasional - Membuat kesimpulan berasaskanpenaakulan dan fakta.
Tidak Rasional - Tidak perlukan sebab atau fakta.Kesediaan untuk tidak menghukum ataumenghakimi sesuatu.
Digital - Menggunakan nombor dalam pengiraan. Spatial - Melihat di mana sesuatu benda dankaitannya dengan benda lain.
Logikal - Membuat kesimpulan berasaskan logik;satu perkara diikuti dengan perkara lain dalamsatu urutan logikal, contohnya satu teoremmatematik atau argumen yang baik dan sah.
Intuitif- Membuat persepsi bijak berasaskan corak,pola tidak lengkap, perasaan atau imej visual.
Linear- Memikir idea-idea secara linear, satufikiran selepas satu fikiran, dan biasanya
membawa kepada satu rumusan yang konvergenatau menumpu.
Holistik - Melihat benda secara menyeluruh padasatu masa yang sama; mempersepsi corak dan
struktur secara keseluruhan, biasanya membawakepada satu rumusan divergen atau mencapah.
(Sumber : Edwards, B., 1989)
Jadual 9.1
Perbandingan Ciri-Ciri Mod Kiri dan Mod Kanan
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
11/20
11KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
TEORI PELBAGAI KECERDASAN (HOWARD GARDNER)
Teori Pelbagai Kecerdasan telah dipelopori oleh Profesor Psikologi dari Universiti Harvard iaitu
Howard Gardner. Teori ini dikenali sebagai Multiple-Intelligence atau The Seven
Intelligences dalam bukunya Frames of Mind (1983). Idea-idea dari neurobiologi, psikologi,
antropologi, falsafah dan sejarah telah digabungjalinkan untuk menghasilkan teori ini. Namunpada 1997, Howard Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis.
Menurut Gardner, setiap insan mempunyai bukan satu tetapi lapan kecerdasan yang berbeza.
Pada 1999, Gardner menambahkan Existential Intelligence yang berkaitan dengan keadaan
kerohanian manusia. Beliau belum bersedia menerima Spiritual Intelliegence sebagai
kecerdasan kesembilan dalam teorinya.
Teori Pelbagai Kecerdasan mempunyai pengaruh signifikan dalam pendidikan serta membawa
kesan penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional
dengan proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan pelbagai kecerdasanmanusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa
dan pemikiran logical atau matematikal. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi
yang membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ
tradisional.
Howard Gardner percaya manusia mempunyai pelbagai kecerdasan atau kehebatan tersendiri
seperti :
a. Kecerdasan Logik-Matematik.
b. Kecerdasan Verbal-Linguistik.
c. Kecerdasan Muzikal.
d. Kecerdasan Visual-Spatial.
e. Kecerdasan Kinestatik.
f. Kecerdasan Interpersonal.
g. Kecerdasan Intrapersonal.
h. Kecerdasan Naturalis.
Kecerdasan Logik-Matematik
Kecerdasan Logik-Matematik terdiri daripada kebolehan menaakul, memikir
secara logikal seperti pola, abstrak, perkaitan sebab dan akibat, dan
menggunakan nombor untuk menyelesaikan masalah. Kecerdasan ini juga
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
12/20
12KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
melibatkan pemikiran saintifik yang termasuk pemikiran heuristik, induktif dan
deduktif, mengkategorikan, membuat inferens, generalisasi, penghitungan dan
pengujian hipotesis. Contohnya, saintis, jurutera, arkitek dan doktor lazimnya
memiliki kecerdasan ini.
Berikan dua tokoh di Malaysia yang mempunyai kecerdasan logik-matematik:
a.________________________________________________________
b.________________________________________________________
Kecerdasan Verbal-Linguistik
Kecerdasan Verbal-Linguistik ialah kemampuan berkomunikasi dengan
perkataan secara berkesan, yang termasuk membaca, menulis,
memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan
sempurna. Individu yang mahir dalam bidang ini ialah seperti pengarang,
pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis. Contoh di
Malaysia ialah seperti Munshi Abdullah, A. Samad Said dan di luar negara
seperti William Shakespeare, dan Enid Blyton.
Kecerdasan Muzikal
Kecerdasan Muzikal ialah kemampuan untuk menggemari, mendeklamasikan
dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecenderungan ini termasuk kepekaan
terhadap ritma, melodi atau kelangsingan hasil muzik. Mereka yang tergolong
dalam kategori ini dapat menggubah lagu, menyampaikan nyanyian, membuat
alat-alat muzik juga termasuk jurutera rakaman. Contohnya, kehebatan P.
Ramlee dengan ciptaannya yang ever green, Manan Ngah, Habsah Hassan,
Beethovan, Kitaro, Kenny G dan lain-lain lagi individu yang mempunyai
kecerdasan ini.
Kecerdasan Visual-Spatial
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
13/20
13KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
Kecerdasan Visual-Spatial ialah kebolehan mencipta gambaran mental dan
mengamati dunia visual. Individu yang mempunyai kecerdasan ini boleh melukis,
menterjemah rajah-rajah dan menggunakan peta. Mereka juga adalah peka
terhadap warna, garis bentuk dan ruang. Selain itu, mereka juga berkebolehan
menggambarkan visual secara spatial dan mengorientasikan diri dalam matriks
ruang. Mereka yang tergolong dalam kemahiran ini adalah seperti juruterbang,ahli pelayaran, angkasawan dan juga termasuk pelukis, arkitek, dan perancang
bandar. Contohnya, Azhar Mansor, Yuri Gagarin dan lain-lain lagi.
Kecerdasan Kinestatik
Kecerdasan Kinestatik adalah berkaitan dengan pergerakan dengan kemahiran
fizikal seperti mengkoordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Individu
yang berkecerdasan kinestatik mampu menggunakan badan untuk meluahkan
idea dan perasaan secara berkesan. Mereka juga mempunyai kehebatan gerak
geri badan yang mempunyai kesenian yang halus. Tambahan lagi, mereka juga
berupaya mengawal diri secara fizikal. Daripada gerak geri itu tercetuslah
kesenian yang halus seperti penari, pesilat, ahli gimnastik, pelakon dan pakar
bedah. Contohnya ialah seperti Shalin Zulkifli, Nicole David, Ong Beng Hee,
Wong Choong Hann dan lain-lain lagi.
Kecerdasan Interpersonal
Individu yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh berinteraksi secara
harmoni dengan pelbagai lapisan masyarakat dan berkebolehan memahamiorang lain. Mereka juga boleh berkomunikasi dengan berkesan. Kecerdasan
interpersonal mempunyai kaitan rapat dengan kecerdasan intrapersonal.
Pendakwah, kaunselor, jururunding, imam dan paderi adalah contoh mereka
yang mempunyai kecerdasan ini. Contohnya, Dato Dr. Fadzilah Kamsah, Pope
Benedict XVI dan lain-lain lagi.
Kecerdasan Intrapersonal
Individu yang mempunyai kecerdasan intrapersonal mempunyai kesedaran
tentang diri sendiri, berfikiran meta kognitif dan berkebolehan untuk menilai dan
memahami diri sendiri. Mereka juga mempunyai gambaran yang tepat tentang
diri sendiri. Dengan kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi,
kemarahan, dan dorongan diri, mereka berkemampuan untuk mendisiplinkan diri
dan menunjukkan jati diri. Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta, dan
pemikir.
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
14/20
14KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
Kecerdasan Naturalis
Kecerdasan naturalis ialah kebolehan menghargai dan beroperasi dalam duniasemula jadi. Mereka adalah prihatin dan berminat kepada alam sekitar termasuk
flora dan fauna. Mereka turut peka terhadap perubahan sekeliling. Contohnya
nelayan mempunyai kebolehan menentukan ikan di laut; ahli saintis yang
mengkaji pergerakan burung; veterinar; dan lain-lain lagi.
KEPENTINGAN DAN DAN TUJUAN PEMIKIRAN
Mengapa pentingnya pemikiran atau berfikir? Ada yang mengatakan pentingnya berfikir kerana
dapat membezakan antara manusia dengan haiwan, manusia yang kritis dengan kurang kritisdan manusia diangkat martabatnya kerana dapat menjana idea dan membentuk pemikiran yang
mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara.
Som dan Mohd Dahalan (1998) menyatakan terdapat beberapa kepntingan berfikir. Antaranya
a. Memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik serta berkesan-membantu seseorang
berfikir secara bijak dan berkesan melalui pendidikan dan amalan dalam sistem
pendidikan negara
b. Mengamalkan budaya berfikir secara kritis dan kreatif-Negara memerluka modal insan
yang mempunyai pemikiran yang tajam, kritis, inovatif, imaginatif, membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
c. Mengelakkan kesilapan berfikir-kita berfikir setelah dirangsang dari tindakbalas dari
sesuatu. Akibatnya kadang-kadang kita melakukan kesilapan dalam membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah. Kita sering melakukan kesilapan kerana berfikir
secara terburu-buru, sempit, kabur atau tidak jelasdan bercelaru.
d. Meningkatkan kualiti berfikir-dengan adanya kursus, bengkel dan program berkaitan
dengan kemahiran berfikir, diharapkan akan meningkatkan kualiti berfikir dalam
kalangan pelajar mahupun masyarakat.
Selain daripada kepentingan di atas, senaraikan tiga lagi kepentingan berfikir di bawah ini.
i.______________________________________________________________________
ii.______________________________________________________________________
iii.______________________________________________________________________
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
15/20
15KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMIKIRAN
Kebanyakan pengkaji pemikiran, mendapati pemikiran boleh dipengaruhi mengikut kategori
berikut:
a. Otak otak yang sihat akan mengwujudkan pemikiran yang berkualiti. Kecerderaanpada otak akan menyebabkan proses pemikiran terganggu, malah akan menyebakan
otak kurang berimaginasi. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan atau keaktifan otak menurun.
b. Cara berfikir-hanya berfikir perkara-perkara yang tidak mewujudkan analitikal atau kritis
dalam sesuatu isu atau perkara. Ini ada kaitannya sikap kita yang malas berfikir. jarang
berfikir akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif. Oleh itu perbincangan yang
membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak.
c. Pengalaman-Ia merupakan faktor yang dapat membantu memperbaiki sistem
pemikiaran ke arah yang lebih berkualiti. Pengalaman merupakan pengajaran yang mat
berkesan sehingga seseorang itu akan ingat dan sentiasa berwaspada apabila
menerima situasi yang sama.
d. Pemakanan-makan yang berlebihan akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak. Akibatnya pemikiran tidak dapat dijana dengan baik
dan bersistematik
e. Pendidikan dan ilmu Pengetahuan. Seperti melalui pembelajaran dalam bilik darjah,
pembacaan, mengikuti bengkel-bengkel berkaitan peningkat berfikir dan berdiskusi
secara berhemah sesama rakan.
HUBUNGAN PEMIKIRAN DENGAN KOMUNIKASI
Kamarudin Husin (2003) menyatakan aktiviti berfikir dapat dijayakan melalui aktiviti berinteraksidan berkomunikasi dengan orang lain. Semasa berinteraksi, bahasa yang digunakan perlulah
bersesuaian dalam konteks dan situasi sosial yang bermakna. Cuba anda bayangkan sekiranya
seseorang itu berbahasa yang tidak teratur dan kurang jelas. Apakah anda akan katakan?
Semasa berinteraksi, proses berkomunikasi akan mewjudkan pertukaran pandangan, pendapat,
idea dan pemikiran secara bijaksana. Seseorang yang boleh menggunakan bahasa dengan
baik semasa berinteraksi, ia dapat melahirkan pemikiran dan penggunaan bahasa yang tepat
dan betul, mempengaruhi cara kita bercakap, berkebolehan berhujah dengan menggunakan
pendekatan pemikiran logik serta menggunakan gaya inotasi yang pelbagai.
PEMIKIRAN LOGIK
Proses pemikiran bagi setiap individu akan berbeza-beza lantaran berbezanya kemampuan
otak, pengalaman dan pengetahuan masing-masing dalam menyelesaikan sesuatu masalah
tersebut. Salah satu komponen penting untuk membantu proses berfikir ialah keupayaan
menilai dan melihat perkaitan terhadap sesuatu perkara. Keupayaan ini juga kita kenali sebagai
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
16/20
16KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
logik. Malahan, ilmu logik juga menjadi asas penting dalam jenis pemikiran lain, terutamanya
pemikiran kritis dan pemikiran analitikal.
Istilah logik mempunyai takrifan yang pelbagai. Ia ditakrifkan sesuai mengikut penggunaannya
dalam menghujahkan sesuatu pernyataan. Dalam pemahaman mudah, logik boleh didefinisikansebagai Science of study of correct reasoning, way of reasoning, good sense, way of thinking
(Kamus Dewan Inggeris Melayu, 1991). Dalam konteks yang lebih terperinci, Mohd Azhar
(2005) menjelaskan bahawa ilmu logik merupakan satu set andaian yang melibatkan proses
penaakulan bagi membenarkan hujah-hujah diperdebatkan. Memandangkan, penaakulan
merupakan proses ke arah mencapai kesimpulan berdasarkan bukti-bukti yang konkrit, maka
ilmu logik itu menjadi dasar kepada keseluruhan proses yang membawa kepada keputusan
melalui penaakulan yang berdasarkan bukti-bukti yang jelas dan konkrit.
Logik tercetus daripada hemisfera otak kiri (HOKI), yang mana ia menumpukan kepada fikiran
yang sistematik serta menekankan fakta dan bukti. Logik sentiasa mencari dan menilai sesuatu,
sama ada betul atau salah, baik atau buruk, dan sah atau tidak sah. Sekiranya sesuatu itu
dibuktikan benar, maka ia akan diterima. Namun, jika sebaliknya, ia akan ditolak. Dalam logik,
tidak dibenarkan dan tidak boleh sama sekali ada istilah mungkin. Sehubungan dengan itu,
sekiranya kita memahami konsep logik ini, kita akan sentiasa berhati-hati dengan sebarang
penulisan dan pertuturan kita kerana ia menjadi penentu kepada betul atau salah, faham atau
tidak dan percaya atau tidak orang lain terhadap penulisan dan pengucapan kita.
Dalam ilmu logik terdapat tiga prinsip asas yang perlu dipatuhi, iaitu
a. The principle of identify if a statement is true, then it is true.
Prinsip ini menjelaskan bahawa suatu pernyataan yang betul, nyata dan diterima
pakai, akan selalunya betul dan tidak boleh diubah-ubah atau dipertikaikan lagi.
Dalam hal ini, penaakulan juga menjadi jelas dan tidak keliru kerana terdapat
fakta yang tepat serta tidak berlaku keadaan yang waswas lagi.
b. The principle of excluded middle a statement is either or false.
Setiap pernyataan itu, mesti sama ada betul atau salah sahaja. Ia melibatkan
orientasi dua nilai, iaitu memberi gambaran bahawa satu benda itu sama ada
hitam atau putih sahaja, bahagian tengah (kedudukan di tengah) dikeluarkan.
Satu pernyataan yang mengatakan benda itu hitam tidak boleh disambung
dengan benda itu putih. Prinsip ini menolak percanggahan.
Contoh : Matahari terbit sebelah timur dan terbenam
di sebelah barat.
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
17/20
17KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
c. The principle of contradiction no statement can be both true or false.
Tidak ada pernyataan yang kedua-dua betul dan salah. Contohnya botol boleh
mengisi air dan pada masa yang sama boleh digunakan untuk memasak. Contoh
di atas telah menunjukkan bahawa pernyataan yang pertama adalah betul
manakala pernyataan yang kedua adalah salah.
Terdapat beberapa konsep asas dalam ilmu logik yang perlu diketahui dan difahami. Antaranya
adalah :
a. Andaian-diklasifikasikan sebagai anggapan atau sangkaan. Andaian adalah
keputusan atau pendapat yang dianggap sebagai benar sungguhpun tidak begitu
pasti akan kebenarannya.
Menurut Munir, Azman dan Azlena (2007), andaian juga boleh wujud dengan hanya
berdasarkan kepercayaan semata-mata, iaitu andaian yang tidak mempunyai dasar
bukti sama sekali. Contohnya di kalangan masyarakat Melayu, ada yang percaya
bahawa memotong kuku pada waktu malam akan menyebabkan seseorang itu
menjadi papa.
b. Premis- merupakan pernyataan berunsurkan andaian, sebab dan anggapan yang
dijadikan asas untuk sesuatu hujah atau untuk mencari sesuatu keputusan.
Contoh 1 :
Aruni kehilangan buku apabila dia pergi mandi, maka Bolela yangmengambilnya.
Contoh 2 :
Aqiqita membuat andaian bahawa adiknya, Aruni akanmelupakannya sesudah Aruni mendirikan rumah tangga, walaupun
Aqiqita tidak mempunyai satu pun bukti tentang perkara tersebut.Berdasarkan andaian semata-mata, Aqiqita telah bertindakmengongkong kehidupan Aruni dalam memilih pasangan
hidupnya.
Contoh 1:Udara di kampung lebih baik daripada di bandar.
Contoh 2 :
Pencemaran bahasa adalah lebih bahaya daripada pencemaranbudaya dalam konteks pembangunan sesebuah negara.
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
18/20
18KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
c. Pernyataan umum(generalisasi)-merupakan kenyataan atau premis yang
menerangkan secara umum sesuatu perkara, peristiwa dan sebagainya dalam
kehidupan seharian kita. Namun begitu, pernyataan secara umum ini tidak
digalakkan kerana ianya bersifat terbuka, menyalahkan pihak tidak bersalah dan
boleh mengelirukan.
d. Pernyataan khusus-merujuk kepada kenyataan atau premis tentang sesuatu
kejadian, peristiwa, seseorang atau sesuatu benda di mana ia lebih bersifat tepat.
e. Kualifikasi-merupakan perkataan atau frasa yang menguatkan atau membetulkan
sesuatu kenyataan umum sekiranya ketepatan fakta tidak dapat dibuktikan. Frasa-
frasa kualifikasi yang boleh digunakan adalah seperti sebahagian besar, dalamkeadaan tertentu, sering kali dan kebanyakan.
Contoh 1 :Hujan lebat menyebabkan banjir kilat.
Contoh 2 :Makan berlebihan akan menyebabkan obesiti.
Contoh 1 :
Pantasnya Alila berlari, seperti kuda.
Contoh 2 :Hujan lebat pada malam semalam menyebabkan berlakunya
banjir kilat di Tanjung Malim.
Contoh :
Dianggarkan lebih kurang 95 peratus pelajar telah lulus dalampeperiksaan akhir. Namun begitu, fakta yang tepat tidak dapat
diperoleh dan dibuktikan atas sebab-sebab yang tertentu. Maka disini, kita boleh menggunakan kualifikasi bagi membetulkan fakta,
iaitu
Sebahagian besar pelajar lulus dalam peperiksaan akhir.
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
19/20
19KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
f. Refutasi-merupakan hujahan yang berupaya memusnahkan asas logik atau premis
orang lain, yang telah diterima sekian lama. Kesan daripada refutasi, sesuatu asas
logik atau premis hendaklah digantikan dengan yang baru.
Kesimpulan
Dalam era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran berfikir dan
menggabungjalinkan dengan aspek komunikasi amatlah dituntut kerana ia bukan hanya
memudahkan manusia untuk berinteraksi, malahan mampu membantu menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan. Manusia sentiasa menghadapi pelbagai masalah harian dan tidak lagi
boleh hidup dalam keadaan yang seadanya. Justeru itu kemahiran berfikir amat penting bagi
meneruskan penghidupan dan dapat meningkat kualiti kehidupan harian.
1. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran.
2. Nyatakan tiga bahagian utama otak dan jelaskan fungsinya.
3. Berikan perbezaan di antara otak dan minda.4. Terangkan tiga klasifikasi otak mengikut Teori Otak Triune.
5. Jelaskan perbezaan fungsi otak mengikut Teori Split Brain.
6. Senaraikan lapan kecerdasan yang dikemukakan oleh Howard Gardner dalam Teori
Kecerdasan Pelbagai.
7. Bincangkan bagaimana anda boleh berjaya dengan menggunakan pemikiran logik.
8. Berdasarkan logik, bincangkan bagaimana anda boleh meletakkan nama anda di mata
dunia.
9. Dengan berfikir secara kritikal, bentukan beberapa soalan yang relevan berdasarkan
pendapat yang diberi :
a. Keruntuhan nilai-nilai moral di kalangan remaja menyebabkan berlaku pelbagai
gejala sosial yang tidak diingini di kalangan mereka .
b. Lebih banyak penceraian berlaku di kalangan pasangan suami isteri yang
bekerja. Ini membuktikan demi kesejahteraan rumah tangga yang dibina, kaum
wanita patut menjadi suri rumah sepenuh masa.
Contoh : Pendapat mengatakan kejayaan sekolah itudisebabkan oleh pengetuanya.
Refutasi: Kejayaan sekolah itu bukan kerana kerja keraspengetuanya tetapi oleh kerja keras guru-guru di
sekolah tersebut.
-
7/30/2019 TAJUK 9 - Pemikiran Dan Komunikasi
20/20
20KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI
10. Wajarkah kakitangan awam mendapat bonus dua bulan gaji? Kemukakan hujah anda?
Rujukan
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2006), Kemahiran interpersonal untuk guru. Kuala Lumpur.
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Gardner, H. (1999). Intelligence reframed: Multiple intelligences for the 21st century. New York,
USA: BasicBooks.
Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Beng, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shukory dan
Zuraidah Zainol (2010). Modul Pemikiran Kritis dan Kreatif. Jitra, Kedah: Pure Honey.
Kamarudin Hj Husin. (2003). Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Azhar Abdul Hamid. (2005). Meningkatkan Daya Fikir. Kuala Lumpur: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Azhar Abdul Hamid. (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai, Johor:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Yusof Hassan. (2007). Teori Pendidikan Pemikiran Global. Tanjong Malim, Perak:
Penerbit UPSI.
Som Nor & Mohd Dahlan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
(KBKK). Petaling Jaya : Pearson Education
top related