tajuk domain hasil pembelajaran berasaskan kerja (pbk...
Post on 01-Jan-2020
37 Views
Preview:
TRANSCRIPT
i
TAJUK
DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA (PBK)
DALAM LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PELAJAR POLITEKNIK
BERDASARKAN PERSEPSI PEMBIMBING
NUR’IZZATI AQIRAH BINTI AMRAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JULAI 2017
iii
DEDIKASI
Ya Allah
Berdoa ku panjatkan kesyukuran
Atas rahmat dan berkatMu
Masih memberi peluang untuk aku
Untuk melakukan kewajipan sebagai penuntut ilmu.
Teristimewa buat ayahanda Amran Bin Jabar
Allahyarham bonda Siti Noridah Binti Jamal
Suami tercinta Mohamad Ashikin Bin Satuan
Anak yang dikasihi Nur Amira Ufairah Binti Mohamad Ashikin
Buat adik beradikku
Pencapaian ke tahap ini berkat doa dan restumu.
Buat pensyarah yang dedikasi Dr. Normah Binti Zakaria
Terima kasih atas bimbingan yang diberikan serta ilmu yang dicurahkan,
Tidak akan dipersiakan dan halalkan segalanya.
serta
Pensyarah-pensyarah FPTV
Doa ku untuk semua agar menjadi pendidik yang cemerlang untuk melahirkan generasi yang
lebih cemerlang
Rakan-rakan seperjuangan
jutaan terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar.
Semoga Jasa Kalian semua diberkati Allah.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bersyukur ke hadrat ilahi, dengan izin-Nya saya berjaya menyiapkan projek
sarjana ini selama setahun. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada penyelia projek saya iaitu Dr. Normah Binti Zakaria di
atas segala bimbingan, panduan, nasihat dan perhatian yang telah diberikan kepada
saya sepanjang projek ini dilaksanakan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada
pensyarah-pensyarah lain atas panduan dan kerjasama yang diberikan sepanjang
menyiapkan projek ini.
Terima kasih juga buat pihak industri Syarikat Advance Pact Sdn. Bhd di
sekitar Johor dan Syarikat Radicare Sdn.Bhd di atas segala kerjasama dan
kesungguhan mereka dalam membantu ketika kajian ini dilaksanakan. Sekalung
penghargaan buat abah, abah dan mak mertua, suami serta anak kerana sentiasa
memahami dan memberi sokongan yang tidak terhingga sehingga berjaya
menyiapkan projek sarjana ini.
Tidak ketinggalan juga buat Samihah Binti Sarpan, Wan Nurashida binti
Adnan dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi
sokongan bagi merealisasikan projek ini. Akhir kalam, semoga kalian sentiasa berada
di bawah lindungan, rahmat dan keredhaan-Nya. Wallahu Aa’lam.
v
ABSTRAK
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah berusaha memperkenalkan satu
sistem pendidikan yang baru di Politeknik bagi memastikan sistem pendidikan
negara mencapai tahap yang membanggakan. Sistem pendidikan yang baru sahaja
diperkenalkan adalah dikenali sebagai Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK).
Pembelajaran ini bertujuan menyediakan pelajar yang berkemahiran tinggi kelak
apabila memasuki dunia pekerjaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti
tahap hasil PBK dan domain hasil PBK yang dominan terhadap pelajar politeknik
bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan). Kajian ini telah menggunakan
kaedah kuantitatif secara deskriptif yang melibatkan soal selidik sebagai instrumen
kajian. Responden terdiri daripada 52 orang pembimbing industri Syarikat Advance
Pact Sdn. Bhd yang menguruskan mesin elektronik perubatan di hospital kerajaan
sekitar Johor. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan skor
min dan sisihan piawai untuk melihat tahap hasil PBK dan juga domain hasil PBK
yang dominan terhadap pelajar politeknik. Analisis secara inferensi menggunakan
ujian-t bebas untuk menentukan domain hasil PBK berdasarkan jantina pembimbing.
Keputusan kajian mendapati tahap hasil PBK berada pada tahap tinggi dan domain
hasil PBK yang dominan adalah domain profesionalisme. Manakala, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara domain hasil PBK berdasarkan jantina pembimbing
kecuali domain pengetahuan berdasarkan jantina pembimbing. Secara
keseluruhannya, pelajar politeknik bidang Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) perlu
mempunyai domain hasil PBK yang selari dengan program yang diikuti ketika di
politeknik agar menjadi pekerja pilihan majikan ketika di industri.
vi
ABSTRACT
The Ministry of Higher Education Malaysia has been striving to introduce a new
education system in Polytechnics to ensure our education system to achieve a
commendable level. Education system have just introduced is known as Work-Based
Learning (WBL). The learning aims to provide students who are highly skilled.
Therefore, this study aimed to identify the level of WBL outcome and dominant
domain of WBL outcome against WBL Polytechnic students Diploma Electronic
Engineering (Medical). This study has used quantitative methods involving
descriptively questionnaire as an instrument. The respondent consists of 52 people
cooperating industrial Advance Pact Sdn.Bhd which manage medical electronic
machine at government hospitals around Johor. Quantitative data was analysed
descriptively using score mean and standard deviation to see WBL outcome and also
dominant domain of WBL outcome against WBL Polytechnic students Diploma
Electronic Engineering (Medical). Inferential basis analysis using independent t-test
to determine the domain of WBL outcome on gender advisors. The results of the
study found the level of WBL outcome is high and dominant domain of WBL
outcome is the domain of professionalism. Meanwhile, there we no significant
differences between domain of WBL outcome based on gender advisors unless
domain of knowledge. Overall, Polytechnic students need to have domain of WBL
outcome according to the programmes provided at Polytechnic in order to working in
the industry later.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Tujuan Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Persoalan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Kepentingan Kajian 11
1.9.1 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 11
1.9.2 Pentadbiran Politeknik 12
1.9.3 Pelajar Politeknik 12
1.10 Definisi Istilah 12
viii
1.11 Kerangka Konseptual Kajian 17
1.12 Rumusan 19
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 20
2.1 Pengenalan 20
2.2 Kerangka Teori Kajian 21
2.3 Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) 24
2.4 Pelaksanaan PBK 26
2.5 Jantina Pembimbing PBK 28
2.6 Kemahiran Praktikal 29
2.7 Kemahiran Komunikasi 30
2.8 Kemahiran Penyelesaian Masalah 33
2.9 Tanggungjawab Sosial 36
2.10 Pembelajaran Sepanjang Hayat 38
2.11 Kemahiran Mengurus 40
2.12 Pengetahuan 41
2.13 Profesionalisme 43
2.14 Rumusan 45
BAB 3 METODOLOGI 47
3.1 Pengenalan 47
3.2 Reka Bentuk Kajian 47
3.3 Lokasi Kajian 48
3.4 Populasi dan Persampelan 49
3.4.1 Populasi 49
3.4.2 Persampelan 50
3.5 Prosedur Kajian 51
3.6 Instrumen Kajian 52
3.7 Ujian Rintis 54
3.7.1 Kesahan 55
3.7.2 Kebolehpercayan 55
3.7.3 Analisis Ujian Rintis 56
ix
3.8 Pentadbiran Soal Selidik 58
3.9 Kaedah Penganalisian Data 59
3.9.1 Statistik Deskriptif 59
3.9.2 Statistik Inferensi 60
3.10 Rumusan 61
BAB 4 ANALISIS DATA 62
4.1 Pengenalan 62
4.2 Analisis Ujian Normaliti 63
4.3 Maklumat Demografi Responden 68
4.4 Analisis Soal Selidik 71
4.4.1 Analisis Tahap Hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja
(PBK) 71
4.4.2 Analisis Domain yang Dominan dalam PBK 76
4.5 Pengujian dan Keputusan Statistik Inferensi 78
4.5.1 Perbezaan Domain Pengetahuan Mengikut Jantina
Pembimbing 78
4.5.2 Perbezaan Domain Kemahiran Praktikal Mengikut
Jantina Pembimbing 80
4.5.3 Perbezaan Domain Tanggungjawab Sosial Mengikut
Jantina Pembimbing 82
4.5.4 Perbezaan Domain Profesionalisme Mengikut Jantina 84
Pembimbing 84
4.5.5 Perbezaan Domain Kemahiran Komunikasi Mengikut
Jantina Pembimbing 86
4.5.6 Perbezaan Domain Kemahiran Penyelesaian Masalah
Mengikut Jantina Pembimbing 88
4.5.7 Perbezaan Domain Pembelajaran Sepanjang Hayat
Mengikut Jantina Pembimbing 92
4.5.8 Perbezaan Domain Kemahiran Mengurus Mengikut
Jantina Pembimbing 95
4.6 Rumusan 97
x
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 98
5.1 Pengenalan 98
5.2 Tahap Hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) 99
5.3 Domain Hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) 100
5.4 Perbezaan Domain Hasil PBK berdasarkan Jantina Pembimbing 103
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 105
5.6 Kesimpulan 105
RUJUKAN 108
LAMPIRAN 116
xi
SENARAI JADUAL
3. 1 Jumlah Saiz Sampel 50
3. 2 Skala likert 53
3. 3 Taburan item-item soal selidik kepada pembimbing 53
3. 4 Nilai kolerasi dan interpretasi daripada Rowntree (1981) 56
3. 5 Alpha Cronbach untuk Bahagian B soal selidik pembimbing. 57
3. 6 Maklumat responden kajian mengikut hospital 58
3. 7 Jadual interpretasi skor Min 59
3. 8 Ujian statistik bagi setiap persoalan kajian 60
4. 1 Ujian Normaliti Skewness dan Kurtosis 63
4. 2 Demografi pembimbing 70
4. 3 Skor Min item tahap hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) 71
4. 4 Skor min tahap hasil PBK 75
4. 5 Skor min keseluruhan bagi domain PBK 76
4. 6 Domain Pengetahuan dalam PBK 78
4. 7 Perbezaan domain pengetahuan antara pembimbing perempuan dan
pembimbing lelaki 79
4. 8 Domain Kemahiran Praktikal dalam PBK 80
4. 9 Perbezaan domain kemahiran praktikal dalam PBK antara pembimbing
perempuan dan pembimbing lelaki 81
4. 10 Domain tanggungjawab sosial dalam PBK 82
4. 11 Perbezaan domain tanggungjawab sosial dalam PBK antara pembimbing
perempuan dan pembimbing lelaki 83
4. 12 Domain Profesionalisme dalam PBK 84
4. 13 Perbezaan domain profesionalisme dalam PBK antara pembimbing
perempuan dan pembimbing lelaki 85
4. 14 Domain Kemahiran Komunikasi dalam PBK 86
xii
4. 15 Perbezaan domain kemahiran komunikasi dalam PBK antara pembimbing
perempuan dan pembimbing lelaki 87
4. 16 Domain Kemahiran Penyelesaian Masalah dalam PBK 88
4. 17 Perbezaan domain kemahiran penyelesaian masalah dalam PBK antara
pembimbing perempuan dan pembimbing lelaki 91
4. 18 Domain Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam PBK 92
4. 19 Perbezaan domain pembelajaran sepanjang hayat dalam PBK antara
pembimbing perempuan dan pembimbing lelaki 94
4. 20 Domain Kemahiran Mengurus dalam PBK 95
4. 21 Perbezaan domain kemahiran mengurus dalam PBK antara pembimbing
perempuan dan pembimbing lelaki 96
xiii
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka konsep kajian 18
2.1 Kerangka teori 23
2.2 Konsep Pelaksanaan PBK di industri 28
2.3 Proses kemahiran penyelesaian masalah 34
3.1 Prosedur Kajian 51
4.1 Taburan skor min domain pengetahuan dalam PBK 64
4.2 Taburan skor min domain kemahiran praktikal dalam PBK 65
4.3 Taburan skor min domain tanggungjawab sosial dalam PBK 65
4.4 Taburan skor min domain profesionalisme dalam PBK 66
4.5 Taburan skor min domain kemahiran komunikasi dalam PBK 66
4.6 Taburan skor min domain kemahiran penyelesaian masalah dalam PBK 67
4.7 Taburan skor min domain pembelajaran sepanjang hayat dalam PBK 67
4.8 Taburan skor min domain kemahiran mengurus dalam PBK 68
xiv
SENARAI SINGKATAN
PBK - Pembelajaran Berasaskan Kerja
WBL - Work-Based Learning
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KPTM - Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
SPSS - Statistical Package for Social Science
xv
SENARAI LAMPIRAN
A Soal selidik Pembimbing 117
B Pengesahan Pakar 128
C Surat Permohonan Kajian 137
D Surat Kebenaran Soal Selidik 139
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pelbagai kaedah pembelajaran telah diperkenalkan sama ada melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) atau Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM)
bagi memastikan sistem pendidikan negara mencapai tahap yang membanggakan dan
seterusnya melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani
seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran Negara (Sulaiman, 2012).
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha memperkenalkan
satu sistem pendidikan yang baru di Politeknik bagi memastikan sistem pendidikan
negara mencapai tahap yang membanggakan. Sistem pendidikan yang baru sahaja
diperkenalkan adalah dikenali sebagai Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK). Kini,
Politeknik sedang memperkasakan program Pembelajaran Berasas Kerja (PBK)
kerana 30 peratus program pembelajarannya berupaya membina jaringan kerjasama
dengan pihak industri (Rasalli, 2013). Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK)
merupakan salah satu usaha kerajaan bagi memastikan pendidikan di Malaysia juga
berkualiti seperti negara-negara maju yang lain. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan
2
Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar memberitahu, impak positif daripada PBK adalah
untuk meningkatkan peluang pelajarnya memperoleh pekerjaan. Menurut Md Noor
(2012) iaitu selaku Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti pula, PBK
merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan pembelajaran teori dan
amali secara serentak agar pelajar yang menjalani kursus yang membabitkan PBK
boleh memperoleh softskill yang diperlukan majikan pada masa kini. Softskill yang
diajarkan dalam PBK di industri juga lebih tertumpu kepada pengalaman yang
dimiliki oleh pembimbing di industri (Yusri, Rahimi & Shah, 2010). Selain itu, kelas
yang dikendalikan juga lebih bersaiz kecil dan dapat ditumpukan oleh pembimbing.
Kemahiran yang diterapkan kepada pelajar juga lebih berbentuk praktikal serta
berinteraktif tinggi (Zaidon, 2013).
Menurut Jaafar (2015), sehingga kini dianggarkan sebanyak 80 peratus
lulusan politeknik berjaya memperoleh pekerjaan selari dengan bidang pengajian
masing-masing dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Hal ini
disebabkan, objektif pelaksanaan PBK adalah menjurus dalam pembentukan kualiti
pelajar yang dihasilkan. Pihak kementerian pendidikan juga berhasrat untuk
meningkatkan PBK di semua 33 politeknik tanah air kepada tahap 75 peratus
menjelang tahun 2025. Pelaksanaan PBK secara lebih meluas akan mendekatkan
pihak industri dengan politeknik, sekali gus membantu politeknik melahirkan pelajar
yang memenuhi kehendak pasaran. PBK merupakan satu kaedah pembelajaran yang
memberikan pengalaman besar kepada pelajar dan memberi peluang yang lebih luas
kepada pelajar untuk menempatkan diri dalam bidang industri yang diceburi (Radzi,
2010). Namun, terdapat beberapa kekangan dalam pelaksanaan PBK ini yang
melibatkan tahap pencapaian hasil pembelajaran yang rendah terhadap program PBK
yang dijalani oleh pelajar politeknik, masalah hubungan dua-hala pihak Politeknik
dan industri, masalah penilaian, masalah pengurusan dan kadar kemasukan pelajar
untuk program PBK kurang memberangsangkan. Antara punca kepada berlakunya
masalah tersebut adalah disebabkan individu yang terlibat dengan PBK kurang
pengalaman dan pengetahuan mengenai objektifnya sehinggakan domain hasil PBK
tidak dapat dicapai dengan baik mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh
Malaysian Qualification Framework (MQF) (Watisin, 2011).
3
Kebanyakan institusi pendidikan berasaskan teknik dan vokasional di luar
negara telah melaksanakan kaedah PBK bagi memantapkan kemahiran dan
pengetahuan pelajar (Selamat, Ismail, Aiyub & Arifin, 2011). Walaubagaimanapun,
pelaksanaan PBK ini baru sahaja mula dipergiat di Malaysia bermula tahun 2007
bagi mencapai status negara maju setanding dengan negara-negara luar. Oleh itu,
kajian ini juga bertujuan mengenalpasti tahap hasil pembelajaran dalam PBK serta
domain hasil PBK yang dominan semasa di industri bagi pelajar Politeknik bidang
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan). Melalui kajian ini juga, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) boleh menggariskan domain hasil PBK yang dominan
dalam pelaksanaan PBK sekaligus memikirkan langkah yang berkesan untuk
meningkatkan tahap hasil pembelajaran PBK dalam kalangan pelajar serta
melahirkan pelajar berprestasi tinggi kelak. Domain hasil PBK yang disenaraikan
adalah mengenai pengetahuan, kemahiran praktikal, profesionalisme, tanggunjawab
sosial, kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus, pembelajaran sepanjang hayat
dan kemahiran penyelesaian masalah. Salah satu domain yang menjadi keutamaan
adalah domain pengetahuan. Domain pengetahuan memerlukan pelajar untuk
memperlihatkan pengetahuan mereka tentang konsep-konsep dan prinsip-prinsip
penting yang diperoleh semasa dalam fasa pembelajaran (Hall & Keynes, 2006).
Pengetahuan juga dilihat sebagai pengetahuan mengenai konsep-konsep dan prinsip-
prinsip teras dan saling berhubung dalam domain yang lain (Chinien, 2003). Kajian
ini menfokuskan domain terhadap pelajar bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Perubatan) kerana bidang ini dilihat berpotensi melonjak naik serta setanding
dengan bidang industri negara-negara maju seperti Jerman, Perancis dan Jepun.
Inovasi dan keunggulan Jerman dan Jepun dalam bidang kejuruteraan banyak
bergantung kepada kejayaan sistem pendidikan yang berteraskan teknik dan
vokasional (Esa & Md. Yunos, 2005). Di negara-negara maju tersebut, institusi
teknikal ialah pemangkin dan kayu ukur kemajuan bagi sesebuah negara. Hal ini
menunjukkan bahawa institusi pendidikan teknikal merupakan institusi yang dapat
mengimbangi keperluan tenaga kerja mahir yang diperlukan oleh industri.
Dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan sumber keperluan
tenaga kompeten yang dapat memenuhi kehendak majikan dan industri, Kementerian
Pendidikan Malaysia perlu mengambil inisiatif menambahbaik kekurangan PBK
4
yang sedia ada. Tujuannya adalah untuk memantap dan menyeragamkan pelaksanaan
PBK yang sedia ada di Malaysia (Abdullah, 2012). Para pelajar yang dilahirkan perlu
mempunyai kompetensi dan kemahiran pekerjaan untuk meningkatkan daya saing di
pasaran pekerjaan. Memiliki ijazah tinggi sahaja tidak menjamin pekerjaan
seseorang. Sebaliknya, para pelajar harus mempunyai pengetahuan yang relevan dan
terkini, pengalaman praktikal, kemahiran insaniah serta sikap yang positif untuk
melengkapkan diri sebelum berdepan cabaran dunia kerjaya sebenar. Untuk
meningkatkan tahap mampu kerja para pelajar, program PBK dalam latihan industri
ditambahbaik untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Hal ini disebabkan,
memiliki modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi adalah faktor
penting bagi Malaysia bagi mentransformasikan ekonominya ke arah mencapai status
negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Kerajaan terus
berusaha untuk meningkatkan bilangan graduan di semua bidang dan peringkat
pengajian. Namun begitu, usaha pertambahan bilangan graduan sahaja tidak
mencukupi tanpa melengkapkan graduan dengan kemahiran-kemahiran semasa yang
diperlukan oleh pihak industri dan para majikan. Oleh itu, PBK dalam latihan
industri memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari dunia pekerjaan sebenar
serta menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkat kebolehpasaran
diri.
1.2 Latar Belakang Masalah
Di Malaysia, terdapat sebanyak 36 buah politeknik dan empat buah daripada keseluruhan
politeknik merupakan politeknik premier. Politeknik Premier terdiri daripada Politeknik
Ungku Omar Ipoh Perak, Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang, Perak, Politeknik
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor dan Politeknik Ibrahim
Sultan, Pasir Gudang Johor (Portal Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik,
2016). Kini di Politeknik Premier, penganugerahan program Diploma Lanjutan dan
Ijazah Sarjana Muda secara home-grown adalah menggunakan pendekatan Work-Based
Learning (WBL) atau lebih dikenali sebagai Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) di
5
mana penyertaan daripada pihak ketiga iaitu pihak industri diambil kira dan dititik
beratkan. Hal yang demikian menunjukkan bahawa Jabatan Pengajian Politeknik amat
serius dalam mereka bentuk program pengajian yang ditawarkan. Perkara ini jelas dan
tepat bersandarkan kepada kepercayaan bahawa kemajuan bagi sesebuah negara pada
masa hadapan sangat bergantung kepada usaha semua pihak dalam melahirkan modal
insan yang berketerampilan, berdaya saing dan mempunyai nilai murni yang tinggi
yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara (Siraj, Yusof, Mohd Jamil &
Hussin, 2011).
Dalam pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK), kerjasama
pihak industri adalah amat penting kerana pelajar akan dihantar ke sesebuah industri
bagi menjalani latihan dan pembelajaran dalam suasana kerja yang sebenar.
Berdasarkan Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK), pihak industri perlu jelas
tentang peranan yang perlu dilaksanakan terhadap pelajar yang menjalani PBK.
Setiap elemen dan domain yang diterapkan adalah berdasarkan penggubalan sistem
kurikulum oleh pihak Politeknik bagi mencapai objektif dan hasil PBK. Namun
begitu, pelaksanaan PBK ini adalah sumbangan kira-kira 50 peratus daripada
kerjasama pihak industri. Kegagalan dalam pemantauan industri secara berterusan
dan tidak mengikut objektif PBK yang ditetapkan boleh menyebabkan program yang
menggunakan PBK tidak dilaksanakan seperti yang dirancang dan menghasilkan
pelajar yang tidak kompeten (Watisin, Ismail, Hisyam & Hashim, 2011). Kesediaan
pembimbing dalam membimbing pelajar-pelajar juga mempengaruhi kemahiran dan
pengetahuan setiap pelajar. Walaubagaimapun, terdapat analisis mengenai kesediaan
pembimbing menunjukkan bahawa pembimbing lelaki memberi komitmen yang
tinggi kepada pelajar perempuan dan lelaki. Manakala, pembimbing perempuan
memberi komitmen lebih kepada pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki
(Zaidon, 2013) Oleh itu, objektif PBK yang diterapkan semasa menjalani industri
adalah tidak mencapai tahap yang baik untuk melahirkan pelajar berkualiti.
Pihak industri sebagai pemantau ketika pelajar dalam proses pembelajaran
dalam dunia pekerjaan sebenar. Dianggarkan sebanyak 80 peratus lulusan politeknik
berjaya memperoleh pekerjaan selari dengan bidang pengajian masing-masing
selepas tamat pengajian (Rasid et al., 2010). Namun begitu, PBK masih belum
mendapat perhatian sepenuhnya dalam membantu melahirkan siswazah yang
6
memenuhi kehendak pasaran. Hal ini disebabkan, pencapaian tahap kebolehkerjaan
pelajar masih belum dapat dicapai dengan tahap yang memuaskan (Watisin, 2011).
Pengetahuan pelajar yang menjalani PBK juga tidak selaras dengan kurikulum yang
telah dibekalkan kepada pihak industri (Kamaruddin, 2013). Tambahan lagi,
pelaksanaan PBK juga masih kelihatan baru di dunia pendidikan di Malaysia.
Terdapat beberapa kekangan yang melibatkan tahap pencapaian pelajar yang
rendah terhadap program PBK, kemahiran kebolehkerjaan pelajar yang masih tidak
memuaskan oleh pihak majikan dan kadar kemasukan pelajar untuk program PBK
juga kurang memberangsangkan. Menurut Watisin (2011) antara punca kepada
berlakunya masalah tersebut adalah disebabkan pelajar yang terlibat dengan PBK
kurang pengetahuan mengenai objektif PBK dari sudut pelaksanaannya sehinggakan
domain hasil PBK tidak dapat dicapai dengan baik mengikut garis panduan yang
dikeluarkan oleh Malaysian Qualification Framework (MQF).
Pelaksanaan kurikulum bersandarkan orientasi pembelajaran berasaskan
pekerjaan merupakan proses pembelajaran sangat menitikberatkan kompetensi
bekerja, kompetensi keusahawanan dan kompetensi insaniah dengan nisbah dimensi
teori dan amali. Walaupun, di Negara maju seperti Amerika Syarikat sudah lama
memperkenalkan PBK ini tetapi masalah pencapaian matlamat dan domain hasil
PBK di Malaysia ini menjadi punca utama yang masih tidak dapat dibendung. Oleh
yang demikian, kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap hasil pembelajaran PBK
dan domain hasil PBK yang dominan dalam pelaksanaan PBK di Politeknik agar
siswazah yang dilahirkan berkualiti dan menepati kehendak industri dapat
dipertingkatkan.
Menurut Majlis Tindakan Ekonomi Negara pula, dalam perbincangan Study
on the Unemployment Situation in Malaysia (2003) mendapati bahawa terdapat
beberapa punca pengangguran dalam kalangan pelajar Politeknik. Antara punca
pengangguran ialah kekurangan latihan sebagai persediaan memasuki alam kerjaya,
kurangnya kualiti dan kebolehgunaan tenaga siswazah serta kekurangan kemahiran
siswazah dalam aspek-aspek tertentu seperti pengurusan bahasa kedua serta
kemahiran berkomunikasi (Rasid et al., 2010). Terdapat domain-domain yang
digariskan oleh MQF seperti pengetahuan, kemahiran komunikasi yang dilaksanakan
dalam PBK. Namun, masih tidak dilaksanakan sepenuhnya semasa PBK dijalankan.
7
Oleh itu, konsep kebolehpasaran harus diperhatikan dalam situasi sebegini kerana ia
dapat menggambarkan seseorang itu mampu bekerja dengan memiliki pengetahuan,
kemahiran dan ciri-ciri yang menjadikannya seseorang berguna dan bernilai pada
konteks tertentu pada alam pekerjaan kelak.
1.3 Penyataan Masalah
Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang
merangkumi pembelajaran berbentuk teori dan amali secara serentak di lapangan
kerja sebenar. Namun begitu, PBK baru sahaja dilaksanakan pada tahun 2007 di
Malaysia dan hanya melibatkan beberapa buah Politeknik sahaja. Menurut Hall &
Keynes (2006), pengalaman dalam PBK dapat membantu pelajar mengaplikasikan
kemahiran yang diperlukan dalam dunia pekerjaan. Disamping itu, PBK juga
membantu pelajar dalam membina tingkah laku dan sikap terhadap tanggungjawab
yang akan digalas dalam dunia pekerjaan sebenar. Namun, PBK ini masih tidak
dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Malaysian
Qualifications Framework (MQF) disebabkan majikan menyatakan bahawa terdapat
pelajar yang masih tidak dapat mengaplikasi pelajaran yang dipelajari semasa latihan
industri apabila memasuki dunia pekerjaan sebenar (Rasid et al., 2010). Majikan
melaporkan bahawa terdapat pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran
dan sikap yang diperlukan oleh sesebuah industri (Ball & Manwaring, 2010).
Politeknik menghadapi masalah dalam melaksanakan kaedah pembelajaran PBK
disebabkan pelajar yang sedang menjalani latihan industri tidak mengetahui dengan
jelas mengenai objektif pembelajaran (Ishak Awang & Mohd Dazali, 2014). Oleh itu,
kualiti pelajar yang dihasilkan juga tidak setaraf dengan permintaan industri dari segi
kemahiran, pengetahuan dan sikap terhadap pekerjaan yang akan diceburi (Watisin,
2011). Di Malaysia, domain hasil PBK masih belum dapat dicapai sepenuhnya dan
tidak cekap disebabkan kebanyakan pelajar masih tidak dapat menghubungkaitkan
keperluan pekerjaan dengan kurikulum yang terdapat di pusat pengajian walaupun
8
sudah menjalani PBK (Hasan, 2012). Menurut Watisin (2011), pelajar juga hanya
mempelajari yang disampaikan oleh tenaga pengajar dan hanya isi pelajaran
termaktub dalam silibus sahaja. Selain itu, pembimbing lelaki mampu membantu
pelajar dengan baik untuk melengkapkan diri dalam pembangunan kerjaya
berbanding pembimbing perempuan (, 2016). Bidang kejuruteraan juga merupakan
bidang yang didominasi oleh kaum lelaki, maka persepsi pembimbing mengenai
pencapaian pelajar juga adalah berbeza (Zaidon, 2013). Oleh itu, kajian ini
dijalankan untuk mengenalpasti tahap hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK),
domain hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) yang dominan semasa latihan
industri bagi pelajar Politeknik bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)
daripada sudut persepsi pembimbing. Ini adalah kerana domain hasil PBK telah
menjadi perhatian pelajar daripada bidang kemahiran dan menembusi
kebolehpasaran pelajar selepas bergraduasi.
1.4 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja
(PBK) dan domain hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) yang dominan
semasa latihan industri bagi pelajar politeknik bidang Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Perubatan) dan perbezaan domain hasil PBK berdasarkan jantina.
9
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan iaitu:
1. Mengenal pasti tahap hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) semasa
latihan industri bagi pelajar bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Perubatan) berdasarkan persepsi pembimbing.
2. Mengenal pasti domain hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) yang
dominan semasa latihan industri bagi pelajar Politeknik bidang Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Perubatan).
3. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan antara domain hasil Pembelajaran
Berasaskan Kerja (PBK) semasa latihan industri bagi pelajar politeknik
bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) dengan jantina
pembimbing.
1.6 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian telah dibentuk untuk mendapatkan jawapan terhadap
permasalahan kajian iaitu:
1. Apakah tahap hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) semasa latihan
industri bagi pelajar bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)
berdasarkan persepsi pembimbing?
2. Apakah domain hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) yang dominan
semasa latihan industri bagi pelajar Politeknik bidang Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Perubatan)?
3. Apakah perbezaan yang signifikan antara domain hasil Pembelajaran
Berasaskan Kerja (PBK) semasa latihan industri bagi pelajar Politeknik
bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) dengan jantina
pembimbing?
10
1.7 Skop Kajian
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja
(PBK) dan domain PBK yang dominan terhadap pelajar Politeknik bidang Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) semasa latihan industri. Kajian ini hanya
memberi tumpuan kepada lapan domain hasil PBK sahaja iaitu pengetahuan,
kemahiran praktikal, tanggungjawab sosial, profesionalisme, kemahiran komunikasi,
kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran
keusahawanan.
1.8 Batasan Kajian
Terdapat beberapa batasan bagi kajian yang dijalankan. Antaranya kajian ini hanya
tertumpu kepada satu kaedah sahaja iaitu menggunakan kaedah tinjauan dengan
mengedarkan borang soal selidik kepada pembimbing pelajar Politeknik bidang
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) yang pernah menjalani latihan industri
di hospital kerajaan sekitar Johor. Lokasi kajian di Johor pula menjadi tumpuan
kerana hospital kerajaan di sekitar zon selatan hanya terdiri daripada tiga negeri iaitu
Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Namun begitu, bilangan hospital kerajaan yang
terdapat di negeri Johor adalah paling tertinggi berbanding negeri Melaka dan Negeri
Sembilan (Portal Advance Pact Sdn.Bhd). Selain itu, tiga buah hospital di Johor telah
dipilih menjadi lokasi kajian iaitu Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Hospital
Mersing dan Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat. Hospital-hospital ini dipilih
kerana mempunyai peralatan mesin elektronik perubatan yang mencukupi untuk sesi
pembelajaran bagi pelajar politeknik bidang Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) dan
menurut pihak politeknik kebanyak pelajar dihantar di antara tiga buah hospital
tersebut bagi pelajar yang menjalani latihan industri di sekitar kawasan selatan. Oleh
itu, responden merupakan pembimbing industri pelajar politeknik yang menjalani
PBK di hospital-hospital tersebut. Instrumen kajian yang digunakan juga bergantung
11
kepada keihklasan dan kejujuran responden untuk menjawab. Responden
menentukan jawapan yang difikirkan betul berdasarkan pilihan jawapan yang
disediakan. Pengkaji membuat andaian bahawa responden memberi maklumat yang
tepat secara ikhlas dan jujur. Dapatan yang diterima dianalisis.
1.9 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja
(PBK) dan domain hasil pembelajaran Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) yang
dominan dalam latihan industri bagi pelajar politeknik bidang Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Perubatan). Terdapat beberapa kepentingan yang akan di dapati daripada
hasil kajian ini.
1.9.1 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Kementerian Pendidikan Tinggi boleh menjadikan dapatan kajian ini sebagai salah
satu input untuk menyediakan perancangan menerapkan keseluruhan domain hasil
pembelajaran yang berkesan terhadap Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK).
Diharapkan pihak pentadbiran KPT dapat membuat persediaan lengkap menghadapi
transformasi perlaksanaan PBK dan merangka strategi baru sekiranya terdapat
sebarang permasalahan timbul. Pihak KPT juga boleh membuat penambahbaikan
sekiranya perlu bagi memastikan perlaksanaan PBK berjaya.
12
1.9.2 Pentadbiran Politeknik
Maklumat melalui dapatan kajian ini menjadi panduan kepada pihak politeknik untuk
mengenalpasti domain hasil pembelajaran yang harus dipertingkatkan kualiti dalam
Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK). Pihak pentadbiran Politeknik perlu membuat
anjakan paradigm, perubahan minda dan mengatur program-program yang
bersesuaian untuk dijalankan dalam bentuk PBK dan sesuai membantu kejayaan
perlaksaan PBK.
1.9.3 Pelajar Politeknik
Hasil kajian ini boleh menjadi peransang kepada pelajar untuk bersungguh-sungguh
menjalankan PBK. Pelajar Politeknik yang menjalani PBK juga harus bersama-sama
membantu merealisasikan PBK supaya pelajar dapat memastikan diri mampu
bersaing dalam mendapatkan pekerjaan. Selain itu, pelajar juga mempersiapkan diri
dengan kemahiran teknikal dan kebolehkerjaan yang tinggi agar setanding dengan
kehendak majikan.
1.10 Definisi Istilah
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa istilah penting untuk
menerangkan mengenai kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji iaitu domain hasil
Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) dalam latihan industri terhadap pelajar
politeknik berdasarkan persepsi pembimbing. Berikut merupakan beberapa istilah
yang digunakan dalam kajian ini.
13
a) Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK)
Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan program yang dikendalikan
oleh politeknik dengan kerjasama industri dalam membantu pelajar belajar
dalam suasana kerja yang sebenar (Boud, 2001). PBK juga adalah bertujuan
untuk mewujudkan kemahiran dan kecekapan terhadap pelajar sebagai
persediaan menempuh alam pekerjaan (Watisin, Ismail, Hisyam, & Hashim,
2015). Dalam kajian ini, PBK merupakan satu program yang dijalani oleh
pelajar politeknik di industri dengan bimbingan pembimbing latihan industri
sebuah syarikat. PBK ini dijalankan selama enam bulan serta diisi dengan
pembelajaran secara teori dan amali.
b) Hasil pembelajaran
Hasil pembelajaran adalah pernyataan tentang apa yang dijangka boleh
diaplikasi, dianalisis atau boleh ditunjukkan oleh pelajar selepas tamat sesuatu
proses pembelajaran (Yusof, Ali & Salleh, 2013). Jangkaan apa yang pelajar
ketahui dan boleh dibuat setelah tamat mengikuti program pengajian juga
merupakan definisi bagi hasil pembelajaran (Sihes, 2011). Dalam konteks kajian
ini, hasil pembelajaran merupakan jangkaan mengenai pembelajaran yang dapat
diaplikasi, dianalisis atau mampu ditunjukkan oleh pelajar kepada pihak industri
dan juga politeknik. Hasil pembelajaran dalam PBK ini akan dinilai mengikut
rubrik yang telah disediakan oleh pihak politeknik.
c) Domain
Domain didefinisikan maklumat yang diketahui berkenaan bidang tertentu bagi
sesuatu penggunaan (Hashim, 2013). Selain itu, domain juga dikenali sebagai
pembahagian kawasan dan setiap domain mempunyai perincian tersendiri
(Darche, 2010). Dalam kajian ini, PBK digariskan dengan lapan jenis domain
yang dapat ditunjukkan oleh pelajar sepanjang menjalani PBK di industri. Lapan
14
jenis domain tersebut adalah pengetahuan, kemahiran praktikal, tanggungjawab
sosial, profesionalisme, kemahiran komunikasi, kemahiran penyelesaian
masalah, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran mengurus.
d) Domain Pengetahuan
Domain pengetahuan adalah merupakan pemahaman terhadap sesuatu yang
bersifat spontan tanpa mengetahuinya secara mendalam. Kajian ini mengkaji
domain pengetahuan pelajar politeknik dalam bidang Kejuruteraan Elektronik
(Perubatan) semasa PBK berdasarkan persepsi pembimbing di industri.
Pengetahuan juga adalah hasil daripada mengetahui dan terjadi setelah pelajar
melakukan penginderaan terhadap sesuatu perkara yang dilalui.
e) Domain Kemahiran Praktikal
Domain kemahiran praktikal merupakan kemahiran yang menunjukkan kaedah
tunjuk cara atau lebih dikenali sebagai demonstrasi. Kaedah ini merupakan satu
kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu pembimbing dan
juga pelajar politeknik. Dalam kajian ini, domain kemahiran praktikal akan
dilalui oleh pelajar dalam proses pengajaran yang disampaikan secara praktikal
oleh pembimbing industri.
f) Domain Tanggungjawab Sosial
Domain tanggungjawab sosial dalam pembelajaran merupakan salah satu usaha
untuk pelajar menyeimbangkan komitmen terhadap individu lain dan juga pihak
industri. Dalam kajian ini, domain tanggungjawab sosial merupakan cara pelajar
menunjukkan peranan yang baik kepada rakan seperjuangan dan masyarakat
semasa menjalani PBK bagi mewujudkan kesejahteraan sesebuah komuniti.
15
g) Domain Profesionalisme
Domain profesionalisme bermaksud sifat iaitu kemampuan, kemahiran dan cara
pelaksanaan sesuatu secara wajar serta dilakukan individu yang profesionalisme.
Dalam konteks kajian ini, pelajar mampu menunjukkan sifat-sifat iaitu
kemampuan, kemahiran dan cara melaksanakan tugasan dalam bidang
Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) secara professional.
h) Domain Kemahiran Komunikasi
Domain kemahiran komunikasi merupakan satu proses yang dilakukan oleh
individu dalam sesuatu kumpulan berdasarkan budaya setempat. Dalam kajian
ini, pelajar politeknik akan mengaplikasi kemahiran bukan lisan yang berkesan
kerana melibatkan gerak tubuh dan nada suara. Kemahiran ini juga bukan
berlaku di antara pelajar dan pembimbing sahaja tetapi dari pelbagai pihak iaitu
pihak industri. Pelajar menghadapi pelbagai situasi dan berkomunikasi dengan
baik supaya maklumat yang tepat dapat disampaikan dan diterima dengan jelas.
i) Domain Kemahiran Penyelesaian Masalah
Domain kemahiran penyelesaian masalah merupakan kemahiran yang
melibatkan pelajar secara aktif dalam kumpulan kecil dan teknik yang digunakan
adalah berbentuk menyelesaikan masalah. Dalam konteks kajian pula, pelajar
dapat menunjukkan penglibatan aktif semasa proses pembelajaran dijalankan
dan berdasarkan persepsi pembimbing pelajar dapat mengaplikasi konsep, teori
dan prinsip suatu pelajaran. Kemahiran penyelesaian masalah juga
menggalakkan pelajar politeknik berfikir secara kritis dan kreatif dalam
menyelesaikan masalah.
16
j) Domain Pembelajaran Sepanjang Hayat
Domain Pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu proses untuk
mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal
atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan. Dalam konteks kajian
yang dilaksanakan, pembelajaran sepanjang hayat merujuk kepada pelajar
berupaya meningkatkan pengetahuan dan kualiti pembelajaran dengan meneroka
ilmu-ilmu baru ketika di industri. Berdasarkan persepsi pembimbing mengenai
pembelajaran sepanjang hayat adalah pelajar mampu menambah ilmu dengan
cara tersendiri sama ada melalui teknologi dan sebagainya.
k) Domain Kemahiran Mengurus
Melalui kajian ini, domain kemahiran mengurus merupakan kemahiran yang
dimiliki oleh pelajar politeknik untuk melaksanakan tanggungjawab dan
mengurus sesuatu sehingga memperoleh keputusan yang baik dan terperinci.
Kemahiran mengurus memainkan peranan penting untuk membentuk sikap
positif seperti penglibatan pelajar untuk melakukan kerja amal, menunjukkan
bakat dan membentuk keyakinan diri.
17
1.11 Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka konseptual dibentuk bersesuaian dengan objektif kajian iaitu
mengenalpasti tahap hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) yang dilaksanakan
di Politeknik dan domain hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) yang dominan
dalam latihan industri bagi pelajar Politeknik bidang Kejuruteraan. Kerangka konsep
kajian bagi kajian ini adalah seperti dalam Rajah 1. . Dalam kerangka konsep yang
dibentuk, ia dilengkapi dengan lapan domain hasil PBK yang diaplikasikan di
industri. Domain-domain ini telah digariskan sebagai keperluan menghasilkan PBK
yang berkesan. Oleh itu, domain-domain ini dikaji berdasarkan persepsi pembimbing
terhadap pelajar yang menjalani PBK di industri untuk melihat dapatan yang
diperoleh.
18
Rajah 1. 1: Kerangka konsep kajian
Input Proses Output
PEMBELAJARAN
BERASASKAN
KERJA (PBK)
Rajah 1. 1:
Kerangka konsep
kajian
(Garis panduan
pembelajaran
berasaskan kerja
(pbk), 2016).
Adaptasi daripada
penyataan spady
(1994), geyser
(1999) dan killen
(2000).PEMBELAJ
ARAN
BERASASKAN
KERJA (PBK)
DOMAIN-DOMAIN
HASIL
PEMBELAJARAN
BERASASKAN KERJA
(PBK)
1. Pengetahuan
2. Kemahiran
praktikal
3. Tanggungjawab
sosial
4. Profesionalisme
5. Kemahiran
komunikasi
6. Kemahiran
menyelesaikan
masalah
7. Pembelajaran
sepanjang hayat
8. Kemahiran
mengurus
DOMAIN-DOMAIN
HASIL
PEMBELAJARAN
BERASASKAN KERJA
(PBK)
9. Pengetahuan
10. Kemahiran
praktikal
11. Tanggungjawab
sosial
Pembimbing
latihan
industri
Pembimbing
latihan
industri
19
1.12 Rumusan
Dalam bab ini, telah diperjelaskan satu persatu perkara-perkara yang menjadi asas
dan hala tuju kajian ini. Pengkaji telah menetapkan beberapa matlamat yang ingin
dicapai di akhir kajian ini. Pada masa yang sama, pengkaji turut menyatakan
kepentingan kajian dan batasan kajian. Di bahagian akhir bab ini, beberapa definisi
istilah penting telah dihuraikan bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam
mengenai kajian ini.
20
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam RMK-11, (2016–2020), pendidikan telah diletakkan sebagai salah satu
daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang bertujuan untuk
meningkatkan potensi pelajar supaya dapat menyokong pembangunan pengetahuan
dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional serta
paras produktiviti yang tinggi untuk melonjakkan negara ke arah mencapai status
negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Di samping itu,
pembangunan negara juga turut mengambil kira agenda kebolehpasaran siswazah
supaya negara mempunyai siswazah serba boleh, berkemahiran tinggi dan
membangun secara holistik memandangkan buat masa ini masih terdapat jurang yang
besar antara tahap kompetensi siswazah Malaysia dengan piawaian antarabangsa
(Che Yusoff, 2005). Selain itu, matlamat untuk membangunkan ekonomi berasaskan
pengetahuan memerlukan sumber manusia yang berkualiti dan dapat menyokong
serta menggerakkan ekonomi tersebut.
Dalam usaha negara ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti,
pendidikan sesebuah Negara harus menjalani satu lonjakan seperti yang termaktub di
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan yang moden seperti dinegara-
negara maju seperti United Kingdom telah melaksanakan Pembelajaran Berasaskan
Kerja (PBK) dalam tempoh yang sudah lama. Namun pelaksanaan PBK di Malaysia
21
ini baru sahaja mendapat perhatian bermula pada tahun 2007 (Watisini, 2011).
Beberapa buah politeknik dan kolej kemahiran sudah melaksanakan PBK ini dan
hasilnya agak baik tetapi masih menghadapi kekurangan seperti masalah hubungan
antara pihak industri dan politeknik.
2.2 Kerangka Teori Kajian
Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan pendekatan pembelajaran yang
menjurus kepada teori konstruktivisme. PBK telah dijadikan sebagai satu strategi
pendidikan yang telah diamalkan di seluruh dunia selama bertahun-tahun (Sweet,
2013). Dalam kajian ini, pengkaji hanya menumpukan kepada pembimbing sebagai
fokus kajian dan segala soal selidik adalah berdasarkan persepsi pembimbing
terhadap pelajar yang sedang atau pernah menjalani PBK. Berdasarkan kepada teori
konstruktivisme, satu kerangka teori kajian telah digunakan bagi menunjukkan teori
terhadap kajian yang dilaksanakan seperti Rajah 2. 1. Teori konstruktivisme ini
merupakan kemahiran yang dikaitkan dengan pengalaman pembimbing. Pembimbing
yang berpengalaman akan berkongsi pengetahuan kepada pelajar secara terus dan
terperinci (Zaidon, 2013). Disamping itu, implikasi daripada teori konstruktivisme
ini mencetuskan pembentukan keterampilan pelajar apabila guru dapat mengaplikasi
pengajaran yang baik (Nizar, 2006). Kelebihan daripada pembelajaran berasaskan
teori konstruktivisme ini dapat membentuk kemahiran-kemahiran yang diperlukan
apabila berada dalam dunia pekerjaan kelak kerana pembelajaran ini memupuk
pembelajaran secara meneroka (Esa, Ismail, Yasak, & Mohamad, 2010). Melalui
pendekatan ini, pembimbing atau pengajar boleh membina keyakinan pelajar agar
boleh menghadapi masalah atau menyelesaikan masalah dengan sistematik
berdasarkan pengetahuan yang diperolehi. Teori konstruktivisme menyatakan
bahawa pelajar tidak menganggap guru hanya sebagai pemberi maklumat tetapi guru
juga sebagai tempat sumber pengetahuan untuk membantu pelajar mencari maklumat
dan peransang untuk pelajar berfikir dan berkomunikasi (Ismail & Atan, 2011). Teori
22
konstruktivisme ini juga dilihat amat berkait rapat dengan kemahiran kebolehkerjaan.
Kemahiran kebolehkerjaan yang telah digariskan adalah merupakan domain-domain
yang terkandung di dalam PBK. Antara kemahiran yang merupakan kemahiran
keboleh kerjaan adalah kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang
hayat, profesionalisme, pengetahuan, kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus
dan praktikal serta tanggungjawab sosial. Kesemua kemahiran ini amat berkaitan
rapat dalam pembentukan sahsiah individu di dalam pekerjaan mahupun pelajaran.
Kemahiran-kemahiran ini akan dibincangkan lebih lanjut di dalam bab ini.
23
Pembelajaran Berasaskan Kerja
(PBK)
Teori Konstruktivisme
Kemahiran Kebolehkerjaan
Rajah 2. 1: Kerangka teori
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran bukan lisan yang
melibatkan gerak tubuh dan nada
suara
Kemahiran Penyelesaian Masalah
Teknik berkumpulan menyelesaikan
masalah
Kemahiran Mengurus dan
praktikal
Melaksanakan tanggungjawab dan
mengurus sesuatu serta menuruti
prosedur
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kemahiran yang diperoleh dari segi
formal ataupun tidak formal
Profesionalisme
Kemampuan profesionalisme dalam
sesuatu bidang Tanggungjawab Sosial
Peranan yang baik dalam suatu
komuniti Pengetahuan
Kefahaman dalam sesuatu bidang
yang diceburi
24
2.3 Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK)
Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang
jelas memberikan pengalaman yang besar kepada pelajar dan memberikan mereka
peluang yang lebih luas untuk menempatkan diri dalam bidang industri yang mereka
ceburi (Polat, 2009). PBK boleh didefinisikan sebagai proses pembelajaran yang
dilaksanakan dengan kerjasama antara institusi dengan pihak industri, iaitu proses
pembelajaran pelajar secara praktikalnya dilaksanakan sepenuhnya di industri
(Hasan, 2012). Institusi yang terlibat di dalam kajian ini ialah Politeknik
Kementerian Pengajian Malaysia yang menjalankan program Diploma Lanjutan
dengan menggunakan pendekatan PBK. Manakala pihak industri yang terlibat pula
ialah pihak industri yang menjalinkan perjanjian kerjasama bagi melaksanakan
program tersebut.
Kajian yang lebih luas telah dilakukan di luar Negara seperti United
Kingdom. Di Malaysia kajian mengenai PBK masih lagi terhad. Berdasarkan kajian
Hasan (2012), beberapa kemahiran dapat dibina melalui PBK. Kemahiran
berinterkasi dengan orang lain, meneroka alam pekerjaan dengan lebih mendalam,
membina kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang terdapat di tempat kerja dan
memindahkan ilmu teori terhadap praktikal yang dilalui. Kemahiran-kemahiran ini
adalah membantu dalam proses meningkatkan kualiti pelajar terutamanya pelajar
dalam bidang teori mahupun teknik dan vokasional. Selain itu, kemahiran pekerjaan
seperti perancangan tindakan, penglibatan dalam mesyuarat, perhubungan,
pencapaian matlamat kerja dan sebagainya dapat dipupuk ketika menjalani PBK
(Dason, Hamzah, & Udin, 2012).
PBK merupakan pendekatan pembelajaran yang menuju kepada teori
konstruktivisme dan telha dijadikan sebagai salah satu strategi pendidikan yang telah
diamalkan di seluruh dunia. PBK sesuai diaplikasi kepada pendidikan teknik dan
vokasional tetapi bukan program yang menjurus kepada akademik seperti sains
ekonomi dan perniagaan (Ball & Manwaring, 2010). Bagi menghasilkan pendidikan
yang berkesan untuk menyediakan individu yang berkemahiran serta memenuhi
kemahiran industri maka suatu pembelajaran hasil kerjasam industri perlu
diwujudkan (Ismail & Atan, 2011).
108
RUJUKAN
Abdullah (2012). Sebuah sorotan terhadap komuniti pembelajaran profesional
sebagai asas penambahbaikan penambaikan sistem pendidikan.Universiti
Malaya: Tesis Sarjana.
Abu Bakar (2012). Tahap Kemahiran “Employability” Banduan Pra Bebas Di
Kompleks Penjara Kluang, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah
Sarjana.
Ali & Man (2011). Pembinaan Perisian Pembelajaran Berpandukan Komputer (PBK)
Jenis Tutorial Berasaskan Teori Konstruktivisme Matematik Tingkatan Satu – “
Fraction”. Jurnal of Science & Mathematics Educational, 2(6), 51–66.
Azman (2005). Proses Penyelesaian Masalah. Universiti Putra Malaysia: Tesis
Ph.D.
Baharom (2008). Tahap keyakinan banduan yang menjalani program perusahaan
dan vokasional di penjara kajang untuk hidup berdikari selepas dibebaskan.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Balli & Razzaly (2011). Instrumen Penilaian Bagi Pengiktirafan Pengalaman
Pembelajaran Terdahulu ( Pppt ) Dalam Konteks Pembelajaran Sepanjang
Hayat : Transformasi Pendidikan Politeknik Di Malaysia. Persidangan
Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik
Dan Vokasional. 5-10.
Ball & Manwaring (2010). Making it work: a guidebook exploring work-based
learning. 1st ed. Quality Assurance Agency For Higher Education: University
of Dundee.
109
Borhan (2009). Penerapan Kemahiran Generik Dalam Kokurikulum di Kalangan
Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, UTM.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ph.D.
Brennan, J., & Little, B. (1996). A Review of Work Based Learning in Higher
Education. Quality Support Centre: The Open University.
Che Yusoff, M. (2005). Kajian Kecenderungan Pemilihan Kerjaya Di Kalangan
Siswazah. Jurnal Pengurusan Awam, 4(1), 36–45.
Chinien, C. (2003). The Use Of Icts In Technical And Vocational Education And
Training Unesco. Institute for Information Technologies in Education:
UNESCO.
Darche, S. (2010). Defining Work-Based Learning. Senior Research Associate.
Dason, A., Hamzah, R., & Udin, A. (2012). Satu Hala Tuju Pendidikan Teknik dan
Vokasional ke arah Memartabatkan Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan
Teknik dan Vokasional 6(2), 1–13.
Esa & Md. Yunos (2005). Peningkatan kemahiran bakal pensyarah politeknik
menerusi kursus pengurusan kokurikulum. Jurnal Sains Sosial, 3, 6–16.
Esa (2008). Citra Kokurikulum. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Penerbit
UTHM.
Esa, Ismail, Yasak, & Mohamad. (2010). Nilai Tambah Bagi Pelatih Pensyarah
Institut Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional (PLTV) Menerusi
Kursus Pengurusan Kokurikulum. Seminar Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan
Vokasional,1–8.
Fun, S. K. (2007). Keberkesanan Kerja Berpasukan dan Kepuasan Kerja Ketua
Panitia dalam Jabatan Bahasa dan Sains Sosial di Sekolah Menengah Daerah
Pontian. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ijazah Sarjana.
Guat, T. M. (2013). Komunikasi Interpersonal dalam Kalangan Pelajar Institusi
Pendidikan Guru Semasa Praktikum. Jurnal Penyelidikan IPBL, 11, 1–17.
110
Hamzah & Osman (2016). Hubungan Kesediaan Pembimbing Dalam Pembelajaran
Berasaskan Blended Learning Berdasarkan Jantina dan Program. Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 4(2), 4-7
Hamdan (2005). Tahap Minat, Pengetahuan Dan Kemahiran, Latihan Guru Dan
Beban Tugas Guru Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah
Pontian, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ph.D.
Hanafi, S. (2015). Kesediaan Pelajar dari Aspek Kemahiran Teknikal Terhadap
Pembentukan Kebolehkerjaan di Kolej Vokasional Wilayah Selatan.Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana.
Harun H. (2006). Minat, motivasi dan kemahiran mengajar guru pelatih. Jurnal
Pendidikan, 31, 83–96.
Hasan (2012). Instrumen Penilaian Pembimbing Dalam Pelaksanaan Pembelajaran
Berasaskan Kerja Pelajar Di Industri. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Ph.D.
Hashim, R. (2013). Memenuhi Aspirasi Kemahiran Berfikir dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menerusi inkuiri dan pedagogi
filosofiyyah dalam kalangan guru. Persidangan Majlis Dekan Fakulti
Pendidikan, 1–10.
Hassan, S. C. (2010). Penguasaan Kemahiran Insaniah ( Kemahiran Keusahawanan
) Dalam Kalangan Guru Sekolah Di Malaysia. Universiti Teknologi Mara:
Tesis Ijazah Sarjana.
Ibrahim & Halim (2008). Latihan industri: keberkesanan terhadap peningkatan
kemahiran pelajar fesyen dan pakaian dipoliteknik ibrahim sultan. e-Proceeding
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017, 345-
356.
Idris, R., Ariffin, S. R., & Ishak, N. (2009). Pengaruh Kemahiran Generik dalam
Kemahiran Pemikiran Kritikal,Penyelesaian Masalah dan Komunikasi Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), MJLI 6, 103–140.
111
Ishak Awang & Mohd Dazali (2014). Tahap Kemahiran Komunikasi Dalam
Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Ipta Di Utara Semenanjung
Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, Vol. 4, 44–56.
Ismail, A. & Aliman, Z. (2011). Pengenalan kepada pembelajaran berasaskan kerja
(work based learning). Prosiding PERKEM VI 4, 1158-1170.
Ismail. (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia : Tinjauan
dari Perspektif Majikan Study on Employability of Graduates in Malaysia : A
Survey of Employer Perspectives. Prosiding PERKEM VII, 2(2012), 906–913.
Ismail, S. & Atan, A. (2011). Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah Dalam
pengajaran Mata Pelajaran Teknikal dan Vokasional di Fakulti Pendidikan
UTM. Journal of Education Psychology and Counseling 2, 113–144.
Ismail, A., Hasbullah, K., Abu Bakar (2016). Amalan Komunikasi Dalam Program
Mentoring: Pemindahan Pengetahuan,Kemahiran Dan Kebolehan Memainkan
Peranan Bersyarat Dalam Organisasi. Jurnal Pendidikan UM, 344-360.
Kamaruddin, H. (2013). Faktor Tekanan Kerja Dalam Kalangan Kakitangan. Open
University Malaysia: Laporan Ijazah Sarjana Muda.
Mangkau, I. D. (2012). Penguasaan Kemahiran Komunikasi Dalam Kalangan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ( UTHM ). Prosiding Seminar
Pendidikan Pasca Siswazah Dalam PTV 2, 40–59.
Mansor (2011). Tahap Pengetahuan Dan Penggunaan Internet Dalam Mencari
Maklumat Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di Sekolah-Sekolah Menengah Di
Kuantan. Universiti Putra Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana.
Md Ali, A. (2009). Persepsi Pekerja Terhadap Strategi Pembangunan Kerjaya dalam
Organisasi: Satu Kajian di Johor Corporation, Johor Darul Takzin. Amalan
Latihan Dan Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia, 254–283.
112
Mohamad, A. B. H. (2009). Tahap Komunikasi dalam Bahasa Arab dalam Kalangan
Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia, Prosiding Pembangunan
Kerjaya 1(1), 1–14.
Mohamad, A. M. (2010). Kelemahan penguasaan kemahiran di kalangan pelajar:
pedagogi dan teknologi sebagai pendekatan penyelesaian. Prosiding PEPP, 66–
78.
Mohd Ghazali, S. Z., & Ismail, A. (2013). Kaitan antara latihan pengurusan bakat
dengan prestasi kerja dalam sektor perbankan Islam. Prosiding PERKEM VIII,
1, 101–111.
Mtebe, J. S. (2014). Implementation Of A Work-based Learning Model.
Manufacturing Advocacy and Growth Network.
Mumtaz, I., & Che, B. (2013). Pelaksanaan Pengajaran Pensyarah Tiada Kelayakan.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Laporan Sarjana.
Nasharudin, N. & Harun, H. (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam
Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 35(1), 11–17.
Nizar, N. (2006). Ketrampilan Kemahiran Teknikal Graduan Institusi Kemahiran
Belia Negara (IKBN). Universiti Sains Malaysia: Tesis Ph.D.
Omar & Bing (2005). Perkembangan profesional guru secara berterusan: Perspektif
pembangunan sumber manusia. Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya,
2(2), 79–95.
Osman, Iksan & Halim (2007). Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di kalangan
Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan, 32, 39–60.
Othman, Salleh, Al-Edrus & Sulaiman (1983). Perlaksanaan Pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Pengalaman ( PBL Dan POBL ) Bagi Meningkatkan
Kemahiran Insaniah Pelajar. Prosiding SKIS, 107–118.
113
Pallant, J. (2011). SPSS Survival Manual. Allen & Unwin 4th Edition: National
Library of Australia.
Polat, U. (2009). Making perceptual learning practical to improve visual functions.
Vision Research 49, 2566-2573.
Radzi, S. M. (2010). Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi melalui pembelajaran
berasaskan masalah musliha salma bt mohd radzi universiti teknologi malaysia.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana.
Rasalli, R. I. Z. (2013). Cabaran Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat Ke
Arah Memperkasakan Kolej Komuniti: Satu Tinjauan Di Kolej Komuniti
Ledang. Universiti Malaysia Kelantan: Tesis Ijazah Sarjana.
Rasid et al. (2010). Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Tempat Kerja (Work
Based Learning):Perspektif Industri Yang Terlibat. World Congress on Teacher
Education for TVET in Conjunction with World Teachers Day Celebration,
5(10), 396–411.
Razak, N. A., Jaafar, S. N., Hamidon, N. I. & Zakaria, N. (2014). Leadership Styles
of Lecturer’s Technical and Vocational in Teaching and Learning. Journal of
Education and Practice, 6(13), 154–158.
Selamat, Ismail, Aiyub & Arifin (2011). Penilaian Aktiviti Kokurikulum Berkredit
Berasaskan Kontrak Pembelajaran di UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 14,
101–116.
Sharudin. (2008). Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Dalam Bengkel Vokasional Di Dua Buah Sekolah Menengah
Teknik Di Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah
Sarjana.
Sihes, A. J. (2011). Konsep Pembelajaran. Universiti Putra Malaysia: Penerbit UPM.
Siraj, S. (2004). Pembelajaran Mobile dalam kurikulum masa depan. Jurnal
Pendidikan, Journal on Isues of Education, 27(7), 129–141.
114
Siraj, S., Yusof, F., Mohd Jamil, M. R & Hussin, Z. (2011). Elemen Nilai Berasaskan
Hubungan: Suatu Kajian Terhadap Keperluan Pelajar Kejuruteraan Yang
Mengikuti Pengajian Berasaskan Work-Based Learning (WBL) Politeknik
Malaysia, Seminar Pendidikan 5(6), 156-166
Som, H. M. (2007). Globalization and Educational Challenges. Masalah Pendidikan,
31(1), 91–102.
Sulaiman, N. (2012). Amalan pensyarah dalam perlaksanaan pendidikan berasaskan
hasil (OBE) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana.
Sweet, R. (2013). Work-based learning : Why ? How ?. Revisiting Global Trends in
TVET: Reflections on Theory and Practice, 164–203.
Syed Ismail al-Qudsy, Ab. Rahman & Mohd Zain (2009). Pengukuhan Nilai Dan
Profesionalisme Di Kalangan Penjawat Awam Ke Arah Efektif Governan Di
Malaysia. Jurnal Syariah, 17(3), 559–592.
Syed Salim, S. S. & Nasir, R. (2010). Emotional Competence Inventory (ECI).
Jurnal E-Bangi, 5(1), 53–68.
Syukor (2011). Tinjauan Pustaka. Universitas Sumatera Utara: Tesis Ijazah Sarjana
Hall, W., Keynes, M. (2006). Work-based learning : models and approaches. The
Open University.
Tremblay, K., Lalancette, D., & Roseveare, D. (2013). Assessment of Higher
Education Learning Outcomes (AHELO) Feasibility Study. Feasibility Study
Report: OECD.
Watisin. (2011). Pelaksanaan Program Pembelajaran Berasaskan Kerja Di Kolej
Komuniti Bukit Beruang Melaka: Satu Kajian Kes. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana.
Watisin, Ismail, Hisyam, & Hashim. (2015). The problems of bilateral relations
between educational institutions and industrial committee towards Work-Based
115
Learning in Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 172, 352–
358.
Yaacob, N. R. (2007). Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat. Pendidik
Dan Pendidikan (22), 161–172.
Yahaya, A., Yow, K. G., & Abdul, A. H. (2003). Keberkesanan Program Akhlak di
Sekolah Henry Gurney Tunas Bakti. Nilai Dalam Komuniti Pasca Modenisme.
119-125.
Yahya, R. (2010). Keberkesanan Konsep Kendiri dalam Pembelajaran &
Pengajaran (P&P) Secara Problem Based Learning (PBL) dalam kalangan
Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau (PMM). Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana.
Yusof, A. M., Ali, M. M. & Salleh, A. M., (2013). Pendidikan vokasional pelajar
berkeperluan khas ke arah memenuhi pasaran pekerjaan, Proceeding of the
International Conference On Social Science Research 6, 1189–1196.
Yusri, G., Rahimi, N. M., & Shah, P. M. (2010). Sikap Pelajar Terhadap
Pembelajaran Kemahiran Lisan Bahasa Arab Di Universiti Teknologi MARA
(UiTM). GEMA Online Journal of Language Studies, 10(3), 15–33.
Zaidon. (2013). Kesediaan Pembimbing Dalam Pelaksanaan Program Pembelajaran
Berasaskan Kerja (PBK) di Proton Holdings Berhad, Shah Alam, Selangor.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana.
Zaidatol, Lope & Elias (2004). Keupayaan Usahawan Bumiputera Melaksanakan
Kemahiran Keusahawanan, Satu Kajian Kes, 12(1), 61–70.
top related