tanam semula online (tsonline)s(ya3bbq45ey51lnnywr0rvv2... · klik di menu laman utama untuk...
Post on 16-Sep-2019
9 Views
Preview:
TRANSCRIPT
2010
DISEDIAKAN UNTUK:
Rubber Industry Smallholders
Development Authority
(RISDA)
DISEDIAKAN OLEH:
Mutiara I-Tech Sdn Bhd
Tanam Semula Online (TSOnline)
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 2
Contents
1.0 Halaman Login Pengguna TSOnline ................................................................................................. 3
1.1 Lupa Katalaluan ............................................................................................................................. 4
1.2 Paparan untuk mendaftar pengguna baru bagi Individu .............................................................. 4
1.3 Paparan untuk mendaftar pengguna baru bagi Syarikat .............................................................. 6
1.4 Login ke TSOnline .......................................................................................................................... 7
2.0 Kemaskini Maklumat Peribadi (Profail) .......................................................................................... 10
2.1 Paparan untuk mendaftar mengemaskini maklumat peribadi bagi pengguna yang berdaftar
sebagai Individu ...................................................................................................................................... 10
2.2 Paparan untuk mendaftar mengemaskini maklumat peribadi bagi pengguna yang berdaftar
sebagai Syarikat ...................................................................................................................................... 11
3.0 Permohonan Tanam Semula ........................................................................................................... 13
3.1 Langkah 1: Melengkapkan maklumat peribadi pemohon .......................................................... 13
3.1.1 Permohonan Tanam Semula untuk tanah milik sendiri ...................................................... 13
3.1.2 Permohonan Tanam Semula untuk tanah bukan milik sendiri .......................................... 14
3.2 Langkah 2: Melengkapkan butir-butir kebun .............................................................................. 16
3.2.1 Pengishtiharan kebun/kebun-kebun milik pemohon. ........................................................ 16
3.2.2 Maklumat pemilik/pemilik-pemilik/waris/Pemegang Amanah. ......................................... 25
3.2.3 Perlantikan Wakil ................................................................................................................ 27
3.2.4 CadanganTemujanji. ........................................................................................................... 28
3.3 Langkah 3: Perakuan pemohon .................................................................................................. 29
4.0 Membatalkan Permohonan ............................................................................................................ 32
5.0 Pengesahan Temujanji .................................................................................................................... 33
6.0 Permohonan yang telah selesai ...................................................................................................... 33
7.0 Carian Permohonan ........................................................................................................................ 34
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 3
1.0 Halaman Login Pengguna TSOnline
Buka ‘Internet Explorer” dan taip di ruangan alamat URL :
(a)202.190.123.214/TSOnline_v5/login.aspx(bagi yang melayari luar dari pejabat RISDA)
(b)10.83.0.46/TSOnline_v5/login.aspx(bagi yang melayari di pejabat RISDA)
Skrin akan memaparkan halaman Login pengguna TSOnline seperti gambarajah
dibawah.
Gambarajah: Halaman login pengguna TSOnline
Sekiranya anda belum lagi berdaftar ,sila klik di link ‘DAFTAR DISINI’.
Skrin akan memaparkan muka ‘Daftar Pengguna’. Sila rujuk 1.2 dan 1.3 untuk cara-cara
pendaftaran pengguna.
Sekiranya anda telah berdaftar tetapi lupa katalaluan, sila klik di link ‘Anda lupa
katalaluan? Sila KLIK DISINI ‘ untuk mengetahui kembali kata laluan anda.Katalaluan
anda akan diberi melalui SMS dan EMAIL. Sila rujuk 1.1 untuk cara-cara mendapatkan
semula katalaluan.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 4
1.1 Lupa Katalaluan
Sekiranya anda telah berdaftar tetapi lupa katalaluan, sila klik di link ‘Anda lupa
katalaluan? Sila KLIK DISINI ‘ di halaman login pengguna TSOnline untuk mengetahui
kembali kata laluan anda.Katalaluan anda akan diberi melalui SMS dan EMAIL.
Setelah klik pautan ‘SILA KLIK DISINI’, Skrin yang akan dipaparkan adalah seprti di
bawah.
Gambarajah: Halaman ini digunakan oleh pengguna untuk mendapatkan semula katalaluan pengguna.
Sila masukkan id pengguna anda di ruang yang di sediakan.
Klik butan ‘Hantar’ untuk mendapatkan kembali kata laluan anda. SMS akan dihantarkan
ke no telefon bimbit pengguna tersebut yang telah didaftarkan di dalam sistem
TSOnline.
Klik butang ‘Tutup’ di bahagian atas skrin untuk kembali ke halaman login pengguna
TSOnline.
1.2 Paparan untuk mendaftar pengguna baru bagi Individu
Sekiranya anda belum lagi berdaftar ,sila klik di link ‘DAFTAR DISINI’ yang berada di
halaman login pengguna TSOnline.
Sistem akan memaparkan borang pendaftaran pengguna untuk dilengkapkan oleh
pengguna. Gambarajah dibawah akan memaparkan borang pendaftaran bersama-sama
penerangan bagi setiap maklumat yang diperlukan di dalam borang pendaftaran
pengguna tersebut.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 5
Gambarajah: Borang pendaftaran pengguna individu beserta penerangan bagi setiap maklumat yang
diperlukan.
Semua ruangan yang mempunyai tanda * wajib di lengkapkan oleh pengguna. Sekiranya
pengguna terlupa mengisi ruangan tersebut, mesej amaran akan di paparkan dan
pendaftaran tidak akan diteruskan.
Bagi ruangan yang bertanda **, ruangan ini perlu la di isi salah satu. Ini adalah untuk
memudahkan pihak RISDA menghubungi pemohon.
Sila pilih jenis pengguna sebagai
Individu. Paparan borang berbeza
mengikut jenis pengguna.
Sistem akan memeriksa pengkalan
data samada anda telah berdaftar
atau belum apabila anda
memasukkan no pengenalan anda.
Sila pilih jenis kad
pengenalan anda.
Sistem akan
menggunakan no kad
pengenalan anda
sebagai id pengguna
secara automatik.
Panjang Kata laluan yang di
benarkan adalah tidak kurang
daripada 12 aksara dan mestilah
melebihi atau sama dengan 6
aksara
Butang hantar tidak akan
berfungsi sekiranya id pengguna
yang anda masukkan telah wujud
di pengkalan data
klik Tutup untuk kembali ke
paparan Login pengguna.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 6
1.3 Paparan untuk mendaftar pengguna baru bagi Syarikat
Gambarajah: Borang pendaftaran pengguna syarikat beserta penerangan bagi setiap maklumat
yang diperlukan.
Semua ruangan yang mempunyai tanda * wajib di lengkapkan oleh pengguna. Sekiranya
pengguna terlupa mengisi ruangan tersebut, mesej amaran akan di paparkan dan
pendaftaran tidak akan diteruskan.
Bagi ruangan yang bertanda **, ruangan ini perlu la di isi salah satu. Ini adalah untuk
memudahkan pihak RISDA menghubungi pemohon.
Sila pilih jenis pengguna sebagai
Syarikat. Paparan borang berbeza
mengikut jenis pengguna.
Sistem akan memeriksa pengkalan
data samada anda telah berdaftar
atau belum apabila anda
memasukkan no syarikat anda.
Masukkan no syarikat
anda.
Sistem akan
menggunakan no
syarikat anda sebagai
id pengguna secara
automatik.
Panjang Kata laluan yang di
benarkan adalah tidak kurang
daripada 12 aksara dan mestilah
melebihi atau sama dengan 6
aksara
Butang hantar tidak akan
berfungsi sekiranya id pengguna
yang anda masukkan telah wujud
di pengkalan data
klik Tutup untuk kembali ke
paparan Login pengguna.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 7
1.4 Login ke TSOnline
Sebelum login ke TSOnline pastikan anda telah berdaftar sebagai pengguna TSOnline
terlebih dahulu. Kemudian masukkan id pengguna dan katalaluan anda di tempat yang
disediakan.
Gambarajah: Halaman login pengguna TSOnline
Untuk memasuki sistem ini, klik butang ‘Masuk’.
Pastikan ‘Id Pengguna’ dan ‘Katalaluan’ yang dimasukkan tepat. Sekiranya tidak tepat,
satu mesej pemberitahuan akan di paparkan
Gambarajah: Paparan mesej pemberitahuan sekiranya id pengguna dan katalaluan tidak tepat.
Sekiranya anda lupa katalaluan sila dapatkan katalaluan anda semula. Sila rujuk 1.1
Sekiranya anda adalah pengguna baru dan ‘Id Pengguna’ serta ‘Katalaluan’ di masukkan
adalah tepat, anda akan dibawa masuk ke dalam system TSOnline dan satu paparan
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 8
mesej akan memberitahu anda bahawa anda adalah pengguna baru dan perlu
mengemaskini maklumat profail terlebih dahulu seperti gambarajah dibawah.
-
Gambarajah: Mesej pemberitahuan kepada anda mengenai status pengguna dan arahan untuk meminta anda
mengemaskini maklumat peribadi anda.
Anda perlu melengkapkan maklumat peribadi anda untuk meneruskan proses seterusnya. Ini
adalah penting kerana maklumat peribadi anda akan di perlukan dalam proses permohonan
kelak. Sila rujuk 2.0 untuk cara-cara mengemaskini maklumat peribadi anda.
Sekiranya anda bukan pengguna baru anda akan dibawa ke halaman utama TSOnline. Sila rujuk
gambarajah berikut.
Untuk ke laman utama,
klik di menu laman utama
Untuk kemaskini profie
anda, klik disini
Untuk membuat permohonan
tanam semula yang baru, klik di
sini
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 9
Gambarajah: halaman utama TSOnline.
- Bagi pengguna baru, laman utama anda akan kosong seperti rajah di atas. Tetapi, sekiranya anda
pernah atau sedang membuat permohonan, kesemua maklumat mengenai permohonan
tersebut akan di paparkan di paparan ini.
Gambarajah: Senarai permohonan yang sedang di dalam prosess penyediaan dan telah dihantar
diapaparkan mengikut status permohonan.
Untuk membuat
pengesahan lawatan
kebun, klik disini Carian ini adalah untuk memudahkan pengguna
mencari permohonan yang pernah atau sedang di
lakukan oleh pengguna. Carian adalah
berdasarkan kad pengenalan atau no
permohonan.
Untuk keluar dari sistem,
klik disini
Sistem akan memaparkan permohonan
mengikut status permohonan tersebut. Ini bagi
memudahkan pengguna mengetahu status
permohonannya
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 10
2.0 Kemaskini Maklumat Peribadi (Profail)
Maklumat peribadi adalah amat penting untuk dilengkapkan oleh anda. Ini adalah kerana
maklumat tersebut akan digunakan semasa proses permohonan tanama semula. Disamping itu,
maklumat ini juga akan digunakan oleh pihak RISDA untuk untuk memaklumkan status
permohonan anda.
Paparan borang kemaskini profail adalah berdasarkan jenis pendaftaran pengguna iaitu Individu
dan syarikat. Sekiranya anda pengguna Individu sila rujuk 2.1 untuk mengetahui maklumat lanjut
mengenai proses pengemaskinian maklumat peribadi. Sebaliknya, sekiranya anda mendaftar
sebagai Syarikat sila rujuk 2.2.
2.1 Paparan untuk mendaftar mengemaskini maklumat peribadi bagi
pengguna yang berdaftar sebagai Individu
Sila pilih status pekebun kecil anda
mengikut definisi pekebun kecil yang
dipaparkan. Sekiranya anda memilih Ya,
anda boleh membuat permohonan bagi
kebun anda. Sekiranya Tidak, anda hanya
boleh membuat permohonan bagi kebun
orang lain sahaja
Sistem akan memeriksa
format data yang di
masukkan. Pastikan format
yang anda masukkan
adalah sama dengan
contoh yang diberikan.
Untuk kemaskini
katalaluan anda, klik disini
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 11
Gambarajah: Borang kemaskini maklumat peribadi bagi pengguna Individu.
Sila pastikan semua ruangan yang mempunyai tanda * diisi. Sekiranya tidak, mesej
amaran berwarna merah akan di paparkan di setiap ruangan.
Klik butang ‘Simpan’ untuk menyimpan semua maklumat yang telah dilengkapkan.
Sekiranya kesemua maklumat yang diwajibkan telah dilengkapkan, sistem akan
menyimpan maklumat anda dan seterusnya sistem akan memaparkan Muka Hadapan
sistem.
2.2 Paparan untuk mendaftar mengemaskini maklumat peribadi bagi
pengguna yang berdaftar sebagai Syarikat
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 12
Gambarajah: Borang kemaskini profail bagi syarikat
Terdapat perbezaan antara Pekebun Keci syarikat dan individu. Sila pastikan semua
ruangan yang mempunyai tanda * diisi. Sekiranya tidak, mesej amaran berwarna merah
akan di paparkan di setiap ruangan.
Klik butang ‘Simpan’ untuk menyimpan semua maklumat yang telah dilengkapkan.
Sekiranya kesemua maklumat yang diwajibkan telah dilengkapkan, sistem akan
menyimpan maklumat anda dan seterusnya sistem akan memaparkan halaman ‘Muka
Hadapan’ sistem.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 13
3.0 Permohonan Tanam Semula
Untuk memohon tanam semula anda perlu klik pada ikon yang terletak dibahagian atas
halaman anda. Secara amnya, terdapat tiga langkah yang perlu dilakukan untuk melengkapkan
permohonan tanam semula. Langkah pertama ialah melengkapkan maklumat peribadi
pemohon, langkah kedua ialah melengkapkan butir-butir kebun dan langkah terakhir ialah
perakuan pemohon.
3.1 Langkah 1: Melengkapkan maklumat peribadi pemohon
Terdapat dua permohonan yang berbeza iaitu permohonan untuk tanah milik sendiri
dan permohonan untuk tanah yang bukan milik sendiri. Sekiranya anda ingin memohon
untuk tanah milik anda sendiri sila rujuk 3.1.1. Tetapi sekiranya anda ingin memohon
untuk tanah yang bukan milik anda sila rujuk 3.1.2 untuk maklumat lanjut.
3.1.1 Permohonan Tanam Semula untuk tanah milik sendiri
Gambarajah: Permohonan tanam semula bagi tanah milik sendiri, maklumat peribadi anda dipaparkan secara automatik. Anda juga dibenarkan untuk mengemaskini maklumat peribadi anda (sekiranya perlu) melalui halaman
ini.
Sekiranya anda adalah pemilik tanah, klik di pilihan
tanah sendiri.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 14
Setelah selesai melengkapkan maklumat peribadi. Skrol ke bahagian bawah borang dan
klik butang ‘Simpan dan Terus’ untuk pendaftaran butir-butir kebun.
Gambarajah: klik butang Simpan dan terus untuk meneruskan proses permohon.
Apabila maklumat Berjaya disimpan no permohonan sementara bagi permohonan anda
akan dijana oleh sistem. Nota: Simpan no permohonan ini untuk memudahkan proses
semakan permohonan kelak.
Sistem akan membawa anda ke langkah seterusnya iaitu halaman untuk melengkapkan
butir-butir kebun anda. Sila rujuk langkah 2.
3.1.2 Permohonan Tanam Semula untuk tanah bukan milik sendiri
Klik butang ini
untuk meneruskan
proses seterusnya
Masukkan no kad pengenalan
pemohon disini.
Pilih jenis kad pengenala
pemohon
Carian adalah berdasarkan jenis kad
pengenalan dan nombor kad
pengenalan yang anda pilih
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 15
Setelah butang ‘Cari’ diklik, semua data mengenai pemilik tersebut akan di paparkan.
Gambarajah: maklumat pemohon akan dipaparkan secara automatik sekiranya pemohon telah berdaftar sebagai
pengguna TSOnline atau telah berdaftar sebagai pekebun kecil di RISDA sebelum ini.
Jika maklumat tidak dijumpai, anda perlu memasukkan maklumat peribadi pemohon tersebut.
Gambarajah: mesej yang dipaprkan untuk memaklumkan kepada pengguna bahawa maklumat pemohon tidak wujud di dalam TSOnline dan maklumat peribadi perlu dilengkapkan untuk meneruskan permohonan.
Setelah selesai mengisi maklumat pemohon. Klik butang ‘Simpan dan Terus’ untuk
pendaftaran butir-butir kebun.
Gambarajah: klik butang Simpan dan terus untuk meneruskan proses permohon.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 16
Apabila maklumat Berjaya disimpan no permohonan sementara bagi permohonan anda
akan dijana oleh sistem. Nota: Simpan no permohonan ini untuk memudahkan proses
semakan permohonan kelak.
Sistem akan membawa anda ke langkah seterusnya iaitu halaman untuk melengkapkan
butir-butir kebun anda. Sila rujuk langkah 2.
3.2 Langkah 2: Melengkapkan butir-butir kebun
Ini adalah bahagian yang menepatkan maklumat-maklumat kebun untuk keperluan
proses tanam semula. Ia terbahagi kepada beberapa segmentasi iaitu pengistiharan
kebun/kebun-kebun yang dimiliki oleh pemohon, Maklumat pemilik/pemilik-
pemilik/waris/Pemegang Amanah, Perlantikan Wakil dan cadangan temujanji
3.2.1 Pengishtiharan kebun/kebun-kebun milik pemohon.
Kesemua tanah-tanah yang dimiliki oleh pemohon perlu diishtiharkan di
bahagian ini. Sila rujuk gambarajah dibawah.
No permohonan sementara yang
dijana oleh sistem.
Klik butang ‘Daftar Kebun’ untuk
mendaftarkan kebun yang baru.
Klik di sini untuk
mengemaskini status hak
milik.
Klik di sini untuk
mengubah status
tanam semula
.
Klik di sini untuk
mengemaskini
maklumat kebun
.
Klik di sini untuk
memadam maklumat
kebun
.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 17
Daftar Kebun Baru
Untuk mendaftar kebun baru sila klik butang di bawah senarai
butir-butir kebun seperti gambarajah di atas. Kemudian sistem akan
memaparkan borang pendaftaran kebun untuk dilengkapkan oleh pemohon
seperti gambarajah di bawah.
Gambarajah : Borang pendaftaran kebun yang perlu dilengkapkan oleh pemohon.
Pemohon perlu melengkapkan maklumat kebun seperti yang dipinta di dalam
borang pendaftaran tersebut. Maklumat bertanda * adalah wajib disi oleh
pemohon.
Sekiranya nama kampung pemohon tidak tersenarai di dalam
senarai kampung yang dipaparkan. Pemohon perlu menaip nama kampung
tersebut di ruangan sebelah kanan yang telah di sediakan. Begitu juga dengan
nombor geran, sekiranya nombor geran tidak tersenarai pemohon
perlu menaip nombor geran tersebut di ruangan sebelah kanan yang telah
disediakan.
Sekiranya tanah anda terlibat dengan kaveat sila klik ‘Ya’ pada kaveat
dan sistem akan memaparkan ruangan catatan untuk diisi oleh pemohon dan
pautan untuk memuat turun borang kaveat. Borang kaveat wajib dihantar ke
stesen yang terlibat, permohonan tidak akan diproses selagi borang tersebut
tidak dihantar ke pejabat RISDA yang berkenaan.
Masukkan nama
kampung disini
sekiranya tiada di
dalam senarai.
Masukkan nombor
geran disini
sekiranya tiada di
dalam senarai.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 18
Gambarajah: Sekiranya tanah terlibat dengan kaveat, pemohon perlu memasukkan
catatan dan mencetak borang kaveat yang diperlukan oleh pihak RISDA.
Sekiranya tanah yang diishtiharkan adalah tanah yang
hendak dipohon untuk tanam semula, sila klik ‘Ya’ pada soalan
‘Adakah lot ini akan ditanam semula’.
Bahagian ini hanya akan
dipaparkan sekiranya
lot ini hendak ditanam
semula. Pemohon perlu
melengkapkan
maklumat ini.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 19
Pilihan jenis ukuran luas bagi kebun adalah ERP (Ekar,Rod,Pol),
RJK ( Relong,Jemba,Kaki), ED ( Ekar,Depa) dan HEK (Hektar). Sistem akan
memaparkan input berdasarkan jenis ukuran luas yang dipilih, sistem
secara automatik akan menukar ukuran tersebut kepada hektar apabila
maklumat disimpan.
Gambarajah: Sekiranya jenis luas yang dipilih ialah ERP pengguna perlu
memasukkan luas mengikut format tersebut pada ruang yang disediakan.
Gambarajah: Sekiranya jenis luas yang dipilih ialah RJK pengguna perlu
memasukkan luas mengikut format tersebut pada ruang yang disediakan.
Gambarajah: Sekiranya jenis luas yang dipilih ialah ED pengguna perlu
memasukkan luas mengikut format tersebut pada ruang yang disediakan.
Gambarajah: Sekiranya jenis luas yang dipilih ialah HEK pengguna perlu
memasukkan luas mengikut format tersebut pada ruang yang disediakan.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 20
Setelah kesemua maklumat telah dilengkapkan. Sila klik butang simpan,
setelah maklumat Berjaya disimpan mesej untuk makluman dan arahan
seterusnya akan dipaparkan oleh sistem.
Gambarajah: Mesej yang dipaparkan apabila maklumat kebun telah Berjaya disimpan.
Untuk kembali ke halaman sebelumnya (halaman butir-butir
kebun) sila klik butang kembali. Kebun yang telah didaftarkan akan
tersenarai di dalam senarai butir-butir kebun.
Gambarajah: Maklumat kebun yang telah didaftarkan tersenarai di dalam senarai butir-butir kebun.
Menukar Status Hak Milik
Sekiranya tanah telah berpindah hakmilik atau telah dijual kepada orang
lain. Pemohon perlu menukar status hak milik kepada ‘Tidak’ dengan
menyertakan catatan. Untuk melakukannya, sila klik pada status hak
milik pada kebun yang terlibat seperti gambarajah dibawah.
Gambarajah: Klik pada status hak milik untuk menukar status tersebut.
Klik disini
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 21
Sistem akan memaparkan paparan untuk menukar status hak milik pada
window yang baru seperti dibawah.
Gambarajah: Borang penukaran status hak milik.
Setelah maklumat disimpan sistem akan memaparkan mesej makluman
kepada pemohon. Untuk kembali ke halaman sebelumnya, sila klik
butang ‘Tutup’. Status hak milik akan bertukar kepada tidak.
Gambarajah: Status hak milik bertukar kepada tidak.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 22
Menukar Status Tanam Semula
Sekiranya pemohon tersalah memilih kebun untuk ditanam semula,
sistem membenarkan pengguna menukarkan status tanam semula
tersebut kepada ‘Tidak’ atau sebaliknya dengan menekan pautan pada
ruang ‘Tanam Semula’ bagi kebun terlibat seperti gambarajah dibawah.
Gambarajah: Klik pada status hak milik untuk menukar status tersebut.
Borang kemaskini status tanam semula akan dipaparkan.
Gambarajah: Borang kemaskini status tanam semula.
Klik button simpan untuk menyimpan maklumat yang telah dikemaskini.
Dan klik butang ‘Tutup’ untuk kembali ke halaman sebelumnya. Status
tanam smalam bertukar mengikut status yang dipilih dan dikemaskini.
Klik disini
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 23
Mengemaskini Maklumat Kebun
Sekiranya pemohon tersalah memilih kebun untuk ditanam semula,
sistem membenarkan pengguna menukarkan status tanam semula
tersebut kepada ‘Tidak’ atau sebaliknya dengan menekan pautan pada
column ‘Tanam Semula’ bagi kebun terlibat seperti gambarajah
dibawah.
Gambarajah: Pautan untuk ke halaman kemaskini maklumat kebun.
Borang kemaskini maklumat kebun seperti dibawah akan dipaparkan.
Pemohon hanya dibenarkan untuk mengemaskini maklumat asas kebun
iaitu maklumat kaveat, tanaman sekarang dan tanaman yang akan
ditanam.
Gambarajah: Borang kemaskini maklumat kebun.
Klik butang simpan untuk menyimpan maklumat yang terkini dan klik
butang tutup untuk kembali ke halaman sebelumnya.
Klik disini
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 24
Memadam Maklumat Kebun dari senarai butir-butir kebun
Sekiranya maklumat kebun adalah salah dan tidak sepatutnya berada di
senarai butir-butir kebun. Sistem membenarkan untuk memadalam
rekod tersebut dengan klik pada pautan ‘Padam’ di ruang pilihan di
bahagian kanan senarai tersebut.
Gambarajah: Pautan untuk ke halaman untuk memadam maklumat kebun dari senarai.
Bila pautan ‘Padam’ ditekan mesej untuk meminta kepastian akan
dipaparkan.
Gambarajah: Mesej untuk meminta kepastian bagi memadam maklumat butir
tersebut.
Klik butang ‘Ok’ untuk meneruskan atau klik butang ‘Cancel’ untuk
membatalkan proses memadam. Setelah dipadam, maklumat butir
kebun tersebut akan hilang dari senarai.
Klik disini
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 25
3.2.2 Maklumat pemilik/pemilik-pemilik/waris/Pemegang Amanah.
Bahagian ini hanya akan dipaparkan sekiranya terdapat kebun yang
hendak ditanam semula (Tanam Semula adalah ‘Ya’). Ruangan ini adalah
untuk mendaftarkan pemilik/pemilik-pemilik/waris/pemegang amanah
bagi lot/lot-lot yang dipohon untuk tanam semula.
Gambarajah: Bahagian pendaftaran pemilik/pemilik-pemilik/waris/kongsi
Klik butang ‘Daftar pemilik’ untuk mendaftarkan pemilik/pemilik-
pemilik/Pemegang amanah.
Gambarajah: Borang pendaftaran pemilik/pemilik-pemilik/pemegang amanah(PA)
Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang tambah. Untuk
kembali ke halaman sebelumnya klik butang ‘Kembali’.
Gambarajah: Maklumat yang didaftar akan dipaparkan di senarai ini.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 26
Sekiranya pemilik tersebut telah meninggal dunia, klik pada
pautan status bagi pemilik tersebut untuk mendaftarkan waris/waris-
waris bagi pemilik tersebut.
Gambarajah: Paparan untuk mengubah status pemilik samada meninggal atau
masih hidup. Sekiranya meninggal ruangan pengakuan kematian akan
dipaparkan.
Untuk menambah waris klik pada butang ‘Daftar Waris’. Borang
pendaftaran waris akan dipaparkan seperti dibawah.
Gambarajah: Borang pendaftaran waris akan dikeluarkan apabila butang ‘Daftar
waris’ ditekan.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 27
Selepas melengkapkan maklumat waris, klik butang tambah. Maklumat
akan disimpan di dalam sistem. Untuk kembali ke halaman sebelumnya,
klik butang ‘Tutup’.
Gambarajah: Waris yang telah didaftarkan akan dipaparkan di dalam senarai.
3.2.3 Perlantikan Wakil
Sekiranya hendak melantik wakil untuk menguruskan kebun yan g
dipohon klik ‘Ya’ pada soalan ‘Adakah pemohon hendak melantik pihak
lain untuk menguruskan kebun ini dan menerima bantuan tanam
semula bagi pihak pemohon?’. Borang pendaftaran wakil akan
dipaparkan.
Gambarajah: Borang pendaftaran wakil untuk lot/lot-lot yang dipohon.
Nota: Sekiranya wakil bagi lot-lot yang dipohon adalah
berbeza sila mohon menggunakan permohonan yang berbeza. Satu
permohonan hanya untuk satu wakil sahaja.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 28
3.2.4 CadanganTemujanji.
Pemohon digalakkan untuk mencadangan tempat, tarikh dan masa lawatan kepada
pegawai RISDA untuk tujuan lawatan kebun. Klik butang ‘Daftar Temujanji’ untuk
mendaftarkan temujanji.
Gambarajah: Bahagian cadangan temujanji lawatan kebun.
Gambarajah: Borang pendaftaran temujanji bagi lot/lot-lot yang dipohon.
Klik butang simpan untuk menyimpan maklumat cadangan temujanji dan
klik ‘Tutup’ untuk kembali ke halaman sebelumnya.
Gambarajah: Maklumat cadangan temujanji disenaraikan di dalam senarai.
Klik kemaskini untuk mengemaskini maklumat temujanji atau padam
untuk memadam temujanji dari senarai.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 29
Untuk ke langkah 3
Untuk ke langkah 3 sila klik butang ‘Simpan dan Terus’. Paparan perakuan pemohon
akan dipaparkan.
Gambarajah: Klik butang ‘Simpan dan Terus’ untuk ke langkah seterusnya iaitu perakuan
pemohon.
3.3 Langkah 3: Perakuan pemohon
Bahagian ini adalah langkah terakhir untuk penyediaan permohonan tanam semula.
Halaman ini mengandungi persetujuan pemohon terhadap syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh risda dan bertanggunggjawap terhadap maklumat yang dilengkapkan di
dalam permohon tersebut.
Berikut merupakan halaman bagi perkuan permohonan. Ianya wujud setelah pemohon
klik butang ‘Simpan dan Terus’ di halaman sebelumnya.
Gambarajah: Bahagian perakuan pemohon beserta penerangan.
Bahagian yang
memaparkan maklumat
lot yang dipohon untuk
tanam semula
Bahagian yang
mengandungi ‘Perakuan
Pemohon’ berkenaan
permohonan bagi lot yang
ingin ditanam semula.
Butang ‘Setuju’ . Pemohon perlu
klik butang ini untuk menghantar
permohonan tanam semula ke
pihak RISDA.
Butang ‘Kembali’ . Pemohon boleh
kembali ke halaman sebelumnya
untuk melihat atau mengemaskini
butir-butir lot yang telah diisi.
Butang ‘Menu Utama’ .
Pemohon boleh kembali ke
halaman Utama dengan klik
butang ini.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 30
Sekiranya anda bersetuju dengan syarat-syarat tersebut, klik butang setuju untuk menghantar
permohon. Setelah butang ‘Setuju’ ditekan mesej untuk meminta kepastian seperti dibawah
akan dipaparkan. Klik butang ‘OK’ sekiranya anda pasti untuk menghantar permohonan atau klik
butang ‘Cancel’ sekiranya anda memilih untuk tidak menghantar permohonan tersebut.
Gambarajah: mesej untuk meminta kepastian akan dipaparkan sebelum permohonan dihantar.
Sekiranya butang ‘OK’ ditekan pada paparan mesej kepastian diatas, mesej pemberitahuan
mengenai permohonan telah dihantar akan dipaparkan seperti dibawah.
Gambarajah: Mesej untuk memaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan telah Berjaya dihantar dan
pemohon perlu mencetak akuan terima permohonan untuk simpanan peribadi atau sebagai rujukan dimasa akan
datang.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 31
Paparan TS 14
Pemohon juga dibenarkan mencetak semula surat tersebut dengan menekan butang ‘Cetak’.
Klik butan ‘Menu Utama’ untuk kembali ke halaman utama. Permohonan tersebut akan tersenarai di bahagian ‘Senarai Permohonan (Sedang diproses)’.
Paparan mengenai maklumat mesin
pencetak. Pengguna boleh terus
memilih mesin pencetak yang sesuai
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 32
4.0 Membatalkan Permohonan
Hanya permohonan yang belum dihantar sahaja dibenarkan untuk dibatalkan, iaitu permohonan
berstatus ‘penyediaan’ sahaja. Sekiranya hendak membatalkan permohonan sila klik pautan ‘Batal’ pada
ruang ‘Tindakan’ di bahagian kanan senarai pada halaman utama.
Gambarajah: Pautan untuk membatalkan permohonan.
Mesej untuk meminta kepastian akan dipaparkan oleh sistem. Klik ‘Ok’ untuk meneruskan atau
klik ‘Cancel’ untuk tidak meneruskan pembatalan permohonan.
Gambarajah: mesej kepastian yang dipaparkan apabila pautan padam ditekan.
Setelah tekan ‘OK’ permohonan tersebut tidak akan dipaparkan.
Klik disinii untuk
membatalkan permohonan
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 33
5.0 Pengesahan Temujanji
Apabila Pegawai RISDA tidak bersetuju dengan cadangan temujanji anda atau mencadangkan tarikh dan tempat temujanji yang baru, SMS akan dihantar kepada anda (menggunakan nombor telefon bimbit yang didaftar di TSOnline) untuk makluman anda. Anda perlu login ke TSOnline untuk member jawapan kepada pegawai RISDA samada bersetuju ataupun tidak bersetuju dengan temujanji yang dicadangkan.
Berikut merupakan halaman ‘Pengesahan Temujanji’ bagi Pekebun Kecil.
Gambarajah: halaman pengesahan temujanji bersama keterangan fungsi.
Di bahagian ini anda boleh memilih untuk ‘Setuju’ dan ‘Tidak Setuju’ bagi cadangan tarikh tersebut. Sekiranya ‘Setuju’, anda perlu menekan butang ‘Hantar’ dan butang ‘Kembali’ untuk kembali ke halaman utama.
6.0 Permohonan yang telah selesai
Apabila permohonan telah selesai diproses, sistem akan menghantar pemberitahuan kepada pemohon
melalui SMS. Apabila pemohon login ke aplikasi TSOnline menggunakan id pengguna mereka,
permohonan tersebut akan disenaraikan di halaman utama TSOnline seperti di bawah.
Gambarajah: Senarai permohonan yang telah selesai dan keterangan fungsi.
Pilih setuju apabila pekebun kecil
bersetuju dengan cadangan
temujanji yang dicadangkan oleh
PPK.
Pilih Tidak Setuju apabila pekebun
kecil tidakbersetuju dengan
cadangan temujanji yang
dicadangkan oleh PPK.
Klik untuk mencetak surat
kelulusan/penolakan.
Klik untuk mencetak
maklumat permohonan.
[Manual Pengguna-Pekebun Kecil] 34
7.0 Carian Permohonan
Kaedah carian permohonan boleh dilakukan samada melalui no. kad pengenalan diri pemohon atau
melalui no. permohonan sementara yang dijana oleh sistem.
Gambarajah: Fungsi carian di TSOnline.
Masukkan kata kunci carian dan klik butang cari. Sistem akan memaparkan hasil carian.
top related