tapak pembelajaran : kata ganda tahun 3
Post on 24-May-2015
2.782 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SK SIMPANG EMPAT
SET INDUKSI
BAHASA mALAYSIA TAHUN 3
DEFINISI KATA GANDA
JENIS KATA GANDA
UJI KEFAHAMAN
SET LATIHAN
PENUTUP
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
OBJEKTIF
1. Mengenalpasti tiga jenis kata ganda yang dipelajari.
2. Menjawab soalan yang diberikan dengan betul.
TAJUK : Uniknya dunia kitaKATA
GANDA
Disediakan Oleh :RAFIZA BINTI
DARUS BM 1 (SK) Sem 3
TAJUK : destinasi pilihan
Apakah yang kamu lihat
dalam tayangan video tadi?
Adakah kamu pernah bercuti di destinasi-
destinasi yang menarik?
Senaraikan lima destinasi percutian
yang ingin kamu lawati.
APA ITU KATA GANDA?
• Definisi :
Kata ganda ialah satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata
yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses pengulangan ini berlaku pada
seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
• Maklumat lanjut : • http://bijakbahasa20.blogspot.com/2012/11/kata-gand
a.html
JENIS-JENIS KATA GANDA
Maklumat Tambahan :
http://rujuknota.blogspot.com/2011/10/kata-ganda-dan-bentuk-kata-ganda.html
Kata Ganda
PENGGANDAAN PENUH PENGGANDAAN
SEPARA
PENGGANDAAN BERENTAK
PENGGANDAAN PENUH
1. Penggandaan Penuh Kata Tunggal
2. Penggandaan Penuh Kata Berimbuhan
Merupakan suatu proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu
mengandungi imbuhan atau tidak.
JENIS-JENIS
1. PENGGANDAAN PENUH KATA TUNGGAL
meja-meja ayat-ayat buku-buku
rumah-rumah sekolah-sekolah budak-budak
CONTOH
Rumah-rumah di kawasan
tersebut kebanyakannya
hangus dijilat api setelah
kebakaran yang berlaku pada
jam tiga petang kelmarin.
2. PENGGANDAAN PENUH KATA BERIMBUHAN
i. Dengan Awalan•pelatih-pelatih•pekedai-pekedai
ii. Dengan Akhiran•jualan-jualan•amalan-amalan
iii. Dengan Apitan•persatuan-persatuan•permainan-permainan
CONTOH
“Begitu banyak permainan-
permainan yang dilaksanakan di
karnival ini,” ujar Amin kepada
Norman.
PENGGANDAAN SEPARA
Merupakan suatu proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh
merupakan kata tunggal atau kata terbitan.
1. Penggandaan Separa Kata Tunggal
2. Penggandaan Separa Kata Berimbuhan
JENIS-JENIS
1. PENGGANDAAN SEPARA KATA TUNGGAL
laki lelaki
pohon pepohon
gelang gegelang
tikus tetikus
siku sesiku
CONTOH
Ramai kaum lelaki yang sudah
berhimpun di Dataran Merdeka
sempena menyambut
Kemerdekaan kali ke-57 tepat jam
12 tengah malam nanti.
2. PENGGANDAAN SEPARA KATA BERIMBUHAN
i. Dengan Awalanii. Dengan
Akhiraniii. Dengan Apitan
a. Kata kerja
b. Kata adjektif
a. Kata nama
b. Kata kerja
c. Kata adjektif
a. Kata kerja
b. Kata adjektif
CONTOHJENIS KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF
AWALAN -berlari-lari,
teresak-esak, dimarah-marah, meronta-ronta
sepandai-pandai, sebaik-baik,
setinggi-tinggi
AKHIRANsayur-sayuran,
kenang-kenangan,
orang-orangan
risik-risikkan, doa-doakan,
bayang-bayangi
jadi-jadian, mati-matian, rindu-
rinduan
APITAN -bersalam-salaman,
mendewa-dewakan, diagung-agungkan
kebodoh-bodohan, kekuning-kuningan
PENGGANDAAN BERENTAK
Merupakan suatu proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan
bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
JENIS-JENIS PENGGANDAAN BERENTAK
jenis-jenis penggandaan berentak•Pen
ggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu.
•Keharmonian vokal.
Pengulangan Vokal
•Penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu.
Pengulangan Konsonan
•Penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.
Bebas
CONTOHJENIS KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF
Pengulangan Vokal
kuih-muih, lauk-pauk, sayur-
mayur
cerai-berai, gotong-royong
hiruk-pikuk
Pengulangan Konsonan
batu-batan, gunung-ganang,
suku-sakat
dolak-dalik, huyung-hayang, mundar-mandir
huru-hara, kontang-kanting,
kucar-kacir
Bebasanak-pinak,
saudara-maraulang-alik lintang-pukang,
remeh-temeh, simpang-siur
Sila klik ikon dibawah ini untuk maklumat tambahan :
JOM UJI KEFAHAMAN
ANDA...
Secara berpasangan, jawab dua soalan yang terdapat pada lembaran
kerja yang diedarkan.
Soalan 1 Soalan 2
LEMBARAN KERJA
SOALAN 1Petikan di bawah ini mempunyai beberapa kata yang seharusnya
digandakan. Catatkan kata-kata tersebut dan berikan gandaan yang sesuai.
Mak Limah berlari anak menuju ke rumah Tok Penghulu. Ketika
itu Tok Penghulu sedang duduk di anjung sambil menghisap
paip. Beliau terkejut melihat Mak Limah yang bergegas
memasuki pekarangan rumahnya. Wanita itu nyaris terlanggar
pasu bunga yang terletak di tepi pintu rumahnya. Nafasnya
termengah. Apabila dia mula bercakap suaranya putus.
Menurut Mak Limah, suaminya yang sering sakit itu sudah tidak
sedarkan dirinya.
SOALAN 2Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata ganda yang sesuai. Anda
boleh memberikan imbuhan sekiranya perlu.
Anak-anak yang sedang (mandi) ……… di sungai itu lari
(lintang)……… apabila mendengar bunyi ngauman itu.
Mereka bukannya tidak tahu siapa yang menghuni belantara
di kawasan (bukit)……… itu. Malah Samad yang (gemuk)
……… itupun mampu mengheret tubuhnya pantas
meninggalkan tempat itu. Cuma Ramli sahaja yang masih
(cari)……… cermin matanya. Keadaan yang begitu ceria
bertukar menjadi (huru)……… dalam sekelip mata.
Jom lihat video berikut :
VIDEO 1
Klik sini untuk lihat jawapan
Inilah jawapannya
VIDEO 2
SET LATIHAN
Set 1
Set 2
Set 3
Set 4
Set 5
SET 1
1. Sejak berpindah ke bandar ,Sukri tidak _________ lagi tentang perkembangan yang berlaku di kampung itu.
A lawat-melawat C kenal-mengenal B tahu-menahu D tengok – menengok
2. Gadis itu _______ ke pejabat kerana sudah terlewat.
A terkial-kial C tercungap-cungapB terkinja-kinja D berlari-lari
SET 1
3. Kedengaran _______ suara orang bernyanyi ketika saya duduk di atas pangkin itu.
A jelas-jelas C samar-samarB sayup-sayup D jauh-jauh
4. Selepas mesyuarat, mereka minum sambil _____ di tepi kolam renang itu.
A berbual-bual C bermain-mainB berehat-rehat D berbaring-baring
SET 1
5. Encik Razak membawa _______ dari Surabaya untuk kami.
A oleh-oleh C abuk-abukB otak-otak D sagu-sagu
6. Beberapa ekor ______ yang berwarna–warni terbang di dalam rumah kami.
A kupu-kupu C labah-labahB pijat-pijat D labi-labi
MARI MENYANYI
SEKIAN, TERIMA KASIH
Disediakan Oleh :Rafiza Binti Darus
OPSYEN :BM 1 (SK)
PISMP AMBILAN JANUARI 2013
top related