teknik menjawab b.melayu ( pilih ayat yang betul) oleh: en. shahrul nizam bin saad sk jalan pegawai

Post on 14-Dec-2015

269 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TEKNIK MENJAWAB B.MELAYU

( Pilih Ayat Yang Betul)

OLEH:EN. SHAHRUL NIZAM BIN SAAD

SK JALAN PEGAWAI

MUTIARA KATA Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk

mengasah potensi, manakala orang yang tidak

cemerlang menganggap setiap halangan sebagai

alasan yang menyebabkan kemundurannya.

1. Sultan Alaudin Riayat Shah sangat prihatin terhadap rakyat. __________ selalu meronda pada waktu malam.

A Dia

B Beliau

C Mereka

D Baginda

2. "Kalau tidak silap patik, pokok tempat __________ bersandar ini namanya pokok Melaka," ujar Panglima Ali kepada Sultan Muzaffar.

A baginda

B tuanku

C hamba

D beta

3. "Apakah pendapat __________ sekiranya kita pergi berguru dengan Adi Putra?" tanya Hang Kasturi kepada Hang Tuah.

A patik

B tuanku

C hamba

D tuan hamba

4. "__________ yang menyediakan persalinan itu kepada laksamana, tuanku," kata inang kepada sultan.

A Beta

B Hamba

C Patik

D Tuan hamba

5. "Biar __________ yang menyelesaikan masalah serangan lanun itu," kata Panglima Ali kepada Sultan Melaka.

A hamba

B beta

C saya

D patik

6. Sultan Kelantan akan berangkat ke Kuala Lumpur esok. __________ akan mempengerusikan Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu.

A Dia

B Patik

C Beliau

D Baginda

7. "Sudilah kiranya __________ menumpang di pondok hamba sekejap," kata Hang Setia kepada Adi Putra.

A patik

B tuanku

C baginda

D tuan hamba

8. "Menjunjung titah, __________. Patik akan mencari bunga gul bakawali itu sampai dapat." sembah panglima itu kepada baginda sultan.

A beta

B patik

C tuanku

D baginda

9. "Janganlah __________ berdukacita, serahkan kepada patik untuk menguruskannya," sembah panglima itu kepada sultan.

A patik

B tuanku

C baginda

D tuan hamba

10. "__________ akan pergi bersama-sama Sultan Melaka esok," kata Tun Ali kepada Tun Setia.

A Beta

B Patik

C Hamba

D Tuanku

11. "Wahai Dato' Laksamana, __________ memohon izin untuk berbicara!" kata pengembara itu kepada Laksamana Hang Tuah.

A hamba

B beta

C patik

D baginda

12. "Wahai Datuk Bendahara, __________ ingin beradu di bilik sekejap!" titah Sultan Hisyamuddin.

A beta

B patik

C hamba

D baginda

13. "__________ akan berangkat bersama-sama dengan Dato' Bendahara?" tanya Hang Setia kepada Hang Nadim.

A Patik

B Hamba

C Tuanku

D Tuan hamba

14. "Jika tuanku inginkan sesuatu, __________ sedia menjunjung perintah," kata Temenggung kepada Sultan Mansur Syah.

A beta

B patik

C hamba

D tuan hamba

15. "Sungguh __________ tidak menyangka, engkau menderhaka," titah baginda dengan murkanya.

A beta

B tuanku

C patik

D baginda

16. "Jika tiada apa-apa lagi yang __________ inginkan, izinkan patik mengundur diri," kata Bendahara kepada Sultan Malik Syah.

A beta

B hamba

C tuanku

D baginda

 17. " __________ akan berangkat bersama-sama dengan hulubalang negeri ini," sembah Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Melaka.

A Beta

B Patik

C Hamba

D Tuanku

18. "__________ akan berangkat bersama-sama dengan Dato' Bendahara Paduka Raja," kata Raja Muda kepada Tun Mamat.

A Beta

B Patik

C Hamba

D Tuanku

19. "Mengapakah __________ bersedih? Katakan kepada hamba," kata Hang Tuah kepada Tun Perak.

A beta

B patik

C hamba

D tuan hamba

20. “Hanya __________ seorang sahaja yang dapat menyelamatkan diri dalam serangan lanun itu, tuanku,” sembah Panglima Bukit Gantang.

A hamba

B beta

C baginda

D patik

MUTIARA KATA

Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu

orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan

apa yang disuruh..

top related