teks ucapan ketua pengarah jabatan kimia … 2011.pdf · ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan...
Post on 31-Jan-2018
262 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SA/TU/2011
TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
BIL. 3/2011
_______________________________________
11 MAC 2011 (JUMAAT)
IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
SA/TU/2011
1
Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara
Majlis,
Yg Berusaha En. Chang Hon Fong,
Pengarah Bahagian Kesihatan Alam Sekitar,
yang menjalankan tugas
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Pengarah-Pengarah Bahagian,
Pegawai-pegawai kanan Jabatan,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi
sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.
SA/TU/2011
2
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama
memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah
SWT atas limpah rahmat serta keizinanNya
jua dapat kita berhimpun pada pagi ini
sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu
Pejabat Jabatan Kimia Malaysia Bulan Mac
2011.
Saya mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih kepada semua
yang hadir, khususnya kepada Pengarah dan
pegawai-pegawai Bahagian Penyelidikan &
Jaminan Kualiti (PJK) atas penganjuran majlis
ini.
SA/TU/2011
3
1. Pertukaran Pegawai:
Pada bulan Februari lalu, kita telah
menyaksikan kehilangan Y. Bhg. Datin
Maharam Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah
(Operasi) berikutan persaraan beliau dari
perkhidmatan awam setelah hampir 35 tahun
berkhidmat di Jabatan Kimia Malaysia.
Belum sempat kita mengisi kekosongan
itu, En. Chang Yit Fong, Pengarah Bahagian
Industri Klasifikasi Tarif Dagangan pula akan
bersara wajib pada 26 Mac ini setelah
menabur bakti selama hampir 33 tahun.
Bagi pihak Jabatan, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih atas segala
sumbangan dan jasa bakti Datin Maharam
SA/TU/2011
4
Jusoh dan En. Chang Yit Fong dalam
mempertingkatkan perkhidmatan Jabatan.
Terima kasih atas komitmen yang telah
diberikan selama ini.
Namun begitu, benarlah kata pepatah,
yang patah akan tumbuh, yang hilang akan
berganti. Di sini, saya ingin mengambil
kesempatan untuk memaklumkan bahawa
saya telah diberi kepercayaan oleh pihak
pengurusan tertinggi MOSTI untuk menerajui
Jabatan Kimia Malaysia sebagai pemangku
Ketua Pengarah Kimia berkuatkuasa 9
Februari 2011.
Manakala En. Lim Kong Boon, Ketua
Seksyen DNA Forensik pula telah diluluskan
SA/TU/2011
5
pemangkuan beliau sebagai Pengarah
Bahagian Forensik mulai 28 Januari 2011.
Sementara itu, En. Chang Hon Fong
akan menjalankan tugas Timbalan Ketua
Pengarah (Operasi) di samping tugas
hakikinya sebagai Pengarah Bahagian
Kesihatan Alam Sekitar.
Hadirin yang dihormati sekalian,
2. Sepanjang setengah tahun pertama ini
sahaja, pelbagai acara dan aktiviti telah,
sedang dan akan berlangsung yang
memerlukan komitmen dan kerjasama seluruh
SA/TU/2011
6
warga kerja Jabatan Kimia Malaysia. Antara
acara/aktiviti yang telah dimuktamadkan ialah:
Pertama: Kursus Penggunaan Autoclave
Kursus ini telah diadakan pada 21-22 Feb lalu
hasil kerjasama Unit OSH dan Seksyen
Bioteknologi. Saya berasa amat gembira
kerana atas kesedaran peri pentingnya
menjaga keselamatan semasa menjalankan
tugas maka, kursus ini diadakan yang mana
semua pengendali autoclave samada pegawai
sains, pembantu makmal mahupun pembantu
am pejabat sama-sama melibatkan diri.
Kedua: Kursus Pemantapan Pembantu
Makmal Gred C17 Lantikan Baru
SA/TU/2011
7
Kursus yang diadakan di Ibu Pejabat, JKM ini
telah bermula pada 21 Feb lalu dan akan
berkahir pada 18 Mac 2011.
Bercakap tentang kursus, saya ingin
mengingatkan semua pegawai dan kakitangan
supaya sementara kita berada pada awal
tahun, segerakanlah penuhi sasaran 7 hari
berkursus sebelum terlambat kerana kita tidak
mahu perkara yang berlaku sebelum ini terus
berulang sedangkan kita tahu dan boleh
menanganinya. Jika ada mana-mana agensi
yang menawarkan seminar atau kursus, ambil
inisiatif untuk menyertainya kerana kita tahu
peruntukan berkursus tidak akan cukup untuk
SA/TU/2011
8
semua pegawai dan kakitangan. Oleh itu,
rebutlah apa saja peluang kursus yang
ditawarkan. Syugia diingatkan bahawa
keperluan berkursus 7 hari setahun untuk
setiap pegawai adalah mandatori. Oleh itu
pada tahun ini saya telah menetapkan sasaran
KP 100% warga JKM mematuhi keperluan ini.
Untuk pengetahuan semua pada tahun lepas
pencapaian Jabatan hanya 88%.
Ketiga: Penilaian Makmal Forensik di
bawah ASCLD/LAB
Seperti yang diwarwarkan sebelum ini,
penilaian ASCLD/LAB akan berlangsung
secara serentak di makmal Forensik Ibu
SA/TU/2011
9
Pejabat, JKM cawangan Pulau Pinang dan
Bintulu, Sarawak. Penilaian ini akan bermula
pada 14 hingga 21 Mac 2011. Seramai 23
orang auditor akan terlibat secara keseluruhan
dalam pengauditan ini. Oleh itu, semua warga
makmal-makmal ini diharap membuat
persediaan secukupnya dan jika masih ada
yang perlu dibereskan, sila selesaikan dengan
segera.
Keempat: Penglibatan Dalam Program
Mesra Belia Sarawak
Program ini merupakan suatu kerjasama
dengan Kementerian Belia & Sukan serta
MOSTI untuk memperkasakan belia seluruh
SA/TU/2011
10
negeri Sarawak melalui penglibatan mereka di
dalam program-program anjuran Kerajaan
yang berorientasikan ‘Mesra Belia’ ke arah
merealisasikan konsep 1 Belia 1 Malaysia.
Program ini telah bermula pada Januari
lalu dan dijangka berlangsung sehingga Mei
2011. Penglibatan Jabatan Kimia Malaysia
yang mensasarkan golongan belia dilihat
sebagai satu usaha penggalakan sains di
kalangan belia supaya mereka mengenal,
menyukai dan mencintai sains dan seterusnya
melibatkan diri mereka dalam bidang sains
khususnya kimia. Walaupun begitu,
penglibatan Kimia hanya di beberapa daerah
SA/TU/2011
11
sahaja kerana mengambilkira faktor kos dan
perbelanjaan.
Kelima: International Year Of Chemistry
(IYC) 2011
Untuk makluman tuan-puan, tahun 2011 juga
merupakan Tahun Kimia Sedunia dan telah
dilancarkan di Paris pada 11 Jan yang lalu
dengan tema ‘Chemistry – Our Life, Our
Future’.
Sambutan IYC2011 di Malaysia akan
bermula pada 14 April di Pusat Sains Negara
dan dijangka menutup tirai pada Oktober
2011. Program ini akan berlangsung di seluruh
negara mengikut zon bermula dengan Zon
SA/TU/2011
12
Tengah (Ipoh), Zon Sabah (Kota Marudu), Zon
Selatan (Johor Bahru), Zon Timur (Kuala
Terengganu), Zon Utara (Pulau Pinang) dan
akhir sekali Zon Sarawak (Kuching).
Keenam: Pelaksanaan Program
Pementoran
Jabatan Kimia Malaysia akan melaksanakan
Program Pementoran di peringkat Ibu Pejabat
dan Makmal Cawangan bermula pada bulan
Jun 2011. Fasa Pertama (Jun hingga Julai
2011) akan dimulai dengan perancangan dan
persediaan, pemilihan mentor dan menti serta
taklimat/kursus untuk mentor dan menti.
SA/TU/2011
13
Seterusnya pada Bulan Ogos 2011 –
Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan
sepenuhnya.
Jadi, melihat kepada semua program dan
aktiviti yang saya sebutkan tadi, tidak
termasuk pekerjaan rutin yang kita jalankan
seharian, jelas bahawa bekerja secara
berpasukan amat diperlukan untuk
memastikan semua perancangan dapat
dilaksana dengan sempurna. Oleh itu, saya
berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat
memberikan sepenuh komitmen baik dari segi
masa, tenaga, ilmu dan kemahiran masing-
masing untuk menjayakan semua program
SA/TU/2011
14
yang dirancang demi meningkatkan
perkhidmatan Jabatan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
3. Pembitaraan Bahagian Khidmat
Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian KPSM merupakan nadi kepada
pelaksanaan semua aktiviti Jabatan. Oleh itu
perkhidmatan yang cekap dan berkesan
daripada Bahagian ini sangat-sangat dituntut
oleh seluruh warga kerja Kimia Malaysia. Bagi
memenuhi tuntutan tersebut saya akan
melakukan transformasi menyeluruh terhadap
Bahagian ini supaya menjadi sebuah bahagian
SA/TU/2011
15
khidmat sokongan yang cekap, produktif dan
berkesan. Kayu ukur kepada inisiatif ini ialah
memperoleh persijilan ISO 9000:2008,
penarafan 4 bintang dalam pengurusan
kewangan dan penarafan 5 bintang dalam
pengurusan organisasi. Untuk itu semua
warga kerja KPSM diminta memberi komitmen
dan kerjasama yang mantap kepada pihak
pengurusan Kimia Malaysia.
4. Urusan Kenaikan Pangkat Pada masa ini Jabatan sedang berusaha
untuk mempercepatkan urusan kenaikan
pangkat bagi jawatan-jawatan kenaikan
pangkat di pelbagai Gred. Pengisian
SA/TU/2011
16
kekosongan jawatan kenaikan pangkat akan
diuruskan sebaik sahaja terdapat kekosongan.
Urusan kenaikan pangkat ini akan dilakukan
secara berterusan tanpa henti.
Untuk makluman, pada masa ini bagi 7
kekosongan jawatan Pegawai Sains Gred C54
telah berjaya diisi. Manakala bagi jawatan
Pegawai Sains Gred C48 ke C52 tindakan
telah diambil dan pada masa ini Kertas
Cadangan masih berada di MOSTI untuk
dipanjangkan kepada JPA.
Bagi jawatan Pegawai Sains Gred C44
ke C48, status terkini adalah masih menunggu
pegawai-pegawai Gred C44 sedia ada genap
SA/TU/2011
17
2 tahun perkhidmatan untuk melayakkan
mereka dinaikkan pangkat.
Bagi pengisian jawatan Gred C41 pula,
terdapat hanya 1 kekosongan buat masa ini.
Permohonan pengisian jawatan telah dihantar
ke SPA melalui MOSTI pada setiap bulan.
Pada masa ini, Jabatan amat komited dalam
menguruskan kenaikan pangkat bagi Pegawai
dan Kakitangan yang berkelayakan. Tetapi
terdapat segelintir pegawai dan kakitangan
yang telah ditawarkan untuk dinaikkan pangkat
tidak bersetuju untuk ditukarkan. Oleh yang
demikian, Jabatan akan mengeluarkan borang
persetujuan untuk bertukar ke Bahagian /
SA/TU/2011
18
Cawangan sekiranya mereka berjaya
mendapat kenaikan pangkat, sebelum urusan
kenaikan pangkat dibuat.
Hadirin yang dihormati sekalian, 5. Masalah Lewat Hadir Bertugas Dalam kesibukan kita menjalankan tugas,
terdapat segelintir pegawai dan kakitangan
yang mengambil kesempatan dengan tidak
mengendahkan disiplin dan etika kerja seperti
lewat hadir bertugas. Hasil semakan Bahagian
KPSM, sebanyak 30% daripada pegawai dan
kakitangan di Ibu Pejabat adalah pemegang
Kad Merah selama 4 bulan berturut-turut
(November 2010 – Februari 2011).
SA/TU/2011
19
Pengarah Bahagian dan Ketua Seksyen
hendaklah mengambil tindakan yang serius
dan gigih bagi memastikan perkara ini
dipantau dan peringatan hendaklah
dikeluarkan kepada pegawai dan kakitangan
yang terlibat.
Semua pegawai dan kakitangan
sepatutnya hadir ke pejabat tepat pada
waktunya dan jika terdapat kelewatan atas
sebab-sebab yang munasabah, kebenaran
daripada pegawai atasan hendaklah diperolehi
dengan mengisi Borang Laporan Kedatangan
Kakitangan.
Saya memandang serius perkara ini dan
jika masih berterusan, mulai April 2011
SA/TU/2011
20
tindakan tatatertib akan diambil kepada
pegawai dan kakitangan yang bermasalah.
Pada masa ini Bahagian KPSM sedang
mengemaskini rekod kehadiran pegawai dan
kakitangan. Surat peringatan akan
dikeluarkan kepada yang terlibat.
6. Penutup:
Akhir kata, saya berharap agar setiap warga
Jabatan dapat membuat perubahan mind-set
atau anjakan paradigma untuk menerima
perubahan ini dan berusaha untuk
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai bagi meningkatkan
kualiti kerja masing-masing serta pada masa
SA/TU/2011
21
yang sama, mengamalkan nilai-nilai murni
yang seharusnya ada pada setiap manusia,
kerana manusia merupakan sebaik-baik
kejadian.
Sekian saja ucapan saya, terima kasih dan
selamat bertugas.
top related