teks ucapan menteri – perhimpunan bulanan kklw ogos 2016
Post on 18-Jan-2017
239 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TEKS UCAPAN
YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
SEMPENA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KKLW OGOS 2016
DI DEWAN SRI LESTARI, ARAS B1, KKLW
15 OGOS 2016 (ISNIN) WAKTU KETIBAAN : 10.00 PAGI
Page 2 of 25
YB Datuk Alexander Nanta Linggi dan YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub Timbalan-timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YBhg Dato’ Mohd Arif bin Ab Rahman Ketua Setiausaha Kementerian YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Mohamed Yunus YBhg Dato’ Azizan bin Mohamad Sidin Dan YBhg Datin Seri Elena Chiang binti Abdullah Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Ketua-ketua Pengarah, Pengurus Besar, Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi
Page 3 of 25
Setiausaha-setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Unit, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian, Rakan-rakan Media YB Dan YBhg. Dato’-Dato’ dan Datin-Datin, Tuan/Puan yang dihormati sekalian 1. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Subhanahu
Wata’ala kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-
NYA kita dapat bersama-sama pada hari ini untuk
mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan KKLW
bagi bulan Ogos 2016.
Page 4 of 25
2. Kita telah pun meninggalkan bulan Syawal lebih
kurang dua minggu yang lalu. Alhamdulillah,
sepanjang bulan kemenangan bagi umat Islam
tersebut, kementerian dan semua agensi di bawah
KKLW telah dapat menganjurkan majlis sambutan
hari raya Aidilfitri dengan meriah sekali. Bukan
sekadar menjamu selera, malahan kita juga dapat
mengeratkan silaturrahim sesama kita dan turut dapat
merai serta menyumbang sedikit sebanyak bantuan
kepada anak-anak yatim dan golongan yang
memerlukan.
Page 5 of 25
3. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan selamat menunaikan fardhu haji
kepada warga kementerian dan agensi yang
mendapat peluang tersebut pada tahun ini. Saya
mendoakan agar tuan / puan diberi kesihatan dan
dipermudahkan segala urusan ibadah…insya Allah.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
4. Kita telah pun hampir memasuki empat bulan
terakhir tahun 2016. Sewajarnya, ketika ini semua
warga Kementerian dan agensi telah siap mengkaji
Page 6 of 25
dan menilai semula sejauh manakah sasaran kerja
tahunan masing-masing telah berjaya dicapai. Bukan
sahaja kuantiti kerja perlu disempurnakan, malahan
yang lebih penting adalah mutu dan kualiti dalam
setiap pelaksanaan tugas yang
dipertanggungjawabkan kepada tuan-tuan dan puan-
puan. Semenjak hari pertama saya menerajui
Kementerian ini, saya telah menegaskan bahawa
integriti dan akauntabiliti merupakan tunjang utama
dalam memastikan setiap tugas dan tanggungjawab
dilaksanakan dengan penuh amanah. Setiap
perancangan yang dibuat hendaklah sentiasa
Page 7 of 25
dikemaskini dan diperbaharui mengikut
perkembangan masa, suasana dan kesesuaian tanpa
menjejaskan dan melanggar Standard Operating
Procedures (SOP), tatacara perolehan, kewangan
dan peraturan-peraturan yang telah digariskan.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
5. Dalam ucapan saya pada Majlis Perkhidmatan
Cemerlang KKLW yang lalu, saya pernah berpesan
kepada tuan-tuan dan puan-puan bahawa kita
mestilah sentiasa menghindarkan diri kita daripada
Page 8 of 25
penyakit-penyakit yang boleh menjejaskan wibawa
dan kredibiliti sektor awam iaitu rasuah, salah guna
kuasa, ketirisan perbelanjaan dan membocorkan
maklumat sulit Kementerian dan Kerajaan.
6. Sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab,
kita perlulah berpegang kepada prinsip dan lunas-
lunas etika kerja yang dapat membendung diri kita
dari terjebak dengan gejala-gejala yang saya
sebutkan tadi. Maka dengan itu, ke arah mewujudkan
warga kerja dan organisasi yang bersih dan bebas
daripada gejala rasuah, Kementerian mengambil
Page 9 of 25
langkah strategik untuk mengimplementasi Ikrar
Integriti Korporat atau Corporate Integrity Pledge
(CIP).
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
7. CIP merupakan satu inisiatif di bawah Corporate
Integrity System Malaysia (CISM). Dengan
menandatangani CIP ini, organisasi secara sukarela
dan terbuka membuat perisytiharan menyeluruh
menentang amalan rasuah, dan menzahirkan azam
mereka untuk berusaha ke arah mewujudkan sebuah
Page 10 of 25
negara yang berprinsip tinggi dan beretika. Sehingga
hari ini, sebanyak 864 organisasi telah
menandatangani CIP merangkumi 178
penandatangan dari sektor awam, 661
penandatangan dari sektor swasta dan 25
penandatangan dari sektor NGO. Bagi KKLW pula,
sukacita saya mengumumkan bahawa kesemua
agensi dan jabatan telah pun menandatangani CIP
berkenaan seperti berikut:-
Page 11 of 25
AGENSI TARIKH PEMETERAIAN
KESEDAR 9 Januari 2013
KEJORA 4 Mei 2013
RISDA 9 Julai 2013
FELCRA BERHAD
9 September 2013
KETENGAH 29 September 2013
MARA 14 Mac 2016
JAKOA 12 April 2016
KEDA 10 April 2016
8. Manakala pada hari ini, akan tiba di kemuncaknya
sebentar lagi di mana Ikrar Integriti Korporat bagi
Page 12 of 25
Kementerian yang turut merangkumi Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Institut
Kemajuan Desa (INFRA) yang telah ditandatangani
oleh YBhg. Dato’ Mohd Arif Ab Rahman, Ketua
Setiausaha KKLW pada sesi terdahulu pagi tadi akan
saya serahkan kepada YBhg. Dato’ Mohamad Yusoff
bin Akope, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan
Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM). Dengan termeterainya ikrar ini,
Kementerian dan agensi KKLW secara rasminya
akan menggerakkan komitmen dengan
melaksanakan prinsip-prinsip CIP yang perlu diterima
Page 13 of 25
pakai ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang
adil, telus dan bebas daripada rasuah.
Warga Kementerian yang saya hormati sekalian,
9. Untuk menjayakan CIP ini, usaha-usaha
mempromosi nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir
urus yang baik perlulah dilaksanakan secara
konsisten. Ia merupakan satu janji kita untuk tidak
membenarkan sebarang perbuatan rasuah dalam apa
jua bentuk, sama ada secara langsung atau tidak
langsung, di dalam organisasi dan dalam semua
Page 14 of 25
prosedur termasuk yang melibatkan pembekal,
kontraktor, pelanggan dan pihak ketiga. Setiap
tatacara kewangan dan perolehan harus mengikut
peraturan yang ditetapkan. Setiap warga kerja juga
perlu memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap
Kod Etika penjawat awam demi mewujudkan
persekitaran budaya kerja positif dan kondusif.
10. Antara inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi
membentuk budaya integriti berterusan adalah
dengan mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada
warga kerja yang menunjukkan integriti dan etika
Page 15 of 25
yang tinggi. Kementerian dan agensi juga disaran
untuk meningkatkan saluran aduan yang selamat dan
boleh diakses oleh seluruh warga kerja serta lain-lain
pihak bagi tujuan melaporkan perbuatan rasuah
dengan penuh yakin dan tanpa sebarang risiko
tekanan atau diselubungi perasaan takut.
11. Pengukuhan sistem dalaman yang menyokong
pencegahan rasuah juga boleh dibuat menerusi
pembangunan program-program dan latihan kepada
pihak pengurusan dan seluruh anggota kerja bagi
menjelaskan nilai-nilai, dasar dan prosedur yang akan
Page 16 of 25
digunakan dalam mencegah rasuah daripada berlaku
dalam semua urusan. Saya juga suka menyarankan
agar Audit Dalaman dilaksanakan secara berterusan
bagi mengelakkan penyalahgunaan dana serta aset
Kerajaan.
12. Ketua-ketua Bahagian dan agensi juga perlu
bersikap tegas dan tidak bertolak ansur terhadap
mana-mana pekerja atau mana-mana pihak lain yang
terlibat dengan rasuah yang berkaitan dengan
pelaksanaan tugas dan tatacara kewangan, tanpa
mengira pangkat, kedudukan dan status. Setiap
Page 17 of 25
perlakuan rasuah yang berlaku juga perlu dilaporkan
kepada pihak Pengurusan Tertinggi dan Pihak
Berkuasa berwajib.
Para hadirin yang saya kasihi sekalian,
13. Dengan kesungguhan dan komitmen kita dalam
melaksanakan CIP ini, secara langsung ianya
membuktikan sokongan seluruh warga kerja KKLW
terhadap inisiatif pencegahan rasuah oleh Kerajaan
Malaysia dan pihak SPRM. Saya meminta supaya
Unit Integriti Kementerian dan agensi agar dapat
Page 18 of 25
menjalin kerjasama sepenuhnya dengan pihak SPRM
dalam mengatur program-program pencegahan
rasuah secara berterusan melalui Jawatankuasa
Khas dan Jabatan Pematuhan dan Integriti yang
ditubuhkan. Jalinan kerjasama ini akan meningkatkan
lagi hubungan erat antara Kementerian, agensi dan
SPRM dalam menjayakan objektif “Memerangi
Rasuah” di bawah Program Transformasi Kerajaan
yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib
bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Saya amat yakin, CIP ini akan dapat kita jayakan
dengan penuh komited, telus dan bertanggungjawab.
Page 19 of 25
Hadirin yang dihormati sekalian,
14. Pada 31 Ogos 2016 ini, genaplah 59 tahun
negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan dan
sepertimana pada tahun-tahun sebelumnya, bulan
Ogos telah diisytiharkan sebagai Bulan Kebangsaan.
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen
Kibar Jalur Gemilang bagi tahun ini telah
disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 6
Ogos lalu di Dataran Majlis Perbandaran Tawau,
Sabah. Dengan bertemakan #sehatisejiwa,
Page 20 of 25
sambutan kemerdekaan pada tahun 2016 ini
disemarakkan lagi dengan hashtag
#harikebangsaan2016 dan
#menggelorakansemangatpatriotik .
15. Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, saya
mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar kita
dapat sama-sama menjayakan kempen Bulan
Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang ini.
Kibarkanlah Jalur Gemilang dengan sempurna di
bangunan-bangunan pejabat dan di rumah anda,
jangan biarkan bendera lusuh atau koyak berkibar,
Page 21 of 25
sebaliknya gantikanlah ianya dengan Jalur Gemilang
yang baru. Ini kerana Jalur Gemilang merupakan
simbol kedaulatan negara dan perlu dikibarkan
dengan cara yang betul agar tidak menjejaskan imej
negara terutamanya pada pandangan pelancong
warga asing. Ia juga melambangkan semangat
cintakan negara dan penghargaan terhadap
kemerdekaan yang telah dicapai dengan jerih perih
perjuangan tokoh-tokoh negara terdahulu.
16. Sempena bulan sambutan Hari Kebangsaan
2016 ini juga, pelbagai program memupuk semangat
Page 22 of 25
patriotisme dianjurkan oleh Sekretariat Merdeka
seperti Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa,
Karnival Merdeka dan Amanat Hari Kebangsaan
sebelum acara kemuncak iaitu Perbarisan dan
Perarakan Hari Kebangsaan 2016 yang akan
berlangsung pada 31 Ogos di Dataran Merdeka,
diikuti dengan Sambutan Hari Malaysia 2016 pada 16
September 2016 di Lapangan Terbang Lama, Bintulu,
Sarawak. Saya difahamkan bahawa Kementerian dan
agensi akan turut menghantar wakil kontinjen pada
perarakan kemerdekaan. Penglibatan tuan-tuan dan
puan-puan yang akan terpilih amatlah dihargai dan
Page 23 of 25
boleh diambil kira sebagai sumbangan terhadap
Kementerian/agensi dalam LNPT tahunan. Tuan-tuan
dan puan-puan juga dapat menyemarakkan kempen
kemerdekaan ini dengan menggunakan hashtags
yang diperkenalkan menerusi postings atau paparan
muat naik dalam media-media sosial seperti
Facebook, Instagram, Twitter dan laman web.
PENUTUP
17. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada
kali ini, saya ingin mengalu-alukan seramai lapan ( 8 )
Page 24 of 25
orang pegawai baru yang telah melapor diri dari bulan
Jun hingga bulan Ogos 2016. Semoga kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan akan dapat membantu
menggerakkan jentera Kementerian sekaligus
memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk
masyarakat.
18. Kepada semua warga Kementerian, besar
harapan saya agar tuan-tuan dan puan-puan dapat
melaksanakan tugas dan amanah yang
dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin.
Saya percaya apabila setiap warga kerja memainkan
Page 25 of 25
peranan menyumbang ke arah usaha transformasi
dan menjadi tulang belakang kepada Ketua
Setiausaha dan pihak pengurusan tertinggi, kita akan
dapat merealisasikan Transformasi Membandarkan
Luar Bandar dengan tekad dan jayanya.
Sekian.
Wabillahi Taufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
top related