teks ucapan ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · teks ucapan ....
Post on 06-Feb-2018
309 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TEKS UCAPAN
YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. MOHD KHIR
KETUA PENGARAH JPBD SEMENANJUNG MALAYSIA
DI PERHIMPUNAN AWAL TAHUN JANUARI 2014
Tarikh: 5 Februari 2014
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Auditorium KR Soma, Wisma Tun Sambanthan
Bismillah Hirrahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Selamat Pagi
Terima kasih saudari pengacara majlis
Yang Berusaha En Kamalruddin bin Shamsudin
Timbalan Ketua Pengarah Perancangan
Yang Berusaha Dr Dahlia bt Rosly
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan
Pengarah-pengarah JPBD Negeri, Bahagian, dan Ketua-ketua Unit, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan warga JPBD yang saya hormati sekalian
1
1.0 PENGENALAN
Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat
Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya, kita masih
diberi kesempatan untuk hadir bersama dalam Majlis Perhimpunan Awal
Tahun 2014 ini. Diharap masih tidak terlambat saya ucapkan Selamat
Tahun Baru kepada semua warga JPBD semoga kita akan lebih cemerlang
dan bersemangat untuk menempuh segala cabaran yang mendatang.
Seperti yang Tuan-Tuan dan Puan-Puan sedia maklum, perhimpunan ini
merupakan perhimpunan awal tahun yang terakhir bagi saya sebagai
Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia dan juga Ketua Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa.
Pada 26 Februari 2014, genaplah 9 tahun saya bertugas sebagai Ketua
Pengarah dan 35 tahun dalam perkhidmatan awam bersama JPBD. Satu
pengalaman yang sungguh panjang untuk bersama-sama perkembangkan
perkhidmatan perancangan bandar seperti yang kita kenali kini yang telah
mencapai satu tahap pengikhtirafannya tersendiri.
2.0 AMANAT YBHG. TAN SRI KETUA SETIAUSAHA NEGARA.
Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati
sekalian.
Disini ingin saya menyentuh beberapa amanat YBhg. Tan Sri Dr. Ali
Hamsa Ketua Setiausaha Negara dalam Majlis Amanat KSN 2014 yang
2
telah diadakan pada 20 Januari 2014. Sebelum ini YBhg. Tan Sri KSN juga
turut mengingatkan sekali lagi amanat YAB. Perdana Menteri terhadap
Dasar Transformasi Negara Perlu Terus Diperkasakan.
Keadaan ekonomi dunia pada masa ini memberikan kelebihan kepada
negara-negara yang melakukan transformasi. Transformasi yang
dimaksudkan adalah bersifat structural, iaitu kepada dasar negara dan
sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berupaya
meningkatkan daya saing negara. Sebagai penjawat awam berperanan
mendukung dan melaksanakan Dasar Transformasi Negara supaya
Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang
tahun 2020. Hubungkait transformasi yang dicanangkan dengan
penjawat awam. berupaya meningkatkan daya saing negara,
menjanakan kadar pertumbuhan ekonomi yang positif, Kerajaan akan
dapat mempertimbangkan insentif dan kemudahan-kemudahan lain
untuk kebajikan penjawat awam.
Usaha transformasi Kerajaan telah menampakkan kejayaan apabila
Malaysia telah berjaya mendaki ke kedudukan ke-6 daripada 189 buah
3
negara ekonomi dunia di dalam Laporan World Bank Doing Business
Report 2014.
Menjadi tanggungjawab para penjawat awam mengenai perlunya
meneruskan usaha melaksanakan segala program-program
transformasi yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan dalam menuju
Wawasan 2020. Justeru, para penjawat awam perlu melipat gandakan
usaha memastikan kesinambungan inisiatif transformasi yang telah
diperkenalkan sehingga ia membawa kepada kejayaan yang disasarkan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Antara lain amanat yang disampaikan
oleh YBhg Tan Sri ialah :
2.1. Memperkasa Tadbir Urus Dan Integriti Perkhidmatan Awam
Perhatian perlu diberi dalam memperkasakan sistem tadbir urus dan integriti perkhidmatan awam. Integriti merupakan asas kepada
tadbir urus kerajaan yang baik, dimana pencapaian Malaysia di dalam Global Corruption Index (GCI) menunjukkan peningkatan daripada skor 4.9 pada tahun 2012 kepada 5.0 pada tahun 2013. Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2012 didapati masih
menunjukkan berlakunya ketidakpatuhan kepada peraturan dan
prosedur kewangan. Sebanyak 378 teguran telah dibuat dalam
4
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 yang melibatkan 111 (29%) teguran bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan, 38 (10%) teguran bagi Badan Berkanun dan 229 (61%) teguran bagi negeri. Manakala sebanyak 267 (71%) teguran audit melibatkan penambahbaikan peraturan, prosedur dan proses kerja dan tindakan penambahbaikan ini telah dan sedang diambil oleh agensi
terlibat. Selain itu 111 (29%) teguran melibatkan 121 kes penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas. Jesteru itu Jabatan memandang serius kepada perkara ini dan
Jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan di peringkat kementerian
serta SPRM telahpun menjalankan siasatan dan tindakan tatatertib
serta pendakwaan akan diambil terhadap mereka yang melakukan
penyelewengan, menyalah guna kuasa dan salah laku. Sehubungan
itu, semua Kementerian/ Jabatan telah diminta untuk meneliti semula peraturan-peraturan, prosedur dan proses kerja sedia ada dan
tindakan pembetulan adalah perlu supaya ketidakpatuhan tidak
berterusan yang boleh membuka ruang kepada penyelewengan.
Selain itu, tindakan pemantauan hendaklah dilaksanakan secara berkala bagi memastikan pelaksanaan projek mengikut jadual dan
kelemahan serta kesilapan dapat dikesan lebih awal. Semua pegawai diingatkan agar melaksanakan projek mengikut peraturan yang digariskan dan mengambil iktibar daripada perkara ini serta bersama-
sama memikul tanggungjawab memastikan Perkhidmatan Awam
5
ditadbir dengan penuh integriti serta sentiasa mematuhi peraturan
kewangan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
PENUBUHAN UNIT INTEGRITI JPBDSM
Lanjutan daripada perkara yang telah digariskan tersebut, Jabatan
Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan
Bil.6 Tahun 2013 yang berkuatkuasa 1 Oktober 2013, bertujuan
memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul
dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan
semangat patriotisme. JPBD telah menubuhkan unit Integriti Jabatan
bermula 6 Januari 2014. Unit integriti telah beroperasi di Wisma UOA
Damansara dan mempunyai 5 orang pegawai. Penubuhan unit ini
merupakan usaha kawalan dalaman agensi untuk menguruskan
integriti dalam organisasi.
2.2. Langkah-Langkah Perbelanjaan Berhemat Sektor Perkhidmatan Awam
Secara rasionalisasinya subsidi yang perlu dilakukan demi mengukuhkan kedudukan fiskal negara dan mengurangkan bajet defisit negara, dilaksanakan secara beransur-ansur kerana Kerajaan prihatin kepada kebajikan rakyat. Jesteru itu Perkhidmatan Awam telah memainkan peranan ke arah
6
mengurangkan perbelanjaan awam selaras dengan pengumuman 11
langkah-langkah perbelanjaan berhemat yang digariskan oleh YAB.
Perdana Menteri. 11 langkah-langkah tersebut ialah:
• Pengurangan Imbuhan Tetap Keraian bagi pegawai kanan Kerajaan
dikurangkan di antara 5 hingga 10 peratus;
• Pengurangan kemudahan bayaran tol yang diberi kepada pegawai
kanan Kerajaan daripada RM50 sehingga RM100;
• Pindaan kelayakan kelas tempat duduk penerbangan untuk
perjalanan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam;
• Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik pada tahun
2014;
• Pembekuan pengubahsuaian ruang pejabat;
• Pengoptimuman penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk
mengurangkan sewaan premis bagi kegunaan sebagai pejabat;
• Pelantikan perunding (consultant) perlu mendapat kelulusan
Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) terlebih
dahulu;
• Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara (event
management) serta pemberian sagu hati dan cenderamata;
• Pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa
penganjuran mesyuarat dan majlis rasmi Kerajaan;
• Pengurangan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner)
bagi penganjuran mesyuarat dan majlis rasmi Kerajaan; dan
• Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan
dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia
(1MTC) dan juga kemudahan di institusi milik Kerajaan.
7
Hadirin yang di hormati sekalian, sebelas (11) langkah penjimatan
yang telah diumum dan dilaksanakan didalam sektor Awam bagi
mengurangkan perbelanjaan telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2014. Pendekatan ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk
berbelanja secara berhemat didalam tahun 2014. Langkah-langkah
penjimatan yang lain bakal menyusul dan diperkenalkan secara
berperingkat berdasarkan keperluan serta keadaan semasa. Langkah-
langkah penjimatan ini menunjukkan kerajaan sendiri boleh
mengurangkan perbelanjaan tanpa menjejaskan sistem
penyampaiannya kepada rakyat.
2.3. Untuk Tahun 2014, Seratus Lagi Skim Perkhidmatan Akan Dikaji Semula Dan Ditambah Baik.
Walaupun Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam mengurus
hal-ehwal ekonomi, sosial dan politik, namun Kerajaan tidak mengabaikan kebajikan dan nasib penjawat awam. Sesuatu dasar
yang ingin dilaksanakan akan diteliti YAB Perdana Menteri akan impak
kewangan kepada penjawat awam. Dalam keadaan beberapa negara
menghadapi kemelesetan ekonomi, pengangguran dan ketidakstabilan
politik, Kerajaan Malaysia masih mampu menyediakan pelbagai
ganjaran dan insentif kepada penjawat awam. Antaranya:
8
• kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 7% hingga 13% berkuat
kuasa 1 Januari 2012;
• penambahan gaji maksimum sebanyak 3 KGT (Kenaikan Gaji
Tahunan) dalam struktur gaji bagi setiap gred untuk membolehkan
pegawai yang berada di gaji maksimum menikmati Pergerakan Gaji
Tahunan;
• penambahan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan bagi semua penjawat
awam;
• kenaikan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 bagi
mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 1 Januari
2012;
• kenaikan pencen tahunan sebanyak 2% setiap tahun mulai 1
Januari 2013; dan
• pemberian Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi pada
tahun 2013 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.
Disamping itu juga Kerajaan turut mengambil langkah untuk
memantapkan pembangunan kerjaya penjawat awam melalui
penambahbaikan skim perkhidmatan seperti yang diumumkan
dalam Bajet 2014 yang merangkumi:
• kenaikan taraf skim perkhidmatan berikutan penetapan kelayakan
masuk minimum kepada peringkat Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Dengan penambahbaikan tersebut, skim-skim perkhidmatan
di gred gaji 1 hingga gred gaji 10 di naik taraf kepada gred gaji 11;
9
• penggabungan skim perkhidmatan dengan tujuan mengembangkan
pelbagai kepakaran/kemahiran,
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR
Diatas inisiatif tersebut saya ingin mengucapkan tahniah diatas
penambahbaikan keatas skim Perancangan Bandar dan Desa
sebagaimana terkandung didalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 11 & 12
/2013: Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Perancang Bandar
dan Desa, pindaan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang
Bandar dan Desa serta Pelukis Pelan seperti berikut;
i. Juruteknik Perancang bandar dan Desa Gred J17/J22/J26
• Bagi Juruteknik yang dilantik sebelum tahun 1989, secara terus
akan ditukar lantik kepada JA 29
• Bagi Juruteknik yang memenuhi syarat akan ditawarkan pertukaran
perlantikan ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang
bandar dan Desa Gred JA 29
• Bagi Juruteknik yang tidak memenuhi syarat akan diperlukan
mengambil peperiksaan untuk layak ke perkhidmatan Penolong
Pegawai Perancang bandar dan Desa Gred JA 29
ii. Pelukis Pelan Gred J17/J22/J26
10
• Kerajaan telah memutuskan supaya skim perkhidmatan Pelukis
Pelan Gred J17/J22/J26 bidang Senibina dijadikan skim
perkhidmatan bersepadu.
2.4. Mengadun Bakat Bestari, Mencipta Kejayaan Lestari
Dalam memacu Malaysia sebagai sebahagian daripada kelompok
negara maju, Perkhidmatan Awam Negara dengan jumlah 1.4 juta
orang penjawat awam dilihat sebagai aset modal insan yang berharga.
Pun begitu, di era Open Talent atau Bakat Terbuka ini, penekanan
diberikan kepada pegawai yang mempunyai pelbagai kemahiran atau
multi-skills. Menyedari peredaran era yang begitu pantas, Jabatan
harus melihat pengurusan bakat menerusi perspektif yang berbeza;
lensa baharu untuk realiti baharu. Mencatur modal insan perlu dilihat
dari segi kemampuan menyumbang kepada keberhasilan yang negara
perlukan.
Demi memastikan cita-cita pemerkasaan bakat terbaik, Jabatan bukan
sahaja perlu sentiasa mengasah, bahkan mempelbagaikan bakat dan
kebolehan. Seiring dengan transformasi Perkhidmatan Awam, tugasan
sesebuah bahagian di sesebuah jabatan tidak lagi tertakluk kepada
gaya kerja rutin. Kini, sektor awam menjadi semakin elastik, bersifat
fleksibel dan pantas beradaptasi. Justeru, kepelbagaian keupayaan
pada seseorang pegawai berupaya memenuhi keperluan ini.
11
2.5. Pecutan Transformasi Perkhidmatan Awam: Strategi Inovatif, Pendekatan Kolaboratif
Sepertimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri di dalam Ucapan Bajet 2014, Transformasi Perkhidmatan
Awam menjadi satu kemestian bagi mengukuh dan menyusun semula
organisasi supaya relevan dengan perkembangan semasa. Malahan,
usaha ini perlu dilaksanakan di semua kementerian. Sehubungan itu,
dua agensi yang menjadi enjin utama Kerajaan iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan Negara memulakan agenda transformasi ini. Sebagai agensi perintis, kedua-dua agensi
utama ini menjadi contoh terbaik sama ada dari segi penstrukturan
organisasi, sistem dan cara kerja atau pun etos dan budaya jabatan.
2.6. Strategi Lautan Biru Kebangsaan : Merancak Pelaksanaan Berimpak
Sebagai strategi penjimatan perbelanjaan Kerajaan pula, kolaborasi
strategik melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) perlulah di
perkasa bukan sekadar merentasi kementerian dan jabatan, malahan
ia perlu bermula di peringkat unit, seksyen dan bahagian di sesebuah
kementerian atau jabatan. Strategi NBOS akan terus dipergiat
berpaksikan empat (4 ) prinsip utama iaitu:
12
• Impak positif yang tinggi (faedah ketara kepada Rakyat);
• Kos yang minima (kos yang lebih rendah daripada kaedah
konvensional);
• Pelaksanaan Pantas (impak dapat dirasai dalam masa yang
singkat); dan
• Perubahan yang Mampan (boleh diaplikasikan untuk projek yang
lain & perubahan minda serta budaya).
Di dalam kontek ini Jabatan melalui Unit NKRA sebagai urusetia telah
ditugaskan untuk merealisasikan pelaksanaan NBOS diperingkat
KPKT.
2.7. Perkhidmatan Awam Sebagai Perkhidmatan Rakyat
Penggal terakhir sebelum detik bersejarah tahun 2020 akan
memperlihatkan usaha transformasi Perkhidmatan Awam terus di
perkasa. Untuk menjadikan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai
sebuah perkhidmatan rakyat, konsep Merakyatkan Perkhidmatan
Awam telah diperkenalkan dimana sebuah Perkhidmatan Awam yang
unggul adalah berteraskan 6 prinsip utama iaitu:
• Keterbukaan – bermaksud mengamalkan minda terbuka dan
sentiasa mudah untuk didekati oleh pelanggan yang memerlukan
khidmat kita;
• Turun Padang – bermakna sentiasa pasang telinga dan buka mata
seluas-luasnya untuk mendengar dan melihat sendiri keperluan dan
ekspektasi pelanggan;
13
• Musyawarah – bermaksud memperhebatkan lagi penglibatan kita
dengan pelanggan menerusi engagement serta memberi
penerangan dengan jelas terhadap mereka;
• Insaniah – bermakna setiap penjawat awam harus
menyeimbangkan antara kehidupan rohani dan kesihatan jasmani
dalam cara kita bekerja;
• Kekitaan – bermaksud meraikan perbezaan sumber dan mengukuh
persamaan; dan
• Kerjasama Awam, Swasta dan NGO – bermakna memperkasakan
lagi perkongsian sumber dengan mengadakan kolaborasi dengan
mereka dan sentiasa berusaha mencapai permuafakatan.
3.0 PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Ingin saya mengumumkan beberapa pengiktirafan yang telah JPBD
SM perolehi atas usaha dan komitmen semua warga kerja JPBD SM
bagi tahun 2013 dimana Jabatan telah memenangi beberapa
anugerah seperti;
i. Anugerah Cemerlang Penarafan 5 Bintang Portal didalam MGWA
2013
ii. Memenangi anugerah Ketua Pengarah MAMPU melalui kumpulan
PEKA dari JPBD Negeri Pahang didalam Konvensyen KIK
Peringkat Kebangsaan 2013 yang telah berlangsung di Kuching
Sarawak pada 2-4 Januari 2014
14
iii. Memperolehi Persijilan Semula MS ISO 9001: 2008 bagi tempoh
tiga tahun
Untuk itu saya ucapkan tahniah diatas kejayaan – kejayaan yang
telah berjaya diperolehi.
4.0 PENCAPAIAN JPBD BAGI TEMPOH 2005 – 2013
Tuan tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Jika diimbau kembali pencapaian JPBD, seperti yang ditunjukkan
dalam imbasan 2013 tadi, kita sebenarnya telah jauh dan pantas
mengorak langkah dalam memperkukuhkan peranan JPBD sebagai
peneraju utama dalam bidang perancangan bandar dan desa
pencapaian-pencapaian inilah yang mesti kita banggakan:
4.1 Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN)
Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) telah ditubuhkan pada tahun
2003 di bawah peruntukan Subseksyen 2A(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Pindaan) 2001, (Akta A1129) sebagai usaha
untuk menangani masalah pasaran dalam sektor hartanah yang
berpunca daripada ketidakseimbangan kuasa di antara kerajaan pusat
dengan kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan dalam hal ehwal
perancangan bandar dan desa.
15
Majlis ini merupakan Majlis tertinggi yang bertanggungjawab ke atas
perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. MPFN yang
dibantu oleh 3 Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kerja MPFN,
Jawatankuasa Teknikal dan juga Jawatankuasa Kawal Selia.
Sehingga Disember 2013 sebanyak 18 mesyuarat telah bersidang
sejak tahun 2003. Daripada 18 Mesyuarat MPFN, saya telah menjadi
Setiuasaha MPFN sebanyak 15 MPFN iaitu semenjak tahun 2005
hingga 2013 dan sebanyak 102 kertas kerja telah dibentangkan yang
merangkumi :
i. Perkara-perkara dasar berkaitan perancangan bandar dan desa,
ii. Perkara berkaitan Rancangan Fizikal Negara
iii. Perkara berkaitan Rancangan Struktur Negeri,
iv. Perkara berhubung dengan Perancangan Wilayah,
v. Perkara yang dirujuk oleh Kerajaan Negeri, Subsek. 22 (2A), Akta
172,
vi. Perkara yang dikemukakan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa
Teknikal dan Pasukan Petugas,
vii. Perkara yang berkaitan dengan Akta 172,
viii. Garis panduan, piawaian dan peraturan perancangan; dan
ix. Perkara yang diarah oleh pengerusi / Majlis.
16
4.2 Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam Dalam Bidang Hartanah (Prosedur dan Proses Cadangan Pemajuan serta Pelaksaan Pusat Setempat)
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui
Jabatan Perancangan bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah
mengambil inisitif untuk membuat perekayasaan (re-engineering) ke
atas sistem, prosedur dan proses kelulusan cadangan pemajuan yang
dilaksanakan melalui Pusat Setempat (OSC). Penambahbaikan ini
merupakan salah satu inisitif yang telah ditetapkan semasa
Persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan
Awam .
Penambahbaikan ini telah memperkenalkan halacara baru sistem
memproses secara serentak bagi permohonan-permohonan cadangan
pemajuan. Projek-projek di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ),
projek-projek impak tinggi, pelaburan asing dan projek kerajaan
diluluskan dalam tempoh 4 bulan. Projek-projek di bawah Konsep Jual
Kemudian Bina (JKB) diluluskan dalam tempoh tidak lebih dari 6 bulan.
Lanjutan daripada penambahbaikan tersebut, OSC telah ditubuhkan di
setiap PBT dan mula berkuatkuasa pada 13 Jun 2007. Jawatankuasa
Pusat Setempat telah diwujudkan bagi menggantikan Jawatankuasa
Perancangan dan Pembangunan dalam memproses cadangan-
cadangan pemajuan.
17
JPBD telah menempatkan pegawai-pegawai Perancang Bandar JPBD
di seluruh PBT Semenanjung Malaysia. Seramai 180 perancang
bandar dan desa telah ditempatkan di OSC daripada jumlah
perjawatan keseluruhan iaitu 566 orang.
Penambahbaikan dalam penyediaan pembangunan hartanah oleh
OSC ini telah meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-6 daripada
189 negara (kedudukan ke 8 pada tahun sebelumnya) dalam laporan
Doing Business 2014 oleh World Bank. Pencapaian ini adalah melalui
peningkatan dalam bidang Dealing With Construction Permits yang
mencatatkan peningkatan yang paling ketara iaitu dari kedudukan 99
ke kedudukan 43 (peningkatan 56 tangga).
Seperti sedia maklum OSC ini ditunjangi oleh pegawai-pegawai
Perancangan Bandar dan Desa JPBD yang ditempatkan berkhidmat
di semua pihak berkuasa tempatan diseluruh Semenanjung Malaysia.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pegawai-pegawai di OSC
yang telah menyumbang kepada pencapaian ini.
4.3 Rancangan Tempatan
Rancangan Tempatan merupakan hierarki rancangan pemajuan di
peringkat ketiga. Ia merupakan Pelan Terperinci yang menterjemah
polisi-polisi dan cadangan am Rancangan Struktur di peringkat Pihak
Berkuasa Perancang Tempatan.
18
Fungsi Rancangan Tempatan:
i. Menterjemah dasar RS;
ii. Sebagai panduan pembangunan fizikal bagi daerah dan PBPT
berkaitan melalui Peta Cadangan Gunatanah;
iii. Menyediakan garis panduan bagi kawalan perancangan;
iv. Mengenalpasti projek utama daerah; dan
v. Menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan
Sehingga Disember 2013, sebanyak 84 daripada 91 RT (92%) telah
diwartakan, manakala 7 RT (8%) masih belum diwartakan. RT yang
belum diwartakan adalah:
i. RT Daerah Bandar Baharu;
ii. RT MP Pulau Pinang;
iii. RT Daerah Seberang Perai Utara;
iv. RT Daerah Seberang Perai Tengah;
v. RT Daerah Seberang Perai Selatan;
vi. RT Daerah Kota Tinggi; dan
vii. RT Kuala Lumpur.
19
4.4 Rancangan Tempatan sebagai Pemudahcara melalui Program Kolaborasi Perancangan dan Pelaksanaan Ke atas Cadangan Pembangunan Projek-Projek RMKe-10 dengan Kementerian dan Agensi di Peringkat Persekutuan dan Negeri
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Rancangan Tempatan juga akan digunakan sebagai Pemudahcara
melalui Program Kolaborasi Perancangan dan Pelaksanaan Ke atas
Cadangan Pembangunan Projek-Projek RMKe-10 dengan
Kementerian dan Agensi di Peringkat Persekutuan dan Negeri.
Program ini adalah bagi membantu memudahcara jabatan dan agensi
terlibat dalam mengenalpasti cadangan tapak projek pembangunan
yang akan dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan RMKe-10. Ini
adalah selaras dengan kerangka penyediaan program dan projek
RMKe-10, di mana bagi semua cadangan projek fizikal, Kementerian
yang berkaitan hendaklah membuat perancangan program dan projek
secara bersepadu dengan mengambil kira dokumen RFN, RS dan RT
yang disediakan oleh Jabatan. Ianya adalah selaras dengan Garis
Panduan Kedua RMKe-10, Penyediaan Pelan Pelaburan Sektor
Awam, 2011-2012 yang telah dikeluarkan pada 17 November 2009.
Program ini melibatkan pengumpulan data dan maklumatcadangan
pembangunan mengikut sektor terpilih daripada semua RT yang telah
disediakan. Antara sektor yang terlibat adalah seperti berikut:
20
i. Kemudahan landskap dan rekreasi;
ii. Kemudahan Bomba dan Penyelamat;
iii. Kemudahan pelupusan sampah dan sisa pepejal;
iv. Kemudahan pendidikan;
v. Kemudahan kesihatan;
vi. Cadangan pembangunan kampung tradisi;
vii. Kemudahan keselamatan (kemudahan balai polis);
viii. Program perumahan rakyat dan perumahan kos rendah;
ix. Pelancongan;
x. Rangkaian jalan raya; dan
xi. Perindustrian.
Program ini telah dibentangkan di Mesyuarat Ketua Setiausaha
Kementerian dan Ketua Perkhidmatan pada 9 Disember 2009 sebagai
makluman kepada semua jabatan dan agensi peringkat persekutuan
mengenai memudahcara pembangunan berdasarkan kajian-kajian RT
yang telah disediakan oleh JPBD.
4.5 Garis Panduan Perancangan
Semenjak 1997 jumlah garis panduan yang disediakan ialah sebanyak
41 GP. Semakan semula garis panduan dilakukan bermula 2008 bagi
mengemaskini garis panduan dengan keperluan-keperluan baru
seperti dasar/polisi baru, isu semasa, piawaian agensi yang terkini dan
sebagainya.
21
Ini adalah penting bagi memastikan suatu pembangunan dapat
disediakan secara teratur, terkawal dan terancang dalam memastikan
kepentingan semua pihak terpelihara. Cadangan-cadangan yang
dikemukakan akan dapat menyokong pembangunan yang
dicadangkan serta dapat memandu dan mendisiplinkan semua pihak
yang terlibat dalam bidang tersebut.
Sebanyak 41 garis panduan yang telah dikaji semula digabungkan
menjadi 17 garis panduan sahaja iaitu:
i. GPP Masjid dan Surau
ii. GPP Tokong, Kuil, Gereja dan Gurdwara
iii. GPP Taman Tema
iv. GPP Taman Atas Bumbung
v. GPP Reka Bentuk Sejagat (Universal Design)
vi. GPP Pembangunan Pulau-Pulau dan Taman Laut
vii. GPP Laluan Kemudahan Utiliti
viii. GPP Kemudahan Masyarakat
ix. GPP Tanah Perkuburan dan Krematorium
x. GPP Perumahan
xi. GPP Perdagangan
xii. GPP Tempat Letak Kereta
xiii. GPP Perindustrian
xiv. GPP Tanah Lapang dan Rekreasi
xv. GPP Pemeliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam
Sekitar
xvi. GPP Tapak Utiliti dan Infrastruktur
22
xvii. GPP Padang Golf
Selain itu, terdapat juga garis panduan baru yang telah disediakan
antaranya:
i. Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan
Tanah Tinggi
ii. Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau dan;
iii. Garis Panduan Perancangan Warga Emas
4.6 Perundangan dan Kawal Selia Perancangan
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
Selepas 37 tahun (sejak 1976), Akta 172 telah dipinda sebanyak 4 kali.
Iaitu :
i. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 1993 [Akta A866] -
mengambil kira peruntukan Akta Perkhidmatan Pembentungan
1993 [Akta 508]
ii. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 1995 [Akta A933] -
lanjutan dari kejadian highland tower; mengukuhkan aspek
pemeliharaan alam sekeliling dan penyediaan Laporan Cadangan
Pemajuan (LCP)
iii. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 2001 [Akta A1129] -
lanjutan dari isu property overhang; mewujudkan Majlis Perancang
Fizikal Negara (MPFN), Jawatankuasa Perancang Wilayah,
23
penyediaan Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan
Struktur yang merangkumi seluruh Negeri.
iv. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 2007 [Akta A1313] -
mengambil kira peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007 [Akta 672].
Akta 172 sekali lagi akan dipinda dan status pindaan kali ke 5 ini
adalah di peringkat penyediaan Memorandum Daripada Menteri
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan : Rang Undang-Undang
Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2012 di mana
memorandum ini telah diedarkan kepada 6 Kementerian/Agensi
terlibat untuk mendapatkan ulasan
4.7 Panduan Pelaksanaan Akta 172 : Kawasan Pemajuan
Tujuan penyediaan Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan adalah
sebagai panduan kepada PBPT untuk menubuhkan sesuatu
perbadanan bagi memajukan sesuatu kawasan khas yang telah
diisytiharkan sebagai kawasan pemajuan di bawah subseksyen 38(1)
Akta 172. Penyediaan kaedah-kaedah ini mengambil kira keperluan
perundangan seperti Akta 172, Akta Pengambilan Tanah 1960, Kanun
Tanah Negara 1965, Pekeliling-pekeliling Perbendaharaan dan struktur
organisasi 4 perbadanan terpilih iaitu Johor Corporation (JCorp),
Perbadanan Putrajaya, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
24
Draf Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan telah dibentang dan
diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan
Pembangunan (JPP) JPBD Bil. 4/2010 pada 14 Disember 2010.
Draf Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan telah diserahkan kepada
PUU KPKT pada 23 Disember 2010 untuk mendapatkan nasihat dan
semakan.
Draf Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan telah diedarkan kepada 11
JPBD Negeri untuk penerimapakaian pada 13 Januari 2011.
Walau bagaimanapun, PUU 2 KPKT berpandangan melalui sesi
perbincangan yang telah diadakan pada 29 Jun 2011 bahawa JPBD
boleh menyediakan satu panduan pelaksanaan yang mengandungi
proses dan tatacara pelaksanaan menurut Bahagian VIII Akta 172.
Panduan tersebut adalah Panduan Pelaksanaan Akta Perancangan
Bandar dan Desa1976 [Akta 172] : Kawasan Pemajuan.
Hasil perbincangan tersebut, JPBD telah menghantar surat mengenai
penangguhan penerimapakaian Draf Kaedah-Kaedah Kawasan
Pemajuan kepada semua JPBD Negeri pada 13 Julai 2011.
Pada masa kini, Panduan Pelaksanaan Akta 172 : Kawasan Pemajuan
telah siap disediakan dan telah diedarkan kepada Bahagian-Bahagian
(Ibu Pejabat), pejabat projek zon-zon, JPBD Negeri dan pihak
berkuasa tempatan sebagai panduan.
25
Sehingga kini, taklimat berkenaan Panduan Pelaksanaan Akta 172 :
Kawasan Pemajuan telah diadakan kepada JPBD Negeri Melaka pada
29 Oktober 2013 untuk penerimapakaian.
4.8 Rancangan Fizikal Negara (RFN)
Kajian Rancangan Fizikal Negara telah bermula pada tahun 2000.
Pada tahun 2001, Laporan Awal RFN telah disediakan dan diedarkan
kepada pelbagai Kementerian, Jabatan/Agensi Kerajaan, IPT, Agensi
bukan kerajaan dan agensi-agensi lain yang berkaitan untuk
pandangan dan ulasan.
Sepanjang tahun 2005, aktiviti RFN melibatkan mesyuarat
pelaksanaan dan penyelarasan RFN dengan RSN, RT yang dibuat di
peringkat wilayah. Selain itu, taklimat dan perbincangan RFN semasa
perundingan di peringkat persekutuan dan kerajaan negeri juga
dilaksanakan sebelum RFN dimukatamadkan.
RFN mengandungi 8 Tema, 36 Dasar dan 194 langkah. RFN
diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 April 2005 dan
Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005.
4.9 Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN Ke-2)
RFN Ke-2 telah disediakan pada tahun 2010. Ia merupakan Kajian
Semula ke atas RFN pertama yang disediakan pada tahun 2005. RFN
26
Ke-2 diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Ogos 2010
dan Majlis Perancang Fizikal Negara pada 13 Ogos 2010.
Dasar-dasar RFN Ke-2 mencakupi dimensi yang luas ke arah menuju
Wawasan 2020 mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi.
Terdapat 8 tema yang masih dikekalkan kerana masih relevan dalam
keadaan semasa.
Selain itu, RFN Ke-2 mengandungi 41 dasar dan 7 daripadanya adalah
dasar baru. Selebihnya merupakan dasar sediada yang
diperkukuhkan dan ditambahbaik dari segi pernyataan dasar itu sendiri
supaya lebih jelas. Selain itu, langkah-langkah dalam dasar berkenaan
juga ditambahbaik.
4.10 NKRA Mengurangkan Jenayah- Program Bandar Selamat
Di bawah GTP 1.0, NKRA Mengurangkan Jenayah bermula dari tahun
2010 sehingga 2012, JPBD di bawah KPKT bertanggungjawab
melaksanakan 2 daripada 55 inisiatif yang disyorkan oleh Lab GTP 1.0
iaitu:
i. NKPI 1.2.1 : Mengaktifkan semula dan memperluaskan Program
Bandar Selamat di 151 PBT seluruh negara, dan
ii. NKPI 1.1.4 : Mempertingkatkan kemudahan keselamatan rumah
melalui Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED)
27
Pelaksanaan NKRA Mengurangkan Jenayah Bandar Selamat adalah
satu-satu program JPBD KPKT yang dilaksanakan secara kolobrasi
dan smart partnership terutamanya dengan KDN, PDRM dan PBT
dengan menumpukan kepada pencegahan jenayah jalanan di
kawasan hotspot.
Pada tahun 2010, Pelaksanaan langkah Program Bandar Selamat
hanya bertumpu di 12 PBT hotspots (DB Kuala Lumpur, MB Shah
Alam, MB Petaling Jaya, MP Klang, MP Selayang, MP Subang Jaya,
MP Ampang Jaya, MB Johor Bahru, MP Johor Bahru Tengah, MP
Pasir Gudang, MP Pulau Pinang dan MP Seberang Perai).
12 PBT hotspots telah menyumbangkan sebanyak 70% daripada
keseluruhan jenayah jalanan di negara ini pada tahun 2009, dan
tindakan ini akan memberi impak “big result fast” .
Dari tahun 2011 sehingga 2012 pelaksanaan langkah PBS
diperluaskan kepada semua 151 PBT di seluruh negara termasuk 24
PBT di Sabah dan 26 PBT di Sarawak. PDRM membantu mengenal
pasti semua kawasan hotspot di semua PBT terlibat.
Sehingga akhir 2012, langkah PBS telah dilaksanakan di semua PBT
iaitu:-
i. 18,102 unit lampu telah dinaik taraf dan dipasang baru,
ii. 2,460 unit cermin keselamatan
28
iii. 280.7 KM tonggak jalan atau rel penghadang (panjangnya sejauh
dari Kuala Lumpur hingga Ipoh)
iv. 3 unit Penggera keselamatan
v. 1,165 unit papan tanda talian kecemasan PDRM
vi. 34,813 unit tempat letak motosikal berkunci telah disediakan,
vii. sebanyak 35 PBT dan 216 daripada 764 balai polis di seluruh
negara mempunyai Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS)
termasuk peningkatan kapasiti talian internet di balai polis terlibat.
viii. 496 CCTV (Fasa 1: 496 CCTV telah dipasang di 25 PBT di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan – RM70 juta)
4.11 Penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW)
Ditubuhkan dibawah peruntukan subseksyen 6(A) Akta 172,
Memperuntukkan bahawa selepas berunding dengan Pihak Berkuasa
Negeri yang berkenaan, MPFN boleh menubuhkan Jawatankuasa
Perancang Wilayah yang terdiri daripada sesuatu kawasan yang
terletak di dalam dua Negeri atau lebih.
Penubuhan JPW bagi Kawasan Bersempadanan antara Negeri
Sembilan, Melaka dan Johor telah diluluskan oleh Mesyuarat MPFN
pada 27 Julai 2012.
29
5.0 HALATUJU MASA HADAPAN
5.1 Liberalisasi Sektor Perkhidmatan Perancangan Bandar
Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa merupakan subsektor
perkhidmatan yang telah dikenal pasti bagi tujuan liberalisasi. JPBD
Semenanjung Malaysia terlibat secara langsung sebagai fasilitator
dalam melaksanakan Inisiatif Makmal Liberalisasi Sektor
Perkhidmatan Perancangan Bandar antara Unit Pengurusan Prestasi
dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan Lembaga Perancang Bandar
Malaysia (LPBM). JPBD Semenanjung Malaysia selaku custodian
kepada perkhidmatan ini memainkan peranan penting bagi memikul
tanggungjawab dalam menyelaras dan memberi perkhidmatan terbaik
ke arah proses liberalisasi.
Lanjutan itu, sebanyak lapan (8) inisiatif telah dibentuk untuk
memastikan liberalisasi Sektor Perkhidmatan Perancangan Bandar
dapat dilaksanakan iaitu :
Inisiatif 1 : Review Amendment to Town Planners Acts 1995
(Act 538) and Develop Domestic Regulations;
Inisiatif 2 : Develop Domestic Regulations;
Inisiatif 3 : Management System Based on International
Standards;
30
Inisiatif 4 : Accreditation of Tertiary Education Programs For
Urban Planning To Be Based On International
Standards;
Inisiatif 5 : Mutual Recognition Agreements (MRA) With
Selected Countries To Enable Access To Foreign
Markets;
Inisiatif 6 : Promote Malaysian Town Planners and Showcase
Malaysian Urban Planning;
Inisiatif 7 : Market Intelligence System;
Inisiatif 8 : Technical Cooperation Program.
Liberalisasi adalah pembukaan pasaran yang memberi pilihan yang
lebih luas bagi barangan atau perkhidmatan kepada pengguna yang
menyumbang kepada kepuasan pengguna. Kemasukkan barangan
atau pemberi perkhidmatan ke pasaran tempatan akan
menyemarakkan persaingan daripada pelbagai aspek seperti kualiti,
kos dan penggunaan teknologi yang lebih canggih. Persaingan akan
berupaya meningkatkan kecekapan dan menggalakkan inovasi dan
kreativiti di kalangan pemberi perkhidmatan di pasaran dan seterusnya
akan meransang pertumbuhan ekonomi Negara.
31
5.2 Penyediaan Pelan Pelaksanaan
Berdasarkan senario pembangunan negara, penekanan projek-projek
pembangunan di bawah RMKe-11 perlu diberikan terhadap aspek
pelaksanaan atau implementation centric. Fokus perlu menjurus
kepada pelaksanaan dengan memastikan projek atau program
memberi faedah kepada rakyat atau people centric initiatives.
Penglibatan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia dalam pelaksanaan sesuatu projek atau program adalah
melalui pendekatan seperti berikut :
i. Penyelarasan;
ii. Pemudahcara; dan
iii. Pelaksanaan.
Pendekatan penyediaan pelan pada masa akan datang perlulah
menekankan kepada konsep kebolehlaksanaan atau dalam erti kata
lain pelan yang disediakan adalah untuk melaksanakan sesuatu projek
yang telah dikenalpasti.
Penyediaan RKK pada masa akan datang juga perlu dilaksanakan
secara kolaborasi dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti
Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) dan agensi-agensi lain yang telah dikenalpasti semasa
pengenalpastian projek.
32
5.3 Garis Panduan Perancangan
Penyediaan garis panduan perancangan pada masa hadapan perlu
memberi perhatian kepada aspek kemampanan. Garis panduan yang
disediakan hendaklah memikirkan tentang keperluan dan permintaan
masyarakat terhadap teknologi pintar. Pada masa yang sama,
pembangunan mampan perlu di ambilkira.
Justeru, bagi menepati keperluan masa hadapan, antara garis
panduan perancangan yang sedang dan telah disediakan antaranya:
i. Garis Rekabentuk Bandar Padat dan Berdayahuni
Kajian Garis Panduan Perancangan dan Reka Bentuk Bandar
Padat Berdaya Huni dijalankan untuk mengenalpasti komponen
perancangan dan elemen reka bentuk bandar yang perlu ada bagi
menjadikan sesuatu bandar itu padat dan berdaya huni dalam
persekitaran dan budaya Malaysia. Output kajian ini adalah satu
garis panduan bagi memandu penggubal dasar dan agensi
pelaksana di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa
tempatan serta pemaju dalam melaksanakan pembangunan.
ii. Garis Panduan Perancangan Ubiquitous City
Garis Panduan Perancangan ini disediakan sebagai panduan
kepada PBN, PBT, agensi teknikal serta pemaju dan pihak yang
berkepentingan dalam membangunkan ‘Ubiquitous City’ (U-City)
33
selaras dengan usaha mempertingkat inovasi pintar di dalam
perancangan pembangunan bandar untuk dimanfaatkan oleh
generasi kini dan akan datang.
Konsep U-City adalah bagi memberi nilai tambah kepada
pelaksanaan konsep bandar pintar yang telah sedia diaplikasi di
Malaysia dengan menerapkan penambahbaikan berasaskan
infrastruktur dan infostruktur ‘ubiquitous’(ubiq). Garis panduan
U-City ini bukan sahaja merujuk kepada skala sebuah bandar
tetapi ia juga boleh diterapkan bagi pembangunan kecil seperti zon
tertentu di dalam sebuah bandar ataupun pembangunan sebuah
kawasan kejiranan sama ada di pembangunan baru dan juga bandar sedia ada.
iii. Program Bandar Sejahtera Masa Depan (Future Cities)
Selain daripada menggubal garis panduan perancangan, Jabatan
juga sedang merangka Konsep Pembangunan ‘Future Cities’ atau
Bandar Sejahtera selaras dengan penekanan Kementerian kepada
aspek kesejahteraan bandar. Kekuatan ‘Future Cities’ adalah
untuk mewujudkan ‘human-centered cities’ (penglibatan aktif
masyarakat / rakyat) dan ‘green-oriented development’ dalam
aktiviti pembangunan bandar dan kawasan penempatan.
Bagi tujuan ini, Jabatan akan menjalankan dua (2) program iaitu:
34
i. Kajian Kerangka Pelaksanaan Bandar Sejahtera Malaysia
(Malaysia Future Cities) pada tahun 2014 yang akan
menghasilkan ‘template’ dan panduan bagi melaksanakan
‘Future Cities’ di peringkat kejiranan, bandar kecil dan bandar
besar; dan
ii. Pembangunan Projek Perintis ‘Bandar Sejahtera Malaysia’ di
Kawasan Kejiranan sedia ada di sekitar Lembah Kelang pada
tahun 2015. Projek ini akan mengaplikasi secara bersepadu
dan menyeluruh inisiatif kejiranan hijau, inisiatif pembangunan
perumahan mampan, inisiatif pembangunan ubiquitous city
dan inisiatif-inisiatif pembangunan penempatan warga emas
dan rekabentuk sejagat sebagaimana yang terkandung di
dalam garis panduan perancangan yang digubal oleh JPBD.
6.0. PENUTUP
Akhir kata, saya menyeru semua lapisan pegawai warga JPBD SM
untuk terus bekerja dengan lebih gigih dan komited terhadap kerja.
Sama-samalah menggembeling tenaga untuk mengharumkan dan
meneruskan kecemerlangan nama JPBD.
Saya percaya JPBD akan terus maju dan terus membangun dalam
member sumbangan yang signifikan kepada pembangunan
Negara.Saya sentiasa mendoakan kejayaan semua dari jauh.
35
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada urusetia
Perhimpunan awal tahun pada kali ini.Semoga usaha kita semua
sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Wabillah hi Taufik wal hidayah, wassalamualikum warahmalullah
hiwabarakatuh
Sekian. Terimakasih.
36
top related