teks ucapan y.bhg prof. dato’ dr musa ahmad · pdf file1 teks ucapan y.bhg prof....
Post on 03-Feb-2018
303 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
TEKS UCAPAN
Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD
NAIB CANSELOR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
DI MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR
TAHUN BAHARU 2015
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam
sejahtera , salam 1Malaysia, salam Integrasi Naqli dan Aqli.
[SALUTASI] Bertandang Kalian Hamba Raikan Amanat Dibentang Menyusun Haluan USIM di Martabat Warganya Dibanggakan Sepakat Semua Menggapai Wawasan
1. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah izin dan kurnia-Nya jua kita dapat bersama-sama
menghadiri Majlis Amanat Naib Canselor Tahun Baharu 2015
pada pagi ini. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan
Selamat Tahun Baharu 2015 kepada seluruh warga USIM
meliputi Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU),
2
Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU), Ketua-Ketua
Jabatan, Profesor Emeritus, Profesor, pensyarah, kakitangan
pentadbiran, kakitangan sokongan dan para pelajar. Saya ingin
mengambil kesempatan di awal ucapan saya ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga USIM
yang telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan segala
tugas yang diamanahkan sepanjang tahun lalu. Dengan
ketibaan tahun 2015 ini, maka bermulalah lembaran baharu
dalam kehidupan kita, termasuk tugas-tugas yang perlu kita
laksanakan dan sasaran-sasaran yang mesti kita capai. Untuk
makluman bersama, ini merupakan Majlis Amanat pertama bagi
saya selaku Naib Canselor setelah dilantik menjadi Naib
Canselor USIM yang ke-empat berkuatkuasa pada 15 Ogos
2014. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ahli LPU, ahli
JKPU dan seluruh warga USIM di atas kepercayaan yang
diberikan kepada saya untuk menerajui USIM. Adalah menjadi
harapan saya agar warga USIM dapat bersama-sama saya
untuk mengembleng tenaga bagi membangunkan USIM
sebagai Pusat Rujukan Integrasi Naqli dan Aqli di peringkat
Serantau pada tahun 2016 atau USIM ’16 dan di peringkat
global pada tahun 2025 atau USIM ‘25
3
Hadirin dan Hadirat yang saya hormati sekalian,
2. Pada penghujung tahun 2014, beberapa buah negeri di
negara kita telah dilanda bencana banjir yang luar biasa.
Bencana ini bukan sahaja telah memusnahkan harta benda,
malah menyebabkan kehilangan nyawa selain menjejaskan
sesi persekolahan. Saya berasa amat dukacita dengan
kehilangan nyawa yang menjadi korban banjir. Seramai 153
orang pelajar USIM juga telah menjadi mangsa banjir apabila
terkandas dan tidak dapat mengambil peperiksaan akhir
semester. Universiti mengambil perhatian serius dan cakna
dengan keadaan pelajar yang menjadi mangsa banjir ini.
Sehubungan itu, pihak universiti telah bersetuju untuk
membenarkan pelajar yang menjadi mangsa banjir ini untuk
menduduki peperiksaan gentian pada awal semester hadapan.
5. Saya sendiri bersama pasukan USIM telah berpeluang
untuk ‘turun padang’ dan menyertai misi bantuan pasca banjir
anjuran Smart Team USIM di Kg Lebir, Gua Musang, Kelantan
di mana saya dapati sebanyak 20 buah rumah dan sebuah
masjid telah musnah. Oleh itu, USIM mengambil inisiatif untuk
membantu kawasan yang terjejas dengan menyalurkan
sumbangan melebihi RM 100,000.00 serta wang tunai dan
barang sumbangan. Pihak USIM juga telah menghantar
sejumlah 512 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar
4
dan staf bagi misi bantuan pasca banjir di mana USIM telah
memfokuskan beberapa kawasan seperti di Gua Musang,
Kuala Krai dan Pasir Mas di Kelantan; Daerah Temerloh dan
Jerantut di Pahang serta Kampung Gajah di Perak.
6. Pada kesempatan ini saya bagi pihak pengurusan tertinggi
USIM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
sukarelawan yang terlibat dalam kerja pembersihan bagi
kawasan yang terjejas akibat banjir. Ini termasuk para pelajar
dan kakitangan USIM yang telah meluangkan masa dan tenaga
bagi menghulurkan bantuan bagi misi bantuan banjir tersebut.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para
dermawan yang telah bermurah hati menyumbangkan dana
dan barang-barang keperluan. Saya berasa amat terharu dan
berbangga dengan usaha murni yang dilakukan oleh warga
USIM kerana ini menunjukkan warga USIM prihatin dan cakna
dengan musibah dan bencana yang berlaku di sekeliling kita
dengan menghulurkan bantuan yang sewajarnya. Perkara ini
adalah sejajar dengan hasrat USIM untuk menjadi nombor satu
(1) di hati dan minda rakyat atau ‘Number One (1) In The
Hearts And The Minds Of The People’ di samping menjadikan
USIM sebagai universiti yang relevan kepada masyarakat.
5
SEJARAH PENUBUHAN USIM DAN SAMBUTAN 15 TAHUN
USIM
Pada tahun ini, USIM akan menyambut Ulangtahun ke-15.
Bersempena dengan majlis sambutan ini, marilah kita bersama-
sama mengimbau sejarah penubuhan USIM yang sebelum ini
dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Untuk
makluman semua, cadangan penubuhan KUIM telah
diumumkan oleh Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Yang
Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh Kelantan
pada 14 Jun 1996. Beliau telah memberikan komen berikut
dalam pengumuman beliau:
"Jika negara Islam lain tidak mampu, Malaysia akan
mengambil alih daripada mereka untuk mewujudkan
pusat kecemerlangan Islam bagi memperlihatkan
agama Islam bukanlah mundur atau kolot, sebaliknya
progresif".
Marilah juga kita merenung kata-kata Tun Mahathir
semasa Upacara Pecah Tanah Kampus Tetap KUIM
seperti dihebahkan di Utusan Malaysia pada 23 Ogos
2002 iaitu :
6
“Ingatlah kita perlu meneroka bidang Sains dan
Teknologi seperti mana ditunjukkan beberapa orang
pakar Islam terdahulu hingga menjadikan empayar
Islam kuat pada masa itu“ dan seterusnya beliau
menyatakan;
“di harap tidak ada orang yang akan mengkhianati
tujuan penubuhan KUIM”
Hasrat penubuhan KUIM adalah selaras dengan manifestasi
Kerajaan untuk melahirkan pemimpin Islam yang berwibawa
dan dapat memelihara kepentingan negara dan umat Islam
sepenuhnya. Selain itu ia berhasrat untuk menjadikan Malaysia
sebagai model utama negara-negara Islam di dunia dan
menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dengan
menggunakan kurikulum tempatan untuk memastikan keutuhan
Islam dalam negara demi merealisasikan pembinaan tamadun
baru Islam. Selain itu juga, ia juga bertujuan untuk
mengembalikan ketokohan ilmu Islam yang semakin pudar.
KUIM mula beroperasi pada tahun 2000 dengan pengambilan
sulung seramai 255 pelajar pada 18 Jun 2000. USIM
merupakan, Universiti Islam yang pertama ditubuhkan oleh
Kerajaan Malaysia dan merupakan Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) yang ke-12 di negara ini. USIM berhasrat muncul
7
sebagai saluran utama kumpulan pelajar di sekolah-sekolah
menengah agama dan pelajar aliran agama untuk meneruskan
pengajian mereka di peringkat pendidikan tinggi. Program
pengajiannya diolah bagi memenuhi keperluan pasaran, industri
dan mampu membentuk pembangunan modal insan yang
memiliki kemahiran insaniah yang tinggi. Pada tahun 2007,
KUIM telah bertukar nama kepada UNIVERSITI SAINS ISLAM
MALAYSIA.
Kini, USIM mempunyai seramai 9,783 pelajar Sarjana Muda,
1,131 pelajar siswazah dan 826 orang pelajar dari Pusat
Tamhidi dan terkini seramai 50 orang pelajar di Sekolah
Permata Insan, USIM. Bilangan Alumni USIM kini berjumlah
9,765 orang dan telah berkhidmat di pelbagai agensi Kerajaan,
Swasta mahu pun sebagai seorang usahawan.
Hadirin dan Hadrat sekalian,
Masa terus berlalu pantas dan tanpa kita sedari USIM telah pun
mencecah usia 15 tahun. Pelbagai cabaran dan ujian telah
ditempuhi oleh insan-insan yang bersusah payah dalam
membangunkan USIM seperti hari ini. Saya ingin merakamkan
ucapan penghargaan kepada kakitangan awal KUIM sama ada
yang telah menamatkan perkhidmatan atau yang masih setia
berkhidmat selama 15 tahun membangunkan Universiti ini.
8
Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Pengerusi LPU dan
warga awal universiti yang bertungkus lumus di dalam
penubuhan KUIM ketika itu. Mohon berikan tepukan yang
paling gemuruh kepada semua mereka beserta individu yang
turut serta di dalam kumpulan penubuhan KUIM. Semoga
segala usaha murni yang telah dilaksanakan mendapat
ganjaran dan pahala daripada Allah SWT.
Justeru, USIM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan
Sambutan Ulangtahun Ke-15 USIM yang akan dilancarkan
pada hari ini.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
IMBASAN PENCAPAIAN USIM 2014
Ikhtiar dan Usaha Membawa Jaya Pencapaian Dituai Mengharum Nama Warga USIM Hebat Semuanya Tersohor Universiti Seantero Dunia
YBhg. Tan Sri, izinkan saya meneruskan ucapan dengan
mengimbas pencapaian dan pengiktirafan yang dicapai oleh
USIM sepanjang tahun 2014. Pada hemat saya, wajar kita
kongsikan kejayaan-kejayaan yang dilakarkan ini, bukan untuk
9
bermegah, tetapi sebagai satu tanda penghargaan dan motivasi
untuk kita semua terus cemerlang.
1. PEMBERIAN STATUS AUTONOMI
Hadirin sekalian, menutup tahun 2014, USIM menerima khabar
gembira apabila diberi status autonomi oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dimana majlis penyerahan status
autonomi telah diadakan pada Majlis Amanat Tahun Baharu
YAB Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Timbalan
Perdana Menteri pada 16 Januari 2015 di Putrajaya yang
meliputi empat komponen iaitu:
(i) Governan;
(ii) Kewangan dan Penjanaan Pendapatan;
(iii) Pengurusan Sumber Manusia; dan
(iv) Pengurusan Akademik dan Kemasukan Pelajar.
Dengan status autonomi ini, peranan dan kuasa Universiti
dalam membuat keputusan menjadi lebih luas. Lembaga
Pengarah Universiti (LPU) bersama-sama sumber-sumber
kuasa Universiti seperti Jawatankuasa Pengurusan Universiti
(JKPU) dan Senat diberi mandat untuk membuat keputusan
secara kolektif bagi menetapkan halatuju Universiti. Status ini
memberi ruang kepada USIM untuk bergerak ke hadapan
10
dengan lebih terbuka dan seterusnya memacu niche yang telah
digagaskan secara progresif.
Status autonomi yang diwatikahkan ini perlu dihayati oleh
semua lapisan warga USIM; kakitangan dan pelajar. Ianya
bukan agenda LPU atau JKPU, tetapi ianya adalah agenda
Universiti. Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti
(PPKPK) akan mengambil langkah proaktif untuk memberi
pencerahan berkenaan status autonomi ini kepada semua
warga USIM untuk memastikan semua lapisan warga USIM
cakna mengenai bidang kuasa autonomi dan mampu membuat
perancangan sewajarnya.
2. PENCAPAIAN INSTITUSI
YBhg. Tan Sri dan hadirin sekalian, USIM untuk kali kedua,
telah memperolehi penarafan Tier 5 dalam Sistem Penarafan
Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2013 (SETARA‘13) oleh
MQA yang diumumkan pada 17 November 2014. Memperolehi
Tier 5 (pencapaian tertinggi adalah Tier 6) meletakkan USIM
pada kedudukan “CEMERLANG“ di antara 53 Universiti dan
Kolej Universiti yang dinilai. Tiada mana-mana Universiti/Kolej
Universiti yang memperolehi Tier 6, namun, iltizam USIM
adalah ke arah itu.
11
Apa signifikannya Tier 5 ini kepada USIM? Hadirin sekalian,
penarafan ini meletakkan USIM duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan IPT lain yang jauh lebih ‘senior‘ berbanding
USIM seperti universiti APEX dan universiti-universiti
penyelidikan (UKM,UPM,UM,UTM) di Malaysia.
Ucapan tahniah juga harus diberikan kepada Jabatan
Bendahari kerana telah dianugerahkan “Anugerah
Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks
Akauntabiliti tahun 2011 dan 2013” untuk 2 kali berturut-turut
dengan memperolehi prestasi cemerlang 4 bintang iaitu
pencapaian tertinggi dalam penarafan indeks berkenaan.
Penarafan indeks tersebut mula diperkenalkan pada tahun
2007 bertujuan untuk membudayakan pematuhan undang-
undang dan peraturan serta menambah baik prestasi
pengurusan kewangan agensi awam di peringkat persekutuan
dan negeri. Dengan adanya penarafan ini, pengurusan dan
akauntabiliti pengurusan kewangan sektor awam dapat
dipertingkatkan ke tahap yang tinggi selain pembudayaan kerja
yang berasaskan amalan terbaik. Mulai tahun 2015, Jabatan
Bendahari akan menggunakan sistem pengurusan kewangan
yang baru iaitu sistem Al-Maliyah Versi 2 (AMV2). Sistem ini
akan menambahkan lagi kecekapan pengurusan kewangan
Universiti, dan semua isu-isu berkaitan kewangan akan dapat
diatasi. InshaAllah.
12
Selain itu, saya juga ingin merakamkan tahniah kepada Pusat
Akses Pembelajaran Terbuka Global atau GOAL Center kerana
pada usia yang masih muda, telah menunjukkan kejayaan
memberangsangkan apabila merangkul satu pingat emas, dua
pingat perak dan satu pingat gangsa di “National University
Carnival for e-Learning (NUCeL) 2014“ yang julung kalinya
diadakan. USIM juga telah merangkul pingat emas bagi produk
Ilmu Tajwid Asas Atas Talian dalam pertandingan Invention,
Innovation & Design on E-Learning (IIDEL) manakala pingat
perak bagi produk ODL Module Research Methodology dan
ODL Module Data Analysis. Pingat gangsa pula dimenangi
menerusi produk A New Instructional Design Model for Java
Learning Online. Kejayaan ini adalah pengiktirafan kepada
USIM sebagai institusi yang mengaplikasikan teknologi terkini
dalam penyampaian ilmu di hujung jari yang boleh diakses di
mana-mana sahaja selaras dengan konsep Global Classroom
yang ingin USIM pelopori.
3. PENGIKTIRAFAN FIGURA
Pengiktirafan kepada figura dan kejayaan-kejayaan yang
diperolehi oleh bakat-bakat Universiti sepanjang tahun 2014
amat membanggakan. Alhamdulillah, USIM tidak kering dengan
kejayaan bakat-bakat ini dan ia terhasil daripada kerja keras,
cetusan idea dan kreativiti yang sentiasa diasah.
13
Ahli akademik USIM, Dr. Zulkifli Hasan, Pensyarah Kanan di
Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) telah
mengharumkan nama USIM apabila muncul sebagai satu-
satunya calon Malaysia yang terpilih menjadi Sarjana Pelawat
Fulbright U.S-ASEAN di bawah Fulbright U.S-ASEAN Initiative
yang mendapat tajaan Jabatan Negara Amerika Syarikat (U.S
Department of State). Beliau ditempatkan di Fordham Law
School, Fordham University, New York, Amerika Syarikat
selama empat bulan bermula September hingga Disember
2014 di mana beliau telah menjalankan penyelidikan berkaitan
isu-isu perundangan dan kewangan Islam antara Amerika
Syarikat dan negara ASEAN.
Nama USIM juga harum di Rusia apabila pensyarah Kanan
daripada Fakulti Syariah dan Undang-undang, Dr. Mohd Hazmi
Mohd Rusli telah dijemput untuk menjadi Profesor Pelawat di
Far Eastern Faderal University, Vladivastok Rusia kerana
kepakaran akademik beliau dalam bidang undang-undang laut
antarabangsa. Beliau juga merupakan penyelidik bersekutu di
Institut Oseanografi dan Sekitaran, UMT dan Penyelidik
Bersekutu Pasca-Kedoktoran Australian National Centre for
Ocean Resources and Security, University of Wollonging,
Australia.
14
Prof. Dr Norita Md Norawi, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan
Teknologi pula telah dilantik sebagai Profesor Pelawat di
Faculty of Computer Engineering, Taskent University of
Technology, Samarkand, Uzbekistan pada 5-20 September
2014.
Saya percaya ramai lagi figura USIM dengan bakat-bakat yang
ada akan menonjol di pentas antarabangsa pada masa
mendatang. Untuk merealisasikan hasrat USIM ’16, kita perlu
mengenengahkan ramai figura USIM seperti ini supaya ia
menjadi ikon kita dan dicari oleh masyarakat dari serata
pelosok dunia.
Hadirin sekalian, bakat muda iaitu pelajar USIM tidak kurang
hebatnya juga. Sebagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Sekali lagi di pentas antarabangsa, pelajar USIM Mohamad
Husaini Mahmur, graduan tahun akhir di Fakulti Pengajian
Bahasa Utama (FPBU) telah mewakili Malaysia ke 5TH
International Holy Quran Competition For Muslim Student,
Iran 2015 yang telah diadakan di Tehran, Iran pada 3 hingga 9
Januari 2015. Beliau telah mendapat tempat ke-7 daripada 50
orang peserta daripada 50 negara. Beliau merupakan satu-
satunya peserta daripada Asia Tenggara yang mendapat
tempat di dalam kelompok 10 peserta terbaik. Mengimbau
15
kejayaan pelajar berkenaan. Sebelum ini, beliau telah
memenangi pelbagai kejohanan tilawah antaranya Johan
Pertandingan Tilawah Al-Quran Belia Kebangsaan
Sempena Festival Belia Putrajaya dan Naib Johan
Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan
2014 Di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.
Di peringkat nasional, saudara Iqmal Hisham Kamaruddin,
pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian di
Fakulti Ekonomi Muamalat (FEM) yang juga merupakan
penerima Anugerah Pelajaran Diraja-Pingat Jaya Cemerlang
pada Majlis Konvokesyen USIM Kali ke-12 turut mengharumkan
nama USIM apabila dianugerahkan Anugerah Tokoh Siswa
Kebangsaan Kategori Pemimpin Program Pengucapan
Awam Terbaik 2013 dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
Beliau juga telah mewakili USIM ke Program Jejak Mahasiswa
Ke Parlimen 2014 dan terakhir, mewakili Malaysia ke World
Heritage Youth Forum Qatar 2014.
USIM terus melakar nama apabila pasukan robotik USIM yang
terdiri dari pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST) membawa
kejayaan manis apabila berjaya menjadi Naib Johan dalam
pertandingan Malaysia International Robot Competitions
(MIRoC) bagi kategori ‘Conquer Robot’ yang berlangsung
pada 11 hingga 13 April 2014 bertempat di Kampus Universiti
Malaysia Perlis (UNIMAP).
16
Di pentas seni dan budaya juga, menyaksikan pelajar USIM
tidak kurang hebatnya. Antara kejayaan yang dicapai adalah
menjadi Johan Pertandingan Sayembara Puisi Makum (Ikon
Sasterawan Negara Usman Awang) 2014, Johan Kategori
Moden dan Tradisi, Johan Pertandingan Tilawah Al Quran
Belia Kebangsaan Sempena Festival Belia Putrajaya, Naib
Johan Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat
Kebangsaan dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa pelajar
USIM sememangnya menghayati aspek integrasi Naqli dan Aqli
serta menonjol di dalam pelbagai bidang. Syabas diucapkan!!
Dalam bidang sukan pula, pihak Universiti telah buat kali
pertama mengadakan Majlis Anugerah Sukan pada tahun lepas
untuk memberi penghargaan kepada warga USIM dan jurulatih
yang telah memberikan sumbangan yang cemerlang kepada
pencapaian serta pembangunan sukan di USIM di peringkat
tempatan dan antarabangsa. Di dalam majlis itu
memperlihatkan bahawa atlet pencak silat USIM. Mohd Ali
Imran Che Hashim, pelajar Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan dan Nurul Amalina Subkhi, pelajar Fakulti Syariah
dan Undang-undang dipilih sebagai Olahragawan dan
Olahragawati USIM bagi kategori pelajar. Mohd Ali Imran telah
menyumbang pingat Perak dalam Kejohanan Silat Majlis Sukan
Universiti-universiti Malaysia (MASUM) 2013 manakala Nurul
Amalina menggondol pingat Emas dalam Kejohanan Silat Piala
17
Timbalan Perdana Menteri. Selain itu, seorang pelajar USIM
iaitu Khairul Rozikin Abu Kasim, pelajar tahun 1 Fakulti
Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) telah mewakili Malaysia
ke Sukan Universiti Asean 2014 yang telah berlangsung pada
10 hingga 21 Disember 2014 di Palembang, Indonesia di mana
beliau telah membantu pasukan futsal Malaysia memperolehi
pingat gangsa pada temasya Sukan Universiti ASEAN kali ini.
Di dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014,
USIM telah memperolehi satu (1) pingat gangsa dalam acara
Lawn Ball. Manaka semasa Kejohanan Pencak Silat
Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Edisi ke-5 2014,
USIM telah memperolehi satu (1) pingat perak bagi kategori
Silat Olahraga dan satu (1) pingat gangsa bagi kategori Silat
Seni.
Hadirin sekalian,
Seperti yang dimaklumi, USIM merupakan peneraju bagi
program PERMATA Insan yang dinaungi oleh program
PERMATA negara. Baru-baru ini USIM telah menerima
kumpulan pertama pelajar Kolej PERMATA Insan seramai 50
orang pada 17 Januari 2015. Kolej ini adalah kolej kedua
selepas Kolej Permata Pintar di UKM yang ditubuhkan di dalam
Universiti dengan kurikulum integrasi ilmu naqli dan aqli. Ini
merupakan usaha berterusan USIM untuk meneruskan
18
kelangsungan pendidikan berasaskan kurikulum integrasi Naqli
dan Aqli di peringkat sekolah rendah, menengah, matrikulasi
dan seterusnya di peringkat sarjana muda, sarjana dan PhD.
Suasana pembelajaran kolej di Universiti memberi peluang
kepada pelajar pintar ini untuk menggunakan segala prasarana
pengajaran dan pembelajaran di Universiti di samping untuk
mereka merujuk para profesor yang ada di Universiti.
Saya amat yakin, dengan menempatkan secara berpusat anak-
anak ini di dalam kolej, akan lebih banyak kejayaan cemerlang
yang akan diukir pada masa akan datang. Pada tahun 2014,
anak-anak Permata Insan USIM begitu menyerlah di persada
antarabangsa apabila penyertaan mereka di World Creativity
Festival 2014 : Sharing Wisdom di Korean Advanced
Institute of Science and Technology (KAIST) telah mendapat
beberapa anugerah seperti Special Award on Virtual Reality
on short term problem solving contest, Bronze Medal for
students Long Term Thesis (Presentation of The Dabai’s
Face Mask) dan Silver Medal for students Long Term
Thesis (Presentation on The Usage of Belimbing Buloh).
Sesuatu yang manis untuk saya kongsikan di sini adalah
apabila 29 orang anak-anak Permata Insan berpeluang
melawat ke Arab Saudi sekaligus menunaikan umrah dan
berpeluang untuk mengadakan kunjungan hormat dan sesi
19
bertalaqi bersama imam besar Masjidil Haram, iaitu Syeikh
Abdur Rahman As-Sudais. Ini merupakan acara dan peluang
yang julung-julung kalinya diberikan kepada kumpulan pelajar
ini kerana bukan mudah untuk bertemu dengan seorang ulama
ulung yang bertaraf dunia.
4. Pengiktirafan Inovasi
Jika pada tahun 2013, buat pertama kalinya penyelidik muda
USIM berjaya cemerlang di arena British Invention Show (BIS),
kecemerlangan tersebut diteruskan pada tahun lepas di mana
dua pasukan penyelidik muda (pelajar pra-siswazah) daripada
Fakulti Sains dan Teknologi, sekali lagi meletakkan nama USIM
dan Malaysia di Kota London pada pentas BIS edisi 2014
dengan merangkul 2 pingat emas menerusi produk “Novel
Green Active Nanofiltration GANF” yang berfungsi sebagai
komponen penapis untuk kegunaan industri tekstil dan pingat
perak bagi produk “Crushy Energy Bar” iaitu pemakanan
tinggi serat menggantikan makanan ringan dan cukup kecil
untuk dimasukkan ke dalam poket. Lebih manis, produk “Novel
Green Active Nanofiltration GANF” juga dianugerahkan
“Special Double Gold Award” dan “Diploma Of Excellence
For Promotion Of Creativity From Romanian Inventors
Forum”.
20
Kecemerlangan USIM menerusi penyelidikan dapat ditonjolkan
menerusi kemenangan dalam pameran penyelidikan 25th
International Invention, Innovation & Technology Exhibition
(ITEX 2014) yang berlangsung pada 8-10 Mei 2014 di KLCC
apabila USIM dapat merangkul tiga (3) pingat emas bagi produk
bertajuk EZCert, ITAG V1.0 dan Novel Narrow-Pores Active
Ultrafiltration (NPA-UF) for Bio-Industry manakala pingat perak
dimenangi oleh produk I-LEGACY hasil ciptaan penyelidik
Fakulti Sains dan Teknologi.
Bagi meningkatkan dan memartabatkan lagi produk
penyelidikan bersifat keislaman, USIM telah menganjurkan
Ekspo Inovasi Islam (i-Inova 14) pada 28-30 November 2014
bertempat di Dewan Besar. USIM memperolehi 7 pingat emas,
4 pingat perak dan 6 pingat gangsa manakala 3 anugerah khas
seperti Ibnu-Sina, Al-Khawarizmi dan Inovasi Islam.
Selain kejayaan dalam bidang penyelidikan dan penghasilan
inovasi , penerbitan USIM juga semakin meningkat dari tahun
ke tahun. Tahun 2014 telah mencatatkan sebanyak 182
penerbitan jurnal berindeks ISI, Scopus dan ERA. Ini
menunjukkan peningkatan kualiti penyelidikan di USIM. Untuk
meneruskan kelangsungan kecemerlangan penerbitan ini, saya
memohon kepada semua ahli akademik agar menggunakan
segala prasarana yang telah disediakan bagi meningkatkan
21
aktiviti penyelidikan di USIM bagi mencapai matlamat untuk
menghasilkan penyelidikan yang relevan kepada industri dan
dimanfaatkan untuk kesejahteraan ummah.
Sebagai usaha untuk menggalakan aktiviti penyelidikan, USIM
juga giat mendapatkan dana menerusi endowment bagi
menubuhkan kursi-kursi akademik. Pada 15 Oktober 2014,
Kursi Kepemimpinan Islam Tuan Guru Haji Mohd Yassin yang
dibiayai oleh Yayasan Nurul Yaqeen telah dilancarkan. Majlis
pelancaran Kursi tersebut yang dibiayai dengan dana berjumlah
RM500,000.00 telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj
Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri
Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia yang juga
penaung kepada Yayasan Nurul Yaqeen. Kursi ini merupakan
kursi akademik yang kedua setelah Kursi Akademik Yayasan
Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar dalam bidang Kewangan dan
Perbankan Islam di Fakulti Ekonomi dan Muamalat. In-sya-
Allah, USIM akan mendapat dua (2) lagi kursi akademik iaitu
Kursi Profesor Syariah dan Undang-Undang serta Kursi
Profesor Kajian Fatwa yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri
Sembilan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
22
5. Jaringan Kerjasama USIM dan Kerajaan Negeri
Sembilan
Keakraban USIM bersama kerajaan Negeri Sembilan terserlah
dengan beberapa projek kerjasama yang dijalankan bersama.
Sebagai Menteri Mentor USIM, YAB Menteri Besar Negeri
Sembilan sentiasa memberikan sokongan pada aktiviti yang
diadakan di USIM. Sepanjang tahun 2014, USIM telah berjaya
melaksanakan lebih daripada 50 aktiviti tanggungjawab sosial
(CSR) di semenanjung Malaysia khususnya di Negeri
Sembilan. Sebagai satu-satunya IPTA yang bertapak di Negeri
Sembilan ini, adalah amat wajar USIM memberi manfaat
kepada warga setempat sebagai menyahut saranan YAB
Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri agar ”Pokok yang
ditanam di Negeri Sembilan, biarlah sebahagian besar buahnya
jatuh di Negeri Sembilan juga”. Antara aktiviti khidmat
masyarakat yang telah dianjurkan adalah seperti Kempen
Derma Darah Perdana Bersama Hospital Tunku Jaafar
Seremban, Program Belia Islam Selamat dan Sejahtera
(BLISS) di Nilai, Khidmat Komuniti Orang Asli di Kampung Ulu
Chembong Rembau Negeri Sembilan dan Program Kembara
Kembara Sahur di sekitar rumah anak yatim di Sendayan dan
Panchor Negeri Sembilan.
Tahun ini juga bakal memperlihatkan Klinik Pakar USIM akan
mula beroperasi di mana klinik pakar ini bakal menawarkan
23
perkhidmatan kepada lebih daripada 200,000 orang komuniti
setempat di Nilai. Penubuhan klinik ini adalah kesinambungan
daripada memorandum persefahaman (MoU) yang termetrai di
antara USIM dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
pada 21 Januari 2014. Melalui kerjasama itu, USIM diberi
kepercayaan oleh MAINS untuk mengurus dan membangunkan
dana wakaf dan mengagihkan manfaat kepada golongan
sasaran yang dihasratkan oleh wakif (orang yang mewakafkan).
Klinik pakar ini akan menawarkan perkhidmatan pakar
perubatan, pergigian dan rawatan pesakit luar yang
dikendalikan oleh khidmat profesional, termasuk doktor-doktor
pakar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan
Fakulti Pergigian (FPg) USIM. Melihat kepada penglibatan-
penglibatan USIM di dalam libatsama komuniti ini, saya
mengharapkan ia dapat ditingkatkan lagi dari segi kuantiti
program libatsama serta kualiti program yang diadakan. Saya
percaya, ini adalah satu aspek soft power (kuasa lunak) yang
sangat berkesan supaya USIM berbekas di hati masyarakat.
Tidak menghadkan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan
dengan penduduk setempat atau di dalam negara sahaja,
USIM, khususnya dalam usaha untuk menjadikan pelajar USIM
sebagai Global Citizen, juga cakna dan prihatin dengan
keadaan masyarakat yang kurang bernasib baik di luar negara
seperti di Laos, China, Thailand dan Kemboja menerusi
24
penganjuran program signature USIM iaitu Global Islamic
Student Outreach (GISO).
GISO juga merupakan salah satu platform bagi
mengantarabangsakan pelajar di mana selain mendedahkan
pelajar dengan budaya masyarakat luar, ia turut
mempromosikan USIM di peringkat global. Sebanyak lebih
daripada 30 negara telah dilawati menerusi program GISO
antaranya Jepun, Korea Selatan, China, England, Mauritus,
Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand, Laos, Vietnam,
Kemboja, England dan India. Melihat kesungguhan dan
keperihatinan pelajar-pelajar ini dalam menggerakan aktiviti
pelajar, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan telah
menyumbangkan sejumlah RM800,000.00 kepada USIM yang
telah disumbangkan pada tahun sebelum ini. Terima kasih
diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang sentiasa
memberikan sokongan dan galakan kepada pelajar USIM untuk
terus berbakti kepada masyarakat.
Volunteerism dan Community Services
Pelajar USIM juga aktif di dalam penyertaan program
kesukarelawanan di peringkat antarabangsa. Misi
Sukarelawan Siswa ke Luang Prabang, Laos anjuran
Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) adalah program khusus
di mana seramai tiga orang pelajar USIM adalah diantara 20
25
orang yang terpilih daripada sejumlah 200 orang calon
mahasiswa yang memohon untuk mengikuti misi ini. Tiga (3)
orang pelajar USIM yang menyertai YSS ini iaitu Nur Ain Zakiah
daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Nurathiqah Fadzil
daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) dan
Ammar Iqram daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
(FPQS) di Luang Prabang yang memfokuskan kepada kluster
pendidikan di mana para sukarelawan telah diberikan peluang
untuk menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran seperti
Bahasa Inggeris, Fun Learning, pendidikan kesihatan dan
kemahiran asas ICT.
Di peringkat institusi, USIM terus memperkasakan hubungan
kerjasama yang bermula sejak tahun 2008 dengan Jabatan
Penjara Malaysia menerusi penganjuran CIPTA iaitu
pertandingan mencipta lagu patriotik sempena Kemerdekaan.
Walaupun telah diadakan sebanyak lima (5) kali, penganjuran
CIPTA bagi edisi 2014 telah mendapat liputan oleh RTM dan
telah disiarkan pada Sambutan Hari Malaysia pada 16
September 2014. Untuk memperluaskan penglibatan USIM
dalam program pemulihan banduan, pengurusan USIM telah
mengadakan kunjungan hormat dan sesi dialog bersama
Komisioner Jeneral Penjara, Jabatan Penjara Malaysia. Saya
secara peribadi melihat banyak kerjasama yang boleh
dijalankan antara kedua-dua belah pihak dan akan memanggil
26
beberapa PTJ yang berkaitan untuk menggerakkan kerjasama
ini. Antara program kerjasama yang dicadangkan adalah
penawaran program pengajian USIM atas talian kepada
banduan dan penyelidikan dalam bidang penyelidikan dadah.
Warga USIM juga sangat cakna dalam isu kemanusiaan. Lebih
daripada 500 orang khalayak telah hadir ke program Malam
Puisi Gaza : Ekspresi Jiwa dan Munajat Doa Buat Palestin
anjuran Pusat Kebudayaan USIM. Program ini memberi
sokongan kemanusiaan kepada penduduk Gaza di Palestin
yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis Israel di
perkarangan Dewan Besar, USIM. Penggunaan media ‘puisi’
dalam program seperti ini adalah julung kali diadakan di negara
ini!!
6. Pengiktirafan dan Penjenamaan (Branding)
Hadirin dan Hadirat
USIM terus mendapat liputan meluas oleh media elektronik dan
media cetak di seluruh negara. Pada tahun 2013 yang lalu,
jumlah paparan berita berkaitan USIM di dalam akhbar adalah
sebanyak 838 dengan nilai PR Value mencecah RM
22,976,199. Namun pada tahun 2014, jumlah keratan akhbar
mengenai USIM telah mencecah 1424 dengan PR Value
sebanyak RM32,826948. Ia menunjukkan peningkatan jumlah
27
artikel sebanyak 586 dan peningkatan terhadap PR value
sebanyak RM 9.9 juta. Ini bermakna pada tahun lalu sahaja,
sebanyak 117 artikel berkaitan USIM dipaparkan dalam bentuk
berita di media cetak dan media elektronik setiap bulan, atau
3.9 artikel setiap hari. Lebih menarik, pada suku terakhir tahun
2014, laporan daripada syarikat pemantauan media
antarabangsa, Isentia, menunjukkan jumlah artikel yang
memaparkan brand USIM di media cetak dan media elektronik
berjaya mengatasi universiti terkemuka negara yang lain seperti
Universiti Sains Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa. Ini
membuktikan bahawa mesej berkaitan keunikan dan kelebihan
USIM sebagai institusi yang mempelopori integrasi ilmu Naqli
dan Aqli semakin diketahui umum. Ini menunjukkan sokongan
media yang tidak berbelah bahagi terhadap USIM. Dalam
usaha menghargai sokongan media terhadap USIM, satu Majlis
Makan Malam Bersama Media telah diadakan pada tahun
lepas. InshaAllah, USIM akan terus menjalin kerjasama baik
dengan pihak media dan berkongsi bersama falsafah
pendidikan USIM yang unik dan berbeza untuk dihayati
bersama oleh masyarakat di Malaysia. USIM turut mula
mendapat perhatian media serantau dan media global. Pada
tahun 2013 dan 2014 sebanyak 66 artikel berkaitan USIM
diterbitkan di media global antaranya di Amerika Syarikat,
United Kingdom, Oman, Nigeria, Thailand, China, Indonesia,
28
Bangladesh, Sri Lanka dan Brunei. Ini membuktikan bahawa
kredibiliti USIM sudah dirasai di peringkat serantau dan global.
FOKUS USIM’16
Menara Ilmu Mendidik Watan Cabaran Ditempuh Penuh Semangat Strategi Disusun Pelaksanaan Di Mapan Bulatkan Hasrat Murnikan Niat
Hadirin sekalian, mendepani tahun 2015 ini, mahu tidak mahu
kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Ada di
antaranya yang boleh dijangka, dan ada yang sebaliknya.
Namun, USIM perlu sentiasa bersedia dan dalam keadaan siap
siaga. Namun saya meyakini bahawa apa jua cabaran dan
rintangan sekiranya kita hadapi bersama-sama dengan
semangat berpasukan serta keserakanan yang tinggi,
semuanya menjadi mudah. Jangan sesekali ada disematkan
prinsip anau dalam belukar yang melepaskan pucuknya
masing-masing. Kita semua adalah satu, bergerak atas visi dan
matlamat yang sama.
Fokus kita adalah untuk merealisasikan USIM ’16 di mana kita
menjadi pusat rujukan serantau dalam integrasi naqli dan aqli.
USIM tidak mempunyai banyak masa. Tahun 2015 inilah, kita
perlu pacu segala usaha, rangka dan programkan segala
perancangan supaya 2016 nanti, kitalah yang dicari dan dirujuk
29
oleh rakan-rakan serantau; 10 negara dalam komuniti ASEAN.
Bertepatan dengan pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi
ASEAN, inilah masanya USIM menonjol dalam falsafah yang
kita wiridkan. Berjaya atau tidaknya USIM ’16 menjadi kayu
ukur kepada USIM untuk mencapai USIM ‘25 iaitu menjadi
rujukan naqli dan aqli di peringkat global.
Jadi, untuk mencapai hasrat USIM16 yang hanya tinggal tidak
kurang daripada setahun, USIM telah merancang beberapa
tindakan strategik.
1) Pemerkasaan Agenda Integrasi Naqli dan Aqli
Pusat Pengembangan Integrasi Naqli dan Aqli
Pengurusan tertinggi USIM telah mengambi inisiatif untuk
menubuhkan Pusat Pengembangan Integrasi Ilmu Naqli dan
Aqli yang mempunyai visi menjadi pusat rujukan utama bertaraf
antarabangsa dalam pengembangan integrasi ilmu Naqli dan
Aqli untuk pembangunan negara dan kemanusiaan sejagat.
Pusat Tanggungjawab (PTJ) baru ini bakal menjadi penggerak
utama untuk merealisasikan halatuju USIM iaitu menjadi
universiti terkemuka dunia dalam integrasi ilmu Naqli dan Aqli
melalui pendekatan pelan tindakan yang strategik,
komprehensif dan efektif. Pusat ini mempunyai objektif
penubuhan bagi memperkasakan budaya integrasi ilmu Naqli
30
dan Aqli dikalangan warga USIM melalui program latihan. Pusat
ini juga memainkan peranan untuk menyebar luas falsafah,
prinsip dan amalan integrasi ilmu Naqli dan Aqli dikalangan
masyarakat khususnya organisasi awam dan industri melalui
seminar dan program libat sama. Di samping itu juga, Pusat ini
turut membantu dalam menggubal, melaksana dan memantau
strategi penerapan integrasi Naqli dan Aqli.
2) Penjanaan Kewangan Dan Autonomi
Seiring dengan status autonomi yang diterima USIM, universiti
ini mensasarkan penjanaan kewangan sebanyak RM55 juta
pada tahun 2015. Untuk mencapai hasrat ini, sebanyak 14
pelan tindakan telah digariskan. Antaranya adalah melaburkan
dana ke pelaburan yang kompetitif (patuh syariah);
menonjolkan USIM sebagai solution provider kepada industri
yang berkaitan seperti industri halal; mewujudkan program
akademik dan kurikulum latihan berteraskan paduan kurikulum
Naqli dan Aqli; meningkatkan sumbangan pelbagai dana wakaf,
Zakat dan Endowmen; memperkasakan anak syarikat USIM
dan melaksanakan aktiviti penjanaan pendapatan PTJ melalui
Akaun Enterprise.
Hadirin sekalian, USIM juga mengambil inisiatif dengan
mewujudkan perkhidmatan swasta yang patuh syariah bagi
31
menjana pendapatan melalui projek seperti Islamic Medical
Tourism dengan penubuhan Hospital Pakar USIM,
Perkhidmatan Pengurusan FATWA Sedunia melalui INFAD,
Klinik Pakar Wakaf Bergerak bagi memenuhi keperluan
masyarakat. Segala projek-projek penjanaan kewangan ini
adalah selaras dengan pemberian kuasa autonomi yang telah
diberikan kepada USIM pada tahun 2014.
3) Pengembangan Akademik
YBhg. Tan Sri dan hadirin yang dimuliakan, sebagaimana yang
saya tekankan sebentar tadi, fokus USIM adalah untuk menjadi
pusat rujukan integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Perkara utama yang
perlu dimantapkan adalah teras Universiti sendiri, iaitu aspek
akademik dan kurikulum. Maka dengan sebab itu, dari segi
fokus pengajian, USIM perlu menjadi sebuah institusi ilmu
terkehadapan dalam mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli, iaitu
ilmu berasaskan Al Quran dan Sunnah serta ilmu kontemporari.
USIM bakal menawarkan tiga (3) program pengajian baharu
pada tahun 2015 seperti Sarjana Muda Perbankan dan
Kewangan Islam dengan Kepujian, Sarjana Perbankan Islam
dan Sarjana Kewangan Islam.
Kurikulum USIM direkabentuk dengan memperkenalkan
beberapa kursus teras pengajian Islam dalam setiap program
32
yang ditawarkan. Pada tahun 2014, 30% komponen
dikenalpasti mempunyai elemen integrasi Naqli dan Aqli di
dalam kurikulum pringkat Sarjana Muda dan akan
dipertingkatkan bagi fasa kedua mulai tahun 2015. Fasa kedua
akan menekankan kepada pelaksanaan dengan fokus untuk
merentasi subjek. Semua kakitangan akademik akan terlibat
secara aktif untuk mengintegrasi ilmu Naqli dan Aqli melalui
pelbagai pendekatan termasuk kajian kes, Problem Based
Learning (PBL), Project Oriented Problem Based Learning
(POPBL) dan lain-lain. Adalah diharapkan tahun 2015 USIM
berjaya mengeluarkan beberapa buku teks bagi subjek yang
bersesuaian yang menampakkan elemen Naqli dan Aqli
sebagai ‘showcase‘. Usaha ini akan turut dikongsi bersama
dengan Universiti berteraskan pengajian Islam di peringkat
serantau atas pelantar i-IQRA‘.
Perkembangan e-Pembelajaran
Pada tahun ini, GOAL Center bakal memperkenalkan beberapa
program baharu seperti Massive Open Online Course (MOOC)
Kebangsaan, dan juga Kursus MOOC Edraak yang dibiayai
oleh Queen Rania Foundation bagi kursus yang menggunakan
medium Bahasa Arab. MOOC bertujuan untuk meningkatkan
kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P) di IPTA Malaysia,
menjimatkan kos penyediaan set bahan bagi kursus yang sama
(generic course). Menghasilkan kursus niche USIM dalam
33
bentuk MOOC akan menggalakkan penjenamaan pendidikan
USIM serta menyokong konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat
di kalangan IPTA di Malaysia. GOAL Centre juga akan
bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk
menawarkan beberapa kursus jangka pendek yang releven
dengan niche USIM, melalui program pengajian sepanjang
hayat (LLL).
GOAL Center turut menganjurkan Kolokium e-Pembelajaran
USIM yang pertama pada 21 Januari 2015 yang lepas dengan
objektif menjadi platform perkongsian maklumat tentang e-
pembelajaran secara lebih formal, melahirkan lebih ramai
individu yang cakna dengan teknologi pembelajaran semasa,
meningkatkan penyelidikan (serta minat kepada penyelidikan)
dalam bidang e-Pembelajaran di USIM serta menjadi sumber
rujukan dan perbincangan berkenaan e-pembelajaran oleh
warga USIM dan juga warga IPTA seluruh negara.
Selain itu, USIM menerusi GOAL Center telah mendapat
permintaan daripada institusi luar negara seperti International
Islamic University Chittagong (IIUC) dan Daffodil International
University (DIU) Bangladesh untuk bekerjasama dalam
penawaran program pasca-siswazah secara atas talian (ODL).
34
4) Penyelidikan Dan Inovasi
Pembudayaan aktiviti penyelidikan dan penerbitan bukan
sahaja ditingkatkan dikalangan ahli akademik malah juga di
kalangan kakitangan pentadbiran melalui geran khas
pentadbiran, dan mahasiswa-mahasiswi secara amnya. Mulai
tahun ini geran pentadbir juga diwujudkan untuk staf akademik
yang dilantik sebagai ketua PTJ. Setiap geran pentadbir
sebanyak RM50,000 di peruntukan untuk maksud tersebut.
Penyelidikan yang dihasilkan juga hendaklah mengintegrasikan
ilmu Naqli-Aqli untuk mencapai visi dan misi USIM.
Untuk mencapai USIM16, peranan COE dlm adalah amat
penting. Enam COE telah ditubuhkan untuk mencapai objektif
tersebut. Semua COE disasarkan untuk mencapai objektif
penubuhannya pada tahun ini dan sekurang-kurangnya satu(1)
COE disasar untuk mencapai taraf Hi-COE pada tahun 2016.
Untuk menjadi sebuah universiti pusat rujukan dirantau –USIM
16 dan global – USIM 25, pastinya USIM perlu meningkatkan
kualiti dan kuantiti penyelidik dan penyelidikannya. KPI
penerbitan jurnal berindeks pada tahun 2015 ditetapkan 1:1,
bermakna seorang ahli akademik perlu menghasilkan sekuran-
kurangnya satu artikel dalam jurnal berindeks iaitu ISI/Scopus
dan ERA. Insentif2 untuk menerbitkan dlm jurnal2 tersebut akan
diperkemaskan dan diteruskan.
35
Editor Jurnal USIM khususnya Jurnal Ulum Islamiyyah dan
Jurnal Muamalat and Islamic Finance Research (JMIFR) perlu
main peranan untuk menjadikannya sebagai jurnal rujukan
berimpak tinggi. Sekurang-kurangnya satu jurnal USIM
disasarkan untuk disenaraikan dalam indeks ERA/Scopus pada
tahun 2016. Bagi mencapai objektif tersebut, JKPU telahpun
meluluskan pembelian database Scholar One untuk kedua-dua
jurnal tersebut. Ini akan memudahkan pengurusan artikel yang
diterima dan dinilai tepat pada waktunya.
Program Pengantarabangsaan – USIM ‘Alamiyyah
Agenda USIM ‘16 akan dipacu oleh USIM ‘Alamiyyah dengan
adanya JK Pemandu USIM ‘Alamiyyah yang bertanggungjawab
merangka strategi dan pelan tindakan bagi menempatkan USIM
di peringkat global. Pada tahun 2015, USIM akan
memperkasakan hubungan bersama rakan strategik bukan
sahaja di kalangan negara-negara ASEAN tetapi melangkaui
Asia Selatan dan Asia Timur khususnya di dalam bidang
halalisme dan perubatan.
Internationalisation @ Home. Dalam melaksanakan agenda
USIM ’16, salah satu agenda yang akan diberikan fokus adalah
Internationalisation @ Home bagi menggalakkan pelajar atau
36
kakitangan USIM untuk menyertai program
pengantarabangsaan. Antara program Internationalization @
Home USIM yang telah berjalan adalah Konvensyen
Keusahawanan Islam (ICEPS) 2014 dan Asean Future Leaders
Summit (AFLES) 2014.USIM telah menghantar 25 orang pelajar
untuk mengikuti program AFLES 2014 anjuran bersama USIM,
USM dan Prince Songkla Universiti, Thailand serta AKEPT.
Pada masa yang sama, bakal pemimpin pelajar seramai 30
orang juga telah mengikuti program ‘ASEAN Future Leaders
Camp‘.
Pada tahun ini, USIM akan menambahkan satu (1) lagi program
Young Muslim Student Leader Summit sempena World Islamic
Countries University Leaders Summit (WICULS) pada bulan
Ogos 2015. Program ACREDA yang terlibat dengan I@H
adalah program Integrated Spiritual Rehabilitation for Drug
Abuse (INSPIRE).
5) Rakan Strategik
Bagi menjadikan USIM sebagai Pusat Rujukan Integrasi Naqli
dan Aqli di peringkat serantau pada tahun 2016, Mesyuarat
Seminar Serantau Institusi Pengajian Tinggi Islam (SeIPTI)
yang telah diadakan pada 14 November 2014 bersetuju agar
konsortium i-IQRA’ ini akan juga dikembangkan ke institusi
37
pengajian tinggi Islam di Negara Asia Tenggara yang lain
seperti Brunei, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama antara USIM dan
pihak Industri, USIM melalui PHIP akan memantapkan lagi
hubungan dengan industrI dengan meningkatkan jumlah
kerjasama sama ada melalui jalinan MoA atau MoU. Sepanjang
tahun 2014 USIM telah menandatangai 9 memorandum
perjanjian (MOA) dan 17 memorandum persefahaman (MOU).
8 daripada memorandum persefahaman (MOU) dan 2
memorandum perjanjian (MOA) tersebut telah ditandatangani
bersama rakan strategik dari luar negara seperti International
Islamic University Chittagong, Bangladesh dan Universitas
Muhammadiyah Jogjakarta. Ini telah menjadikan jumlah
kerjasama MOA/MOU bersama rakan strategik dalam dan luar
negara sejak tahun 2007 sebanyak 128.
6) Pembangunan Pelajar
Bagi menggalakkan pelajar untuk mengikuti program
pengantarabangsaan, USIM telah memperkenalkan
Pengembaraan USIM GISO-i ( i bermaksud istimewa). GISO-i
memfokuskan pengembaraan di negara-negara yang diterokai
oleh pengurusan universiti namun belum dijejaki oleh pelajar
seperti negara Nigeria, Sudan, Uganda dan beberapa wilayah
di China seperti Xian. Pelajar yang terpilih bagi mengikuti
38
program ini adalah pelajar yang mempunyai pengalaman yang
tinggi dalam menjayakan program pengantarabangsaan
beserta kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Selain itu, Penubuhan Panel Penasihat Integrasi Naqli Aqli Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni ditubuhkan untuk memberi
pandangan berhubung pelaksanaan program pelajar yang
berteraskan Naqli Aqli. Ini untuk memastikan setiap program
yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) perlu
patuh syariah.
7) Libatsama Masyarakat (community Engagement)
Selaras dengan keperluan transformasi pembangunan negara
yang bersifat inklusif, universiti memperkasakan tonggak utama
pembangunan lestari iaitu masyarakat, alam sekitar dan
pembangunan ekonomi melalui pengajaran, penyelidikan dan
libat sama yang menjadi tiga agenda utama pengajian tinggi.
Libat sama ini adalah menyeluruh dalam kalangan masyarakat
setempat sehinggalah berkongsi kepakaran di dalam dan di
luar negara bagi membantu pelbagai kumpulan sasaran. USIM
tidak terkecuali untuk menghampiri masyarakat dengan
menyertai program-program libatsama masyarakat antaranya
USIM terpilih sebagai Jawatankuasa Kerja (JK) bagi Asia-
Pacific University Community Engagement Network (APUCEN)
khususnya di dalam program pencegahan penyalahgunaan
39
dadah di kalangan belia. Program ini akan diterajui oleh Pusat
Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA)
USIM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar di mana
modul pencegahan dadah melalui kaedah sufism iaitu terapi
pencegahan dadah melalui zikir dan munajat kepada Allah
S.W.T.
8) Kemudahan ICT
Bagi meneruskan pakej kesejahteraan ICT staf 2013 dan 2014,
untuk tahun 2015 pihak pengurusan USIM telah bersetuju untuk
melaksanakan Pakej Baucer Staf 1 Notebook (BS1N) dengan
konsep kebertanggungjawab bersama. Pakej ini ditawarkan
untuk tempoh 3 tahun sekali tertakluk kepada bajet pengurusan
universiti. Untuk tahun 2015 sejumlah 100 baucer BS1N untuk
ahli akademik dan 60 baucer BS1N untuk pentadbir di
sediakan. Pihak universiti telah bersetuju memberikan baucer
BS1N bernilai RM2,000 untuk seorang ahli akademik dan
RM1,500 untuk seorang Pentadbir Universiti bagi membeli
sebuah notebook yang menjadi milik staf dengan persetujuan
menggunakannya untuk tujuan pengajaran dan juga
pentadbiran universiti.
9) Penjenamaan (Branding)
40
Penjenamaan Identiti Korporat : Tali Leher Dan Baju
Korporat
Walaupun baru menjangkau usia 15 tahun, USIM telah
menunjukkan perkembangan yang pesat serta kepelbagaian
dari aspek akademik, penyelidikan dan pentadbiran melalui 8
fakulti, 6 pusat kecemerlangan dan lebih 50 jabatan.
Kepelbagaian yang dinamik ini bermakna USIM perlu komited
dan konsisten dalam memaparkan kepada khalayak mengenai
identiti penjenamaan universiti. Justeru identiti korporat yang
mantap dan konsisten adalah sangat perlu bagi memastikan
reputasi USIM terus dirasai dan dihayati oleh masyarakat di
dalam dan di luar universiti. Bagi memperkukuhkan lagi identiti
penjenamaan korporat USIM, pemakaian tali leher rasmi USIM
akan diharuskan bagi semua warga USIM bagi setiap acara
rasmi di dalam dan di luar universiti.
Bagi membudayakan pemakaian tali leher rasmi USIM, hari
Isnin akan dijadikan hari memakai tie bagi kakitangan lelaki
sesuai. Selain itu rekabentuk Baju Korporat rasmi USIM akan
turut diseragamkan. Semua kakitangan USIM boleh
mendapatkan rekaan rasmi baju korporat seperti yang
dipaparkan di koperasi USIM. Semua kakitangan USIM
digalakkan untuk memakai baju korporat rasmi USIM pada
setiap hari Rabu. Pemakaian baju korporat juga adalah
digalakkan semasa menghadiri aktiviti luar USIM, antaranya
41
semasa mengendalikan kursus serta program – program lain
anjuran universiti. Keseragaman dalam pemakaian tali leher
dan baju korporat USIM bermakna setiap warga USIM
memainkan peranan masing-masing dalam melonjakkan
integriti jenama USIM sekaligus memperkukuhkan identiti
penjenamaan universiti.
10) Kelestarian Alam Sekitar di Kampus USIM
Baru-baru ini USIM telah mendapat tempat dan kedudukan
pada nombor 235 daripada 360 universiti dan 62 buah negara
berdasarkan kelestarian kampus dan pengurusan persekitaran
dalam UI-Greenmetric World University Ranking. Ini merupakan
percubaan pertama USIM bagi menilai sejauh mana kelestarian
kampus dan pengurusan persekitaran yang USIM telah
jalankan dengan mengambil kira beberapa penambahbaikan
yang telah USIM laksanakan termasuk pembersihan tasik dan
mewujudkan trek jogging dan berbasikal di sekitar kampus.
Ruang-ruang ini di wujudkan untuk meningkatkan tahap
kesihatan kepada pengguna melalui aktiviti sihat di kalangan
warga kampus. Antara inisiatif yang dilaksanakan Pihak
Universiti melalui Jabatan Pembangunan dan Pengurusan
Fasiliti (JPPF) bagi menjadikan sebuah universiti yang
mempunyai ekosistem yang sejahtera adalah seperti
pembersihan cerun dan kolam, penanaman landskap lembut
42
(pokok bernilai estetika,pokok buah), pembinaan laluan
berbasikal, pembinaan wakaf yang mempunyai kemudahan wifi
serta pembekalan dan pemasangan lampu Solar.
Satu Kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Hubungan Industri
dan Pengkomersialan (PHIP) ke atas warga USIM mengenai
kesedaran alam sekitar di kampus mendapati bahawa 49%
menyatakan berlakunya pembaziran elektrik dan air. Ini diikuti
dengan isu kitar semula sebanyak 22% dan isu plastic dan
makanan sebanyak 10%. Ini menunjukkan bahawa warga USIM
mengakui isu mengenai pembaziran elektrik dan air merupakan
isu utama yang perlu diberi perhatian serius di dalam kampus.
Maka dengan sebab itu, warga USIM perlulah cakna dengan
isu ini dengan bertanggungjawab dalam penggunaan elektrik
dan air secara berhemah dengan mengelakkan pembaziran.
11) Pusat Sukan
USIM akan memperkasakan sukan sunnah seperti memanah
dan berenang di kalangan warga USIM dan masyarakat sekitar.
Sebagai tambahan, pembudayaan sukan juga turut
diperkasakan di mana Pusat Sukan akan menganjurkan
senaman aerobik dan berbasikal di sekitar kampus pada setiap
petang Rabu bagi menggalakkan warga USIM meningkatkan
43
kesihatan bersesuaian dengan pepatah arab “al-Aqlu Salim fi
Jismi Salim” iaitu otak yang cerdas terletak pada badan yang
cergas”.
12) Seni budaya Pelajar
Pusat Kebudayaan mengambil inisiatif untuk menganjurkan
Konsert Alhan Rabbaniyyah USIM yang mengaspirasikan
sebuah penganjuran seni budaya Islam yang boleh dihayati dan
dipersembahkan kepada Tuanku Canselor bersempena dengan
Sambutan 15 Tahun penubuhan USIM. Program ini dianjurkan
oleh USIM dengan Pusat Kebudayaan sebagai Urus Setia dan
dengan kerjasama Istana Budaya, RTM dan Orkestra
Tradisional Malaysia.
Apa yang uniknya, penggunaan instrumen muzik tradisi dan
moden yang pelbagai seperti Gu Chen, Sitar, Rebab, Akustik
Gitar, Violin, Erhu dan Gambus (Orkestra Tradisonal Malaysia)
akan memberi persepsi baru bahawa Islam bukan hanya boleh
dicitrakan dengan unsur Timur Tengah sahaja tetapi juga unsur
kemelayuan dan ciri- ciri pelbagai kaum di Malaysia. Pengisian
Konsert Alhan Rabbaniyyah mengutamakan persembahan Seni
Pentas seperti vocal dan teater. Persembahan vokal
merangkumi Selawat, Nasyid Tradisi dan Moden, Qasidah
Kontemporari, Sayembara Puisi, lagu- lagu ketuhahan dan
lakonan teater pendek yang akan mengupas karya- karya yang
44
bersifat tulus dan kudus dalam perjalanan mencari tuhan.
Persembahan Konsert Alhan Rabbaniyyah akan dijayakan oleh
Urus Setia Kesenian Pelajar USIM (Malaysia) dan gabungan
persembahan beberapa pelajar daripada universiti serantau
seperti Brunei, Indonesia dan Thailand. Persembahan artis
lagu- lagu religi dan ketuhanan seperti Opick- Indonesia, Ramli
Sarip – Singapura dan Jamal Abdillah- Malaysia akan menjadi
kemuncak pengisian Konsert Alhan Rabbanniyyah USIM 2015.
Program Street Dakwah mengangkat konsep pengajaran dan
pembelajaran dakwah secara santai (buskers) di jalan- jalan
sekitar Kuala Lumpur. Menggunakan medium seni budaya
seperti muzik akustik, bacaan taranum, informasi semasa
seperti klinik pengguna dan pengajaran doa. Program ini turut
akan melibatkan artis tanah air yang seperti Siso, Nash dan
melibatkan kerjasama daripada Utusan Malaysia, Persatuan
Buskers Malaysia dan Jabatan Pembangunan Wanita
(KPWKM). Penglibatan pensyarah daripada fakulti terpilih akan
turut bersama menyampaikan maklumat kepada pengguna/
masyarakat.
Rumusan
Untuk menjadi sesebuah universiti yang terampil dan dirujuk di
peringkat serantau apatah lagi global bukanlah mudah.
45
Walaupun USIM baru berusia 15 tahun namun hasrat untuk
menjadi universiti yang dirujuk dalam aspek integrasi Naqli dan
Aqli menjadi sasaran utama USIM. Oleh itu, adalah menjadi
harapan saya agar warga USIM bangkit dan bersama-sama
mengorak langkah bagi merelisasikan hasrat murni ini. Suka
saya analogikan pengalaman mendaki Gunung Kinabalu
dengan sasaran USIM untuk menjadi Pusat Rujukan Integrasi
Naqli dan Aqli. Gunung Kinabalu sebagai gunung yang tertinggi
di Asia Tenggara boleh dianalogikan dengan hasrat USIM
untuk menjadi Pusat Rujukan Integrasi Naqli dan Aqli di
peringkat Asia Tenggara/serantau, Banyak cabaran yang
dihadapi oleh pendaki sebelum dan sampai ke puncak
pendakian. Antaranya adalah cuaca yang tidak menentu, suhu
yang terlalu sejuk, jalan yang curam, berbatu dan licin; selain
kesihatan yang baik, kecekalan mental dan ketahanan yang
tinggi adalah sangat penting untuk mengatasi semua cabaran
ini.
Begitulah juga cabaran USIM bagi menjadi pusat rujukan
serantau untuk integrasi Naqli dan Aqli apabila banyak
rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi.
Justeru itu, kekuatan mental dan semangat yang tinggi di
samping rasa cinta yang mendalam kepada USIM adalah faktor
yang membawa kepada pencapaian sasaran USIM ’16 yang
46
selari dengan kempen #iloveusim yang telah dilancarkan pada
tahun lepas. Untuk makluman juga, kempen #iloveusim akan
terus dipertingkatkan pada tahun ini apabila 17 tema telah
diperkenalkan pada tahun lepas dan pada tahun ini 13 tema
lagi akan menyusul.
Islam mengajar umatnya agar sentiasa berusaha mengamalkan
budaya kerja yang cemerlang dengan bertunjangkan iman dan
akhlak. Bagi yang menyedari hakikat ini mereka akan sentiasa
berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti pada setiap
masa tanpa rasa bosan. Umat Islam yang bagus adalah
mereka yang sedar bahawa bekerja itu bukan sekadar
tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara
malah ia merupakan amanah Allah SWT.
Sehubungan itu, saya mewakili pengurusan universiti mohon
agar warga USIM menghayati, memahami dan mendukung visi
dan misi USIM serta bekerja di dalam semangat keserakanan
bagi menjadikan USIM sebagai pusat rujukan integrasi Naqli
dan Aqli di peringkat serantau menjelang tahun 2016 dan di
peringkat global menjelang tahun 2025.
Tersurat Sudah Citra Amanat Menggaris Matlamat Untuk Ditempa Bulat Manusia Kerana Muafakat Marilah Kita Melangkah Bersama
47
Akhir kalam, terima kasih diucapkan ke atas warga USIM yang
komited dan amanah di dalam pelaksanaan amanah yang
diberikan. Semoga jasa kalian semua diberkati dan diredhai
oleh Allah SWT.
Sekian , Wassalam.
top related