terapi bercerita.pptx
Post on 30-Oct-2014
405 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Terapi Bercerita
Pendahuluan
suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan
peristiwa dengan menggunakan perkataan, imej
dan suara.
Cerita sering digunakan oleh setiap budaya masyarakat sejak permulaan tamadun
sebagai hiburan, pendidikan, pengekalan budaya dan
pemupukan nilai-nilai moral.
Konsep Bercerita
Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui
teknik improvisasi. Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai hiburan,
pelajaran, penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada masyarakat. Elemen yang penting
dalam teknik ini ialah plot, watak dan persoalan sesuatu cerita.
Tujuan Terapi Bercerita
Melalui cerita, murid-murid boleh mendapatkan maklumat tentang fakta,
konsep mahupun pengetahuan yang digabungjalinkan dalam sesuatu kisah. Cerita juga menampilkan model-model tingkahlaku yang ditunjukkan oleh para
pemegang watak atau tokoh dalam cerita.
Satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi
untuk meyakinkan klien untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang telah dipersetujui antara ahli terapi dan klien.
sesuai dijalankan secara
berkelompok ataupun individu
Kaunseling kelompok melibatkan perhubungan individu yang
menekankan aspek kekuatan, fikiran, perasaan dalam aktiviti
pembelajaran, peribadi dan sosial. Corey (1981).
pelaksanaan terapi bercerita dalam kelompok memudahkan perkongsian
pengalaman antara ahli kelompok.
Namun demikian penggunaan teknik
ini dalam kaunseling kelompok
memerlukan syarat proses kaunseling berpusatkan klien
iaitu empati, penerimaan tanpa
syarat, dan kongruen/ keikhlasan.Kaedah terapi
Kelebihan Terapi
•mereka berasa diri mereka dihargai dengan adanya perkongsian masalah dalam kaunseling kelompok
•ahli-ahli kumpulan akan cuba untuk menyatakan langkah penyelesaian kepada rakan-rakan mereka terhadap masalah yang dihadapi.
Meluahkan perasaan terpendam dan
berkongsi maklumat diri sesama kawan –kawan
mereka.
•murid akan memegang sesuatu watak dan secara tidak langsung cara untuk mereka menyelesaikan masalah dalam cerita yang perlu mereka ceritakan akan menonjolkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid.
•Guru akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid terutamanya murid yang bersikap pasif di dalam kaunseling kelompok.
guru kaunseling kerana dapat memahami
konflik murid dengan lebih senang secara
sukarela.
•meluahkan perasaan yang terpendam secara refleks atau tidak langsung melalui perwatakan yang ditonjolkan
•mengembangkan lagi kemahiran fizikal mereka dalam bercerita dan ekspresi emosi mereka melalui bahasa tubuh
Meluahkan perasaan
secara refleks
•kemahiran interpersonal yang dipelajari seperti komunikasi mata, berunding dan menerima pandangan orang lain dan membantu sesebuah kumpulan untuk membuat keputusan secara bersama.
Kepercayaan antara ahli kumpulan
Jenis Terapi Bercerita
Beg Cerita AjaibMembina satu cerita
berdasarkan objek ajaib.
Peralatan yang digunakan ialah satu beg kertas yang
mengandungi pelbagai objek.
Ketua kumpulan akan mempunyai pelbagai objek di
dalam sebuah beg kertas. Setiap ahli kumpulan perlu mengambil
satu bagi setiap seorang.
Objek tersebut boleh diambil daripada objek yang digunakan
setiap hari seperti berus gigi, batu, bulu ayam dan sebagainya.
Objek tersebut akan diletakkan di dalam sebuah beg yang tidak
menampakkan bahagian dalam beg.
Dengan tidak memandang ke dalam beg, ahli kumpulan akan menarik objek secara rawak.
Objek tersebut dianggap ajaib dan penting dalam penceritaan.
Ahli kumpulan diberikan beberapa minit untuk membuat cerita berdasarkan objek yang
dipilih.
Ahli kumpulan akan menceritakan sebuah cerita berdasarkan objek tersebut.
Buku CeritaKaedah ini memerlukan
murid untuk mereka sebuah buku cerita.
Murid akan memilih sebuah cerita atau
mereka sebuah cerita mereka sendiri.
Setelah mereka memilih cerita atau mereka cerita,
murid akan membina sebuah buku cerita.
Penghasilan buku cerita boleh dilakukan
berdasarkan kekreatifan murid tersebut.
Alatan yang boleh digunakan ialah kad
manilakat, kertas putih, penebuk lubang, marker,
reben dan sebagainya.
Pihak KetigaGuru akan memilih beberapa
cerita dan murid akan memilih watak lain yang ada selain watak yang ada dalam
cerita.
Murid akan menulis semula cerita daripada sudut
pandangan watak yang berbeza.
Watak dan cerita yang direka perlulah sama dengan cerita
asal.
Dalam hal ini,guru akan dapat melihat motivasi atau
masalah dalam diri murid semasa mereka menulis
semula cerita.
Untuk kaedah ini,tiada alatan yang khusus
digunakan.
Satu Gambar Seribu Makna
Objektif kaedah ini adalah untuk merangsang visual
dan imaginasi serta perhatian murid kepada
lebih terperinci.
Kaedahnya adalah dengan menunjukkan gambar yang menunjukkan objek dengan
lebih dekat.
Gambar tersebut boleh diambil dengan sendiri atau diambil daripada majalah.
Perlu dipastikan bahawa gambar tersebut
mempunyai tekstur dan warna yang pelbagai.
Murid akan memberikan pandangan mereka
tersendiri tentang gambar yang dilihat.
Selepas itu, murid akan mereka sebuah cerita
berdasarkan pandangan mereka tentang gambar
yang dilihat.
Montaj KeluargaObjektif kaedah ini adalah untuk menggalakkan murid untuk menceritakan tentang keluarga mereka.
Kaedah ini dijalankan melalui gambar-gambar keluarga atau peristiwa-peristiwa penting dalam hidup mereka.
Satu montaj akan direka di atas sehelai kertas sehingga menjadi kolaj gambar. Setelah montaj disiapkan, murid akan membina bingkai bagi montaj tersebut.
Murid akan menceritakan cerita tentang gambar yang mereka pilih. Alatan yang digunakan ialah gambar keluarga, gam dan kertas.
Kapsul MasaObjektif kaedah ini adalah untuk
menggalakkan murid menceritakan tentang masa
lepas.
Murid diminta untuk membawa gambar, lukisan, atau barang peribadi yang penting dalam
hidup mereka.
Murid akan menulis cerita tentang peristiwa dan kejadian
yang penting dalam hidup mereka.
Murid akan mereka sebuah kotak atau tiub daripada surat khabar,
gambar majalah atau lukisan mereka.
Sebelum meletakkan barang peribadi ke dalam kotak tersebut,
murid akan menceritakan tentang kejadian di sebalik
barang tersebut dan mengapa barang tersebut penting bagi
mereka.
Apabila barang telah diletakkan ke dalam kapsul masa, kapsul
tersebut akan ditutup dan murid tidak boleh membuka sehingga
sampai suatu masa.
Pastikan arahan diletakkan di luar kapsul tersebut.
PRINSIP-PRINSIPPANDUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BERCERITA
Untuk menguasai
kemahiran bercerita, guru harus memahami dan
mematuhi prinsip-prinsip panduan berikut;
1. Memilih cerita yang sesuai dengan minat,kebolehan,umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya.
2. Sebelum sesi bermula, guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita itu.
3. Alat bantu mengajar juga harus disediakan dan diikuti dengan soalan-soalan.
4. Pastikan murid sudah bersedia sebelum memulakan cerita.
5. Guru boleh berdiri atau duduk.
6. Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi.
7. Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir.
8. Pastikan suara guru jelas, lantang dan adanya variasi suara.
9. Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami cerita dengan lebih jelas.
10. Guru boleh menanyakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita yang selanjutnya.
11. Pastikan pemilihan perkataan dan ayat boleh difahami oleh murid.
12. Isi cerita haruslah disampaikan dengan gerak-geri semulajadi.
13. Selepas bercerita,aktiviti susulan harus dijalankan. Cth: soal-jawab
Peringkat Aktiviti Bercerita
1. Perancangan dan Persediaan
2. Sesi Bercerita
3. Penutup
1. Perancangan dan Persediaan
• Guru bermula memilih tajuk cerita yang sesuai.
• Kriteria :a. Tema : mengandungi nilai moral yang murni.b. Isi : menarik dan perkataan yang dipilih
sesuai dengan pengalaman murid.c. Tempoh : panjang cerita sesuai dengan
peruntukan masa.
1. Perancangan dan Persediaan
• Selepas cerita dipilih, guru hendaklah:a. Cuba berlatih menghafaz dan bercerita
sendiri tanpa pendengar.b. Menyediakan alat bantu mengajar semasa
bercerita.c. Menyediakan beberapa soalan untuk menguji
kefahaman murid.
1. Perancangan dan Persediaan
• Sebelum mula bercerita, guru hendaklah:a. Menyusun tempat duduk murid agar murid
dapat mendengar dan melihat ekspresi guru.b. Tempat bercerita dihias dengan alatan atau
gambar yang sesuai.
2. Sesi Bercerita
• Dimulakan dengan satu set induksi yang menarik dan berkaitan.
• Guru menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid.
• Pastikan setiap murid telah memberi perhatian sepenuhnya.
• Guru boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing.
3. Penutup
• Tujuan: membantu murid mengukuhkan nilai murni yang diterapkan.
• Pelbagai aktiviti boleh digunakan. Antaranya:a. Menyoal murid-murid tentang isi cerita yang
disampaikan.b. Menyuruh murid mengulang isi cerita dengan
menggunakan perkataan sendiri.
top related