tesis tahap kepatuhan pelajar terhadap peraturan bengkel
Post on 24-Jun-2015
346 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAHAP KEPATUHAN PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KOTA BHARU
WAN SITI AZIZAH BINTI WAN YUSOFF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP KEPATUHAN PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN
HIDUP BERSEPADU DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH DI DAERAH KOTA BHARU
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya WAN SITI AZIZAH BINTI WAN YUSOFF
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan kertas projek( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik kertas projek adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek
bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.
2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka.
4. Kertas projek hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah
mengikut kadar yang dipersetujui kelak.
5. *Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan kertas projek ini
sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.
6. ** Sila tandakan (� )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
� TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 4883 Kg. Sungai Keladi, Dr. Lokman Bin Mohd.Tahir
15300 Kota Bharu, Nama Penyelia
Kelantan.
Tarikh: Tarikh:
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Kertas Projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan
sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”
Tandatangan : ......................................................
Penyelia : Dr. Lokman Bin Mohd.Tahir
Tarikh : …………………………………..
Saya akui bahawa tesis bertajuk “Tahap Kepatuhan Peraturan Keselamatan Bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Di
Daerah Kota Bharu” ini adalah hasil penyelidikan saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tesis ini tidak pernah diterima
bagi mana-mana ijazah atau dihantar untuk pencalonan mana-mana ijazah.
Tandatangan :....................................................
Nama : Wan Siti Azizah Binti Wan Yusoff
Date : 2008
i
TAHAP KEPATUHAN PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KOTA BHARU
WAN SITI AZIZAH BINTI WAN YUSOFF
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
ii
DEDIKASI
Untuk
Kedua ibu bapa dan keluarga tersayang terima kasih kerana memahami
keadaan ini.
“Sesungguhnya Allah Mengangkat Martabat Orang-Orang Yang Berilmu”
Atas sokongan yang diberikan semoga Allah sentiasa memelihara dan merahmati
kalian.
iii
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang. Bersyukur
kehadrat Illahi dengan Izinnya dapat menyempurnakan laporan Projek Sarjana Muda
(PSM) ini.
Pertamanya setinggi jutaan terima kasih saya kepada Dr. Lokman bin Tahir
selaku penyelia akademik yang telah banyak membantu serta memberi dorongan,
tnjuk ajar dan nasihat yang tidak ternilai sepanjang tempoh menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini. Ucapan terima kasih juga pada Dr. Zaleha binti Ismail selaku
Penasihat Akademik dan semua pensyarah yang telah banyak menabur bakti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru Sekolah Menengah
Kebangsaa Kota Bharu, Sekolah Menengah Kebangsaan Putera dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Zainab II yang terlibat secara langsung dan tidak dalam
kajian ini. Juga tidak ketinggalan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak
membantu.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala jasa-jasa yang telah diberikan,
semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian sepanjang masa.
iv
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepatuhan
peraturan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajar-
pelajar. Kajian ini cuba meneroka dimensi iaitu disiplin, keselamatan penggunaan
alatan tangan dan mesin, pengurusan keselamatan dan pertolongan cemas. Kajian
yang berbentuk deskriptif telah dilaksanakan di tiga buah sekolah menengah di
daerah Kota Bharu. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 90 orang pelajar
tingkatan dua iaitu daripada elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga
dan Pertanian. Soal selidik telah diedarkan dan data telah dianalisis dengan
menggunakan program SPSS serta secara manual.Setiap dimensi telah diukur dengan
kaedah peratusan bagi menentukan tahap kepatuhan pelajar terhadap peraturan
keselamatan di bengkel. Secara keseluruhannya tahap kepatuhan pelajar adalah
tinggi. Bagaimanapun masih terdapat sebilangan pelajar yang berpendapat belum
patuh kepada peraturan keselamatan. Dalam memperbaiki aspek kepatuhan, beberapa
cadangan telah dikemukakan oleh penyelidik sebagai panduan pihak yang berkenaan
bagi mengatasi masalah tersebut. Hasil dapatan ini adalah diharapkan dapat menjadi
rujukan bagi semua pihak.
v
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the level of obedience to the safety
rule of Integrated Life Skills workshop among the students. This research attempted
to explore the dimension of discipline, the safety application of hand tools and
machine, safety management and emergency aid. the descriptive study was done in
three secondary school in Kota Bharu District . the sample of this study were 90
Form Two students who taken the elective subject of Technical Skills, Domestic
Science and Agriculture. The questionnares were distributed and the data were
analyzed using SPSS program and also manually. Every dimension were calculated
by percentage method in order to determine the obedience level to the safety rule in
the workshop. As an overall the level of the student obedience was very high.
However there were still some students who admitted that they were not yet fully
obeyed the safety rule. In improving the obedience aspects, some suggestions were
provided as guidance to the related parties to overcome the problems. Hopefully the
results will be useful as a reference for all related parties.
.
vi
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
TAJUK TESIS i
DEKLARASI ii
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.9 Kesimpulan 12
vii
2 SOROTAN PENULISAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Disiplin Pelajar 13
2.3 Keselamatan Bagi Penggunaan Alatan Tangan dan Mesin 15
2.4 Pengurusan Bengkel 16
2.5 Pertolongan Cemas 18
2.6 Kesimpulan 19
3 METODOLOGI KAJIAN 20
3.1 Pengenalan 20
3.2 Rekabentuk Kajian 20
3.3 Populasi dan Sampel kajian 21
3.4 Tempat kajian 21
3.5 Instrumen Kajian 22
3.6 Kajian rintis 24
3.7 Prosedur pengumpulan data 25
3.8 Penganalisisan data 25
3.9 Kesimpulan 27
4 DAPATAN KAJIAN 28
4.1 Pengenalan 28
4.2 Analisis Data Bahagian A 28
4.2.1 Jantina Responden 29
4.2.2 Sekolah – sekolah yang terlibat dalam kajian 30
4.2.3 Elektif Kemahiran Hidup Bersepadu 31
4.3 Analisis Data Bahagian B 33
4.3.1 Kepatuhan Pelajar-Pelajar terhadap Disiplin di Bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu 33
4.3.2 Kepatuhan Pelajar-pelajar Terhadap Keselamatan
Penggunaan Alatan Tangan dan Mesin di Bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu 37
4.3.3 Kepatuhan Pelajar-pelajar terhadap Pengurusan Keselamatan
di Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 41
viii
4.3.4 Kepatuhan Pelajar terhadap Pertolongan Cemas di Bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu 45
4.4 Rumusan 49
4.4.1 Tahap Penerimaan Responden terhadap Aspek Disiplin 49
4.4.2 Tahap Penerimaan Responden terhadap Aspek Keselamatan
Penggunaan Alatan Tangan dan Mesin 50
4.4.3 Tahap Penerimaan Responden terhadap Aspek Pengurusan
Keselamatan 51
4.4.4 Tahap Penerimaan Responden terhadap Aspek Pertolongan
Cemas 51
4.4.5 Rumusan Kepatuhan Peraturan Keselamatan Bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu di Kalangan Pelajar-pelajar
Sekolah Menengah di Daerah Kota Bharu 51
4.5 Kesimpulan 54
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 55
5.1 Pengenalan 55
5.2 Perbincangan 56
5.2.1 Perbincangan terhadap tahap kepatuhan aspek keselamatan
bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 56
5.2.1.1 Tahap kepatuhan pelajar terhadap aspek disiplin ketika di
bengkel 56
5.2.1.2 Tahap kepatuhan terhadap aspek keselamatan penggunaan
alatan tangan dan mesin 58
5.2.1.3 Tahap kepatuhan terhadap aspek pengurusan keselamatan 59
5.2.1.4 Tahap kepatuhan terhadap aspek pertolongan cemas 60
5.2.1.5 Tahap kepatuhan terhadap aspek peraturan keselamatan
bengkel secara keseluruhan 61
5.2.2 Perbincangan perbandingan kepatuhan terhadap aspek-aspek
peraturan keselamatan bengkel 62
5.3 Rumusan 62
5.4 Cadangan 63
5.4.1 Pelajar 63
5.4.2 Guru 64
ix
5.4.3 Sekolah 65
5.4.4 Jabatan Pendidikan Negeri 65
5.4.5 Kementerian Pelajaran 65
5.5 Cadangan kajian lanjutan 66
5.6 Penutup 66
BIBLIOGRAFI 67
LAMPIRAN 71
x
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL TAJUK
HALAMAN
3.1 Bilangan pelajar mengikut sekolah 21
3.2 Nombor-nombor item berdasarkan persoalan kajian 23
3.3 Kaedah penganalisisan data 26
3.4 Pengkelasan tahap kepatuhan pelajar terhadap aspek
peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu
26
3.5 Skala lima mata 27
4.1 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut
jantina
29
4.2 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut
sekolah – sekolah yang terlibat dalam kajian
31
4.3 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut
elektif Kemahiran Hidup Bersepadu
32
4.4 Pemilihan Skor Lima Mata 33
4.5 Taburan kekerapan, peratusan dan min responden
mengikut kepatuhan pelajar-pelajar terhadap disiplin
di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.
34
4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min responden
mengikut kepatuhan pelajar-pelajar terhadap
keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin di
bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu
38
4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min responden
mengikut kepatuhan pelajar-pelajar terhadap
pengurusan keselamatan di bengkel Kemahiran
42
xi
Hidup Bersepadu
4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min responden
mengikut kepatuhan pelajar terhadap pertolongan
cemas di bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu
46
4.9 Taburan tahap penerimaan responden terhadap aspek
disiplin
49
4.10 Taburan tahap penerimaan responden terhadap aspek
keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin
50
4.11 Taburan tahap penerimaan responden terhadap aspek
pengurusan keselamatan
51
4.12 Taburan tahap penerimaan responden terhadap aspek
pertolongan cemas
51
4.13 Rumusan Kepatuhan Peraturan Keselamatan Bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu Di kalangan Pelajar-
Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Kota Bharu
52
xii
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH TAJUK
HALAMAN
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
jantina
29
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian
30
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
elektif Kemahiran Hidup Bersepadu
32
4.4 Rumusan tahap kepatuhan peraturan keselamatan
bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu dikalangan
pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Kota
Bharu
53
xiii
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN
SPSS - Statistical Package for Sosial Science
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
PBSM - Persatuan Bulan Sabit Merah
OSHA - Pentadbiran Kesihatan dan
Keselamatan Pekerja
NIOSH - Institut Kesihatan dan Pekerjaan
Kebangsaan
PERKESO - Pertubuhan Keselamatan Sosial
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 71 - 76
B Borang Pengesahan Item Soal Selidik 71
C Surat Kelulusan Untuk Menjalankan Kajian Dari
Kementerian Pelajaran Malaysia
78 - 79
D Surat Kelulusan Untuk Menjalankan Kajian Dari
Jabatan Pelajaran Malaysia
80
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) memberi penekanan
utama dalam aspek perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Pembentukan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah merupakan suatu perubahan besar dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan demi untuk mencapai matlamat pembangunan negara secara
keseluruhannya.
Sehubungan dengan itu, pendidikan pada masa kini adalah berunsurkan
kemahiran dan bidang teknikal dan vokasional telah diberi keutamaan dalam sistem
pendidikan negara. Melalui pendidikan seperti ini adalah diharapkan agar tenaga
kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berketerampilan dapat dilahirkan.
Sejajar dengan keperluan meningkatkan tenaga kerja dalam bidang teknikal, langkah
telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan bilangan
pelajar yang mempunyai asas kukuh dalam mata pelajaran teknikal dan vokasional.
2
Ini adalah kerana sistem dan dasar teknikal dan voksional telah membekalkan
pelajar dengan kemahiran asas untuk mendapatkan pekerjaan.
Pada masa kini keperluan sumber manusia yang maju dalam bidang teknikal
merupakan salah satu sumber utama tenaga manusia dalam merealisasikan hasrat
Malaysia Maju dalam bidang perindustrian menjelang tahun 2020. Bagi
merealisasikan wawasan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengatur strategi
untuk memperbaiki dan memperkembangkan latihan kemahiran, teknik dan
vokasional bagi menghasilkan tenaga kerja dibidang teknikal mahir.
Kandungan kurikulum pendidikan harus sentiasa dikaji dari semasa kesemasa
oleh Kementerian Pelajaran dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi mutu
pendidikan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Ini adalah kerana ilmu
dalam bidang teknikal dan vokasional yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di sekolah
nanti akan dapat memenuhi keperluan tenaga kerja di semua sektor sejajar dengan
perkembagan pesat sektor perindustrian di Malaysia.
Kemahiran Hidup Bersepadu pula merupakan satu mata pelajaran amali yang
berunsurkan teknologi dan di tawarkan kepada semua pelajar tingkatan satu hingga
tingkatan tiga. Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dirancang untuk
mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui
penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran
Kemahiran Hidup juga digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang
berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama
dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang
sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang
sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi
komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah
selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat
melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi
menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang. Matlamat mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah usaha berterusan untuk melahirkan
3
insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif
dan yakin diri dalam keadaan teknologi dan ekonomi yang sentiasa berubah untuk
kehidupan harian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002).
Proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah
dalam bentuk teori dan aktiviti kerja amali serta melibatkan banyak penggunaan
bengkel. Semasa melakukan kerja amali di bengkel, pelajar-pelajar banyak terdedah
kepada penggunaan alat-alat tajam, penggunaan mesin-mesin serta bahan-bahan yang
mudah terbakar. Dalam konteks ini, sekiranya peraturan keselamatan bengkel tidak
dipatuhi risiko kemungkinan pelajar untuk mendapat kemalangan adalah tinggi. Oleh
itu kajian tinjauan daripada aspek tahap kepatuhan peraturan keselamatan bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah
Kota Bharu akan memberikan maklumat-maklumat penting dan tepat tentang tahap
kepatuhan peraturan keselamatan bengkel dikalangan pelajar-pelajar. Di samping itu,
kajian ini juga dapat mengenalpasti masalah dan kelemahan yang wujud disamping
dapat dijadikan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan pihak-pihak
yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Seterusnya agar aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Salah satu objektif bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ialah
mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat. (Huraian Sukatan
Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002). Berdasarkan objektif mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu ini jelaslah bahawa faktor keselamatan perlu dititik
beratkan kepada pelajar-pelajar dan mesti diamalkan dalam setiap proses pengajaran
dan pembelajaran setiap kali mengendalikan kerja-kerja amali.
Keselamatan bermaksud satu keadaan yang terhasil daripada perubahan
tingkah laku manusia atau persekitaran fizikal untuk mengurangkan kemungkinan
4
bahaya yang selanjutnya dan mengurangkan kemalangan (Kamus Dewan,1996).
Bengkel merupakan tempat yang mempunyai risiko bahaya yang tinggi. Bahaya ini
boleh menyebabkan kecederaan, penyakit, gangguan kesihatan, keresahan malahan
kematian. Bahaya boleh dikelaskan kepada beberapa jenis seperti bahaya bahan
kimia, sisa berbahaya, bahaya fizikal dan bahaya ergonomi. Bahaya bahan kimia
disebabkan oleh wap, gas atau pepejal dalam bentuk habuk pekatan tinggi. Sisa
berbahaya terdiri daripada benda hasil kerja servis. Bahaya fizikal termasuk bunyi,
getaran, tekanan dan suhu berlebihan. Manakala bahaya ergonomi ialah keadaan
halangan biasa atau pergerakan dan kedudukan badan (Mohd. Bahaman, et.al. 2006).
Semua bengkel kerja amali mesti mempunyai peraturan bertulis yang
diedarkan kepada setiap pelajar pada hari pertama mereka menggunakan bengkel
tersebut. Peraturan mengenai aspek keselamatan bengkel perlu diterangkan dengan
jelas kepada pelajar-pelajar sehingga mereka betul-betul faham mengenai peraturan
tersebut. Peraturan-peraturan ini juga perlu dipamerkan pada setiap papan kenyataan
di setiap bengkel dan perlu diingatkan kepada pelajar dari semasa ke semasa. Kelas-
kelas amali atau praktikal di bengkel perlu dikendalikan oleh guru-guru terlatih
dalam mata pelajaran berkenaan sahaja. Jika diawasi oleh guru sementara mestilah
memastikan bahawa mereka tidak melakukan atau menyuruh pelajar melakukan
percubaan-perubaan yang berbahaya (Surat Pekeliling Ikhtisas No. 1/1974).
Menurut Fong (2000) pula, guru-guru perlulah sentiasa memberi amaran
terlebih dahulu kepada pelajar-pelajar sebelum sebarang tunjukcara atau percubaan
dijalankan untuk mengelakkan kemungkinan punca letupan atau bahaya. Sewaktu
kelas amali dijalankan, guru-guru mesti menyelia dan mengawasi aktiviti pelajar-
pelajar dengan rapi untuk memastikan keselamatan dijaga ketahap munasabah di
samping membantu kerja-kerja amali pelajar. Kesedararan terhadap keselamatan
perlu ditanamkan kepada setiap pelajar, supaya sikap mementingkan keselamatan ini
dapat diamalkan semasa pelajar-pelajar melakukan kerja-kerja amali di sekolah
seterusnya diamalkan setelah memasuki alam pekerjaan.
Menurut Fong (2000) lagi, kadar kemalangan di industri dapat dikurangkan
jika pelajar-pelajar di bangku sekolah didedahkan dengan isu-isu keselamatan dan
5
kesihatan pekerjaan. Ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan di sekolah
merupakan langkah awal untuk mengurangkan kadar kemalangan di industri.
Kemalangan di industri mempunyai hubungan yang rapat dengan pengurusan
bengkel di sekolah yang dianalogikan sebuah industri kecil yang mempunyai fungsi
yang sama dengan industri yang sebenar.
Terdapat beberapa agensi kerajaan yang menekankan persekitaran kerja yang
selamat untuk semua pekerja iaitu Pentadbiran Kesihatan dan Keselamatan Pekerja
(OSHA) serta Institut Kesihatan dan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH). Namun begitu
setiap individu yang bekerja dibengkel perlu peka dan mengikuti peraturan-peraturan
yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang dikawal oleh kerajaan.
Menurut Shotbolt (1997), setiap pengguna perlu sedar tentang risiko yang
bakal dihadapi semasa bekerja di bengkel. Pengguna perlu mematuhi semua
peraturan yang telah ditetapkan bagi menjamin suasana kerja yang selamat .Pelajar-
pelajar perlu mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai peraturan dan langkah
keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja amali di bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu.
Antara langkah yang diambil ialah menguatkuasakan suatu piawaian sebagai
satu akta, serta membantu dan menggalakkan kerajaan melaksanakan suasana tempat
kerja yang sihat dan selamat dengan menyediakan kajian, maklumat, pendidikan dan
latihan dalam bidang kesihatan dan keselamatan pekerja. Piawaian keselamatan telah
dilaksanakan di beberapa buah negara industri. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab pekerja untuk menyediakan satu suasana kerja yang kondusif dan
bebas daripada sebarang kemalangan. Tenaga kerja di negara ini perlu mengamalkan
piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA) antarabangsa untuk bergerak
maju. Amalan yang serupa juga perlu dilaksanakan oleh majikan bagi mengelakkan
berlakunya kemalangan di tempat kerja. (Najib Tun Razak , 2006).
Malaysia sebagai sebuah negara yang menuju kearah negara maju telah
mensasarkan untuk mengurangkan kadar kemalangan semasa bekerja sehingga
6
empat kes bagi setiap 1,000 pekerja menjelang 2020. Kadar itu adalah setaraf dengan
kadar kemalangan di kebanyakan negara maju walaupun kadar kemalangan untuk
semua sektor di Malaysia mengalami penurunan pada 2004 namun usaha perlu
dilakukan untuk mencapai ketahap yang lebih baik. (Abdul Rahman Bakar 2006).
Pada tahun 1994 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah dilaksanakan.
Ianya bertujuan untuk menjana kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
kalangan majikan dan pekerja melalui kepatuhan terhadap akta tersebut.
Menurut perangkaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
menunjukkan pada tahun 1994, kadar kemalangan di tempat kerja adalah 16 kes bagi
setiap 1,000 orang manakala pada tahun 2004, sebanyak 6.9 kes kemalangan bagi
setiap 1,000 orang. Walaupun terdapat kadar penurunan kadar kemalangan, namun
usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja setaraf dengan negara
maju perlulah dilakukan.
Kes berkaitan dengan bencana di tempat kerja menunjukkan bahawa pihak
pengurusan industri tidak mematuhi piawaian dan panduan daripada pihak berkuasa.
(Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, 1997). Berdasarkan laporan terdapat
100,000 kes kemalangan dan kecederaan membabitkan bencana kerja dilaporkan
setiap tahun di Malaysia. (Utusan Malaysia, 2 September 1997). Aspek keselamatan
dan kesihatan haruslah dijadikan satu budaya di tempat kerja iaitu pihak pengurusan
bertanggungjawab mengubah sikap pekerja dengan memberi keutamaan terhadap
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Selaras dengan hasrat kerajaan, pihak
majikan dan pekerja digesa supaya mengambil bahagian yang aktif dalam aspek
keselamatan bagi mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku di tempat kerja.
Maka dengan ini akan tercapai hasrat serta matlamat kerajaan dalam merealisasikan
hasratnya untuk mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku di tempat kerja
dapat dikurangkan.
7
1.3 Pernyataan masalah
Penyampaian proses pengajaran Kemahiran Bersepadu didalam bengkel agak
berbeza dengan kaedah yang digunakan dalam matapelajaran yang lain. Proses
pengajaran dan pembelajarannya banyak mengandungi aktiviti kerja amali dan teori
yang berkaitan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar didalam bengkel. Oleh itu,
sewajarnya aspek kepatuhan terhadap peraturan di bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu diikuti oleh setiap pelajar. Aspek peraturan keselamatan bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan aspek yang penting kepada pelajar-pelajar.
Banyak kemalangan dan kecederaan akan berlaku sekiranya pelajar-pelajar tidak
mematuhi peraturan keselamatan semasa berada di bengkel. Manakala guru bengkel
juga perlu memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan pelajar-pelajar
semasa berada di bengkel. Guru-guru perlu menguasai ilmu mengenai aspek
peraturan dan keselamatan di bengkel dan diterapkan kepada pelajar-pelajar setiap
kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kepatuhan peraturan
keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajar-pelajar
sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Kajian ini adalah penting bagi memastikan
keselamatan pelajar-pelajar semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.
Kajian ini akan meninjau aspek disiplin, keselamatan penggunaan alatan tangan dan
mesin, pengurusan keselamatan dan kepatuhan dari aspek pertolongan cemas.
Walaupun di setiap bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu terdapat peraturan
keselamatan tetapi sejauhmanakah pelajar-pelajar mematuhi peraturan tersebut masih
menjadi persoalan . Langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi memelihara dan
menjaga keselamatan pelajar semasa berada di bengkel.
8
1.4 Objektif Kajian
Secara amnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek tahap
kepatuhan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Kota Bharu terhadap
peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. Di antara tumpuan
kajin ini adalah untuk :
i. Mengenalpasti tahap kepatuhan pelajar-pelajar terhadap disiplin di bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu.
ii. Mengenalpasti tahap kepatuhan pelajar-pelajar terhadap keselamatan
penggunaan alatan tangan dan mesin di bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu.
iii. Mengenalpasti tahap kepatuhan pelajar-pelajar terhadap pengurusan
keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.
iv. Mengenalpasti tahap kepatuhan pelajar terhadap pertolongan cemas di
bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.5 Persoalan Kajian
i. Adakah pelajar-pelajar mematuhi disiplin semasa berada di bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu?
ii. Adakah pelajar-pelajar mematuhi keselamatan penggunaan alatan tangan dan
mesin semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?
iii. Adakah pelajar-pelajar mematuhi pengurusan keselamatan semasa berada di
bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?
9
iv. Adakah pelajar-pelajar mematuhi penggunaan pertolongan cemas semasa
berada di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?
top related