tidak dapat disangkal bahawa kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada pemimpinnya

Post on 10-Dec-2015

225 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Tidak dapat disangkal bahawa kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung

kepada pemimpinnya. Kajian juga menunjukkan sekolah yang cemerlang adalah

hasil kepimpinan yang cemerlang dan berkualiti. Guru besar sebagai peneraju

utama dalam kepimpinan sekolah yang akan menentukan jatuh bangunnya

sesebuah sekolah. Banyak atau sedikitnya program sesebuah sekolah bukan

penentu kepada peningkatan prestasi tetapi bagaimana pemimpin sekolah itu dapat

membawa warga sekolah melaksanakan program tanpa ada unsur paksaan dan

bebanan.

Jesteru itu, peranan guru besar sangat penting dalam membawa sekolah menuju

sasaran hala tuju yang sudah dirancang besama warga sekolah.

Kenyataan pertama lebih kepada gaya kepimpinan seseorang pengetua/ gb. Gaya kepimpinan sememang banyak mempengaruhi keberkesanan sesebuah sekolah. Banyak atau sedikit program yang dilaksanakan sesebuah sekolah bukan suatu kejaminan kepada kecemerlangan sekolah.

Dalam hal ini pemimpin yang berwawasan, berfikiran strategic dan proaktif mengamalkan gaya kepimpinan yang boleh memotiasikan bukan saja warga sekolah tetapi ibubapa dan komuniti. Pengeua dan guru besar seperti ini ada matlamat yang jelas kemana arah hala tuju sekolahnya. Dengan itu pgb boleh membawa sekolah berpandukan amalan kepimpinan mengikut situasi dan persekitaran sekolah.

top related