tingkah laku
Post on 24-Jan-2016
222 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada Dr.Ng iaitu pensyarah
kami bagi kursus Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang
memberi sokongan moral dan segala kemudahan semasa saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Malahan, rakan saya juga memberi komitmen yang sepenuhnya dan sedia menghulurkan
bantuan apabila diperlukan.Mereka tidak jemu menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan
kepada mereka.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.Sekian,terima kasih.
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga
merangkumi semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Menurut Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama
ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Manakala, Carl Rogers (1999),
menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan
keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya
berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.
Masalah tingkah laku atau tingkah laku bermasalah pula merupakan tingkah laku yang
tidak normal di mana bercanggah dengan pegangan nilai dan norma masyarakat setempat
termasuk sekolah. Akibatnya, ia mengganggu kehidupan individu yang terlibat dari segi emosi
dan fizikal serta keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku. Menurut,
Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu
sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya.Secara tuntasnya, pengertian
tingkahlaku bermasalah ialah kelakuan atau perbuatan yang menimbulkan kesukaran kepada
orang lain, komuniti mahupun masyarakat setempat.
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah
tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Oleh itu, di sekolah disiplin menjadi satu daya
kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin. Kini, masalah disiplin merupakan
satu isu yang menjadi topik hangat sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan
melalui pelbagai saluran media. Bermacam-macam jenis salahlaku dilakukan oleh para murid,
dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat seperti ponteng kelas,
mencuri, kekemasan diri, buli (memukul dan mengugut rakan), vandalisme dan sebagainya.
Dilaporkan sebanyak 108,650 daripada 5.3 juta pelajar sekolah menengah dan rendah
seluruh negara terlibat dalam masalah disiplin pada tahun 2011. Daripada jumlah itu, Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata, isu buli merupakan penyumbang terbesar masalah salah laku
dengan jumlah 18,550 pelajar dalam majlis perasmian Program Pemantapan dan Jati Diri
Sahsiah Remaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 di Institut Latihan Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur. Jelasnya, masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin meruncing. Justeru,
tugasan ini, saya akan meneliti satu kes yang berkaitan dengan tingkah laku bermasalah
distruktif iaitu buli. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan
diri, sekolah dan masyarakat. Kejadian ini berlaku di Seberang Jaya, Pulau Pinang tetapi nama
sekolah tidak dinyatakan dalam artikelnya. Selain itu, saya juga turut membincangkan punca
masalah dan cara mengatasinya dalam tugasan ini.
2.0 RINGKASAN ARTIKEL
Kes buli ini berlaku di sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada
awal Mac. Pihak polis mengesan kejadian ini apabila klip rakaman yang ditunjukkan dalam
Rajah 1 tersebar secara luas di laman sosial YouTube. Tempoh klip video tersebut adalah
selama 1 minit 32 saat. Di mana, rakaman itu memaparkan seorang remaja berpakaian
seragam sekolah telah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di dalam
sebuah bilik. Mangsa dilihat tidak melawan walaupun dia diserang secara bertubi-tubi oleh
seorang remaja. Turut kelihatan di dalam klip itu ialah dua lagi remaja lain yang turut sama
membelasah mangsa tanpa rasa belas kasihan dan menggunakan objek keras. Mangsa
tersebut menangis disebabkan kesakitan dan merayu kepada mereka untuk menghentikan
tingkahlaku mereka yang tidak senonoh. Secara kesimpulannya, ketiga-tiga pelajar memukul
seorang pelajar serta merakamkan semua kejadian tersebut untuk memaparkan dalam
YouTube. Dari sini, saya boleh menyimpulkan bahawa pelajar zaman sekarang tidak
mempunyai nilai kemanusiaan serta menyalahgunakan teknologi yang sedia ada kearah
musnah.
Dipercayai pergaduhan itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan
mereka hanya tertawa dan tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut walaupun mangsa
dipukul bertubi-tubi. Jelasnya, pelajar lain, hanya mengambil isu ini sebagai keseronakkan
Sumber : Utusan Online
Rajah 1 : Sedutan klip video YouTube yang menunjukkan seorang pelajar diterajang (gambar kiri), ditendang (gambar tengah) dan disiku (gambar kanan) oleh pelajar lain dalam kejadian di Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini.
tetapi tidak terfikir mengenai natijahnya. Jika salah seorang daripada mereka melaporkan
kejadian ini kepada guru disipilin atau guru bertugas maka isu ini dapat diatasi dengan sebaik
mungkin. Menurut kenyataan laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes itu
yang berlaku di Seberang Jaya disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana
merusuh. Sehubungan itu, Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kes
buli pelajar. Bagaimanapun, melalui maklumat diterima oleh polis, ketiga-tiga pelajar yang
membuli itu telah dibuang sekolah selepas diputuskan oleh pihak sekolah dengan kerjasama
Pejabat Pendidikan Daerah. Natijahnya, ketiga-tiga pelajar tersebut tidak dapat menyambung
pelajaran serta nama mereka tercemar akibat daripada hasil kelakuan mereka yang agresif.
Manakala, mangsa pula mengalami tekanan emosi daripada kejadian tersebut dan senantiasa
berada dalam ketakutan.
Kesimpulannya selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin
melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai
khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal
sebagai angan-angan semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara
yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Oleh itu, semua pihak haruslah
berganding bahu untuk menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi
liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga kita dapat melahirkan generasi muda yang
dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.
3.0 DEFINISI BULI
Buli pada asasnya adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah operasi psikologikal atau
fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah oleh individu atau kumpulan yang
lebih berkuasa. Ia adalah kehendak atau keinginan untuk mencederakan seseorang dan
meletakkan mangsa tersebut dalam situasi yang tertekan (Tattum, 1988). Menurut Smith dan
Thompson (1991), buli didefinisikan sebagai satu set tingkah laku yang mana dilakukan secara
sengaja dan menyebabkan kemudaratan secara fizikal serta psikologi penerimanya. Perlakuan
buli telah dikenal pasti sebagai salah satu saluran dalam rantaian perlakuan ganas daripada
zaman kanak-kanak kepada alam kedewasaan. Gejala buli juga merangkumi kegiatan seperti
memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh
seseorang terhadap pemangsanya. Buli boleh didefinisikan sebagai keinginan untuk
mencederakan atau meletakkan seseorang kepada situasi dalam tekanan. Banks(2000),
menghuraikanperlakuan buli sebagai mempersendakan, menghina, mengancam, memukul,
mencuridan serangan-serangan langsung yang dimulakan oleh seorang atau lebih
terhadapmangsa.
Perlakuan buli adalah tingkah laku agresif yang dikategorikan sebagai ketidak
seimbangan kuasa antara pembuli dengan mangsa. Menurut Kementerian Pelajaran
mendefinisikan buli sebagai perbuatan mendera atau mempermainkan murid atau kumpulan
murid supaya menyesuaikan dengan suasana yang baru atau perlakuan mendera atau
mempermain-mainkan seseorang murid atau kumpulan murid yang lemah atau perlakuan
menggertak atau menakutkan murid atau kumpulan murid (Panduan Pengurusan Menangani
Buli di Sekolah,2005). Buli dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu dari segi fizikal dan mental.
Buli fizikal ialah pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut,
menolak, mencubit atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan dan kematian.
Manakala, buli mental pula merangkumi mengejek, memberi panggilan/ gelaran yang
mengaibkan. menghina, mencarut, memfitnah dan sebagainya.
Daripada ulasan-ulasan tadi, dapat dirumuskan bahawa buli ialah sejenis tingkah laku
keganasan dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan
individu ke atas individu lain yang tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya dengan niat
untuk menyakiti, mengancam, menakutkan atau meletakkannya dalam keadaan yang tertekan
secara sengaja.
4.0 PUNCA MASALAH
PUNCA MASALAH BULI
top related