· pdf filetingkatan 5 bahasa melayu ... nota : i. panduan mengira ... sekolah...
Post on 06-Feb-2018
230 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SULIT
1
BAHAGIAN PENGURUSAN
SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PERATURAN PEMARKAHAN
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011
TINGKATAN 5
BAHASA MELAYU
Kertas 2
UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA
Peraturan pemarkahan ini mengandungi 14 halaman bercetak
Markah penuh Kertas Dua ialah 110 markah
AMARAN
Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Sekolah Berasrama
Penuh. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.
Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh
dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh
dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.
www.banksoalanspm.com
SULIT
2
Soalan 1
Markah penuh 30 dibahagi kepada:
(a) Isi - 20 markah
(b) Bahasa - 10 markah
(a) Nota :
i. Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan.
- kata nama khas
- perkataan berganda
- kata depan di dan ke
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran
ii. Kira dan tanda jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum
diperiksa.
iii. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya
tidak
perlu diperiksa.
iv. Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
Bahagian Markah Markah
(i) Pendahuluan
2
(ii) Isi Tersurat
4
5
6
7
8
9
10
11
12
(iii) Isi Tersirat
12
11
10
9
8
7
6
5
4
16
(iv) Penutup/Kesimpulan 2
Jumlah Markah
20
Bahasa [10 Markah]
www.banksoalanspm.com
SULIT
3
Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti jadual berikut:
Peringkat
Markah Isi
Markah
Bahasa
Huraian Bahasa
Baik
18 - 20
15 - 17
9 - 10
7 - 8
- Kesinambungan isi baik.
- Struktur ayat / tatabahasa baik
- Kosa kata luas.
- Tanda baca / ejaan betul.
Sederhana
2 - 14
8 - 11
6 - 7
4 - 5
- Kesinambungan isi masih baik.
- Struktur ayat / tatabahasa masih
memuaskan.
- Kosa kata masih memuaskan.
- Tanda baca / ejaan juga memuaskan.
Lemah
1 - 7 1 - 4 - Pada keseluruhannya dalam serba
kekurangan / tidak memuaskan.
Nota :
(i) Jika bahasanya baik, tambah 1 markah lagi.
(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun
jumlah perkataannya kurang daripada 120 patah perkataan, berikan
0 markah.
(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 perkataan, markah tidak dipotong.
[Markah bahasa maksimum:10 markah]
www.banksoalanspm.com
SULIT
4
SOALAN 1 - RUMUSAN
Pendahuluan
Petikan membincangkan langkah-langkah membudayakan amalan budi bahasa dalam
kalangan masyarakat. [2markah]
Isi Tersirat
1. Kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Peringkat
Kebangsaan. [2markah]
2. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menganjurkan pelbagai aktiviti sebagai
pendekatan kontemporari. [2markah]
3. Ibu bapa harus menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak-anak kesayangan
mereka. [2markah]
4. Masyarakat harus mempunyai swadaya untuk menegur perlakuan remaja dengan cara
berhemah. [2markah]
5. Ibu bapa dan guru-guru haruslah berganding bahu dengan masyarakat untuk sama-sama
memainkan peranan membentuk peribadi anak-anak kerana remaja. [2markah]
6. Para remaja perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang sopan, mempunyai fiil yang
halus dan budi pekerti yang mulia. [2markah]
7. Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. [2markah]
8. Guru harus menjadi suri teladan kepada anak didik mereka. Jadi, warga pendidik harus
menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar. [2markah]
9. Syarikat pengangkutan awam menggunakan kenderaan mereka sebagai platform untuk
mendidik masyarakat ke arah merealisasikan nilai-nilai berbudi bahasa. [2markah]
10. Semua pihak harus menggemblengkan tenaga bersama-sama menyahut kempen kerajaan.
[2markah]
Isi Tersirat
1. Kempen yang dilaksanakan kurang mendapat perhatian dan sambutan daripada
masyarakat. [2markah]
2. Ibu bapa kurang mengamalkan budaya berbudi bahasa dalam kehidupan seharian.
[2markah]
3. Para pelajar tidak mempraktikkan amalam budi bahasa yang diajarkan oleh guru dalam
kehidupan. [2markah]
Kesimpulan
Kesimpulannya semua pihak perlu mengamalkan budaya budi bahasa dalam kehidupan
agar/supaya masyarakat yang berakhlak mulia dapat diwujudkan. [2markah]
SOALAN 2 – PEMAHAMAN
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:
www.banksoalanspm.com
SULIT
5
Soalan 2(a) : 9 markah
Soalan 2(b) : 9 markah
Soalan 2(c) : 8 markah
Soalan 2(d) : 9 markah
Perhatian bagi soalan 2(a) hingga soalan 2(d)
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh
(50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.
Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman
1. Soalan 2 markah
DESKRIPSI MARKAH
-Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup + ayat gramatis (ICAG) 2
-Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup (IXC, AG) 1
-Jawapan tidak tepat/salah 0
2. Soalan 3 markah
DESKRIPSI MARKAH
-Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis
(ICAG)
3
-Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis (IC, AXG)
-Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis (IXC, AG)
2
2
-Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis (IXC, AXG) 1
-Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan ayat gramatis . 0
3. Soalan 4 markah
www.banksoalanspm.com
SULIT
6
DESKRIPSI MARKAH
-Isi cukup dan relevan dengan tugasan dan ayat gramatis (ICAG) 4
-Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis (IC, AXG) 3
-Isi tidak cukup /kurang relevan tetapi ayat masih gramatis (IXC, AG) 2
-Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis
(IXC, AXG)
1
-Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
(i) Maksud rangkai kata meminggirkan nilai moral ialah mengesampingkan / mengetepikan
unsur-unsur baik [2markah]
(ii) Perkara yang merisaukan rakyat Malaysia dalam konteks amalan budi bahasa :
1) sifat-sifat luhur dan kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan
masyarakat Malaysia semakin terhakis. [1markah]
2) remaja sering dikaitkan dengan gejala sosial [1markah]
3) Perlakuan mereka sudah melanggar adat dan tatasusila yang menjadi norma dalam
masyarakat. [1markah]
4) masyarakat hari ini lebih menekankan aspek meterialisme sekaligus meminggirkan
nilai moral seperti berbudi bahasa. [1markah]
[ mak : 3 markah]
(iii)Pada pendapat saya amalan budi bahasa harus menjadi budaya dalam kalangan
masyarakat kerana :
1) Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia [1markah]
2) Dihormati oleh masyarakat luar [1markah]
3) Mewujudkan keharmonian dalam konteks kehidupan bermasyarakat [1markah]
4) Mewujudkan masyarakat penyayang [1markah]
[mak isi 3= 3markah]
Soalan 2 (b) – Cerpen
(i) Dua tanda yang menunjukkan semangat Pak Husain telah hilang
1) Dia menjadi takut-takut [1 markah]
2) Dia selalu meracau [1 markah]
(ii) Sekiranya saya ialah penulis, tiga tindakan yang akan saya ambil untuk membalas jasa Pak
Husain :
www.banksoalanspm.com
SULIT
7
1) Membawa Pak Husain tinggal bersama [1markah]
2) Menjaga kebajikan Pak Husain [1markah]
3) Berusaha mendapatkan pengiktirafan untul Pak Husain [1markah]
(iii) Satu perwatakan Pak Husain yang terdapat dalam petikan dan satu lagi perwatakan lain
yang terdapat dalam keseluruhan cerpen : 1) perwatakan dalam cerpen
berani, contohnya: Pak Husain berani membohongi tentera Jepun dan menyelamatkan
penduduk kampong [2 markah]
2) perwatakan dalam keseluruhan cerpen
tabah, contohnya: Pak Husain tabah apabila ditugaskan oleh tentera Jepun untuk menanam
mayat penduduk kampong dan tentera yang mati dalam pertempuran [2 markah]
Soalan 2 (c) – Prosa Tradisional
(i) Maksud rangkai kata terjunjunglah di atas batu kepala yang terdapat dalam petikan ialah
menerima tanggungjawab [2markah]
(ii) Dua permintaan Raja Indera Bumaya terhadap Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
1) Agar Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak menangis [1markah]
2) Supaya Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak melukakan hatinya [1markah]
(iii)Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengelak pertumpahan
darah daripada berlaku ialah :
1) Mengadakan perundingan [1markah]
2) Mengamalkan sikap bertolak ansur dan bersangka baik [1markah]
3) Mengelakkan daripada menyinggung perasaan antara satu sama lain [1markah]
Soalan 2 (d) – Sajak
(i) Maksud Dirgahayu bahasaku ialah bahasa Melayu akan terus berkekalan
[2markah]
(ii) Pada pendapat saya bahasa Melayu sukar untuk dimartabatkan di negara kita
kerana :
1) mengagung-agungkan bahasa Inggeris [1markah]
2) tidak percaya kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu [1markah]
3) tidak mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
[1markah]
4) menganggap bahasa Melayu tidak sesuai dijadikan pertuturan utama di peringkat
antarabangsa [1markah]
[mak: 3markah]
(iii) Tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak ini :
1) Kita mestilah gigih memperjuangkan bahasa Melayu agar tidak ketinggalan
zaman.
www.banksoalanspm.com
SULIT
8
Contohnya, Para pelaut gagah belayar untuk menyebarkan bahasa Melayu. [1markah]
2) Kita hendaklah mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat memperjuangkan
bahasa Melayu.
Contohnya, penyajak bangga akan bahasa Melayu [1markah]
3) Kita haruslah kuat semangat supaya segala cabaran dapat ditempuhi dengan
sempurna.
Contohnya, masyarakat gigih memperjuangkan bahasa Melayu hingga terkenal di
seluruh pelosok dunia. [1markah]
SOALAN 3 – PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:
Soalan 3(a) : 6 markah
Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah
Perhatian bagi Soalan 3 (a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul
2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa/ tanda baca daripada
keseluruhan soalan.
3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah
5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi
setiap ayat
7. Jika semua perkataan diguna dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu
ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas tolak ½ markah.
10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah.
www.banksoalanspm.com
SULIT
9
(a) Bina ayat
(i) siku
1. persendian di antara lengan atas dgn lengan bawah;
2. selekoh atau kelok (pd sungai, jalan, dll);
3. ~ dangan (dengan) sj tumbuhan (herba)
siku-siku
1. ~ bedil pangkal atau gagang senapang, popor;
2. siku-siku, sesiku, sj alat berbentuk „L‟ atau „T‟ (utk melukis atau mengukur
sesuatu sudut tepat); b) sj alat segi tiga drpd kayu dll (dan bersudut 90°, 60°, dan 30°
atau 90°, 45°, dan 45° );
(ii) angkut
Mengangkat dan membawa berkali-kali
angkut-angkut
sj lebah dlm famili Eumemidae.
(iii) kuda
1. sejenis binatang
2. daya (kuasa)
3. buah catur
kuda-kuda
1. penyangga papan hitam yang berkaki tiga
2. kayu penyangga tulang bumbung rumah
3. penyangga pada alat bunyian untuk menegangkan kulit
4. pergerakan dalam silat
1 ayat = 1 markah
(b) Menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk
Zamarul : Muis, boleh tak awak ajar saya pasang komputer? [1markah]
Muis : Boleh. [1markah]
Zamarul : Kalau macam tu, sekarang bolehlah awak tuliskan cara-cara untuk
memasangnya [1markah]
Muis : Janganlah awak risau. Saya janji, balik sekolah nanti saya akan ajar awak.
[1markah]
Zamarul : Saya ingin membeli sebuah komputer minggu depan dan ingin memasangnya
sendiri. Awak senaraikanlah komponen-komponen yang diperlukan.
[1markah]
Muis : Bagus tu! Saya berjanji akan datang ke rumah awak. Saya akan ajar awak
cara- cara memasangnya. [1markah]
www.banksoalanspm.com
SULIT
10
atau
“Muis, boleh tak awak ajar saya pasang komputer?” tanya Zamarul kepada Muis. [1markah]
“Boleh,” jawab Muis. [1 markah]
“Kalau macam tu, sekarang bolehlah awak tuliskan cara-cara untuk memasangnya,” kata
Muis. [1markah]
“Janganlah awak risau. Saya janji, balik sekolah nanti saya akan ajar awak,” jawab Muis.
[1markah]
“Saya ingin membeli sebuah komputer minggu depan dan ingin memasangnya sendiri. Awak
senaraikanlah komponen-komponen yang diperlukan,” terang Muis pula. [1markah]
“Bagus tu! Saya akan datang ke rumah awak. Saya akan ajar awak cara-cara memasangnya,”
janji Muis kepada Zamarul [1markah]
(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan
(i) matapelajaran – mata pelajaran [1m] , pemainan – permainan [1m]
(ii) pro-aktif – proaktif [1m] , mentangani – menangani[1m]
(iii) Walau pun – walaupun [1m] , dikata – dikatakan [1m]
(d) Kesalahan istilah dan tatabahasa
(i) banyak perkara-perkara - banyak perkara [1markah]
(ii) menahan - membanteras/mengekang [1markah]
(iii) Pengajaran - Pendidikan [1markah]
(iv) cintakan - cinta akan [1markah]
(v) Sehubungan itu - Sehubungan dengan itu [1markah]
(vi) serbuan - tangkapan [1markah]
1 jawapan betul = 1 markah
(e) Peribahasa
(i) Yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran
(ii) Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna
(iii) Masa itu emas
(iv) Ukur baju di badan sendiri
Mana-mana 3 jawapan - 1 jawapan betul = 2 markah
www.banksoalanspm.com
SULIT
11
Soalan 4
Markah penuh 15 markah
Panduan pemarkahan bagi Soalan 4
(a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.
iii) Beri 2 markah untuk 1 isi- konflik
iv) Markah bagi 2 isi - maksimum 4 markah.
v) Markah bahasa maksimum 3 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih
daripada markah isi.
vi) Markah bahasa diberi seperti berikut:
Baik = 3 markah
Sederhana = 2 markah
Lemah = 1 markah
vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
viii) Calon tidak menjawab = 0 markah.
[Maksimum: 7 markah]
(b) i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.
ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.
iii) Jawapan mesti meliputi sekurang-kurangnya dua pengajaran bagi setiap
novel.
iv) Aspek Pemarkahan – Berikan 2 markah untuk 2 pengajaran bagi setiap
novel
- Berikan 1/2 markah untuk contoh / huraian yang
lengkap / jelas bagi setiap pengajaran
- Maksimum markah setiap isi = 11/2 markah
. [ 4 pengajaran x 11/2 = 6 markah]
www.banksoalanspm.com
SULIT
12
v) Markah isi maksimum = 6 markah
vi) Markah bahasa maksimum = 2 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih
daripada markah isi
vii) Markah bahasa diberi seperti berikut:
Baik = 2 markah
Lemah = 1 markah
viii) Jika calon menjawab dan markah isi = 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
ix) Calon tidak menjawab = 0 markah
[Maksimum: 8 markah]
SOALAN 4 – NOVEL
SKEMA INI HANYA SEBAGAI PANDUAN ASAS KEPADA GURU-GURU.
JAWAPAN CALON YANG SESUAI BOLEH DITERIMA MENGIKUT NOVEL ZON
MASING-MASING
a) Dua konflik dari satu novel
(i) Azfa Hanani karya Hanis Azhan Mohd Hanafiah
-Azfa Hanani sentiasa berfikir tentang masalah yang berlaku pada dirinya yang sentiasa
mengambil buku daripada perpustakaan dengan cara yang salah.
-Azfa Hanani bergaduh dengan abang Muzaffar tentang hubungan Murni dan Akram.
-Azfa Hanani berhadapan dengan rahsianya diketahui oleh Datin Maziah yang akhirnya
mengusir dirinya dari rumah.
(ii) Papa… Akhirnya Kau Tewas Jua karya Deana Yusof
-Konflik hubungan rapat antara pelajar (Aisyah) dengan pensyarah (En Jefri).
-Konflik hubungan Julia dengan Rasylan.
-Konflik kandungan Intan Muliana yang membahayakan kesihatannya.
(iii)Renyah karya Gunawan Mohamad
-Datuk Dolhi beranggapan anak-anaknya menyimpang dari landasan sebenar dan tidak
mahu menolong dalam perniagaan.
-Konflik Tengku Munir yang gagal memperolehi tender.
-Konflik Mukhlis yang menerima gaji RM5.00 setelah seharian bekerja di kilang mi.
(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
-Fuad berhadapan dengan ayah yang disangkanya bapa saudara.
-Bapa saudaranya disangka ayah.
-Konflik Fuad dengan keluarga angkatnya.
(v) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
-Tau mempunyai konflik dalaman yang serius sehingga sanggup mengasingkan diri
selama 20 tahun di dalam hutan.
www.banksoalanspm.com
SULIT
13
-Jennifer menghadapi konflik dalaman kerana terpaksa merahsiakan perihal Malique
sejak sekian lama.
-Jacinta menghadapi konflik dengan ahli kerluarganya kerana tidak bersetuju bapanya
berkahwin lagi setelah kematian ibunya.
(vi) Interlok karya Abdullah Hussain
-Sawah penduduk Tung San diserang belalang.
-Kim Lock terpaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan yang tidak sesuaai dengannya.
-Konflik keluarga Seman terpaksa berpindah setelah kematian ayahnya.
(vii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd Taib Hassan
-Alias yang kurang senang dengan perhubungan Adila dan Bujei.
-Ketika Bujei di tepi tebing sungai konflik berlaku dengan bapa saudaranya.
-Alias juga tidak berpuas hati apabila melihat Adila membawa Bujei ke pekan dan
berlaku pergaduhan.
(viii) Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
-Semasa koma Faridah berhalusinasi berada di Bukit Kutu pada era 1900 .
-Rahayu dan Faridah mengalami konflik dalaman apabila dipisahkan sejak mereka
berusia 7 tahun.
-Salmah mengalami konflik dalaman apabila begitu merindui Rahayu.
b) Dua pengajaran dari setiap novel
(i) Azfa Hanani karya Hanis Azhan Mohd Hanafiah
-Kita perlulah membantu orang yang dalam kesusaha. Contohnya Tengku Mazran
serta keluarganya membantu Zuraini menjalani perubatan di Indonesia.
-Kita perlulah jujur dalam semua tindakan yang dilakukan. Contohnya Azfa Hanani
sepatutnya jujur dalam menyatakan masalahnya.
(ii) Papa… Akhirnya Kau Tewas Jua karya Deana Yusof
-Kita mestilah menyayangi ahli keluarga. Contohnya Julia memberi keizinan kepada
Papa untuk berkahwin lagi.
-Kita hendaklah bersabar menghadapi segala cubaan. Contohnya kesabaran yang
ditunjukkan oleh Papa dalam menghadapi musibah yang menimpa.
(iii)Renyah karya Gunawan Mohamad
-Kita hendaklah berusaha gigih agar meperoleh kejayaan. Contohnya kegigihan
Datuk Dolhi menguruskan perniagaan.
-Kita perlu amanah dalam menjalankan tugas. Contohnya Datuk Dolhi tidak
menggunakan wang syarikat untuk kepentingan peribadi.
(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
-Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya Mak Salmah telah
memaafkan kesalahan Fuad.
www.banksoalanspm.com
SULIT
14
-Kita mestilah memohon maaf setelah melakukan kesilapan. Contohnya Robert Lim
memohon maaf daripada Mak Salmah dan Pak Ismail yang menyebabkan mereka
kehilangan Sofia.
(v) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
-Kita mestilah memberikan kasih sayang kepada ahli keluarga. Contohnya Prof.
Zaidah amat menyayangi Amira.
-Kita hendaklah menghargai alam sekitar. Contohnya Tau berusaha mempertahankan
kampungnya di Bukit Mat Raya daripada diceroboh pencuri gali emas dan pembalak
(vi) Interlok karya Abdullah Hussain
-Kita hendaklah gigih berusaha jika ingin berjaya. Contohnya Lee Kim Lock dan
Maniam begitu gigih mencari rezeki di perantauan.
-Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Contohnya
Maniam tetap menunaikan tanggungjawab kepada isterinya walaupun berada jauh di
perantauan.
(vii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd Taib Hassan
-Kita haruslah membantu golongan yang tidak bernasib baik. Contohnya Adila yakin
dengan membantu memulihkan Bujei kembali normal.
-Kita mestilah ikhlas dan saling membantu antara satu sama lain. Contohnya Adila
ikhlas membantu Sahak yang terlibat dalam kemalangan walaupun tidak mengenali
Sahak.
(viii) Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
-Kita hendaklah rajin menuntut ilmu. Contohnya Rahayu dan Azrul sangat rajin dan
tekun ketika menuntut ilmu di UPM.
-Kita hendaklah mengamalkan semangat berkerjasama. Contohnya kehilangan
Faridah telah mendapat kerjasama dari pelbagai pihak untuk berusaha mencarinya.
PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT
www.banksoalanspm.com
top related