tingkatkan jualan menggunakan fb page insights · hide, report as spam, and unlikes “hide...
Post on 25-Oct-2019
14 Views
Preview:
TRANSCRIPT
2018
ABDUL SHOKOR ABD TALIB
eUsahawanILPKL
9/17/2018
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
1
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
BAB 1 PAGE INSIGHTS 4
PENGENALAN 4
BAGAIMANA UNTUK AKSES FACEBOOK INSIGHT 5
BAB 2 OVERVIEW: GAMBARAN KESELURUHAN 7
PENGENALAN 7
PAGE SUMMARY 7
YOUR 5 MOST RECENT POSTS 8
PAGES TO WATCH 9
BAB 3 LIKES :DARI MANA LIKE BERASAL 10
PENGENALAN 10
TOTAL PAGE LIKES AS OF TODAY 10
NET LIKES 11
WHERE YOUR PAGE LIKES HAPPENED 11
BAB 4 REACH: BERAPA RAMAI ORANG YANG
MELIHAT POST 12
PENGENALAN 12
POST REACH 12
REACTIONS, COMMENTS, AND SHARES 13
REACTIONS 13
HIDE, REPORT AS SPAM, AND UNLIKES 13
TOTAL REACH 14
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
2
BAB 5 PAGE VIEWS: SIAPA YANG MELIHAT PAGE ANDA 15
PENGENALAN 15
TOTAL VIEWS 15
TOTAL PEOPLE WHO VIEWED 16
TOP SOURCES 16
BAB 6 ACTIONS ON PAGE: APA YANG ORANG
BUAT DI PAGE ANDA 17
PENGENALAN 17
TOTAL ACTIONS ON PAGE 17
PEOPLE WHO CLICKED ACTION BUTTON
/ GET DIRECTIONS / PHONE NUMBER / WEBSITE 18
BAB 7 POSTS: BAGAIMANA PRESTASI POST ANDA 19
PENGENALAN 19
WHEN YOUR FANS ARE ONLINE 19
POST TYPES 20
ALL POSTS PUBLISHED 20
BAB 8 EVENTS: MENGUKUR KEBERKESANAN ACARA 21
PENGENALAN 21
EVENTS STATS (AWARENESS / ENGAGEMENT / TICKETS) 21
UPCOMING / PAST 22
BAB 9 VIDEOS:BAGAIMANA PRESTASI VIDEO ANDA 23
PENGENALAN 23
VIDEO VIEWS 23
10-SECOND VIEWS 24
TOP VIDEOS 24
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
3
BAB 10PEOPLE:SIAPA LIKE, LIHAT, ATAU BERINTERAKSI
DI FANPAGE 25
PENGENALAN 25
YOUR FANS 25
PEOPLE REACHED / PEOPLE ENGAGED 25
RUJUKAN 26
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
4
BAB 1
PAGE INSIGHTS
PENGENALAN
Facebook Page Insight adalah alat yang diperkenalkan oleh Facebook untuk
menjejaki interaksi pengguna di Facebook fanpage. Facebook fanpage Insight boleh
dilihat oleh semua pentadbir halaman dan ini dapat membantu pentadbir halaman
menjejaki bilangan pengguna aktif untuk lebih memahami prestasi halaman.
Dengan Facebook fanpage Insight, anda boleh:
Memahami prestasi Facebook fanpage anda;
Mengenal pasti Kandungan yang menarik minat pengunjung; dan
Mengoptimumkan kandungan fanpage supaya pengunjung memberitahu rakan
mereka mengenai fanpage anda.
Maklumat dari Facebook fanpage Insight boleh digunakan untuk memilih
masa dan hari terbaik untuk menyiarkan sesuatu post dan menentukan jenis
kandungan yang paling menarik minat kumpulan sasar anda. Data di dalam
Facebook fanpage Insight akan sentiasa dikemas kini, dari itu kajian berterusan perlu
dilakukan untuk melihat pola semasa.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
5
BAGAIMANA UNTUK AKSES FACEBOOK INSIGHT
1. Klik Insight pada tab di sebelah atas Facebook fanpage.
2. Papan pemuka Facebook fanpage Insight (dashboard) akan terbuka bahagian
ini dikenali sebagai laman gambaran keseluruhan (overview). Anda akan dapat
melihat jumlah Like (sama ada semakin meningkat atau berkurangan),
bilangan peminat atau fan yang mengikuti fanpage anda (ini adalah jumlah
pembaca yang akan dapat melihat pos anda), bilangan orang yang berinteraksi
secara aktif di fanpage anda dan bilangan orang yang telah melihat post anda
dalam masa 7 hari lepas.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
6
Anda boleh menilai Insight data melalui dashboard atau mengeksport data
tersebut ke dalam bentuk excel dengan menggunakan butang “Export” di sebelah
kanan atas. Apabila butang “Export” ditekan, sebuah dialog box akan terpapar dan
anda boleh memilih:
Julat tarikh data yang ingin anda lihat mengenai page anda;
Bentuk fail yang hendak dimuat turun sama ada dalam bentuk Excel atau CSV;
Jenis data yang ingin dilihat; “Page data” untuk melihat data terkumpul atau
“Post data” data mengenai setiap post di dalam fanpage.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
7
BAB 2
OVERVIEW: GAMBARAN KESELURUHAN ()
PENGENALAN
Maklumat dari bahagian ini boleh digunakan untuk menilai prestasi
keseluruhan fanpage anda. Overview terbahagi kepada 3 pecahan iaitu Page
Summary, Your 5 Most Recent Posts dan Pages to Watch
PAGE SUMMARY
Page summary menunjukkan metric utama di dalam fanpages anda dalam
masa 7 hari, data yang dipaparkan ialah Page Likes, Post Engagement, and Reach.
Metric ialah penelitian yang terperinci dan sistematik tentang pola atau corak.
Bahagian ini turut memaparkan peratus perubahan berbanding tempoh masa
sebelumnya.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
8
Bahagian ini penting untuk mendapatkan penilaian cepat berkaitan prestasi
Facebook fanpage. Sebagai contoh untuk mengembangkan pengikut anda boleh
menumpukan kepada Page like dan Reach. Jika ada menggunakan video untuk
membuat hubungan (engagement), anda boleh melihat pada data video view dan post
engagement.
YOUR 5 MOST RECENT POSTS
Anda juga boleh melihat prestasi 5 post terakhir yang anda hantar. Bahagian
ini menunjukkan maklumat penting berkaitan lima post terakhir, maklumat yang
dipaparkan terdiri dari tarikh dan masa, post caption, jenis post, targeting, reach, and
engagement.
Maklumat dari bahagian ini boleh digunakan untuk menilai prestasi sesuatu
post dan jenis post yang beraksi dengan baik kebelakangan ini.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
9
PAGES TO WATCH
Memerhatikan bagaimana fanpage yang mempunyai persamaan dengan
fanpage anda beraksi. Bahagian ini memaparkan senarai fanpage yang memaparkan
jenis post yang sama. Bahagian ini membenarkan anda membuat perbandingan
prestasi fanpage anda dengan page lain yang memaparkan kandungan post yang
sama.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
10
BAB 3
LIKES :DARI MANA LIKE BERASAL
PENGENALAN
Tab Like bukan sekadar memberitahu jumlah Like yang diterima oleh
fanpage anda. Tab Like menunjukkan maklumat perkembangan, purata dan punca
Like. Bahagian ini terbahagi kepada 3 pecahan iaitu Total Page Likes as of Today,
Net Likes dan Where Your Page Likes Happened
TOTAL PAGE LIKES AS OF TODAY
Graf ini menunjukkan trend keseluruhan Like untuk fanpage anda. Jika graf
berada di dalam keadaan mendatar atau menurun , kajian perlu dilakukan untuk
mengenal pasti punca penurunan tersebut.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
11
NET LIKES
Graf ini membekalkan data mengenai kadar pertambahan Like secara harian.
Data dipecahkan kepada dua bahagian iaitu organik atau berbayar. Bahagian ini turut
menyenaraikan jumlah Unlike yang diterima oleh fanpage anda. Selain dari
bergembira dengan jumlah Like perhatikan juga jumlah Unlike.
WHERE YOUR PAGE LIKES HAPPENED
Graf ini memberitahu sumber fanpage Like seperti secara terus dari fanpage
anda, iklan atau dari fungsi Page suggestion yang disediakan oleh Facebook.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
12
BAB 4
REACH: BERAPA RAMAI ORANG YANG MELIHAT POST
PENGENALAN
Tab Reach membekalkan data mengenai bilangan orang yang melihat post yang anda
siarkan dan faktor-faktor yang meningkatkan atau mengurangkan jangkauan (reach)
post anda. Bahagian ini terbahagi kepada 5 pecahan iaitu Post Reach, Reactions,
Comments and Shares, Reactions, Hide, Report as Spam, and Unlikes dan Total
Reach.
POST REACH
Graf ini menunjukkan bilangan orang unik yang telah melihat post anda sama ada
secara organik atau berbayar.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
13
REACTIONS, COMMENTS, AND SHARES
Apabila sesuatu post menerima tindak balas, Facebook akan menghantar post
tersebut kepada lebih ramai orang, tindak balas yang tinggi menunjukkan post
tersebut mendapat perhatian orang. Lebih tinggi tindak balas lebih tinggi reach.
REACTIONS
Carta ini hanya akan terhasil apabila terdapat banyak tindak balas diterima oleh
sesuatu post.
HIDE, REPORT AS SPAM, AND UNLIKES
“Hide Posts”, “Hide All Posts”, “Report as Spam”, and “Unlike Page” merupakan
maklumbalas negatif. Ini adalah cara pengguna memberitahu mereka tidak suka
melihat sesuatu post. Facebook akan mengecilkan jumlah bilangan orang yang
menerina post tersebut.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
14
TOTAL REACH
Total reach merujuk kepada bilangan orang yang membuat sebarang aktiviti di
fanpage anda seperti melihat post, menghantar post ke fanpage anda, melihat iklan,
menyebut nama anda dan check-ins.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
15
BAB 5
PAGE VIEWS:SIAPA YANG MELIHAT PAGE ANDA
PENGENALAN
Bahagian ini mengandungi maklumat berikut; Total Views, Total People Who
Viewed dan Top Sources.
TOTAL VIEWS
Total views ialah bilangan orang yang melihat post di fanpage anda. Jika orang yang
sama melawat fanpage anda sebanyak 2 kali, ia akan dikira sebagai 2 view.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
16
TOTAL PEOPLE WHO VIEWED
Total people who viewed ialah jumlah orang yang melihat fanpage anda. Jika orang
yang sama melihat fanpage anda sebanyak 2 kali, ia hanya akan dikira sekali sahaja.
TOP SOURCES
Graf ini menunjukkan lima sumber trafik tertinggi yang membawa orang ke fanpage
anda Maklumat ini penting untuk menentukan strategi untuk meningkatkan trafik.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
17
BAB 6
ACTIONS ON PAGE: APA YANG ORANG BUAT DI PAGE ANDA
PENGENALAN
Tab Actions on Page membekalkan data tindakan yang dilakukan oleh orang
lain di fanpage anda. Tindakan ini bermaksud mengetik butang “Get Directions”,
“Phone Number” dan “Website”.
TOTAL ACTIONS ON PAGE
Total action on page merekodkan kekerapan butang “Get Direction”, “Phone
Number” dan “Website” yang terdapat di fanpage di klik oleh pengunjung fanpage.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
18
PEOPLE WHO CLICKED ACTION BUTTON / GET DIRECTIONS / PHONE
NUMBER / WEBSITE
Graf ini menunjukkan bilangan orang yang melakukan salah satu daripada
aktiviti di atas.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
19
BAB 7
POSTS: BAGAIMANA PRESTASI POST ANDA
PENGENALAN
Tab post mengandungi semua maklumat berkaitan post yang telah dihantar
seperti jumlah reach dan engagement. Anda juga boleh membuat iklan melalui Fb
Ads dari tab ini. Bahagian ini terbahagi kepada dua pecahan iaitu When Your Fans
Are Online / Post Types / Top Posts from Pages You Watch dan All Posts Published.
WHEN YOUR FANS ARE ONLINE
Bahagian ini membekalkan maklumat mengenai hari dan masa fan anda aktif
di Facebook. Data ini boleh digunakan untuk menghantar post untuk mendapatkan
reach dan impression yang maksimum.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
20
POST TYPES
Bahagian ini membekalkan data jenis post yang mendapat perhatian tertinggi
dari pelawat fanpage anda.
ALL POSTS PUBLISHED
Data ini menunjukkan semua post yang telah diterbitkan di fanpage anda.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
21
BAB 8
EVENTS:MENGUKUR KEBERKESANAN ACARA
PENGENALAN
Bahagian ini menyenaraikan dan mengukur respon terhadap pengumuman
acara yang dibuat di fanpage. Ia terbahagi kepada dua iaitu Events Stats (Awareness /
Engagement / Tickets / Audience) dan Upcoming / Past.
EVENTS STATS (AWARENESS / ENGAGEMENT / TICKETS)
Data di dalam bahagian ini dipecahkan mengikut jenis acara yang dijalankan
seperti di bawah:
Awareness:
People Reached
Event Page Views
Engagement:
People Who Responded
Event Actions
Tickets:
Clicks on Buy Tickets
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
22
UPCOMING / PAST
Menyenaraikan semua pengumuman event yang pernah dibuat melalui
fanpage.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
23
BAB 9
VIDEOS:BAGAIMANA PRESTASI VIDEO ANDA
PENGENALAN
Bahagian ini memaparkan prestasi video yang anda siarkan di fanpage anda.
Maklumat ini dipecahkan kepada Organic vs Paid, Unique vs Repeat dan Auto-
Played vs Clicked-to-Play. Data dibahagikan kepada 3 pecahan iaitu Video Views
10-Second Views dan Top Videos.
VIDEO VIEWS
Menunjukkan jumlah tontonan video.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
24
10-SECOND VIEWS
Data ini menunjukkan jumlah pelawat yang menonton video selama 10 saat
atau lebih.
TOP VIDEOS
Data ini menunjukkan video yang mencatatkan jumlah penonton tertinggi.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
25
BAB 10
PEOPLE:SIAPA LIKE, LIHAT, ATAU BERINTERAKSI DI FANPAGE
PENGENALAN
Tab people memaparkan maklumat orang yang like fanpage anda, melihat
post atau berinteraksi dengan post atau fanpage anda. Data di bahagian ini terbahagi
kepada your fan dan People Reached / People Engaged.
YOUR FANS
Fan ialah orang yang Like fanpage anda. Data ini dipecahkan mengikut umur,
jantina, lokasi dan bahasa. Data ini boleh digunakan untuk membuat segmentasi.
PEOPLE REACHED / PEOPLE ENGAGED
People Reached / People Engaged ialah orang yang berinteraksi atau melihat
post anda dalam masa 28 hari yang lepas.
Tingkatkan jualan menggunakan Fb Page Insights https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
26
RUJUKAN
Alfred Lua. (2017). The Beginner’s Guide to Facebook Insights (Actionable Tips
Included). Retrieved September 19, 2018, from
https://blog.bufferapp.com/facebook-insights#page-views
Facebook. (2018). Facebook Page Insights | Facebook for Business. Retrieved
September 19, 2018, from https://www.facebook.com/business/a/page/page-insights
top related