tradisi penulisan kitab sharah dalam kerangka aqidah asha’irah rujukan khusus kepada kitab-kitab...
Post on 09-Feb-2016
117 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN II
(PEMIKIR II)
“Al-Asha`irah dan Cabaran Mutakhir”
20-22 Julai 2010 Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya Kuala Lumpur
TRADISI PENULISAN KITAB SHARAH DALAM
KERANGKA AQIDAH ASHA’IRAH: RUJUKAN KHUSUS
KEPADA KITAB-KITAB SYARAH MELAYU
Che’ Razi Jusoh
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
1
TRADISI PENULISAN KITAB SHARAH DALAM KERANGKA
ÑAQIDAH ASHA’IRAH: RUJUKAN KHUSUS KEPADA KITAB-
KITAB SYARAH MELAYU
Oleh :
Che’ Razi Jusoh
ABSTRAK
Umum mengetahui bahawa pendekatan tauhid al-Maturidi merupakan
antara yang terawal menjengah ke alam Melayu dengan penemuan
manuskrip terjemahan Melayu karya Abu Hafs Umar al-Nasafi
(m.537/1142), al-‘Aqa’id al-Nasafiyah (998/1590) pada abad ke 16
Masihi. Fakta ini diperkuatkan dengan adanya manuskrip karangan
ulama tersohor abad ke 17 Masihi Sheikh Nur al-Din al-Raniri
(1069/1658) yang mensyarahkan karya tersebut dalam bahasa Melayu
dengan judul Durrat al-Fara’id bi Sharh al-‘Aqa’id (1040/1630).
Namun, tiada ditemui karya-karya yang signifikan dalam bahasa
Melayu yang mengemukakan huraian lebih lanjut terhadap aqidah al-
Maturidi tersebut kecuali karya-karya berbahasa Arab yang datang
pada abad ke 18 dan 19 Masihi. Hal ini berbeza dengan tradisi tauhid
al-Ash’ari yang begitu mendapat tempat di kalangan umat Melayu
sehingga ke hari ini. Berdasarkan tarikh kitab syarah Melayu ke atas
teks Umm al-Barahin karangan Sheikh Yusuf al-Sanusi (m. 895/1490)
Syeikh Muhammad Zayn al-Ashi (Acheh) yang berjodol Bidayat al-
Hidayah (1170/1756) didapati ia merupakan antara yang terawal
membahaskan Sifat-Sifat Allah mengikut kerangka al-Asha’ari. Bertitik
tolak dari karangan Muhammad Zayn al-Ashi inilah lahirnya puluhan
karya-karya syarah Melayu yang lain yang ditulis oleh alim ulama
Melayu seperti Dawud al-Fatani, Ahmad al-Fatani, Ismail al-Fatani,
Abdul Samad al-Falimbani, Azhari al-Falimbani, Zayn al-Din al-
Sumbawi, Wan Ali Kutan al-Kalantani dan lain-lain yang mewarnai
arus tawhid kerangka al-Ash’ari. Justeru, kertas kerja ini akan cuba
mengupas tentang tradisi penulisan syarah kitab-kitab tersebut dalam
mengembang dan memperkuatkan aliran al-Asha’irah sehingga
menapak sebagai pendekatan aqidah arus perdana selama hampir lima
ratus tahun di rantau ini.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
2
PENDAHULUAN
Madhhab Ahl al-Sunnat wa al-JamÉÑah1 telah diterima pakai sebagai pendekatan arus
perdana oleh umat Islam di dunia Melayu semenjak ratusan tahun dahulu. Biarpun ada
sesetengah pihak mengatakan bahawa aliran selain dari ahl al-Sunnah wa al-JamÉÑah
seperti Syi’ah pernah mendapat tempat di kalangan umat Islam di sekitar abad ke tiga
Hijrah (225H/840M)2, namun pandangan tersebut ditolak oleh ramai sarjana termasuklah
pemikir ulung ×ajÊ ÑAbdul Malik KarÊm Amrullah yang lebih dikenali sebagai Hamka
dengan hujah-hujah yang antaranya; penggunaan gelaran al-Malik oleh raja-raja awal di
Samudera Pasai seperti al-Malik al-Úahir menyamai Raja yang memerintah Damaskus
dari tahun 1237-1238 iaitu al-Malik al-ØoleÍ Ismail; dari segi pengamalan madhhab pula,
raja-raja yang menggunakan gelaran al-Malik baik di Mesir mahupun di Damaskus
bermadhhab SyÉfiÑÊ, bahkan, ØalaÍuddin al-AyubÊ yang dikenali dengan panggilan al-
Malik al-Nasir dan keturunannya juga mengikut madhahb al-SyÉfiÑÊ. Dari segi
penggunaan bahasa juga menunjukkan pengaruh Arab amat besar di mana bahasa yang
digunakan oleh pendakwah-pendakwah Arab pula adalah bahasa Arab dan bahkan kalau
kita amat-amati nama-nama yang diguna pakai oleh masyarakat Melayu selepas
kedatangan Islam lebih berupa nama-nama yang digunakan oleh orang Arab dan
bukannya seperti nama orang-orang Parsi dan banyak lagi bukti-bukti lain yang tidak
sempat kita utarakan di sini. Walau bagaimanapun, suatu perkara penting perlu difahami
oleh semua bahawa kewujudan sejumlah kitab-kitab yang membincangkan aliran al-
Sunnat wa al-JamÉÑah yang ditulis oleh para alim ulama dari zaman al-RÉnÊrÊ sehingga
kini menjadi asas yang sangat penting kepada dakwaan di atas.
Polemik tentang pengaruh aliran pemikiran, madhhab, bangsa yang membawa
Islam ke dunia Melayu dan tarikh Islam secara rasminya tiba adalah sangat luas dan tidak
mampu dihuraikan dalam kertas kerja yang ringkas ini. Justeru, pembentangan ini hanya
akan ditumpukan kepada tradisi penulisan kitab syarah dalam kerangka ÑaqÊdah
1 Perbincangan lebih lanjut tentang siapakah Ahl al-Sunnat wa al-JamÉ’ah, sila rujuk Engku Ahmad Zaki
bin Engku Alwi (2007)‚ Definisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah : Satu Analisis‛. Jurnal Usuluddin, Bil 25,
125-143. 2 Sila lihat Mahayudin Haji Yahaya (1994) Naskhah Jawi Sejarah dan Teks Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, ms 4-6; untuk keterangan yang lebih mendalam lihat, Prof. A. Hasymy (1993) Sejarah
Masuknya dan Berkembangnya Islam di Indonesia. Pt. Alma’arif, 151-158.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
3
AshÉ’irah, namun pada masa yang sama secara langsung dan tidak langsung persoalan
yang bersangkutan dengan penulisan sastera kitab ini akan juga disentuh.
PENGENALAN RINGKAS TRADISI SYARAH DALAM ISLÓM
Sudah menjadi sesuatu yang lumrah dalam tradisi Islam bahawa setiap istilah dan
pernyataan yang membawa kepada sesuatu faham yang diprojekkan dalam Islam mestilah
dahulu diperhalusi dan dikaji penggunaannya di dalam sumber-sumber asasi al-Qur’an
dan al-Hadith. Hakikatnya, lebih signifikan penggunaan sesuatu kata kunci terhadap
sesuatu faham maka lebih banyaklah sumber-sumber yang mendokong istilah tersebut.
Istilah ‚sharÍ‛ dalam bahasa Arab atau dalam sebutan bahasa melayunya syarah3 secara
umumnya tidak mendokong satu faham asasi yang terlalu sarat sepertimana istilah-istilah
yang menjadi kata kunci utama dalam Islam seperti kalimah Allah, ÊmÉn, IslÉm, IÍsÉn,
Nabiy, dan lain-lain yang mendasari pembinaan pandangan hidup Islam4. Kalimah sharÍ
dalam bahasa Arab telah diterjemahkan secara umum ke dalam bahasa Inggeris sebagai
‚commentary‛ dan ‚huraian‛ di dalam Bahasa Melayu berupa kata nama yang bila
dirujuk dalam bahasa Melayu membawa kepada pengertian suatu dapatan akibat
berlangsungnya suatu aktiviti seperti perkataan ‚buku‛ (kitab) dalam bahasa Arab yang
terhasil dari aktiviti penulisan iaitu berasal dari kata dasar ‚kataba, yaktubu, uktub
wahuwa kitabun‛. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama sharÍ juga berupa kata
kerja yang membawa pengertian kepada sesuati aktiviti penerangan terhadap sesuatu
sama ada dalam bentuk penulisan atau sekadar lisan seperti menyampaikan ceramah atau
memberikan kuliah atau sebarang bentuk yang membawa kepada menyampaikan makna
terhadap sesuatu
3 Kalimat “sharÍ” di sini merujuk perkataan asal dalam bahasa Arab, manakala perkataan ‚syarah‛ pula
dalam bahasa Melayu yang juga menggunakan kata pinjaman ini untuk merujuk perkara yang sama. 4 Keperluan kepada pemahaman yang tepat terhadap istilah-istilah utama dalam Islam telah diperjelaskan
oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam beberapa karya beliau seperti ; S.M.N. al-Attas (1978), Islam
and Secularism. Kuala Lumpur: ISTAC. ms51-78, 149-155; idem, (1995) The Prolegomena to the
Metaphysics of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC ms 17-2, 29-36,; idem, (1986), A Commentary on the Hujjat
al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri. Kuala Lumpur: Ministry of Culture, Malaysia.,ms. 161, 289,291. Juga
boleh dirujuk pandangan Izutsu yang menggunakan analisa semantic dalam mengaplikasikan data-data
dalam al-Qur’an, lihat ; Toshihiko Izutsu (1966), Ethico-Religious Concepts in the Qur’an. Montreal:
McGill University Press. Dan lihat juga perbincangan lebih luas dalam God and Man in the Qur’an
Semantics of the Qur’anic Weltaschauung. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust, (2002)
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
4
Umumnya sharÍ memberi erti penerangan atau penghuraian dan ia terbahagi
kepada dua bahagian; sharÍ lisan dan sharÍ bertulis. Pada awal Islam sharÍ lisan sudah
dipraktikkan oleh baginda Rasulullah sallalahu’alaihiwasallam dan para sahabat sebelum
kesemua bidang ilmu sedikit demi sedikit berkembang dan akhirnya menjurus kepada
penulisan.
Kunci asas kepada tradisi syarah ini ialah penerangan (explanation), penghuraian
(elaboration) penjelasan (elucidation) dan pembukaan atau peluasan (expansion)
terhadap sesuatu idea atau faham. Pra-syarat kepada syarah adalah ilmu yang bertindak
sebagai bahan mentah di mana syarah akan memainkan peranan sebagai bahan penengah
yang akan memproses bahan mentah tadi untuk menjadi satu hasil yang difahami. Syarah
tidak akan wujud sekiranya tiada ada apa yang ingin dihuraikan atau dengan kata lain
syarah memainkan peranan yang sangat penting selepas sesuatu ilmu itu dicurahkan.
Sekurang-kurangnya terdapat tiga bahagian akan terlibat dalam kedua-dua bentuk
syarah sama ada lisan atau tulisan. Adapun syarah lisan ia terdiri daripada pensyarah atau
penutur, isi yang ingin disyarahkan atau idea dan pendengar atau khalayak. Namun dalam
kes syarah tulisan lebih banyak pihak terlibat iaitu penulisan asal (mu’allif), teks (matan),
pensyarah (shÉrih berganda shurrÉÍ), syarahan (sharÍ) dan juga pembaca.
Sejarah mencatatkan bahawa apabila RasËlullah ØallalÉhu’alaihiwasallam
menyampaikan ajaran Islam, kata-kata yang diungkapkan baginda terus diangap sebagai
teks yang mana kemudiannya diriwayatkan oleh para perawi sebelum direkodkan di
dalam kitab-kitab ×adith. Begitu juga dengan perbuatan baginda bahkan takrir atau gerak
diam Nabi tanpa suara juga diriwayatkan dan direkodkan dalam kitab-kitab ×adith.
Hanya sanya yang membezakan di antara ungkapan yang dipertuturkan (aqwÉl) baginda
ØallalÉhu’alaihiwasallam dengan perbuatannya (afÑÉl) dan gerak diam tanpa suara
(takrÊr) bolehlah dikatakan bahawa kata-kata yang diringi dengan gerak diam baginda
melibatkan dua pancaindera iaitu penglihatan – menyaksikan kejadian yang berlaku – dan
pendengaran yang mana mereka mendengar suara baginda. Namun, dalam soal takrir apa
yang difaham adalah para sahabat hanya menyaksikan peristiwa yang berlaku kepada
Nabi dan mereka kemudian merakamkannya berasaskan apa yang disaksikan tetapi tidak
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
5
melibatkan pendengaran. Dari segi keabsahan sesuatu ×adith ia tidak bergantung kepada
lebih atau kurangnya pancaindera yang terlibat tetapi sebaliknya bergantung kepada
rantaian periwayat dan teks yang diriwayatkan. Dalam soal periwayatan dan penerimaan
berita dan maklumat, Allah berfirman di dalam al-Qur’Én;
‚ Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang
yang fasiq membawa satu berita, maka selidikilah dengan teliti agar
kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada satu kaum tanpa
mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas
perbuatanmu itu‛5.
Apa yang tersirat daripada ayat di atas jelas menunjukkan bahawa dalam setiap
proses penyampaian ilmu dan maklumat baik berupa lisan ataupun tulisan, kesemua
pihak perlu berhati-hati termasuklah penyampai maklumat (messenger) atau penulis, teks,
penerima atau pembaca dan masyarakat yang terkesan dari mesej tersebut. Allah telah
memberikan amaran kepada umat Islam agar berhati-hati terhadap orang yang berniat
jahat dan pada masa yang sama mempastikan kesahihan berita yang dibawa
memandangkan tiada siapa yang tahu sama ada penyampai berita itu baik atau jahat.
Peristiwa berlaku pada zaman RasËlullah ØallalÉhu’alaihiwasallam telah membawa
kepada satu pembinaan satu kerangka yang utuh dalam proses penyebaran berita ataupun
dalam skop yang lebih luas terhadap ilmu itu sendiri. Keperluan dalam mempastikan
keabsahan sumber ilmu adalah lebih tinggi sebaik berakhirnya wahyu diturunkan,
memandangkan tiada siapa yang tahu hakikat status penyampai berita mahupun
kandungan berita yang ingin disampaikannya itu. Justeru, sebarang cebisan berita,
maklumat ataupun ilmu yang ingin disampaikan, disebarkan perlulah dilakukan dengan
sebaik-baik cara agar ia mencapai tujuannya yang hakiki. Kegagalan dalam mengikuti
system yang telah digariskan oleh para ulama, ilmuwan dan pemikir Islam bukan sahaja
membawa malapetaka kepada ilmu itu sendiri bahkan yang lebih buruk mencipta bencana
kepada ummah.
Di antara prinsip-prinsip utama yang diamalkan di dalam Islam berhubung dengan
penyebaran ilmu adalah ketulinan teks (matn). Kita beriman bahawa teks yang paling
5 Al-Qur’Én, ØËrat al-×ujurÉt (49:6)
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
6
penting dalam Islam ialah al-Qur’Én yang diisytiharkan Allah bahawa Dialah yang
menurunkan al-Qur’Én dan Dialah jua yang menjaganya6; Yang tidak datang kepadanya
kebatilan baik dari hadapan atau belakang, yang diturunkan dari Tuhan Yang Maha
Bijaksana lagi Maha Terpuji7; Sebagai petunjuk yang benar
8 yang membezakan diantara
yang haq dan yang batil9, dan yang paling baik penjelasannya (ahsana tafsira)
10.
Kedua selepas al-Qur’an ialah Hadith Nabi ØallalÉhu’alaihiwasallam yang secara
dasarnya disebarkan menggunakan metodologi yang hampir sama dengan al-Qur’Én dari
generasi ke generasi menerus untuk menjaga ketulinannya cuma mungkin yang
membezakannya proses pengumpulan al-Qur’an dibuat secara terbuka kerana di
peringkat awal penurunan al-Qur’an lagi ianya dicatat oleh tukang-tukang tulis tetapi
tidak berlaku demikian kepada ×adith. Manhaj isnad11
yang digunapakai semenjak dari
generasi yang pertama telah berjaya mempertahankan isi kandungan teks hadith yang
perlu disampaikan kepada ummat.
Kewajiban menyampaikan berita tentang kebenaran agama Islam yang terkandung
di dalam al-Qur’Én dan ×adith terpikul di atas bahu semua orang Islam dan ia boleh
dilakukan secara persendirian ataupun berjama’ah sebagaimana Allah mengingatkan
dengan firmanNya;
‚ dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru
kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari
yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung‛ 12
.
6 ØËrat al-Hijr (15:9)
7 ØËrat al-FuÎÎilat (41:42)
8 ØËrat al-Óli Imran (3:72)
9 ØËrat al-Ùariq (86:13)
10 ØËrat al-FurqÉn (25:33)
11 Menurut bahasa Sanad atau Isnad adalah sesuatu yang terangkat dan meninggi dari lereng gunung.
Menurut istilah pula adalah penjelasan tentang jalan (rangkaian periwayat) yang menyampaikan kita kepada hadits itu sendiri. Sanad berperanan sebagai sandaran dan hujjah kepada para muhaddithīn dalam
memberikan penilaian hukum terhadap hadis, apakah ia hadis shahīh, hasan atau dhaīf. Perbahasan tentang
keperluan manhaj isnad atai periwayatan ini juga diaplikasikan dalam ilmu-ilmu Islam yang lain, sila rujuk;
Mohd Zaidi Abdulah (2000) Pegangan Sejati Ahli Sunnah wal-Jamaah Suatu Keluhuran dan Kemurnian
Pegangan Hidup. Kuala Lumpur: Syathariyah Niagajaya Sdn Bhd, 2-3.
12
ØËrat Óli-ÑImrÉn (3:104)
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
7
Maka berasaskan kepada kepentingan menyampaikan ajaran Islam sebagaimana
yang diamanahkan Allah kepada ummah yang dimulakan oleh penghulu kita Nabi
Muhamamd salllahu’alaihiwasallam bertali-temaliah usaha ini dilakukakn oleh
pengikutnya sehingga kiamat menyampaikannya menerusi pelbagai cara termasuklah
tradisi syarah yang menjadi perbincangan utama di dalam kertas kerja ini.
TRADISI SYARAH MELAYU
Berasaskan kepada fahaman bahawa madhab Ahl-Sunnat wa al-JamÉÑah telah sekian
lama menjadi arus perdana kepada umat Islam di dunia Melayu ini maka dalam bidang
ÑaqÊdah telah diperakui bahawa aliran tauhid al-AshÑarÊ dan al-MÉturÊdÊ sahaja diperakui
sah di sisi ahl al-Sunnah. Menariknya, kedua-dua aliran ini telah diiktiraf dalam sejarah
perkembangan ilmu Islam dirantau ini sebagai satu aliran pertengahan (waÎatiyah) yang
unik dan mampu mengharmonikan pemikiran, pengamalan dan halatuju umat Islam
sehingga ke hari ini, walaupun tidak dinafikan timbulnya gugatan-gugatan yang mencoba
mencarik kesatuan yang telah terbina sekian lama.
Perlu dinyatakan di sini yang tradisi syarah Melayu telahpun bermula lebih dari
400 tahun yang lampau jika ia di ambil dari tarikh penulisan manuskrip Melayu tertua
yang dipercayai ditulis di Melaka sekitar tahun 1591-159913
. Tulisan tangan yang telah
disahkan secara saintifik berdasarkan permeriksaan ke atas usia dan jenis kertas menjadi
bukti bahawa teks terjemahan al-‘AqÉ’id al-Nasafiyah telah mula dipelajari dirantau ini
semenjak abad yang ke 16 lagi14
. Hal ini diperkuatkan lagi dengan terhasilnya tulisan al-
RÉnÊrÊ (m.1068/1657) yang berjudul ‚ Durr al-FarÉ’id bi syarÍ al-‘AqÉ’id‛15
yang
menterjemahkan syarah ‘Aqa’id al-Nasafi karangan al-Taftazani sebelum tahun 1637.
Hal ini sekaligus membawa pengertian bahawa masyarakat Melayu mungkin lebih awal
13
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1988), The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay
Translation of the ‘Aqa’id al-Nasafi. Kuala Lumpur: Department of Publications University of Malaya, ms
4. (Selepas ini akan dirujuk sebagai Oldest Known). 14
Al-Attas berpandangan bahawa sudah tentu teks ‘Aqa’id telah dahulu dipelajari di alam Melayu sebelum
al-Raniri menulis syarahnya, jika tidak apa perlunya sebuah syarah kecuali untuk memahamkan apa yang
dimaksudkan dari teks biarpun karya yang disyarahkan itu berupa terjemahan bahasa Melayu. Ibid. 15
Setakat ini hanya salinan berupa manuskrip sahaja yang diketahui wujud dan tersebar, antaranya yang
terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia dengan nombor panggilan seperti ; MSS2064 (tidak lengkap),
MSS2100 (lengkap) dan MSS 1550 (tidak lengkap).
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
8
terdedah kepada ajaran tauhid aliran Abu ManÎËr al-MÉturÊdÊ (m.332/943) daripada
aliran al-AshÑarÊ (m.324/935) memandangkan kitab sharah Melayu yang paling awal
membicarakan tauhid aliran al-AshÑarÊ hanya datang seratus tahun kemudian dengan
tersebarnya kitab BidÉyat al-HidÉyat karangan Syeikh MuÍammad Zayn bin Faqih
Jalaluddin Aceh pada tahun 1170/1756. Beberapa persoalan mungkin terbit dari
kenyataan ini; antaranya mengapa proses perkembangan tauhid aliran al-MÉturÊdÊ di alam
Melayu tidak sepesat Ash’ari bahkan tidak terdapat kitab-kitab syarah Melayu yang
dihasilkan selain dari yang diusahakan oleh al-RÉnÊrÊ sekitar 350 tahun dahulu. Justeru,
dalam menjawab beberapa persoalan mengapa pesatnya tradisi penulisan syarah terhadap
aliran ÑaqÊdah al-AshÑarÊ sehingga puluhan bahkan mungkin ratusan syarah Melayu
dihasilkan dan dipelajari sehingga sekaligus menjadikan aliran ini yang pada asasnya
bersatu dengan al-MÉturÊdÊ menjadi arus perdana pegangan TauÍid di alam Melayu ini
sehingga kini. Perlu di ingat bahawa aliran al-AshÑarÊ ini bukan merujuk satu-satunya
kepada syarah-syarah Umm al-BarÉhÊn al-SÉnusÊ, tetapi juga syarah-syarah lain ke atas
teks-teks Jauharat al-TauÍÊd IbrÉhim al-LaqanÊ dan al-Dur al-FarÊd fi ‘AqÉ’id ahl al-
TawhÊd al-NahrawÊ16
.
PENDEDAHAN TRADISI SHARAH DI KALANGAN UMAT MELAYU
Mungkin ada yang bertanya, mengapa dikelompokkan karya penulisan alim ulama yang
lalu kepada satu jenis genre yang dipanggil syarah? Tidak bolehkah ianya sekadar dirujuk
sebagai hasil penulisan semata-mata? Ataupun mungkin musykil apa pentingnya diangkat
karya para alim ulama ini jika ia sekadar syarah kepada karya lain? Dan mungkin banyak
lagi persoalan yang berlengkar di sekitar permasalahan ini.
Kita tidak boleh menolak persepsi sesetengah pihak yang agak kritikal dengan
tulisan-tulisan para alim ulama kita sama ada yang klasik mahupun kontemporari jika kita
tidak menyelami permasalah ini dan cuba menjawab tohmahan yang dilemparkan kepada
alim-ulama kita yang lalu. Diantara perkara yang cuba diperlecehkan oleh sesetenga
16
Lihat kitab FatÍ al-MajÊd SyarÍ al-Durr al-FarÊd fÊ ‘AqÉ’id ahl –TawÍÊd karangan al-Syaikh MuÍammad
Nawawi Ibn ‘Umar al-Jawi al-Syafi’i bersekali dengan Hamish al-Durr al-FarÊd fÊ AqÉ’id Ahl al-TawÍÊd
oleh al-Syaikh Ahmad Ibn al-Sayyid ‘Abd al-Rahman al-NahrawÊ, al-Tab’at al-akhirat 1373/1904,
Bangkok: Maktabat wa Matba’at Muhammad al-Nahdi wa Awladuhu.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
9
pihak ialah para alim ulama kita ialah mereka tidak kreatif, sekadar mengulangi apa yang
telah diperbincangkan serta menserabutkan lagi isu-isu perbincangan dengan penghuraian
yang menyusahkan dan pelbagai lagi.
Dalam menjawab kelancangan mulut mereka ini, kita perlu kembali meneliti
karya-karya tersebut dan membuat rumusan berdasarkan situasi di zaman mana mereka
menghasilkan karya mereka dan setakat mana kejayaan yang mereka capai hasil daripada
penulisan merekaitu. Berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji sejarah dan
tamadun sama ada orientalist mahupun ilmuwan tempatan bahawa karya-karya Melayu
kita ini amat banyak, namun akibat daripada faktor penjajahan, kemodenan, perubahan
system pendidikan, sikap tidak menghargai khazanah bangsa dan lain-lain telah
melenyapkan sebahagian besar darinya. Ribuan karya-karya Melayu disimpan di pelbagai
perpustakaan di seluruh dunia, ribuan yang rosak sama ada tidak disimpan dengan baik
ataupun anak cucu yang mempusakai warisan datuk nenek tidak tahu menilainya lantas
membuangnya ke dalam tong sampah. Dan yang disimpan diperpustakaan awam ataupun
di universiti di Negara kita terlalu banyak yang tidak dijenguk dan dipedulikan. Justeru,
karya yang benar-benar hidup hanyalah beberapa kerat yang masih digunakan di
beberapa institusi pendidikan tradisional seprti pondok-pondok, surau-surau, masjid-
masjid yang dihadiri oleh segelintir anggota masyarakat.
Namun harus di ingat, kehilangan atau sirnanya cahaya keilmuwan yang
dipancarkan di dalam kitab-kitab kuning ini hanya berlaku selepas ia telah mewarnai
dunia Melayu ratusan tahun. Contoh yang paling mudah, karya syarah Melayu dalam
bidang ÑaqÊdah bertajuk BidÉyat al-HidÉyah yang ditulis oleh Sheikh Al-AshÑarÊ Zayn
al-Ashi (Acheh), telah melangkaui dua ratus lima puluh tahun dan sampai sekarang ia
masih diulang cetak dan dipelajari di kebanyakan institusi pendidikan tardisional seperti
di atas17
. Begitu juga karya-karya syarah dalam bidang ÑaqÊdah yang ditulis oleh ilmuwan
tersohor Syeikh DawËd al-FaÏÉnÊ yang dikatakan pernah belajar dengan Syeikh Al-
17
Kitab ini telah selesai ditulis pada tahun 1170 H (kira-kira 1757 M). Kitab yang ada dalam simpanan
penulis terdapat taqrirat ditepinya oleh al-Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani, yang juga
bermungkinan besar telah bertindak sebagi pentashih bagi kitab ini, ia dicetak oleh Percetakan al-Ma’arif
Sendirian Berhad,
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
10
AshÑarÊ Zayn al-ÓshÊ telah menulis karya-karya dalam ‘AqÊdah al-AshÑarÊ seperti ; Al-
DËr al-ThamÊn fÊ BayÉn ÑAqÉ’id al-Mu’minÊn yang selesai ditulis di Mekah pada tahun
1232/1816 iaitu lebih kurang 184 tahun yang lalu dan lain-lain karya yang akan
dibincangkan secara lanjut selepas ini.
PERANAN KITAB-KITAB SYARAH MELAYU DALAM BIDANG ÑAQÊDAH
SEBAGAI PERISAI AHL –SUNNAH WA AL-JAMÓÑAH
Mengambil kata-kata Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ di dalam bukunya Jumanat al-TawÍÊd
bahawa Ilmu ‘AqÊdah adalah seumpama matahari manakala ilmu-ilmu yang lain pula
seumpama bulan menandakan kepentingan mempelajari ilmu ÑaqÊdah adalah melebihi
mempelajari ilmu-ilmu agama yang lain, namun sekali-kali tidak menidakkan
kepentingan ilmu-ilmu lain yang juga berperanan membina kesatuan pandangan hidup
Islam dalam setiap individu Muslim sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Namun,
menyedari kepentingan ‚awwaluddin ma’rifat Allah‛ maka penekanan kepada ilmu
ÑaqÊdah telah diberikan keutamaan semenjak terpancarnya sinar Islam di kepulauan
Melayu lebih dari 500 tahun yang lampau.
Lebih selesa kalau kita terus melihat bukti-bukti penulisan yang masih boleh
dirujuk yang menunjukkan bahawa aliran ‘aqÊdah Ahl al-Sunnat wa al-JamÉÑah ini telah
meresapi umat Melayu Islam dirantau ini sekaligus memberikan sumbangan yang besar
dalam mempertahankan pegangan ini. Di antara karya syarah ÑaqÊdah Ash’ari dalam
bahasa Melayu yang tidak ada perselisihan padanya adalah Bidayat al-Hidayah oleh
Shaykh Al-AshÑarÊ Zayn bin Faqih Jalaluddin Acheh yang telah disebut di awal kertas
kerja ini. Tarikh kewujudunnya adalah sama dengan SyarÍ ‘AqÊdat al-Ôman oleh Shaykh
Syihabuddin al-×aji bin ‘AbdullÉh Al-AshÑarÊ al-JÉwÊ yang juga selesai ditulis pada
tahun 1170H/1756. Walau bagaimanapun sayugia disebutkan di sini bahawa Syeikh Al-
AshÑarÊ Zayn sebelum itu telah menghasilkan satu karya yang berjudul ‘Ilm al-TawÍÊd
dalam tahun 1114/1702 iaitu 55 tahun lebih awal dari Bidayat al-Hidayah. Berdasarkan
judul yang disebutkan karya ini sememangnya tentang ÑaqÊdah namun tiada maklumat
yang dapat dibuktikan apakah ia kupasan tauhid al-AshÑarÊ atau pun al-Maturidi kerana
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
11
karya ini tidak pernah dicetak dan tiada dalam bentuk manuskrip18
. Berhubung dengan
kitab karangan Ahmad bin Aminuddin al-Qadhi yang berjudul ‘Ilm al-TawÍÊd yang
selesai ditulis dalam tahun 1032/1622, walaupun ia disebut sebagai kitab tauhid
berbahasa Melayu yang terawal19
namun penulis tidak menjumpai sebarang keterangan
tentang karya ini, sama ada ia benar-benar dari aliran al-AshÑarÊ ataupun al-MÉturÊdÊ.
Manakala karya kedua yang datang 13 tahun selepas karya ‘aqÊdah yang pertama di alam
Melayu, itu adalah karya Syeikh Nuruddin al-RÉnÊrÊ yang berjudul Durrat (Durar) al-
Fara’id bi Syarh al-‘AqÉ’id yang selesai ditulis dalam tahun 1045/1635. Walau
bagaimanapun, karya ini adalah syaraÍ tauÍid al-MÉturÊdÊ dan bukannya al-AshÑarÊ .
Karya ini hanya dalam bentuk manuskrip dan tidak pernah dicetak sehinggalah tahun
1996 apabila Wan MuÍammad Shaghir mencetak faksimili manuskrip bersama dengan
karyanya yang berjudul Tafsir Puisi Hamzah Fansuri dan Karya-karya Sufi dan ia
diulang cetak pada tahun 2004.
Tidak lama selepas itu iaitu lebih kurang tujuh tahun iaitu pada tahun 1178/1764
sebuah karya karanagan Shaykh ‘Abd al-Samad al-Falimbani berjudul Zahrat al-MurÊd fÊ
BayÉn al-Kalimat TawÍÊd muncul, namun karya ini tidak banyak keterangannya.
Menurut Azyumardi Azra bahawa karya ini membahaskan tentang tentang logik (mantiq)
dan ‘aqÊdah dan ditulis atas permintaan kawannya dalam usaha supaya dapat lebih
memahami kuliah-kuliah al-Damanhuri20
. Lebih kurang sepuluh tahun selepas itu Sheikh
MuÍammad Arsyad bin ÑAbdullah al-BanjarÊ telah menghasilkan satu kitab ‘aqÊdah yang
diberi nama TuÍfat al RÉghibin fi BayÉni ×aqÊqat Ôman al- Mu’minÊn dalam tahun
1188/177421
. Dikatakan ia pernah dicetak di Singapura sama ada dalam tahun 1894 atau
Disember 188722
. Sejujurnya, karya al-FalimbÉnÊ dan al-BanjarÊ agak sukar dijumpai
tidak seperti karya Syeikh Dawud al-FaÏÉnÊ yang berjudul Al-Dur al-ThamÊn walaupun ia
datang selepas itu iaitu pada tahun 1232/1816. Kitab ini merupakan antara kitab yang
18
Sila rujuk MuÍammad Shaghir Abdullah, Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara, 5 Jilid,
Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, 2000-2002, Jilid 3, ms 14 19
Ibid, ms 6. 20
Azyumardi Azra (2004), Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad xvii & xvii.
Bandung: Mizan, 312. 21
Wan Muhammad Saghir, Penyebaran Islam dan Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu, Jilid 8, Persatuan
Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara and Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1421/2000. 22
Manuskrip boleh dirujuk di Perpustakaan Negara dengan nombor panggilan 5, 309, 455, 506.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
12
menarik kerana perbahasannya tentang ‘aqÊdah agak terbuka di mana pada bahagian
permulaan kitab Syeikh DawËd memasukkan pandangan Syeikh Najm al-DÊn ÑUmar al-
NasafÊ dari al-‘AqÉ’id al-NasafÊ dalam kerangka perbahasan Yusuf al-SanËsÊ23
.
Pendekatan ini turut diadaptasi oleh Syeikh Zayn al-‘Óbidin al-FaÏÉnÊ dalam kitabnya
yang akan dibincangkan selepas ini. Dari segi saiz, al-Durr al-ThamÊn boleh
dikategorikan sebagai pertengahan tidak terlampau nipis seperti al-Bahjat al-Saniyyah
dan tidak terlampau tebal seperti Ward al-ZawÉhir iaitu kira-kira 103 halaman
kesemuanya tidak termasuk kulit. Karangan terbesar yang dihasilkan Syeikh DawËd
dalam bidang ÑaqÊdah ialah Ward al-ZawÉhir Ê BayÉn Kalimat al-TawÍÊd yang dikarang
dalam tahun 1245/1829 iaitu 13 tahun selepas menghasilkan al-Durr al-ThamÊn. Karya
tesohor ini boleh dikatakan antara karya yang paling popular karangan Syeikh DawËd
kerana selepas ia ditulis dan dicetak sehingga kini ia masih dipelajari dan dikaji sehingga
diperingkat universiti. Karya ini diperingkat awalnya dicetak oleh Maktabat al-Miriyyah
and DÉr IÍyÉ’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, Mesir. Kemudiannya diulang cetak di Asia
tenggara iaitu Percetakan al-MaÑÉrif Press, Pulau Pinang, Maktabat MuÍammad Nahdi,
Bangkok, Singapura, dan juga Maktabat Thaqafiyyah, Surabaya. Manuskrip pula masih
boleh dirujuk di Perpustakaan Negara Malaysia bernombor MS 64, 153 dan 253,
manakala di Muzium Kesenian Islam dikatalogkan sebagai MI53 and 446. Selain dari itu
Syeikh DawËd juga menulis kitab-kitab lain di dalam bidang ‘aqÊdah tetapi tidaklah
dikenali sebagaimana al-Dur al-ThamÊn; antaranya Al-Bahjat al-Saniyah fÊ al-ÑAqÉ’id al-
Sunniyah24
juga dikenali sebagai TaÍÎÊl Nayl al-Muram li BayÉn manÐumat ‘AqÊdat
alÑAwÉm. Tidak disebut tahun bilakah ia selesai ditulis hanya sekadar tercatat pada hari
sabtu, pada waktu Asar, 16 Øafar di Mekah25
. Al-Bahjat juga dikategorikan sebagai karya
syaraÍ kerana ia merupakan terjemahan dan huraian ke atas tulisan guru beliau Syeikh
Ahmad al-Marzuqi tau nama penuhnya Abu al-Fawz al-Sayyid AÍmad al-MarzuqÊ Ibn al-
Marhum al-Sayyid al-Sharif MuÍammad RamaÌÉn al-×asani wa al-Husayni26
. Karya ini
23
Untuk perbincangan yang menyeluruh lihat DawËd al-FaÏÉnÊ (t.t) al-Dur al-ThamÊn. Bangkok: Maktabat
wa Matba’at Muhammad al-Nahdi wa AwlÉdahu, ms 6. 24
Ibid, 38; Pengarang Terulung, 59; Al-Manhal, 29; Jawi Literature, 61. 25
Kitab yang ada dalam simpanan penulis dicetak oleh Sahabat Press, Yala, Thailand, tanpa tarikh. 26
Shaykh Dawud bin Shaykh Wan Abdullah al-Fatani (1999), Al-Bahjat al-Saniyyah fi al-‘Aqa’id al-
Sunniyyah. Khazanah Fataniyah,3.(henceforth will be referred al-Bahjah)
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
13
hanya mempunyai 23 mukasurat sahaja dan salinan yang ada dalam simpanan penulis
dicetak oleh Sahabat Press, Yala Thailand, tanpa tarikh27
. Terdapat beberapa manuskrip
yang tersimpan di Muzium Kesenian dengan nombor panggilan : MI 244, 295 dan 359.
Bahjah berasal dari akar kata bahija yang bermaksud hebat, anggun, cantik. Ia mungkin
merujuk kepada kehebatan isi kandungan kitab tersebut yang membicarakan tentang
kepercayaan dan keyakinan pegangan ‘aqÊdah ahl-Sunnah wa al-JamÉÑah dan menjadi
pokok pegangan umat Islam. Al-Bahjat al-Wardiyyah fi ‘Aqa’id Ahl al-jama’at al-
Sunniyyah yang selesai ditulis pada tahun 1258/1842. Karya ini dikategorikan sebagai
karya syarah kerana ia merupakan terjemahan kepada kitab ManÐumat fÊ al-TawÍÊd yang
ditulis oleh ‘Abd al-RaÍman ibn ‘Abd al-SalÉm al-SaffurÊ, iaitu juga sebuah syarah yang
menghuraikan pandangan AÍmad ibn ‘Abd RaÍman al-JazÉ’irÊ. Karya ini telah dicetak di
Mekah pada tahun 1331/1916 dan ia ini telah disenaraikan di dalam senarai al-Maktabat
al-FaÏÉnÊyyah, sebuah kedai buku yang ditubuhkan pada akhir kurun ke 19 di
Qashashiyyah, Mekah28
; ÖiyÉ’ al-MurÊd fÊ Ma’rifat Kalimat al-TawÍÊd. Karya ini masih
dipelajari berdasarkan kepada pengamatan bahawa ia masih lagi terdapat di kedai-kedai
buku yang menjual-buku-buku klasik, dan yang menariknya mungkin kerana ada
sesetengah cetakan meletakkannya di bahagian tepi kitab Dur al-ThamÊn maka ia turut
menjadi popular sebgaimana al-Dur al-ThamÊn. Manuskrip bagi karya ini masih terdapat
di Muzium Kesenian Islam dengan nombor rujukan; MI 487, 622 dan MI 668 manakala
Perpustakaan Negara Malaysia mengkatogkan sebagai MSS1798; ÑIqd ataupun ‘Iqdat al-
JawÉhir29
. Karya ini diselesaikan pada tahun 1245/1829. Ramai penulis yang karya ini
adalah karya ‚mandiri‛ sebenarnya tidak, kerana karya ini yang berupa bayt-bayt puisi
tentang ‘aqÊdah ditulis bersekali dengan syarahnya. Ia merupakan terjemahan kepada
karya Jawharat al-TawÍÊd oleh IbrÉhim al-LaqÉnÊ. Karya ini dikepilkan bersama dengan
27
Sewaktu Ustaz Wan Saghir mula-mula menulis tentang Syeikh Dawud, mungkin beliau masih tidak
menemui kitab yang bercetak sebagaimana yang dinyatakan dalam bukunya sebarang bukti yang
menunjukkan karya ini pernah dicetak, sebab itulah beliau menyatakan demikian. 28
Senarai buku yang dicetak ada tercatat di belakang terjemahan Kanz al-Minan ‘ala Hikam Abi Madyan,
yang dicetak oleh Matba’ah al-Miriyyah, Makkah, 1328. 29
Ramai yang membaca ‘aqidat seperti dalam Pengarang Terulung,56; al-Manhal, 28. Dalam teks ia
ditulis ‘ayn, qaf, dal dan ta. Jadi, sekiranya tiada huruf ya, maka pasti tidak dibaca ‘aqidat. Maka penulis
menjangkakan ‘iqdat adalah bacaan paling tepat memandangkan teks asal dalam bahasa Arab judulnya
jawharat yang jama’nya jawahir. Jadi, apabila Syeikh Dawud memilih jawahir yang bermaksud permata
yang merujuk kepada bayt-bayt, maka untuk menyatukan permata-permata tersebut naka ia perlu diikat.
Please.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
14
karya prosa ‘aqÊdah yang terbesar ditulis oleh ‘Ulama Melayu yang diberi nama Ward al-
ZawÉhir li ×ill alfÉÐ ÑIqd al-JawÉhir, yang selesai ditulis pada tahun 1245/1829. Dalam
konteks syarah, karya ini dianggap sebagai karya syarah secara langsung, namun
mungkin hanya untuk bahagian baytnya sahaja, kerana untuk huraian setiap bayt itu
Syeikh DawËd banyak memaparkan pandangannya sendiri. Manakala kitab-kitab yang
lain tapi agak tidak dikenalai adalah seperti TaÍÎÊl al-MarÉm li BayÉn ManzËm al-
‘AqÉ’id al-Anwar; TuÍfat al-RÉghibÊn fÊ BayÉn ×aqÊqat al-ÔmÉn al-Mu’minÊn; Kitab Øifat
Dua Puloh dan KifÉyat al-MubtadÊ wa IrshÉd al-MuhtadÊ.
Perbincangan TauÍid aliran al-AshÑarÊ diteruskan lagi dengan tulisan Shaykh
MuÍammad Tayyib Ibn MasÑËd al-BanjarÉ yang berjudul MiftÉÍ al-Jannah. Kitab yang
selesai dikarang pada hari Isnin 16 Syawal 1247/1831 merupakan satu kitab yang ringkas
tetapi padat dalam menghuraikan ‘aqÊdah Ahl al-Sunnat wa al-JamÉÑah berdasarkan
kerangka kitab Umm al-BarÉhÊn al-SanËsÊ30
. Kitab yang ada dalam simpanan penulis
adalah cetakan MuÍammad al-Nahdi di mana bersekali dengan kitab ini terdapat juga
kitab berjudul UÎËl TaÍqÊq pada ÑIlmu UÎËl al-DÊn, Maw’izat li al-NÉs pada menyatakan
kayfiyyat sembahyang dan segala rukunnya, TajwÊd al-Qur’Én dan Hamish RisÉlah AsrÉr
al-Din ditepi kitab ini. Kesemua kitab-kitab yang tersebut di atas telah ditulis oleh
pengarang-pengarang yang tidak dinyatakan nama mereka kerana takut riya31
. Keutuhan
pegangan ‘aqÊdah di atas kerangka al-AshÑarÊ diteruskan lagi dengan terhasilnya kitab
syarah Melayu karangan Shaykh MuÍammad Azhari bin ‘AbdullÉh al-FalimbÉnÊ yang
berjudul ‘AÏiyyat al-RaÍmÉn yang selesai ditulis pada tahun 1259/1843. Kitab ini
kebiasaannya dicetak bersama dengan kitab SirÉj al-HudÉ karangan Syeikh MuÍammad
Zayn al-DÊn bin MuÍammad al-BadawÊ al-SumbawÊ yang ditulis agak lewat iaitu dalam
tahun 1886. Kelangsungan itu diteruskan lagi dengan karya-karya hebat karangan Shaykh
MuÍammad Ibn ‘Umar al-NawawÊ al-JawÊ al-BantÉnÊ al-TanarÊ atau dikenali sebagai juga
dengan Nawawi Banten dan Imam Nawawi kedua32
(1230/1814-1306/1888). Tiga karya
30
Rujuk MuÍammad Tayyib Ibn Mas’ud al-Banjari (t.t) MiftÉÍ al-Jannah. Bangkok: Maktabat wa
Matba’ah Muhamad al-Nahdi wa Awladahu, ms 3. 31
Ibid,1. 32
Lihat ‘Abd al-Rachman, 1996. ‚Nawawi al-Bantani, An Intellectual Master of the Pesantren Tradition”
Studia Islamika, Indonesian Journal for Islamic Studies, Jilid. 3, no.3, 81-114.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
15
Syeikh MuÍammad Nawawi dalam bidang ‘aqÊdah adalah FatÍ al-Majid fÊ SharÍ Durar
al-FarÊd fi ‘Ilm al-TawÍÊd, selesai ditulis pada tahun 1264/1847 TijÉn al-ÖararÊ fÊ SharÍ
RisÉlat al-BÉjËrÊ dan ZarÊ’at al-YaqÊn fÊ SharÍ Umm al-BarÉhin atau juga dikenali
dengan nama al-Durrat al-Nadra ‘alÉ ‘AqÊdat al-SughrÉ. Kesemua karya ini ditulis
dalam bahasa Arab dan sekaligus mengangkat taraf ulama dari dunia Melayu setanding
dengan ulama-ulama dari kalangan bangsa-bangsa lain seperti Arab, turki, Iran dan
lainnya. Kesemua karya tersebut juga menandakan syarah aqÊdah beraliran al-AshÑarÊ
karangan ulama dari dunia Melayu tersebar bukan sahaja dikelompok dunia Melayu
tetapi juga di negara-negara Arab.
Kerancakan penulisan syarah ÑaqÊdah al-AshÑarÊ bertambah lagi dengan
sumbangan seorang lagi ulama Melayu tersohor Sheikh AÍmad bin Al-AshÑarÊ Zayn al-
FaÏÉnÊ (m1325/1907). Beliau menghasilkan karya-karya dalam bidang ÑaqÊdah seperti
‘Iqd al-Juman fi ‘aqÉ’id al-ÔmÉn yang selesai penulisannya pada 6hb MuÍarram
1306/1hb September 1888, diikuti dengan ‘AqÊdat Usuluddin yang selesai ditulis dalam
tahun 1321/1904 tetapi tiada maklumat lanjut tentang kitab ini. Menariknya, beliau juga
menghasilkan JumÉnat al-TawÍÊd dan MunjiyÉt al-AwÉm li Manhaj al-HudÉ min al-
Úalam dalam bahasa Arab. Jumanat ditulis 27hb
RamaÌÉn 1293/1876 dan MunjiyÉt
diselesaikan pada hari Jumaat 12hb
Rabi’al-Awwal 1293/1876. Kedua-dua karangan
tersebut ditulis dalam bentuk syaÑir. Walau bagaimanapun, tiada siapa dapat menafikan
bahawa satu-satunya karangan Syeikh AÍmad yang paling popular dan paling banyak
dikaji ialah FarÊdat al-FarÉ’id fÊ ‘Ilm al-‘AqÉ’id. Karya hebat ini telah diselesaikan
penulisannya oleh beliau pada hari Isnin 12hb
Rabiul awwal 1313/2hb
September 1895 di
Mekah. Sayugia diperingatkan bahawa karya ini telah banyak dibuat kajian dan
disyarahkan pula oleh ulama terkemudian seperti Tuan Guru Haji Nik ‘Abdullah Ahmad
al-Jambuwi al-FaÏÉnÊ yang menulis Pati Faridat al-Fara’i. Tambah menarik lagi apabila
kitab ini telah disunting dengan beberapa penambahbaikan serta ditulis dengan lenggok
bahasa Melayu moden oleh Professor Ibrahim Abu Bakar pada tahun 200733
. Manakala
Tuan Guru Haji ‘Abd Allah b. Haj Ibrahim bin Abd al-Karim al-FaÏÉnÊ al-Jabi pula
33
Sila rujuk Ibrahim Abu Bakar (penyelenggara), Faridat al-Fara’id fi ‘Ilm al-‘Aqa’id. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
16
menghasilkan syarah yang bertajuk ‘Umdat al-Talib al-Mujtahid fi Sharh Faridat al-
Fara’id.
Dalam pada itu Saiyid Uthman bin ‘AbdullÉh bin ‘Aqil bin YaÍyÉ al-‘AlawÊ al-
BatawÊ (m.1333/1914) tidak ketinggalan menghasilkan sebuah karya dalam aliran ÑaqÊdah
al-AshÑarÊ dengan selesainya kitab beliau yang berjudul Kitab Sifat Dua Puluh dalam
tahun 1304/1886; Setahun kemudiannya Haji Muhamad Hussein bin ÑAbd al-LaÏif al-
FaÏÉnÊ atau lebih dikenali dengan gelaran or Tok Kelaba menulis Muqaddimat al-aÏfÉl fÊ
ÎifÉtilÉhi dhi al-Jalal (1305/1887); IrsyÉd al-MuhtadÊ ilÉ SyarÍ KifÉyat al-MuhtadÊ of
Shaykh ÑAbd ×amÊd bin MuÍammad ÑAlÊ bin ÑAbdul Qadir al-Khatib Quddus yang telah
selesai menulisnya selepas waktu zuhur, hari khamis 3hb
MuÍarram 1306/1888.
Sebuah karya yang dikategorikan sebagai mekar sepanjang zaman sepertimana al-
Dur al-Thamin dan Faridat al-Fara’id adalah ÑAqÊdat al-NÉjÊn fÊ UÎËl al-DÊn wa
taÎawwuf fÊ al-ØaffÊn karangan Syeikh Zayn al-AbidÊn bin MuÍammad al-FaÏÉnÊ, yang
selesai dikarang pada tahun 1308/ 1890. Kitab ini masih diajar di institusi pendidikan
tradisional dan sudah banyak dikaji sehingga ke peringkat kedoktoran falsafah. Kitab
yang tidak kurang penting selepas itu adalah hasil tulisan Shaykh MuÍammad AzharÊ bin
ÑAbdullÉh al-FalimbÉnÊ iaituÑAqÉ’id al-ÔmÉn and BadiÑuz fÊ BayÉni QawÉÑid al-ÔmÉn
yang diselesaikan berselang setahun sahaja di mana kitab yang pertama selesai pada
tahun 1309/1891 manakala yang kedua selesai pada tahun 1310/1892.
Menariknya, dalam tahun 1310/1892 juga lahirnya kitab syarah Melayu yang juga
membahaskan ÑaqÊdah aliran al-AshÑarÊ berjudul Zahrat al-MurÊd fÊ ÑAqÉ’id al-TawÍid
karangan Shaykh ÑAlÊ bin ÑAbd al-RaÍmÉn bin ÑAbd al-GhafËr Kutan al-KalantÉnÊ.
Karya yang judulnya hampir sama dengan tajuk karangan Syeikh Abd al-Øamad al-
FalimbÉni ini telah ditransliterasi dan disusun dengan pendekatan baru oleh Noraine Abu
masih popular dan mendapat sambutan yang baik sehingga kini
Selang dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 1312/1894 Haji MuÍammad ×usin
bin ÑAbd al-LaÏif al-FaÏÉnÊ atau lebih terkenal dengan panggilan Tok Kelaba telah
mengarang HidÉyat al-Sayl fÊ BayÉn al-MasÉ’il manakala seorang lagi ulama Kelantan
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
17
‘Abd al-RaÍman bin Wan Sulaiman al-KalantÉnÊ pula telah menghasilkan MajmuÑ al-
ÑIrfÉn fÊ maÑrifati ÑAqÉ’id al-ÔmÉn.
Menghampiri abad ke 20 keghairahan menghasilkan karya-karya syarah aliran
ÑaqÊdah Ash’ari terus pesat dengan terbitnya karya-karya seperti;ÑUmdat al-MurÊd fÊ ÑIlm
al-TawÍÊd yang selesai ditulis pada tahun 1317/1899 oleh Syeikh DawËd bin IsmaÑil al-
FaÏÉnÊ; Tamrin al-ØibyÉn fÊ BayÉni ArkÉn al-IslÉm wa al-ÔmÉn oleh Tuan ×usein NaÎir
bin MËÍammad Ùayyib al-MasÑËdÊ al-BanjarÊ pada hari sabtu 1hb
Sya’aban 1318/1900;
HidÉyat al-RaÍmÉn karangan ×aji ÑAbd al-LaÏÊf bin ×aji MuÍammad Nuruddin (Haji
Tambi) Melaka yang juga pada tahun yang sama ; IrsyÉd al-Anam fi BayÉni QawÉ’id al-
Ôman wa al-IslÉm karangan Shaykh ÑAbd al-QadÊr bin Øabir Mandahiling (Mendailing)
pada hari isnin 22 Jumad al-Awwal 1320/1902; UÎul al-DÊn IÑtiqÉd Ahl al-Sunnah wa al-
JamÉÑah karangan Shaykh MuÍammad AzharÊ al-FalimbÉnÊ pada hari selasa 24hb
DhulqaÑidah 1323/1905; FatÍ al-ÑAlÊm karangan Mufti ×aji ÑAbd al-RaÍman Øiddiq bin
MuÍammad ÑAfif al-BanjarÊ yang selesai ditulis pada hari jumaat 10hb
Sya’aban
1324/1906; ‘AqÊdat al-Munjiyati Fi BayÉni ÑAqÊdat al-Mu’minÊn wa al-Mu’minÉt of
Shaykh MuÍammad ‘AlwÊ bin ÑAbdullÉh KhaÏib AndËt al-KamparÊ pada tahun
1324/1906); IsnÉd al-GhulÉm FÊ BayÉni al-ÔmÉn wa al-IslÉm oleh ÑAbd alÑAzÊz bin
MuÍammad NËr al-FuntiyÉnÊ (Pontianak) yang diselesaikan pada hari selasa, 12hb
Jumad
al-Awwal 1325/1907; KifÉyat al-ÑAwÉm karangan Haji MuÍammad bin Haji MuÍammad
ØaliÍ al-×addÉd yang selesai ditulis pada 12th
SyaÑban 1326/1908; UÎËl al-DÊn fÊ SabÊl
al-IÑtiqÉd karangan Haji MuÍammad Qasim bin ×aji AÍmad Pontianak pada 2hb
Syawwal 1328/1910; Matn al-Jawharat al-TawÍÊd Gantung MaÑnÉ oleh ÑAbd al-QadÊr
bin ÑAbd al-RaÍman al-FilfilÉnÊ yang ditulis pada tahun 1331/1912; SharÍ BakËrat al-
AmÉnÊ oleh Shaykh IsmaÑÊl bin ÑAbd al-QadÊr al-FaÏÉnÊ (Pakda El al-FaÏÉnÊ) yang ditulis
dalam tahun 1335/1916; BidÉyat al-TawÍÊd fÊ Ñlm al-TawÍÊd of Shaykh MuÍammad
BasiyunÊ ÑImran yang selesai ditulis pada hari Rabu 13 Jumad al-AkhÊr 1336/1917;
HidÉyat al-MutafakkirÊn fÊ TaÍqÊqi maÑrifati rabb al-ÑÉlamÊn karangan Tuan ×usin NaÎir
bin MËÍammad Ùayyib al-MasÑËdÊ al-BanjarÊ yang dihasilkan dalam tahun 1337/ 1918,
beliau juga menulis UÎËl al-TawÍÊd fÊ maÑrifat Ùuruq al-ÔmÉn li al-Rabb al-MujÊd,
namun tiada maklumat bila ia disiapkan, walau bagaimanapun ia telah diromanisasikan
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
18
oleh Noraine Abu dan diterbitkan dalam bentuk terkini oleh Penerbitan al-Hidayah,
dalam tahun 2006; Najat al-IkhwÉn fÊ mÉ yaÎÍulË bihÊ al-IslÉm wa al-ÔmÉn oleh Haji
ÑAbd al-MubÊn bin MuÍammad Ùayyib Jabbar Shah al-JarimÊ al-FaÏÉnÊ yang selesai
menulisnya pada waktu Asar, hari Isnin 12hb
Sya’ban 1337/12hb
May 1918); Al-
MuqadimÉt al-TawÍÊdiyyah oleh Haji MuÍammad SyarÊf bin ÑAbd al-RaÍman yang telah
selesai mengaangnya pada 14hb
RabÊÑ ul Awwal 1338/7hb December 1919; ÑAqÉ’id al-
ÔmÉn oleh Mufti Haji ÑAbd al-RaÍman Øiddiq bin MuÍammad ÑAfif al-BanjarÊ yang telah
siap mengarangnya pada hari Selasa 16hb
RabiÑul Awwal 1338/1919; Al-ÑIqd al-FarÊd FÊ
ÑIlm al-TawÍÊd selesai ditulis oleh QaÌÊ Haji Wan IsmaÑil bin Shaykh Wan AÍmad al-
FaÏÉnÊ pada 15 SyaÑban 1341/1922; FatÍ al-MajÊd FÊ ÑIlm al-TawÍÊd oleh Haji ÑAbd al-
MubÊn bin MËÍammad ÙayyÊb Jabbar Shah al-Jarimi al-FaÏÉnÊ pada 20hb
Safar
1342/1923; FawÉ’id al-Zayn FÊ ÑIlm ÑAqÉ’id UÎËl al-DÊn karangan Haji MuÍammad
Zayn NuruddÊn bin Tuan ImÉm Shaykh Haji ÑAbbas Ibn Haji MuÍammad Lashub pada
waktu ÖuÍÉ, Jumaat, 7hb
RabiÑul Awwal 1342/1923; DilÉlat al-ÑAwÉm of Haji AÍmad
Suraji bin IsmaiÑl bin MuÍammad al-KalantÉnÊ tang selesai mengarangnya pada tanggal
10hb
RamaÌan 1342/1923; BidÉyat al-ÙÉlibÊn ilÉ maÑrifati Rabb al-ÑÓlamÊn karangan
Tuan ×usÊn NaÎir bin MËÍammad Ùayyib al-MasÑËdÊ al-BanjarÊ selesai ditulis pada 27hb
RabÊÑ al-AkhÊr 1344/1925; Jiwa Iman Pada Menjilahkan Amalan karangan Mufti haji
Ibrahim bin MuÍammad Yusuf Ibn MuÍammad ØaliÍ al-KalantÉnÊ tanggal 10th
Jumadil
Akhir 1345/1926, hari Khamis , sebelum waktu Zohor, UÎËl al-TawÍÊd fÊ MÉÑrifat Ùuruq
al-Ôman li Rabb al-MajÊd tulisan Tuan ×usin NaÎir bin MuÍammad Ùayyib al-MasÑËdÊ al-
BanjarÊ yang diselesaikan penuliannya pada 6hb
Syawwal 1346/1927; Pegangan yang
Terutama pada Sedikit Daripada Pangkal Agama oleh Tengku MaÍmud Zuhdi bin
Tengku ÑAbd al-RaÍman bin Tuanku Nur bin Raja Belat Ibnu RÍaja DatÍu al-FaÏÉnÊ al-
JÉwÊ yang selesai ditulis pada 10 hb SyaÑban 1352/1933; Nazam sekurang-kurang FarÌË
ÑAyn Pada Bicara ÑIlmu UÎuluddin selesai dikarang oleh Haji Mustafa bin MuÍammad
ÙahÊr al-Nakuni (Nakon Samarat) pada malam Isnin 8hb
RabiÑul Awwal 1354/1935;
Tarikh Sebutan Ahl al-Sunnah wa al-JamÉÑah of ÑImran Salim bin Haji Al-AshÑarÊ ÑAqil
selesai ditulis pada 3hb
RabiÑul Awwal 1359/10th
April 1940 di Belinyu Bangka; MiftaÍ
al-ØibyÉn fÊ ÑAqÉ’id al-ÔmÉn karangan ×aji MuÍamad Zayn Nuruddin bin Tuan Imam
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
19
Shaykh ×aji ÑAbbas ibn ×aji MuÍammad Lashub yang diselesaikan pada tahun
1366/1946; Tadhkirat al-ÙufËliyah FÊ TawÍidi Rabb al-Bariyyah oleh Haji Hasan bin
ÑUmar al-Jakani al-FaÏÉnÊ, siap ditulis pada hari Jumaat 12hb
Jamad al-Awwal 1368/1948;
Perisai Bagi Sekalian Mukallaf oleh Shaykh ÑAbd al-QadÊr bin ÑAbd al-MuÏÏalib
MandailÊ al-IndunisÊ yang selesai ditulis pada petang selasa 2hb Jamad al-Awwal
1376/1956; Ùariqat al-HudÉ ila Allah oleh ×asan bin Su, Isma’il bin Haji Husin
kampong Cempaka, Bachok, Naratiwat Patani, siapa ditulis pada pagi sabtu 30hb
Jamad
al-Awwal 1379/1959; Kebersihan IÑtiqad oleh Yusuf bin Sulung yang selesai dikarang
pada hari Isnin 13th
Jumadi al-ThÉnÊ 1381/1961; FatÍ al-Jalil wa SyifÉ’ul Ghalil oleh
Haji Wan IbrÉhim bin ÑAbd al-Qadir bin MuÎÏafÉ al-FaÏÉnÊ yang selesai dikarang pada
12hb
RabÊÑul Awwal 1386/1966; ManhÉj al-ØibyÉn FÊ MaÑrifati al-IslÉm wa al-ÔmÉn oleh
IsmaÑil bin Encik Hat al-Kawi, Kampung Kubat Setar, Patani, yang selesai menulisnya
pada waktu zohor, hari Rabu 16hb
Jumadi al-Awwal 1389/1969; Dato’ ÑAbdullah bin
ÑAbd al-RaÍman Muar telah menghasilkan dua buah kitab syarah ÑaqÊdah Melayu
berdasarkan kitab al-ÑUqËd al-Durriyyah karangan Shaykh ×amzah FatÍullah. Kitab-
kitab tersebut adalah Matnu RisÉlat al-TawÍÊdiyah dan SharÍ RisÉlat al-TawÍÊdiyah;
Risalat al-Misbah al-Munir karangan tuan Guru ‘Abd ‘Aziz bin Isma’il al-FaÏÉnÊ yang
selesai ditulis pada hari Ahad, 2hb Jamadil Awwal 1409/1989 dan dicetak oleh Pustaka
Aman Press pada tahun 1989,1990 dan 1994; Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal-Jama’ah
Suatu Keluhuran dan Kemurnian Pegangan Hidup dikarang oleh Ustaz Mohd Zaidi
Abdullah yang megikut methodology penulisan para alim ulama terdahulu walaupun
dipersembahkan dalam bentuk moden. Buku ini diterbitkan oleh Syathariyah Niagajaya
Sdn Bhd, dengan cetakan pertama pada tahun 2000. Tidak dapat dinafikan mungkin ada
lagi karangan-karangan yang menghuraikan ‘aqidah al-Ash’ari yang masih belum
ditemui namun usaha untuk mempertahankan pegangan ini akan terus menjadi agenda
utama dalam mempertahanakan pegangan Ahl al-Sunnat wa al-JamÉ’ah sampai bila-bila.
PENUTUP
Melihatkan kepada perkembangan penulisan syarah Melayu dikalangan alim ulama
sepanjang zaman dalam memperjelaskan ÑaqÊdah ahl al-Sunnah wa al-JamÉÑah
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
20
khususnya dalam kerangka perbicaraan yang dipelopori oleh Imam al-Asha’ari jelas
menunjukkan ianya begitu konsisten sehinggalah ke hari ini. Karya-karya yang
dihasilkan menjadi bukti bahawa gugatan-gugatan yang cuba mencarikkan keutuhan
ÑaqÊdah ahl –Sunnah tidak pernah berjaya dalam mengelirukan umat Melayu walaupun
ada segelintir yang terpengaruh namun secara keseluruhannya begitu kuat berpayung
dibawahnya. Penulis mengira bahawa keutuhan ini adalah kesan dari sumbangan
penulisan alim ulama ini yang tidak pernah penat mensyarah, menghurai dan menjelaskan
dalam kitab-kitab karangan mereka walaupun Nampak secara kasarnya merkea
membincangkan perkara yang sama namun hakikatnya mereka menulis untuk khalayak
yang pelbagai. Ada sesetengah golongan yang mencemuh para alim ulama ini kerana
hanya berupaya menghasilkan karya syarah sahaja tetapi gagal melahirkan karya-karya
agung, maka kita ingin menegaskan kepada mereka berapa banyak karya syarah yang
diiktiraf sebagai karya agung di mana ianya bukan sahaja memperkenalkan karangan
yang disyarahkan mereka bahkan berjaya memperluaskan lagi sumber ilmu dan
memperhebatkan tamadun Islam sehingga karangan mereka gah ditempatkan di rak-rak
buku perpustakaan tersohor diseluruh dunia. Contoh yang mudah, lihat saja karangan al-
MurtaÌÉ al-ZabÊdÊ yang berjudul ItÍÉf al-SÉdat yang menghuraikan IÍyÉ’ ÑUlËm al-DÊn
al-GhazzÉlÊ dalam bidang tasawwuf; Sharh al-MawÉqif al-JurjÉnÊ yang menghuraikan
buah fikiran al-Iji dalam bidang ÑaqÊdah dan kalam dan banyak lagi. Semua ini
menunjukkan kepada kita bahawa keputusan alim ulama kita yang menulis karya-karya
syarah mereka telah menaburkan jasa yang besar kepada perkembangan ilmu dan
ketinggian tammadun Islam dan Melayu sehingga kita mampu mempertahankan ÑaqÊdah
ahl al-Sunnah wa al-JamÉÑah sehingga ke saat ini. Wallahua’lam.
top related