tugasan psv 3105 new.docx
Post on 24-Dec-2015
331 Views
Preview:
TRANSCRIPT
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566/ PPGBM2611
PSV3105
1.0PENGENALAN
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang
kegiatan iaitu Menggambar , Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat
Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat
aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan
bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilaibaik. Bagi tugasan ini bidang yang
menjadi tumpuan merupakan bidang menggambar.
Menggambar adalah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual . Sub tajuk ini disediakan untuk membina
pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan
bahan dan media, proses serta teknik menggambar. Kegiatan ini menegaskan
perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan terhadap aspek melukis
serta membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek
ruang,struktur, imbangan dan posisi. Antara kegiatan dalam bidang menggambar
seperti dalam rajah di bawah;
Rajah 1 : Teknik-Teknik Menggambar
1
TEKNIK MENGGAMB
AR
lukisan
catan
kolaj
montaj
cetakanresisgosokan
stensilan
percikan
gurisan
capan
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566/ PPGBM2611
PSV3105
2.0SINOPSIS KARYA
Karya ini diberi nama Keindahan Flora dan Fauna yang bertemakan alam semula jadi.
Ia dihasilkan melalui pelbagai bahan dan teknik serta penerapan unsur seni . Objek
yang digambarkan adalah memberi penekanan terhadap keindahan serta keharmonian
alam sekeliling dengan wujudnya objek-objek seperti flora dan fauna. Media dan bahan
yang digunakan dalam penghasilan karya di atas adalah pensel, warna poster, krayon,
berus,benang,manik, bulu burung dan kertas majalah Beberapa teknik menggambar
telah digunakan bagi menghasilkan karya di atas. Antara teknik yang digunakan adalah
lukisan ,catan,kolaj, gurisan dan mozek.
Teknik melukis yang digunakan dalam karya ialah teknik garisan menyilang
tidak menentu. Teknik yang menggabungkan olahan alat atau media oil pastel ini telah
berjaya menimbulkan kesan estetik pada lukisan. Alat media kering seperti pensel dan
2
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566/ PPGBM2611
PSV3105
oil pastel digunakan. Pensel di gunakan pada peringkat lakaran asas kemudian barulah
diaplikasikan oil pastel ke atas lakaran gambar alam semula jadi yang telah siap.
Teknik catan merupakan proses menyapu warna ke atas sesuatu permukaan
rata .Bagi penghasilan karya di atas teknik catan telah digunakan. Di dalam karya di
atas teknik ini dapat dilihat di bahagian latar belakang yang di sapu menggunakan
warna yang lembut manakala teknik berus kering yang melibatkan sapuan warna yang
pekat ke atas lapisan warna yang kering untuk menghasilkan kesan jalinan.Di bahagian
langit pula capan span digunakan untuk membentuk imej awan.
Teknik kolaj dalam karya ini dapat menaikkan nilai estetik penghasilan karya ini.
Penggunaan bahan seperti manik yang ditampal pada bahagian tengah bunga dapat
menjadikan imej bunga lebih realistik.Begitu juga tampalan bulu burung pada bahagian
sayap dan ekor . Benang berwarna ditampal pada hampir semua sisi objek seperti
bunga, daun, pokok dan burung untuk menghasilkan imej berbentuk tiga dimensi (3-D)
Teknik mozek digunakan pada bahagian batang pokok dengan menggunakan
guntingan kertas majalah. Kepingan guntingan majalah yang ditampal secara
tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan
bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.
3
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566/ PPGBM2611
PSV3105
Teknik ini dapat dilihat pada bahagian batang pokok yang dapat menjadikan imejnya
lebih menarik.
Teknik gurisan juga digunakan dalam penghasilan karya ini. Dalam karya ini teknik
gurisan digunakan pada imej burung. Permukaan kertas pada gambar burung disapu
dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di
atas kertas. Lidi dan paku digunakan untuk mengguris pada lapisan krayon tebal itu
untuk menghasilkan garisan-garisan yang dapat menjadikan imej burung lebih
realistik.
Teknik resis ialah satu proses menghasilkan corak dengan menggunakan bahan-
bahan yang tidak bercampur di antara satu dengan lain .Tenik resis krayon dan warna
poster digunakan dalam karya ini. Penggunaan krayon berwarna gelap digunakan untuk
menghasilkan garisan pada lakaran daun . Kemudian sapuan dan campuran warna
agak lembut dilakukan ke atas imej daun. Kesan warna terang dan sedikit gelap
menimbulkan ton warna yang harmoni.
4
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566/ PPGBM2611
PSV3105
3.0Kesimpulan
Dalam aktiviti menggambar penggunaan teknik memainkan peranan penting dalam
menghasilkan sesebuah karya bersama dengan imaginasi dan daya kreativiti.
Penggunaan bahan dan alat juga memberi kesan kepada hasil sesebuah karya. Karya
Keindahan Flora dan Fauna ini di hasilkan mengikut tema pemandangan alam semula
jadi dengan menggunakan teknik-teknik di dalam bidang menggambar.Karya ini
dihasilkan dengan mengambil kira aspek dari pelbagai media dan teknik yang
menekankan dari segi ruang,struktur,imbingan dan komposisi.Pengetahuan
penggunaan teknik menggambar menjadikan hasil karya ini mempunyai estetika dalam
bentuk visual.
( 668 Patah Perkataan )
5
top related