ucapan yb menteri sempena pelancaran buku 9 jun 09
Post on 26-Feb-2018
234 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
1/27
1
UcapanMenteri Pertahanan Malaysia
Y.B Dato Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiSempena Majlis Pelancaran Buku
Najib Perdana Menteri Ke 6Di Auditorium KEMENTAHPada 9 Jun 2009 (Selasa) jam 11.00 pagi
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
2/27
2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismilillahirahmanirrahim.
Pertama sekali ingin saya melafazkan rasa syukur
ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izin-Nya
dapatlah kita berkumpul bersama-sama pada hariini sempena pelancaran rasmi sebuah buku
biografi mengenai seorang insan yang namanya
sudah menjadi sinonim dengan politik negara
kita.
2. Sehubungan dengan itu, saya ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah
Mansor, isteri Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri Malaysia kerana sudi meluangkan masa
untuk merasmikan pelancaran buku ini.
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
3/27
3
3. Di samping itu, saya juga mengucapkan
jutaan terima kasih kepada para tetamu dan dif-
dif kehormat yang telah sudi hadir untuk sama-
sama menjadikan majlis ini meriah dan lebih
bermakna.
4. Sebenarnya, apabila penerbit buku berjudul
Najib Perdana Menteri ke-6 ini menyerahkan
beberapa naskah buku berkenaan kepada saya,
tokoh pertama yang terlintas di dalam minda saya
untuk tujuan menyempurnakan pelancarannya
tidak lain dan tidak bukan selain daripada Yang
Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor.
5. Walaupun agak jarang bagi seseorang yangbukan tergolong daripada ahli politik merasmikan
pelancaran buku mengenai seseorang tokoh
politik, atau seorang isteri menyempurnakan
pelancaran rasmi buku yang ditulis untuk
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
4/27
4
suaminya, namun setelah berunding dengan
beberapa orang sahabat yang mengenali Yang
Amat Berhormat Dato Seri Najib dan juga Yang
Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah, masing-
masing merasakan tidak ada sesiapa yang lebih
layak untuk diberikan penghormatan merasmikan
pelancaran buku mengenai Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri melainkan isterinya sendiri.
6. Justifikasi yang dikemukakan bukan sekadar
bahawa sebagai seorang isteri, Yang Amat
Berbahagia Datin Seri Rosmah adalah insan yang
paling mengenali segala sesuatu mengenai Yang
Amat Berhormat Dato Seri Najib tetapi juga
disebabkan beliau memainkan peranan yang amat
besar dalam mewarnai kerjaya politik dalam erti
kata memberikan suaminya ketenangan, motivasi,
daya-gerak sehingga Yang Amat Berhormat Dato
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
5/27
5
Seri Najib dapat memberikan fokus beliau yang
maksima terhadap segala sesuatu yang perlu
dilakukan dan ingin dilakukan untuk negara dan
rakyat.
7. Sesungguhnya inilah sumbangan besar
Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah
Mansor, bukan sahaja kepada kerjaya politik
suaminya, tetapi apa yang jauh lebih penting
ialah kepada kesejahteraan negara dan rakyat
Malaysia. Dalam lain perkataan secara tidak
langsung dan di sebalik tabir, beliau telah turut
menyumbang kepada pemeliharaan dan
kesinambungan warisan peralihan kuasa yang
licin yang sudah menjadi tradisi dalam UMNO dan
kerajaan.
8. Tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan
seperti ini daripada seseorang isteri bukanlah
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
6/27
6
sesuatu yang begitu ketara dan disedari umum.
Tetapi hakikatnya sentiasa bertolak kepada kata-
kata pujangga betapa di sebalik kejayaan
seorang lelaki adalah wanita yang sentiasa berdiri
di belakangnya. Justeru dalam konteks ini segala
pengorbanan, kesabaran, kekayaan sumber
pemikiran atau resourcefulness dan sikap
mementingkan dan mendahulukan suami sebagai
seorang tokoh awam atau public figure yang
bertanggungjawab kepada negara dan rakyat,yang telah dipamerkan oleh Yang Amat
Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor di
sepanjang kerjaya politik suaminya adalah
merupakan satu sumbangan yang tidak ternilai
untuk rakyat dan negara, selain daripada
terhadap Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib
sendiri.
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
7/27
7
9. Kita sememangnya boleh bersetuju dengan
ungkapan bahawa pemimpin datang dan pergi.
Hal yang serupa berlaku di dalam sesebuah parti
politik dan di mana-mana sahaja. Namun urusan
mempersiapkan seorang pemimpin pelapis yang
bakal menjadi pemimpin nombor satu negara
bukanlah sesuatu yang dilakukan secara sengaja.
Bahkan sekiranya ia dilakukan secara sengaja dan
ketara sebagaimana yang dilakukan kepada
seorang bekas pemimpin tinggi parti dan kerajaanyang awal-awal lagi dipayung-terjunkan ke dalam
parti dan kerajaan untuk menjadi putera-mahkota
kepimpinan tertinggi parti dan kerajaan, maka ia
mengundang padah. Sebagaimana yang kita
sedia maklum, akhirnya orang ini tersingkir dan
mengepalai pembangkang dalam usaha
merosakkan keutuhan dan kestabilan politik yang
telah dinikmati oleh rakyat untuk sekian lamanya.
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
8/27
8
10. Secara perbandingan, walaupun lebih
dahulu menyertai politik dan menjawat jawatan
dalam kerajaan, Yang Amat Berhormat Dato Seri
Najib tidak dipersiapkan dengan cara ini.
Sebaliknya apa yang berlaku kepada beliau
adalah ibarat peribahasa Inggeris, the river takes
its own course maknanya sebatang sungai yang
mengalir secara semula jadi menurut laluannya.
Dengan menggunakan peribahasa ini sebagai satu
metafora, maka kalau diibaratkan Yang AmatBerhormat Dato Seri Najib sebagai sebatang
sungai yang mengalir merentasi segala ranjau
sebelum tiba di muara, maka Yang Amat
Berbahagia Datin Seri Rosmah adalah tebingnya.
Sementara Yang Amat Berbahagia Datin Seri tidak
pernah mempersiapkan suaminya untuk menjadi
seorang Perdana Menteri, namun setiap detik
dalam hidupnya bersama Yang Amat Berhormat
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
9/27
9
Dato Seri Najib, dia mempersiapkan suaminya
supaya menjadi pemimpin yang baik dan boleh
diteladani serta menjalankan amanah rakyat dan
negara dengan kesungguhan yang tidak berbelah
bahagi.
11. Begitulah antara justifikasi dan hujah yang
dikemukakan oleh beberapa orang sahabat dalam
memutuskan agar Yang Amat Berbahagia Datin
Seri Rosmah sendiri, selaku isteri Yang Amat
Berhormat Dato Seri Najib menyempurnakan
pelancaran buku biografi Najib Perdana Menteri
Ke-6ini.
12. Perlu juga saya sebut di sini, pada mulanyaYang Amat Berbahagia Datin Seri agak keberatan
untuk menerima undangan ini kerana tidak mahu
disalah-tafsir oleh mana-mana pihak. Tetapi
setelah dijelaskan mengapakah beliau
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
10/27
10
merupakan tokoh paling sesuai, maka akhirnya
Yang Amat Berbahagia Datin Seri bersetuju
menerimanya. Justeru bagi pihak Jawatankuasa
Penganjur, Kementerian Pertahanan dan rakyat
Malaysia, saya sekali lagi merakamkan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang
Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor,
isteri Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Tun
Razak, Perdana Menteri Malaysia.
13. Sebagaimana yang tuan-tuan dan puan-
puan sedia maklum, buku biografi yang
mengisahkan perihal dan perjalanan seseorang
tokoh adalah amat penting dalam dunia penulisan
sehingga ia dianggap sebagai satu genre yang
tersendiri. Malah Sistem Decimal Dewey untuk
pengkatalogan buku-buku mengkhususkan angka
920 untuk buku-buku biografi.
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
11/27
11
14. Namun agak malang kerana penulisan
berbentuk biografi ini tidak begitu diminati oleh
penulis tempatan. Sekiranya ada usaha untuk
menulis dan menerbitkan sesebuah buku biografi
maka ia akan bersifat terlalu akademik yang
akhirnya membosankan pembaca dan gagal
menemui audien yang sepatutnya.
15. Selain daripada itu, terdapat juga usaha dari
penulis-penulis tertentu menghasilkan tulisan
mengenai seseorang tokoh politik. Tetapi agak
malang, karya yang dihasilkan itu tidak begitu
menyeluruh dan hanya memaparkan profail
ringkas tokoh yang di tulis itu tanpa perincian. Ini
menjadikan hasil karya mereka itu apabila dibaca
seolah-olah seorang pembaca sedang membaca
sesuatu borang yang mengandungi butiran
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
12/27
12
peribadi tokoh seperti tarikh lahir, tempat lahir,
pekerjaan dan sebagainya.
16. Sebuah buku biografi sebenarnya adalah
mengenai kehidupan seseorang individu. Namun
demikian ia lebih dari sekadar sebuah penulisan
berfakta mengenai kehidupan dan kejayaan
seseorang. Sebuah buku biografi yang baik
memberikan audien pembacanya kefahaman
mendalam atau insight tentang perwatakan,
segala sesuatu yang menjadi faktor penggerak
serta keperibadian invididu yang menjadi subjek
sesebuah biografi. Justeru sebuah buku biografi
yang baik akan menangkap imaginasi pembaca
dan membantunya untuk mempertingkatkan
kefahamannya terhadap invididu tersebut.
Kefahaman yang mendalam ini pula boleh
memotivasikan pembaca dan tidak mustahil
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
13/27
13
menjadikan individu berkenaan sebagai seorang
role model.
17. Pujangga dan sasterawan terkemuka
Perancis Andre Maurois pernah berkata bahawa
sebuah biografi seharusnya seperti sebuah
drama, iaitu meninggalkan rasa kedamaian.
Katanya bibit dalam sesebuah biografi adalah
ibarat kita mengumpul sejambak bunga,
sejambak bunga yang membawa kemanisan
dalam hidup, dan mempersembahkannya sebagai
hadiah terhadap sebuah takdir yang telah
berlaku, lalu ia persis sebuah rangkap penamat
sebuah lagu yang lengkap, atau rangkap terakhir
sebuah puisi.
18. Begitulah penting dan indahnya sesebuah
karya biografi sebagaimana yang digambarkan
oleh Andre Maurois. Di negara kita ini, walaupun
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
14/27
14
dalam ketandusan yang begitu ketara kerana
amat sedikit dari kalangan penulis yang sanggup
menulis buku biografi, kita dapat berbangga
dengan penulis seperti Yusof Harun, pengarang
buku Najib Perdana Menteri Ke-6 yang disusuli
oleh Noor Asmah M.N. selaku pengarang-bersama
atau co-author karya ini.
19. Saya mengenali pengarang secara peribadi.
Bukan sahaja kerana kami berdua adalah orang
Perak. Saya dari Bagan Datoh dan Yusof Harun
dari Teluk Intan, dua buah tempat yang
dipisahkan oleh jalan yang sekadar beberapa
puluh kilometer sahaja, manakala Noor Asmah
pula di utara Perak iaitu di Gerik. Saya mula
bergiat aktif dalam politik, Yusof Harun sudah pun
menulis politik selaku wartawan dan kemudiannya
pengarang di beberapa buah akhbar tabloid.
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
15/27
15
20. Ketika itu Yusof Harun juga ada menulis
sebuah buku politik yang merupakan koleksi
interviewnya dengan beberapa orang pemimpin
politik di awal 1980-an dan kemudiannya sebuah
buku kembara pemikiran yang memaparkan
kebangkitan Islam yang berlaku di seluruh dunia
pada ketika itu.
21. Buku biografi pertama yang diusahakan
oleh Yusof Harun adalah mengenai Perdana
Menteri pertama kita, Almarhum Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj. Saya masih ingat buku ini
kerana ia diterbitkan tidak lama selepas Bapa
Kemerdekaan meninggalkan kita semua untuk
mendahului perjalanannya ke negara Akhirat.
Buku Tunku Idealisme Dalam Kenangan itu
adalah merupakan satu-satunya biografi lengkap
Tunku yang ditulis oleh rakyat tempatan. Sebelum
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
16/27
16
itu terdapat setidak-tidaknya dua buah lagi
biografi mengenai Tunku. Tetapi kedua-dua buku
ini ditulis oleh pengarang asing. Selain daripada
biografi mengenai Tunku yang ditulis oleh Yusof
Harun ini, saya mendapat tahu ada sebuah
pasukan terdiri daripada beberapa orang
pensyarah universiti yang mahu menghasilkan
sebuah biografi Tunku. Malangnya sehingga hari
ini, tidak ada sesiapapun yang tahu apa yang
telah terjadi kepada projek tersebut.
22. Setelah menghasilkan buku biografi yang
pertama itu, pengarang telah menghasilkan
beberapa buah lagi biografi beberapa orang tokoh
pemimpin negara termasuk sebuah mengenai Tun
Dr. Mahathir.
23. Buku biografi Najib Perdana Menteri ke-6
adalah buku terbaru beliau mengenai tokoh yang
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
17/27
17
tidak asing lagi kepada kita semua. Di sebalik
kesukaran menulis tentang Dato Seri Najib Tun
Razak kerana perkara yang perlu ditulis adalah
terlalu banyak. Ini kerana Dato Seri Najib sudah
berada dalam politik arus perdana negara dan
memegang jawatan dalam kerajaan selama lebih
daripada 30 tahun, saya juga dapat
membayangkan keseronokan menulis mengenai
seorang tokoh yang kehidupan dan kerjaya
politiknya amat pelbagai dan penuh berwarnawarni.
24. Saya sendiri mula mengenali YAB Dato Seri
Najib ketika bergiat aktif dalam Pergerakan
Pemuda UMNO pada tahun 1980-an. Selain
mengenali beliau di dalam Pemuda, saya pernah
berkhidmat di bawah beliau di beberapa buah
Kementerian termasuk menjadi Setiausaha Politik
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
18/27
18
beliau di Kementerian Belia dan Sukan pada
pertengahan tahun 1980-an.
25. Tidak perlulah saya katakan bagaimana
saya cukup mengkagumi budaya kerja beliau,
mempelajari segala sesuatu yang mampu saya
pelajari, sama ada mengenai selok-belok politik
atau kepimpinan itu sendiri serta secara peribadi
mengenali beliau sebagai sahabat yang memiliki
integriti dan berhemah tinggi.
26. Mungkin saya tidak mengenali keseluruhan
mengenai YAB Dato Najib di sepanjang kerjaya
beliau sebagai seorang ahli politik sehingga beliau
akhirnya menjadi Perdana Menteri. Tetapi dalammasa, lebih daripada 20 tahun mengenali YAB
Dato Seri Najib sudah tentu banyak yang dapat
saya kenang kembali mengenai diri beliau.
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
19/27
19
27. Sekiranya saya ini seorang penulis dalam
erti kata sebenar, seperti Saudara Yusof Harun,
sudah tentulah saya juga akan menulis sebuah
biografi untuk Perdana Menteri kita yang amat
dikasihi ini. Namun agak malang kerana saya
bukan seorang penulis, saya hanya orang politik.
28. Walaupun banyak yang boleh saya ingati
mengenai YAB Dato Seri Najib bermula dari
tahun 1980-an, saya terpaksa akui bahawa apa
yang ditulis oleh Yusof Harun dan Noor Asmah
M.N. jauh lebih menyeluruh dan terperinci
mengenai perjalanan dan peristiwa dalam
kehidupan YAB Dato Seri Najib bermula sebagai
seorang Ahli Parlimen pada tahun 1976
sehinggalah menjadi Perdana Menteri pada tahun
2009 disitulah minda saya termampu untuk
mengingatinya.
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
20/27
20
29. Berkisar mengenai penulis, suka saya
nyatakan di sini tentang peranan penulis dalam
membantu menyampaikan suara kerajaan kepada
masyarakat. Saya masih ingat sekitar pada tahun
1980-an sehingga ke awal 1990-an ramai
dikalangan penulis dan politik tanah air yang
bergiat cergas menulis dalam menerbitkan buku-
buku yang dapat membantu masyarakat dalam
menyokong kerajaan.
30. Mereka menulis tanpa mengenali erti jemu
mengenai tokoh-tokoh politik yang memegang
jawatan dalam kerajaan dan menceritakan
kepada pembaca bagaimana tokoh-tokoh
berkenaan relevan dalam konteks politik ketika itu
dan sumbangan mereka kepada bangsa dan
negara. Di samping itu mereka juga
mempertahankan kerajaan dari serangan
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
21/27
21
berbentuk isu tertentu yang dibawa oleh
pembangkang.
31. Tetapi malangnya pada hari ini, generasi
penulis sedemikian sudah kian pupus. Sukar bagi
kita menemui nama-nama yang dulu agak
terkenal di kalangan masyarakat pembaca dan
peminat buku-buku politik yang masih lagi aktif
berkarya. Sebaliknya generasi penulis tersebut
telah digantikan oleh generasi penulis baru yang
menulis dalam media maya. Mereka menulis
dalam portal berita atau blog persendirian dan
menyertai gerombolan mereka yang sentiasa
mencari salah dan silap kerajaan secara destruktif
dengan bertujuan menghapuskan sokongan
rakyat terhadap kerajaan. Tulisan-tulisan mereka
banyak yang mempunyai unsur membenci
kerajaan.
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
22/27
22
32. Sehubungan dengan itu, saya menyeru
penulis-penulis yang mungkin turut hadir sebagai
tetamu dalam majlis pelancaran buku Najib
Perdana Menteri Ke-6 ini agar bangkit bersama-
sama menentang semua anasir jahat yang mahu
merosakkan bukan sahaja imej kerajaan tetapi
mungkin mempunyai agenda tertentu untuk
merampas kuasa kerajaan dengan cara yang
tidak beretika.
33. Saya tidak hairan sekiranya semua penulis
blog ini sebenarnya, tanpa mereka sedari telah
digunakan atau menjadi agen kepada agenda
jahat ini dan tidak bermoral.
Oleh itu, sekali lagi saya menyeru agar para
penulis bangkit dengan berani dan menentang
mereka ini di samping mempertahankan kuasa
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
23/27
23
yang masih ada lagi pada kita sebelum segala-
galanya terlambat.
34. Saya merasakan agak malang kerana situasi
yang menimpa kerajaan ini berlaku di era
pentadbiran Dato Seri Najib, namun saya yakin
beliau dan anggota kabinetnya serta rakan-rakan
pemimpin di dalam parti UMNO mampu
menangani masalah ini dengan baik.
35. Bagi saya ini merupakan satu cabaran
terkini buat kerajaan. Tetapi ia bukanlah
merupakan satu masalah yang tidak boleh
ditangani sama sekali. Sekiranya kita berjaya
menyelesaikan bermacam-macam masalah dalammasa 51 tahun menerajui kerajaan termasuk
ancaman komunis, maka saya tidak nampak
mengapa kita tidak akan berjaya menyelesaikan
masalah ini. Insya-Allah.
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
24/27
24
36. Perlu juga saya nyatakan di sini, walaupun
masalah ini berlaku di zaman YAB Dato Seri
Najib, namun kita perlu ingat bahawa beliau
berpengalaman luas untuk menangani. Saya
mengatakan cukup kerana beliau telah berada di
dalam kerajaan selama lebih daripada 30 tahun.
Dan saya juga mengatakan unik kerana beliau
telah berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri,
satu-satunya yang belum pernah di kongsi oleh
mana-mana Perdana Menteri Malaysia sebelumini.
37. Allahyarham Tun Abdul Razak berkhidmat di
bawah seorang Perdana Menteri sahaja. Begitu
juga Allahyarham Tun Hussein. Tun Dr. Mahathir
dan Tun Abdullah masing-masing berkhidmat di
bawah dua Perdana Menteri. Cuma YAB Dato Seri
Najib sahaja yang berkhidmat di bawah tiga
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
25/27
25
orang Perdana Menteri. Oleh itu beliau
mempunyai pengalaman bagaimana ketiga-tiga
orang Perdana Menteri ini menangani krisis politik
di zaman masing-masing.
38. Umum mungkin melihat masalah yang
dihadapi oleh YAB Najib dalam eranya sebagai
masalah yang rumit dan kompleks, pandangan itu
saya kira meleset kerana semuanya hanyalah
mencerminkan darjah permasalahan itu secara
relatif menurut realiti hari ini.
39. Buku biografi yang ditulis oleh Yusof Harun
dan Noor Asmah M.N. banyak mengingatkan
kembali kenangan pembaca kepada krisis sertamasalah dalam kerajaan mahupun dalam parti
yang terpaksa dihadapi dan ditangani oleh YAB
Dato Seri Najib dalam pelbagai jawatannya di
sepanjang kerjaya politiknya. Oleh itu masalah
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
26/27
26
yang dihadapi kini hanyalah tinggal satu masalah
yang tidak dapat dielakkan oleh mana-mana
pemimpin politik hatta dalam sebuah negara yang
stabil dan progresif seperti negara kita.
40. Saya mengalu-ngalukan penerbitan buku ini
dan saya harap pengarang akan terus melakukan
usaha yang murni sebagai pelapor sejarah dan
penyambung minda pemikiran pemimpin hari ini
kepada generasi pemimpin yang akan datang.
Dalam kesempatan ini, saya menaruh harapan
yang tinggi agar akan lahir lebih ramai lagi
penulis-penulis tempatan yang tampil bagi
menghasilkan karya-karya serius politik berbentuk
biografi sebagaimana buku yang dirasmikan
pelancarannya pada hari ini.
41. Akhir kata, izinkah saya memetik kata-kata
seorang Perdana Menteri Great Britain, Benjamin
-
7/25/2019 Ucapan Yb Menteri Sempena Pelancaran Buku 9 Jun 09
27/27
27
Disraeli mengenai biografi untuk renungan kita
bersama. Kata beliau, Read no history: nothing
but biography, for that is life without theory.
Sekian. Wabillahitaufik. Wassalamualaikum
WRT.
http://thinkexist.com/quotation/read_no_history-nothing_but_biography-for_that_is/199852.htmlhttp://thinkexist.com/quotation/read_no_history-nothing_but_biography-for_that_is/199852.htmlhttp://thinkexist.com/quotation/read_no_history-nothing_but_biography-for_that_is/199852.htmlhttp://thinkexist.com/quotation/read_no_history-nothing_but_biography-for_that_is/199852.htmlhttp://thinkexist.com/quotation/read_no_history-nothing_but_biography-for_that_is/199852.html
top related