uitm cawangan johor...(jim) uitm cawangan johor, pasir gudang telah mengambil inisiatif untuk...
Post on 12-Feb-2020
24 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UITM CAWANGAN JOHOR Bil 4 / 2019
http://www.facebook.com/PKKUiTM/ http://careercounselling4u.uitm.edu.my
Disediakan oleh Pn Suzainah Rahmat
SEKSYEN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI
STAF : PROGRAM KURSUS KENDIRI
PENGGUNA 2019
Pihak Unit Kerjaya dan Kunseling dengan
kerjasama Unit Jaringan Industri & Masyarakat
(JIM) UiTM Cawangan Johor, Pasir Gudang telah
mengambil inisiatif untuk menganjurkan dan
melibatkan staf dari UiTM Pasir Gudang dalam
menyertai Kursus Kendiri Pengguna.
Tanggal 19 Februari 2019 (Selasa) bertempat
di Bilik IT PTDI UiTM Kampus Pasir Gudang telah
berlangsungnya program Kursus Kendiri
Pengguna yang bertemakan “Keselamatan dan
Penjimatan Elektrik Di Tempat Kerja Dalam
Meningkatkan Kelestarian Alam Sekitar”.
Objektif program ini adalah untuk:
1. Meningkatkan pengetahuan dan ketereangan
dengan benar dan tepat tentang akta Elektrik di
Tempat Kerja, di Rumah atau persekitaran
Domestik.
2. Menanam semangat sayangkan “mother nature”
dengan dasar penjimatan elektrik.
3. Meningkatkan data Kerjasama Sosial Korporat
pihak UiTM Johor dengan pihak Industri.
4. Peserta dapat mengisi masa cuti semester
dengan ilmu yang baharu disamping mendapat
kursus berjam kredit yang bermanfaat.
Berdasarkan kepada Tajuk Bengkel, Dasar
Penjimatan elektrik perlu dipupuk setiap masa demi
kelestarian hidup generasi akan datang iaitu anak-
anak kita sendiri. Tambahan ekoran ekonomi Global
kos sumber tenaga yang meningkat dari masa ke
semasa. Terima kasih buat Puan Noorlelawati
Binti Mustaffa Kamal (Head Of Marketing Unit
Johor Skills) dan Tn Hj Elias Bin Hj Jaafar
(Manager Electrical & Electronic Departtment,
Johor Skills Development Centre).
Program Kursus Kendiri Pengguna ini turut
menerima maklum balas yang berguna dari
para peserta malah rata-rata menyokong
program ini diadakan pada masa akan datang.
Antara maklum balas yang diterima:
1. Perlu diteruskan lagi kursus ini pada masa akan
datang.
2. Sangat baik dan perlu diteruskan pada masa
akan datang.
3. Harap program seperti ini dapat diteruskan
dengan tajuk-tajuk yang lebih menarik dan
berilmiah
4. Ceramah ini boleh diteruskan pada masa
hadapan
5. Perlu di tambah masa dan adakan aktiviti
Maklum balas penglibatan peserta program seperti di
Carta Pai disebelah.
Terima Kasih kepada semua pihak terutama Penolong
Rektor Kampus, Prof Madya Ir Bahardin Bin Baharom
yang meluluskan program ini serta AJK yang
bekerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam
menjalankan program . Puan Suzainah Binti Rahmat
selaku Penasihat Program bekerjasama dengan
Penasihat JIM UiTM PG iaitu Puan Norbaiti Dinti Sidik
dalam merelisasikan program ini.
top related