unit 1unit 1 - docshare01.docshare.tipsdocshare01.docshare.tips/files/27015/270152474.pdf ·...
Post on 02-Feb-2018
281 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 1
Objektif am : Mempelajari dan menjelaskan
maksud undang-undang dan
sistem perundangan di Malaysia
Objektif khusus : Di akhir unit ini, anda
sepatutnya dapat :
a.Mentakrifkan undang-undang dan sistem
perundangan Malaysia.
b.Menjelaskan pengaruh undang-undang
Inggeris ke atas perundangan Malaysia.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
OBJEKTIF
UNIT 1UNIT 1
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 2
c.Menyenaraikan sumber undang-undang di
Malaysia yang merangkumi sumber bertulis
dan tidak bertulis.
d.Menerangkan institusi undang-undang yang
terdapat di Malaysia.
1.0 Pengenalan
Secara amnya tiada satu definisi khusus yang diterima umum berkenaan dengan
definisi undang-undang. Walau bagaimanapun, perkataan undang-undang
didefinasikan oleh Webster’s Dictionary sebagai semua peraturan yang berkaitan
dengan tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum. Menurut
Yaqin (1996), kesemua pihak bersetuju jika dikatakan bahawa undang-undang adalah
satu set peraturan yang mentadbir tingkah laku dalam masyarakat.
Mesej utama perundangan ialah untuk keadilan dan kepastian bahawa undang-undang
tersebut adalah bersesuaian, diterimapakai dan dihargai oleh kita semua pada setiap
waktu.
1.1 Sistem Perundangan Malaysia
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 3
Secara asasnya, undang-undang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu undang-
undang awam (public law) dan undang-undang persendirian (private law).
Undang-undang Awam – Undang-undang awam adalah undang-undang yang
mentadbir tentang perhubungan di antara individu dan negeri. Undang-undang ini
dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang perlembagaan yang
membincangkan tentang hak individu dalam negeri dan juga undang-undang
jenayah yang membincangkan tentang berbagai jenis jenayah oleh individu
terhadap negeri. Contoh undang-undang awam ialah undang-undang jenayah dan
undang-undang perlembagaan.
Undang-undang Persendirian – Undang-undang persendirian ialah undang-
undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan hubungan antara individu seperti
hak-hak dan tugas sesama mereka. Undang-undang persendirian bertujuan untuk
memberi pampasan kepada pihak yang teraniaya, agar harta dapat diperolehi
semula daripada pihak yang melakukan kesalahan dan untuk melaksanakan
tanggungjawab. Contoh undang-undang persendirian ialah undang-undang
kontrak dan juga undang-undang tort.
Segai kesimpulannya anda boleh merujuk Rajah 1.1 di bawah.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Undang-undangAwam
Undang-undangPersendirian
Kontrak Ajensi
Jualan Barang-barang Insurans
Perbankan dan Suratcara Bolehniaga Sewabeli
Perlembagaan
Jenayah
Perkongsian
Hartabenda
Syarikat
Keluarga
Amanah
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 4
Rajah 1.1 : Sistem perundangan Malaysia
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tort
Komersil
Kontrak Agensi Jualan Barang -barang
Insurans Perbankandan
SuratcaraBolehniaga
Sewabeli
Contoh 1.1 :
Mesej utama undang-undang yang paling lengkap adalah :
Keadilan sesebuah negara.
Keadilan, kesesuaian, diterimapakai dan dihargai oleh semua.
Keseragaman perjalanan urusan pentadbiran sesebuah negara.
Penyelesaian : (B)
Contoh 1.2 :
Isikan tempat kosong berikut :
Pembahagian perundangan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua iaitu undang-
undang awam dan ________________________.
Penyelesaian : Undang-undang persendirian
Contoh 1.3:
Lengkapkan tempat kosong berikut :
Penyelesaian : PerlembagaanJenayah
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 5
NILAI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM KE INPUT SETERUSNYA….!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.
1. Berikan satu definisi undang-undang yang anda ketahui.
2. Berapa jeniskah pembahagian undang-undang yang terdapat di Malaysia dan
nyatakannya.
3. Apakah jenis undang-undang yang terkandung di dalam komersil.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Undang-undangAwam
AKTIVITI 1aAKTIVITI 1a
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 6
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 7
1. Undang-undang didefinasikan oleh Webster’s Dictionary sebagai semua peraturan
yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu
kaum. Menurut Yaqin (1996), kesemua pihak bersetuju jika dikatakan bahawa
undang-undang adalah satu set peraturan yang mentadbir tingkah laku dalam
masyarakat.
2. Terbahagi kepada dua :
Undang-undang awam
Undang-undang persendirian
3. Pembahagian undang-undang di bawah komersil :
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kontrak Ajensi Jualan Barang-barang
Insurans Perbankan dan Suratcara Bolehniaga
Sewabeli
MAKLUM BALAS 1aMAKLUM BALAS 1a
Undang-undang Komersil
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 8
1.2 PENGARUH UNDANG-UNDANG INGGERIS
Pemakaian Undang-Undang Inggeris
Dengan adanya sek.3 dan Sek.5 Akta Undang-undang Sivil 1956
Sek.3 (1)(a) Di Malaysia Barat, mahkamah hendaklah memakai Common Law of
England dan kaedah-kaedah ekuiti seperti yang ditadbirkan di
England pada 7hb. April 1956
Sek.3 (1)(b) Di Sabah, hendaklah memakai Common Law of England dan
kaedah-kaedah ekuiti bersama dengan statut-statut pemakaian am
ditadbirkan atau berkuatkuasa di England pada 1hb. Disember 1951
Sek.3 (1)( c ) Di Sarawak, herndaklah memakai Common Law of England,
kaedah-kaedah ekuiti bersama dengan statut-statut pemakaian am
ditadbirkan atau berkuatkuasa di England pada 12hb. Disember 1949
Sek.5 – Penerimaan Undang-undang Inggeris dalam hal-hal persaudagaran
Sek.5 (1) Di Malaysia Barat, pemakaian terhad kepada undang-undang yang
ditadbirkan di England pada 7hb. April 1956
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 9
Sek.5 (2) Di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, undang-undang yang
terpakai ialah undang-undang yang di England pada masa sesuatu
kes itu diputuskan
Kes-kes terpakai :
1. MOKHTAR V.MURUGAM
- Isu tentang ketidakseragaman penggunaan Common Law, ekuiti dan statut
- Statut tidak terpakai di Malaysia Barat
2. A) LEONG BEE V LIANG NAM WORKS
b) LEE KEE CHOONG V EMPAT NO. EKOR
- Isu kedua-dua kes tentang ketidakseragaman tarikh dalam sek.3
- Prinsip apa-apa perkembangan selepas tarikh-tarikh yang dinyatakan itu tidak
terpakai
3. COMMONWEALTH OF AUSTRALIA V MIDFOR(M) S.B (1990)
Keputusan Mahkamah Agung : Perkembangan undang-undang selepas tarikh-
tarikh tersebut adalah di terimapakai (import decision)
a) SENG DJIT V NAGURDAS PURSHOTOMDAS (1923) AC 444
b) SHAIK SAHID ABDULLAH V SOCKALINGAM (1933) MLJ 81
- Isu kedua-dua kes tentang pemakaian sek.5 Akta Sivil 1956 iaitu tafsiran
perkataan ‘undang-undang’ samada ia merujuk kepada undang-undang
persaudagaran sahaja atau semua undang-undang yang ditadbirkan di England
- Prinsip : hanya rujuk pada isu-isu persaudagaran sahaja.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Contoh 1.4 :
Sebutkan undang-undang Inggeris yang masih diterimapakai di Malaysia.
Penyelesaian : Sek 3(1) (a), Sek 3(1) (b), Sek 3(1)( c ) & Seksyen 5
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 10
1. Nyatakan undang-undang Inggeris yang masih diterimapakai di Malaysia.
2. Terangkan Seksyen 5 akta undang-undang sivil 1956 yang menerimapakai undang-
undang Inggeris.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
AKTIVITI 1bAKTIVITI 1b
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 11
1. Sek 3(1), Sek 3(2), Sek 3(3)
Sek 5(1) & Sek 5(2)
2. Sek.5 (1) Di Malaysia Barat, pemakaian terhad kepada undang-undang yang
ditadbirkan di England pada 7hb. April 1956
Sek.5 (2) Di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, undang-undang yang
terpakai ialah undang-undang yang di England pada masa sesuatu
kes itu diputuskan
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MAKLUM BALAS 1bMAKLUM BALAS 1b
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 12
1.3 SUMBER UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
1.3.1 Sumber bertulis
Sumber utama
Secara spesifiknya dinyatakan, ditulis dan dibukukan
Pembahagian:
1. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Sumber undang-undang tertinggi- sebarang undang-undang yang tidak
konsisten dengan perlembagaan adalah tidak sah
Termasuk undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan DUN
Terdapat 16 perkara :
- Nama negeri dan daerah
- Agama persekutuan
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 13
- Supreme Law of Federation
- Kebebasan asasi
- Kewarganegaraan
- Pihak berkuasa persekutuan
- Perhubungan antara persekutuan dan negeri
- Pembahagian kuasa kewangan
- Pengundian
- Kehakiman
- Perkhidmatan awam
- Darurat
- Bahasa kebangsaan
- Hak perundangan terhadap Sabah dan Sarawak
- Peruntukan sementara dan peralihan
- Saving for rulers sovereingty
2. PERLEMBAGAAN NEGERI
13 negeri mempunyai perlembagaan sendiri [Fasal(4) Perkara71– Perlembagaan
persekutuan]
Boleh dipinda atau dimansuhkan oleh Majlis Perundangan negeri atas
persetujuan Sultan atau Raja
Raja atau Sultan mempunyai hak-hak menjalankan perlembagaan berdasarkan
jaminan perlembagaan persekutuan
3. UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN / AKTA
Digubal oleh Parlimen
Persetujuan 2/3 ahli Dewan Perundangan Negeri- diluluskan oleh Yang
DiPertuan Agong
Undang-undang yang telah diperkenan akan diwarta
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 14
4. UNDANG-UNDANG NEGERI / ENAKMEN
Digubal di peringkat negeri oleh DUN
1946-1956 => ‘ordinan’
Selepas 1957 => ‘akta’
Sumber undang-undang yang penting daripada kes undang-undang atau
kejadian
5. UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI
Kuasa undang-undang diturunkan kepada satu badan tertentu untuk mencipta,
memansuh, melaksanakan undang-undang kepada situasinya
Contoh : Kementerian melalui Suruhanjaya
1.3.2 Sumber Tidak Bertulis
Tidak digubal oleh Parlimen, DUN dan tidak terdapat di dalam perlembagaan
1. UNDANG-UNDANG INGGERIS
Digunakan apabila bersesuaian dengan adat resam dan budaya masyarakat
Untuk mengisi kekosongan yang terdapat dalam undang-undang Malaysia (bila
perlu sahaja)
3 sumber dalam Common Law Inggeris :
a) Common Law itu sendiri
b) Keadilan- keputusan berdasarkan Lord Counselor
c) Statut (akta)
2. ADAT RESAM
Perkahwinan, penceraian dan pembahagian harta pusaka
Berbeza ikut kaum dan keputusan dibuat oleh ketua-ketua kaum
Di Sabah dan Sarawak- Mahkamah Anak Negeri
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 15
Cina dan India- telah diubahsuai apabila kedatangan Inggeris dalam berbagai
enakmen undang-undang sivil
3. UNDANG-UNDANG ISLAM
Berdasarkan Mazhab Shafie
Ketua bagi melaksanakan undang-undang Raja/Sultan, tetapi bsgi negeri
Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan- Yang
DiPertuan Agong
Majlis Penasihat- Majlis Fatwa
Mahkamah Syariah- soal-soal perkahwinan, penceraian, talak, nafkah hak
keatas kanak-kanak dan wasiat
4. KEPUTUSAN MAHKAMAH
Daripada keputusan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan
Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy
Prinsip ‘duluan mengikat’
Tanpa ‘duluan mengikat’- keadilan budi bicara => ‘duluan asal’
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 16
Sebagai kesimpulan untuk sumber undang-undang, sila rujuk Rajah 1.2 di bawah .
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sumber undang-undang
Sumber bertulis
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Negeri
Akta/Undang-undang Persekutuan
Enakmen/Undang-undang Negeri
Undang-undang Subsidiari
Undang-undang Inggeris
Undang-undang Syariah
Adat Resam
Sumber TidakBertulis
Keputusan mahkamah / hakim
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 17
Rajah 1.2 : Sumber undang-undang
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Contoh 1.5 :
Nyatakan sumber undang-undang di Malaysia.
Penyelesaian : Sumber bertulis & tidak bertulis
Contoh 1.6 :
Apakah yang dimaksudkan dengan sumber bertulis?
Penyelesaian :
Sumber utama
Secara spesifiknya dinyatakan, ditulis dan dibukukan
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 18
1. Apakah yang anda faham dengan sumber tidak bertulis dan terangkan dua
daripadanya.
2. Terangkan berkenaan undang-undang negeri/enakmen dan undang-undang
subsidiari.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Contoh 1.7 :
Sumber tidak bertulis dapat dibahagikan kepada 4. Nyatakan.
Penyelesaian :UNDANG-UNDANG INGGERISADAT RESAMUNDANG-UNDANG ISLAMKEPUTUSAN MAHKAMAH
AKTIVITI 1cAKTIVITI 1c
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 19
3. Sebutkan 10 daripada 16 perkara yang terkandung dalam perlembagaan
persekutuan
1. Tidak digubal oleh Parlimen, DUN dan tidak terdapat di dalam perlembagaan
2. UNDANG-UNDANG NEGERI / ENAKMEN
Digubal di peringkat negeri oleh DUN
1946-1956 => ‘ordinan’
Selepas 1957 => ‘akta’
Sumber undang-undang yang penting daripada kes undang-undang atau
kejadian
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MAKLUM BALAS 1cMAKLUM BALAS 1c
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 20
UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI
Kuasa undang-undang diturunkan kepada satu badan tertentu untuk mencipta,
memansuh, melaksanakan undang-undang kepada situasinya
Contoh : Kementerian melalui Suruhanjaya
3. Ianya terdiri daripada nama negeri dan daerah, agama persekutuan, Supreme Law of
Federation, kebebasan asasi, kewarganegaraan, pihak berkuasa persekutuan,
perhubungan antara persekutuan dan negeri, pembahagian kuasa kewangan,
pengundian, kehakiman.
1.4 INSTITUSI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
1. Undang-undang yang dinyatakan diatas digunakan dalam memutuskan kes-kes di
mahkamah yang wujud di Malaysia. Terdapat lima jenis mahkamah iaitu Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan
Mahkamah Majistret.
a) Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan
Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa
untuk mendengar rayuan daripada Mahkamah Tinggi dan mendengar kes buat
pertama kalinya, selain daripada itu, mahkamah-mahkamah ini juga boleh
memutuskan sama aa undang-undang Persekutuan atau Negeri itu sah atau tidak
dalam penyelesaian pertikaian antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri atau
antara negeri-negeri itu sendiri. Mahkamah-mahkamah ini juga boleh
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 21
menyelesaikan kemusykilan berkenaan dengan interpretasi peruntukan undang-
undang dalam Perlembagaan Persekutuan.
b) Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes sivil dan
jenayah. Kes sivil yang didengar disini adalah yang melibatkan tuntutan yang
melebihi RM280 000. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan segala jenis
hukuman termasuk hukuman mati. Bidang kuasa lainnya termasuklah hal-hal
kebangkrapan, hak penjagaan, harta sepencarian dan sebagainya.
c) Mahkamah Sesyen
Mahkamah Sesyen boleh mendengar kes-kes sivil yang mana tuntutannya
adalah sehingga RM25 000 dan RM280 000. Hukuman penjara bagi tuntutan
sivil ialah 10 tahun tetapi tidak sehingga menjatuhkan hukuman mati.
Bidangkuasa untuk kes-kes jenayah ialah merangkumi kes yang hukuman
penjaranya melebihi 10 tahun.
d) Mahkamah majistret
Mahkamah Majistret boleh mendengar kes-kes sivil yang mana tuntutannya
adalah sehingga RM25 000 dan hukuman penjaranya tidak melebihi 10 tahun.
Rayuan ke atas keputusan kes sivil dan jenayah yang dibuat oleh Majistert boleh
dibuat ke Mahkamah Tinggi. Bagi rayuan kes jenayah, keputusan Mahkamah
Tinggi adalah muktamad tetapi tidak didalam kes sivil. Majistert hanya boleh
membicarakan kes0kes jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun.
Majistret juga cuma boleh menjatuhkan hukuman maksimum penjara sehingga
5 tahun sahaja dan denda sehingga RM10 000.
1. Kebarangkalian kes yang diputuskan di mahkamah adalah mengikut Doktrin Duluan
Mengikat. Doktrin Duluan Mengikat bermakna, sekiranya terdapat peruntukan undang-
undang bertulis mengenai satu-satu perkara, mahkamah hendaklah memakai keputusan
mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya sebagai prinsip undang-undang terpakai.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 22
2. Terdapat satu kes yang menyokong pemakaian doktrin tersebut . Dalam kes PP V
Datuk Tan Cheng Swee & Anor (1980) 2 MLJ 276, mahkamah telah memutuskan
bahawa apabila terdapat keputusan mahkamah menganai satu perkara prinsip, adalah
tidak wajar bagi seseorang hakim untuk menyimpang daripada keputusan tersebut.
Walaubagaimanapun, hanya ratio decedendi yang membentuk duluan mengikat tetapi
tidak obiter dictum. Ratio decidendi ialah prinsip undang-undang yang dugunakan oleh
mahkamah untuk mencapai keputusannya manakala obiter dictum adalah merujuk
kepada perkataan-perkataan hakim yang tidak penting sewaktu membuat keputusanya.
3. RINGKASAN HIERARKI MAHKAMAH
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah rayuan
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Contoh 1.8 :
Nyatakan lima jenis mahkamah yang terdapat di Malaysia.
Penyelesaian : Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 23
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Contoh 1.9 :
Apakah yang dimaksudkan dengan Mahkamah Tinggi?
Penyelesaian :
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes sivil dan
jenayah. Kes sivil yang didengar disini adalah yang melibatkan tuntutan yang
melebihi RM280 000. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan segala jenis
hukuman termasuk hukuman mati. Bidang kuasa lainnya termasuklah hal-hal
kebangkrapan, hak penjagaan, harta sepencarian dan sebagainya.
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 24
1. Nyatakan hiraki mahkamah di Malaysia.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
AKTIVITI 1dAKTIVITI 1d
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 25
1. Ringkasan hiraki mahkamah.
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah rayuan
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MAKLUM BALAS 1dMAKLUM BALAS 1d
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 26
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
SOALAN 1
Nyatakan sumber undang-undang di Malaysia.
SOALAN 2
Terangkan 4 jenis sumber undang-undang bertulis.
SOALAN 3
Apakah yang anda faham dengan maksud sumber tidak bertulis dan terangkan.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 27
SOALAN 1-4
Lakarkan sistem hiraki mahkamah yang terdapat di Malaysia dan nyatakan jenis mahkamah
yang tertinggi
MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI
ADAKAH ANDA TELAH MENCUBA DAHULU ? JIKA YA, SILA SEMAK JAWAPAN ANDA…
JAWAPAN 1
Sumber undang-undang di Malaysia ialah:
1. Sumber bertulis
2. Sumber tidak bertulis
JAWAPAN 2
4 jenis sumber undang-undang bertulis :
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 28
1. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Sumber undang-undang tertinggi- sebarang undang-undang yang tidak
konsisten dengan perlembagaan adalah tidak sah
Termasuk undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan DUN
Terdapat 16 perkara :
- Nama negeri dan daerah -Peruntukan sementara dan peralihan
- Agama persekutuan -Saving for rulers sovereingty
- Supreme Law of Federation
- Kebebasan asasi
- Kewarganegaraan
- Pihak berkuasa persekutuan
- Perhubungan antara persekutuan dan negeri
- Pembahagian kuasa kewangan
- Pengundian
- Kehakiman
- Perkhidmatan awam
- Darurat
- Bahasa kebangsaan
- Hak perundangan terhadap Sabah dan Sarawak
2. PERLEMBAGAAN NEGERI
13 negeri mempunyai perlembagaan sendiri [Fasal(4) Perkara71– Perlembagaan
persekutuan]
Boleh dipinda atau dimansuhkan oleh Majlis Perundangan negeri atas
persetujuan Sultan atau Raja
Raja atau Sultan mempunyai hak-hak menjalankan perlembagaan berdasarkan
jaminan perlembagaan persekutuan
3. UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN / AKTA
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 29
Digubal oleh Parlimen
Persetujuan 2/3 ahli Dewan Perundangan Negeri- diluluskan oleh Yang
DiPertuan Agong
Undang-undang yang telah diperkenan akan diwarta
4. UNDANG-UNDANG NEGERI / ENAKMEN
Digubal di peringkat negeri oleh DUN
1946-1956 => ‘ordinan’
Selepas 1957 => ‘akta’
Sumber undang-undang yang penting daripada kes undang-undang atau
kejadian
5. UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI
Kuasa undang-undang diturunkan kepada satu badan tertentu untuk mencipta,
memansuh, melaksanakan undang-undang kepada situasinya
Eg: Kementerian melalui Suruhanjaya
JAWAPAN 3
Sumber Tidak Bertulis ialah tidak digubal oleh Parlimen, DUN dan tidak terdapat di dalam
perlembagaan dan ianya terbahagi kepada 4 jenis :
1. UNDANG-UNDANG INGGERIS
Digunakan apabila bersesuaian dengan adat resam dan budaya masyarakat
Untuk mengisi kekosongan yang terdapat dalam undang-undang Malaysia (bila
perlu sahaja)
3 sumber dalam Common Law Inggeris :
d) Common Law itu sendiri
e) Keadilan- keputusan berdasarkan Lord Counselor
f) Statut (akta)
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 30
2. ADAT RESAM
Perkahwinan, penceraian dan pembahagian harta pusaka
Berbeza ikut kaum dan keputusan dibuat oleh ketua-ketua kaum
Di Sabah dan Sarawak- Mahkamah Anak Negeri
Cina dan India- telah diubahsuai apabila kedatangan Inggeris dalam berbagai
enakmen undang-undang sivil
3. UNDANG-UNDANG ISLAM
Berdasarkan Mazhab Shafie
Ketua bagi melaksanakan undang-undang Raja/Sultan, tetapi bsgi negeri
Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan- Yang
DiPertuan Agong
Majlis Penasihat- Majlis Fatwa
Mahkamah Syariah- soal-soal perkahwinan, penceraian, talak, nafkah hak
keatas kanak-kanak dan wasiat
4. KEPUTUSAN MAHKAMAH
Daripada keputusan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan
Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy
Prinsip ‘duluan mengikat’
Tanpa ‘duluan mengikat’- keadilan budi bicara => ‘duluan asal’
JAWAPAN 4
Ringkasan hiraki mahkamah.
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah rayuan
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 31
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret
Mahkamah yang tertinggi ialah Mahkamah Persekutuan.
ANDA BOLEH KE UNIT SETERUSNYA….
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 32
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114/ UNIT 1 / 33
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
top related