unit 22 ( penggunaan geosintetik )
Post on 07-Apr-2018
241 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 Unit 22 ( PENGGUNAAN GEOSINTETIK )
1/12
PROSES MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH C3008/22/1
Di akhir unit ini pelajar dapat memahami jenis-jenis geosintitik dan
penggunaannya untuk memperbaiki sifat-sifat tanah.
Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :
1. menyatakan jenis-jenis geosintetik
2. menerangkan jenis-jenis geosintetik
3. menerangkan fungsi penggunaan geosintetik
-
8/6/2019 Unit 22 ( PENGGUNAAN GEOSINTETIK )
2/12
PROSES MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH C3008/22/2
22.0 Pengenalan
Pernahkah anda mendengar perkataan geotekstil atau geomambren dan di mana ia
digunakan. Sebenarnya bahan-bahn ini adalah kumpulan geosistetik.
Dalam industri pembinaan geosintetik tidak kurang penting peranannya,
ia biasanya digunakan sebagai bahan sokongan untuk memperbaiki
sifat-sifat tanah seperti pada cerun-cerun potongan atau cerun-cerun
tambakan, subgred jalan raya, pelapik tapak pelupusan sanitari dan
sebagainya. Rajah 22.1 ditunjukkan lakaran gambar sekumpulan
pekerja sedang menggunakan geogrid untuk pembinaan jalan raya.
Rajah 22.1 : Penggunaan Geogrid untuk Pembinaan Jalan Raya
-
8/6/2019 Unit 22 ( PENGGUNAAN GEOSINTETIK )
3/12
PROSES MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH C3008/22/3
Pada umumnya, geosintetik adalah bahan gentian yang diperbuat daripada polimer. Polimer pula terdiri daripada berbagai jenis, di antaranya
adalah poliester (PET), politilena (PE), poliamida (PA), polipropilena
(PP), polivinil klorid (PVC), nilon dan lain-lain. Jenis-jenis geosintetik
adalah seperti berikut :-
i. Geotekstil
ii. Geomambren
iii. Geogrid
iv. Geonet
Geosintitik mempunyai satu atau lebih fungsi untuk membantu memperbaiki sifat-
sifat tanah. Di antaranya adalah seperti berikut :-
i. Pemisahan
ii. Tetulang
iii. Penurasan
iv. Penyaliran
v. Halangan lembapan
22.1 Geotekstil
Geotekstil juga dikenali sebagai fabrik. Ia diperbuat daripada hasil produk
petroleum seperti poliester, politilena dan polipropilena. Rajah 22.2 menunjukkan
bentuk geoteksil. Ia juga diperbuat daripada kaca gentian. Geotekstil boleh
wujud dalam tiga bentuk iaitu tenunan, sulaman dan bukan tenunan.
-
8/6/2019 Unit 22 ( PENGGUNAAN GEOSINTETIK )
4/12
PROSES MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH C3008/22/4
Rajah 22.2
Geotekstil tenunan terdiri daripada dua set filamen yang selari berselang-seli
secara sistematik untuk membentuk satah struktur. Geotekstil sulaman pula
dibentuk oleh satu gelung yang terdiri daripada satu atau lebih filamen yang saling
mengunci untuk membentuk satah struktur. Manakala geotekstil bukan tenunan
dibentuk daripada filamen atau gentian pendek yang disusun atau diannyam secara
jarang untuk membentuk satah struktur. Filamen atau gentian pendek dilekatkan
di antara satu sama lain dengan menggunakan salah satu kaedah atau gabungan
kaedah berikut :-
i. Ikatan kimia
ii. Ikatan termal
iii. Ikatan mekanikal
Ikatan kimia adalah kaedah di mana ia menggunakan glue, getah, latek dan selulos
untuk melekatkannya. Ikatan termal pula merupakan proses pemanasan separa
lebur filaman bagi tujuan untuk melekatkannya. Manakan ikatan mekanikal
adalah kaedah tebukan jarum.
-
8/6/2019 Unit 22 ( PENGGUNAAN GEOSINTETIK )
5/12
PROSES MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH C3008/22/5
Terdapat empat kegunaan utama geotekstil :-
i. Penyaliran : Geotekstil bertindak sebagai bahan penyaliran
bagi membolehkan air disalur keluar dengan cepat dari tanah ke
kawasan buangan.
ii. Penurasan : Geotekstil diletak di antara dua lapisan tanah
iaitu tanah berbutiran halus dan tanah berbutiran halus, ia
membenarkan resipan air dari satu lapisan ke lapisan yang lain.
Pada masa yang sama ia menghalang tanah berbutiran halus
bercampur dengan tanah berbutiran kasar.
iii. Pemisahan : Geotekstil membantu memisihkan beberapa
lapisan tanah selepas pembinaan.
iv. Tetulang: Kekuatan tegangan geotektik akan meningkatkan
kapasiti beban galas tanah.
Secara komersial geotekstil mempunyai ketebalan di antara 0.25 mm hingga 7.6
mm. Jisim per unit luas di antara 150 g/cm2 hingga 700 g/cm2.
22.2 Geomembren
Geomembran adalah satu bahan kalis cecair atau halangan wap. Ia diperbuat
daripada kepingan selanjar polimer yang boleh lentur. Jenis bahan polimer yang
digunakan untuk membuat geomambren adalah dari jenis termoplastik atau
termoset. Jenis termoplastik termasuklah polivinil klorid (PVC), politilena,
politilena terklorin dan polimid. Manakala polimer jenis termoset termasuklah
etilena vinil asitat, polikloroprena dan isoprena-isobutilena.
-
8/6/2019 Unit 22 ( PENGGUNAAN GEOSINTETIK )
6/12
PROSES MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH C3008/22/6
Walaupun geomambren dikatakan kalis air, tetapi sebenarnya air masih boleh
meresap menerusinya. Satu ujian dilakukan ke atas geomambren, didapatibahawa pekali kebolehtelapannya adalah di antara 10 -10 hingga 10-3 cm/s.
Secara komersial geomambren wujud dalam bentuk lapisan tunggal yang
mempunyai ketebalan di antara 0.25 mm hingga 0.4 mm. Bagi geomambren dari
jenis PVC dan politelena mempunyai ketebalan di antara 4.5 mm hingga 5.0 mm.
Rajah 22.3 menunjukkan penggunaan geomambren untuk pembinaan pelapik
tapak pelupusan sanitari.
Rajah 22.3 : Penggunaan Geomambren dalam Pembinaan
`
-
8/6/2019 Unit 22 ( PENGGUNAAN GEOSINTETIK )
7/12
PROSES MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH C3008/22/7
22.3 Geogrid
Geogrid diperbuat daripada hasil produk petroleum seperti polipropilena dan
polietilena. Bentuk geogrid adalah seperti rajah 22.4. Ia berfungsi sebagai
tetulang. Terdapat dua jenis geogrid, iaitu :-
i. Geogrid Dwipaksi
ii. Geogrid ekapaksi
Rajah 22.4 : Sebelah kiri adalah Geogrid Ekapaksi dan Sebelah Kanan adalah Geogrid Dwipaksi
-
8/6/2019 Unit 22 ( PENGGUNAAN GEOSINTETIK )
8/12
PROSES MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH C3008/22/8
22.4 Geonet
Geonet diperbuat daripada polimer berbentuk jaring seperti rajah 22.5. Fungsi
utama geonet adalah sebagai saliran. Geonet yang terdapat dalam pasaran adalah
jenis polietilena ketumpatan sederhana dan polietilena ketumpatan tinggi. Ia
mempunyai lebar di antara 1.8 m hingga 2.1 m dan panjang di antara 30 m hingga
90 m, dan tebalnya di antara 3.8 mm hingga 7.6 mm.
Rajah 22.5 : Geonet
-
8/6/2019 Unit 22 ( PENGGUNAAN GEOSINTETIK )
9/12
PROSES MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH C3008/22/9
Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input seterusnya...!!!
Sila semak jawapan anda pada makluman dihalaman berikutnya.
Soalan 1
Apakah yang anda faham dengan geosentitik.
Soalan 2
Nyatakan jenis-jenis geosintitik yang anda telah pelajari. Terangkan juga
fungsi-fungsinya.
Soalan 3
Terangkan secara ringkas empat jenis geosintitik yang terdapat di pasaran.
-
8/6/2019 Unit 22 ( PENGGUNAAN GEOSINTETIK )
10/12
PROSES MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH C3008/22/10
Jawapan 1
Geosintetik adalah bahan gentian yang diperbuat daripada polimer. Polimer
pula terdiri daripada berbagai jenis, di antaranya adalah poliester, politilena,
poliproilena, polivinil klorid, nilon, politilena terklorin dan lain-lain.
Jawapan 2
Emapat jenis geosintitik iaitu geotekstil, geomembren, geogrid dan geonet.
Fungsi geosintitik adalah seperti berikut :-
Penyaliran : Geotekstil bertindak sebagai bahan penyaliran bagi membolehkan
air disalur keluar dengan cepat dari tanah ke kawasan buangan.
Penurasan : Geotekstil diletak di antara dua lapisan tanah iaitu tanah
berbutiran halus dan tanah berbutiran halus, ia membenarkan resipan air dari
satu lapisan ke lapisan yang lain. Pada masa yang sama ia menghalang tanah
berbutiran halus bercampur dengan tanah berbutiran kasar.
Pemisahan : Geotekstil membantu memisihkan beberapa lapisan tanah selepas
pembinaan.
Tetulang : Kekuatan tegangan geotektik akan meningkatkan kapasiti beban
galas tanah.
Halangan Lembapan : Bertindak sebagai lapisan kalis air.
Jawapan 3
Rujuk kepada bahagian 22.1, 22.2, 22.3 dan 22.4.
-
8/6/2019 Unit 22 ( PENGGUNAAN GEOSINTETIK )
11/12
PROSES MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH C3008/22/11
Ujikan kefahaman anda berkenaan dengan pelajaran dalam unit ini dengan
menjawab soalan-soalan berikut.
Soalan 1Terangkan jenis-jenis geosintitik berikut :-
i. Geotekstil
ii. Geomambren
iii. Geogrid
iv. Geonet
Soalan 2
Terangkan fungsi-fungsi utama geosintitik yang berikut untuk memperbaiki
sifat-sifat tanah :-
i. Pemisahan
ii. Tetulang
iii. Penurasan
iv. Penyaliran
v. Halangan lembapan.
-
8/6/2019 Unit 22 ( PENGGUNAAN GEOSINTETIK )
12/12
PROSES MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH C3008/22/12
Jawapan 1
Rujuk bahagian 22.1, 22.2, 22.3 dan 22.3.
Jawapan 2
Rujuk bahagian 22.1
top related