unit 6 perubahan sikap kerja edit -...
Post on 18-Aug-2019
227 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 6 24
UNIT 6
Kandungan: Topik 1: Pengenalan Topik 2: Teori konsistensi perubahan sikap Topik 3: Teori Pembelajaran dan Perubahan Sikap Topik 4: Teori Penilaian Sosial dan Perubahan Sikap Topik 5: Pujukan dan Perubahan Sikap Topik 6: Penentangan Terhadap Perubahan Sikap Topik 7: Penutup
Kebanyakan ahli pskologi sosial berpendapat bahawa sikap diperolehi melalui proses pembelajaran dan bukan secara genetik. Dengan demikian sikap boleh diubah melalui proses pembelajaran juga. Sikap yang tidak diingini dan negatif perlu diubah. Ini kerana sikap adalah mempengaruhi tingkah laku; umumnya sikap yang positif akan membawa kepada tingkah laku yang positif dan kejayaan. Topik ini membincangkan teori perubahan sikap, penentangan perubahan sikap dan pemujukan dalam perubahan sikap.
Objektif unit: Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat: 1. Menjelaskan setiap teori perubahan sikap dengan menunjukkan kelebihan
dan kekurangan setiap teori tersebut. 2. Membandingkan antara teori-‐teori perubahan sikap mengikut tema-‐tema
tertentu. 3. Menghuraikan bentuk dan sebab penentangan terhadap perubahan sikap
Topik 1: Pengenalan
PERUBAHAN SIKAP
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 6 25
Teori-‐teori konsistensi mengandaikan bahawa manusia biasanya menginginkan suatu kedudukan kognitif yang seimbang, selesa dan konsisten dengan tingkah laku. Maksudnya, manusia akan berada dalam keadaan keseimbangan kognitif (keselesaan kognitif) apabila sikapnya selari dengan tingkah lakunya. Tiga teori yang dikategorikan dalam teori konsistensi.
Tokoh utama teori ini ialah Fritz Heider. Teori ini mencadangkan bahawa manusia didorong untuk mengekalkan satu keadaan keseimbangan kognitif dan emosi secara harmoni antara sikap-‐sikap dan perhubungan-‐perhubungannya dengan orang lain. Beliau mengkonsepsikan organisasi sikap daripada perspektif seseorang (P) dan individu lain (O), dan kedua-‐duanya mempunyai sikap terhadap sesuatu objek atau isu (X). Ali (P) menyukai Aminah (O); Ali menyukai Motosikalnya (X); dan Aminah juga menyukai motosikal Ali. Maka Ali akan berada dalam keseimbangan (keselesaan kognitif). Namun, katakanlah Aminah tidak menyukai motosikal yang Ali suka, maka Ali akan berada dalam
ketidakseimbangan kognitif. Untuk berada dalam keseimbangan kognitif, Ali perlu mengubah sama ada sikapnya terhadap Aminah atau sikapnya terhadap motosikalnya
O + X O -‐ X
Rajah 1: Teori Keseimbangan dan Perhubungan Sentimen
Topik 2 : Teori Konsistensi Perubahan Sikap
Sub topik 2.1: Teori Keseimbangan
Fikirkan: Ali terlalu mencintai Aminah dan juga terlalu menyangi ibunya. Namun demikan, Aminah membenci ibunya. Dengan demikian Ali berada dalam ketidak seimbangan kognitif. Bagaimanakah Ali boleh berada dalam keadaan keseimbangan kognitif?
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 6 26
Tokoh utama ialah Leon Festinger. Andaian asas teori ini bahawa manusia didorong untuk mengekalkan konsistensi dalam kalangan anasir-‐anasir kognitif mereka (seperti kepercayaan). Mengikut Festinger, keserasian merupakan keadaan psikologi yang menyelesakan, sebaliknya ketakserasian adalah sesuatu yang tidak menyenangkan yang kita cuba mengelakkannya. Keserasian wujud apabila apa yang kita percaya selari dengan apa yang kita lakukan;Contoh, anda benci pada rokok dan anda memang bukan perokok (tingkah laku), maka wujud keserasian antara sikap dan tidak laku (anda berada dalam keseimbangan kognitif); begitulah sebaliknya. Bagaimana sekiranya anda benci rokok, tetapi anda merokok, maka akan wujud ketakserasian, dan menyebabkan anda merasa tidak selesa secara kognitif. Untuk berada dalam keselesaan kognitif, anda perlu mengubah salah satu komponen sikap, misalnya mengubah daripada benci kepada suka merokok; atau mengubah tingkah laku iaitu berhenti merokok. Rumusan, keadaan ketakserasian akan mendorong manusia untuk mengubah salah satu daripada unsur sikapnya. Ketakserasian membawa kepada ketidak selesaan kognitif dan seterusnya membawa kepada perubahan sikap dengan tujuan untuk kembali kepada kelesesaan kognitif. Dengan demikian, bilakah ketakserasian kognitif itu wujud? a. Pengakuran berpaksa – sesaorang terpaksa akur kepada sesuatu tingkah laku yang ia
benci. Saorang gadis dipaksa berkahwin dengan lelaki yang beliau tidak cintai (akur pada ibu bapa). Ini berkaitan dengan tingkah laku bercanggah-‐sikap.
b. Justifikasi usaha dan ketakserasian – seseorang yang bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu yang diingini, tetapi apabila sudah mendapatkan apa yang diingini itu, sesuatu itu tidak seperti yang diingini. Biasanya untuk mengurangkan ketaakserasian, seseorang itu akan memberikan justifikasi atas tindakannya atau mengubah sikapnya pada barang tersebut. Orang tersebut berusaha untuk menjustifikasi atau memberi alasan terhadap usaha yang anda dilakukan untuk tujuan mengurangkan ketakserasian kognitif.
c. Ketakserasian selepas-‐keputusan – apabila berhadapan dengan pemilihan satu daripada dua atau lebih pilihan, manusia kadang kala mebuat pemilihan yang salah, dan merasa menyesal dengan pilihan yang tidak seperti yang diharapkan. Dengan demikian manusia berada dalam keadaan ketakserasian kognitif.
d. Paradigma alat mainan terlarang – kanak-‐kanak merasa ketakseraian kognitif apabila beliau tidak boleh bermain dengan permainan yang disuka. Dengan demikian beliau berada dalam ketakserasian kognitif – permainaan yang sepatutnya boleh dibuat main tetapi adalah dilarang (misalnya, di kedai permainan kanak-‐kanak). Keserasian wujud apabila seseorang itu percaya bahawa ia boleh berbuat sesuatu yang sepaturnya beliau boleh lakukan.
Terdapat beberapa kaedah mengurangkan ketakserasian kognitif. Apabila seseorang mengalami ketakserasian kognitif, beliau akan terdorong untuk mengubah organisasi
Sub topik2.2: Teori Ketakserasian Kognitif
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 6 27
kognitif dengan tujuan mengurangkan ketegangan (ketidakselesaan kognitif), dan seterusnya membawa kepada keserasian. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh seseorang untuk mengelakkan atau mengurangkan ketakserasian kognitif. Contoh, kes merokok. a. Mengubah tingkah laku -‐ berhenti daripada tingkah laku merokok adalah salah satu cara
mengurangkan ketakserasian kognitif. b. Mengubah kepercayaan (kognitif) -‐ menerima kedudukan sikap yang agak ekstrim iaitu
mengubah kepercayaan kita daripada kepercayaan bahawa merokok adalah merbahaya kepada kepercayaan merokok adalah tidak membahayakan kesihatan.
c. Mengubahkan anasir-‐anasir persekitaran -‐ mengubah "persekitaran"; misalnya dengan bertukar kepada jenama rokok yang bergabus atau yang kurang kandungan tarnya.
d. Menambah kognisi-‐kognisi yang serasi -‐ menambahkan lagi anasir-‐anasir kognitif (seperti pengetahuan dan kepercayaan), dan dengan memberikan penekanan aspek-‐aspek positif menghisap rokok. Misalnya, kita boleh menafikan bahawa merokok membahayakan kesihatan.
Teori ini dicadangkan oleh C. Osgood dan P. Tennenbaum. Sikap-‐sikap terhadap dua atau lebih objek yang berkaitan biasanya akan berselarasan (kongruen). Misalnya, kita menyukai wakil rakyat, dan kita menyukai bantuan yang diberikannya (wujud keselarasan antara dua sikap). Namun, ketakselarasan berlaku, misalnya, apabila beliau sudah tidak lagi memberikan bantuan. Dengan demikian, kita membuat penilaian semula terhadap sikap terhadap wakil rakyat tersebut, dan akhirnya kemungkinanya akan mengubah sikap kita daripada suka kepada membencinya. Disini kita membuat penilaian terhadap objek-‐objek berkenaan, dan akhirnya cuba menyelaraskan sikap-‐sikap kita agar kita secara kognitifnya merasa selesa. Seperti teori keseimbangan, teori keselarasan juga bersetuju bahawa sesuatu sikap itu perlulah diubah dengan tujuan mengembalikan konsistensi (keselarasan).
Topik 3: Teori Pembelajaran dan Perubahan Sikap
Sub topik2.3: Teori Keselaraasan Kognitif
Fikirkan: Mengapakah manusia sanggup berada dalam keadaan ketidakseimbangan dengan terus menghisap rokok (tingkah laku) walaupun tahu (kognitif) rokok itu berbahaya dan benci (afektif) pada rokok?
Fikirkan: Mengapakah kadang kala kita masih tetap sayangkan / menyukai seseorang walaupun pada waktu yang sama kita membenci ciri-‐cirinya atau perbuatannya? Adakah teori keselarasan kognitif ini relevan?
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 6 28
Oleh kerana sikap diperolehi melalui pembelajaran maka ianya boleh diubah melalui pembelajaran juga. Teori pembelajaran dalam pembentukan sikap menyatakan bahawa sesuatu sikap itu diperolehi melalui pelaziman (kelasik dan operan), pemerhatian atau pemodelan. Dengan demikian teori ini juga dapat menjelaskan bahawa perubahan sikap boleh terjadi akibat daripada pembelajaran. Secara ringkas teori ini mendakwa bahawa komponen-‐komponen sikap mungkin dipelajari melalui prinsip pemindahan, perhubungan dan pemuasan keperluan. Dengan demikian perubahan sikap boleh terjadi melalui pemindahan sikap daripada sumber pengaruh sikap (seperti famili, masyarakat dan seumpamanya) iaitu sikap-‐sikap yang ingin ditiru oleh si-‐penerima sikap. Begitu juga, sesuatu sikap itu dapat diubah dengan memberikan peneguhan sama ada dalam bentuk hukuman atau pun ganjaran. Dengan andaian bahawa sesuatu sikap itu dianuti untuk memuaskan sesuatu keperluan maka dengan memberikan ganjaran yang dapat memuaskan keperluan tersebut dapat mengubah sikap.
Teori ini dikemukakan oleh tokoh-‐tokoh C.W. Sherif, M. Sherif dan R. Nebergal. Sejauh mana seseorang itu akan mengubah sikapnya akibat daripada pengaruh orang lain bergantung kepada sejauh mana pegangan pandangan orang tersebut terhadap isu sikap tersebut. Menurut teori penilaian sosial, perubahan sikap bergantung kepada bagaimana manusia menilai komunikasi pujukan dalam konteks struktur sikap mereka yang sedia ada. Ini ada kaitan dengan bagaimana manusia memproses dan menilai maklumat-‐maklumat yang cuba memujuknya untuk mengubah sikapnya. Penilaian kepada maklumat adalah sama ada maklumat tersebut selari dengan skemanya (asimilasi), atau sama ada bertentangan dengan skemanya (kontras). Maklumat yang selari dengan skemanya boleh mengubah sikapnya, sementara maklumat yang bertentangan dengan skemanya sukar untuk mengubah sikapnya. Julat komunikasi yang manusia asimilasikan dirujuk sebagai garis lintang penerimaan, yang mengandungi satu julat maklumat-‐maklumat pujukan yang mereka dapati sebagai dapat diterima. Maklumat-‐maklumat yang manusia dapati adalah bercanggah atau tidak selaras dengan sikap yang sedia ada terletak dalam julat garis lintang penolakan. Terdapat juga kawasan yang neutral, iaitu garis lintang tanpa komitmen, mengandungi kedudukan yang manusia tidak menerima dan juga tidak menolak kerana mereka tidak mengasimilasi dan juga tidak mengkontrakan maklumat.
Topik 4: Teori Penilaian Sosial dan Perubahan Sikap
Fikirkan: Oleh kerana sikap adalah diperolehi melalui pembelajaran, maka sikap boleh diubah melalui pembelajaran juga. Namun, adakah sikap yang diubah melalui proses pembelajaran itu semestinya sikap yang positif?
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 6 29
Dalam hidup kita seharian kita tidak terlepas daripada pujukan orang lain, oleh ahli politik supaya mengundinya, iklan supaya membeli baranganya dan lain-‐lain lagi. Kajian mengenai pujukan dan perubahan sikap biasanya berlegar di sekitar persoalan-‐persoalan yang berkaitan dengan siapakah orangnya yang lebih pandai memujuk? Dan siapakah orangnya yang mudah dipujuk? Usaha memujuk seseorang adalah biasanya menggunakan komunikasi. Model komunikasi yang terkenal yang dikemukakan oleh penyelidik-‐penyelidik daripada Universiti Yale. Hasil daripada penyelidikan, model pujukan dapat diringkaskan berdasarkan model komunikasi: siapa yang berkata, mengenai apa, melalui cara apa, dan kepada siapa. Berdasarkan kepada model ini terdapat empat pembolehubah perlu dijelaskan dalam memahami keberkesanan pujukan dalam perubahan sikap: pembolehubah komunikator, pembolehubah mesej, pembolehubah saluran, dan pembolehubah sasaran atau audien. a. Komunikator -‐ Biasanya kita lebih terpengaruh dengan usaha-‐usaha pujukan daripada
manusia yang mempunyai ciri-‐ciri tertentu (seperti paras rupa, kecerdasan, dan tret personaliti positif lain)
b. Mesej -‐ Ciri-‐ciri mesej itu juga penting dalam keberkesanan pujukan, seperti memberikan alasan dan hujah, menanamkan perasaan takut, menyakinkan dan seumpamanya.
c. Saluran – saluran yang digunakan sesuai dengan tujuan pemujukan, seperti surat khabar, bersemuka, radio dan seumpamanya. Ia juga bergantung kepada penerima mesej (orang yang diipujuk).
d. Sasaran (audien) – ciri-‐ciri orang yang dipujuk menentukan keberkesanan pujukan.
Topik 5: Pujukan dan Perubahan Sikap
Topik 6: Penentangan Terhadap Perubahan Sikap
Fikirkan: Kita sering terpengaruh dengan jurujual yang menjual barangan mereka kepada kita. Kadang kala barang yang dijual itu tidak kita perlukan tetapi kita membelinya juga. Ini kerana kemhairan dan kepakaran jurujual tersebutdalam memujuk kita. Persoalannya, bagaimanakah caranya kita untuk tidak mudah dimanipulasi oleh jurujual yang cuba untuk mengubah sikap kita agar menyukai dan membeli barangan jualannya?
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 6 30
Usaha mengubah sikap kadang kala tidak berjaya kerana manusia yang sikapnya ingin diubah adalah sebaliknya menentang usaha-‐usaha tersebut. Bahagian ini cuba membincangkan fenomena penentangan perubahan sikap dari segi inokulasi kepada pujukan, perubahan sikap jangkaan, dan reaktans psikologi. a. Inokulasi Terhadap Pujukan -‐ Inokulasi biasanya merujuk kepada proses melindungi
seseorang daripada penyakit, biasanya dengan menyuntik antibodi. Terdapat manusia yang sikap terhadap sesuatu sukar diubah kerana sikap tersebut telah tertanam lama dalam dirinya. Apabila ingin dipujuk untuk mengubah sikapnya, beliau memberikan pelbagai alasan untuk menentang. Misalnya, adalah sukar untuk mengubah sikap orang Melayu terhadap makanan nasi, kerana makanan nasi sudah sebati dengan orang Melayu.
b. Perubahan Jangkaan Kepercayaan -‐ Perubahan kepercayaan yang dijangkakan berlaku apabila seseorang itu telah diberitahu terlebih dahulu bahawa beliau akan didedahkan dengan pujukan; akibat daripada pemberitahuan ini beliau akan cuba mempertahankan sikapnya apabila berhadapan dengan pujukan tersebut. Sikap yang dianuti merupakan benteng kendiri, dan sekiranya seseorang itu mudah diubah sikapnya ini mencerminkan harga kendirinya adalah lemah pada mata orang lain (lihat teori pengurusan impresi, di mana manusia ingin kelihatan “cantik” pada mata orang lain). Dengan demikian manusia bersedia untuk menentang apabila diketahui dirinya akan dipujuk. Misalnya, apabila kita diberitahu bahawa ada seseorang ingin mengubah sikap kita terhadap sesuatu isu kita mungkin cuba bersedia untuk menentang tindakan tersebut.
c. Psikologi Reaktans -‐ Manusia adalah mempunyai harga kendiri yang cuba dipertahankan apabila ianya dicabar. Terdapat manusia bertindak balas terhadap pujukan yang “mencederakan” harga-‐kendirinya. Teori psikologi reaktans mencadangkan bahawa terdapatnya keperluan dalam diri manusia untuk mengekalkan kebebasan, memilih antara alternatif-‐alternatif tingkah laku. Apabila kebebasan tersebut dihalang, diancam, atau dihapuskan, keadaan motivasi yang tidak selesa yang dipanggil reaktans terbangkit. Anda memarahi adik anda kerana beliau menonton televisyen, dengan harapan beliau akan kurang menonton, walhal beliau sebenarnya jarang-‐jarang menonton televisyen. Kesannya, adakah beliau akan kurang atau akan tidak langsung menonton televisyen? Jawapanya, berdasarkan kebiasaan, adalah tidak; malahan beliau akan terus menonton dan kemungkinannya akan lebih banyak membuang masa dengan menonton. Manusia yang dituduh dengan perkara yang dia tidak lakukan, biasanya akan melakukan apa yang dituduh.
Fikirkan Terdapat manusia menentang usaha mengubah sikapnya kerana manusia berkenaan cuba mempertahan egonya. Apa maksudnya?
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 6 31
Oleh kerana sesuatu sikap itu diperolehi dan bukan diwarisi melalui baka (genetik), maka ianya boleh diubah. Walau bagaimana pun untuk mengubah sikap bukanlah satu tugas yang mudah. Biasanya sesuatu sikap itu sudah tertanam dalam diri individu sehingga sukar untuk mengubahnya. Tambahan pula sesuatu sikap itu berfungsi kepada penganutnya. Walau bagaimana pun, ada sesetengah sikap kita yang perlu diubah. Misalnya, sikap positif terhadap rokok merupakan sikap yang sepatutnya diubah kerana ianya memberi kesan negatif kepada diri kita. Pelbagai cara dikemukakan untuk mengubah sikap. Idea utama dalam teori keseimbangan dalam perubahan sikap ialah bahawa sesuatu sikap itu diubah kerana si-‐penganut sikap ingin berada dalam keseimbangan dan keselesaan kognitif. Dengan kata lain ketidakselesaan kognitif membawa kepada perubahan sikap. Namun demikian, sebagaimana yang dibincangkan dalam topik ini, manusia tidak semestinya mengubah sikap mereka untuk berada di dalam keseimbangan; sebaliknya mereka mencari cara lain dalam merasionalkan sikapnya itu.
Topik7: Penutup
1. Jelas setiap teori perubahan sikap dengan menunjukkan kelebihan dan kekurangannya.
2. Bandingkan antara teori-‐teori perubahan sikap mengikut tema-‐tema tertentu.
3. Huraikan bentuk dan sebab penentangan terhadap perubahan sikap
top related