unit 7 - pendekatan dan penekanan
Post on 27-Oct-2015
42 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I93
93
UNIT PELAJARAN 7
PENDEKATAN DAN PENEKANAN KERJA AMALI DAN AKTIVITI LUAR
BILIK DARJAH
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda dapat:.
1. Menjelaskan tujuan menjalankan kerja amali.
2. Membincangkan prinsip-prinsip pengendalian kerja amali
3. Menerangkan kemahiran-kemahiran yang perlu diperolehi olehpelajar
4. Menggariskan panduan ruang bengkel yang sesuai untuk kerja amali.
5. Mencadangkan pengajaran aktiviti luar bilik darjah
PENGENALAN
ita akur bahawa seorang guru yang baik dan berjaya menyampaikan pengajaran dengan
berkesan mempunyai keserasian dengan persekitaran pembelajaran. Sejajar dengan
matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) iaitu untuk mengembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya menjadi insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, suasana bilik darjah KBSM yang menggalakkan
murid yang aktif dan kerap berinteraksi antara satu sama lain hendaklah diwujudkan.
K
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I94
94
Dalam melaksanakan KBSM, berbagai bilik darjah disediakan mengikut keperluan dan kesesuaian
pengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran di sekolah. Selain dari bilik darjah tradisi, bilik-bilik
khas juga ada disediakan untuk mata pelajaran yang tertentu.
7.1 Sebelum anda meneruskan pembacaan, sila jawab persoalan di bawah ini:
i. Nyatakan pengertian bilik darjah.
_______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
ii. Bolehkan anda memberi maksud kepada ‘bilik darjah tradisi’?
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
iii. Bolehkan anda namakan bilik-bilik khas yang disediakan di sekolah untuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran selain dari bilik darjah tradisi?
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
Sebelum kita pergi lebih mendalam lagi, apa kata kita buat perkaitan bilik khas dengan mata pelajaran
Kemahiran Hidup. Telah sedia maklum bahawa mata pelajaran Kemahiran Hidup menuntut murid-
muridnya memperolehi kemahiran dalam bidang-bidang seperti perdagangan dan keusahawanan
serta kemahiran manipulatif yang merangkumi kerja kayu, kerja paip, elektrik dan elektronik, pertanian
juga kemahiran dalam bidang ekonomi rumah tangga iaitu masakan dan jahitan. Sudah pasti untuk
memperoleh kemahiran-kemahiran ini, kaedah penggunaan bilik darjah tradisi untuk proses pengajaran
dan pembelajaran tidak cukup untuk memastikan murid-murid mendapat kemahiran yang sesuai. Maka
bilik darjah khas yang dipanggil bengkel perlu diadakan di sekolah untuk mencapai matlamat sebenar
mata pelajaran kemahiran Hidup.
Antara bengkel-bengkel yang disediakan pihak sekolah adalah seperti berikut:
Bengkel kerja kayu
Bengkel kerja paip
Bengkel elektrik dan elektronik
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I95
95
Rumah hijau
Bilik masakan (dapur)
Bilik jahitan
Bilik pengurusan diri
Bengkel-Bengkel ini membolehkan peralatan tertentu disimpan dan dikeluar bila perlu. Penyimpanan
dan penggunaan peralatan ini direkodkan dengan teratur dan sentiasa dikemas kini rekodnya. Bengkel
yang kemas, teratur dan sistematik membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar.
ahukah anda dalam menentukan ruang bilik darjah iaitu bengkel dan Kemahiran Hidup yang
sesuai dan selamat, anda perlu memastikan bahawa perkara-perkara di bawah diberi perhatian
dan dilaksanakan:
Tentukan ruang fizikal (bengkel-bengkel dan makmal-makmal) ditempatkan di lokasi
yang strategik
Bilangan ruang fizikal mencukupi supaya dapat memaksimumkan proses pengajaran
dan pembelajaran
Pembinaan bengkel-bengkel dan makmal-makmal perlu mengikut spesifikasi Service
Oriented Architecture (SOA) dan Brief Project supaya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dengan selesa dan selamat
Gunakan ruang dan kawasan ini dengan optima dan mengikut fungsi yang ditetapkan
Bersihkan ruang dan kawasan ini sebelum dan selepas digunakan
Wujudkan jadual penyelenggaraan ruang dan kawasan secara berkala
Apakah Service Oriented Architecture (SOA) dan apakah Brief Project? Jelaskan kedua-
duanya di ruangan di bawah.
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
T
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I96
96
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
Pernyataan di atas menekankan pentingnya lokasi sesuatu bengkel atau makmal itu. Bincangkan
maksud lokasi yang strategik.
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
PENDEKATAN DAN PENEKANAN KERJA AMALI
Apakah maksud kerja amali?
“Tentukan ruang fizikal (bengkel-bengkel dan makmal-makmal) ditempatkan di lokasi yang
strategik.”
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I97
97
enurut tutor.com kerja amali membawa pengertian melakukan apa-apa yang tersebut dalam
sesuatu teori. Manakala Chen Fook Cheong (1982) pula, telah mendefinisikan kerja amali
sebagai aktiviti kelas yang melibatkan pemerhatian, kemahiran manipulatif, pemahaman
teori melalui pemerhatian, pengujian kebenaran teori serta penyelesaian masalah. Kerja
amali dalam kajian ini bermaksud aktiviti-aktiviti yang melibatkan eksperimen untuk menguji kebenaran
teori dan juga penyelesaian masalah pengiraan.
Dalam aspek mata pelajaran Kemahiran Hidup, pelajar diberi prinsip dan teori dan seterusnya
membuat aplikasi. Hasil dari proses mengaplikasi prinsip dan teori yang dibekalkan oleh guru terlebih
dahulu akan menjadi pengukur kepada tahap kemahiran murid.
Pencapaian murid dalam memperolehi kemahiran seperti mana yang dituntut oleh mata pelajaran
Kemahiran Hidup juga bergantung kepada kemahiran guru yang mengajarnya. Pernahkah anda
mendengar perkataan ‘mikropengajaran’?
7.2 Cuba imbas kembali pengertian ‘mikropengajaran’ dan kepentingannya dengan menulis
pengertiannya di bawah.
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
7.3 Senaraikan sepuluh kemahiran mikropengajaran yang perlu ada pada seorang guru yang
baik.
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
M
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I98
98
iii. ______________________________________________________________
iv. ______________________________________________________________
v. ______________________________________________________________
vi. ______________________________________________________________
vii. ______________________________________________________________
viii. ______________________________________________________________
ix. ______________________________________________________________
x. ______________________________________________________________
TUJUAN KERJA AMALI
enurut Manual Instruksi Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran, terdapat tujuh tujuan
menjalankan kerja amali.
M
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I99
99
PRINSIP MENGENDALI KERJA AMALI
TUJUAN KERJA AMALI
Meningkatkan penguasaan isi
kandungan
Memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah dan semangat sains
Membina kemahiran dan sikap saintifik
Membina kemahiran berfikir
kritis dan kreatif
Membina kemahiran praktik
yang generik
Membina pengetahuan sains
secara empirik
Membina kemahiran kerja dalam kumpulan
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I100
100
erikut adalah prinsip dalam pengendalian kerja amali:
1. Tentukan objektif kerja amali.
2. Tumpukan kepada sebilangan kecil kemahiran sahaja bagi satu-satu pengajaran.
3. Sediakan bahan, peralatan dan sumber secukupnya sebelum amali hendak dijalankan.
4. Sebaiknya bahagikan pelajar kepada berpasangan atau bertiga (kumpulan kecil).
5. Seimbangkan amali tradisional dengan amali berbentuk inkuiri mengikut kebolehan pelajar.
6. Wujudkan persekitara yang mengujakan, merangsang sifat ingin tahu, dan besemangat
Kemahiran Hidup di bengkel.
7. Beri peringatan tentang peraturan keselamatan di begkel.
8. Ajar terlebih dahulu kemahiran asas kerja amali bagi mengelakkan kemalangan dan cara
bertindak apabila berlaku kemalangan.
Setelah dinyatakan prinsip-prinsip pengendalian kerja amali, bolehkah anda memberi contoh-
contoh kemahiran asas kerja amali pelajar Kemahiran Hidup.
i. ___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
iii. ___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
iv. ___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, apa kata kita mendalami lagi mata pelajaran Kemahiran Hidup dan
pada masa yang sama mengenalpasti kemahiran yang perlu dioerolehi murid-murid Kemahiran Hidup.
KEMAHIRAN AMALI KEMAHIRAN HIDUP
B
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I101
101
ata pelajaran ini terbahagi kepada kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan. Bahagian
Teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi yang wajib
dipelajari oleh semua murid. Semu pelajar diwajibkan mengikuti bahagian ini yang meliputi
kemahiran:
Reka bentuk
Elektrik
Tanaman
Jahitan
Kerja paip asas
Asas perniagaan
Murid dikehendaki memilih salah satu daripada empat bidang pembelajaran dalam Bahagian Pilihan.
Pilihan murid kekal dari Tingkatan I hingga Tingkatan III. Bahagian elektif pula terbahagi kepada 4
pilihan iaitu:
1. Pilihan KT - Kemahiran Teknikal
2. Pilihan ERT - Ekonomi Rumah Tangga
3. Pilihan SPN - Sains Pertanian
4. Pilihan PD - Perdagangan
Pilihan 1 : Kemahiran Teknikal
Bidang Kemahiran Teknikal merangkumi unit pembelajaran yang membolehkan murid mendalami
pengetahuan dan kemahiran dalam elektrik dan asas elektromekanikal. Dalam pembelajaran elektrik,
murid mengkaji litar siri dan litar selari untuk mengetahui kaitan antara voltan, arus dan rintangan.
Murid akan menggunakan meter pelbagai untuk menguji keterusan litar dan mengukur nilai perintang
tetap. Di samping pengiraan kuasa elektrik, murid juga diberikan rumusan untuk mengira rintangan
dalam litar siri dan litar selari.
M
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I102
102
Pendedahan kepada konsep pergerakan elektromekanikal bertujuan untuk membolehkan murid
mengetahui dan memahami bagaimana komponen elektronik boleh mengawal dan mempertingkatkan
pergerakan mekanikal.
Pilihan 2 : Ekonomi Rumah Tangga
Bidang Ekonomi Rumah Tangga membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran tentang
makanan dan pengendalian makanan, masakan, pakaian dan jahitan. Murid membuat kerja amali
dalam penyediaan sarapan dan minum pagi atau minum petang serta berpeluang mereka cipta resepi
hidangan tersebut.
Dalam aspek pakaian, murid mengenal pasti jenis fabrik dan memperoleh kemahiran memilih pakaian.
Murid menjahit dan menghias skirt berkasing untuk kerja jahitan.
Pilihan 3: Pertanian
Bidang Pertanian memberi peluang kepada murid mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam
pembinaan kompos dan penanaman sayur- sayuran. Murid berpeluang memilih jenis sayur- sayuran
yang hendak ditanam, mengenalpasti kesesuaian tanah dan baja serta merancang projek penanaman
sayur-sayuran. Melalui penanaman sayur-sayuran, murid akan memerhati kesan daripada penggunaan
kompos dan amalan giliran tanaman terhadap tumbesaran dan penghasilan sayur-sayuran.
Pilihan 4 : Perdagangan dan Keusahawanan
Bidang Perdagangan dan Keusahawanan menyediakan murid dengan pengetahuan serta amalan
perniagaan yang merangkumi langkah- langkah penubuhan dan pengendalian perniagaan serta
pengenalan kepada bidang-bidang pengeluaran yang telah sedia wujud.
Murid juga diperkenalkan kepada pelbagai jenis dokumen penting bagi penubuhan dan pengendalian
perniagaan. Antara tujuan bidang ini adalah untuk memupuk nilai dan sikap berdikari, yakin diri, inisiatif
dan berdaya saing. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I103
103
menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana. Pendedahan murid kepada konsep dalam
proses pengeluaran membantu mereka membuat pengiraan kos sesuatu projek secara sistematik.
Tahniah! Anda kini telah berjaya mengenalpasti kemahiran-kemahiran asas pembelajaran Kemahiran
Hidup yang perlu dicapai oleh murid-murid anda.
KESESUAIAN RUANG UNTUK KERJA AMALI
Bagaimana mengenal pasti bilik darjah yang sesuai sebagai bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?
Saiz bengkel adalah bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan di dalamnya
Keluasan yang sesuai ialah 20 m X 25 m
Ciri-ciri bengkel yang sesuai:
Boleh menampung bilangan murid seramai 20 orang atau lebih
Ia membolehkan seseorang bergerak dengan bebas
Lantai mestilah dari bahan tahan lasak, mudah dibersihkan dan tidak menampung
habuk dan tidak licin
Tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanyak mungkin serta
pengedaran udara yang bebas
Pintu mempunyai daun pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa
kecemasan
Meja kerja yang tahan lasak yang berukuran di antara 1.2 m x 1.5 m dan tinggi 0.9 m
Mempunyai bekalan asas seperti elektrik bagi pencahayaan dan soket kuasa dan
bekalan air siap dengan pili dan singki bagi pencucian
Sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I104
104
SENARIO AKTIVITI DALAM BILIK DARJAH TRADISI
Pembelajaran di dalam bilik darjah
Kedudukan meja dan kerusi yang tersusun
Pelajar duduk mengikut aturan
Guru selalunya berada di hadapan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Teknik mengajar yang digunakan guru di dalam bilik darjah tradisi ialah penerangan
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I105
105
SENARIO AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH TRADISI
Pembelajaran di dalam bengkel Kemahiran Hidup
Kemahiran kerja kayu di Bengkel Kayu
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I106
106
Kemahiran memateri di dalam Bengkel Elektronik
Kemahiran amali masakan di dalam
Dapur Masakan
PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH (PLBD)
PENGENALAN
rogram Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) telah diperkenalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000. Ianya diperkenalkan supaya pembelajaran menjadi lebih
bermakna dan lebih berbentuk kontekstual selaras dengan saranan UNESCO supaya
mengamalkan “Four Pillars of Education: Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live
Together dan Learning to Be”.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Garis Panduan PLBD (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2005) bagi membantu para guru menjalankan PLBD. Pengertian, objektif dan tiga
model PLBD yang melibatkan kerja lapangan dan lawatan dijelaskan dalam dokumen ini.
PENGERTIAN PLBD
P
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I107
107
“Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang
terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan
mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang
progresif.”
OBJEKTIF PLBD
PLBD boleh digunakan untuk tujuan menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang
akan dipelajari, mengukuhkan apa yang telah dipelajari, atau pun sebagai satu proses mempelajari
sesuatu tajuk atau konsep. Objektif-objektif PLBD merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu domain
pengetahuan, domain sikap dan domain kemahiran. Antaranya ialah:
1. Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas
2. Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan
menyeronokkan
3. Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman
kontekstual
4. Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar
5. Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan
6. Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat
7. Menerapkan nilai-nilai murni
MODEL PLBD
Terdapat tiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD iaitu:
Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah.
Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah.
Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD)
(Lawatan terancang & berintergrasi ilmu)
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I108
108
PERANCANGAN PLBD
erdapat tiga fasa dalam melaksanakan PLBD iaitu:
Fasa sebelum PLBD
Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan, sikap
dan kemahiran yang hendak dicapai)
Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD
Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak
sekolah, PPD dan ibu bapa
Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program PLBD
Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi
Membuat tempahan tempat dan pengangkutan
Memastikan bas mempunyai insuran penumpang, permit perjalanan dan dua orang pemandu.
Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk murid
Memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang murid
Membahagikan murid kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiap
kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang lawatan
Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti
FASA PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH
(PLBD)
SEBELUM PLBD
SEMASA PLBD
SELEPAS PLBD
T
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I109
109
Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab masing-
masing
Membahagikan tugas dan tanggungjawab kepada murid
Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti kamera, perakam audio
dan sebagainya)
Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatan
Menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatan
Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat
Mengetahui dan memahami tanggungjawab diri dan kumpulan
Memahami peraturan dan aturcara lawatan
Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan
Memahami keperluan-keperluan keselamatan
Semasa PLBD
Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga
Memberi bantuan bila diperlukan
Mengalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumat
Membuat pemerhatian secara langsung
Mengumpul dan merekod maklumat
Mematuhi peraturan-peraturan lawatan
Berkerjasama dalam kumpulan
Selepas PLBD
Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid
Membimbing murid membuat rumusan
Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan dan
pengelolaan aktiviti).
Menyusun maklumat yang dikumpul
Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan
Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lain
Menyediakan laporan
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I110
110
Menghantar / membentang hasil / laporan
Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada)
TUJUAN (HASIL) PLBD
ktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran dan bertujuan untuk :
Memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman sebenar
Sebagai satu bentuk rekreasi
Bersosial dan berkomunikasi
Aktiviti yang menggembirakan
Aktiviti bebas dan terancang
Antara aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah adalah aktiviti seperti :
lawatan
motivasi
perkhemahan
perkelahan
berkuda
berenang
aktiviti jual beli
lawatan sosial
A
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I111
111
Perkhemahan unit pakaian seragam
Latihan menyelamat
Lawatan pelajar sekolah ke Rumah Orang Tua
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I112
112
Aktiviti keusahawanan di sekolah
RUMUSAN
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak hanya bergantung kepada
pemahaman teori dan prinsip semata. Ia menjadi lebih berkesan apabila murid-murid dapat
mengaplikasi pemahaman mereka dengan menunjukkan kemahiran yang dibina semasa kerja amali di
bengkel kemahiran Hidup.
Guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar seperti mengendalikan kerja amali pelajar
supaya pembelajaran mereka mencapai ke tahap yang optimum. Guru wajar membuat persediaan
mengajar manakala murid-murid pula memberikan penglibatan yang menyeluruh supaya tahap
kemahiran dapat ditonjolkan dengan sebaik mungkin.
KATA KUNCI
1. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
2. Kemahiran manipulatif
3. Bengkel
4. Bilik darjah tradisi
5. Bilik darjah khas
6. Kerja amali
7. Mikropengajaran
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I113
113
8. Kemahiran Teknikal
9. Ekonomi Rumah Tangga
10. Sains Pertanian
11. Perdagangan
12. Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD)
13. Fasa PLBD
PENILAIAN KENDIRI
1. Dengan menggunakan ayat sendiri, terangkan maksud bilik darjah tradisi.
2. Apakah ciri-ciri bilik darjah tradisi?
3. Berikan lima faktor yang memberi kesesuaian bengkel.
4. Terangkan maksud Pembelajaran Luar Bilik Darjah.
5. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I114
114
TUJUAN KERJA AMALI
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I115
115
PETA MINDA
PENDEKATAN DAN PENEKANAN
KERJA AMALI DAN AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
LUAR BILIK DARJAH
BILIK DARJAH TRADISI
DAN
BILIK KHAS
BENGKEL KEMAHIRAN
HIDUP
DAN
KERJA AMALI
AKTIVITI LUAR BILIK
DARJAH
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I116
116
RUJUKAN
Ee Ah Meng. (2004). Pedagogi II. Fajar Bakti: Kuala Lumpur
Syed Ismail Syed mustafa, et. al.(2010).Guru dan Cabaran Masa Kini. Selangor: Multimedia.
Nurulhuda Abd Rahman, et al. (Eds). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan KPD3026
Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran.Tanjung Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UPSI
http://zeti-s.blogspot.com/2011/11/aktiviti-luar-bilik-darjah.html
http://easeritanjong.blogspot.com/2008/04/pembelajaran-luar-bilik-darjah.html
JAWAPAN SOALAN DAN MAKLUM BALAS
1. Bilik darjah tradisi
Merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh
guru mengikut kaedah keseluruhan kelas. Bilik darjah tradisi biasanya pelajar duduk mengikut
susunan kerusi dan meja yang disusun berbaris-baris.Manakala guru pula selalunya berada di
depan semasa meyampaikan pengajarannya mengikut kaedah dan strategi yang tertentu.
2. Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
• Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
• Pelajar yang rendah, bertubuh kecil dan kurang penglihatan atau kurang pendengaran
ditempatkan di hadapan
• Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih
berpusat kepada guru
• Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik
darjah
Pendekatan dan Penekanan Kerja Amali Dan Aktiviti Luar Bilik Darja I117
117
• Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
3. Kesesuaian bengkel:
• Menampung bilangan murid seramai 20 orang atau lebih
• Ia membolehkan seseorang bergerak dengan bebas
• mestilah dari bahan tahan lasak, mudah dibersihkan dan tidak menampung habuk dan
tidak licin
• Tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanyak mungkin serta
pengedaran udara yang bebas
• Pintu mempunyai daun pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa
kecemasan
• Meja kerja yang tahan lasak yang berukuran di antara 1.2 m x 1.5 m dan tinggi 0.9 m
• Mempunyai bekalan asas seperti elektrik bagi pencahayaan dan soket kuasa dan
bekalan air siap dengan pili dan singki bagi pencucian
• Sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek
4. Maksud Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD)
“Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang
terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan
mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang
progresif.”
top related