universti teknologi malaysia · aku bangga menjadi adik kalian kerana kalian telah menunaikan...
Post on 02-Apr-2019
240 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGLIBATAN PELAJAR SEBAGAI EJEN MULTI LEVEL MARKETING:
KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI
NURUL NADIA BINTI ABDUL WAHAB
UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah S.W.T Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sesungguhnya ku panjatkan syukur yang tidak terhingga kepadamu….
Khas buat Ayah dan Mak yang tersayang….. Abdul Wahab bin Hussin & Patimah bt Ahmad
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dikurniakan ibu bapa seperti kalian
Terima kasih atas pengorbanan kalian, Sabar mendidikku hingga kini..
Redhakan kehidupanku di dunia dan akhirat Ya Allah, kasihanilah keduanya sepertimana mereka mengasihiku semenjak kecil
lagi….Al-Fatihah buat ayahku yang telah pergi mengadap ilahi…walaupun impian dan harapanmu ingin melihat aku di menara gading tidak kesampaian, namun aku
bangga kerana telah berjaya mencapai impianmu… Amin…
Kakak-kakakku
K.long, K.ngah, K.sobah, K.huda dan K.cik ah, K.chah, K.liza Terima kasih kerana memberi kasih sayang dan semangat untuk aku meneruskan hidup
ini…
Abang-abangku Abg Hatta, Abg mat com, Abg Kie, Abg Long, Abg Ngah, Abg Abrar & Abg Chaq
Aku bangga menjadi adik kalian kerana kalian telah menunaikan amanat terakhir ayah..
Pengorbanan kalian dan penat lelah kalian tidak akan ku lupakan.. Sabar melayan karenah manjaku dan kedegilanku…
Adikku dan anak-anak buahku
Kalian pengubat rinduku. kalian mesti cemerlang di dunia dan di akhirat..buat insan kecil Muhammad daniel Wajdi yang telah meninggalkan mak cik
selamanya.coletahmu membuatkan mak.cik menitis air mata…
Para pensyarah Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Terima kasih di atas ilmu yang diberikan Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan
Rakan-rakan seperjuangan teristimewa bid, mai, nis & Zaimah
Kenangan bersama kalian tidak mungkin akanku lupakan..Hingga akhir hayatku… Terima kasih di atas segala-galanya Semoga kejayaan milik kita bersama
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, pertamanya dan selamanya syukur yang tidak terhingga
dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana di atas limpah dan kurniaNya dapat lagi kita
menjalani kehidupan di muka bumi ini. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T di
atas rahmatNya dapat juga saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ( PSM) ini
dengan sempurna.
Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat penyelia yang dihormati,
Prof. Madya Dr.Husin bin Salamon di atas segala nasihat, dorongan dan bimbingan
serta tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang proses menyiapkan laporan ini.
Semoga Allah membalas jasa baik ustaz. Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-
pensyarah Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial
(PPIPS) di atas tunjuk ajar yang diberikan bagi melengkapkan lagi laporan ini.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
mak dan ayah kerana sentiasa memberi dorongan dan galakan yang tidak pernah
putus walaupun berada jauh di mata. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada
sahabat seperjuangan yang bersama-sama memberi galakan dalam usaha
menyempurnakan tugasan ini.
Akhir kata, saya berbesar hati untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung
dalam menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Semoga apa yang dilaksanakan
ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Amin..
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan pelajar SPI sebagai ejen
Multi Level Marketing. Sampel kajian adalah seramai 40 orang yang diambil
daripada 180 orang populasi. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik dibahagikan kepada
bahagian A dan bahagian B manakala respon dinilai berdasarkan lima Skala Likert.
Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian “ Statistical Package For
The Social sciences” (SPSS) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan
min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.665. Dapatan kajian menunjukkan
faktor-faktor penglibatan pelajar dalam perniagaan MLM berada pada tahap min
yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.51. Manakala cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh pelajar dengan nilai min 2.83 berada di tahap sederhana dan langkah-langkah
untuk mengimbangi dunia pelajaran dengan dunia perniagaan di tahap tinggi iaitu
nilai min 3.92. Penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi
masalah kewangan pelajar dan langkah-langkah yang perlu dilakukan. Kajian
lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidik masa akan datang.
vi
ABSTRACT The purpose of this study was to determine the involvement of Bachelor of Science
and Education (Islamic Studies) students as Multi Level Marketing (MLM) agents.
40 out of 180 students were selected to be respondents in this study. This study is
done quantitatively by using questionnaires as a study instrument. This
questionnaire was divided into two parts A and B and the response was evaluated
using five Likert Scale. The collected data were then analyzed using Statistical
Package for the Social Sciences” (SPSS) software version 14.0 in order to get the
value of frequency, percentage and mean. The reliability for this questionnaire is α =
0.665. The finding of this research showns the factors of the involvement of SPI
students in MLM marketing are at the high level of min that is 3.51, while the
challenges factor that are faced by students is at the middle level that is at 2.83. The
initiative that is taken by students in order to balance between their study and
business activities is at high level of mean that is 3.92. Some suggestions and
measure were forwarded to reduce some financial problem faced by students. A few
recommendation for further study was also being suggested.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Skop dan Batasan Kajian 7
1.7 Definisi Istilah 8
1.8 Kesimpulan 9
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Pengenalan kepada perniagaan 11
2.3 Pengenalan kepada Multi Level Marketing 13
2.3.1 Perkembangan MLM di Malaysia 16
2.3.2 Perbandingan antara MLM dengan Sistem
Piramid atau Binari 18
2.3.3 Apa itu pemasaran MLM 19
2.3.4 Ciri-ciri MLM 19
2.3.5 Jenis-jenis MLM 21
2.3.6 Elemen-elemen dalam pemilihan
syarikat MLM 22
2.4 Pelajar dan masalah kewangan 25
2.5 Faktor-faktor penglibatan pelajar sebagai ejen MLM
2.6.1 Faktor minat 27
2.6.2 Faktor kewangan 28
2.6.3 Faktor dorongan dan pengaruh rakan 29
2.6 Cabaran-cabaran yang dihadapi
2.7.1 Masa dan Pelajaran 30
2.7.2 Kewangan 30
2.7.3 Keluarga dan Rakan 31
2.7 Langkah-langkah mengimbangi antara perniagaan dengan
pelajaran
2.8.1 Disiplin diri 31
2.8.2 Pembahagian masa 32
2.8.3 Study Group 32
2.8 Pandangan mahasiswa terhadap ejen MLM 33
2.9 Kajian lepas 36
BAB III METODOLOGI KAJIAN
ix
3.1 Pendahuluan 38
3.2 Reka bentuk Kajian 38
3.2.1 Kajian Perpustakaan 39
3.2.2 Kajian Lapangan 40
3.2.2.1 Tempat Kajian 40
3.2.2.2 Populasi dan Sampel 40
3.2.2.3 Instrumen Kajian 41
3.2.2.4 Analisis 43
3.2.2.5 Kajian Rintis 44
3.3 Jangkamasa Kajian 45
3.4 Kesimpulan 45
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 46
4.2 Analisis Data (Bahagian A) 46
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut Jantina 47
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Tahun
Tahun Kursus 47
4.2.3 Latar Belakang Mengikut Umur 48
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut CGPA
Terakhir 48
4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut
Pendapatan Bulanan Ibu Bapa 49
4.3 Analisi Data (Bahagian B) 49
4.3.1 Analisis Data Mengenai Penglibatan Pelajar
Sebagai Ejen MLM 50
4.3.2 Analisia Data Mengenai Cabaran-cabaran
yang dihadapi Oleh Pelajar SPI UTM sebagai
ejen MLM 56
4.3.3 Analisis Data Mengenai Langkah-langkah
Untuk Mengimbangi antara perniagaan dengan
x
Dunia pelajaran 61
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 74
5.2 Perbincangan Hasil Dapatan 74
5.2.1 Maklumati Latar Belakang Responden 75
5.2.2 Faktor-faktor yang menggalakkan penglibatan
Pelajar SPI UTM sebagai ejen MLM 76
5.2.2.1 Faktor Minat 76
5.2.2.2 Faktor Rakan 77
5.2.2.3 Faktor Kewangan 77
5.2.3 Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
pelajar sebagai ejen MLM 78
5.2.3 Langkah-langkah untuk mengimbangi
perniagaan dengan dunia perniagaan 80
5.3 Rumusan 82
5.3.1 Rumusan faktor-faktor penglibatan pelajar
sebagai ejen MLM 82
5.3.2 Rumusan cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh pelajar sebagai
ejen MLM 82
5.3.3 Rumusan langkah-langkah untuk
mengimbangi dunia perniagaan
dengan pelajaran 83
5.4 Cadangan
5.4.1 Peranan penaja pinjaman atau biasiswa 84
5.4.2 Peranan pentadbir universiti 84
5.4.3 Peranan ibu bapa 84
5.4.4 Peranan mahasiswa 85
5.5 Cadangan kajian lanjutan 85
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbandingan antara MLM dan Sistem Piramid
atau binary 18
3.1 Menunjukkan Jadual Skala Likert dan Skor 43
3.2 Menunjukkan jadual jumlah bilangan soal selidik 43
3.3 Menunjukkan jadual pembahagian soal selidik 44
4.1 Taburan responden mengikut jantina 47
4.2 Taburan Responden mengikut tahun kursus 47
4.3 Taburan responden mengikut umur 48
4.4 Taburan responden mengikut CGPA terakhir 48
4.5 Taburan responden mengikut pendapatan bulanan 49
4.6 Taburan skor bagi item satu 50
4.7 Taburan skor bagi item dua 50
4.8 Taburan skor bagi item tiga 51
4.9 Taburan skor bagi item empat 51
4.10 Taburan skor bagi item lima 52
4.11 Taburan skor bagi item enam 52
4.12 Taburan skor bagi item tujuh 53
4.13 Taburan skor bagi item lapan 53
4.14 Taburan skor bagi item sembilan 54
4.15 Taburan skor bagi item sepuluh 54
4.16 Taburan skor bagi item sebelas 55
4.17 Taburan skor bagi item dua belas 55
4.18 Taburan skor bagi item tiga belas 56
4.19 Taburan skor bagi item empat belas 56
4.20 Taburan skor bagi item lima belas 57
4.21 Taburan skor bagi item enam belas 57
xiii
4.22 Taburan skor bagi item tujuh belas 58
4.23 Taburan skor bagi item lapan belas 58
4.24 Taburan skor bagi item sembilan belas 59
4.25 Taburan skor bagi item dua puluh 59
4.26 Taburan skor bagi item dua puluh satu 59
4.27 Taburan skor bagi item dua puluh dua 60
4.28 Taburan skor bagi item dua puluh tiga 60
4.29 Taburan skor bagi item dua puluh empat 61
4.30 Taburan skor bagi item dua puluh lima 61
4.31 Taburan skor bagi item dua puluh enam 62
4.32 Taburan skor bagi item dua puluh tujuh 62
4.33 Taburan skor bagi item dua puluh lapan 63
4.34 Taburan skor bagi item dua puluh sembilan 63
4.35 Taburan skor bagi item tiga puluh 64
4.36 Taburan skor bagi item tiga puluh satu 64
4.37 Taburan skor bagi item tiga puluh dua 65
4.38 Taburan skor bagi item tiga puluh tiga 65
4.39 Taburan skor bagi item tiga puluh empat 66
4.40 Taburan skor bagi item tiga puluh lima 66
4.41 Taburan skor bagi item tiga puluh enam 67
4.42 Rumusan dapatan kajian mengenai faktor-faktor yang
menggalakkan penglibatan pelajar SPI UTM sebagai
ejen Multi Level Marketing. 68
4.43 Rumusan dapatan kajian mengenai cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh pelajar sebagai ejen Multi Level Marketing 70
4.44 Rumusan dapatan kajian mengenai langkah-langkah untuk
mengimbangi perniagaan dengan dunia pelajaran. 72
xiv
SENARAI SINGKATAN
Bil Bilangan CGPA Himpunan Purata Matanilai IPT Institusi Pengajian Tinggi IPTA Institusi Pengajian Tingi Awam IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KDNK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri KS Kurang Setuju MLM Multi Level Marketing No. Nombor PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah S Setuju s.a.w sallallahu ‘alaihi wa sallam SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Pengajian
Islam) SPSS Statistical Package for Social Science SS Sangat Setuju STS Sangat Tidak Setuju S.W.T Subhanahu Wa Ta’la TS Tidak Setuju UTM Universiti Teknologi Malaysia WHO Pertubuhan Wanita Sedunia
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Keusahawanan merupakan satu bidang strategi yang sentiasa
menjadi perhatian dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.
Menurut Majalah Perniagaan dan Usahawan Sukses (2006) dalam ekonomi
keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan per kapita
malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan
masyarakat. Perkembangan keusahawanan dan pertambahan usahawan
menunjukkan perkembangan ekonomi yang positif dan penyokong kuat
kepada kemajuan ekonomi sesebuah negara.
Dalam Islam aktiviti ekonomi yang berbentuk perniagaan amatlah
digalakkan. Ini berdasarkan daripada dalil daripada hadis Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud “ Perniagaan adalah sembilan per sepuluh rezeki
kehidupan”. Justeru itu sebagai orang Islam yang menceburi bidang
perniagaan ilmu dan kefahaman tentang aktiviti perniagaan yang diharuskan
oleh syarak perlulah dipelajari dan difahami.
Perniagaan merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan taraf
ekonomi negara. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang memberikan
2
keuntungan malah terdapat juga kerugian kepada sesiapa yang
menyertainya. Namun sesiapa yang melibatkan diri dalam perniagaan
mengkehendakki keuntungan. Salah satu perniagaan yang memberi
keuntungan ialah sistem Pemasaran Pelbagai Tingkat atau Jualan Langsung.
Pemasaran merupakan salah satu perniagaan di bawah pengawalan
Kementerian Perdagangan dalam Negeri (KDNK).
Mengikut majalah Cermat (1998) yang dikeluarkan oleh
Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Sistem
Pemasaran Pelbagai Tingkat atau ‘Multi-Level Marketing’ merupakan salah
satu bentuk jualan langsung yang popular di Malaysia. Pada tahun 1993,
Akta Jualang Langsung diperkenalkan untuk mengawal aktiviti jualan
langsung yang tidak beretika dan melindungi pengguna serta menggalakkan
pertumbuhan dan perkembangan aktiviti jualan langsung yang beretika.
Seksyen 7 Akta tersebut melarang segala kegiatan jualan secara piramid
yang di haramkan oleh Malaysia.
Jualan langsung berkembang pesat khususnya di Malaysia. Jualan
langsung ini juga telah menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk
melibatkan diri sama ada sebagai sumber pendapatan tetap atau hanya
sebagai pendapatan sampingan bagi memenuhi masa lapang. Di samping
itu, jualan langsung pada hari ini sangat popular dan menjadi pilihan
kebanyakkan syarikat dalam mengedarkan produk keluaran mereka.
Menurut Nadiah Mohd Adnan (2003), produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan mestilah memberikan faedah kepada mereka. Jualan langsung
yang kita saksikan hari ini jauh beza dengan pelbagai idea dan tarikan baru.
Antaranya ialah dengan memperkenalkan Pemasaran Pelbagai Tingkat atau
Multi Level Marketing (MLM) dalam perniagaan jualan langsung.
Jualan Langsung di antara salah satu syarikat pemasaran yang wujud
di Malaysia. Menurut majalah Dewan Ekonomi April 2007) perkembangan
industri Jualan Langsung atau Multi Level Marketing (MLM) di negara ini
tidak pernah berhenti daripada mengalami peningkatan dan perkembangan
3
prestasi yang amat membanggakan. Sehingga Disember 2006, sebanyak
389 senarai syarikat jualan langsung telah didaftarkan di bawah kementerian
Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.
Menurut majalah Dewan Ekonomi Mac 2007 ) dalam arena
perniagaan, empat “P” perlu ada bagi memastikan kelangsungan prosesnya,
iaitu produk, penentuan harga, promosi dan penempatan barangan. Dengan
adanya strategi berkesan dalam semua proses ini, perniagaan yang
berbentuk jualan produk atau perkhidmatan pasti meraih keuntungan. Proses
ini saling bergantung antara satu dengan yang lain.
Menurut majalah Dewan ekonomi Mac 2007) proses pemasaran
ialah bahagian yang paling penting dan banyak teknik pemasaran yang
digunakan dalam dunia perniagaan. Ada pemasaran secara langsung,
pemasaran secara maya, pemasaran mulut ke mulut dan pemasaran B2B
(business to business). Oleh itu, pemasaran jualan langsung merupakan
salah satu sistem pemasaran Pelbagai Tingkat atau Multi Level Marketing
(MLM). MLM merupakan pemasaran yang tidak asing di kalangan
masyarakat di Malaysia.
Kerumitan hidup dalam zaman yang serba moden dan sentiasa
berubah ini membuat manusia mengalami pelbagai bentuk tekanan. Salah
satu daripadanya ialah masalah kewangan yang tidak mencukupi. Oleh itu,
untuk penyelesaian masalah ini, perniagaan yang memberi pendapatan
sampingan iaitu Pemasaran Pelbagai Tingkat dipanggil dengan nama Multi
Level Marketing (MLM) merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan
masalah ini.
Salah satu sebab mahasiswa melibatkan diri dalam MLM adalah
masalah kewangan yang tidak mencukupi. Mahasiswa bertanggungjawab
menamatkan pelajaran dengan akademik yang cemerlang. Namun terdapat
juga segelintir mahasiswa yang melibatkan diri dalam MLM untuk
4
menampung keperluan hidup disamping mencari pengalaman baru di
kampus.
1.1 Latar Belakang Masalah
MLM terbukti mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga
menjadi pilihan masyarakat Malaysia sejak kebelakangan ini. Ianya
diceburi oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada golongan pelajar ,
golongan professional mahupun golongan biasa. MLM kini berkembang
dimana-mana tempat antaranya ialah sektor-sektor swasta, kerajaan,
sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Diantara mereka yang
melibatkan diri dalam MLM adalah bertujuan untuk menambah pendapatan
sampingan. Hal ini kerana pendapatan harian mahupun bulanan tidak
mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga. Selain itu, terdapat
segelintir pelajar IPT yang melibatkan diri dalam perniagaan MLM. Salah
sebuah IPT yang terlibat dalam perniagaan ini adalah UTM Skudai.
Salah satu sebab penglibatan pelajar IPT sebagai ejen MLM adalah
untuk mencari pengalaman baru disamping menambah pendapatan
sampingan. Salah satu faktor penglibatan pelajar SPI UTM dalam MLM
adalah disebabkan pengaruh rakan dan dorongan ejen MLM yang berjaya
menarik minat pelanggan. Sesiapa yang mengikuti taklimat berkaitan MLM
akan mudah terpengaruh dengan keistimewaan yang ditunjukkan.
Melihat kepada perniagaan MLM, seseorang itu akan menjadi
usahawan malah jutawan sekiranya berusaha bersungguh-sungguh dan
berterusan. Walaupun begitu, pelbagai isu yang timbul sama ada MLM ini
benar-benar memberi rezeki yang halal atau sebaliknya. Menurut
Fardinawati Binti Kamat, 2000 : 56) mendapati bahawa Jualan Langsung
merupakan suatu amalan yang bertepatan dengan Islam sekiranya mereka
yang menceburi bidang ini memilih syarikat Jualan Langsung yang amalkan
strategi pemasaran yang betul dan benar serta tidak ada penipuan.
5
MLM merupakan salah satu perniagaan yang boleh membantu
pendapatan seseorang dalam menyelesaikan masalah kewangan. MLM
adalah merupakan syarikat yang mengeluarkan produk antaranya ialah
GESB, HPA, CNI, SHAKLEE, LUXOR, EXTRA SHARP, GANO,
COSWAY, NUTRIMETIC, SURECO, AMWAY. Salah satu faktor pelajar
SPI UTM melibatkan diri dalam MLM adalah untuk menggunakan produk-
produk yang dikeluarkan oleh syarikat MLM. Sesiapa yang menjadi ahli
dalam MLM maka produk akan dijual dengan harga keahlian. Di antara
produk yang menjadi pilihan pelajar SPI UTM adalah produk HPA,
LUXOR, CNI dan GESB.
1.2 Penyataan Masalah
Kajian ini akan mengkaji penglibatan pelajar SPI UTM sebagai ejen
MLM. Masalah pokok yang dijadikan kajian adalah faktor-faktor
penglibatan pelajar SPI sebagai ejen MLM di UTM Skudai. Kenapa pelajar
sanggup bersusah payah dalam perniagaan sedangkan mereka masih belajar.
Oleh itu kajian ini akan mengkaji beberapa faktor penglibatan pelajar SPI
UTM sebagai ejen MLM. Dengan demikian, kajian ini cuba melihat
sejauhmana keberkesanan MLM boleh membantu masalah kewangan yang
dihadapi oleh pelajar di UTM Skudai.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian berikut telah digariskan untuk mencapai matlamat kajian
seperti yang dinyatakan iaitu:
1. Mengkaji faktor-faktor yang mengalakkan
penglibatan pelajar SPI UTM sebagai ejen Multi
Level Marketing.
6
2. Mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
pelajar SPI UTM sebagai ejen Multi Level Marketing.
3. Mengenalpasti langkah-langkah untuk mengimbangi
antara perniagaan dunia pelajaran.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang dinyatakan di atas, maka persoalan kajian
yang ingin dijawab ialah;
1. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan
penglibatan pelajar SPI UTM sebagai ejen Multi
Level Marketing?
2. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
pelajar SPI UTM sebagai ejen Multi Level
Marketing?
3. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk
mengimbangi antara aktiviti perniagaan dengan
dunia pelajaran.
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini akan memberi sedikit sebanyak pengetahuan mengenai
MLM kepada sesiapa yang berminat. Dapatan kajian ini adalah penting
kepada pelajar kerana ia dapat memberi pengetahuan kepada mereka yang
berminat terhadap perniagaan MLM. Pelajar juga boleh mengetahui
sejauhmana MLM memberi keuntungan atau kerugian. Kajian ini juga
boleh membantu pelajar untuk melihat kebaikkan dan kekurangan apabila
melibatkan diri dalam MLM.
7
Disamping itu, dapatan kajian juga penting kepada pihak penaja
yang memperkenalkan perniagaan MLM. Sejauhmana pihak penaja MLM
memberi bantuan dan memantau ejen mereka. Adakah pihak penaja banyak
membantu masalah yang dihadapi oleh ejen atau mereka hanya
mengkehendakki keuntungan semata-mata.
Sehubungan itu, dapatan kajian ini juga penting kepada pihak
Universiti di mana ia boleh melihat penglibatan pelajar sebagai ejen MLM
dan sejauhmana kebaikkan penglibatan mereka dalam MLM. Selain itu,
kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana pemantauan pihak universiti
kepada pelajar yang melibatkan diri dalam perniagaan MLM.
1.6 Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini menfokuskan kepada faktor-faktor yang menyebabkan
penglibatan pelajar UTM sebagai ejen MLM. Kajian ini juga akan
tertumpu kepada cabaran yang dihadapi oleh pelajar SPI yang terlibat dalam
MLM. Demikian juga, kajian akan lebih tertumpu kepada langkah-langkah
pelajar untuk mengimbangi antara aktiviti perniagaan dengan dunia
pelajaran.
Kajian ini juga akan dijalankan di antara bulan Julai tahun 2007
sehingga April 2008. Lokasi kajian adalah bertempat di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai Johor sahaja. Sampel kajian adalah terdiri
daripada pelajar UTM yang sedang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Pengajian Islam) di Fakulti Pendidikan yang terlibat
sebagai ejen MLM sama ada bergiat aktif atau tidak aktif.
8
1.7 Definisi Istilah
Bahagian ini menjelaskan beberapa istilah yang digunakan di mana
memerlukan definisi yang terperinci iaitu:
a) Penglibatan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), penglibatan
bermaksud perihal melibatkan diri (persatuan) dalam sesuatu hal
(perkara).
b) Pelajar
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), pelajar
bermaksud orang yang belajar di sekolah, Universiti.
c) Ejen
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ejen bermaksud
orang yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual;
barang-barang gudang kalau dibeli daipadanya tentu lebih mahal.
d) Multi Level Marketing
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), multi
bermaksud kata gabungan yang menunjukkan banyak dan
kepelbagaian. Market pula bermaksud pasar. Multi level Marketing
adalah gabungan perkataan Inggeris yang membawa maksud Sistem
Pemasaran Pelbagai Tingkat.
9
1.8 Kesimpulan
Dalam bab satu ini telah membicarakan tentang tajuk-tajuk yang
berkaitan dengan pengenalan, latar belakang masalah, penyataan masalah,
objektif kajian, kepentingan kajian, persoalan kajian, skop kajian,
definisi/istilah dan kesimpulan.
Dengan merujuk kepada bab satu ini, kita akan dapat memahami apa
yang sebenarnya yang akan dibincangkan atau dikaji oleh penyelidik. Hal
ini adalah dengan merujuk kepada penyataan masalah, objektif kajian dan
persoalan kajian. Melalui bahagian takrif istilah juga penyelidik memberi
fokus kepada pengertian kajian secara lebih teperinci dan menjadi fokus
utama dalam kajian ini.
.
top related