utpsz 19:16 (pind.1/97) - faculty of education...2.4 jabatan pembangunan kemahiran (jpk) 18 2.5...
Post on 02-Jan-2020
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PERSEPSI PELAJAR KOLEJ INTEGRASI ILMU (KINI), MEMPAGA TERHADAP KERJAYA SELEPAS TAMAT
KURSUS SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM).
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya SHAFYUHANIS BINTI MOHD SHAH
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: PM. DR. HJ. ABD. WAHID BIN MUKHARI NO.191 TAMAN MEMPAGA UTAMA, 28600 KARAK, PAHANG DARUL MAKMUR.
Tarikh: 24 APRIL 2009 Tarikh: 24 APRIL 2009
√
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Serta Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) ”
Tanda tangan :
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HJ. ABD. WAHID B. MUKHARI
Tarikh : 24 APRIL 2009
i
PERSEPSI PELAJAR KOLEJ INTEGRASI ILMU (KINI), MEMPAGA
TERHADAP KERJAYA SELEPAS TAMAT KURSUS SIJIL KEMAHIRAN
MALAYSIA (SKM).
SHAFYUHANIS BINTI MOHD SHAH
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : SHAFYUHANIS BINTI MOHD SHAH
Tarikh : APRIL , 2009
iii
DEDIKASI
Istimewa Untuk....
Ayahandaku Mohd Shah Bin Mat Zain,
Bondaku Habsah Binti Shamsudin,
Kakandaku Shafriza Binti Mohd Shah,
Adindaku Mohd Syahir Athar & Syafiqah,
Berdirinya Aku Di sini Berbekalkan Semangat dan Kasih Sayang Kalian,
Terima Kasih Di atas Segalanya....
Mertuaku..... Arbain Bin Asmawi dan Rokiyah Binti Onan,
Terima Kasih Di atas Nasihat dan Dorongan Kalian......
Yang Teristimewa Dihatiku....
Nasarudin Bin Arbain (Suami, Kekasih & Temanku),
Kesabaran, kesetiaan,ketabahan dan doronganmu,
Menjadikan ikatan dan kasih sayang kita semakin kukuh,
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.....
Buat Teman Teman Seperjuangan ...
Teruskan Perjuangan Kalian.......
Terima Kasih....
Semoga Apa Yang Dilakukan Akan DiRahmati Allah Hendaknya.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat
untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup).
Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PROF. MADYA DR. HJ.
ABD. WAHID BIN MUKHARI selaku pensyarah pembimbing, di atas segala
bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta teguran di sepanjang tempoh menyiapkan
kajian ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada kakitangan Kolej KINI terutamanya
kepada Encik Abdul Aziz Bin Othman selaku Pengurus Kolej KINI dan Haji
Zainuddin Bin Mohd Ottok. Tidak lupa kepada semua pensyarah-pensyarah di Kolej
Integrasi Ilmu (KINI) di Mempaga terutama pensyarah bagi pelajar SKM Tahap II
yang telah memberikan kerjasama dan bantuan dalam menyiapkan projek ini.
Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan
seperjuangan, semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama secara
langsung atau tidak langsung untuk menyiapkan projek ini. Semoga mendapat
keberkatan di dunia dan akhirat hendaknya.
Sekian, Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar Kolej Integrasi Ilmu
(KINI) terhadap kerjaya selepas tamat kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Soal
selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang diedarkan kepada sampel yang
terdiri daripada sejumlah 88 orang pelajar yang belajar di Kolej Integrasi Ilmu,
Mempaga, Karak, Pahang. Analisis kajian di buat berdasarkan kekerapan, peratusan
dan min dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social
Sciences) versi 12.0. Ujian kebolehpercayaan atau reabiliti analisis telah di jalankan
ke atas 10 orang responden dan alpha croanbach yang diperolehi ialah 0.844. Hasil
analisis persoalan yang dikaji menunjukkan persepsi positif dan memuaskan yang
mana pengetahuan dan pendedahan tehadap kerjaya telah mencapai tahap yang
tinggi di kalangan para pelajar kolej KINI. Ini terbukti melalui perolehan skor min
yang tinggi antara 3.66 hingga 4.03. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi
membantu dan cadangan kajian lanjutan bagi penyelidik yang ingin meneruskan
kajian ini dengan lebih mendalam dibincangkan di akhir bab penulisan ini.
vi
ABSTRACT
The purpose of this descriptive research is to study on the perception among Kolej
Integrasi Ilmu (KINI) trainees towards their career after finish courses Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM). Questionnaire has been chosen as the instrument study
which has been circulated to a sum of 88 trainees who are studying at Kolej Integrasi
Ilmu (KINI), Mempaga, Karak, Pahang. Analysis on the responses were done based
on the frequency, percentage and mean using SPSS (Statistical Package for The
Social Sciences) version 12.0. Reliability test has been carried out on 10 respondents
and an Alpha Cronbach of 0.844 has been obtained. The result of the analysis shows
that the majority of KINI trainees gives positive and satisfying perceptions towards
the information about career in future which their knowledge and exposure about it
increased. It is proven by the high score of the mean between 3.66 and 4.03. Several
proposals are presented in the last chapter to help on further research as well as few
suggestions to carry out a further research for researchers who want to study this
aspect in depth.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop dan Batasan Kajian 11
viii
1.8 Definisi Terminologi 11
1.8.1 Persepsi 11
1.8.2 Pelajar 12
1.8.3 Kolej Integrasi Ilmu (KINI) 12
1.8.4 Kerjaya 12
1.8.5 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 13
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULISAN
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2. Pendidikan Teknik dan Vokasional 15
2.3 Sejarah Pendidikan Vokasional Di Malaysia 17
2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18
2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) 19
2.6 Kolej Integrasi Ilmu (KINI) 20
2.7 Kursus-Kursus Yang Ditawarkan Di Kolej KINI 22
2.8 Kepentingan Kerjaya Kepada Lepasan SKM 25
2.8.1 Laluan Kerjaya 27
2.8.2 Bidang Kerjaya 29
2.8.3 Jenis Kerjaya 30
2.8.4 Maklumat Kerjaya 31
2.9 Kajian Lepas Berkaitan Pusat Latihan 32
Kemahiran
ix
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Rekabentuk Kajian 36
3.3 Tempat Kajian 36
3.4 Populasi Kajian 37
3.5 Instrument Kajian 38
3.5.1 Bahagian A : Latabelakang Pelajar 38
3.5.2 Bahagian B : Item Soal Selidik 39
3.6 Skala Pengukuran 40
3.7 Prosedur Kajian 41
3.8 Kajian Rintis 43
3.9 Analisis Data 43
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB 4 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
4.1 Pengenalan 46
4.2 Analisi data Bahagian A 47
4.2.1 Jantina 47
4.2.2 Umur 48
4.2.3 Bidang Kursus 48
4.2.4 Sebab Ikuti Kursus 49
4.2.5 Pekerjaan Ibu Bapa 49
4.3 Analisis Data Bahagian B 50
x
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 50
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 54
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 57
4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4 59
4.4 Rumusan Analisis Data 62
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Perbincangan Dapatan Maklumat Bahagian A 64
5.3 Perbincangan 64
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 65
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 66
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 68
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 69
5.4 Rumusan Kajian 71
5.5 Cadangan 72
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 73
BIBLIOGRAFI 75
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kolej Integrasi Ilmu (KINI) 3
1.2 Maklumat Pelajar yang dilatih di Kolej KINI 7
3.1 Populasi Pelajar SKM Tahap 2 37
3.2 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 39
3.3 Pengkelasan Nombor Dalam Skala Likert 40
3.4 Perubahan Skala Likert Mata 44
3.5 Petunjuk Peratusan Untuk Darjah Penilaian 44
3.6 Petunjuk Min Untuk Menilai Darjah Penilaian 45
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 47
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 48
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bidang Kursus 48
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Sebab Ikuti Kursus 49
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu Bapa 49
4.6 Taburan Frekuensi, Peratus dan Min bagi Persoalan Kajian 1 53
4.7 Taburan Frekuensi, Peratus dan Min bagi Persoalan Kajian 2 56
4.8 Taburan Frekuensi, Peratus dan Min bagi Persoalan Kajian 3 59
4.9 Taburan Frekuensi, Peratus dan Min bagi Persoalan Kajian 4 61
4.10 Rumusan Analisis Data 62
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Laluan Kerjaya Sistem Pendidikan Teknikal dan Voksional 28
3.1 Prosedur Kajian 42
xiii
SENARAI SINGKATAN
KINI Kolej Integrasi Ilmu
JPK Jabatan Pembangunan Kemahiran
JPT Jabatan Pendidikan Teknikal
FELDA Federal Land Development Authority
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta
MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
SKM Sijil Kemahiran Malaysia
NOSS Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
SPSS Statistical Package for Social Sciences
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK
A Set Soal Selidik
B Pengesahan Pelajar
C Surat Kebenaran Menjalankan Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan berasaskan teknologi dan teknikal merupakan kekuatan utama
dalam penjanaan sumber tenaga manusia. Ia dapat melahirkan tenaga manusia yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran serta berketrampilan, ini secara tidak langsung
dapat memenuhi permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja terlatih yang amat
diperlukan di dalam sesebuah industri. Kerangka pembangunan di dalam ekonomi
turut menjadikan teknologi tinggi sebagai teras pertumbuhan produktiviti,
meningkatkan realiti aliran persaingan ekonomi di negara ini. Justeru itu, pendidikan
teknikal dan vokasional amat diperlukan untuk membolehkan negara mempunyai
daya saing tinggi dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara industri.
Konsep pendidikan sepanjang hayat yang digariskan dalam Pelan Rancangan
Jangka Panjang Ketiga tahun 2001 hingga 2010, latihan kemahiran juga
menyediakan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi setaraf dengan
ijazah pertama pendidikan akademik (Berita Harian, 23 April 2001).
2
Sektor kerajaan dan sektor swasta telah memperkenalkan pendidikan teknik
dan vokasional di negara kita. Kerajaan telah memainkan peranannya dengan
melaksanakan program formal, pendidikan teknik dan vokasional melalui agensi-
agensinya iaitu Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan,
Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK).
Agensi-agensi tersebut masing-masing mempunyai corak pendidikan dan
latihan yang menjurus kepada melahirkan tenaga mahir dan separa mahir di bidang
teknikal dan vokasional disamping pengetahuan teknologi. Atas kesedaran ini, pihak
Yayasan Felda telah membangunkan sebuah institusi pendidikan dalam bidang
kemahiran iaitu melalui penubuhan Kolej Integrasi Ilmu (KINI) di Mempaga.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan
lapan inisiatif melibatkan peruntukan RM 78.4 juta bagi menjadikan belia Felda
sebagai kumpulan generasi baru contoh terbaik di negara ini. “ Ia merangkumi
pelbagai program seperti pendidikan, latihan kemahiran, pembangunan sukan,
keusahawanan dan perumahan,” katanya ketika merasmikan Konvensyen dan
Anugerah Belia Felda. (Utusan Malaysia, 11 Disember 2007).
Salah satu inisiatif tersebut adalah peruntukan bagi belia Felda yang tidak
dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta
(IPTS). Untuk inisiatif ini Yayasan Felda sedang menguruskan Kolej Integrasi Ilmu
(KINI) yang menawarkan pelbagai kursus kemahiran bersesuaian dengan tuntutan
industri semasa.
3
Lima buah Kolej Integrasi Ilmu (KINI) di tubuhkan oleh Yayasan Felda
adalah seperti di Jadual 1.1.
Jadual 1.1 Kolej Integrasi Ilmu (KINI)
TEMPAT LATIHAN LATIHAN DITAWARKAN
KINI Mempaga, Pahang 1. Pembantu Kaunter Hadapan 2. Kerani Tempahan Tiket 3. Atendan Bilik 4. Katering 5. Bakeri 6. Pastri 7. Pramusaji
KINI Trolak, Perak 1. Juruteknik Sistem Komputer 2. Dekstop Publishing 3. Pereka Grafik 4. Multimedia
KINI Raja Alias, Negeri Sembilan Darul Khusus
1. Pembuat Pakaian Lelaki dan Wanita
2. Pendandan Rambut KINI Kerteh, Terengganu 1. Kursus Usahawan
2. Kursus Intensif Bahasa Inggeris 3. Penjagaan Kesihatan
Pusat Latihan Trolak, Perak 1. Juruteknik Kenderaan Motor 2. Juruteknik Penyembur Cat
Automotif 3. Juruteknik Motosikal 4. Juruteknik Elektrik
( http://www.felda.net.my/yayasanfelda/program.htm )
Kolej Integrasi Ilmu merupakan sebuah institusi pendidikan yang baru di
tubuhkan dan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Felda. Yayasan Felda ditubuhkan
pada tahun 1988 bertujuan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dan
kemasyarakatan serta menyelaras projek kebajikan kumpulan FELDA. Aspek
pendidikan merupakan bidang yang diberi perhatian dan keutamaan, maka Yayasan
Felda turut memberi sumbangan dalam bidang pendidikan termasuk tajaan
pendidikan dan bantuan kewangan kepada pelajar IPTA, menganjurkan program
memajukan prestasi pelajar-pelajar sekolah, perbanyakkan aktiviti latihan kepada
masyarakat luar bandar dengan keperluan dan kepentingan masa depan mereka.
4
Kolej Integrasi Ilmu (KINI) di Mempaga menawarkan 7 jenis kursus yang
terdiri dari bidang hospitaliti seperti katering, bakeri, pastri, pramusaji, kerani
tempahan dan tikatan, attendan bilik dan pembantu kaunter hadapan. Program
latihan yang dianjurkan oleh Yayasan Felda akan memberi peluang memperolehi
pekerjaan dan membantu mempertingkatkan lagi kerjaya mereka. Kursus yang
dianjurkan adalah untuk golongan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang menepati
syarat-syarat kelayakan kemasukan.
Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus yang ditawarkan akan diberi Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) setelah menamatkan latihan selama 6 bulan atau 12
bulan latihan mengikut tahap yang diambil. Kebajikan pelajar turut terjamin dimana
latihan di KINI dibiayai oleh Yayasan Felda serta kemudahan-kemudahan lain diberi
secara percuma.
Menurut Kandar Saikon (2001), semua program latihan telah disusun
mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang diselaraskan
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Ini menunjukkan bahawa sijil yang
dikeluarkan oleh Kolej Integrasi Ilmu telah diakui oleh JPK serta memenuhi ciri-ciri
ketrampilan yang dikehedaki.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Penubuhan Kolej Integrasi Ilmu bertujuan untuk melahirkan pelajar yang
cenderung dalam bidang hospitaliti di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia di mana
bidang kursus yang ditawarkan membolehkan pelajar mendapat pengetahuan asas
vokasional dan kemahiran untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan
sebagai tenaga mahir dan separuh mahir dalam sektor perindustrian perhotelan serta
perlancongan.
Kolej ini melaksanakan program latihan yang ditetapkan dengan menepati
arahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui kaedah yang ditetapkan.
Objektif dan kumpulan sasaran Kolej Integrasi Ilmu adalah :
a. Memberi latihan kemahiran kepada generasi muda Felda sejajar dengan
perkembangan ekonomi Negara dan proses globalisasi.
b. Melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang yang
diceburi.
c. Memberi peluang kepada generasi muda Felda dan luar Bandar menyumbang
kepada Negara melalui kemahiran yang dimiliki.
d. Membantu masyarakat luar bandar termasuk Felda dalam mengurangkan
masalah sosial.
( Bahagian Pengurusan Kolej Integrasi Ilmu, Yayasan Felda )
Apa yang dapat dirumuskan dari objektif tersebut adalah penubuhan Kolej
Integrasi Ilmu ini adalah untuk melahirkan generasi muda Felda yang berjaya dalam
sesuatu bidang, ia merangkumi beberapa aspek iaitu melahirkan tenaga kerja yang
mahir dan berpengetahuan serta tenaga kerja yang boleh menyumbang kepada
negara. Justeru itu, peranan kerjaya itu penting untuk mencorak masa depan pelajar.
6
Pemilihan kerjaya perlu dibuat dengan teliti sesuai dengan minat kerana tindakan
tersebut akan memberi kesan terhadap masa hadapan seseorang khususnya kepada
pelajar-pelajar di KINI.
Terdapat kira-kira 500,000 peluang pekerjaan yang kosong dalam empat
sektor utama negara iaitu sektor pertanian, sektor pembinaan, sektor pembuatan dan
sektor perkilangan. Dari jumlah tersebut, sektor pertanian memerlukan kira-kira
200,000 pekerja, sektor pembinaan 150,000 pekerja manakala sektor pembuatan dan
perkhidmatan masing-masing 100,000 dan 300,000 pekerja. Timbalan Menteri
Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman berkata, beberapa sektor perkhidmatan
seperti perhotelan dan pelancongan juga menawarkan peluang pekerjaan di pelbagai
peringkat kepada rakyat tempatan. (Utusan Malaysia, 9 April 2005).
Pasaran kerjaya yang pelbagai di negara kita dianggap telah membuka ruang
serta peluang kepada para pelajar untuk menentukan kerjaya pilihan mereka.
Pemilihan kerjaya yang bijak memerlukan maklumat yang tepat tentang pekerjaan
yang diminati, kelayakan serta faedah yang boleh diperolehi daripada pekerjaan
tersebut. Namun begitu, ada juga di antara mereka yang menjadikan bidang
pendidikan sebagai batu loncatan untuk mendapatkan pekerjaan dengan lebih mudah
walaupun pada hakikatnya mereka tidak begitu meminati bidang tersebut.
Pengarah Bahagian Kurikulum Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan
Teknik, Kementerian Pendidikan, Imran Idris (2001), menyatakan sistem
persekolahan dan institusi latihan teknikal serta vokasioanal didapati gagal bersaing
dalam dunia industri. Persoalan yang timbul disini, adakah pelajar di Kolej KINI
mengetahui tentang kerjaya yang bakal di ceburi kelak atau mereka tidak mempunyai
pengetahuan yang banyak tentang laluan kerjaya, bidang kerjaya, jenis kerjaya serta
maklumat kerjaya mereka pada masa akan datang.
7
Jadual 1.1 menunjukkan statistik pelajar Kolej KINI di Mempaga setelah
tamat mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Daripada statistik tersebut,
tidak semua pelajar tahap satu yang menyambung latihan ke tahap dua dan masih ada
pelajar yang belum mendapat pekerjaan disamping pelajar yang bekerja dalam
bidang yang berlainan dari kursus yang diikuti.
Jadual 1.2 Maklumat Pelatih yang dilatih di Kolej Integrasi Ilmu (KINI),
Mempaga
TELAH BEKERJA BIDANG KERJA
B
I
L
KURSUS
JUMLAH
PELATIH
(2006-2008) DIPELAJARI
LL
SEDANG
MENCARI
KERJA
SAMBUNG
BELAJAR
JUMLAH
1 KATERING 176 70 20 3 21 114
2 PASTRY 85 30 10 4 11 56
3 BAKERY 74 20 10 2 13 45
4 FOOD &
BEVERAGE
101
40
16
2
5
63
5 HOUSEKEEPING 48 20 3 2 - 25
6 TOURISM 57 20 9 3 11 43
7 FOA 46 15 3 2 14 34
JUMLAH 587 215 71 18 75 380
( Bahagian Pengurusan Kolej Integrasi Ilmu, Yayasan Felda )
Daripada jadual statistik berikut, masalah yang dapat dilihat adalah jumlah
bilangan pelajar Kolej KINI DI Mempaga yang tidak mengikuti laluan kerjaya
mereka di dalam bidang yang diceburi dan terdapat segelintir pelajar yang belum
mendapat pekerjaan. Selain itu, terdapat juga pelajar yang menyambung pelajaran
tetapi tidak tahu sama ada kursus yang diikuti sama atau berlainan dengan kursus
SKM mereka di Kolej KINI. Maka kajian ini dilakukan untuk mengetahui persepsi
pelajar Kolej Integrasi Ilmu (KINI) Mempaga terhadap terhadap kerjaya selepas
tamat kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
8
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar Kolej Integrasi
Ilmu (KINI) Mempaga terhadap kerjaya selepas tamat kursus Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM).
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan kepada penyataan masalah di atas, pengkaji telah menetapkan
beberapa objektif dalam kajian ini iaitu untuk :
i. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap laluan kerjaya mereka
selepas menamatkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia di KINI
ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap bidang kerjaya yang
ditawarkan setelah menamatkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia di
KINI
iii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap jenis kerjaya pelajar selepas
menamatkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia di KINI
iv. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap maklumat kerjaya yang
diperolehi ketika mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia di KINI
9
1.5 Persoalan Kajian
Perkara asas yang menjadi persoalan kepada kajian ini merangkumi beberapa
aspek seperti berikut :
i. Apakah persepsi pelajar terhadap laluan kerjaya mereka selepas tamat
kursus Sijil Kemahiran Malaysia di KINI ?
ii. Apakah persepsi pelajar terhadap bidang kerjaya yang ditawarkan
setelah menamatkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia di KINI ?
iii. Apakah persepsi pelajar terhadap jenis kerjaya pelajar selepas tamat
kursus Sijil Kemahiran Malaysia di KINI ?
iv. Apakah persepsi pelajar terhadap maklumat kerjaya yang diperolehi
ketika mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia di KINI ?
top related