zakat sedekah wakaf abadikan kebaikansedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan...
Post on 13-Oct-2020
7 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR mainj_official telegram.me/MainjZakat
SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu-alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber
berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya
membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh
menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq,
Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Johor, Tel 07-228 2999, Fax 07-223 8752
Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian
Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan
dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 3 bulan sekali.
Nota ✍
2.5% ANDA KAMI AGIH
ASNAF YANGLAYAKKEPADA
Zakat kita bahagiakan mereka
Sila hubungi :Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752 E-mail: zakat@maij.gov.my
INGIN BERZAKAT?Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549)MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209)BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357)SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179)KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542)
PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395)KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859)MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946)TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209)KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214)PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105)
Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah
SAW. bersabda: “Apabila Amil Zakat
mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka
hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.”
-Hadis Sahih Muslim-
Zakat kita bahagiakan mereka
mainj_officialMAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR telegram.me/MainjZakat
www.maij.gov.mybahagian baitulmal
RM500,000.00
244penerimamanfaat4 bu
ah pusat jagaan
di negeri johor
peruntukan bagi keperluan
DAN kanak-kanak warga emas autisme
mainj_officialMAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR telegram.me/MainjZakat
www.maij.gov.mybahagian baitulmal
KINI ANDABOLEH
BERWASIATDI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
07- 222 2113 / 114Baitulmal@gmail.com
4buletinAl-Infaq
Zakat itu KewajipanSedekah Menyempurnakan
Wakaf Abadikan Kebaikan
buletin
Al-InfaqBil. 8
Terbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor
✍
MINDA PENGARANG
Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan
Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf
Feb 2017/1438H(sisipan Buletin Majlis)
RM 14,010.59* Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.* Nisab ialah kadar
minima yang ditetapkan oleh syarak bagi
sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.KA
DA
R N
ISA
B Z
AK
AT:
buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah SWT kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi) , diwarisi dan dipusakai. Allah telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk
mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah sebagaimana firman Allah (Al-Baqarah Ayat 261):-
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji
benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula
terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala
bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha
Mengetahui”.“BERBAHAGI ITU
INDAH”
Z KATKEPADA PEMBAYARTerima Kasih
JOHOR BAHRU: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)
memperuntukkan RM36,000 bagi menyediakan kit pengurusan jenazah untuk 12 hospital kerajaan di negeri ini.. Inisiatif julung kali diadakan itu bertujuan memudahkan pengurusan jenazah kepada golongan kurang berkemampuan, selain mempercepatkan
proses pengurusannya serta memenuhi tuntutan fardu kifayah. Ketua Penolong Pengarah MAINJ, Yosree Ikhsan, berkata peruntukan agihan daripada wang baitulmal itu, secara tidak langsung menjadi tanggungjawab pihaknya untuk menguruskan maslahat ummah termasuk urusan kematian, faraid, masalah waris, wakaf dan baitulmal.
Katanya, kelengkapan itu diperkenalkan bagi memastikan masyarakat Islam bukan saja mendapat pencerahan mengenai sistem pelarasan dalam agihan bantuan MAINJ menerusi sumber zakat atau wakaf, tetapi juga dari wang baitulmal. “Setiap hospital kerajaan menerima sebanyak 20 set kit pengurusan jenazah, sekali gus membantu dari segi kesukaran mendapatkan bekalan di kawasan pedalaman terutama ketika musim perayaan atau bencana alam. “Sumbangan kelengkapan ini mensasarkan penerima atau waris daripada golongan kurang berkemampuan, jenazah tidak dituntut, mualaf atau waris si mati yang tinggal di pedalaman atau jauh dari bandar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Bantuan Kit Pengurusan Jenazah di Dewan Sri Rampai, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengarah HSI, Dr Arbain Lani. Yosree berkata, setiap kit dilengkapi 12 peralatan termasuk kit mandian, air mawar, kain kafan dan serbuk kapur barus.
SERAH... Ketua Penolong Pengarah MAIJ, Ustaz Yosree Ikhsan (kanan sekali) menyerahkan kit pengurusan jenazah yang dilengkapi 12 peralatan kepada Pengarah Hospital Sultan Ismail, Dr. Arbain Lani baru-baru ini.
1buletinAl-Infaq
HOSPITALKERAJAAN
terima kit pengurusan jenazah12 ““SUMBANGAN KELENGKAPAN
INI MENSASARKAN PENERIMA ATAU WARIS DARIPADA GOLONGAN KURANG
BERKEMAMPUAN, JENAZAH TIDAK DITUNTUT, MUALAF ATAU WARIS SI MATI YANG TINGGAL DI
PEDALAMAN ATAU JAUH DARI BANDAR,”.
SEDIA KHIDMAT... YB. Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadut bermesra dengan pegawai dakwah pada Majlis Penyerahan Kenderaan kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli di Pintu Gerbang, Pusat Islam Iskandar Johor, baru-baru ini
PENYAMPAIAN sumbangan kepada Najib Abdullah dari Bandar Baru Kangkar Pulai yang mengidap sakit leukimia. Agihan MAIJ disampaikan oleh Pegawai MAIJ daerah Kulai.
MANGSA... MAIJ menyumbang bantuan kepada mangsa banjir Daerah Tangkak berlangsung di sekolah Agama Bandar Tangkak disampaikan oleh Timbalan pengerusi MAIJ YB Mutalip Abd Rahim (dua dari kiri). Hadir sama KPP Zakat MAIJ, Ustaz Yosree Ikhsan.
MAIJ Permudahkan Usaha DakwahMASYARAKAT ORANG ASLI
JOHOR BAHRU- Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) melancarkan 22 motosikal sebagai kenderaan khas bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan termasuk mengembangkan usaha berdakwah khusus kepada masyarakat Orang Asli. Penasihatnya, YB. Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadut, berkata inisiatif yang mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) itu turut memantapkan pengetahuan agama, selain menambah ilmu terutama kepada masyarakat Orang Asli yang bukan beragama Islam. Katanya, selain motosikal, pihaknya turut menggunakan dua pacuan empat roda semuanya bernilai kira-kira RM365,000 untuk diserahkan kepada kakitangan MAIJ dan JAKIM yang bertindak sebagai pendakwah
bagi memudahkan tugasan di kampung Orang Asli seluruh negeri ini. “Antara kesulitan dialami ketika memasuki kampung Orang Asli termasuk laluan jalan tidak rata, selain kekangan kemudahan kenderaan. Sehubungan itu, diharap dengan kemudahan khas di kampung Orang Asli yang disediakan ini dapat memudahkan khidmat mereka. “MAIJ berharap kakitangan yang di per tanggungjawab dapat menyalurkan laporan bulanan mengenai aktiviti Orang Asli di negeri ini supaya bantuan yang diperlukan dapat dihulurkan kepada mereka sekali gus memantapkan perkhidmatan MAIJ,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kenderaan kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli di Pintu Gerbang, Pusat Islam Iskandar Johor, baru-baru ini. Dalam pada itu, Nooh berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian mengenai kebajikan Orang Asli di Johor dalam usaha memberi keselesaan dan dilengkapi kemudahan.
“... 22 MOTOSIKAL SEBAGAI
KENDERAAN KHAS BAGI MENINGKATKAN SISTEM PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN TERMASUK MENGEMBANGKAN USAHA
BERDAKWAH KHUSUS KEPADA MASYARAKAT
ORANG ASLI.
Sekitaragihan zakat
2buletinAl-Infaq
SAYU... Y.B. Haji Abdul Mutalip bin Abdul Rahim meluangkan masa menziarahi mangsa ribut dan kebakaran di Simpang Renggam baru-baru ini.
SIMPATI... Agihan zakat sebanyak RM254,979.94 kepada Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kluang untuk keperluan sekolah-sekolah agama.
SEGAK... Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Peringkat DUN Panti pada Januari lalu bertempat di Sekolah Agama Felda Linggiu, Kota Tinggi.
TERIMA KASIH... Guru Besar Sekolah Agama Sedenak menerima bantuan persekolahan sebanyak RM6,000.
RASMI... Seramai 4,522 pelajar sekolah agama menikmati bantuan awal persekolahan di Daerah Tangkak bernilai RM1.2 juta.
PASIR GUDANG - Kerajaan Negeri bertekad menjadikan pendidikan agama sebagai sistem pelengkap yang akan memperkasa potensi insan di Johor. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana sistem Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) merupakan antara sistem pendidikan agama moden yang paling lama dan tersusun di rantau ini. “Ia bakal berusia 100 tahun menjelang tahun 2018 dan akan menjadi sebahagian daripada identiti, warisan dan kebanggaan masyarakat Johor,” katanya ketika berucap merasmikan bangunan Sekolah Agama Taman Scientex. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan terus memberi keutamaan terhadap
agenda pendidikan agama dan tidak akan sekali-kali dikompromi. “Kerana kita berpendirian bahawa biar apa pun kedudukan dan keadaan ekonomi negara kita dan Negeri Johor ini, kesemua itu tidak akan pernah boleh menjadi alasan untuk kita membiarkan aspek pendidikan agama tergugat dan tergadai. Pendidikan agama adalah sesuatu yang mesti kita utamakan dan pertahankan,” tegasnya Mohamed Khaled turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2017 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebanyak RM14.9 juta sebagai bantuan awal tahun persekolahan
Johor Tekad
MERIAH...Menteri Besar Johor, merasmikan bangunan sekolah Agama Taman Scientex Pasir Gudang, baru-baru ini.
2017 kepada pelajar kurang berkemampuan dan juga bantuan kepada pengurusan sekolah agama Kerajaan Johor.Lebih 40,000 pelajar akan dapat menikmati bantuan yang disalurkan melalui pihak sekolah di mana pelajar telah dikenalpasti lebih awal dengan bantua. guru-guru sekolah. Bagi bantuan pakaian sekolah, pemberian pakaian kepada 33,681 pelajar miskin telah dibuat sejak Disember 2016 bagi memastikan pelajar boleh menggunakannya menjelang naik musim persekolahan. Manakala bantuan khas persekolahan dan bantuan makanan sihat
kepada 12,000 pelajar diurus bersama oleh Pejabat Pendidikan Islam Daerah setelah dikenalpasti mereka yang berkelayakan. Pelajar yang menerima Bantuan Makanan Sihat akan menerima RM2.50 sehari sepanjang hari persekolahan dalam setahun.
JADIKAN PENDIDIKAN AGAMAPELENGKAP MEMPERKASA POTENSI INSAN
Sekitaragihan zakat
3buletinAl-Infaq
MENTERI BESAR Johor menyerahkan RM226,140.00 kepada Ahli Parlimen Johor Bahru bagi bantuan awal persekolahan seramai 839 pelajar daif.
PENYERAHAN Bantuan Rumah dan Bantuan Awal Tahun Persekolahan bagi DUN Sri Medan dan DUN Semerah oleh Menteri Besar Johor.
“... KERAJAAN NEGERI AKAN TERUS MEMBERI
KEUTAMAAN TERHADAP AGENDA PENDIDIKAN
AGAMA DAN TIDAK AKAN SEKALI-KALI
DIKOMPROMI.
top related